About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Monday, January 23, 2017

lslam Pembela Segala

TRADISI MENJUAL ISTERI DI EROPAH

tradisi-menjual-istri-di-eropa

Mengangkat darjat wanita dan menempatkannya pada tempat yang semestinya adalah ciri ajaran Islam sejak mula. Di era moden, mungkin sebahagian orang sukar menolak tuntutan ini. Kerana banyaknya kebohongan dan pengkaburan ajaran Islam. Islam dicitrakan sebagai agama yang memperbudak wanita. Islam dikesankan menjadikan wanita sebagai pemuas nafsu. Dll. Bagi orang-orang yang terpengaruh isu ini, perlu diberikan pemahaman dari sisi sejarah. Bagaimana keadaan wanita sebelum Islam diturunkan. Atau pada masyarakat yang tidak mengenal Islam. Sehingga mereka mempunyai komparasi untuk menilai benar tidaknya dakwaan bahawa Islam memuliakan wanita.

flashdisk Yufid.TV
Samuel Pyeatt Menefee dalam karyanya Wives for Sale: Ethnographic Study of British Popular Divorce, mengungkap sebuah realiti yang mengejutkan. Ia menyatakan tradisi menjual isteri berlangsung selama 500 tahun di Inggeris. Perbuatan keji ini dilakukan sebagai alternative dari perceraian.

Di Eropah, pada abad pertengahan (sejak bersatunya kembali daerah bekas kekuasaan Empayar Rom Barat di bawah inisiatif raja Charlemagne pada abad 5 hingga Pembaharuan pada tahun 1517), wanita mempunyai kedudukan yang sangat rendah di sisi suami-suami mereka selepas berkahwin. Wanita-wanita yang telah bersuami tak lagi mempunyai hak atas dirinya. Tradisi ini dikenali dengan coverture.

Pada masa itu, seorang perempuan bersuami tidak mungkin mempunyai hak, walaupun atas dirinya sendiri. Mereka adalah 'barang' miliki suami mereka. Sehingga para suami merasa punya hak menjual 'barang-barang' milik mereka. Sejarah ini juga dicatat dalam buku Uncle John 's Bathroom Reader Plunges Into History Again.

Tidak diketahui persis kapan tradisi keji ini bermula. Siapa orang pertama yang memulakan melelong isteri di Eropah. Namun, tradisi ini marak dilakukan pada akhir abad ke-17. Teknikal penjualan isteri ini pertama-tama diiklankan dulu di media maklumat yang berlaku di masa itu. Sehingga orang-orang mengetahui bahawa isteri si Fulan dijual. Setelah orang-orang tahu, barulah dijual di tempat-tempat pelelangan.

Yang menyedihkan dan terasa begitu hina, wanita-wanita malang itu dijajarkan di tempat yang tinggi semacam panggung. Sementara leher-leher mereka diikat. Para suami merekalah yang memegang ikatannya. Kadang tali-tali itu diikatkan di pergelangan tangan atau pinggang. Lelong terus berlangsung hingga ada suami baru yang membelinya dengan harga yan dipersetujui. Berpindahlah pemilikan.

Tradisi ini terus berlangsung hingga abad ke-18 dan 19. Para suami menganggap hal ini sebagai penyelesaian dari rumah tangga yang mengecewakan. Sebenarnya, pada tahun 1690 sudah ditetapkan aturan perceraian oleh parlimen. Namun cara ini dianggap memakan masa yang lama dan menghabiskan banyak dana.

Puncak tradisi ini terjadi pada tahun 1780 dan 1850. Pada masa itu, di Brimingham, Inggeris, kira-kira 300 orang istri dijual. Sebenarnya wanita-wanita ini menolak diperlakukan demikian, namun tidak ada undang-undang yang melindungi mereka. Yang membela hak-hak asasi wanita.

Pada awal abad ke-20 perdagangan wanita seperti ini masih berlaku di Eropah, khususnya Inggeris. Akhirnya, pada 1913, para wanita menuntut ditetapkannya undang-undang yang melarang perdagangan perempuan. Dan para wanita pun mempunyai perlindungan hak dalam undang-undang.

Kerana itu, tidak hairan jika orang-orang Eropah sangat anti dengan hukum-hukum agama yang terkesan mengekang wanita. Mereka mempunyai trauma sejarah dengan gereja, negara, dan kaum laki-laki. Kemudian apa yang mereka rasakan ini hendak mereka transfer ke negeri-negeri Islam. Padahal Islam telah mendudukkan wanita di tempat yang mulia. Dengan Islam, wanita muslimah tidak mempunyai trauma seperti yang mereka alami. Segala puji bagi Allah ﷻ atas nikmat Islam.

sumber:
- Menefee, Samuel Pyeatt. 1984. Wives for Sale: Ethnographic Study of British Popular Divorce. Basil Blackwell Publishing.
- Http://lite.islamstory.com/ بيع-الزوجات-في-أوربا /

Saturday, January 21, 2017

Mengapa Aleppo Menjadi Keutamaan

Mengapa Aleppo Menjadi Keutamaan?


