Monday, 3 March 2014
Punca NASA Sembunyikan Fakta Kota Mekah Terbongkar..
Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Makkah adalah pusat bumi yang sebenar.“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu – tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah,
rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini,
sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan
berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya
kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian
penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).”
(asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan
yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan
luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber
dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain
serta keunggulan di atas semua kota.
Istilah Ka’bah adalah bahasa al quran dari kata “ka’bu” yg bererti “mata kaki”
atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam
Al-quran menjelaskan istilah itu dg “Ka’bain” yg bererti ‘dua mata kaki’
dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah ‘ka’bah’ yang ertinya nyata “mata
bumi” atau “sumbu bumi” atau kutub pusingan utara bumi.
Allah berfirman lagi yang bermaksud :
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru
langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali
dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan
langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah
berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga
berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah,
tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan
tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
“Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah
bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah,
bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. –
(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Baik.. kita balik pada Neil Amstrong dan Fakta kajian saintifik
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat kepada planet
Bumi. Fakta ini juga telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai
kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa
dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata
bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu
radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi
sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan laman web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.
Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak
berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet
Marikh, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim
mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan
antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu
kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita
mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut
tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar
antara kedua kutub .
Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan
hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak
kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah,
maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang
menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah
fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Prof. Hussain Kamel menemukan suatu fakta mengejutkan bahawa Makkah
adalah pusat bumi. Pada mulanya ia meneliti suatu cara untuk menentukan
arah kiblat di kota-kota besar di dunia. Untuk tujuan ini, ia menarik
garis-garis di atas peta, dan sesudah itu ia mengamati dengan saksama
kedudukan ketujuh benua terhadap Makkah dan jarak masing-masing. .
Ia memulai untuk menggambar garis-garis sejajar hanya untuk memudahkan
unjuran garis bujur dan garis lintang . Ia kagum dengan apa yang
ditemukan, bahawa Mekah merupakan pusat bumi atau dunia. (Majalah
al-Arabiyyah, edisi 237, Ogos, 1978).
Peristiwa yang berlaku setiap tahun iaitu fenomena Istiwa Matahari di Atas Kaabah
Gambar-gambar Satelit, yang muncul kemudian pada tahun 90-an, menekankan
hasil yang sama ketika kajian-kajian lebih lanjut mengarah kepada
topografi lapisan-lapisan bumi dan geografi waktu daratan itu
diciptakan.
Telah menjadi teori yang mapan secara ilmiah bahawa lempengan-lempengan
bumi terbentuk selama usia geologi yang panjang, bergerak secara teratur
di sekitar lempengan Arab. Lempengan-lempengan ini terus menerus
memusat ke arah itu seolah-olah menunjuk ke Makkah.
Kajian ilmiah ini dilaksanakan untuk tujuan yang berbeza, bukan dimaksud
untuk membuktikan bahwa Makkah adalah pusat dari bumi. Bagaimanapun,
kajian ini diterbitkan di dalam banyak majalah sains di Barat.
Allah berfirman di dalam al-Quran al-Karim sebagai berikut:
‘Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya
kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk
(negeri-negeri) sekelilingnya ..’ (Asy-Syura: 7)
Kata ‘Ummul Qura’ berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan
yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih dari itu, kata ummu
(ibu) mempunyai erti yang penting di dalam kultur Islam.
Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga
merupakan sumber dari semua negeri lain, sebagaimana dijelaskan pada
awal kajian ini. Selain itu, kata ‘ibu’ memberi Makkah keunggulan di
atas semua kota lain.
Makkah atau Greenwich ?
Berdasarkan pertimbangan yang saksama bahwa Makkah berada tengah-tengah
bumi sebagaimana yang dikuatkan oleh kajian-kajian dan gambar-gambar
geologi yang dihasilkan satelit, maka benar-benar diyakini bahawa Kota
Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu
dunia. Hal ini akan mengakhiri kontroversi lama yang bermula empat dekad
yang lalu.
Ada banyak perbalahan ilmiah untuk membuktikan bahawa Mekah merupakan
wilayah kosong bujur sangkar yang melalui kota suci tersebut, dan ia
tidak melewati Greenwich di Britain. GMT dipaksakan pada dunia ketika
majoriti negeri di dunia berada di bawah jajahan Inggeris. Jika waktu
Makkah yang diterapkan, maka mudah bagi setiap orang untuk mengetahui
waktu solat.
Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit
Selain itu ada hadis yang mengatakan bahawa Masjidil Haram di Makkah,
tempat Ka’bah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan
tujuh bumi (maksudnya tujuh lapisan yang membentuk bumi)
Ada beberapa ayat dan hadits nabawi yang menyiratkan fakta ini. Allah
berfirman, ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus
(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat
menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (Ar-Rahman: 33)
Kata aqthar adalah bentuk jamak dari kata ‘qutr’ yang bererti dia, dan
ia merujuk pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Dari ayat ini dan dari beberapa hadis dapat difahami bahawa diameter
lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).
Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, maka itu bererti bahawa Mekah
juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu
tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di
negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah)
dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut
bukan berasal dari sistem suria kita.
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada
susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’
al-Tirmidzi al-Hajj)
http://addindeen.blogspot.com/2014/03/punca-nasa-sembunyikan-fakta-kota-mekah.html