About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Saturday, January 22, 2011

AlLah SWT Jua Memuji Nabi Muhammad SAW?

Tiada siapa, sama ada daripada kalangan jin, haiwan, atau manusia ini; sama ada yang masih mati atau telah hidup mengaku dialah arkited yang merekabentuk dan seterusnya menciptakan langit dan bumi ini, daripada tiada kepada ada. Tiada siapa pula yang berani mengaku setakat ini (Safar 1432 bersamaan Januari 2011), sama ada kuasa besar dunia atau mana-mana manusia yang mengaku dialah yang mengurustadbirkan perjalanan apa yang ada di langit dan apa yang berlaku di bumi. Demikian juga, tiada siapa yang berani mengaku dialah yang menjadikan manusia ini, sama ada manusia itu lelaki atau perempuan. Sama ada manusia itu kecil atau besar, sama ada manusia itu berwarna kulitnya putih atau koko. Satu-satunya ZAT yang mengaku bahawa langit dan bumi ini dicipta-NYA, perjalanan apa yang ada di langit dan di bumi ini diatur-NYA, manusia yang seramai ini menjadi penghuni bumi yang tidak seorangpun antara mereka sama (lihat sahaja cap jari yang begitu seni jalinannya; tidak ada yang sama) DIA lah mewajahkan; hanyalah AlLah SWT.

AlLah SWT yang hyperhebat ini, jika DIA memuji sesuatu tentulah pujian-NYA itu pujian yang nombor satu. Begitu juga apabila sesuatu itu dibenci-NYA, tentulah hal tersebut sememangnya tidak bermutu. Tertinta dalam muatan surah al-Qalam agenda pujian dan ayat yang berupa agenda pujian ini telah dibaca, dilagukan, direnung, diseminarkan, sejak zaman-berzaman. Ya, surah al-Qalam yang merupakan surah yang mengikut posisinya berada pada giliran yang ke-68 dalam susunan al-Qur’an. Pada ayat 4, kejap terpahat jauh daripada sebarang cacat ; ‘WAIIN NAKA LAALAAA KHULUQIN AZIIM’ DAN SESUNGGUHNYA ENGKAU ATAS AKHLAK YANG MENGKAGUMKAN’

Ilmuan, cendekiawan Islam telah menafsirkan ‘engkau’ yang tertera dalam pautan ayat tersebut ialah merujuk kepada seorang insan yang dilahirkan setelah ayahnya meninggal dunia, tidak lama selepas baginda dapat menghirup segar-bugar udara, bondanya pula dipanggil menghadap kepangkuan perkasa AlLah SWT. Nendanya yang dikenal sebagai Abdul Muttalib pula mengambil gilir sebagai pengasuhnya selepas itu. Menumpang kasih, menumpang sayang, menumpang manja dengan nendanya juga tidak lama masanya, kerana nendanya juga terpaksa pergi meninggalkan baginda buat selamanya. Bapa saudara yang bernama Abu Talib tidak rela melepas ruang dan peluang untuk turut sama membela dan mengasuh atau menjaganya buat sekian lama. Insan tersebut telah dinamakan oleh nendanya dengan nama yang belum pernah ada dalam masyarakat Mekah pada masa itu, iaitu Muhammad. Pengurniaan nama yang begitu pelik buat masyarakat Arab itu telah mengundang pertanyaan khalayak. Bertalu-talu datang ke telinga Abdul Mutalib pertanyaan, kenapa dia menamakan cucunya dengan nama yang sedemikian. Dengan senyum keyakinan Abdul Mutalib menghamparkan jawapan, dia mahu cucunya dipuji sepanjang perjalanan zaman. Ya, Muhammad anak yatim inilah yang kemudiannya membesar dan membesar seterusnya mendapat sanjungan, bukan sebarang sanjungan, tetapi berupa anugerah dari AlLah SWT. Yang tentunya anugarah tersebut berbilion-bilion kali lebih tinggi daripada apa-apa gelaran yang diberi dan dipakai manusia semasa di dunia ini, yang berupa pingat yang hanya dipakai di dada pada masa-masa tertentu sahaja untuk perayaaan tertentu dan dipakai di tempat-tempat tertentu sahaja. Kata sesetengah orang yang bijaksana dan bijaksini pada hari ini, gelaran pingat kebesaran yang diberikan manusia ini, tentunya tidak disematkan di bajunya sewaktu menyertai acara sukan, atau sewaktu dikuburkan setelah rohnya berpisah dengan badan.

AlLah SWT memuji Nabi Muhammad SAW tetapi pujian itu bukan pada rambutnya yang dikhabarkan begian-begian, pujian AlLah SWT itu bukan pada putih atau kokonya warna badan, pujian AlLah SWT itu bukan pada bulat atau lepernya wajah muka yang dapat dipandang, pujian AlLah SWT itu bukan pada dadanya sama ada tidak atau bidang, pujian AlLah SWT itu bukan tinggi atau rendahnya saiz badan, tetapi pujian AlLah SWT kepada anak yatim yang bernama Muhammad bin AbdulLah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah binKa’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas binMudhar bin Nazar bin Ma’ad bin Adnan itu ditonjolkan pada perangai atau akhlaknya!

Bagaimanakah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mendapat sanjungan dan pujian daripada AlLah SWT itu? Untuk itu, salah seorang bonda kita Saidatina Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq pernah ditanya orang bagaimanakah akhlak nabi? Bonda kita itu telah menjawab dengan jawapan yang sederhana tapi cukup memakna, iaitu akhlak baginda ialah al-Qur’an. Dengan makna Baginda SAW menterjemahkan semua ayat al-Qur’an yang sebanyak 6236 itu dalam bentuk amali. Setiap nafas dan gerak Baginda SAW ialah terjemahan langsung daripada ajaran atau titah perintah AlLah SWT. Oleh sebab AlLah SWT memuji Baginda SAW merujuk kepada perangai, maka tawaran itu menjadi terbuka luas buat manusia, kerana perangai atau akhlak itu merupakan sesuatu yang boleh diusahakan. Kalaulah AlLah SWT memuji Baginda SAW kerana bentuk mukanya yang begini dan begini, tentunya orang yang mempunyai bentukan wajah yang begitu dan begitu sampai mati pun tidak dapat untuk meniru Baginda SAW. Lalu apa jua akhlak Baginda SAW kita dapat menirunya jika kita mahu. Misalnya Baginda SAW seorang yang benar semasa bercakapnya. Semua manusia boleh berusaha untuk bercakap benar, tidak mengira siapa dia, sama ada dia seorang yang kurus atau gemuk, sama ada berkulit koko atau putih, sama ada dia tinggi atau rendah, sama ada dia tinggal di Amerika atau Afrika, sama ada dia tinggal di Malaysia atau Jepun sana. Semua manusia yang pernah merasa pinjaman nyawa ini boleh bersaing secara adil untuk bercakap benar.

