Rejab, Malam Isra’ & Mikraj, &
Keberadaan Solat
i. rejab
Di sisi
AlLah SWT, ada 12 bulan, antaranya bernama Rejab yang merupakan bulan yang
ketujuh mengikut giliran pusingan tahun Hijrah. Muharam, Safar, Rabiul Awal,
Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya’ban, Ramadhan,
Syawal, Zulkaedah, & Zulhijjah. Sejak berzaman lagi Rejab termasuk
dalam senarai pendek 4 bulan yang diharamkan berperang; Zulkaedah, Zulhijjah,
Muharram, & Rejab. Dalam kitab Durratul Nasihin ada tersebut
kelebihan yang tersedia dalam bulan Rejab,
antaranya di dalam syurga kelak ada
sebuah sungai yang bernama Rejab yang disediakan untuk sesiapa yang sanggup
berpuasa dalam bulan ini. Baginda Nabi Muhammad SAW juga menganjur &
mengajarkan doa untuk kita baca pada bulan Rejab, Sya’ban, & Ramadhan.
اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضا ن
اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضا ن
اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضا ن
اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضا ن
اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضا ن
اللهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضا ن
Ya, Rejab menjanjikan sesuatu, Sya’ban juga menjanjikan
sesuatu, sementara Ramadhan menyediakan segala yang kita perlu untuk mengumpul
pelbagai koleksi menghala taqwa. Justeru, Rejab & Sya’ban wajar sekali
dijadikan medan latihan agar kita dapat menyempurnakan sambutan terhadap
Ramadhan. Usah lagi Ramadhan dipanggil bulan puasa, kerana banak lagi menu
pengisian yang perlu kita penuhkan dalam masa sebulan kunjungan Ramadhan. Puasa
merupakan menu utama Ramadhan, sementara menu iringan yang lain yang bakal
menyempurnakan Ramadhan pula seperti;
i-
Solat Tarawih, Solat Witir, Solat Tahajjud, QiamulLail, Solat Dhuha, Solat
Tasbih, dan pelbagai jenama solat yang lain.
ii- memperbanyak sedekah sama ada berbentuk ringgit
Malaysia, ataupun juadah-juadah atau lauk-pauk tertentu
iii- memperbanyak masa untuk ‘bermesra’ dengan al-Qur’an,
bulan sekadar membaca & membunyikan abjad & hurufnya semata-mata,
tetapi memahami maksudnya, mengamalkan segala tegah & suruh-NYA,
menyebarkannya, mempertahankannya
iv- berlama-lama berada di rumah AlLah SWT(i’tikaf)
lebih-lebih lagi pada 10 malam yang terakhir daripada Ramadhan, kerana di sana
bakal menjelma Lailatul Qadar & janganlah kita meramai & memenuhkan
pusat membeli-belah untuk bekalan hari raya sehingga Lailatul Qadar bertukar
rupa menjadi lailatul kamdar
v- mengurangkan pelbagai perkara sia-sia yang selama ini
giat diusahakan oleh pancaindera kita; sama ada percakapannya, penglihatannya,
pendengarannya, sentuhannya, langkahan kakinya, atau hiduannya.
vi-
mengurangkan masuknya makanan ke dalam perut biarpun makanan atau minuman
tersebut datangnya daripada sumber yang 100% halal. Kata bijak pandai makanlah
sekadar untuk hidup bukannya hidup untuk makan.
ii. malam
isra’ & mikraj
isra’
& Mikraj berlaku pada waktu malam. Lailatul Qadar berlaku pada waktu malam.
