SEJALUR LUHUR KATA TIDAK KABUR
Saidina Ali kw pernah ditanyai antara himpunan harta dan percikan nur ilmu mana satu ingin dikumpul terpancar senyuman ikhlas soalan dibalas ingin digalinya ilmu sebanyak larat digalas
kerana ilmu tak payah dijagai sebaliknya menjagai kerana ilmu makin bertambah tak pernah susut nilai kerana ilmu jadikan kita semakin manusia walau diberi tiap saat tak henti-henti tanpa payah upah pengawal keselamatan tanpa payah mencari mangga sebagai kuncian tanpa payah pakai penggera untuk kesan kecurian tanpa payah pakai cctv sebagai pengawasan tanpa payah juga dijagai anjing garang!
belum pernah terdengar dan didengari seorang ulama hilang ilmunya kerana mengajar banyak amat disegenap tempat jadikan kita faham perasaan orang lain jadikan kita lebih hargai saranan orang lain jadikan kita mengerti derita yang menghinggap orang lain jadikan kita tidak mudah menyalahi orang lain
sungguh benar lidah menantu Rasulullah itu sungguh indah fakta sepupu Rasul itu sungguh tepat fatwa suami Fatimah itu
fauzi
amir gus 11.50 a.m. dalam bas 8250-Sg. Nibong