Apakah yang perlu dibuat dengan al-Qur’an untuk menjadikan kita mempunyai perangai atau akhlak yang unggul sebagaimana nabi Muhammad SAW? Tentunya yang pertama ialah kita mesti membaca al-Qur’an,
kedua kita perlu memahami isi kandungan al-Qur’an,
ketiga kita mesti menghayati muatan firman dalam al-Qur’an,
keempat kita wajar mengamal apa yang ada dalam al-Qur’an setakad kemampuan yang ada,
kelima kita mesti meninggalkan secara total segala tegahan al-Qur’an,
keenam kita mesti menyebarkan ajaran-ajaran al-Qur’an,
ketujuh kita mesti mempertahankan kesucian ajaran al-Qur’an sama ada secara lisan, sama ada secara tulisan, dan kalau diperlukan dengan nyawa!

Boleh jadi setakat hari ini kerajinan kita membaca al-Qur’an pun masih boleh dipertikaikan. Kalaulah kedudukan kita dengan al-Qur’an masih berada pada tahap pertama, kita perlu membuat satu perancangan jangka panjang, misalnya dalam masa 10 tahun kita mampu menyempurna ketujuh-tujuh tahapan yang diperlukan. Sehingga hari ini, berapa jamkah masa yang sudi kita laburkan untuk menatap al-Qur’an dalam sehari? Adakah masa yang kita gunakan untuk menonton sinetron menipu atau menonton filem-filem hindu atau menonton siri kartun di tv lebih lama daripada menatap kalam AlLah SWT? Apakah masa yang kita luang dan laburkan di hyper-hyper atau super-supermarket lebih lama daripada kita beriktikaf di masjid? Adakah masa yang kita gunakan untuk bersembang dengan kawan di kedai-kedai atau cafe-cafe lebih lama daripada masa yang kita peruntukkan untuk sujud kepada AlLah SWT dalam solat sunat? Adakah rak-rak atau almari-almari di rumah kita hanya dipenuhi dengan pinggan mangkuk atau vcd dan dvd hiburan sahaja berbanding dengan buku-buku untuk menolong kita memahami ajaran agama? Lebih malang lagi jika vcd atau dvd yang ada tersimpan itu merupakan yang porno. Kesemua faktor di atas merupakan penanda lantai sama ada kita ini merupakan pembaca al-Qur’an yang tegar atau sebaliknya. Jom kita cuba lakarkan kanvas usia kita pada tahun baru ini dengan gelombang baru, iaitu menjadi pembaca setia al-Quran, sekurang-kurangnya sejuzuk sehari! Sebenarnya kita mampu melakukannya!

Saturday, January 8, 2011

ISU SURAT BERANTAI!!

Seingat diri, kali pertama didatangi surat berantai ini semasa darjah 7 lagi iaitu pada tahun 1977. Semasa itu untuk mengedarkannya kita kenalah menulis jumlah yang diminta iaitu 20 salinan. Penulis ni, dikira antara lelaki yang malas untuk menulis, lalu hasrat itu tidak ditunaikan. Sehingga kini takada apapun yang dikira bala menimpa diri. Yang menariknya awal tahun ini, penulis menerima perkara yang sama tetapi melalui fb pula, tidak berapa lama selepas itu, penulis menerimanya pula melalui sms yang meminta dilakukan perkara yang sama. Yang menggelikan hatinya ialah sms yang penulis terima itu datangnya daripada pengetua sebuah sekolah yang berDG 52, yang turut menundukkan imannya terhadap kekarutan surat tersebut. Jelas kepada diri, setinggi mana pun kelulusan akademik semata-mata, tidak larat dan tidak terdaya untuk menepis serangan yang dilakukan lewat perkara agama. Hanya Islam yang berpaksikan kepada kandungan yang ada dalam al-Qur’an dan Sabda Junjungan sahaja yang mampu mendepani cabaran dulu, kini, dan selamanya, dalam apa juga bidang kehidupan. Lalu marilah kita yang diberi AlLah SWT al-Qur’an yang mahahebat, mengambil manfaatnya dengan membaca, memahami, menghayati, mempraktik, menyebarkan, dan memprtahankannya, dengan sepenuh jiwa raga dan kalau perlu dengan cagaran nyawa. Insya-AlLah SWT. Dengan penuh semangat penulis telah mencari dalam internet fasal surat berantai ini. di bawah disertakan fasal surat berantai ini semoga dapat kebaikan bersama. Penulis mengkopikan semua sekali. Maaf banyak-banyak jika ada isinya yang berulang, penulis tidak sempat untuk mengeditkan.

ISU SURAT BERANTAI!!

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheikh Ahmad antara tahun 1881 - 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932- 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967- 1979).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”. Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim”.
http://almerbaui.wordpress.com/2009/02/05/isu-surat-berantai-ketahui-kebenarannya/

Soalan 1: Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2: Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.


Jawapan:
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheikh Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau Al Quran?
Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheikh Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.
Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheikh Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.
Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.
Maka kita berjalan pula di muka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ia tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu'allam.


Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".
Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan Sheik Ahmad sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulama sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".

http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantai

Baru dapat ini seorang kawan mengenai Surat berantai ! Actually ben memang tak gemar kalo orang antar emel berantai sebab Allah takkan turun kan bala juz becos we dun send out the chained email or letter. Apa yang buat ben marah benar kenapa orang melayu islam kita boleh terpengaruh dengan benda yang karut ini utama nya my Sepupu...! Allah kasi dia akal tapi tak guna kan geram
"Jawapan kepada Bacalah & Sebarkanlah-Berita Dari Masjid Nabawi".
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yg menentukan takdir & qadha kita bukan salinan surat berantai. Wallahualam..

Subject: BACA ...Keputusan Majlis Fatwa berkenaan mempercayai surat berantai
Tolong baca sampai habis. Ada keterangan berkenaan asal-usul penulis surat berantai tersebut dan fatwa Majlis Fatwa M'sia.
Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.
Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?
Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.
Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.
Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya.
Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara di atas.
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.
Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.
Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya di sekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan di atas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu'allam.
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu
Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".
(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".


Baru dapat ini seorang kawan mengenai Surat berantai ! Actually ben memang tak gemar kalo orang antar emel berantai sebab Allah takkan turun kan bala juz becos we dun send out the chained email or letter. Apa yang buat ben marah benar kenapa orang melayu islam kita boleh terpengaruh dengan benda yang karut ini utama nya my Sepupu...! Allah kasi dia akal tapi tak guna kan geram tol aku !
So ini penjelasan tuk mereka² yang suka sebar kan emel berantai dan pesanan ben pada mereka STOP IT RITE NOW !
"Jawapan kepada Bacalah & Sebarkanlah-Berita Dari Masjid Nabawi".
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yg menentukan takdir & qadha kita bukan salinan surat berantai. Wallahualam..

Subject: BACA ...Keputusan Majlis Fatwa berkenaan mempercayai surat berantai
Tolong baca sampai habis. Ada keterangan berkenaan asal-usul penulis surat berantai tersebut dan fatwa Majlis Fatwa M'sia.
Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.
Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?
Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.
Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.
Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya.
Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.
Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita.
Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet.
Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah haram.
Wallahu'allam.
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN
MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu
Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".
(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".
http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/1242/-fatwa-1978-penyebar-surat-berantai-murtad/

Wednesday, January 5, 2011

Sepercik Pengalaman Dakwah

Setakad hari ini 02 Safar 1432 bersamaan 06 Jan 2011, dan tentunya hingga ke akhir umur dunia ini (kiamat), hanya AlLah SWT satu-satunya kuasa, satu-satunya zat, satu-satunya kerajaan, satu-satunya super/hyperpower, yang berani mendakwa sebagai pencipta langit, bumi, dan segala isi yang ada di antara keduanya. Secanggih mana pun kekuatan ketenteraan, seunik mana pun pusingan teknologi yang dimiliki oleh Amerika misalnya, mereka tentunya berasa malu yang tidak dapat dihinggakan untuk mendakwa kepada dunia bahawa kerajaan Amerikalah yang mencipta langit dan bumi. Hal dan kasus ini disebabkan sebelum penempatan yang bernama Amerika ditemui, langit dan bumi sudah lama ada, atau dengan erti makna lain, negara Ameriak itu pun salah satu entiti yang bertenggek di bumi ini. Bukan itu sahaja uniknya langit dan bumi ini, malah sehingga kepada hari ini tidak ada seorangpun dapat mengira dengan tepat bilakah langit dan bumi ini mula wujud dan berpusing pada paksinya dan berjalan-jalan dengan selesa di relnya(galaksi).

Sebagai penganut atau pencandu cara hidup(agama) Islam, kita diberitakan atau diberitahukan dengan satu fakta yang tidak dapat dinafikan kewujudan iaitu semenjak lama dahulu lagi, sebelum manusia pertama dihantar ke bumi untuk menjadi penguasa (khalifah), langit dan bumi ini sudah tersedia adanya. AlLah SWT sebagai zat yang mendakwa DIA yang merekabentukkan langit dan bumi ini dari tiada kepada ada, dan adanya langit dan bumi ini pula tidak ada yang serupa dengannya sama ada dari segi muatan yang ada di dalamnya, atau besar kecilnya, rupanya, iklimnya, hidupan yang mendiaminya, atau udara dan air yang mendominasinya, telah mengutuskan manusia pertama Adam AS sebagai khalifah-NYA di bumi ini. Khalifah dengan makna sebagai duta AlLah SWT di bumi. Khalifah dengan tugas menegakkan segala perintah agama dan mentadbir dunia dengan perintah yang termuat dalam agama. Oleh sebab dunia ini AlLah SWT yang punya, disusun-NYA segala macam dan jenis peraturan yang perlu dan wajar diikuti manusia selama manusia itu masih menerima subsidi nyawa di bumi ini. Tanpa mengira apakah warna bangsanya, tanpa mengira dari pecahan iklim manakah berasalnya dia, tanpa mengira hitam atau putih kulitnya, tanpa mengira di belahan geografi manakah berpijaknya dia, manusia semuanya berasal yakni diciptakan daripada Adam, dan Adam direkabentukkan daripada tanah. Peraturan atau tatacara untuk hidup sebagaimana kehendak empunya langit dan bumi ini, dijelaskan secara terperinci oleh para nabi dan rasul AS. Justeru Baginda Adam AS merupakan anbiya’ yang pertama menjelaskan kepada kehidupan, apakah yang patut dilakukan apa pula yang patut dihindari, dulu, kini, dan selamanya. Lalu ada dalam kalangan anak cucu Adam AS yang taatkan dan akur pada segala titah serta rela menerima segala perintah. Dalam pada itu ramai pula anak cucunya yang engkar dan melanggar kehendak dari AlLah SWT. Dalam sirah mencatatkan Pak Long Qabil merupakan manusia pertama yang cuba merubah ketentuan dan ketetapan AlLah SWT. Keputusan Pak Long Qabil menyertai barisan pembangkang terhadap titah perintah AlLah SWT ini termakan madah berhelah yang didendangkan sang iblis and the gang.