Nisfu Sya’ban pun berlaku pada waktu malam. Al-Qur’an juga diturunkan pada
waktu malam. Adakah ini secara kebetulan? SubhanalLah,semua yang telah, sedang,
& akan terjadi berlaku dalam perancangan AlLah SWT, tidak ada yang berlaku
secara kebetulan. Kenapa DIA tidak memilih waktu siang untuk segala kejadian
yang besar-besar ini? Adakah ini berupa satu isyarat yang jelas dari AlLah SWT
agar kita sebagaai manusia yang ada aqal & fikiran ini agar menjadikan
sebahagian daripada malam yang ada agar digunakan untuk menyempurnakan urusan
& interaksi kita dengan-NYA? Siang hari digunakan untuk mencari segala
keperluan hidup yang pelbagai sementara malam digunakan untuk mendekati-NYA
dengan pelbagai menu & resipi pengibadatan? Jika demikianlah kiranya yang
dimahukan-NYA, adakah kita telah, sedang, & akan melaksana agenda itu?
Tepuk dada tanyalah iman kita.
Ya, kita
tahu semua kita akan mati, walaupun begitu kita tetap mencari & memburu
sebanyak mana harta & kekayaan walaupun hati kecil kita akui semua harta
yang kita ada bakal kita tinggalkan. Kita pula diajar adanya kehidupan pada
alam yang satu lagi yang tidak mati-mati, suatu alam yang kita terus hidup
& hidup lagi & lagi. Lalu kenapa bekal untuk alam yang kita tidak akan
mati-mati ini kita tidak peduli? Ya, malamlah waktunya yang paling serasi &
sesuai untuk diri mencari bekal yang hakiki, mendekat diri pada Rabbi memohon
diampun segala dosa diri. Ya memenuhi malam hari dengan ibadat sewaktu banyak
insan lain sedang galak mencipta & mewarna mimpi-mimpi yang tak pasti. Ya
hanya di sini, hanya di dunia yang sementara ini, kita dipersila berbuat
begini. Bila sudah mati atau berada di akhirat nanti tak payah lagi nak
susah-susah untuk bangun pagi, atau untuk bertahajjud atau berqiamullail atau
beribadat lagi.
Muatan
mukjizat Isra’ & Mikraj termuat dalam surah al-Isra’ atau dipanggil juga
Surah Bani Israel ayat 1.
Sura: Al-Israa
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
(15) ۞ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ
لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي
بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ [١٧:١]
Subhana
allathee asra biAAabdihi laylan mina almasjidi alharami
ila almasjidi alaqsa allathee barakna hawlahu
linuriyahu min ayatina innahu huwa alssameeAAu
albaseeru -
Maha Suci Allah yang telah menjalankan
hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), yang KAMI berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI. Sesungguhnya AlLah
jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat
لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا = untuk memperlihatkan
kepadanya (Nabi Muhammad SAW) tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI
(AlLah SWT)
Baginda Nabi SAW diperlihatkan AlLah SWT
sebahagian kecil daripada tanda kemahaperkasaan AlLah SWT, antaranya Baginda
SAW dibawa melawat & menyaksikan sendiri dengan mata lendirnya 2 projek
mega yang sedang menanti manusia iaitu syurga & neraka. Syurga AlLah SWT
cadangkan untuk dimuatkan manusia yang taatkan perintah-NYA tanpa melihat
kepada rupa paras, warna kulit, keturunan, darjat kekayaan dan sebagainya.
DIA mencipta syurga dengan pelbagai kenikmatan yang tak pernah dilihat mata,
tak pernah didengar telinga, & tak pernah terlintas di fikiran. Ada 7
tingkatan syurga kelak, yang paling hebatnya ialah Syurga Firdaus. Maha
Hebatnya AlLah SWT pada setiap
tingkatan syurga itu boleh memuatkan semua manusia yang pernah hidup semenjak
daripada zaman Nabi Adam AS sehinggalah manusia yang terakhir mati. Katakan
manusia yang pernah menghuni dunia ini sejak zaman Nabi Adam AS sehingga
kiamat ada 100 bilion orang, maka di setiap tingkatan syurga itu sudah
tersedia 100 buah mahligai atau istana. Bermakna ada 700 bilion istana sudah
tersedia menanti kedatangan kita nanti. Dan di setiap istana itu sudah
tercatat nama kita masing-masing. Baginda SAW juga memaklumkan syurga dihias
AlLah SWT dengan warna hijau. Pakaian ahli syurga juga hijau. Lalu janganlah
kita membenci warna hijau kerana itu warna syurga.
