About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, January 7, 2014

Kelebihan Surah al-Kauthar

Kelebihan Surah Al-Kauthar

1.Surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat dan di turunkan di mekah dan bermaksud sungai di syurga.

2.Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

3.Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1.Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.

2.Jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.

3.Jika sering sakit mata, seperti berair,gatal,bengkak,sapurkan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4.Jika rumah dipercayai terkena sihir,baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah
S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5.Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.

6.Jika rajin membacanya,hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7.Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

*Sumber dari nur-addin.blogspot.com

Kerana Buah Tin

Kerana Buah Tin dan Zaitun, Beberapa Ahli Biologi Jepun Masuk Islam

Kebenaran A-Quran tidak dapat dibantah lagi, bahkan banyak orang bukan Muslim menjadi Muallaf setelah menelaah ayat-ayat Al-Qur'an. Beberapa ahli biologi asal Jepun yang menyatakan memeluk Islam, selepas Al-Quran menguatkan hasil penyelidikan dan kajian mereka.

Mereka memeluk Islam bermula dengan satu penyelidikan mengenai zat bernama methalonids. Zat protein ini keluar dari otak manusia dan binatang dalam jumlah yang sedikit.

Zat methalonids sangat penting bagi tubuh manusia dan dapat mengurangkan kolesterol. Selain itu, zat ini juga berguna untuk menguatkan jantung dan menguatkan sistem pernafasan.

Zat methalonids akan dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak selepas umur 15 tahun hingga 35 tahun. Selepas usia ini hingga usia 60 tahun, pengeluaran bahan-bahan ini akan berkurang kembali. Dengan demikian, zat methalonids termasuk zat jarang ditemui dalam tubuh manusia. Dalam tubuh haiwan, bahan ini juga didapati sangat sedikit.

Oleh itu, para penyelidik Jepun berusaha mencari bahan methalonids dalam buah-buahan dan mereka hanya mencari dalam dua jenis buah iaitu dari buah tin dan zaitun yang sudah disebutkan dalam Al-Quran sejak berabad-abad lalu.

Dari penyelidikan, jika mengambil salah satu dari dua buah tersebut tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan. Menurut mereka, jika satu biji buah tin dicampur menjadi satu dengan enam biji buah zaitun, maka hasil yang diharapkan dapat tercapai dengan baik .

Pada suatu masa lalu, para penyelidik Jepun ini berhubung dengan seorang doktor berbangsa Arab Saudi. Doktor Saudi ini meneliti penggunaan kata tin dan zaitun dalam Al-Quran. Dia mencari kata " tin " disebutkan sebanyak satu kali dan kata " zaitun " secara tegas sebanyak enam kali dan satu kali secara tersirat. Akhirnya, doktor ini menghantar seluruh maklumat dari Al-Quran kepada mereka dan setelah yakin atas ketepatan maklumat, mereka pun menyatakan memeluk Islam.