Suara dakwah mengajak manusia agar sudi dan bersedia untuk kembali menjadi pencandu kepada ajaran Islam diteruskan oleh para nabi dan rasul yang lain. Diperkirakan ada 124 ribu para nabi telah AlLah SWT munculkan di semua belahan bumi ini untuk memberitahu manusia mana satu jalan yang diredhai-NYA dan mana pula jalan yang dimurka-NYA. Daripada 124 ribu nabi itu, ada yang dilebihkan dengan anugerah gelaran rasul seramai 313 orang, walaupun 313 rasul itu berdepan dengan pelbagai tribulasi dalam perjalanan dakwahnya untuk mengajak manusia kembali kepada redha AlLah SWT, hanya 25 rasul sahaja yang wajar kita ingati namanya, AlLah SWT memilih 5 orang daripada kalangan 25 rasul itu dan dinobat-NYA dengan gelar Ulul Azmi ( Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, dan Nabi Muhammad SAW). Kesemua anbiya yang dikirakan 124 ribu tadi berketuakan Nabi Muhammad SAW.

Apabila kita meneliti perjalanan dakwah kesemua para nabi, laluan dakwah mereka penuh berliku. Ada dalam kalangan anbiya yang dibunuh seumpama Nabi Zakaria AS dan anaknya Nabi Yahya AS. Ada anbiya yang dikepung rumahnya untuk dihabisi nyawanya seumpama Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW. Pendek kata ejekan, cercaan, hinaan, sendaan, dipermainkan, disakiti, dipulaukan, diancam, diugut, cuba dirasuahkan, dan lain-lain seumpamanya mewarnai tribulasi dakwah para anbiya. Bertapa cekalnya para nabi, bertapa sabarnya para rasul, bertapa berhemahnya para nabi, bertapa berhikmatnya para rasul dalam menjalankan misi dan visi dakwahnya. Siang, malam, pagi, petang, digunakan untuk mengajak manusia agar hanya menjadikan AlLah SWT sebagai sembahan. Memujuk manusia agar berhijrah daripada yang selama ini mengabdikan diri kepada sesama hamba yang verylemah agar bersedia menjadi hamba hanya kepada AlLah SWT. Mengajak manusia meninggalkan segala sistem ciptaan manusia yang penuh dengan kepentingan sesetengah pihak(yang mencipta peraturan itu) kepada keadilan dan kerahmatan yang ditawarkan oleh Islam. Meyakinkan manusia bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan dunia ini pun sempit pula supaya mempersiapkan diri untuk bersedia hidup di akhirat sana yang kekal selamanya (tidak mati-mati) dan luas pula. Para nabi dan rasul menjelaskan; AlLah SWT yang mendakwa DIA yang mencipta langit dan bumi itulah juga yang mengisytiharkan adanya satu alam lain yang bernama akhirat. AlLah SWT yang menjadikan langit dan bumi yang penuh dengan keajaiban ini jugalah yang telah pun menyiapkan syurga untuk para manusia yang bersedia menundukkan hawa dan nafsunya mengikut kehendak Islam. AlLah SWT juga telah menyiapkan api yang menjulang tinggi untuk membakar manusia dan jin yang berasa dunia ini merekalah yang punya, lalu mereka pun berbuat sesuka hatinya tanpa mempedulikan suruhan dan tegahan agama. Ada orang kata jika kita masuk ke syurga, kehidupan di syurga tidak mencabar sedikitpun kerana dalam syurga apabila kita terniat sahaja untuk makan burung, maka burung tadi akan terus dan segera didatangkan di hadapan kita dalam keadaan yang sudah masak dan tersaji dalam pelbagai resipi yang diingini. Apabila kita makan di syurga pula, makan kita itu hanya untuk berseronok-seronok sahaja, bukan untuk mengenyangkan. Berbeza dengan kehidupan di neraka yang penuh dengan cabaran. Jadi sesiapa yang suka akan cabaran, bolehlah memilih neraka sebagai tempat kediamannya. Hal ini kerana apabila seseorang itu dimasukkan ke neraka, dia akan berasa amat haus dan amat lapar, lalu mereka akan dihidangkan dengan air yang mendidih dan buah zaqqum yang berduri. Ya bertapa mencabarnya untuk meminum air yang mendidih dalam keadaan yang hyperdahaga dan seksanya untuk memasukkan buah yang berduri lagi panas ke dalam mulut untuk dikunyah, dan apabila menelannya akan memutuskan segala urat yang ada dalam perut.

Penulis mula berjinak-jinak dengan dunia dakwah seawal tahun 1984 dengan menyampaikan tazkirah, kuliah, ceramah, dan kutbah secara percuma, dan AlHamdulilLah sehingga saat ini kegiatan itu masih terus berlangsung. Entah kenapa tadi selepas menyampaikan kuliah tafsir mingguan (Surah an-Nahl) di Masjid Abu Bakar, penulis ditanya pasal pengalaman di jalan dakwah ini oleh salah seorang ahli jemaah, semasa bersembang-sembang sambil menikmati rezeki AlLah SWT yang bernama nasi kerabu. Penulis memberitahu pengalaman yang menghinggapi perjalanan dakwah diri terlalu kecil dan kerdil untuk diceritakan. Adalah dua tiga peristiwa yang lucu dan menyentuh hati untuk dikongsi.
Peristiwa yang lucu 1;
penulis dijemput melalui telefon untuk menyampaikan kuliah Maghrib di salah sebuah masjid dalam daerah Kota Bharu. Penganjurnya memberikan alamat kediamnanya dan meminta penulis datang ke rumahnya dahulu, kerana dia yang akan membawa penulis ke masjid berkenaan. Penulis memberitahu penulis akan sampai ke rumahnya 30 minit sebelum masuk waktu Maghrib, seperti yang dijanjikan penulis sampailah di rumah penganjur Mr XX, malangnya rumahnya berkunci. Penulis bertanya kepada jiran di sebelah rumahnya, jirannya memberitahu Mr XX sudah 2 hari tiada di rumah.

