About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Saturday, September 25, 2010

Jenaka Otak

Menurut hikayat tuan punya cerita, kononnya di negara-negara barat ada hypermarket yang menjual otak manusia. Otak ini dimuatkan dalam botol dan ditanda, otak itu siapa pemiliknya. Menurutnya lagi, dalam satu sampel botol otak kepunyaan orang Yahudi, ditulis harganya USD 2.00 sekilogram. Sementara otak kepunyaan orang Muslim dijual dengan harga USD 99.998.00 sekilogram.
Maka berjuta panahan soalan timbul dalam kepala pengunjung hypermarket itu, kenapa jadi sedemikian? Untuk meleraikan perrsoalan itu, maka jurujual hypermarket dicari untuk ditanyai. Kenapa otak orang Yahudi terlalu murah dan kenapa otak Muslim menjadi terlalu mahal. Apabila ditanya jurujual yang berbangsa (yang dirahsiakan identitinya) dengan tersipu malu-malu tapi penuh tanggungjawab menjawab; “sebenarnya otak Yahudi menjadi terlalu murah tu disebabkan setiap saat orang Yahudi menggunakan otaknya untuk menyesatkan umat Islam. Sementara otak Muslim menjadi terlalu mahal kerana mereka terlalu jarang menggunakan otaknya. Mereka terlau sayang untuk menggunakan otaknya. Jadi kapasiti otak orang Yahudi yang second hand ni tak dapat dibaik pulih lagi, sementara otak Muslim, mereka masih segar, banyak yang masih boleh dimanfaatkan, sebab itulah harganya mahal”

Daripada sebabak jenaka yang termuat di atas, marilah kita analisisnya dimakmal segarnya sebuah fikiran. Beberapa hamparan soalan perlu ditanyakan kepada diri dan dijawab dengan penuh jujur. Betulkah mereka (Yahudi) tu menggunakan setiap saat masa untuk berfikir mencari jalan bagaimana untuk menyesatkan umat Islam atau kalau tidak disesatkan umat ini, adakah ada usaha mereka untuk menjauhkan umat terpilih pada akhir zaman ini daripada menuruti kehendak agama yang dianut mereka?
Misalnya AlLah SWT meminta hamba-Nya agar berhimpun di masjid 5 kali sehari untuk sama-sama bersujud kepada-Nya. Tapi kenapa hari ini perkara tersebut tidak berlaku. Masjid hanya dipenuhi dengan golongan RTM (releks tunggu mati) sahaja. Yang lain-lainnya ke mana? Mereka tidak ke masjid, siapa yang melarang atau akan menghukum mereka jika ke masjid? Atau ada apa-apa program yang melalikan mereka dan mereka terlepas peluang untuk ke rumah Allah itu? Atau kalau ada program yang masanya sama dengan waktu solat tu, siapakah agaknya yang menyusunnya? Tuan-tuan gurukah, ulama’-ulama’ yang ikhlas pada jalan AlLah kah? Atau dari mana datangnya program itu? Program tvkah yang melalikan umat Islam daripada ke masjid? Kalau program tvlah yang melalikan itu, siapa yang mereka program-program tersebut?

AlLah SWT menurukan kitab-Nya untuk menjadi pedoman, panduan, lampu penyuluh yang bernama al-Qur’an, untuk dibaca hamba-Nya sebelum mati, kerana hanya orang yang masih ada sisa-sisa nyawa mampu melaksanakan apa yang ada dalam al-Qur’an. Timbul pertanyaan kenapa umat Islam kurang berminat untuk menatap al-Qur’an, membacanya penuh minat, cuba memahaminya, melaksanakan apa yang disuruh setakad yang terdaya dan meninggalkan yang dilarang secara total, mempertahankan keindahan kesemua ajaran yang ada dalam al-Qur’an, menyebarkan apa yang termuat dalam al-Qur’an kepada khalayak. Umat lebih berminat membaca akhbar, majalah, jurnal dll sehingga mereka lupa untuk membaca al-Qur’an. Kalau dibacapun hanya sekali setahun, itupun dalam musim Ramadhan. Yahudi tak pernah muncul dalam tv ke, dan melarang umat ini daripada membaca al-Qur’an. Tapi mereka berbuat sesuatu alternatif kepada umat ini untuk memilih, dan umat ini setakad hari ini nampaknya memilih untuk tidak membaca al-Qur’an.

Umat ini dikatakan tidak menggunakan otaknya, mereka hanya jadi pengikut aje apa-apa yang disogok. Kalau ada orang yang berambut biru timbul di kaca tv atau dalam majalah, esoh lusa adalah umat Islam yang meniru. Mereka tidak menapis fenomena yang berlaku atau yang ada di depan mata dengan otak yang terkurnia kepadanya. Kalau ada orang yang pakai anting-anting sebelah, nescaya ada umat Islam yang menirunya. Umat Islam hari ini menjadi mudah percaya kepada apa-apa saja yang datang dari luar( kecuali bab agama) . kalau dalam soal-soal agama mereka terlalu liat untuk percaya. Cuba kita perhatikan, disekeliling diri, betultak umat Islam hari ini terlalu mudah meniru tanpa berfikir dahulu. Itu Cuma beberapa contoh

Thursday, September 16, 2010

ceramah motivasi

Kem Skor PMR
Pembetukan Sikap & Minda
Fauzi Amir Gus
Fasilitator Abdan Syakuura

Tempat: Maahad Amir Indra Petra
Masa: 0845-1015
Tarikh:
Jumaat, 08 Syawal 1431
Bersamaan 17092010

Segulung al-Fatihah
 Sirih berlapik sirih pinang,
 sirih dari Pulau Mutiara;
 pemanis kata selamat datang,
 dengan al-Fatihah pembuka bicara.
 Sirih dari Pulau Mutiara,
 bila makan rasa kelat-kelat;
 dengan al-Fatihah pembuka bicara,
 semoga majlis mendapat berkat.
 Bila makan rasa kelat-kelat,
mari dimakan besama anak pak salleh;
 bila majlis mendapat berkat,
 itu sebahagian amalan soleh.

Saujana Terima Kasih
Sejambak Terima Kasih buat Tuan Mudir, Penolong-penolong Kanan, MAIP
Tahniah & syabas buat semua peserta memilih jalan yang bijak menempatkan diri dalam program ilmu ini
Tahniah & syabas buat semua yang menyumbang sehingga program ilmu ini menjadi nyata
 JazakalLah Khairan Kathiira kerana sudi memberi peluang, ruang, & kesempatan kepada diri untuk berkongsi pengetahuan yang tidak sepertinya ini

Al-Hujrat 13
. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi AlLah SWT ialah orang yang lebih taqwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya AlLah SWT Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya

Salam Taaruf
 Fauzi nama yang tertulis dalam ic, kg pulau melaka tempat dilahiri, amir gus nama ayah empunya diri, mek som nama ibu dikenali, uni malaya & upsi tempat ilmu dicari, agama subjek paling digemari, hari ini dijemput berceramah di sini, cukup besar penghargaan diberi, berkongsi percikan warna pengalaman diri, agar mewarna hidup dan kehidupan ini, kejap menunjang, mencetak, & mewajah jati diri hari depan nanti.

. Anda Nampak Sedang Melamun Aje, Jom Kita Nyanyi Dulu : Lagu Sikap
 Tersedarku dari lamunan, resah sejarah kulupakan, kusemaikan benih-benih harapan, bersama sejuta impian, dengan semangat dan keyakinan, tempuh cabaran kehidupan, terujilah segala ketabahan, berikanku kekuatan dan keimanan.
 Kumengharapkan kejayaan, menanti di hadapan, namun hakikat belum nyata, harus berusaha, suatu hari nanti pasti aku berjaya, aku akan buktikan padamu ayah bonda, di situ kita lihat kebenaran hakikat, impian jadi nyata, kata telah dikota, bukan khayalan, dan bukan lakonan, tapi itulah kenyataan, kerana cita diiringi doa, aku pasti akan berjaya.

Definisi Kata Pembentukan
Bentuk
 1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~;
2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu;
4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan;
 membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;
 terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;
 bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru);
 pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru;
pembentuk orang atau alat yg membentuk

Definisi Kata Sikap

 sikap I
1. = ~ tubuh bentuk tubuh, potongan badan, tokoh: dgn takjubnya ia melihat rupa orang muda itu, terlalu amat baik parasnya dan ~nya;
2. gaya berdiri (bergerak, berpakai, dll): hebat ~ lakunya;
3. perbuatan atau pandangan yg berdasarkan pd sesuatu pendapat (fikiran dll): dlm hatinya, dia mengutuk ~nya yg kurang adil itu; ~ wanita Malaysia terhadap kerajaa telah berubah;
 bersikap 1. berdiri tegak; 2. berpegang pd pendapat (pendirian dll), berkelakuan, berlagak: dia tidak sanggup melihat suaminya ~ begitu.
 sikap II ® sigap.
 sikap III; ~ malam = burung (lang) ~ sj burung helang, Acupititer virgatus.
 sikap IV; baju ~ sj baju Melayu.
 sikap V Br siap (berpakaian);
 bersikap bersiap (berpakaian).
 sikap VI Br; ~ kiri selalu menggunakan tangan kiri, kidal.
 sikap VII; ~ dada sj tumbuhan (herba), Oxalis corniculata.

Sikap Yang Dimaksudkan
 3. perbuatan atau pandangan yang berdasarkan pada sesuatu pendapat (fikiran dll): dalam hatinya, dia mengutuk sikapnya yang kurang adil itu; Sikap rakyat Malaysia terhadap pemerintah telah berubah

Definisi Minda
 minda akal fikiran, daya berfikir: ~ yang disuburkan dengan ilmu pengetahuan yang banyak, akan menjadi alat yang tajam untuk mengatasi berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita kurang menggunakan ~ untuk berfikir.
 Ada kajian menyebut orang yang paling banyak menggunakan minda hari ini ialah orang Yahudi sementara orang Islam dikenal pasti merupakan golongan yang paling sedikit menggunakan mindanya.

Kita Nyanyi Sekali Lagi
 Kita hargai ayah bonda pula
 Ayah dan ibu 2x, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari, yang dikurniakan dari IlLahi. O o o ayah dan ibulah mesti dihormati –Gemulah Sudirman hj Arshad
 Wahai insan yang budiman 2x, renungilah kata pedoman, ayah dn bonda jangan durhakai, menyesal kelak kita nanti, jangan kaulupa jasa bonda melahirmu penuh rela 2x, di ambang maut bonda berada, azab sengsara bonda terima sepenuh rela - Gemulah Ahmadi Hj Hassan

Surah Ar-Ra'd (ayat 11)
 11. Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.
Kenapa AlLah SWT tidak....

 Mengubah nasib kita sedangkan;
 Kita sujud 5 kali sehari paling kurang
 Puasa sebulan pada Ramadhan
 Membaca segala macam wirid
 Selalu juga hulurkan sedekah
 Berbuat baik kepada ibu bapa
 Dan lain-lain….. Kenapa? Why? Limaaza?
 Sudah hilangkah kuasa AlLah SWT, sedangkan kita selalu berkata AlLah SWT Maha Berkuasa?