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Nuzul Isa AS

Hari Bangkitnya Nabi Isa

Perbahasan tentang bila turunnya Nabi Isa kembali ke bumi menjadi bahan perbincangan di antara para agamawan. Nabi Muhammad Saw sudah meramalkan akan kebangkitan Nabi Isa tersebut di dalam banyak hadis.
Dr Muhammad Nu'aim Yasin berkata  di antara tanda-tanda kiamat besar (kubra) adalah munculnya sosok makhluk yang oleh Rasulullah dinamakan Dajjal. Disebut Dajjal kerana terlalu banyak menipu dan mendusta, mengaku diri sebagai Tuhan, berupaya untuk melepaskan manusia dari agamanya melalui pelbagai cara yang luar biasa dan hal-hal yang menakjubkan dengan izin Allah.
Akibatnya, sebahagian manusia terpedaya. Namun, Allah akan menyelamatkan orang-orang yang beriman sehingga mereka selamat dari tipu daya dan penyesatan Dajjal. Dengan ketentuan Allah, kemudian timbul fitnah atau petaka akibat perbuatan Dajjal. Lalu, Allah menurunkan Nabi Isa yang akan membunuhnya.
Nabi Isa AS bagi orang Nasrani disebut Jesus, menjadi bahan kontroversi antara Islam, Nasrani dan Yahudi. Orang Yahudi mempercayai bahawa mereka telah membunuh Isa dan orang-orang Nasrani meyakini bahawa Isa telah disalib dan dikebumikan.
Namun, kaum Muslimin meyakini dengan jelas dan tegas bahawa Nabi Isa tidak disalib atau dibunuh, melainkan 'diangkat' oleh Allah SWT. Nabi Isa akan kembali ke dunia, di suatu masa, di akhir zaman.
''Ada 33 hadis sahih yang menegaskan bahawa Nabi Isa akan kembali turun ke bumi. Bahkan, ada yang mengatakan sehingga 90 hadis, '' kata Dr Muslih A Karim, pensyarah Pascasarjana Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta.
Menara putih Masjid bani Umayyah
Dia menyebutkan, ada tujuh ciri kedatangan kembali Nabi Isa: Pertama, Nabi Isa akan turun di Menara Putih, yakni Masjid Bani Umayyah di Damsyik Timur.
Kedua, Isa akan membunuh Dajjal (gembong jahat yang mengaku sebagai penyelamat) di Dataran Tinggi Golan (Syria). Ketiga, Isa akan bertemu Ya'juz dan Ma'juz dan semua tokoh jahat dan pengikutnya itu akan tewas.
Keempat, Isa akan mendakwahkan agama Tauhid seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad mahupun nabi-nabi lain sebelumnya. Kelima, Isa akan melakukan haji dan umrah.
Keenam, Isa datang, dunia penuh keberkatan. Misalnya, sebutir buah delima boleh membuat 40 orang kenyang. Ketujuh, selepas kedatangan Isa, selama tujuh tahun keadaan dunia sangat aman. '' Hakikatnya, Nabi Isa sekarang ini belum meninggal. Dia akan turun di akhir zaman untuk menegakkan Islam,'' ungkap Muslih.
Rabbi terpopuler di zaman Yahudi moden, Yitzhak Kaduri pun meramalkan akan kedatangan Nabi Isa tersebut. Sebelum kematiannya, Kaduri menyebut Nabi Isa yang dalam Bahasa Ibrani dikatakan dengan nama Yehoshua akan datang selepas kematian bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Hari Yang Panjang

Hari yang Panjang di Masa Dajjal

Dari beberapa hadis dapat di jelaskan bahawa dalam masa kehidupan dajjal nantinya ada tiga hari yang panjang seperti hadis berikut ini.

"Kami bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, berapa lama dia hidup dan tinggal di muka bumi? '. Beliau bersabda: ' Selama empat puluh hari. Sehari seperti satu tahun, sehari seperti laksana satu bulan, sehari seperti satu minggu, lalu seluruh hari harinya seperti hari hari kalian'. Kami kemudian bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, sehari yang seperti satu tahun itu, apakah kita cukup solat sehari saja? '. Jawab Rasul: ' Tidak, tapi ukurlah seperti hari hari biasa '" ( HR Muslim ).

Hadis tersebut sudah sedemikian jelasnya, hanya sebahagian mereka mereka menolak hadis tersebut kerana dianggap tidak masuk akal. Dalam masa hidup dajjal yang hanya 40 hari, ada tiga hari yang panjang, ada satu hari yang panjang seperti satu tahun, ada yang seperti satu bulan dan ada yang seperti satu minggu. Panjang di sini tentu panjang yang hakiki dan bukan panjang secara kiasan, apalagi mengingkari hadis tersebut.

Jika seandainya bukan secara lahiriah yang harus difahami, maka ertinya apa pertayaan sahabat tersebut? Bahawasanya pertayaan itu lahir atas keyakinan sahabat terhadap apa yang Rasulullah katakan. Jawapan beliau membuktikan bahawa memang secara lahiriahlah yang Allah maksudkan. Jika bukan, tentunya beliau tidak akan menjawab seperti itu dan pastinya akan menjelaskan kepada mereka bahawa pemahaman mereka salah.

Lantas, bagaimana satu contoh hari yang panjang seperti satu tahun? Mengenai hal ini ada dua kemungkinan. Pertama , matahari berjalan lambat sehingga untuk mencapai titik yang sama diperlukan waktu satu tahun. Kedua, matahari berhenti berputar mengelilingi bumi hingga berputar kembali setelah masa yang dijelaskan Rasulullah. Jika kita lihat hadis-hadis sahih, maka sepertinya kita tak akan menjumpainya. Sedangkan jika dilihat dari hadis hadis yang dhaif, maka matahari berhenti berputar. Terlepas dari semua itu, yang jelas Rasulullah memerintahkan kita agar solat disesuaikan.