Peristiwa yang lucu 2;
Suatu hari, tanpa dirancang tanpa diduga penulis diketemukan dengan kawan sekolah semasa bersekolah rendah dahulu yang kini menjadi imam di sebuah masjid mukim dalam daerah Bachok. Kami diketemukan AlLah SWT dalam majlis penutup Membina Generasi Solat (MGS). Kami sebetulnya sama-sama menjadi tenaga/fasilitator untuk program tersebut yang berjalan sehingga 3 bulan, cuma yang membezakan kami hanyalah mukim, tempat letaknya masjid. Alangkah seronoknya dapat bertemu kawan lama setelah 32 tahun tidak bertemu. Kali terakhir kami bersama semasa darjah 6 dahulu pada tahun 1978- 2010. Dalam pertemuan itu, penulis meminta izinnya sebagai Imam 1, untuk menyampaikan tazkirah di masjid yang mana dia menjadi imam. Akhirnya persetujuan dicapai, iaitu penulis dibenarkan memberikan tazkirah 2 minggu yang akan datang. Hati ini berdetik gembira, hanya AlLah SWT yang tahu. Dua minggu kemudian penulis pun menghayunkan kateh ini menuju masjid berkenaan. Setibanya di masjid berkenaan, sebelum azan berkumandang. Penulis sempat menyempurnakan solat Tahiyatul Masjid. Setelah muazzin mengumandangkan azan, sang imam 1 tidak datang, sehingga jemaah tertunggu-tunggu. Setelah 20 minit barulah iqomat dilafazkan, oleh sebab imam 1 tidak datang, tempatnya diisi oleh jemaah yang lain.

Peristiwa yang menyentuh hati
Selepas menyampaikan kuliah maghrib di sebuah masjid mukim dalam daerah Kota Bharu, tuan Imam 1 datang bersalam dengan penulis dan menghulurkan sampul berwarna coklat kepada penulis. Penulis menjelaskan kuliah yang disampaikan adalah percuma, dan penulis berharap itulah yang bakal tercatat dalam kantung amal penulis sebagai amalan yang soleh. Apabila jawapan itu singgah di telinga tuan Imam tadi, penulis melihat gugur dari matanya manik-manik jernih, sambil sopan lidahnya menyusun kata; kami tahu ustaz ikhlas, tapi izinkan kami di sini untuk berkongsi pahala dakwah dengan membiayai sedikit harga minyak yang diisi dalam tangki kenderaan ustaz.

Kepada semua yang sudi membaca bloq saya, sekiranya ada yang difikirkan sesuai untuk disebarluaskan, silalah berbuat demikian, saya mengizinkannya dulu, kini, dan selamanya.

Tuesday, December 28, 2010

Guru BM Yang Paling Malang

sori xprsn msj adah sknh..huhu
btul ke dh ttp?xleh cek dh ko?
xpe,,ore download dh..hihihi
ala su,,mktb dh nk bka dh pom,,hehe
ahd ni kte jmpa la,,,hehe
ekeleh,,,jwpn LELAKI..sng sgt ..huhh~
da2,,pehal plak ttbe touchg..hahaahaha
okla,,akak nk out da..nk kms brg..sok akak g kl taw..
gonna mish ue so damn dear!!~ tc deq..
cEh....xp0w larh,,nt sy try pnggil sEp tv3 mai ambik mctiE ms0k tB,,tu p0m lU x kn0w ejEk k0 sEp2 dy,,,,hahahaha
oho.. da tgk da mlm td..
sumpah pasnie xnak tdo ag..! :P
(sumpah brani mati)
tahniah ea ain,mira,n fadh (power la kowg)
huhu..tahniah2!! :)
ekeleh,,,jwpn LELAKI..sng sgt ..huhh~
da2,,pehal plak ttbe touchg..hahaahaha
okla,,akak nk out da..nk kms brg..sok akak g kl taw..
gonna mish ue so damn dear!!~ tc deq..
windunyo ko sep2 tok bachok....
mepna,hayyu,ejat,pujah,chena,khairun,mcsue,alyani,ku noor,odah,n3by,shaq,fana, ayu, fatin,yana , n sume laa....
plg d rindui pok jie n nasi ayam bakr....huhuhuhu....
sup ekin jgn lupe gok,,,,
jom2 g mkn sup kt kdai ekin.

Kalimat atau kalimah di atas merupakan secuit kecil antara berjuta catatan yang boleh kita tatap di facebook, sms, bloq, dan seumapamanya. Khabarnya kata gemulah Hang Tuah ‘Tak kan Melayu hilang di dunia’. Tentunya maksud gemulah itu yang dikatakan Melayu tu, bahasa Melayu. Saya secara jujur mengaku, banyak kalimah yang ditulis semacam ini, apabila saya baca saya tidak faham dan tidak dapat menangkap maksud sipenulisnya.
Dalam banyak-banyak persoalan yang mungkin muncul dalam benak dan kalbu, mungkin ada 2 persoalan yang menjunam dalam minda apabila berdepan dengan fenomena ini;
1. Bahasa Melayu semacam inikah yang dimaksudkan dalam perlembagaan negara?
2. Rasa simpati yang tinggi dikirimkan buat guru Bahasa Melayu yang berlumus-tungkus dan bertungkus-lumus mengajar dari tadika hingga ke peringkat SPM, STPM, universiti dan seumpamanya, kerana ilmu yang diajarnya ternyata sia-sia. Tidak berdaya untuk diaplikasikan dalam kehidupan, hanyalah diambil tahu untuk menjawab kehendak soalan peperiksaan awam sahaja.
Sayang berbilion-bilion kali sayang, bahasa Melayu yang penuh dengan kesantunan, kelembutan, kehalusan, dan sebagainya itu sedang dihancurleburkan oleh rakyat negara ini sendiri dalam negeri mereka sendiri. Tak kanlah sampai patah tangan untuk menaip ejaan sesuatu perkataan sebagaimana yang dipelajari di sekolah selama berbelas-belas tahun itu?
Tepuk dada tanyalah iman yang termuat di dalamnya. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Monday, December 27, 2010

