About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 0199923418 atau fauziamirgus@gmail.com atau fauzi15766@yahoo.com

Followers

Saturday, June 15, 2013

Silsilah Guru

Silsilah Guru
AlLah itu mahaguru nombor satu
mendidik semua hamba-NYA jadi tahu
bukan hanya manusia dibekali ilmu
diajar-NYA haiwan, pepohon & para batu
Jibril jua guru mengajari ilmu
nabi & rasul disempurna wahyu
mulai Adam suatu waktu dulu
berakhir Muhammad SAW pelengkap nikmat yang satu
menutup risalah AlLah yang satu
para nabi & rasul diutus-NYA jadi guru
mengajari umat lepas satu, satu
bertauhid hanya untuk AlLah yang satu
sujud melutut ibadatnya kerana AlLah yang satu
bermunakahat mengikut ketentuan AlLah yang satu
melurus muamalat dengan neraca AlLah yang satu
mengurus aksi diri ikut ritma AlLah yang satu
mengawali tingkah anak isteri dengan skima AlLah yang satu
memandu masyarakat menuju jalan AlLah yang satu
menghukum petualang berpaksi hudud AlLah yang satu
kejap termuat dalam al-Qur’an yang satu
syariat AlLah hanya satu & tetap nombor satu
kita semua sebenarnya guru
tkt- 063730

 mendidik diri mengenal AlLah
mendidik anak & isteri mengenal AlLah
mendidik murid jua pelajar mengenal AlLah
mendidik makmum mengenal AlLah
mendidik sanak waris mengenal AlLah
mendidik warga rakyat mengenal AlLah
mendidik semua manusia mengenal AlLah

sebagai guru yang mendidik diri
bersama kita ada 2 pusaka abadi
al-Qur’an tetap tekal kekal bersemi
gugus sunah jua sabda gigih menafsiri
2 abz- 082526

mendidik diri memaham al-Qur’an
bukan pilihan tapi itu kewajipan nan terpetakan
mendidik diri melaksana segala titah al-Qur’an
bukan pilihan tapi itu kewajipan nan terpetakan
mendidik diri menjauh dari semua larangan
bukan pilihan tapi itu kewajipan nan terpetakan
mendidik diri menyebar ajaran al-Qur’an
bukan pilihan tapi itu kewajipan nan terpetakan
mendidik diri mempertahan isi al-Qur’an
bukan pilihan tapi itu kewajipan nan terpetakan

suatu hari pasti umur dunia tertamatkan
alam akhirat pula mengambil peranan
kita semmua dipaksa hadiri sesi pembicaraan
mahkamah maha adil setia menantikan
ada malaikat pula bawa pertuduhan
kita dilingkungi dalam kandang
anggota jadi saksi merakam sesi kejadian
amal soleh datang sebagai peguam pembelaan
AlLah Maha Adil hakim memutuskan
kita bakal diasak panahan soalan
kenalkah kita AlLah SWT yang satu
sudahkah tertunai hak-NYA itu
atau kita masih begitu-begitu
bingung menentu hala & tuju
tepuk dada tanyalah iman yang satu itu
selagi nyawa & badan sudi menyatu
bg-093416

Saturday, June 8, 2013

Motivasi Solat

Motivasi Solat
Masjid Mukim Pintu Geng
Kota Bharu, Kelantan
22 Rejab 1434 – 01 Jun 2013
 08:30 pagi
Bersama
Fauzi Amir Gus
SMKA Tok Bachok

Situasi Umat & Solat
¢  Tidak pernah solat
¢  Solat jarang-jarang
¢  Solat 1 kali setahun
¢  Solat 2 kali setahun
¢  Solat 3 minggu sekali
¢  Solat seminggu sekali
¢  Solat 5 hari sekali
¢  Solat 5 kali sehari
¢  Di mana kita?

Apa Status Solat di Sisi Anda?
¢  Rukun Islam
¢  Ibadat seharian
¢  Dialog  @ bertelefon dengan AlLah SWT di talian 24434

¢ 2 Subuh
¢ 4 Zuhor
¢ 4 Asar
¢ 3 Maghrib
¢ 4 Isya’

Dialog  @ bertelefon dengan AlLah SWT di talian 24434, why?
¢ Setiap patah kata yang kita ucapkan dijawab AlLah SWT

Solat hubungan 2 hala
Untuk  AlLah
1- Penyerahan diri
2- Membesarkan AlLah SWT
3- Tanda ingatan

Untuk  Diri  Kita
1- dapat cegah mungkar
2- memupuk sabar
3- tempat mohon pertolongan
4- istirahat & tenang

Kemurahan AlLah SWT
¢  Asalnya solat diwajibkan 50 waktu tapi dengan kemurahan-NYA dikurangkan menjadi 5 tetapi pahalanya tetap dapat seperti  solat 50 waktu. SubhanalLah

Kunci Untuk Seronok Solat : Menghafal Surah
¢  Seharusnya kita dapat menghafal al-Qur’an paling kurang setahun satu surah
¢  Jika umur anda sekarang 10 tahun, sepatutnya anda sudah menghafal 10 surah
¢  Bila umur anda 40 tahun nanti, sudah pasti 40 surah sudah anda kuasai
¢  Jika umur anda dipanjangkan hingga 70 tahun, seharusnya 70 surah sudah anda hafal,    Insyaa- AlLah

Tarbiyyah Solat; Bila Bermula?
¢  Sabda Baginda SAW                                                                                                                                   ‘suruhlah anak-anakmu solat seawal umur 7 tahun                                                                                          & pukullah mereka apabila berumur 10 tahun (jika masih enggan solat)’
¢  Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah(Islam),                                                                            kedua ibu bapanyalah mencoraknya menjadi yahudi, nasroni atau majusi’

¢ -sekian. Salam hormat dari saya
¢ fauzi amir gus 0199923418
¢ http://fauziamirgus.blogspot.com/

Tetamu