Begitu juga terlepas dari itu semua, apakah matahari berhenti berputar atau matahari berjalan lambat? yang jelas itu semua jauh lebih dahsyat daripada sekadar matahari terbit dari barat. Oleh kerana itulah ada beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa yang pertama kali terjadi dari sepuluh tanda kiamat besar adalah terbitnya matahari dari barat. Oleh kerana itu pula Rasulullah menjelaskan bahawa ada tiga hal yang apabila hal itu terjadi, maka tidak akan diterima orang yang baru beriman dan yang belum sempat mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Wallahu a'lam. 

*Diterjemahkan dari sumber islampos.com

Anjing Neraka

Anjing-Anjing Neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

* Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
* Bacalah Al-Qur'an
* tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
* Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
* Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
* Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
* Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
* Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
* Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
* Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

*Sumber dari nur-addin.blogspot.com

Siapa Setan

Biodata Iblis, Anda Patut Tahu



Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap : Neraka jahanam

Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha lansung untuk mengingati Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus

Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib : Anak-anak Adam

Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar

Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo : Sebarang tatu

Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT

Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat

Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam

Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah

Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya

Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina

Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya

Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Tuesday, December 31, 2013

Dakwah Lewat Surat

|  Surat-surat Rasulullah: Ajak Penguasa & Raja-raja Kafir Masuk Islam


Surat-surat Rasulullah: Ajak Penguasa & Raja-raja Kafir Masuk Islam




Surat-surat Rasulullah: Ajak Penguasa & Raja-raja Kafir Masuk Islam
History  (Voa-Islam) – Pada masa awal setelah diangkat sebagai utusan Allah (Rasulullah) Nabi Muhammad Saw membangun komunikasi dengan para pemimpin suku dan pemimpin negara lain. Beliau mengirim utusan yang membawa surat ajakan masuk Islam. Korespondensi melalui surat itu tujukan kepada Heraclius (kaisar Romawi), Raja Negus (penguasa  Ethiopia), dan Khusrau (penguasa Persia).
Sejarah mencatat, waktu itu Heraclius (Raja Romawi) dan Kisra (Raja Persia) merupakan dua kerajaan yang terkuat pada zamannya, dan merupakan dua orang yang telah menentukan jalannya politik dunia serta nasib seluruh penduduknya. Perang antara dua kerajaan ini berkecamuk dengan kemenangan yang selalu silih berganti.
Pada mulanya Persia adalah pihak yang menang. Ia menguasai Palestina dan Mesir, menaklukkan Baitul Maqdis (Yerusalem) dan berhasil membawa Salib Besar (The True Cross). Kemudian giliran Persia mengalami kekalahan lagi. Panji-panji Bizantium kembali berkibar lagi di Mesir, Suriah serta Palestina, dan Heraklius berhasil mengembalikan salib itu.

Kalau saja orang ingat akan kedudukan kedua kerajaan itu, mereka akan dapat mengira-ngira betapa besarnya dua nama ini, yang mendengarnya saja hati orang sudah gentar. Tiada satu kerajaan pun yang pernah berpikir hendak melawan mereka. Yang terlintas dalam pikiran orang ialah hendak membina persahabatan dengan keduanya. Jika kerajaan-kerajaan dunia yang terkenal pada waktu itu saja sudah demikian keadaannya, apalagi negeri-negeri Arab.

Yaman dan Irak waktu itu di bawah pengaruh Persia, sedang Mesir sampai ke Syam di bawah pengaruh Heraclius. Pada waktu itu Hijaz dan seluruh semenanjung jazirah terkurung dalam lingkaran pengaruh kedua imperium ini. Kehidupan orang Arab pada  masa itu hanya tergantung pada soal perdagangan dengan Yaman dan Syam. Dalam hal ini perlu sekali mereka mengambil hati Kisra dan Heraclius agar kedua kerajaan ini tidak merusak perdagangan mereka.
Disamping itu kehidupan orang-orang Arab tidak lebih daripada kabilah-kabilah, yang dalam bermusuhan, kadang keras, kadang lunak. Tak ada ikatan di antara mereka yang merupakan suatu kesatuan politik, yang dapat mereka gunakan untuk menghadapi pengaruh kedua kerajaan raksasa tersebut.