Sama halnya juga dengan neraka, DIA telah
menyiapkan untuk semua manusia ini dengan sebuah penjara di setiap neraka itu
yang sudah siap tertulis nama kita. Katakan manusia yang pernah menghuni
dunia ini sejak zaman Nabi Adam AS sehingga kiamat ada 100 bilion orang, maka
di setiap lapisan neraka itu sudah tersedia 100 buah penjara atau tempat
penyiksaan. Bermakna ada 700 bilion
penjara atau tempat penyiksaan sudah tersedia menanti kedatangan kita
nanti. Baginda Nabi SAW memberitahu azab yang paling ringan di penjara dalam
neraka ialah, apabila kita memijak lantai penjara kali pertama dalam neraka,
akan menyebabkan otak kita menggelegak! SubhanalLah. Lalu janganlah
menggunakan pemikiran kita yang cetek ini untuk mengira kemahaperkasaan AlLah
SWT, sehingga berani terbit dari lidah kita; kita umat akhir zaman ni, nanti
di hari akhirat kita susah nak masuk neraka sebab neraka sudah penuh! Baginda
SAW juga memberitahu mata ahli neraka berwarna biru dan ada segolongan
manusia dalam neraka yang kulitnya berwarna merah & biru, merujuk kepada
manusia yang membunuh unta Nabi Salleh AS dahulu.
Baginda Nabi SAW sudah melihat sendiri
ada syurga & ada juga neraka, jadi kenapa kita masih tak mahu berbuat
amal soleh, seolah-olah tidak ada syurga. Kenapa kita masih melakukan
pelbagai dosa seolah-olah tidak ada neraka! Sedangkan keduanya sudah
disediakan AlLah SWT sebelum manusia diciptakan lagi.
Maha Besar & Maha Hebatnya kerajaan
AlLah SWT telah menyediakan secukupnya tempat untuk para hamba-NYA, tidak
seperti semua kerajaan yang ada di bumi ini yang tidak mampu untuk
menyediakan sebuah rumah untk setiap rakyatnya. Adapun DIA telah menyediakan
untuk setiap manusia 14 buah rumah untuk diduduki. 7 buah di syurga sementara
7 lagi di neraka. Kemudian kita diberi pilihan untuk menentukan rumah mana
yang akan kita duduki. Kita boleh berusaha untuk menduduki rumah yang berada
di Syurga Firdaus, atau di Syurga Naim, kita juga boleh memilih untuk terjun
ke neraka mana yang difikir layak untuk diri; Jahim, Saqar, Humazah,
Jahannam, Wail, atau sebagainya. Cuma apa yang perlu dibuat tepuk dada tanya
iman kita jalan mana yang harus kita pilih, sementara di kesementaraan ini
memakmur halaman umur. Kita dibekal dengan aqal & fikiran;
di hadapan kita ada al-Qur’an & ada
akhbar-akhbar perdana harian, kita diberi pilihan untuk membaca yang mana,
kita diberi pilihan untuk lebih mempercayai yang mana, tidak ada sesiapa yang
memaksa kita di sini.
Di hadapan kita ada Islam & ada
pelbagai idealogi di pasaran sebagai cara hidup & kehidupan, kita diberi
kebebasan untuk mengambil Islam sebagai anutan atau memilih sekular (demokrasi,
sosialis, komunis, libralis, kapitalis, dan pelbagai lis yang lain) sebagai
panduan & jalan, tidak ada sesiapa yang memaksa kita di sini.
di hadapan kita ada nabi & rasul yang
boleh kita ambil sebagai ikutan & kita juga disogokkan dengan macam-macam
tokoh yang ada dalam masyarakat & kehidupan; ada karl max, ada darwin,
ada adam smith, ada nepoleon, ada kemal atatuk, ada guru nanak, ada asoka,
kita boleh menjadikan para nabi sebagai ikutan atau tokoh lain sebagai
panduan, tidak ada sesiapa yang memaksa kita di sini.