Al-Qur’anku : Antara 2 Kondisi

kondisi dini
seawal Baginda SAW didatangi di Hira’
Paduka Jibril mengajar perintah iqra’
13 tahun di Mekah Baginda SAW bergerak
di Madinah 10 tahun penyaksi jejak
sempurnalah al-Qur’an menjadi tonggak
anutan hidup secara mendatar & menegak
umat pula menyusun langkah & gerak
al-Qur’anlah sebagai lentera penyemarak
tiap isi rumah sibuk memperdengar bacaan
tiap insan sibuk mempelajari isi kalam
tiap manusia berlumba menyempurna suruhan
tiap orang bersaing meninggal larangan
tiap warga tak pernah lupa mendakwahkan
tiap diri sedia & rela mempertahan kandungan
al-Qur’an maha benar semua isian & susunan
jadi pemacu hidup & kehidupan
ke arah cemerlang gemilang & terbilang
al-Qur’an dibaca sebagai hiburan iman
al-Qur’an difaham diharap bimbingan
al-Qur’an didiskusi dipohon keberkatan
al-Qur’an diseminarkan didamba pertolongan
al-Qur’an ditelaah guna direalisasikan
al-Qur’an ditadabbur buat disebarkan
al-Qur’an dimuktamarkan untuk dipertahan

kondisi kini
al-Qur’an dibaca hanya untuk menghalau hantu & jembalang
al-Qur’an dipertandingkan demi sebuah gelaran; johan
al-Qur’an diperdengar di telinga manusia hampiri kematian
al-Qur’an dibacakan pada yang mati di kuburan
al-Qur’an, Yaasin malam Jumaat dibacakan
al-Qur’an dilagukan di majlis perasmian
al-Qur’an dibaca sewaktu tv memula siaran
al-Qur’an ditadarus hingga khatam pada Ramadhan
hafiz dicari untuk memperdengar bacaan
dalam solat Terawih yang panjang
kini al-Qur’an hanya bacaan bermusim & bertujuan
kini isi kandung tv & akhbar dibaca orang
kini isi kandung tv & akhbar dibicara orang
kini isi kandung tv & akhbar didiskusikan orang
kini isi kandung tv & akhbar disebarkan orang
kini isi kandung tv & akhbar dipertahan orang
kini isi kandung tv & akhbar dipercayai orang
kini isi kandung tv & akhbar diimani orang
kini isi kandung tv & akhbar diikut orang
kini isi kandung tv & akhbar dipuja & dipuji orang
kini isi kandung tv & akhbar disanjung orang
kini isi kandung tv & akhbar diwara-wara orang

isi kandung tv & akhbar ditulis orang punyai kepentingan
isi kandung tv & akhbar diilham orang singkat fikiran
isi kandung tv & akhbar tiada jaminan aman
muatan fitnah pembohongan kekarutan pemalsuan
sedang al-Qur’an Kalam AlLah, Tuhan
pengada dari dahulunya tiada bayang & kelihatan
semua spesis yang bernama alam
Yang Maha Suci dari segala kelemahan
Yang Maha Suci dari segala kekurangan
Yang Maha Suci dari segala kedaifan
Yang Maha Suci dari segala

maahad amir indra petra
20 muharram 1432-26 dis 2010
095540pagi-mesyuarat koperasi pembangunan desa bachok berhad

Saturday, December 18, 2010

TAZKIRAH KELUARGA BAHAGIA

tarikh: 13 MUHARAM 1432 – 19 DISEMBER 2010 TEMPAT: MASJID TELUK BAYU, KUALA BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN MASA: SELEPAS SOLAT ZOHOR TAJUK: TANGGUNGJAWAB IBU BAPA & TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK DALAM ISLAM

PENTAZKIRAH
FAUZI AMIR GUS FASILITATOR ABDAN SYAKUURA
GURU SMKA TOK BACHOK, BACHOK, KELANTAN

SEJAMBAK TAHNIAH & JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA
Sejambak Tahniah buat: 1- Pengerusi & AJK Program ini yang hebat memanfaatkan masa cuti dengan program ilmu 2. Pengerusi & AJK Masjid ini (Teluk Bayu) yang bermurah hati merelakan masjid ini menjadi wadah program 3. Para peserta yang terdiri daripada para ibu, parabapa & paraanak kerana berlapang dada sudi mengorbankan masa senggangnya untuk hadir
Sejambak JazakalLah Khairan Kathira kerana sudi pula memberi peluang, ruang, & kesempatan untuk saya memberi sepatah dua tazkirah
Kita doakan kepada AlLah SWT, apa yang disumbangkan ini, akan dicatat-NYA sebagai amal soleh dalam album kehidupan

Jom kita jadi hamba-nya ang bersyukur
Sebelum kata menjadi ayat, ayat-ayat menjadi bicara, jom kita menyusun dahulu syukur kepada-NYA kerana nikmat, antaranya 1- Kita dilahirkan dalam nikmat Islam 2. Kita masih disambung nikmat Iman 3. Kita masih disambung nikmat subsidi nyawa yang tiada penjamin ini yang tidak terbeli adanya ini 4. Kita masih dikurnia nikmat kesihatan yang tak terperi mahalnya 5. Kita pandai
(parking) menempatkan diri kita dalam Rumah AlLah SWT ini

Salam Taaruf Nama : Fauzi hp 0199923418
Nama Ibu : Mek Som Mamat
Nama Ayah : Amir Gus Hassan Che Namat
Tarikh Lahir : Jumaat 26 Rabiul Awal 1386 = 15 Julai 1966
Tempat Lahir : Kg Pulau Melaka
Nama Isteri : Maimunah Ibrahim
Nama Anak-anak : 3 lelaki & 4 perempuan; Ahmad Huzaifah Badiuzzaman, Ahmad Abu Ubaidah Qurratul A’yun, Istikha’rah Mardhiyyah, Fathan Husna, Farhatul Raihan, Ahmad Fathul Fushshilat, & Mustaqimah Mumtahanah