Oleh sebab itu, Rasulullah mengirimkan utusan-utusannya kepada kedua penguasa besar itu—juga kepada Ghassan, Yaman, Mesir dan Abisinia. Beliau mengajak mereka untuk memeluk Islam, tanpa merasa khawatir akan segala akibat yang mungkin timbul. Dampak yang mungkin dapat membawa seluruh negeri Arab tunduk di bawah cengkeraman Persia dan Bizantium.

Akan tetapi kenyataannya, Rasulullah tidak ragu-ragu mengajak para raja itu menganut agama yang benar. Beliau mengirim utusan kepada Heraclius, Kisra, Muqauqis, Harits Al-Ghassani (Raja Hira), Harits Al-Himyari (Raja Yaman) dan kepada Najasi, penguasa Abesinia (Ethiopia). Beliau hendak mengajak mereka masuk Islam.



Para sahabat menyatakan mereka kesanggupan mereka melakukan tugas besar ini. Rasulullah kemudian membuat sebentuk cincin dari perak bertuliskan: "Muhammad Rasulullah".
Adapun surat buat Heraclius itu dibawa oleh Dihyah bin Khalifah al-Kalbi, dan surat kepada Kisra dibawa oleh Abdullah bin Hudzafah. Sementara surat kepada Najasyi dibawa oleh Amr bin Umayyah, dan surat kepada Muqauqis oleh Hatib bin Abi Balta'ah.

Sementara itu, surat kepada penguasa Oman dibawa oleh Amr bin Ash, surat kepada penguasa Yaman oleh Salit bin Amr, dan surat kepada Raja Bahrain oleh Al-'Ala bin Al-Hadzrami. Sedangkan surat kepada Harith Al-Ghassani, Raja Syam, dibawa oleh Syuja' bin Wahab. Dan surat kepada Harits Al-Himyari, Raja Yaman, dibawa oleh Muhajir bin Umayyah.

Masing-masing mereka kemudian berangkat menuju tempat yang telah ditugaskan oleh Nabi. Para penulis sejarah berbeda pendapat tentang waktu keberangkatan mereka. Sebagian besar menyatakan para utusan berangkat dalam waktu yang berbarengan, sementara sebagian lagi berpendapat mereka berangkat dalam waktu yang berlainan.
Surat Untuk Heraclius
Berikut Surat Rasulullah kepada Heraclius (Raja Romawi) -- yang dibawa oleh Dihyah al-Kalbi – teksnya berbunyi:
"Dengan nama Allah, Pengasih dan Penyayang. Dari Muhammad hamba Allah dan utusan-Nya kepada Heraclius pembesar Romawi. Salam sejahtera bagi yang mengikuti petunjuk yang benar. Dengan ini saya mengajak tuan menuruti ajaran Islam. Terimalah ajaran Islam, tuan akan selamat. Tuhan akan memberi pahala dua kali kepada tuan. Kalau tuan menolak, maka dosa  orang-orang Arisiyin—Heraklius bertanggungjawab atas dosa rakyatnya karena dia merintangi mereka dari agama—menjadi tanggungiawab tuan.
Wahai orang-orang Ahli Kitab. Marilah sama-sama kita berpegang pada kata yang sama antara kami dan kamu, yakni bahwa tak ada yang kita sembah selain Allah dan kita tidak akan mempersekutukan-Nya dengan apa pun, bahwa yang satu takkan mengambil yang lain menjadi tuhan selain Allah. Tetapi kalau mereka mengelak juga, katakanlah kepada mereka, saksikanlah bahwa kami ini orang-orang Islam."