Masih ada surah yang lain dimulakan
dengan kalimat yang hampir sama dengan surah ini. Antaranya;
|
Sura: Al-Hadid
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ [٥٧:١]
Sabbaha
lillahi ma fee alssamawati waalardi
wahuwa alAAazeezu alhakeemu - telah bertasbih hanya kepada AlLah SWT segala yang
berada di semua langit & bumi. DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
|
||
لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٥٧:٢]
Lahu mulku alssamawati
waalardi yuhyee wayumeetu wahuwa AAala kulli
shayin qadeerun - bagi AlLah SWT segala
kuasa pemerintahan mutlak di semua langit & bumi. DIA atas tiap-tiap
sesuatu Maha Berkuasa.
|
||
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ
وَالْبَاطِنُ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ [٥٧:٣]
Huwa alawwalu
waalakhiru waalththahiru waalbatinu
wahuwa bikulli shayin Aaaleemun-
DIA
yang awal (wujud) & DIA yang akhir (tak mati-mati). DIA (Maha Mengetahui
apa-apa) yang zahir. DIA (Maha Mengetahui apa-apa) yang batin(tersembunyi). DIA
atas tiap-tiap sesuatu Maha Mengetahui.
|
||
Sura: Al-Hashr
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ
وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ [٥٩:١]
Sabbaha
lillahi ma fee alssamawati wama fee
alardi wahuwa alAAazeezu alhakeemu - Segala
yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan DIA
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
|
||
Sura: As-Saff
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ
وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ [٦١:١]
Sabbaha
lillahi ma fee alssamawati wama fee
alardi wahuwa alAAazeezu alhakeemu - Segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah
dan DIA Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
|
||
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ
تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ [٦١:٢]
Sura: Al-Jumu'a
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
۞ يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي
السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ [٦٢:١]
Yusabbihu
lillahi ma fee alssamawati wama fee
alardi almaliki alquddoosi alAAazeezi alhakeemi -Sedang mengucap
tasbih segala yang ada di langit dan yang ada di bumi kepada Allah Yang
Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
|
||
Sura:
At-Taghaabun
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ
وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Sedang
mengucap tasbih kepada AlLah semua yang ada di langit dan yang ada di bumi;
bagi-NYA kuasa mutlak pemerintahan dan bagi-NYA segala pujian dan DIA Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Sura: Al-A'laa
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
۞ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى [٨٧:١]
Sabbihi isma rabbika alaAAla - Bertasbihlah mensucikan nama RABBmu Yang
Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).
|
||
iii.
keberadaan solat
tentunya
keberadaan solat di sisi-NYA cukup & amat istimewa! Orang tua-tua pada
zaman dahulu semasa mendidik memberitahu, kalau kita nak bercakap dengan AlLah
kita daillah 24434, kerana itu no telefon AlLah SWT. Pada awal tahun-tahun
1970-an, kita masih di bangku sekolah rendah, tak faham bahasa kiasan orang
tua-tua, lalu dengan rasa yang cukup tinggi harapan nak ‘bercakap’ dengan AlLah
SWT, kita pun minta duit 10 sen dengan ibu bapa lalu bergegas ke telefon public
& mendail nombor berkenaan, dail sekali senyap sahaja, tiada jawapan, dail
lagi kali kedua, ketiga, keempat, sehinggalah jemu. Lalu perasaan kecewa
menyelimuti diri sebab gagal untuk mendail no telefon AlLah SWT. Apabila
bertemu dengan pak cik yang bijak tadi kita pun mnegadu kepadanya tentang
kegagalan kita untuk mendail nombor 24434 itu sehingga berjaya, pak cik yang
bijak tadi dengan senyum yang paling manis sambil menggosok-gosok kepala kita
memberitahu;
‘awe, no
telefon tu bukan no telefon public tapi bermaksud solat, 2 tu untuk solat Subuh kerena solat
berkenaan 2 rakaat, 4
tu untuk solat Zuhor kerena solat berkenaan 4 rakaat, 4 tu untuk
solat Asar kerena solat berkenaan 4 rakaat, 3 tu
untuk solat Maghrib kerena solat berkenaan 3 rakaat, 4 tu untuk
solat Isya’ kerena solat berkenaan 4 rakaat.