Perubahan Sikap & Minda macam mana yang perlu?
 Adakah kita rasa sikap & minda kita sudah betul? Kalau sudah betul tak perlu berubah.
 Apakah yang kita jadikan pengukur (tv 3, ntv 7, rtm 1 & 2, tv 9 dekat di hati, Akhbar Harian? Majalah Hiburan? Komik Raja Rimba?) untuk menentukan sikap & minda kita sudah betul itu?
 Atau apa skimanya?

Skima Kita Orang Beriman
 Sebagai orang yang ada AlLah SWT
 Sebagai orang yang ada Nabi & Rasul ASW
 Sebagai orang yang ada agama
WAJIBLAH mengambil
‘Telah kutinggalkan kepada kamu 2 sumber, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, seandainya kamu mengamalkannya iaitu KITAB ALLAH SWT & SUNNAHKU

KITAB ALLAH SWT & SUNNAHKU’ itu apa ya
 Buku fizik ke, buku kimia ke, buku biologi ke, buku inggeris ke, buku ekonomi ke, buku teknologi ke, buku sastera ke?
 Sunnahku tu apakah mendanya? tesis ke, hepotesisi ke, teori ke, undang-undang jalan raya ke, perlembagaan
negara ke?

Mengamalkan KITAB ALLAH SWT & SUNNAHKU bagaimana?
 Mudah aje iaitu apa-apa sahaja yang bercanggah dengan apa yang ada dalam Kitab AlLah SWT dan berlawanan dengan Sunnah Nabi SAW, kita tiru, kita amal, kita buat biar serupa dengan Kitab AlLah SWT dan Sunnah Nabi SAW.
Misalnya sabda Nabi SAW; ‘suruhlah anak-anakmu solat sewaktu berumur 7 tahun & pukullah mereka sewaktu berumur 10 tahun(jika malas solat), asing tempat tidur mereka

Bagaimana Sikap & Minda Kita Terhadap al-Qur’an
 Hendaklah kita setiap hari membaca, memahami, menghayati, dan mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Qur’an, berapa buah tafsiran al-Qur’an yang ada di rumah kita?
 Sepatutnya setiap hari kita dapat habiskan 1 juzuk, sebulan sekali khatam al-Qur’an, setahun 12 kali, 10 tahun= 120 kali, 20 tahun= 240 kali. Dulu al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari. Generasi yang hidup sezaman dengan Nabi SAW menjadi amat hebat kerana mereka menghafal cerita-cerita dalam siri tv ke?

Bagaimana Sikap Kita Dengan Sunnah Nabi SAW
 Sepatutnya sehari kita baca, faham, dan amal sebuah hadis Nabi SAW
 Sepatutnya di rumah kita ada terjemahan Hadis Nabi SAW termuat dalam Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Nasai, Musnad Ahmad, Muwwata’ Malik dll
 Soalnya mana banyak yang ada di rumah kita antara buku agama dengan pinggang mangkuk? Mana lebih banyak ada antara buku agama dengan kaset nyanyian artis? vcd hindustan, dll?

Piramid Bacaan Umat Islam
1- Bacaan paling banyak = al-Qur’an
2- Hadis-hadis Nabi SAW
3- Buku-buku Fardhu Ain; Aqidah, Syariah, Fekah, Sirah
4- Buku-buku Fardhu Kifayah; motivasi, ekonomi, sains, fizik, kimia, biologi, matematik, geografi
5- Bacaan santai; karya kreatif yang dapat merangsang kepada perkara positif

Buah Kilasnya= Tuntasnya
 Sikap & minda kita umat Islam WAJIB berbeza dengan umat lain
 Umat Islam WAJIB menjadikan interaksi dengan AlLah SWT sebagai hobi, melalui pelbagai solat sunat
 Umat Islam WAJIB menjadikan agenda mencari ilmu sebagai keutamaan dalam hidupnya
 Perlu ada azam dalam hati tahun 2015 misalnya Aku akan habiskan membaca tafsir al-Qur’an

 Hendak hati, keyakinan minda & kebiasaan sikaplah yang membezakan;
1-pelahap pahala dengan pencandu dosa
2-orang yang berjaya dengan yang gagal
3-pelajar varsiti dengan pusat serenti
4-seorang graduan dengan banduan
5-orang beriman dengan kafir
6-penghuni syurga dengan neraka
Bukan bentuk fizikal diri (putih-hitam, gemuk-kurus, tinggi-rendah dll)

Jom Kita Ubah Sikap & Minda
 Mulai saat ini, mulai hari ini, jangan tunggu sampai esok, kerana esok belum tentu untuk kita!
 Untuk mengubah sikap & minda, kita tidak payah habiskan duit & belanja

Sekian
 Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan
 Salam hormat & maju jaya daripada saya; fauzi amir gus. 09-7768423 sms; 0199923418
 blog; abdan syakuura
 http://fauziamirgus.blogspot.com/

Wednesday, September 15, 2010

Catatan Buat Anak di Perantauan

Ahmad Huzaifah Badiuzzaman di Shoubra,
Ahmad Abu Ubaidah Qurratul A’yun di Tonto,
Fathan Husna di Kaherah, Mesir.

Berlabuhnya Eidil Fitri di muara kalendar 1431 H, mengundang makna sebenarnya sudah 2 tahun putera abah dan umi beraya di perantauan, iaitu Mesir, bumi ambiya ASW. Semantara tahun pertama bagi puteri keempat kami. Biarpun boleh jadi sudah berliter-liter air mata tumpah disebabkan ketidakbersamaan menyambut datangnya hari lebaran, sebetulnya di mana kita memijak bumi ALLah SWT ini, kita tetap merayakan hari kurniaan-Nya, kita menumpahkan kata-kata puja dan puji yang diajar-Nya kepada kita. Kita membesarkan AlLah yang sama. Kita bersujud merapatkan dahi ke tanah untuk AlLah yang sama. Kita tetap mengadap kilat yang sama. Kita akan membuka lebaran al-Qur’an yang sama. Kita bernabi dengan para anbiya’ yang sama. Yang boleh jadi sedikit berbeza hanyalah jarak geografi. Yang boleh jadi sedikit berbeza hanyalah iklim dan kondisi. Yang boleh jadi sedikit berbeza hanyalah warna masyarakat yang menuturkan bahasa yang sebetulnya untuk menggambarkan bertapa hebatnya DIA bisa mengurnia pelbagai aneka bahasa kepada kita manusia, walaupun dari keturunan yang sama Adam AS tapi lidah kita dan warna kulit kitadijadikan-Nya berbeza. Al-HamdulLilLah. Yang boleh jadi sedikit berbeza hanyalah gugusan budaya yang ada yang kita dibiasakan dengannya sejak mula mencelik mata. Yang mana perlu disedari, diyakini, dan diingati kesemua warna perbezaan itu bukan penyebab kita menuju ke syurga atau neraka. Lalu tentunya tidak ada jawapan daripada penghuni neraka bila ditanya, apakah penyebab utama anda ke neraka, saya dimasukkan ke neraka kerana hidup di bumi yang beriklim khatulistiwa, saya masuk neraka kerana bercakap bahasa jepun, begitu juga jika ditanyai penghuni syurga nescaya kita tidak akan menjumpai jawapan, saya dimasukkan ke syurga kerana pernah hidup dan memijak bumi Mesir!

Anak-anakku,
Rata-rata masyarakat kita berasa mereka menyambut hari raya ini apabila membuat pelbagai jenama kuih-muih, membeli atau menempah pakaian baru, mengecat rumah dengan warna yang baharu, menukar langsir dengan corak atau fesyen yang baharu dan persiapan- persiapan lain yang berupaya fizikal. Jika mereka gagal menyiapkan apa yang tersebut di atas mereka akan berasa tahun ini mereka tidak beraya. Inilah antara rantaian kekarutan yang berakar dan bertunjang yang ada merata dalam masyarakat kita yang perlu diubah secara total. Menunjuk dan merubah cara mereka faham dan berfikir. Kesemua perubahan ini perlu datangnya daripada manusia yang mempunyai ilmu dan pengetahuan di samping memiliki sedikit kebijaksaan dalam komunikasi dengan masyarakat. Kepada siapakah hendak diletakkan harapan ini? Tentunya harapan ini perlu disandarkan kepada bahu anak-anak abah dan rakan-rakan yang lain yang sedang giat mengumpul dan menghimpun ilmu ini! Ya anakanda dan rakan-rakan yang lain tidak selamanya akan menghuni bumi Mesir itu, esok lusa akan kembali ke tanah air, berdepan dengan pelbagai karenah masyarakat yang saban masa, 24 jam sehari hari ini dibentuk oleh siaran tv sama ada percuma atau berbayar, akhbar-akhbar harian atau mingguan atau picisan, saluran internet yang terbuka setiap masa sama ada melalui blog atau laman sesawang tertentu, cetakan dan edaran pelbagai judul buku, majalah, komik, dan seumpamanya. Tambah memparahkan lagi suasana apabila sebahagian besar masyarakat sama ada yang berada di desa atau di bandar sudah lama membuang tanggungjawab mereka untuk sama-sama menjadi guru kepada apa yang berlaku di persekitaran. Masyarakat akan membutakan mata, memekakkan telinga sahaja apabila melihat gejala yang terjadi di depan mata. Masyarakat pura-pura meletakkan tanggungjawab mengajar kepada guru di sekolah. Hal ini jelas apabila anak-anak mereka melakukan kesalahan, mereka akan membela anak mereka habis-habisan, sehingga sanggup mengupah peguam untuk menyaman para guru. Inilah sebahagian realiti massyarakat yang bakal anakanda dan rakan-rakan dekati bila kembali ke tanah air nanti.

Anakanda sekalian
Memang untuk merubah generasi akan datang perlu bermula sekarang. Mulai sekarang anakanda dan rakan bolehlah berfikir dan merangka program untuk meletakkan masyarakat kita kembali di atas jalan yang diredhai-NYA. Pulang ke tanah air nanti, sasaran dakwah yang utama ialah kepada anak-anak yang masih belum mengenal dengan meluas warna dan erti flora dan fauna. Boleh jadi perlu di setiap kampung dibuka kelas-kelas pengajian untuk anak-anak ini dengan lebih giat. Kuliah-kuliah di masjid untuk orang dewasa yang kebanyakannya golongan RTM (Releks Tunggu Mati) ini mungkin perlu disedikitkan, manakala untuk anak-anak ini perlu perhatian lebih mendalam. Kerana generasi inilah yang perlu diberi pengisian yang sebenarnya mengikut acuan yang ada dalam al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW. Sebenarnya anak-anak ini telah lama ditinggalkan sewaktu mereka masih putih, dan mereka terus dibiarkan tanpa ada perancangan untuk menarik mereka ke masjid bagi menjadi golongan pelapis kepada masjid. Sedangkan di luar sana, ada orang-orang tertentu yang giat menjalankan pelbagai program untuk mencari pelapis kepada anasir yang menyesatkan manusia dari jalan AlLah SWT. Program seperti akademi fantasia, mentor, bintang kecil dan banyak lagi program yang dirangka seumpamanya setakad ini tidak mampu untuk melahirkan manusia yang mampu menjadi Khalifah AlLah di bumi. Memang amat benar seperti Sabda Junjungan SAW; setiap anak yang dilahirkan berada dalam fitrah, kedua ibu bapanyalah yang menyahudikan, memajusikan atau menasronikannya. Lalu kita yang AlLah SWT pinjamkan sedikit dari kurniaan ilmunya ini, mahu mengherat anak-anak yang fitrah tadi ke mana? Tepuklah dada tanyalah iman. Di situ insya-AlLah bisa jelas jawapannya!

