About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 0199923418 atau fauziamirgus@gmail.com atau fauzi15766@yahoo.com

Followers

Wednesday, February 29, 2012

surah Ibrahim ayat 5 - 8

Tazkirah Mingguan Khamis Malam Jumaat  Surah Ibrahim                                                           Ayat  5 - 8  Masjid Wak Dir, Kg Telok Kemunting Timur.                                                                10 Rabiul Akhir 1433 – 02 Mac 2012

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّهِ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ [١٤:٥]

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ [١٤:٦]

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ [١٤:٧]

وَقَالَ مُوسَىٰ إِن تَكْفُرُوا أَنتُمْ وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ [١٤:٨]

Dan sesungguhnya KAMI telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat KAMI sambil KAMI berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari AlLah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan AlLah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari RABB kamu".

Dan (ingatlah) ketika RABB kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya AKU akan tambahi nikmat-KU kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-KU amatlah keras".

Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

          AlLah SWT memberitahukan bahawa suatu waktu dahulu DIA telah mengutuskan nabinya yang bernama Musa bin Imran kepada kaum Bani Israel & kaum Fir’aun di bumi Mesir. Bersama Nabi Musa AS itu, AlLah SWT telah membekalkan kepadanya dengan mukjizat yang berfokuskan tongkatnya. Mukjizat yang AlLah SWT bekalkan kepada Nabi Musa AS ialah dengan satu mukjizat yang dibangga-banggakan masyarakat pada masa itu. Oleh sebab pada waktu itu pengaruh sihir begitu dibanggai & disanjung tinggi, maka AlLah SWT telah anugerahkan kepada Nabi Musa AS dengan mukjizat yang dapat menewaskan kekuatan tipu & daya dari perbuatan sihir. Memang terbukti mukjizat Nabi Musa AS telah menewaskan segala kekuatan sihir & sekaligus menyebabkan semua sekali tukang-tukang sihir (yang berlawan dengannya) telah beriman dengan ajaran tauhid yang dibawa Nabi Musa AS.
          Nabi Musa AS diperintahkan agar membawa manusia keluar daripada kegelapan kekufuran, kemunafikan, kesyirikan,  kepada cahaya iman. Baginda Musa AS diperintahkan agar memperingatkan manusia tentang hari-hari AlLah SWT iaitu akan adanya suatu hari yang mana semua manusia akan dihadap & dibicarakan segala amal perbuatannya. Hari tersebut ialah Hari Qiyamat atau Hari Akhirat.
          Adanya perhitungan dengan AlLah SWT pada Hari Akhirat kelak merupakan tanda-tanda kebesaran AlLah SWT dalam mengatur, mentadbir, & mengurus alam ini. hanya orang yang pandai bersabar & hanya manusia yang mampu bersyukur sahaja yang dapat mengerti kemahabesaran AlLah SWT ini.

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ أَنجَاكُم مِّنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ وَفِي ذَٰلِكُم بَلَاءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ [١٤:٦]
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Kenanglah nikmat Allah kepada kamu, semasa Ia menyelamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan berbagai seksa yang buruk dan mereka pula menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari RABB kamu".
          Nabi Musa AS telah memperingatkan kaum Bani Israel agar jangan melupakan banyaknya nikmat AlLah SWT yang diturunkan kepada mereka. Antara nikmat yang patut selalu diingat oleh Bani Israel ialah ketika AlLah SWT telah menyelamatkan mereka daripda terus menjadi mangsa pembunuhan & penghapusan etnik yang dijalankan oleh rejim Fir’aun pada masa itu. Sejarah dengan setia merakamkan bahawa rejim Fir’aun telah meluluskan akta membunuh semua anak lelaki bani Israel & membiarkan hanya anak-anak perempuan sahaja yang hidup.
          AlLah SWT telah menyelamatkan mereka daripada terus diazab Fir’aun dengan kelahiran Nabi Musa AS. Seandainya pembunuhan etnik ini berlanjutan tentunya akan membawa azab & bala yang besar kepada kaum Bani Israel, kerana hal yang sedemikian ini akan membawa kepada terhapusnya kaum Bani Israel dari muka bumi ini.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ [١٤:٧]
Dan (ingatlah) ketika RABB kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya AKU akan tambahi nikmat-KU kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-KU amatlah keras".
          Seterusnya AlLah SWT mengeluarkan titah & perintah-NYA iaitu petua untuk mendapat nikmat yang lebih dari sisi-NYA iaitu dengan cara memperbanyak syukur. Bila DIA anugerahkan kita dengan satu nikmat & kita menyambut serta meraikan nikmat itu dengan cara bersyukur kepada-NYA, DIA memberi jaminan nikmat-nikmat lain pula bakal menyusul dalam kehidupan kita. Ini merupakan janji yang pasti & qat’ii dari AlLah SWT. Sebaliknya seandainya kita mengkufuri-NYA dengan maksud menentang titah & perintah-NYA, hendaklah diingat azab AlLah SWT itu amat pedih, amat keras; tak mampu untuk ditanggung oleh kerdilnya bentuk fizikal manusia. Azab yang DIA janjikan ialah mengazab manusia dalam api untuk selama-lamanya & manusia itu tidak akan mati-mati lagi.