Pemisahan umat dari sejarah gemilang pendahulunya adalah musibah besar dan sebuah tragedi peradaban. Kerana dari sinilah, etos kepahlawanan dan memoir perlawanan atas kezaliman, secara beransur hilang dari ingatan.

Mungkin sebab itu juga, bandar Halab (Aleppo) berkali-kali menjadi ladang pembunuhan Rejim Syiah Nushairiyah di Syria. Kerana di Halab lah, prasasti sejarah perlawanan Umat disemadikan. Tentu, di samping pertimbangan strategik-geografi yang lain.

Syeikh Prof. Dr. 'Ali Muhammad' Audah, Pakar Tarikh Perang Salib, menjelaskan dari aspek sejarah mengapa bandar Halab menjadi keutamaan pembumi-hangusan:

Kerana Halab pernah menjadi titik tolak penghantaran pasukan Muslimin melawan Empayar Rom, sejak tempoh Khilafah Rasyidah, Umawiyah, hingga berakhir di zaman Khilafah 'Abbasiyah.

Kerana Halab pernah menjadi pangkalan dan asas utama perjuangan umat Islam, yang dibina oleh Sultan 'Imadudin dalam melawan tentera Salib di Syam.

Kerana Halab pernah memimpin bandar-bandar di Syam, melawan kezaliman Daulah 'Ubaidiyyah yang merupakan perpanjangan tangan Rafidhah dan Majusi dalam menjajah Syam selama lebih dari setengah abad.

Pada tahun 462 H, Halab menjadi negeri yang pertama kali menentang kediktatoran Al-'Ubaidiyyin yang bermazhab Syiah. Lalu munashohah dan loyal kepada Sultan Saljuq dan Khilafah 'Abbasiyah yang Sunni. Hingga seterusnya langkah itu diikuti Damsyik.

Pada tahun 463 H, pada masa Sultan Alib Arsalan sedang di Halab melawan 'Ubaidiyyah, ia mendengar pasukan Romawi ikut keluar serta, lalu dari Halab lah ia bertolak menghentam Rom.

Pada tahun 539 H, dari Halab lah Sultan Nuruddin berjaya menghancurkan kekuasaan Daulah Reha dan menjadi akhir kezaliman Nasrani di seluruh penjuru Syam.

Pada tahun 543 H, dari Halab Sultan Nuruddin mampu menahan serangan Raja Reymond dan sekutunya dari kalangan Syi'ah Bathiniyyah, iaitu 'Ali Wafa. Hingga sang Sultan membunuh keduanya di pinggir Halab bahagian barat.

Dari Halab lah, Sultan Nuruddin membina perikatan perlawanan. Lalu pada tahun 546 H, Muslimin Dimasyq menyertai. Hingga menjadi kukuh lah barisan Muslimin melawan penjajahan.

Dari Halab lah, Sultan Nuruddin berjaya menahan serangan gabungan Nasrani, yang terdiri daripada tentera Salib, Rom, dan Armenia. Sehingga mereka porak-peranda pada bulan Ramadhan, tahun 559 H.

Dari Halab lah, pada tahun 559, 562, dan 564 H, Sultan Nuruddin menghantar pasukan ke Mesir. Hingga Mesir pun turut bergabung dalam front pertempuran melawan tentera Salib dan Rafidhah 'Ubaidiyyah.

Penduduk Halab lah, yang terkenal sangat mahir dan mahir dalam menerobos dan menghancurkan benteng musuh. Mereka lah yang berhasil menghancurkan benteng Reha, Quds, 'Uka, dan bandar lain yang pada masa itu menjadi pertahanan musuh.

Maka tidak hairanlah, jika hari ini, berdasar atas dendam masa lalu, Syiah Rafidhah, Majusi, Komunis, Nasrani, Yahudi, menghancurkan Halab. Yang menghairankan adalah, ketika negeri-negeri Ahlus Sunnah diam seribu bahasa, tak kunjung melakukan apa-apa.

sumber https://www.voa-islam.com

Sunday, April 26, 2015


Kronologi Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.  dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.                                                                                                                Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.                                               Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.                                                                            Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Monday, March 2, 2015

HIdayah dicari bukan dinanti

Kisah Wanita Amerika Memeluk Islam Diusia Yang Muda

Usianya masih 21 tahun ketika dia memutuskan untuk menjadi seorang mualaf. Usia yang relatif muda bagi seorang wanita yang berani mengambil keputusan untuk beralih agama. Dia adalah Theresa Corbin. Seorang feminis yang berasal dari Baton Rouge, Lousisiana.

menurut CNN dalam sebuah artikel, Corbin menceritakan kisahnya memutuskan menjadi seorang mualaf dan perjalanan hidupnya sebagai seorang muslimah. Corbin menjadi Mualaf pada November 2001, dua bulan setelah tragedi runtuhnya Gedung World Trade Centre pada 9 September 2001.