Selamat menyempurnakan puasa 6 hari pada bulan syawal.

Wednesday, September 8, 2010

isi kutbah raya 1431

Kutbah Idil Fitri 1431
Lokasi; Masjid Pohon Tal, Kubang Mas, Tumpat, Kelantan

Hari ini 1 Syawal 1431 Hijrah. Hari ini merupakan hari besar, hari raya, Idil Fitri. Kita berhari raya pada hari ini bukan disuruh oleh sesiapa, raya pada hari ini tidak dianjurkan oleh oleh badan mana-mana, kita beraya pada hari ini, bukan ditaja oleh kerajaan mana-mana, tetapi kita beraya pada hari ini, kerana diminta dan disuruh oleh AlLah SWT , Pencipta, Pentadbir, Penyempurna, Penguasa alam maya ini. AlLah SWT yang tidak ada tuhan lain, tidak ada kerajaan yang lain yang mampu dan boleh menandingi-Nya, dulu kini dan selamanya. AlLah SWT sahajalah yang boleh menghidupkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya pada bila-bila masa yang disukai-Nya dan DIA juga boleh mematikan sesiapa yang disukai-Nya, pada bila-bila masa yang DIA mahu dengan cara-Nya, walaupun bercanggah dengan kehendak dan kemahuan semua manusia. Oleh sebab raya kita pada hari ini merupakan perintah AlLah SWT, maka atur cara dan susunan perjalanan raya ini semuanya sudah ditentukan-Nya. Dengan makna apa yang kita perlu buat, apa yang perlu kita kata, ke mana yang kita harus pergi, makanan apa yang harus kita makan, semuanya sudah AlLah SWT tentukan sama ada melalui firman atau melalui apa yang disebut sunnah Rasul-Nya. Oleh sebab itu, seandainya apa yang kita buat pada hari ini kena dan sesuai dengan ketetapan yang diprogramkan-Nya, kita akan diberi pahala dan sekiranya kita buat ikut suka nafsu dan hati kita tanpa melihat kepada atur cara yang sudah ditentukan AlLah SWT kita akan diberi dosa.

185. Hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan bertakbir (mengagungkan Allah) atas hidayah-Nya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

Muslimin muslimat sidang raya yang berbahagia,

Kita berpuasa kerana disuruh oleh AlLah SWT, kita berhari raya kerana disuruh AlLah SWT juga maka kita akan mendapat pahala. Sekiranya kita berpuasa ikut cara kita, sekiranya jika berhari raya ikut cara kita, AlLah SWT tidak pelahap untuk memberikan pahala-Nya. Bagaimana puasa yang disuruh ALLah SWT itu? Puasa yang dikehendaki AlLah SWT bukan hanya tidak makan, bukan hanya tidak minum, dan bukan hanya tidak melakukan aktiviti bersuami isteri pada siang hari, tetapi jauh lebih daripada itu. Puasa itu perisai atau kubu sebetulnya. AlLah SWT mahukan puasa yang kita jalani mampu menjadi kubu atau perisai iman kita daripada godaan dan pujukan iblis yang tidak berkesudahan. AlLah SWT mahu supaya puasa kita mampu menjadi kubu atau perisai daripada keinginan makan atau minum yang berlebihan dengan makna makan atau minum yang melebihi keperluan badan, AlLah SWT mahu supaya puasa kita mampu menjadi kubu atau perisai kepada mata kita daripada melihat kepada sesuatu yang mengghairahkan nafsu syahwat, AlLah SWT mahu supaya puasa kita mampu menjadi kubu atau perisai kepada telinga kita daripada mendengar sesuatu yang ada unsur-unsur dosa, AlLah SWT mahu supaya puasa kita mampu menjadi kubu atau perisai kepada kaki kita daripada bergerak menuju tempat-tempat yang membiakkan maksiat atau paksiat, AlLah SWT mahu supaya puasa kita mampu menjadi kubu atau perisai kepada tangan kita daripada menyentuh sesuatu yang boleh menyebabkan mala petaka, AlLah SWT mahu supaya puasa kita mampu menjadi kubu atau perisai kepada hati kita daripada berburuk sangka kepada-Nya. Sementara raya yang kita sedang jalani sekarang merupakan hari untuk kita membesarkan AlLah SWT bermula sebaik sahaja matahari terakhir Ramadhan mula menjauh dari pelabuhan diri dan sinar bulan Syawal mula memancar di muara.
Sepatutnya tidak ada bunyi mercun dan percikan bunga api pada malam atau hari raya, kerana AlLah SWT tidak pernah menetap dan mewajibkan adanya bunyi mercun dan percikan bunga api pada hari raya ini. Kalau kita berasa bermain mercun dan percikan bunga api itu sebagai sebahagian daripada perkara agama, bermakna tidak telah memasukkan perkara baru dalam agama kita, perkara yang tidak pernah disuruh dan perkara ini dikenal dalam agama sebagai bid’ah, sementara setiap yang diada-adakan itu dalam agama merupakan kesesatan, sementara kesesatan ini mengundang pelakunya ke neraka. Sekiranya kita bermain mercun dan percikan bunga api kerana saja-saja nak bersuka ria, kita telah melakukan pembaziran yang nyata dan ketahuilah pembaziran ini perkara yang terlarang dalam agama kita sementara AlLah SWT dengan tegas menggolongkan sesiapa yang suka membazir ini sebagai sebagai saudara-mara syaiton sebagaimana firman-Nya; Inna mubazziriin kana ikhwanul syayaatin. AlLah SWT meminta kita bersuka-ria pada hari ini, kesungguhan AlLah SWT itu dapat kita ketahui apabila DIA mengharamkan kita berpuasa pada hari ini.

AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar

Muslimin muslimat yang terhormat, hari ini kita beraya Idil Fitri atau Hari Raya Fitrah. Idil Fitri mengundang makna kembali kepada fitrah diri. Apakah yang dapat kita faham tentang fitrah diri itu? Fitrah yang bagaimanakah yang dikehendaki di sini? Hal ini dapat kita petik dan faham daripada Sabda Junjungan Akhir Zaman SAW; Setiap bayi yang dilahirkan lahir bersama fitrah(dalam keadaan fitrah), kedua ibu bapanyalah yang akan mendidiknya untuk membesar sama ada menjadi yahudi, nasroni, atau majusi. Sebelum kita menjamah situasi hari raya, kita diminta berpuasa selama sebulan. Puasa kita yang sebulan serta qiam kita yang juga berusia selama sebulan itu sebetulnya memampukan kita kembali kepada fitrah. Hal ini dapat kita sandarkan kepada sabda Yang Mulia Nabi Kita Muhammad SAW ; sesiapa yang berpuasa kerana iman dan berkira-kira mengharapkan redha-Nya akan diampunkan semua dosanya yang telah lalu; sesiapa yang berqiam malam kerana iman dan berkira-kira mengharapkan redha-Nya akan diampunkan semua dosanya yang telah lalu. Di samping lain juga terdapat ancaman yang dituturkan oleh lisan yang sama dari Baginda Rasul SAW melalui satu sabdanya yang mencetak makna; celakalah kepada sesiapa yang berada pada bulan Ramadhan sehingga berakhir Ramadhan tetapi dosanya tidak diampun oleh AlLah. Demikianlah kehebatan kudrat dan iradat Ramadhan yang AlLah SWT izinkan kepadanya, sekarang cuba kita bertanya iman kita, di manakah kita selepas sebulan kunjungan Ramadhan ini? adakah semua belitan dosa kita telah terungkai dan hancur lebur dipanaskan iklim Ramadhan? Atau kita hanya seperti biasa-biasa sahaja, seperti kata orang tua-tua, masuk angin keluar asap! Kalau kita biasa-biasa sahaja, bermakna rugilah kita, kerana unjuran usia kita semakin bertambah, sementara jumlah amal soleh kita masih lekat dan melekat pada tahap lama.

AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Walaupun hari raya merupakan hari untuk kita bersuka ria, hari untuk kita bergembira, tetapi kita tetap diingatkan AlLah SWT bahawa kita ada musuh yang sentiasa menunggu peluang. Dalam takbir raya kita dingatkan dengan musuh yang bergelar ‘ahzab’, ahzab bermakna gabungan kumpulan, gabungan persatuan, atau gabungan parti. Ahzab yang kita sebut merupakan gabungan bukan di peringkat nasional, tetapi gabungan musuh di peringkat antarabangsa. Musuh-musuh Islam bersatu membentuk satu barisan, bukan hanya barisan di peringkat kebangsaan, tapi barisan internasional. Musuh yang dihadapi umat Islam pada Perang Ahzab terdiri daripada musuh dalam negara yang terdiri daripada suku kaum Yahudi yang menghuni Madinah pada masa itu yang terdiri daripda Bani Nadir, Yahudi Bani Quraizoh, dan Yahudi Qainuqo’ malah musuh dari luar tanah air yang terdiri daripada sebuah kerajaan, Kerajaan Kuffar Quraisy dengan kekuatan bala tentera yang tidak terhingga di bawah kepimpinan Abu Jahal, Abu Lahab, dan juga Abu Sufian. Dalam pada itu juga Baginda Rasul SAW turut menghadapi musuh dari dalam selimut yang merupakan duri dalam daging, mereka terdiri daripda manusia yang menampakkan iman pada permukaan muka manusia tetapi tetap kufur dalam hatinya, golongan ini cukup terkenal dalam sirah dipimpin oleh AbdulLah bin Ubaiy bin Salul. AlLah SWT sebagai tuan punya Islam ini tidak akan membiarkan agama-Nya disendatemehkan, AlLah SWT tidak akan membiarkan cahaya agama-Nya lenyap dari muka bumi yang bertuah ini. Saban masa saban waktu, AlLah SWT boleh memerintah dan menurunkan tentera-tentera-Nya untuk menjaga kelestarian agama ini, apabila kudrat dan tenaga manusia sudah tidak berdaya menghadapi cubaan yang melanda. Surah al-Fil menjadi saksi bagaimana AlLah SWT menyuruh makhluknya yang terlalu kecil berupa sekawan burung yang dipanggil Ababil untuk memporakperandakan tentera Abrahah yang angkuh itu, setelah tiada kekuatan di bumi ini yang mampu menahan serangan tentera bergajah. Allah SWT yang sama juga memerintahkan kepada angin yang selama ini cukup lembut dan dikenal lemah untuk bertindak agrasif sebagai tentera mengkucar-kacirkan kekuatan dan keangkuhan tentera Ahzab. AlLah SWT yang menurunkan burung Ababil itu, dengan AlLah SWT yang mengarahkan angin pada Perang Ahzab merupakan AlLah SWT yang sama dengan AlLah SWT yang kita sembah pada hari ini. Kuasa kudrat dan iradat-Mya tidak pernah berkurangan walaupun sedikit. Kerana AlLah SWT itu bukan sahaja tidak mati, malah mengantuk pun tidak pernah. Dia hayyun laa yamut.

AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Puasa sebagai lambang kemerdekaan hakiki. Puasa yang kita jalaninya selama sebuah mampu mengangkat darjat kita menggapai anugerah taqwa. Taqwalah merupakan kemerdekaan hakiki diri. Dengan berpuasa kita telah meletakkan haq AlLah mengatasi segala-galanya. Makan minum walaupun merupakan antara perkara asasi pada siang hari tetapi puasa menghendaki kita agar menahannya, dengan lonjakan rasa taqwa kita sedia untuk tidak makan minum pada siang hari bukan untuk sejam dua malah berbelas-belas jam, bukan sahaja tidak makan di hadapan manusia, ayah atau bonda atau tetangga, malah sewaktu keseoranganpun kita tetap setia dengan tegahan Yang Maha Esa. Kita menjadi hamba AlLah SWT yang hakiki. Bukan sekadar tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, lebih daripada itu, kita berusaha untuk menghindari dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan hilangnya pahala puasa, kita seboleh-bolehnya tidak mahu puasa kita hanya layak meraih anugerah lapar dan dahaga sahaja dari sisi AlLah SWT. Dengan berpuasa sebetulnya kita dilatih saban saat dan detik agar meletakkan perintah AlLah mengatasi kemahuan kita. Setelah kita berjaya meletakkan perintah AlLah SWT di atas segala-gala, maka dari satu sisi kita telah menuju ke daerah taqwa. Kerana antara definisi taqwa itu sebagaimana yang dijelaskan oleh AbdulLah bin Mas’ud RA; perintah ALLah SWT itu sama ada yang berupa suruhan atau berwajah larangan hendaklah didengari jangan diingkari, perintah ALLah SWT itu sama ada yang berupa suruhan atau berwajah larangan hendaklah ditaati janganlah dimaksiati, perintah ALLah SWT itu sama ada yang berupa suruhan atau berwajah larangan henaklah disyukuri jangan dikufuri. Justeru peri penting atau mahapentingnya taqwa dalam kehidupan ini, AlLah SWT telah menggariskan dan menetapkan taqwa wajib disebut setiap minggu menjadi salah satu rukun ktutbah Jumaat. Secara mudah yang dapat kita tangkap, perkara yang paling penting dalam hidup ini ialah taqwa. Tidaklah menjadi dosa yang tidak terampun jika kita menyimpulkan bahawa puasa merupakan lebuh raya menuju taqwa.

AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Merdeka dalam pandangan Islam. Kita boleh jadi berasa satu kebetulan pusingan hari di kalendar pada tahun ini yang mana bulan Ramadhan juga adanya hari ulang tahun kemerdekaan bagi negara kita yang ke-53 dengan tema yang kita sedia ketahui bersama. Pada sisi AlLah SWT perkara ini bukan terjadi secara kebetulan tetapi merupakan perancangan yang rapi untuk memberikan kita pengertian dan pedoman. Definisi merdeka pada padangan Islam memerdekankan aqidah daripada menganut fahaman yang boleh membawa ke neraka. Semua fahaman yang membawa ke neraka ini diideakan dan dipimpin oleh setan and the gang. Penjajah yang sebenarnya ialah setan bukan inggeris, bukan belanda, bukan pertugis, bukan perancis, bukan sepanyol tetapi setan yang ada dalam kepala mereka ini sehingga sanggup berbuat sesuatu yang melanggar perintah AlLah SWT. Mereka semua itu hanyalah alat atau wahana setan sahaja untuk menjayakan cita-citanya. Yang perlu dilawan bukan manusia-manusia itu tetapi sifat syaiton dan iblis yang ada dalam dada mereka. Sifat mereka yang cuba menjadi Tuhan itulah yang mesti dilawan. Sifat mereka yang sesuka hati mentadbir bumi ini dengan cara dan undang-undang atau peraturan sendiri, yang membelakangkan ALLah SWT seolah-olah tidak ada AlLah SWT itulah yang ditentang. Sebab itulah timbul pejuang-pejuang jihad dari dalam tanah air ini menentang penjajah, yang cuba menerapkan ideologi setan di bumi. Sebetulnya hanya ulama’ yang memulakan penentangan terhadap penjajah di bumi ini, kerana mereka faham, manusia dilahirkan mereka dengan bebas berabdi hanya kepada AlLah SWT dalam semua aspek kehidupan. Apabila hendak menyembah, mestilah menyembah AlLah, apabila hendak meminta mestilah meminta hanya kepada AlLah SWT, apabila hendak berhukum mesti berhukum dengan hukum AlLah SWT, apabila hendak berperang mesti berperang dengan peraturan yang digariskan oleh AlLah SWT, apabila hendak berkawan mestilah berkawan mengikut ketentuan AlLah SWT. Sejumlah nama seperti Tok Janggut (Hasan bin Munas), Dato’ Bahaman (Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh), Tok Ku Paloh, Tok Ku Pulau Manis, Tok Kenali, Mat Kilau antara ulama’ yang memulakan perjuangan menghalau penjajah dari bumi bertuah, Ajakan menghayati makna dan erti merdeka sebetulnya berpijak kepada 3 kasus utama sebagaimana yang pernah dituturi oleh Rub’i bin Amir: “AlLah yang mengutuskan kami, untuk mengajak sesiapa yang sudi memerdekakan diri daripada berabdi kepada sesama hamba kepada menjadi hamba hanya kepada AlLah, memerdekakan diri daripada berada di bawah kezaliman pelbagai sistem kepada keadilan Islam, memerdeka diri daripada hidup di dunia yang begitu sempit kepada hidup di akhirat yang keluasan akhirat”
Jadi dapat kita ambil kesimpulan bahawa kemerdekaan yang hakiki itu hanya terjadi setelah; 1)kita benar-benar bersedia menjadi hamba AlLah SWT sahaja
2) kita berjaya dan bersedia keluar daripada kepompong kezaliman sistem ciptaan manusia dan megambil Islam sebagai teras keadilan
3) kita telah, sedang, dan akan terus membanyakkan bekal untuk kehidupan yang kekal abadi selamanya iaitu kehidupan di sebuah alam bernama akhirat

AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Teras Islam menuntut ilmu. Lalu ayat pertama diturunkan merupakan ayat yang mewajibkan menuntut ilmu dan antara jalan untuk mendapat ilmu ialah melalui pembacaan. AlLah SWT secara tersirat tidak mahu hamba-Nya terus-menerus berada dalam kebodohan, sama ada kebodohan di dunia, lebih-lebih lagi kebodohan untuk menepatkan posisi diri di akhirat. Di dunia ini kita telah diprogramkan untuk menjadi khalifah, bagaimana mungkin untuk menjadi khalifah jika kita dibelenggu kebodohan? Khalifah dengan maksud sebagai pentadbir hidup dan kehidupan. Sayangnya banyak dari kalangan umat Islam hari ini yang tidak menyedari bahawasanya dia telah diprogamkan oleh Yang Maha Kuasa AlLah SWT untuk menjadi khalifah-Nya di bumi. Tugas kita di bumi sebagai pengganti AlLah SWT dalam menegakkan segala titah perintah agama dan mentadbir kehidupan dengan kehendak agama-Nya iaitu Islam. Islam merupakan rantaian dan rangkaian rahmat-Nya di bumi yang diperlukan oleh semua kehidupan. Langit bumi laut gunung-ganang bukit-bukau haiwan tumbuhan batu-batuan semuanya amat memerlukan Islam. Lalu untuk memartabatkan Islam secara bijaksana memerlukan ilmu, dan ilmu itulah yang dituntut kita mencarinya dalam awal-awal wahyu yang diturunkan. Lalu apakah bahan yang patut kita baca untuk menjadikan kita umat yang berilmu sekaligus berjaya membebaskan diri daripada penjajah kebodohan? Bagaimana piramid bacaan yang patut kita ikut? 1- Bahan bacaan yang paling banyak kita kena baca dan faham dalam sehari ialah al-Qur’an, kerana kita perlu jadikan al-Qur’an sebagai panduan untuk memantau segala tindakan dan tingkah aksi kita. Untuk ini seharusnya dalam setiap isi rumah umat Islam perlu ada sekurang-kurang sebuah terjemahan al-Qur’an, kerana al-Qur’an itu bukan hanya untuk dibaca dan dilagukan sahaja kemudian ditinggalkan di dalam almari kehidupan. Kalau kita lihat kepada kehidupan para sahabat RasullulLah SAW, tidak semua sahabat menjadi penghafal al-Qur’an, tidak semua sahabat pandai bertaranum dengan membawakan lagu soba, nahuwan, jiharkah, sikah, bayati, atau lain-lainnya, begitu juga tidak semua sahabat dapat membaca al-Qur’an dengan 7 qiraat seperti qiraat Hafs, Warsh, Qalun, al-Bazzi, Ibnu Zakuan, Susi, atau lain-lainnya, tetapi para sahabat berebut-rebut untuk menjadi orang yang paling awal mengamalkan ajaran yang termuat dan tertuang dalam al-Qur’an.
2- bahan bacaan kedua yang patut dibaca selepas al-Qur’an ialah hadis-hadis RasullulLah SAW yang merupakan tafsiran langsung kepada ajaran yang terpahat dalam al-Qur’an. Sepatutnya juga dalam isi rumah umat Islam paling kurang perlu ada Terjemahan Hadis Bukhari dan Terjemahan Hadis Muslim kalaupun tidak ada hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah, Nasai, Imam Ahmad, atau Muwatta’ Imam malik.
3- bahan baca yang ketiga patut berada dalam isi rumah umat Islam pula ialah bahan ensklopedia yang menyentuh berhubung dengan ilmu Fikh, ilmu Tauhid, sirah, motivasi
4- seterusnya bahan-bahan pengetahuan umum yang lain seperti buku bahasa, geografi, astronomi, matematik, fizik, kimia, ekonomi
5- berada pada tingkat paling bawah dalam piramid bacaan pula ialah bahan yang santai seperti majalah atau buku-buku puisi yang mampu memaju diri ke arah jalan-Nya.

AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Amat malanglah bagi umat Islam, apabila mereka tidak memiliki dan mengamalkan piramid bacaan yang betul, umat hanya berminat membaca buku-buku hantu dan tahyul, umat Islam hanya menjadi pembaca setia kepada cerita-certa hiburan yang termuat dalam surat khabar dan majalah picisan, menjadikan umat Islam tetap berenang dengan renangan yang tidak bertepi dan lemas di lautan jahil biarpun sudah lebih 50 tahun merdeka. Antara kesan daripada lemah dan dilemaskan oleh kejahilan ini ialah menganggap Islam hak mutlak orang Melayu, sampai kalau ada orang masuk Islam pun dikatakan masuk Melayu. Sedangkan antara Islam dan Melayu merupakan dua entiti yang jauh bezanya. Islam merupakan agama AlLah SWT yang diturnkan ke dunia melalui sebaran para Nabi dan Rasul ASW, bermula dengan Nabi Adam AS hingga nabi Akhir Zaman Nabi Muhammad SAW. Untuk memudahkan rujukan kepada Islam, AlLah SWT menurunkan sama ada suhuf atau kita kepada setiap para anbiya’. Kitab atau suhuf inilah digunakan untuk memacu umat ke jalan kebenaran. Kitab atau suhuf ini diturunkan melalui perantaraan malaikat yang bernama Jibril AS. Hanya kitab Taurat yang diturunkan kepada KalamulLah Nabi Musa AS sahaja tidak melalui perantaraan Jibril, malah langsung dari AlLah SWT sewaktu Nabi Musa AS bermunajat di Bukit Tursina. Melayu pula hanyalah satu bangsa asalnya di Malaysia, kini bukan lagi suatu bangsa tetapi Melayu kini hanyalah satu kaum yang berada di bawah bangsa Malaysia, sejarah asal-usul orang Melayu tidak mutawatir, samar-samar, tidak ada pengkaji sejarah yang dapat menyebut dengan tepat bilakah atau tahun berapakah orang Melayu ini ada dan kenapa dinamakan Melayu, hanyalah dipercayai Melayu itu merupakan cucu-cicit Demang Lebar Daun yang berkahwin dengan keturunan Raja Suran. Siapa tuan kepada orang Melayu ini, apakah kitab untuk memandu orang Melayu mencapai cita-citanya?
Dan yang lebih teruk lagi terdapat dalam kalangan kita yang nak faham Islam tapi tak rujuk perjalanan hidup Baginda Rasul SAW, lalu menjadi kalut ributlah dunia ini bila ada orang yang belum Islam juga menyatakan Tuhan mereka AlLah atau mereka menggunakan AlLah untuk agama mereka. Sedangkan dalam al-Qur’an dengan jelas memberitahu kita satu pengistiharan, jika kita bertanyakan kepada penyembah berhala itu siapakah yang mencipta langit dan bumi, mereka semua serentak akan menjawab AlLah SWT. Lalu apakah yang membezakan antara kita dengan peganut berhala, jika mereka juga mengakui AlLah SWT sebagai Ilah? Bezanya amat mencolok dan jelas, kerana bagi kita sebagai orang yang beriman meyakini AlLah SWTlah segala-galanya. Tetapi bagi orang yang belum Islam walaupun mereka dengan penuh mulut mendakwa tuhan mereka AlLah SWT, tetapi dalam masa yang sama mereka bersyirik kepada-Nya. Mereka dakwa tuhan mereka AlLah SWT tapi mereka menyembah berhala, pokok-pokok, kubur dan seumpamanya, mereka tidak sanggup melutut sujud kepada AlLah SWT walaupun untuk sesaat, mereka mendakwa tuhan mereka AlLah SWT tapi semasa berjual beli mereka menggunakan kaedah riba, mereka mendakwa tuhan mereka AlLah SWT tapi semasa mentadbir mereka memakai peraturan yang bercanggah 100% dengan apa yang ditetapkan oleh AlLah SWT, mereka mendakwa tuhan mereka AlLah SWT tapi semasa bersosial mereka menolak sistem sosial yang diperkenalkan AlLah SWT. Ada sesetengah orang berasa orang tak boleh membaca al-Qur’an, kalau ada orang yang belum atau bukan Islam cuba membaca al-Qur’an maka dirasakan seolah-olah Islam sedang dihina. Yang pelik dan ajaibnya umat Islam sendiri malas untuk baca al-Qur’an. Kalau kita belek-belek perjalanan dakwah RasullulLah SAW, antara cara Nabi SAW berdakwah ialah dengan cara mengutus surat kepada pembesar atau ketua-ketua negara atau pemerintah negara yang masih kafir untuk menyeru mereka kepada agama AlLah SWT. Isi surat Baginda SAW itu ialah Baginda SAW menulis beberapa ayat al-Qur’an untuk dijadikan hujah mengajak mereka kepada Islam, jadi secara automatiknya orang kafir pada masa itu turut bukan sahaja membaca ayat-ayat al-Qur’an malah mereka memegang ayat-ayat al-Qur’an, kalaulah sekiranya orang yang belum Islam tidak boleh membaca ayat al-Qur’an, tentu Baginda SAW tidak berbuat demikian. Jadi dapatlah kita faham daripada kejadian ini bahawa orang yang masih kafir boleh membaca al-Qur’an, kerana kalau mereka tidak membaca sendiri al-Qur’an, bagaimana mereka nak faham ajaran dan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam.
Kemudian kita dihebohkan dengan orang bukan Islam masuk masjid. Geger keseluruh dunia orang jahil dengan agama mengulas isu ini dengan ulasan yang begitu dan begini. Sekali lagi mari kita buka almari sirah, sewaktu Baginda SAW hidup dahulu, pada penghujung usianya, AlLah SWT telah menjadikan Nabi SAW sebagai ketua negara atau pemerintah tertinggi kepada Daulah Islam di Madinah al-Munawwarah. Dalam sirah menyebut bahawa Baginda SAW telah menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan, bukan tempat bersolat sahaja seperti kebanyakan masjid yang ada di negara kita pada hari ini. Antara fungsi pada waktu itu ialah Baginda Nabi SAW menjadikan masjid sebagai pejabatnya untuk menerima tetamu yang juga merupakan ketua-ketua negara asing dan banyak ketua negara asing itu yang datang terdiri daripada mereka yang belum Islam.

AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Apabila kita bersolat dihanya diwajibkan membaca al-Fatihah, semua jenis dan nama solat, hatta solat jenazah yang tidak ada rukuk dan sujudpun diwajibkan membaca al-fatihah. Dalam al-Fatihah kita diminta memohon dan meminta dijauhi daripada sesuatu.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus. 7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai(Yahudi), dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat(Nasoro).

Kita pohon daripada AlLah SWT agar ditunjuki-Nya kepada kita jalan yang lurus. Jalan yang lurus ditafsirkan dengan cara atau perjalanan hidup yang pernah dilalui oleh semua para Nabi, sidiqqin, orang soleh, syuhada, dan mereka yang mengikuti perjalanan para Nabi, sidiqqin, orang soleh, syuhada. Kita juga memohon kepada AlLah SWT agar kita dijauhkan daripada terpengaruh dengan cara hidup mereka yang dimurkai-Nya.
Kita diminta menjauhi dan tidak meniru perangai yahudi dan nasoro, kita dipaksa baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari ikrar atau doa ini sebagai ingatan bertapa hinanya yahudi dan nasoro ini.
Nabi, sidiqqin, orang soleh, syuhada merupakan mereka yang meletakkan diri atas landasan yang ditentukan AlLah SWT. Apa yang dihalalkan AlLah SWT dihalalkannya walaupun banyak manusia tidak bersetuju. Apa yang diharamkan AlLah SWT akan tetap diharamkannya walaupun kebanyakan manusia dengan angkuh.

Sifat Yahudi ialah suka menyembunyikan dan menetang kebenaran yang sudah nyata di depan mata. Sebelum Baginda SAW diutuskan menjadi rahmat buat semua alam, Yahudilah yang memberitahu dan mengajarkan manusia di Yastrib pada masa itu bahawa akan lahir Nabi Akhir Zaman dengan tanda-tanda sekali. Manusia yang menjadi medan dakwah mereka pada masa itu ialah orang Aus dan Khazraj. Yang peliknya apabila Baginda Junjungan Akhir Zaman SAW terpacak di depan mata mereka berhijrah ke Madinah, Yahudilah yang berlumus-tungkus menjadi penetang ulung kepada ajaran yang dibawa Nabi Akhir Zaman SAW. Sementara orang Aus dan Khazraj berebut-rebut menjadi pembela Nabi SAW sehingga sanggup menjadikan nyawa mereka sebagai cagarannya. Kalau kita pada hari ini menentang kebenaran, bermakna kita telah mengambil perangai Yahudi untuk menghuni dalam diri.

Sementara Nasoro dikira sesat kerana suka melebih-lebihkan manusia hingga menyamai darjat AlLah SWT. Mereka mengangkat Nabi Isa AS yang sengaja AlLah SWT jadikan tanpa bapa sebagai anak tuhan, atau sebagai tuhan. Walhal Nabi Isa AS sendiri tetap menyatakan dirinya hamaba AlLah SWT. Manusia tetap harus dinilai sebagai manusia yang lemah, kalau pun ada saguhati pemberian hikmat padanya, dia tetap manusia, bukan tuhan atau anak tuhan atau kawan tuhan atau sebagainya. Manusia yang mengetahui apa yang diberitahu AlLah SWT padanya, apa-apa yang tidak diberitahu-Nya, manusia tidak sekali-kali mengetahui. Antara perkara yang tidak diberitahu AlLah SWT kepada manusia ialah tentang perkara yang ghaib. Kalau kita pada hari ini berasa ada bomoh tertentu, ada pawang tertentu, ada sesiapa yang tertentu, yang boleh mengetahui perkara yang bakal berlaku esok lusa, boleh melihat barang yang hilang, boleh membaca untung nasib seseorang pada masa depannya, bermakna kita telah mengambil perangai nasoro untuk diletakkan dalam jiwa,

Friday, September 3, 2010

Isi Ceramah Perdana Ramadhan pada 01 Sept 2010

Yang dimuliakan Pemudahcara Majlis
Tetamu-tetamu daripada Sektor Pendidikan Islam , JPN Kelantan
Al-Fadhil Ustaz Amran Mamat, Ketua Unit Pengurusan dan Pentadbiran, Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA)
Al-Fadhil Ustaz Shamsudin Ibrahim,
Penolong Pengarah, Pengurusan Pengembangan Syiar Islam,
Unit Operasi Dakwah
Al-Fadhil Qari Jemputan adik Izairi Iznan
As-Sahabul Fadhilah guru-guru al-Qur’an
Sof Kepimpinan PIBG SMKA Tok Bachok
Sof Pengetua Sekolah seluruh Daerah Bachok
Para Jiran lapangan SMKA Tok Bachok
Yang Berusaha ayahanda Pengetua SMKA Tok Bachok
Tn Hj Othman Yusoff, Kekanda-kekanda Penolong kanan
Tn Hj Muhammad Zakaria PKP
Tn Hj Makhtar Jusoh PK HEM
En Mazilan Mohd Zain PK KO
Guru-guru Kanan Bidang
Guru-guru Cemerlang
Rakan-rakan guru
Seterusnya anakanda putera & puteri SMKA Tok Bachok sekalian. QaalalLahu Taala fi muhkamin tanzilih; ba’da,
aauzubilLahi ssamii alim minal ssyaitoni rajiim