وَقَالَ مُوسَىٰ إِن تَكْفُرُوا أَنتُمْ وَمَن فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ [١٤:٨]
Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
          Nabi AlLah Musa AS memaklumkan dengan berhemah & tegas bahawasanya seandainya seluruh isi bumi ini yang terdiri daripada manusia, jin, haiwan, tumbuhan, batuan, dsb semuanya kufur kepada-NYA, perbuatan itu tidak sedikit pun memberi bekas kepada AlLah SWT sebab DIA Amat Maha kaya & Lagi Terpuji. Yang pasti rugi ialah kita manusia & segala makhluk ini jika enggan tunduk & patuh kepada AlLah SWT. Fikir-fikirkanlah selagi otak masih sudi bergerak.
               
Tuesday, February 28, 2012

surah Maryam 35 - 40

Tazkirah Mingguan Rabu Malam Khamis Surah Maryam Ayat  35- 40                                                    Masjid Abu Bakar, Kg Pintu Gerbang. 7 Rabiul Akhir 1433 – 1 Mac 2012

مَا كَانَ لِلَّهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٍ ۖ سُبْحَانَهُ ۚ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ [١٩:٣٥]
وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ [١٩:٣٦]
فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِن بَيْنِهِمْ ۖ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِن مَّشْهَدِ يَوْمٍ عَظِيمٍ [١٩:٣٧]
أَسْمِعْ بِهِمْ وَأَبْصِرْ يَوْمَ يَأْتُونَنَا ۖ لَٰكِنِ الظَّالِمُونَ الْيَوْمَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ [١٩:٣٨]
وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ [١٩:٣٩]
إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ [١٩:٤٠]

Tiadalah layak bagi AlLah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.

Dan sesungguhnya Allah ialah RABBku dan RABB kamu maka sembahlah kamu akan DIA inilah jalan yang betul - lurus ".

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.

Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap KAMI pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.

Sesungguhnya KAMI  yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada KAMI mereka akan dikembalikan.

It is not [befitting] for Allah to take a son; exalted is He! When He decrees an affair, He only says to it, "Be," and it is.

 [Jesus said], "And indeed, Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. That is a straight path."

Then the factions differed [concerning Jesus] from among them, so woe to those who disbelieved - from the scene of a tremendous Day.

How [clearly] they will hear and see the Day they come to Us, but the wrongdoers today are in clear error.

And warn them, [O Muhammad], of the Day of Regret, when the matter will be concluded; and [yet], they are in [a state of] heedlessness, and they do not believe.

Indeed, it is We who will inherit the earth and whoever is on it, and to Us they will be returned.

Sedikit huraian

مَا كَانَ لِلَّهِ أَن يَتَّخِذَ مِن وَلَدٍ ۖ سُبْحَانَهُ ۚ إِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ [١٩:٣٥]

It is not [befitting] for Allah to take a son; exalted is He! When He decrees an affair, He only says to it, "Be," and it is.