Latar Pendidikan
Sek Kanak-kanak Pulau Melaka (Sekarang PASTI)
Sek Keb Kedai Lalat (Sekarang SK Kota Jembal)
Sek Men Kedai Lalat (Sekarang SMK Raja Sakti)
Masjid & Balaisah di sekitar kampung
Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri
Universiti Malaya (UM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

keterlibatan dalam dakwah
Bermula tahun 1984 dengan memberikan kuliah, tazkirah, kutbah, dan ceramah di masjid, balaisah, dan menunaikan jemputan dari mana-mana pihak. Antaranya di Masjid kg Tanjong, Balaisah kg Takang, Balaisah kg Padang Dalam, Balaisah kg Aur, Balaisah kg Binjai Manis Pasir Mas.
Tahun 2000-2003 (pertengahan tahun)- kegiatan dakwah berkisar di Tanjung Malim setelah melanjutkan pelajaran di sana.
Pertengahan 2003-2008 memulakan pekerjaan sebagai PPPS di Pulau Pinang dan kegiatan dakwah dilebarkan di sana. Surau Eastern Court, Masjid Syed Eusoff (dobi ghat), Masjid Hashim Yahya, Masjid Teluk Kumbar, Surau Al-Sharkoshi SMKA (L) Al-Mashoor, Surau Al-Falah Penang Free School menjadi medan dakwah di Pulau Pinang. 
Mulai Tahun 2009 menyambung kegiatan dakwah di bumi Serambi Mekah kembali di, Masjid As-Solehin kg Telok Kemunting, Masjid Mukim Pintu Gerbang, Masjid Hj Sulaiman Jembal, Masjid Abu Bakar Pintu Gerbang, Masjid Umar Al-Khatab Tangok, dan Masjid Pak Da Nor Padang Embong Pasir Mas. Masjid ar-Rahman kg Kor Nilam Puri, Masjid Pohon Tar, Kubang Mas, TumpatDi samping menjadi penceramah tetap untuk program di Maahad Amir Indra Petra (MAIP)dan Maahad Darul Anwar (MADA)

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
Di dunia ditanggung di akhirat kena jawab
Secara mudah dibahagi 3; 1. Sebelum kahwin 2. Selepas Dijab Kabul 3. Setelah direzekikan AlLah SWT dengan anak sama ada muslimin atau muslimat (Dapat title Ayah Bonda

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK
Di dunia ditanggung di akhirat kena jawab
Secara mudah dibahagi 2; 1. Setelah dilahirkan 2. Setelah kemangkatan ayah bonda


TANGGUNGJAWAB ibu bapa Sebelum kahwin
Mengumpul sebanyak mungkin ilmu & kepakaran
Melazimkan diri dengan pelbagai amal soleh
Jauhkan diri daripada sengaja buat dosa
Jadilah anak sebagaimana kita mahu bakal anak kita akan jadi anak
Beli buku-buku agama

Segala apa yang kita buat disaksikan & diikuti secara langsung oleh anak-anak kita

TANGGUNGJAWAB ibu bapa selepas ijab kabul
Memberi makan & minum, kain pakai kepada permaisuri kita hanya dari sumber yang halal
Si isteri kena pesan pada suami; kanda, dinda & bakal anak-anak kita rela berlapar daripada menelan makanan yang belum tentu halal haram
Doa sebelum tidur

TANGGUNGJAWAB setelah dapat title ayah bonda
Kitalah (ayah bonda) guru no 1 & 2
Azan di telinga kanan & Iqomat pada telinga kiri anak
Mencarikan nama yang disukai-NYA (nama-nama-NYA, nama Nabi @ Rasul, nama orang soleh dll) – rujuk orang alim dahulu
Mengajarkan kitab AlLah SWT (baca, faham makna, hayati, amalkan, pertahankan, sebarkan); antaranya memberitahu anak, AlLah SWT telah pilih Islam untuk jadi cara hidup kita
Mencari jodoh yang beragama

Membimbing & menyuruh anak mengerjakan semua suruhan agama seawal umur 7 tahun & mendenda mereka setalah berumur 10 tahun jika masih mengabaikan & asingkan lokasi tidur (antara lelaki-perempuan; antara ayah bonda –anak-anak)
Mengasuh anak-anak beradab dengan mencintai nabi-nabi, mencintai ahlul bait, & memahamai kandungan al-Qur’an

Mengenali semua kawan & rakan anak-anak
Memantau pergerakan anak
Contohi Luqman ; 13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mensyirikkan Allah SWT, Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

16. "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (baik @ buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah ( untuk dibalas-Nya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi amat meliputi akan Segala Yang Tersembunyi.
17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah terhadap bala bencana menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai

Kenapa anak-anak perlu disolehkan?
Susah ke nak jadikan anak-anak soleh? Mudah aje sebab kita ada panduan untuk menyolehkan iaitu al-Qur’an & Sunnah Baginda Nabi SAW
Kenapa perlu disolehkan anak? Kerana Baginda Nabi SAW telah memetakan sabda;’ apabila mati anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara, sedekahnya, atau ilmunya yang bermanfaat, & anak soleh yang mendoakannya
Anak soleh sebagai saham kekal

Menjadi soleh tu naluri manusia
Anak soleh akan menyejuk hati
Anak soleh akan berbakti sewaktu kita di ambang tua
Anak yang tidak soleh akan menghancurkan hati kita sewaktu melihat mereka diseret para Malaikat ke neraka
Anak yang tidak soleh menghabiskan beras sahaja, tak ada gunanya langsung
Anak yang tak soleh akan menghantar ayah bonda ke rumah orang tua sewaktu kita amat mengharapkan perhatian

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK; Setelah dilahirkan
Taatkan ayah bonda selagi tidak ke arah maksiat (berbuat dosa)
Bercakap dengan suara yang lebih rendah
Mendapatkan izin untuk untuk berbuat sesuatu
Mengenali kawan-kawan ayah bonda