183. Wahai orang-orang ada iman! Telah diwajibkan berpuasa kepada kamu sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang ada iman daripada kamu, mudah-mudahan kamu mampu mencapai darjat taqwa.
184. (Puasa yang diwajibkan itu ialah hanyalah beberapa hari yang boleh dibilang jari; maka sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa (ganti) pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
185. Pada bulan Ramadhanlah diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi kita dapat membezakan antara yang haq (benar) dengan yang batil (salah). Oleh sebab itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau bermusafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan AlLah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
186. Dan sekiranya hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.
187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) Dengan isteri-isteri kamu. isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), Iaitu waktu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Pada dini kesempatan ini, marilah sama-sama kita mengangkat & merapatkan selautan syukur kehadrat AlLah, sekurang-kurangnya kerana 4 sebab;
1- Kita terus dilahirkan sebagai penganut Islam tanpa sebarang permohonan
2- Kita masih disambung nikmat hidayah, taufik & iman
3- Kita masih dapat menyedut pinjaman nyawa tanpa penjamin ini
4- Kita tahu meletakkan diri & nyawa kita dalam majlis ceramah ilmu ini

Majlis ilmu kita pada petang ini, Insya-AlLah akan menyentuh 4 perkara yang amat sinonim dan signifikan dengan situasi dan kondisi yang sedang kita lewati kini lalu digarap majlis ini dengan nama Produk Ramadhan 1431bersamaan 2010 M: Antara, Hamparan Bentengan Puasa, Ulang Tahun Merdeka Negara, Peristiwa ٌNuzul al-Qur’an & Tersisipnya Perang Badar al-Kubra

Hadirin dan hadirat yang terhormat;
Kalau dipersiskan dengan pertandingan bola sepak piala dunia, kita sekarang sedang berada dalam suasana pertandingan akhir. Oleh sebab bulan Ramadhan dibahagi 3 mengikut sebuah hadis yang popular (awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah, akhirnya iqtan minal nar) Kita mulai pertarungan pada bulan Ramadhan ini dengan peringkat suku akhir rupanya dan peringkat separuh akhir pun telah kita lalui. Dan kini sedang bertarung dalam perlawanan akhir. Bila disebut pertandingan akhir, kita tidak boleh melepas sebarang peluang untuk menjaringkan gol, setiap minit dan saat perlu difikir strategi untuk mendapatkan gol. Gol yang perlu kita jaring untuk Ramadhan ini juga ada 4: berjenama rahmat, maghfirah, iqtan minal nar, & Lailatul Qadar. Kita tidak payah berlari terkejar ke sana ke mari pada malam yang sunyi sepi dan mengeluarkan titis peluh sampai ke tumit untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Cukup untuk kita berada dalam rumah sendiri di bawah nyamannya putaran kipas atau selesanya semburan pendingin hawa, untuk mewarnakan dengan ceria dan sempurnanya malam-malam 10 yang terakhir Ramadhan ini dengan kepelbagaian menu dan resipi amal soleh. Sama ada yang bernama solat dengan kepelbagaian versinya; tahajud, taubat, hajat, tasbih, wuduk, istikharah, witir dll, atau membuka lembaran al-Qur’an untuk ditatap, dibaca, difaham, dihayati, dan diamali suruh dan dijauhi tegahnya, sama ada untuk merapat dan membanyakkan doa dan permohonan kepada AlLah, sama ada untuk beristigfar, sama ada untuk berzikir, bertahmid, bertasbih, bertakbir dll. Terlalu amat malanglah jika pada musim piala dunia selama sebulan kita mampu berjaga malam, tetapi tidak sanggup untuk berbuat perkara yang sama untuk urusan agama. Kerana berjaga untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia tidak ada suruhan daripada amalan beragama, sedangkan bangun untuk memperbanyak menu dan resipi ibadat merupakan antara pelawaan dari AlLah dan menjadi amalan manusia yang paling mulia pernah ada dan memijak maya iaitu nabi Muhammad SAW. Tidak hairanlah jika ibu Nabi Sulaiman AS pernah mengingatkan anaknya dengan kudus pesanan, wahai anakku jangan kamu tidur terlalu banyak pada waktu malam, kerana yang demikian akan menyebabkan penyesalan pada hari kemudian.
Jom dengan baki Ramadhan yang masih sudi menemani diri, kita hidupkan dan warnakan perjalanan malam-malam terakhir dari Ramadhan ini dengan sesuatu yang lebih menjanjikan, kerana keberadaan Lailatul Qadar menawarkan bonos melebihi gaji seribu bulan. Dalam dua lirik nasyid ada disebut;
Di kala malam sunyi sepi, Bani insan tenggelam dalam mimpi, Musafir yang malang ini pergi membasuh diri, Untuk mengadap-Mu oh Tuhan, Lemah lututku berdiri, Di hadapan-Mu tangisanku keharuan, Hamba yang lemah serta hina, Engkau terima jua mendekati, Bersimpuh di bawah duli kebesaran-Mu

Tuhan, hamba belum pasti, Bagaimana penerimaan-Mu, Di kala mendengar pengaduanku, Kuyakin Kau tak mungkiri, Dalam wahyu yang Kau-nuzulkan
Kau-berjanji menerima pengaduanku, Dan Kau-berjanji sudi mengampunkanku,
Dari segala dosa yang kulakukan

Ampunan-Mu Tuhan, Lebih besar dari kesalahan insan, Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan, Bukan tidak redha dengan ujian, Cuma hendak mengadu pada-Mu, Tempat hamba kembali nanti di sana
Rabbul Alamin Awallul Kalam, Suci Wajah (Yayadan) sepanjang hayat, Singkap dingin (Yayadan) tabir malam (Yayadan), Sujud dan berdoalah mohon hidayah
Kita Khalifah punya amanah, Luhur batin (Yayadan) sempurna jiwa, Bukan mudah (Yayadan) rindu jannah (Yayadan), Jika janji diizin ketemu jua
Biar nadi seribu tahun, Esok pulang di dalam iman, Dosa hati ampun-Nya dipohon,
Di akhirat jua yang berkekalan
Carilah ketenangan dalam diri sendiri, Munajat di sepertiga malam, Temulah keagungan Tika alam berseri, Hakikat indah mengutus salam, Segala puji hanya pada-Mu, (Yayadan Yayadan) Syukur selalu
Teguhlah Iman di dalam diri, Suci hati (Yayadan) hidup berseri, Ketaqwaan (Yayadan) keredhaan (Yayadan), Sinar penyuluh jiwa dikegelapan
Kurniakanku kasih saying-Mu, Perjalanan penuh berliku, Dunia ini hanya persinggahan
Di Akhirat jua yang berkekalan

Para tamu & Putera-puteri Tok Bachok semua

Berbetulan semalam atau kelmarin 31 ogos 2010 ulang tahun kemerdekaan negara, sampai bersantai marilah kita hayati sebuah sajak mudah, berjudul: Setanlah Penjajah Sebenar

mungkin tak pernah singgah dalam benak kita, setanlah penjajah sehingga ke akhir usia, menjajah bukan fizikal kita, tapi menjajah akal & aqidah manusia, ajakan setan menuju celaka, ajakan setan kekal ke neraka, membodohkan semua yang bernama manusia, melupakan AlLah sebagai Rabbnya, agar tunduk menyembah sesama hamba
patung berhala kubur puaka dan sebayanya, atau jadikan belitan ideologi terus dipuja

setan terus meyakinkan manusia, patung berhala kubur puaka dan sebayanya
atau belitan ideologi perahan otak manusia, ada kuasa seperti AlLah jua,
ada hajat boleh mohon pada patung & berhala, ada hajat boleh mohon pada kubur & puaka, ada masa-masa dirasa ideologi dari dangkal akal manusia, lebih perkasa dari AlLah Yang Esa!

setan tak pernah meletak jawatan dari menipu manusia, setan tak pernah akan meletak jawatannya, seandai setan mati & hidup kembali, setan tak pernah akan meletak jawatannya diyakinkannya bila niaga tanpa riba, untungnya tak banyak mana, kalau jujur bila niaga, untungnya tak seberapa, kepada pentadbir diyakinnya, jika peraturan AlLah dilaksana, negara akan dipenuhi huru-hara, hara-huru hura-hara hara-huru hura-hara, banyak tangan manusia terpotong di sini sana, akan banyaklah kilang & kedai sup kaki & tangan manusia di mana-mana, kesihanlah manusia yang terpotong tangannya, nak kerja apa pula

lahap & seronoknya manusia yang terpedaya, menelan tipu daya setan semaunya, siang malam pagi petang menelan tipuan setan, tapi terfikir siapa kita di maya, tanpa pernah terfikir pada otak kita, maya ini ada pemiliknya, hidup di maya ini harus serasi, dengan kehendak penciptanya!, kerana kita hanya penumpang ini maya, kita bukan tuan punya ini maya.

Ajakan menghayati makna dan erti merdeka sebetulnya berpijak kepada 3 kasus utama sebagaimana yang pernah dituturi oleh Rub’i bin Amir: “AlLah yang mengutuskan kami, untuk mengajak sesiapa yang sudi memerdekakan diri daripada berabdi kepada sesama hamba kepada menjadi hamba hanya kepada AlLah, memerdekakan diri daripada berada di bawah kezaliman pelbagai sistem kepada keadilan Islam, memerdeka diri daripada hidup di dunia yang begitu sempit kepada hidup di akhirat yang keluasan akhirat”

Perjuangan membawa hamba AlLah memerdekakan aqidah telah dimulai oleh para Nabi dan Rasul AMS. Para anbiya’ ini yang diriwayatkan seramai 124 ribu dengan 313 orang di antaranya dinaikkan taraf sebagai Rasul, sementara daripada jumlah itu 5 orang pula dinobatkan sebagai Rasul Ulul Azmi. Tugas kesemua anbiya’ sama sahaja mengajak manusia agar menjadi hamba kepada AlLah dan menjauhi thoghut. Rasul didefinisikan sebagai seseorang yang menerima syariat sementara para Nabi pula meneruskan syariat yang diwahyukan kepada Rasul terdahulu. Misalnya Nabi Musa KalamulLah menerima syariat yang termaktub dalam Taurat, sementara nabi-nabi yang diutus selepas kewafatan Nabi Musa KM meneruskan syariat yang ada dalam Taurat. Definisi ini diharap dapat menyekat tafsiran dan definisi yang sesat yang menyatakan para Nabi menerima wahyu lepas itu, tak payah buat apa-apa, cuma tunggu dari sehari ke sehari kedatangan Izrael untuk dimatikan sahaja dan ganti pula oleh nabi yang lain yang juga terima wayhu dan menunggu saat kematian seperti nabi-nabi sebelumnya.