 

Ketika Rasulullah Saw mengirim surat kepada Kaisar Heraclius dan menyerukan kepada Islam. Pada waktu itu Kaisar sedang merayakan kemenangannya atas Negeri Persia.
Begitu menerima surat dari Rasulullah Saw, Sang Kaisar pun berkeinginan untuk melakukan penelitian guna memeriksa kebenaran kenabian Muhammad Saw. Lalu Kaisar memerintahkan untuk mendatangkan seseorang dari Bangsa Arab ke hadapannya. Abu Sufyan ra, waktu itu masih kafir, dan rombongannya segera dihadirkan di hadapan Kaisar.
Abu Sufyan pun diminta berdiri paling depan sebagai juru bicara karena memiliki nasab yang paling dekat dengan Rasulullah Saw. Rombongan yang lain berdiri di belakangnya sebagai saksi. Itulah strategi Kaisar untuk mendapatkan keterangan yang valid.

Maka berlangsunglah dialog yang panjang antara Kaisar dengan Abu Sufyan ra. Kaisar Heraclius adalah seorang yang cerdas dengan pengetahuan yang luas. Beliau bertanya dengan taktis dan mengarahkannya kepada ciri seorang nabi. Abu Sufyan ra juga seorang yang cerdas dan bisa membaca arah pertanyaan Sang Kaisar. Namun beliau dipaksa berkata benar walaupun berusaha memberi sedikit bias.

Di akhir dialog Sang Kaisar mengutarakan pendapatnya. Inilah ciri-ciri seorang nabi menurut pandangannya dan sebagaimana telah dia baca di dalam Injil. Ternyata semua ciri yang tersebut ada pada diri Rasulullah Saw.
Kaisar Heraclius telah mengetahui tentang Rasulullah Saw dan membenarkan kenabian beliau dengan pengetahuan yang lengkap. Akan tetapi ia dikalahkan rasa cintanya atas tahta kerajaan, sehingga ia tidak menyatakan keislamannya. Ia mengetahui dosa dirinya dan dosa dari rakyatnya sebagaimana telah dijelaskan oleh Rasulullah Saw.
Dengan kecerdasan dan keluasan ilmunya Kaisar bisa mengetahui kebenaran kenabian Rasulullah Saw. Bahkan Kaisar menyatakan : “Dia (maksudnya Rasulullah Saw) kelak akan mampu menguasai wilayah yang dipijak oleh kedua kakiku ini.” Saat itu Kaisar sedang dalam perjalanan menuju Baitul Maqdis.

Abu Sufyan ra menceritakan dialog ini setelah masuk Islam dengan keislaman yang sangat baik, sehingga hadits ini diterima. Kaisar lalu memuliakan Dihyah bin Khalifah Al-Kalby dengan menghadiahkan sejumlah harta dan pakaian. Kaisar pun memuliakan surat dari Rasulullah Saw, namun ia lebih mencintai tahtanya. Akibatnya, di dunia, Allah Swt memanjangkan kekuasaannya. Namun dia harus mempertanggungjawabkan kekafirannya di akhirat kelak.
Surat Untuk Muqouqis (Penguasa Mesir)
Kemudian Rasululullah Saw juga mengirim surat kepada Gubernur Mesir Muqauqis. Berikut Surat untuk Muqouqis, Gubernur Mesir:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad hamba Allah dan utusanNya kepada Muqauqis raja Qibthi. Keselamatan bagi orang yang mengiktui petunjuk. Amma ba’du: Aku mengajakmu dengan ajakan Islam. Masuklah Islam maka engkau akan selamat. Masuklah Islam maka engkau akan diberikan Alah pahala dua kali. Jika kau menolak maka atasmu dosa penduduk Qibthi.
Katakanlah: “Hai Ahli Kitab marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS ali Imran 3:64). (Al-Mawahib al Laduniyah).”

 

Surat untuk Raja Habasyah Najasyi (Ethiopia)
Selanjutnya, Rasulullah Saw mengirimkan surat kepada Raja Habasyah, Najasi. Berikut Surat Nabi kepada Raja Habsyah Najasyi.
“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad hamba Allah dan utusa Allah kepada Najasyi raja Habasyah, keselamatan bagi yang mengikuti petunjuk.
Amma ba’du: Aku memuji Allah padamun yang tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha Menguasai, Maha Suci, Maha Penyelamat, Maha Pemberi Aman dan Maha Pembeda. Aku bersaksi bahwa Isa anak Maryam ruh Allah, dan firmanNya yang diberikan kepada Maryam yang suci lagi perawan, lalu ia hamil dari ruh dan tiupannya, sebagaimana Ia menciptakan Adam dengan tanganNya.
Aku mengajakmu kepada Allah yang Esa, yang tidak ada sekutu bagiNya, mematuhi dengan ketaatan kepadaNya dan untuk mengikutiku dan mempercayai apa yang aku bawa. Aku Rasulullah, aku mengajakmu dan para pasukanmu kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi. Aku telah menyampaikan pesan dan memberi nasehat, maka terimalah nasehatku. Keselamatan bagi orang yang mengikuti petunjuk. (Thabaqut Ibnu Sa’ad).