Kita
semakin kurang faham & segera meminta penjelasan, kenapa pak cik kata lagu
tu?
Pak cik tu
jawab; awe, apabila kita solat, kita baca bacaan tertentu, & AlLah SWT akan
menjawab setiap patah yang kita sebutkan. Apa yang kita baca akan didengari
oleh semua malaikat yang berada di ketujuh-tujuh lapis langit, apabila AlLah
SWT menjawab apa yang kita sebut itu juga akan didengar oleh para
malaikat.
Misalnya apabila kita menyebut; AlHamdulillahi Rabbi aalamiin maka AlLah
SWT akan menjawab: Hamdani abdi
Begitulah
sehingga selesai solat kita.
Oleh sebab
itulah cara AlLah SWT mewajibkan solat berbeza dengan kewajipan-kewajipan yang
lain sama ada kewajipan yang mesti dilakukan atau kewajiipan yang mesti
ditinggalkan. Apabila AlLah SWT mahu mewajibkan ibadat puasa, menahan diri dari
lapar & dahaga pada siang hari selama sepurnama dalam bulan Ramadhan, AlLah
SWT menghantar malaikat Jibril untuk membacakan titah perintah itu. Sama halnya
juga dengan kewajipan beragama yang lain
untuk dikerjakan, Jibrilah yang menjadi utusan atau perantaraan;
kewajipan mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji ke Mekah, kewajipan untuk
berhukum dengan hukum AlLah SWT terhadap penjenayah, berjihad pada jalan AlLah
SWT mempertahankan agama sehingga tercabut nyawapun hanya Jibril yang
menyampaikan titah berkenaan.
Sama
halnya juga dengan segala titah AlLah SWT untuk dijauhi seperti menjauhi diri
daripada salah guna harta anak yatim, melarang makan riba, larangan agar
menjauhi aktiviti yang boleh menyuburkan jalalan zina, larangan agar tidak
menderhakai kedua orang tua dsb, malaikat Jibril juga yang ditugasi.
Tetapi
untuk kewajipan solat AlLah SWT menjemput Baginda Nabi SAW datang mengadap-NYA.
Disediakan pegawai-pegawai-NYA (para malaikat terpilih) untuk datang menjemput.
Disiapkan-NYA dengan kenderaan yang menjanjikan sama ada bernama buraq untuk
perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Mi’raj pula setia menanti
untuk perjalanan yang lebih mencabar bermula dari Masjidil Aqsa membelah tujuh
lapisan langit & seterusnya terus ke Mustawa, menuju Arasy yang seakan
terbentang di atas kepala.
Hasil
pertemuan tersebut, apabila Baginda Nabi SAW selesai mengadap AlLah SWT,
sebagai buah tangan & sebagai satu bentuk hiburan hakiki, DIA mewajibkan
untuk solat sebanyak 50 waktu sehari semalam. Seandainya solat tersebut 2
rakaat untuk satu waktu, tentunya kita mesti melakukan solat sehari semalam
sebanyak 100 rakaat. Agak-agak mampukah kita? Sewaktu dalam perjalanan pulang,
setibanya di langit keenam Baginda SAW dinasihati Nabi Musa KalamulLah agar
memohon pengurangan jumlah solat tersebut kerana dalam ilmu yang ada pada Nabi
Musa umat Islam pada akhir zaman ini tidak mampu berupaya untuk mengerjakan solat sehingga 50
waktu sehari semalam. Maka Baginda SAW
pergi lagi mengadap AlLah SWT mohon dikurangi jumlah berkenaan. Setiap
kali mengadap AlLah, DIA mengurangkan sebanyak 5 waktu, menjadi 45, 40, 35, 30,
25, 20, 15, 10, & akhirnya 5 waktu.