Hari ini kesemua para Nabi dan Rasul sudah diwafatkan AlLah, kecuali Nabi Isa RuhulLah. AlLah tidak membiarkan pemegang teraju kemedekaan ini sepi di bumi ini, oleh sebab setan and the gang tak pernah mau mati, sebab dulu setan pernah meminta dengan AlLah agar dipanjang usianya sebaya dengan umur dunia, dan AlLah tidak keberatan untuk meluluskan permintaan itu. AlLah yang serba Maha Tahu, AlLah Yang Maha Mengerti dulu, kini, dan selamanya, telah sudi dan mengizinkan, seperti yang terpahat Ulama’ Warasatul Anbiya.
Kini Ulama’lah pemegang amanah ini, untuk memerdekakan minda & akidah manusia daripada terus dibelenggu dan dijajah dengan janji-janji setan yang tidak pernah berpengkalan. Memang nabi dan rasul tidak boleh diprogramkan, kerana itu semua berlangsung dengan pilihan AlLah, tetapi ulama’ kita boleh rancang. Kita boleh bina institusi yang boleh dan mampu melahirkan ulama’. Kita boleh hantar zuriat kita ke tempat-tempat yang diyakini boleh menjadikan anak cucu kita sebagai ulama’. Saya cukup yakin dan yakin sekali, seandainya anda yang berada di depan saya pada petang ini memasuki akademi fantasia dan yang seiklim dengannya, sampai kiamat pun anda tak akan mampu untuk jadi ulama yang bakal menjadi pewaris anbiya’. Hanya institusi yang bergelar pondok, pasentren, sekolah agama atau yang sealiran dengannya sahajalah mampu mengeluarkan ulama’. Kita sebetulnya amat terhutang budi dengan ulama’. Ajaran para ulama’lah yang memberitahu ada desah dosa, ada hamparan pahala, ada musuh tradisi bernama setan dan the gang, ada kawan yang baik bernama malaikat, di sana di kubur sana ada nikmatnya jika hidup tak bermaksiat atau berpaksiat, kubur ada azabnya jika hidup ini dipenuhi tuntutan nafsu setan yang tak terkendali.
Hidup ini tidak berakhir di sini, bila nyawa bercerai dari badan bukan bermakna tamatlah riwayat diri. Kerana di kubur sana baru bermula kehidupan sebenar. Umur dan kehidupan semasa di dunia hanyalah latihan yang agak panjang untuk kita jalani sewaktu di kubur nanti. Kita akan dapat balasan hanya daripada apa yang sempat kita usaha dan kumpulkan. Oh ya, bumi Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun atau setengah abad. Seharusnya sehingga hari ini sudah lebih 50 amalan agama yang melekat pada diri, kerana kita sudah merdeka daripada tipu daya dan hasutan setan. Dalam pada itu juga sudah lebih 50 amalan negatif sudah mampu kita kuburkan. Jika demikian barulah merdeka yang kita sambut saban tahun untuk memaknakan sesuatu yang lebih ceria. Kalau tidak sambutan merdeka pada tahun-tahun yang akan menjelma harus dikaji semula. Satu cadangan yang harus kita fikir dan amal bersama; jom mari kita lahirkan, mari kita bina, mari kita programkan, mari kita jadikan, mari kita aktif target masa depan: sebuah rumah seorang ulama’.

Hadirin hadirat yang soleh dan solehat

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Lailatul-Qadar,
2. Dan apa kamu mengetahui apakah (kemuliaan & kebesaran) Lailatul-Qadar itu?
3. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Turun para malaikat dan roh (Jibril) padanya dengan izin Rabb untuk mengatur segala urusan
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Al-Qur’an = Qalam AlLah, karya AlLah, garapan AlLah.
AlLah sengaja – memilih Ramadhan untuk menurunkan semua Kitab dan Suhuf-Nya (al-Hafiz Ibnu Kathir dalam Tafsirnya dan Usman al-Khaibawi dalam kitabnya). Hal ini menunjukkan istimewanya Ramadhan di sisi-Nya. Bayangkan biarpun dalm setahun ada 12 bulan, AlLah tidak memilih nama bulan lain untuk disebut dalam al-Qur’an. Ramadhan juga disebut sebagai satu bulan yang memampukan kita meraih darjat dan anugerah berjenama atau sebuah Piala Keagungan bernama Taqwa. Piala ini kekal bakal jadi milik kita, bukan piala pusingan yang menjadi kegilaan manusia berebut pada hari ini, yang perlu diserahkan kembali untuk jadi rebutan pada tahun akan datang. Taqwa akan menjadi milik peribadi seseorang, bukan milik pasukan mana-mana, bukan milik negeri mana-mana, bukan milik kelab & persatuan mana-mana, bukan milik negara mana-mana, dan bukan milik kampung mana-mana atau milik kerajaan mana-mana. Tapi kemahamurahan dan mahaperkasaan AlLah menyediakan anugerah taqwa dan diberikan kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-Nya yang berusaha keras untuk mendapatkannya.
Al-Qur’an diturunkan sekaligus pada Lailatul Qadar dari sisi AlLah ke Baitul Izzah di langit dunia diiringi 70 000 para malaikat. Dari Baitul Izzah disampaikan ke dada RasullulLah SAW dari semasa ke semasa mengikut keperluan dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari @ 23 tahun. 13 tahun sewaktu Baginda SAW masih berada di Mekah dan 10 tahun setelah Baginda SAW berhijrah ke Madinah.

Ayat yang diturunkan di Mekah dinamakan Ayat Makiyyah yang menekankan konsep aqidah kepada ketuhanan & kemahaperkasan AlLah SWT, demi merasakan keberadaan AlLah dan meneguhkan hubungan yang dikenal dan terkenal sebagai Hablun minalLah
menjadikan langit & bumi serta semua isinya,
menjanjikan adanya hamparan pahala dan desah dosa,
menjelaskan kubur atau alam balasungkawa itu tempat transit pertama menuju untuk bertemu-Nya dan di sana sudah siap tersedia sama ada hamparan nikmat yang terus didatangkan dari syurga atau semasa di kubur kita bergelut dan bertarung 24 jam seharian dengan rantaian azab yang terus-menerus datangnya dari neraka.
Adanya alam yang dikenali sebagai mahsyar tempat perhimpunan raya bila mana semua yang pernah menerima subsidi nyawa akan dikumpul dan dihimpun bersama, ada agenda besar menanti kita kerana semua aksi yang sempat kita buat walau sesembunyi mana sekalipun akan ditanyai, seandainya apa yang kita terokai sewaktu nyawa masih menghuni jiwa mengikut dan betul dengan apa yang diprogramkan dalam al-Qur’an, kita akan dibayar gaji atau upah yang berjenama pahala. Seandainya apa yang kita terbuat sama ada sengaja atau dirancang semasa nyawa masih dikandung badan itu berlawanan dengan petunjuk yang ada dalam skima al-Qur’an, kita akan dikira penderhaka, pengganas AlLah SWT walau semasa di dunia kita dipandang dan dinilai mulia.
Adanya alam yang kekal selamanya yang dinamakan akan dia syurga dan neraka, tidak ada tempat yang ketiga atau keempatnya. Syurga disediakan untuk semua hamba-Nya yang sanggup semasa di dunia ini meletakkan hidupnya di bawah bayangan al-Qur’an untuk segala tindak dan tanduknya. Sementara neraka pula disedia secara kekal pula kepada sesiapa yang meragui kemahaperkasaan Allah, yang merasakan dia juga sehebat AlLah seperti Fir’aun misalnya.
Bayangkan selama 13 tahun Baginda Rasul SAW mentarbiyyah mereka dengan kurikulum dan sukatan pelajaran yang sedemikian. Lalu lahirlah manusia hebat dalam almari sejarah Bilal bin Rabah umpamanya walaupun diletak batu di atas perut dijemur di bawah panahan terik panas matahari, membelakangkan padang pasir yang menggelegak panasnya, tetap mengukir senyum melantunkan kalimah Ahad, Ahad, Ahad, ucapan yang sama juga dapat kita dengar pada hari minggu di negeri-negeri pantai barat apabila dikejutkan untuk solat Subuh, mereka juga akan menjawab dengan penuh biadap ahad, ahad, ahad.

Ayat yang diturunkan selama 10 tahun di Madinah dikenali sebagai ayat Madaniyyah yang mencakup dan untuk mencukup untuk konsep Hablun Minnas- untuk merapatkan dan memesrakan interaksi dengan sesama manusia sewaktu melastari hidup di dunia, sama ada dengan manusia yang sudi menyatakan imannya kepada AlLah, sama ada interaksi dengan manusia yang menolak kemahaperkasaan Allah, atau untuk berinteraksi dengan sejumlah manusia yang berpura-pura menyatakan iman dengan hujung lidahnya sementara hatinya tersimpan segala dan semua zulumat paganisme. Segala tataperaturan untuk hidup damai antara manusia diajari dalam ayat-ayat Madaniyyah. Bagaimana untuk mencari & memilih pasangan hidup, bagaimana untuk melepaskan ikatan perkahwinan bila sudah tidak ada persefahaman, bagaimana untuk melayani anak-anak yang masih bayi, bagaimana cara untuk bertamu ke rumah teman atau taulan, bagaimana untuk berjual beli, bagaimana untuk sewa-menyewa, bagaimana untuk bersedekah, makanan dan minuman apa yang patut disuap masuk ke dalam perut, bagaimana untuk berpakaian, bagaimana dan apakah peraturan yang dapat mencegah manusia daripada yang berbuat perkara yang negatif, bagaimana untuk bersahabat, bagaimana tatacara untuk bermusuh, bumi mana yang harus kita melancong, siapa yang boleh kita jadikan ikon, siapa kita siapa kawan kita siapa musuh kita, semuanya ada siapa siaga tercetak sejak lama dulu dalam al-Qur’an. Siapa kita dalam al-Qur’an sebut Wamaa khalakna jinni wal innsani illa liyakbudu= tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk berabdi kepada-Ku. Kita hanyalah hamba menumpang di sudut dunia, ku dengan caraku yang sederhana, kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita.
Siapa kawan kita; disebut dalam al-Hujrat; Innama mukminuma ikhwatun
Siapa musuh kita; diperjelas Yaa bani Adam laa takbudu syaiton innahu lakum adduwum mubinn, wahai anak cucu Adam janganlah kamu berabdi kepada setan & the gang, sesungguhnya setan bagi kamu musuh yang nyata (turun-menurun/tradisi)

Dalam al-Qur’an menyebut secara jelas dan tuntas, menyebut; manusia diciptakan daripada tanah, jinn, setan & yang seperangai dengannya dicipta daripada api, sementara malaikat Jibril AS dan rakannya dicipta daripada nur/cahaya. Ada sesuatu signifikannya lewat penciptaan dan apabila berlaku interaksi ini. apabila manusia bergelumang/bergaul mesra dengan setan maka terjadilah percampuran antara tanah dan api menatijahkan sesuatu keadaan yang kering, keras, begitulah apabila manusia dibentur dan diram dan diperam dengan kaedah setan, maka akan terbentuklah manusia yang keras seperti bata. Sebaliknya jika tanah ini diperam dengan cahaya dengan erti bergaul dengan para Malaikat, maka akan kekallah kelembutan sama ada pada wajah atau jiwa perangainya.