Tiadalah layak bagi AlLah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
        Sebagai ZAT yang maha agung; AlLah SWT tidak memerlukan anak. Yang memerlukan anak hanyalah manusia, binatang, tumbuhan, sahaja. Hal ini kerana anak atau pewaris diperlukan untuk meneruskan usaha & kerja buat yang tidak sempat disiapkan oleh induknya. Manusia memerlukan anak sebab dia akan semakin tua, apabila tua tenaganya menjadi semakin kurang & sudah tidak mampu berbuat banyak perkara. Dengan adanya anak dapatlah anak-anak membantu & meneruskan kerja-kerja orang tuanya. Di samping itu manusia juga akan mati & meninggalkan kerjayanya, lalu anak-anaklah yang akan menyambung kerja-kerja tersebut.
        Adapun AlLah SWT ialah ZAT Pencipta segala-galanya. DIA yang menciptakan makhluknya secara berpasang-pasangan. Ada muda-tua, ada sihat-sakit, ada senang-susah, ada hidup- mati, ada kecil – besar, dsbnya. DIA tidak memerlukan anak sebab DIA tak akan tua, letih, apalagi mati. Maha Suci AlLah SWT daripada sangkaan jahat orang-orang yang cuba berbuat jahat dengan mendakwa AlLah SWT mempunyai anak.
        Ya, memang ada sebilangan kecil manusia yang rosak cara berfikirnya yang mendakwa AlLah SWT ada anak. Dalam sejarah umah manusia ada 3 golongan manusia yang sewel ini. mereka itu ialah;
1- golongan Yahudi yang mendakwa Nabi Uzir AS anak lelaki AlLah.
2- golongan Nasroni pula mendakwan Nabi Isa AS anak AlLah.
3- orang Arab jahiliyyah mendakwa AlLah ada anak perempuan.
        Maha Hebatnya AlLah SWT, apabila DIA hendak menjadikan sesuatu DIA hanya akan bertitah ‘kun = jadilah’ maka dengan serta merta sesuatu itu akan terjadi dengan sempurna.

وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ [١٩:٣٦]
[Jesus said], "And indeed, Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. That is a straight path."

Dan sesungguhnya Allah ialah RABBku dan RABB kamu maka sembahlah kamu akan DIA inilah jalan yang betul - lurus ".
           Nabi AlLah Isa AS memulakan dakwahnya dengan memperkenalkan keberadaan AlLah SWT, mengajak manusia berfikir tentang siapakah AlLah SWT. AlLah SWT itu RABB; iaitu KUASA yang menjadikan segalanya dari asalnya tiada menjadi ada, AlLah SWT bukan sahaja menjadikan tetapi menjaganya, membimbingnya, mengawasinya, mengajarkan, menyembuh & merawatkan 24 jam sehari, tanpa henti. AlLah SWT menjadikan datuk kita Adam AS daripada tanah, tanpa meniru reka bentuk dari mana-mana. Diciptakannya datuk kita sempurna dengan berfirman ‘kun- fayakun’  
          Oleh sebab begitu hebatnya DIA, Nabi AlLah Isa AS mempelawa manusia agar berabdilah kepada-NYA. Hanya dengan menjadi hamba-NYA barulah kita dikira berada & berjalan pada jalan yang lurus. Jalan yang diredhai.

فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِن بَيْنِهِمْ ۖ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِن مَّشْهَدِ يَوْمٍ عَظِيمٍ [١٩:٣٧]
Then the factions differed [concerning Jesus] from among them, so woe to those who disbelieved - from the scene of a tremendous Day.

Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, daripada yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.
          Kaum yang didepani & didakwahi Nabi Isa AS berselisih pendapat tentang status siapakah Nabi Isa AS itu.
Ada segolongan mereka yang berkata Nabi Isa AS anak AlLah.
Ada segolongan mereka yang berkata Nabi Isa AS hanyalah hamba AlLah
Ada segolongan mereka yang berkata Nabi Isa AS itulah AlLah
          AlLah SWT menyifatkan mereka yang terkeliru tentang status Nabi Isa AS dengan menyatakan dia sebagai anak AlLah SWT sebagai golongan yang celaka & kafir. Kekeliruan terhadap status Nabi Isa AS ini akan berpanjangan selagi dunia ini belum kiamat. Di samping itu kekeliruan status terhadap Nabi Isa AS ini akan menyebabkan berlakunya huru-hara yang besar pada hari qiyamat kelak. Dengan maksud mereka yang terkeliru & salah sangka terhadap status Nabi Isa AS akan berdepan dengan huru-hara yang hebat pada hari kiyamat.
         