14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua ibubapamu; dan kepada AKU lah tempat kembali
15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan KU sesuatu yang tidak diketahuimu maka janganlah Engkau taat kepada mereka; tetapi bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-KU(orang soleh). kemudian kepada AKUlah tempat kembali kamu semuanya, maka AKU akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK; . Setelah kemangkatan ayah bonda
Mengurus jenazah ayah bonda; sama ada memandikan, mengafankan, menyolatkan, menurunkan jenazah ke liang lahad
Jangan jadi tukang bagi nasi yang tidak disyariatkan langsung tu
Mendoakan kesejahteraan buat ayah bonda yang berada di alam baqa’
Tidak melakukan maksiat @ paksiat setelah kemangkatan ayah bonda
Menghubungi sahabat handai ayah bonda untuk disantuni sebagaimana ayah bonda kita menyantuninya
Membayar hutang ayah bonda

Ingatan untuk sang anak
AlLah SWT satu
Al-Qur’an satu
Matahari satu
Bulan satu
Kiblat satu
Islam satu
Jalan yang benar satu
AYAH & BONDA yang kita ada hanya SATU, tidak ada ganti, dulu kini & selamanya
Ayah bonda kita telah mengorbankan segalanya untuk kita sejak daripada dalam kandungan lagi
Ayah bondalah insan yang paling menyayangi kita selepas AlLah SWT & Rasul SAW
Jangan jadi anak yang derhaka
Jadilah anak yang mendengar kata

Ingatan untuk sang ayah bonda
Kita memang sayang akan anak, sanggup bergolok bergadai
Harta paling berharga, jumpa kawan ditanya ‘berapa anak?’
Kita sanggup berkorban apa sahaja; nyawa atau harta seperti kata dalam lagu gemulah P Ramlee; berkorban apa sahaja, nyawa ataupun harta, itulah paling utama, sejati & mulia,…
Janganlah kita terkorban dengan terlantar di neraka kerana melupakan & melanggar perintah agama demi mencari sesuap nasi untuk anak

Wednesday, December 15, 2010

10 Muharram: Antara Amalan Puasa Yahudi & Pesta Makan Umat Islam

Saban tahun Muharram datang, membawa bersama pelbagai isian peristiwa suka atau duka kemudian pergi meninggalkan catatan di kalendar hijriyah bersana apa yang pernah dibawanya. Ya, Muharram merupakan bulan yang berada pada giliran pertama, sementara Zulhijjah merupakn bulan yang menutup kalendar. Di sesetengah negara umat Islam, apabila singgah sahaja bulan Muharram ini di kalendar, kelihatan sibuklah mereka untuk meraikan peristiwa Hijratul Rasul atau Maal Hijrah, sedangkan peristiwa primer Hijrah Baginda Rasul SAW berlaku pada bulan Rabiul Awal. Tentunya terselit rahsia yang maha hebat dari AlLah SWT yang menakdir atau yang telah mengizinkan peristiwa besar Hijrah ini berlaku pada bulan kelahiran insan yang paling bernilai untuk dunia ini, yang dilahirkan yatim serta tidak sempat menghadiri atau menerjunkan diri dalam alam persekolahan. Lantaran itu Baginda SAW dikenali atau dilabeli seorang yang ‘ummi’. Perancangan dari AlLah SWT sengaja memilih Rabiul Awal sebagai bulan berlakunya Hijrah, bukan Muharram, Safar, dan bulan-bulan lain.

Suatu waktu dahulu, semasa pada permulaan masa RasulLulLah SAW dan umat Islam berada di Madinah, Baginda SAW mendapati orang yahudi berpuasa pada 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Sebagai seorang pencandu ilmu, Baginda SAW bertanyakan yahudi kenapa mereka berpuasa, hari apakah ini, peristiwa apa yang dikenang yahudi? Kalangan yahudi menjawab, hari ini; 10 Muharram/ Hari Asyura ni merupakan hari agung, pada hari inilah suatu ketika dahulu AlLah SWT telah menyelamatkan KalimulLah Musa AS dan kaumnya, serta menenggelamkan fir’aun di laut Merah. Maka Baginda Musa AS berpuasa sebagai tanda syukur kepada-NYA. Lalu kamipun berpuasa. RasulLulLah SAW bersabda; ‘Kamilah(orang Islam) yang lebih berhak dan lebih utama untuk menghormati dan menjejaki langkah Musa AS’. Baginda SAW mengarahkan umat Islam supaya berpuasa pada 10 Muharram itu. Walau bagaimanapun, Baginda SAW melarang kita sebagai umat Islam berpuasa seperti yahudi, iaitu puasa pada 10 Muharram sahaja. Kita mesti berbeza cara berpuasa dengan mereka. Kalau yahudi berpuasa hanya pada 10 Muharram, kita umat Islam pula perlu melazimkan berpuasa sama ada
pada 9 dan 10 Muharran atau
10 dan 11 Muharram atau
berpuasa pada 9, 10, dan 11 Muharram.
Di samping itu, kita perlulah bersahur untuk berpuasa kerana yahudi tidak suka bersahur untuk berpuasa. Sama halnya dengan hari besar mereka (yahudi & nasoro) iaitu hari sabtu dan ahad, mereka juga berpuasa. Kita juga dibolehkan berpuasa pada hari Jumaat, tetapi JANGAN berpuasa hanya pada hari Jumaat, kerana ini sama dengan mereka, kita jika ingin berpuasa perlu dirangkaikan sama ada Khamis dan Jumaat atau Jumaat dan Sabtu.

Sama halnya dengan di sesetengah tempat umat Islam tinggal, pada 10 Muharram mereka mengadakan pesta makan; makan bubur dan dinisbahkan dengan 10 Muharram; katanya Bubur Asyura. Mereka lebih mengutamakan makan bubur tersebut daripada berpuasa! Lalu ada pelbagai versi bubur Asyura ini di negara kita. Rasa dan warna bubur Asyura Kelantan tidak sama dengan bubur Asyura Perak, Selangor, Pulau Pinang atau negeri-negeri lain lagi di dunia ini.

Agak lucu juga ya, orang yahudi berpuasa pada hari Asyura ini sementara sebahagian umat Islam pula menjadikan 10 Muharram sebagai hari untuk pesta makan-makan. Fikir-fikirkanlah sementara akal masih sudi bergerak pada paksinya.

Tetamu

free counters