Walaupun
jumlah solat sudah dikurangkan menjadi 5 waktu, Nabi Musa AS tetap memberitahu
umat ini pun tidak mampu untuk menyempurnakannya, Baginda SAW diminta agar
sekali menemui AlLah SWT untuk memohon keringanan. Tapi Baginda Nabi SAW
keberatan untuk memohon keringanan yang dicadangkan. Ya, kerana Maha Pengasih
& Pemurahnya AlLah SWT, walaupun jumlah solat kita hanya 5 waktu sehari
semalam, tetapi pahalanya tetap sama seperti melakukan solat 50 waktu.
SubhanlLah, kerja dapat dikurangkan tetapi upah tetap tidak berubah.
Banyak
surah yang membicara solat antaranya;
|
|
Sura: Al-Baqara
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Menghasihani.
الم [٢:١]
Aliflammeem
- Alif, Laam, Miim.
|
||
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ [٢:٢]
Thalika alkitabu la rayba
feehi hudan lilmuttaqeena- Kitab Al-Quran ini,
tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)
bertakwa;
|
||
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ [٢:٣]
Allatheena
yuminoona bialghaybi wayuqeemoona alssalata
wamimma razaqnahum yunfiqoona - Iaitu
orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari
rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
|
||
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ
إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ [٢:٤]
Waallatheena
yuminoona bima onzila ilayka wama onzila min qablika wabialakhirati
hum yooqinoona - Dan juga orang-orang
yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu
(Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta
mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
|
||
أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ [٢:٥]
Olaika
AAala hudan min rabbihim waolaika humu almuflihoona
- Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk
dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.
وَالْمُؤْمِنُونَ
وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ
وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ
عَزِيزٌ حَكِيمٌ [٩:٧١]
|
Hukuman kepada Yang Enggan Solat
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ [٧٤:٤٢]
Ma
salakakum fee saqara - (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka
berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?
|
||
قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ
الْمُصَلِّينَ [٧٤:٤٣]
Qaloo
lam naku mina almusalleena - Orang-orang
yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang
yang mengerjakan sembahyang;
|
||
وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ [٧٤:٤٤]
Walam naku nutAAimu
almiskeena - Dan kami tidak pernah memberi
makan orang-orang miskin;
|
Kesemua ulama’
tidak berbeza pendapat tentang mereka yang enggan solat. Para ulama’
membahagikan golongan yang tidak mahu solat kepada 2 golongan sahaja.
1- Golongan
yang tidak bersolat & mengingkari kewajipan solat untuk dirinya, mereka
ini dipandang telah menjadi kafir. Lalu cuba kita tanyakan kepada mereka yang
tidak bersolat, apa status solat kepada diri mereka, jika mereka kata tidak
wajib, maka kalau mereka ini mati kita tak payahlah nak susah-susah untuk
solatkan jenazah untuknya.
2- golongan
yang tidak solat kerana malas tetapi mereka tetap yakin solat itu wajib ke atas
dirinya, golongan ini dipandang fasik. Pemerintah perlu menangkap mereka ini
& memberikan nasihat, seandainya setelah diberi nasihat mereka masih enggan
solat, mereka ini perlulah dipancung.
Al Lah SWT
telah memuliakan Rejab dengan peristiwa Isra’ & Mikraj, bulan Sya’ban pula
dimuliakan dengan adanya Malam Nisfu Sya’ban, & AlLah SWT telah memuliakan
Ramadhan dengan keberadaan Lailatul Qadar. Rejab, Sya’ban, & Ramadhan AlLah
SWT sengaja ciptakan & sediakan khas untuk dimanfaatkan oleh manusia, bukan
untuk direbut oleh para binatang atau haiwan yang berkeliaran di jalanan. Bukan
juga untuk para malaikat yang berjutaan, bukan juga untuk bukit-bukau atau
gunung-ganang, tetapi untuk kita; ya untuk kita manusia. Jadi alangkah ruginya
kita bila AlLah SWT sengaja cipta khas untuk kita, kita pula tidak berminat
untuk mendapatkannya. Lalu hentikanlah ...
No comments:
Post a Comment