أَسْمِعْ بِهِمْ وَأَبْصِرْ يَوْمَ يَأْتُونَنَا ۖ لَٰكِنِ الظَّالِمُونَ الْيَوْمَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ [١٩:٣٨]
How [clearly] they will hear and see the Day they come to Us, but the wrongdoers today are in clear error.

Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap KAMI pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata
          Manusia akan dibangkitkan di Mahsyar nanti mempunyai anggota badan sama seperti yang kita miliki kini; ada mata, ada telinga, ada kepala, ada kaki, ada segala-galanya. AlLah SWT menjelaskan pandangan & penglihatan kita di akhirat kelak lebih jelas & terang jika dibandingkan dengan apa yang kita miliki di dunia ini. pandangan yang lebih jelas & telus untuk melihat bagaimana menjulangnya api neraka, sementara pendengaran yang lebih jelas pula guna mendengar segala raungan azab manusia yang dibakar di neraka. Ya semua kita akan dipaksa mengadap-NYA pada hari akhirat nanti; sama ada orang beriman, orang munafik, orang mulhid,orang nasionalis, tidak ada yang terkecuali.
          Manusia yang tidak rela untuk tunduk & sujud kepada-NYA semasa di dunia yang sebentar ini, sebaliknya menentang & membangkang segala hukum halal & haram yang ditentukan, mereka sebenarnya telah menzalimi diri sendiri. Mereka menzalimi diri dengan makna mereka mendedahkan diri mereka ke arah azab AlLah SWT. Untuk golongan ini di akhirat nanti mereka berada dalam kesesatan yang nyata. Kerana di sana tidak ada sebarang penolong kita kecuali amal soleh yang kita buat mengikut apa yang digarisi AlLah SWT yang dipandu oleh para nabi yang bernama Islam.

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ [١٩:٣٩]
And warn them, [O Muhammad], of the Day of Regret, when the matter will be concluded; and [yet], they are in [a state of] heedlessness, and they do not believe.

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
          Inti kepada semua ajaran para anbiya ini ialah beriman kepada keberadaan Hari Akhirat. Suatu hari nanti DIA akan mengadakan suatu hari untuk membalas secara seadil-adil segala tingkah & laku manusia. Jadi untuk selamat pada hari tersebut, kita diminta bersedia & mencari bekalnya sekarang, iaitu sewaktu kita masih disambung subsidi nyawa. Setiap apa yang kita perbuatkan hari ini akan direkodkan oleh 2 malaikat; Raqib & Atiq. Di akhirat kelak kita diminta pertanggungjawaban terhadap semua yang kita perbuat; sama ada baik atau buruk, sama ada kecil atau besar.
          Oleh sebab apa yang dinamakan hari akhirat itu sesuatu yang tidak dapat nampak dengan pandangan mata, tidak dapat diuji dlam makmal tentang keberadaannya, maka banyak & ramailah manusia yang tidak mengimaninya. Hanya mereka yang melihat dengan pandangan mata hati sahaja yang mengerti.

إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ [١٩:٤٠]
Indeed, it is We who will inherit the earth and whoever is on it, and to Us they will be returned.

Sesungguhnya KAMI yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada KAMI mereka akan dikembalikan.
          AlLah SWT menegaskan bahawa DIA yang mewariskan bumi ini untuk kita hidup & beraksi sementara mati; mengumpul apa sahaja bekal yang patut untuk berhadapan dengan hidup yang selama-lamanya iaitu akhirat. Suatu hari nanti semua manusia akan mati, bila mati kita akan mengadap-NYA. Soalnya adakah apabila kita dikembalikan kepada-NYA, DIA akan menyambut kita dengan senyum atau DIA enggan memandang muka & susuk kita yang jahat ini. tepuk dada tanya iman.

Tetamu