 


Surat Untuk Raja Raja Persia (Raja Khosrau II/Kisra Abrawaiz)
Lalu Rasullah juga mengirim surat kepada Raja Persia
Berikut Surat Rasulullah kepada Raja Persia, Kisra Abrawaiz:
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad Rasulullah kepada Kisra raja Persia. Keselamatan bagi yang mengikuti petunjuk, yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah dan aku adalah utusan Allah kepada semua umat manusia, untuk memberi peringatan bagi siapa yang hidup. Masuklah Islam maka kau akan selamat, dan jika kau mengabaikannya maka atasmu dosa orang orang Majusi.” (Sumber: hadist Ibnu Abbas yang di-takhrij oleh Bukhari dan oleh Ahmad).  



Ketika Rasulullah Saw mengirim surat kepada Kisra Abrawaiz raja dari Negeri Persia dan menyerunya kepada Islam. Namun ketika surat itu dibacakan kepada Kisra, ia pun merobeknya sambil berkata, ”Budak rendahan dari rakyatku menuliskan namanya mendahuluiku”.

Ketika berita tersebut sampai kepada Rasulullah Saw, beliaupun mengatakan, ”Semoga Allah mencabik-cabik kerajaannya.” Doa tersebut dikabulkan. Persia akhirnya kalah dalam perang menghadapi Romawi dengan kekalahan yang menyakitkan. Kemudian iapun digulingkan oleh anaknya sendiri yakni Syirawaih. Ia dibunuh dan dirampas kekuasaannya.

Seterusnya kerajaan itu kian tercabik-cabik dan hancur sampai akhirnya ditaklukkan oleh pasukan Islam pada jaman Khalifah Umar bin Khaththab ra hingga tidak bisa lagi berdiri. Selain itu Kisra masih harus mempertanggung-jawabkan kekafirannya di akhirat kelak.

(Desastian/dari berbagai sumber).

 http://www.voa-islam.com/read/tsaqofah/2011/12/25/17183/suratsurat-rasulullah-ajak-penguasa-rajaraja-kafir-masuk-islam/#sthash.V36MgDcQ.dpbs

Surat-surat Rasulullah: Ajak Penguasa & Raja-raja Kafir Masuk Islam

History  (Voa-Islam) – Pada masa awal setelah diangkat sebagai utusan Allah (Rasulullah) Nabi Muhammad Saw membangun komunikasi dengan para pemimpin suku dan pemimpin negara lain. Beliau mengirim utusan yang membawa surat ajakan masuk Islam. Korespondensi melalui surat itu tujukan kepada Heraclius (kaisar Romawi), Raja Negus (penguasa  Ethiopia), dan Khusrau (penguasa Persia).
Sejarah mencatat, waktu itu Heraclius (Raja Romawi) dan Kisra (Raja Persia) merupakan dua kerajaan yang terkuat pada zamannya, dan merupakan dua orang yang telah menentukan jalannya politik dunia serta nasib seluruh penduduknya. Perang antara dua kerajaan ini berkecamuk dengan kemenangan yang selalu silih berganti.
Pada mulanya Persia adalah pihak yang menang. Ia menguasai Palestina dan Mesir, menaklukkan Baitul Maqdis (Yerusalem) dan berhasil membawa Salib Besar (The True Cross). Kemudian giliran Persia mengalami kekalahan lagi. Panji-panji Bizantium kembali berkibar lagi di Mesir, Suriah serta Palestina, dan Heraklius berhasil mengembalikan salib itu.

- See more at: http://www.voa-islam.com/read/tsaqofah/2011/12/25/17183/suratsurat-rasulullah-ajak-penguasa-rajaraja-kafir-masuk-islam/#sthash.V36MgDcQ.dpuf

Tetamu

free counters