Macam-macam ada dalam al-Qur’an. Walaupun ditulis dalam bahasa Arab tapi makanan asas kita ada dalam a;-Qur’an;(Qul Aauzubirraninnasi) nasi, kalau kita berada dalam gelap kita perlukan cahaya, salah satu sumber cahaya disebut (al-Fil- fi todhlilin) lilin, bila makan, ada kalangan kita yang sukakan rasa pedas, sumber pedas ini ada terdaapat dalam al-Qur’an (al-Ikhlas: wam yuulada) lada, budak, manis, bir, dadah, fenomena handfone juga disebut dengan jelas dalam Kitab AlLah ini.

Al-Qur’an ini AlLah programkan untuk dibaca, difahami, dihayati, dan diamalkan oleh manusia sewaktu manusia itu masih bernyawa, bukan sudah mati atau ditelan bumi. Dalam al-Baqaroh 185 termuat firman; Bulan Ramadan padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Al-Qur’an akan jadi pedoman, petunjuk, dan pembeza hanya setelah diamalkan segala suruh dan tegah yang ada dalamnya. Bukan dibacakan setelah seseorang itu mati. Kesihan yang amatlah jika semasa hidup seseorang itu tak pernah baca, faham, dan amal isi kandungan al-Qur’an, tetapi dibaca dikuburnya setelah dia mati, sebab dia tak dapat buat apa-apa. Seandai ada sesiapa yang semasa hidupnya tidak pernah membaca al-Qur’an, tetapi hanya membaca akhbar sahaja, membaca majalah sahaja, membaca tesis sahaja, disyorkan sewaktu matinya, kita bacakan akhbar, atau majalah, atau novel, atau tesis sahaja di kuburnya. Baru real kan?

Para tetamu rakan-rakan & anak-anak pelajar sekelian

Ramadhan juga telah merakam kerana berlaku dalamnya salah satu siri perjuangan menegakkan Islam, peristiwa besar, peristiwa yang menetukan hidup atau matinya kalimah AlLah di muka dunia ini, iaitu Perang Badar al-Kubra. Menghadapi seluruh kekuatan ketenteraan Quraisy di medan Badar tidak pernah dihajati atau diimpikan oleh orang Islam di bawah pimpinan Baginda Nabi Akhir Zaman SAW. Sirah menukilkan pada tahun 2 Hijrah, umat Islam mulai difardhukan dengan suruhan berpuasa. Pada tahun 2 Hijrah ini jugalah umat Islam terperangkap di medan Badar, kerana mereka keluar ke Badar bukan untuk berperang tetapi untuk menyekat kafilah pimpinan 2 bersaudara iaitu Abu Sufyan dan Sakhru bin Harb yang dalam perjalanan pulang dari Syam dengan membawa banyak keperluan dan barangan untuk orang Quraisy. Abu Sufyan membawa bersamanya 40 pengikut untuk mengiringi 1000 unta yang membawa harta orang Quraisy untuk dibawa ke Mekah. Usaha ini diperbuat untuk melumpuhkan sedikit kekuatan material kaum Quraisy, kerana sewaktu umat Islam di Mekah mahu berhijrah kaum Quraisy tidak membenarkan mereka membawa sebarang perbekalan ke Madinah, dengan erti kata lain orang Quraisy telah merampas kesemua harta milik orang Islam. Orang Islam pada masa itu diberi pilih sama ada memilih untuk meninggalkan harta bendanya dan berhijrah bersama RasulLulLah SAW ataupun kekal di Mekah bersama kekayaan yang diwarisi dan dimiliki sejak sekian lama. Pelik sungguh manifestasi iman orang Islam semasa itu sebab tidak ada seorang pun yang memilih untuk menjaga harta kekayaan mereka tetapi memilih batang tubuh seorang manusia yang memperjuangkan iman bernama Muhammad bin AbdulLah yang mereka semua nobatkan sebagai al-Amin sejak kecil.
Baginda SAW bergerak ke Badar bersama 313 sahabat yang sedang berpuasa, sama dengan jumlah tentera Thalut sewaktu berdepan dengan mustakbirin Jalut, dengan perbekalan yang amat sederhana. Seekor unta yang ditunggang dikongsi 3 orang. Bermakna semasa seorang sedang menunggang unta 3 yang lain terpaksa berjalan. Baginda Rasul SAW juga menaiki unta berkongsi dengan Saidina Ali KW, Abu Lubabah, dan al-Miqdad bin Aswad.
Perancangan manusia selama-lamanya tidak dapat mengatasi kehendak Allah. Begitu juga episod Baginda SAW yang berniat untuk menyekat kafilah tetapi AlLah berkehendakkan orang Islam berdepan dengan barisan tentera Quraisy yang berjumlah 1000 orang yang lengkap dengan pakaian perang dan diiringi dengan nyanyian patriotik nyanyian dan dendangan daripada suara lunak merdu para artis yang popular di Mekah semasa itu. Lirik lagunya direka khas untuk menghina dan mencela Islam. Tujuan dan hasrat Baginda SAW untuk menyekat kafilah dapat dihidu oleh pengintip Abu Sufyan yang bernama Abu Damdam yang berada atas gunung Abu Qubais lalu diambilnya jalan lain untuk ke Mekah.
Akhirnya meletuslah perang Badar dimulakan dengan tempur solo Hamzah bin Abdul Muttalib mewakili tentera Islam menentang al-Aswad al-Makhzumi yang berperang bagi pihak kuffar Quraisy, diikuti dengan saingan 3 lawan 3
Hamzah Abdul Muttalib, Ali Abi Talib, dan Ubaidah bin Haris mewakili kem Islam melawan Atabah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, dan al-Walid bin Atabah. Ketiga-tiga komander Quraisy menemui ajal di pedang 3 tentera Islam dan seterusnya menyaksikan kemenangan kepada kaum muslimin apabila berjaya membunuh 70 kaum kuffar Quraisy dan menawan 70 lagi sebagi tebusan. Sementara di pihak Islam 14 orang mendapat anugerah paling mulia untuk sebuah kematian, apabila mereka diambil nyawanya dengan cara syahid pada jalannya.

Salah faham berhubung Ramadhan
1- Perlu disambut dengan mercun atau bunga api. Kalau dilihat sejarah hanya manusia yang menganut paganisme sahaja yang menyambut perayaan dengan bunyi-bunyian seperti mercun ini. Tanyalah kepada oarng mengetahui apa-apa yang belum kita faham. Jangan berbuat sesuatu kerana terikut-ikut, kerana kita ada pegangan dan panduan kita sendiri. Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang boleh kita ikut tanpa soal jawab, kerana apa yang dilaku Nabi SAW merupakan wahyu IlLahi. Adapun apa yang dibuat orang lain perlu diselidiki, ditanya, dan fahami, melalui soal jawab yang mantap, barulah boleh diikuti.
2- Terawih dirasa lebih besar pahala daripada solat Rawatip atau solat Subuh. Terdapat di sebahagian besar masjid, surau, balaisah, musalla yang terus melakukan solat Terawih sebaik sahaja selesai solat Isya’ dengan meninggalkan solat sunat selepas Isya’. Begitu juga banyak tempat bersujud kepada AlLah itu, semasa bersolat Terawih penuh dengan jemaah yang datang berqiam Terawih, tetapi apabila solat Subuh hanya tinggal satu sof sahaja. Ke mana mereka ini pergi ya, sedangkan solat Subuh tu fardhu sementara solat Terawih tu sunah aje.
3- Pergi atau hidupkan masjid hanya pada bulan Ramadhan. Saya melihat ada sesetengah masjid kecil ini yang hanya didatangi semasa Ramadhan untuk berterawih sahaja. Bermakna masjid atau balaisah itu hanya digunakan 30 malam sahaja dalam setahun. Ada khalayak merasakan jika tidak berterawih berdosa tetapi tidak pula berdosa meninggalkan solat berjemaah yang lain.
4- Makan dengan banyaknya waktu berbuka kerana seharian berlapar. Banyak benar kedapatan pembaziran sewaktu berbuka, sama ada berbuka di rumah atau menghadiri ke majlis berbuka puasa anjuran pihak tertentu, atau berbuka secara berbayar di hotel-hotel. Sedangkan fungsi puasa untuk menahan diri, menahan nafsu, menahan yang negatif-negatif dalam hidup. Nampaknya latihan seharian tewas di hujung selera. Itulah yang menyebabkan kos hidup dan belanja pada bulan Ramadhan melonjak tinggi. Pelik kan sepatutnya Ramadhan bulan yang melatih kita berjimat dan menjanjikan penjimatan.
5- Bertungkus lumus membaca al-Qur’an hanya bulan Ramadhan. Rata-rata kita pada bulan Ramadhan akan cuba untuk khatamkan bacaan al-Qur’an pada bulan Ramadhan. Itu sesuatu yang boleh dibanggakan. Tapi apabila masuk aje bulan Syawal, bacaan tersebut pun ditinggalkan, dan menunggu datangnya Ramadhan tahun depan untuk berbuat demikian. Sepatutnya pada buan Ramadhan kita jadikan latihan, seterusnya pada bulan Syawal lekat latihan tersebut. Misanya pada bulan Ramadhan kita mampu baca sejuzuk sehari, kita teruskan pada hari-hari yang lain, dan apabila masuk Ramadhan tahun hadapan kita tingkatkan jadi 2 juzuk sehari pula. Kemudian diikuti pada bulan berikutnya dengan 2 juzuk tersebut. Datang Ramadhan tahun berikut kita tingkatkan akepada 3 juzuk sehari, barulah hidup ini ada kemajuannya dari segi amalan beragama.
6- Bersedekah hanya pada bulan Ramadhan. Fenomena bersedekah juga sama dengan feel membaca al-Qur’an. Bulan Ramadhan banyak pihak berebut-rebut mencari anak yatim untuk disedekahi, seolah-olah tak cukup anak yatim untuk dihuluri sedekah. Tapi bila masuk bulan-bulan yang lain, anak-anak yatim kembali seperti biasa. Soalnya cukupkah amal yang dikira baik sebulan tu menutup amalan yang 11 bulan.
Setiap amal yang dikerjai itu biarlah beristiqomah biarpun sedikit. Kerana amal yang dilakukan secara bermusim dikuatiri dilakukan kerana adap dan kebiasaan bukan kerana perintah agama.

Sekian wassalam. Terima kasih atas segala perhatian, mohon maaf atas segala kelemahan.

Tetamu

free counters