Menurut beliau, ketika itu adalah waktu yang tidak sesuai untuk menjadi seorang muslim. Tetapi, setelah empat tahun mempelajari Islam, dia memutuskan untuk mengambil risiko. Corbin adalah wanita yang dilahirkan dari keluarga Katolik dan atheis.

Perjalanannya didalam Islam dimulai ketika ia berusia sekitar 15 tahun. ketika itu, dia memiliki pertanyaan tentang iman yang diyakininya. Dia mulai menanyakan tentang hal tersebut kepada guru dan pendeta-pendeta, namun jawaban dari mereka tidak memuaskan Corbin.
Setelah bertanya tentang segala sesuatu yang telah dia pelajari untuk mencari kebenaran, dan mengcungkil melalui retorik, sejarah, dan dogma, Corbin mencari sesuatu perkara yang berbeza tentang Islam. Dia belajar bahawa Islam bukanlah budaya atau ajaran yang sesat. Islam juga tidak boleh disebut mewakili satu bahagian dari dunia, tetapi seluruh dunia.

"Saya sedar Islam adalah agama dunia yang mengajarkan toleransi, keadilan, dan kehormatan dan memperkenalkan kesabaran, kerendahan hati, dan kira-kira," ucap Corbin.


Ketika dia mempelajari tentang keimanan dalam Islam, dia sangat gembira kerana mencari fakta bahawa Islam mengajar penganutnya untuk menghormati semua nabi, termasuk dari Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad. Islam mengajar manusia untuk menyembah satu Tuhan dan bertingkah laku dengan tujuan menjadi manusia yang lebih baik.

Corbin sangat tertarik dengan Islam setelah mendengar seruan tentang kecerdasan dan sikap berbesar hati yang disabdakan oleh Nabi Muhammad. Seruan itu berbunyi "Ilmu adalah wajib bagi setiap muslim, baik laki-laki atau perempuan."


Dia terkejut tentang ilmu pengetahuan ddan rasionaliti yang dimiliki oleh pemikir-pemikir muslim, seperti. Al-Khawarizmi yang mencari aljabar, Ibnu Firnas yang membangunkan mekanisme penerbangan sebelum Leonardo da Vinci, dan Abu al-Qasim al-Zahrawi, yang merupakan bapa dari pembedahan moden.

"Disini (Islam) agama lah yang memberitahu saya untuk mencari jawapan dan menggunakan kecerdasan saya untuk mempersoalkan dunia dalam sekitar saya," ucap Corbin.

Read more: http://www.puteraizman.com/2015/03/kisah-wanita-amerika-memeluk-islam.html#ixzz3TIHwv7Iu

Monday, February 2, 2015

Zikir Pagi Jumaat amalan Tok Guru




لَا إِلَهَ إِلَّا الله محمدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ



Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan sedutan nafas dengan bilangan segala apa jua yang engkau tahu

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah sesungguhnya aku ini daripada golongan orang zalim


لاَ إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتَ وَهُوَ حَىٌّ لَا يَمُوتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٍ

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang  Esa. Tiada sekutu bagiNya. Bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Di tangan-Nya segala kebaikan. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang maha hidup tidak mati dan Dialah yang berkuasa ke atas setiap sesuatu

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami dan tempat berserah diri.Tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah



حَسْبِىَ اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ
Cukuplah Allah sebagai pelindung bagiku Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepadanyalah aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang menguasai Arasy yang agung

سُبْحَانَ اللهِ  وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maha suci Allah dan segala puji bagiNya, Maha suci Allah yang Maha Agung, sebanyak bilangan makhluk ciptaannya dan sepenuh keredhaan serta Arasy-Nya dan sebanyak tinta kalimat-Nya




اَلَّلهُمَّ إِنِّي أَصْبَحْتُ مِنْكَ فِي نِعْمَةٍ وَعَافِيَةٍ وَسِتْرٍ فَأَتِمْ نِعْمَتَكَ وَعَافِيَتَكَ
وَسِتْرَكَ عَلَيَّ فِي الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ
 Ya Allah sesungguhnya pada pagi ini aku mendapat nikmat, keafiatan dan perlindungan daripada-Mu maka sempurnakanlah nikmat, keafiatan dan perlindungan tersebut di dunia dan akhirat
  
اَلَّلهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أُمَّتِكَ نَاصِيَّتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِي حُكْمُكَ نَافِذٌ فِي قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ  أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْانَ الْعَظِيمَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ بَصَرِي وَجَلاَءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي وَغَمِّي


Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak kepada hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku di tangan-Mu dan adil kehakiman-Mu terhadapku. Terlaksana ketentuan-Mu. Aku memohon pada-Mu dengan setiap nama yang Engkau namakan untuk diri-Mu atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu atau yang  Engkau ajarkan kepada seseorang daripada hamba-Mu atau Engkau simpannya pada ilmu ghaib di sisi-Mu agar Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenang hatiku, cahaya penglihatanku, pengubat kesedihanku dan dapat menghilangkan rasa gundah gelanaku




اَلَّلهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ  عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Ya Allah Engkaulah tuhanku tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkau ciptakan daku, aku adalah hamba-Mu, aku berada dalam perjanjian-Mu mengikut kemampuanku. Aku berlindung daripada kejahatan apa yang aku lakukan, aku bersyukur kepada-Mu atas nikmat-Mu terhadapku, aku bertaubat atas segala dosaku Ampunilah daku kerana tiada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau

اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ صَلَاةً تَكُونُ لَكَ رِضَاءً وَلِحَقِّهَ أَدَاءً

Ya Allah limpahilah kesejahteraan ke atas penghulu kami nabi Muhammad, selawat yang merupakan keredhaan bagi Engkau dan menunaikan haknya

اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ طِبِّ الْقُلُوبِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُورِ الْأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Ya Allah curahilah kesejahteraan ke atas penghulu kami nabi Muhammad, sembuhkan penyakit dan rawatinya, afiatkan tubuh badan dan sembuhkannya. Kurniakan cahaya pengertian dan penglihatan yang menerangi kami dan kesejahteraan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda 


اَلَّلهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى نُورِ الْأنْوَارِ وَسِرِّ الْأَسْرَارِ وَتِرْيَاقِ الْأَغْيَارِ وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا محمدِنِ الْمُخْتَارِ عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَأَفْضَالِهِ

Ya Allah, curahilah kesejahteraan dan keselamatan serta keberkatan ke atas sebaik-baik cahaya, tempat menyimpan rahsia, penawar racun dan pembuka pintu kesenangan penghulu kami nabi Muhammad yang terpilih, para sahabat yang terbaik, sebanyak bilangan nikmat-nikmat Allah dan kurniaan-Nya  
 

اَلَّلهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم وَبَارِكْ عَلَى محمدِنِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَأَزْوَاجِهِ أُمَّهَاتُ الْمُؤْمِنِينَ وَذُرِّيَاتِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ وَسَلَّمْتَ وَبَارَكْتَ عَلَى الِ إِبْرَاهِيمِ فِي الْعَالَمِينِ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

 

Ya Allah curahilah kesejahteraan dan keselamatan serta keberkatan ke atas nabi Muhammad yang ummi, isteri-isterinya ummul mukminin, zuriatnya dan ahli keluarganya sepertimana Engkau curahi kesejahterraan dan keselamatan serta keberkatan ke atas nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau yang maha terpuji dan yang maha mulia



اَلَّلهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًا عَلَى سَيِّدِنَا محمد الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَنَتْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْحِهِ الْكَرِيمِ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

  Ya Allah, curahilah kesejahteraan dan keselamatan

yang sempurna ke atas nabi Muhammad yang

dengannya akan terurailah segala simpulan ikatan
dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya tertunai segala hajat, dengannya terrcapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman) serta terkabullah permohonan minta hujan dan dengan zat-Nya yang maha mulia


اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالاَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيْعِ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
 
Ya Allah, curahilah kesejahteraan ke atas nabi Muhammad dan kesejahteraan yang menyelamatkan kami dari segala kesusahan dan kemusnahan, menunaikan kepada kami segala hajat, membersihkan kami dari semua kesalahan, mengangkat kami di sisi Engkau darjat yang paling tinggi dan menyampaikan kami kepada matlamat paling tinggi iaitu memperolehi segala kebaikan ketika hidup dan selepas mati serta selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda



أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ خَلْقِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُبِكَ أَنْ يَحْضُرُونَ
 


Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan, azab-Nya, daripada kejahatan hamba-Nya dan daripada hasutan syaitan. Aku berlindung dengan Engkau daripada syaitan yang mendatangiku.

أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ وَوَجْحِهِ الْكَرِيمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui dan dengan zat-Nya yang maha mulia dan kuasa-Nya yang qadim daripada syaitan yang direjam


هُوَ اللهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ

Dialah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia yang maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

هُوَ اللهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dialah Allah yang tiada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, raja yang Maha Suci, yang Maha sejahtera, yang mengurniakan keamanan, yang 

Maha memelihara, Yang Maha perkasa, yang memiliki segala keagungan, Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.    

هُوَ اللهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana

Tetamu

free counters