About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 0199923418 atau fauziamirgus@gmail.com atau fauzi15766@yahoo.com

Followers

Monday, October 31, 2011

Bacalah

1. Bacalah (Wahai Muhammad & umat)

dengan daulat Rabbmu Yang Menciptakan (sekalian makhluk)

2. DIA menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3. Bacalah, dan Rabbmu Yang Maha Pemurah,

4. (DIA)Yang mengajarkan manusia melalui pena & tulisan,

5. DIA mengajarkan manusia apa yang belum diketahui.

-wahyu pertama yang tertinta-

Surah al-Alaq ayat 1-5

Bacalah

Itu perintah & titah AlLah

Walau tersirat tapi jelas

Bacalah jangan jadi malas

Bacalah jangan jadi bodoh

Bacalah jangan banyak beralas

Bacalah jangan sibuk dok cari alas

Untuk tunjuk anda sebetulnya malas

Bacalah dengan bahasamu

Bacalah dalam bahasamu

Bacalah dengan niat & lidahmu

Bacalah dengan nawaitu yang satu

Mendaulat perintah AlLah

-10:00:00 pagi. 11 sya’ban 1427- 04 ogos 2000

Perpustakaan smka al-mashoor (L)

Jalan ayer itam, pulau pinang

Kewajipan belajar & mengajar tak pernah padam kepada penganut Islam. Bermula sedini dalam buaian sementara dalam lahad tempat kesudahan.

Baginda Nabi Muhammad yang teramat mulia pernah bersabdakan

jadilah kamu orang alim (ulama’) atau pencari & pencandu pelajaran,

atau mereka dari golongan yang mendengarkan,

atau tergolong dalam mereka yang mencintakan,

jangan golongan yang kelima kelak kamu ditimpa kecelakaan’

24 jam seharian AlLah bekalkan sebagai modal & roda pusingan kehidupan. Apalah salahnya jika kita sejam sehari memperuntukkan, suruh & larangan agama kita cuba fahamkan. Di sekeliling kita telah lama kedapatan. Di masjid, surau, musolla, madrasah ada insan yang sudi berkongsi pengetahuan. Kehendak agama disebarluaskan tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Kita hanya perlu datang menadah cangkir pendengaran. Kalau ada apa-apa kemusykilan yang terpendam, tanyalah habis-habisan. Insya-AlLah kita akan diberi penjelasan yang gilang-gemilang, cahaya pengetahuan mendatang bagai cahaya matahari yang memancarkan. Dengan izin AlLah SWT juga semakin lama kita mendengarkan, semakin dekat pula kefahaman kita dengan kehendak Islam.

Kepada anak-anak yang sedang menuntut & menekuni ilmu di bumi anbiya’ sana. Mesir, Jordan, Libya, Moroko, Syiria, Yaman, Ummu Qura, atau apa sahaja nama negaranya. Kuasailah ilmu pengetahuan sebanyak mana yang terdaya. Cubalah kuasai pelbagai bidang & cabang ilmu yang ada. Anda sekarang bagai berada di ladang atau kebun ilmu jua. Amat rugilah jika anda hanya memandang buah-buah ilmu tapi terlupa atau tidak memetiknya. Petiklah sebanyak mana yang terdaya & isikan ia dalam pustaka minda. Paling tidak kuasailah ilmu fikh yang ada dalam lingkung Ahli Sunnah Wal Jamaah kita. Pandangan & ijtihad fikh Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad semua hebat & ada hujahnya belaka. Pulang ke tanah tumpah kelahiran nanti usah dipertajam khilaf yang berupa cabang-cabang sahaja. Kerana kekhilafan yang berupa cabang fikh tidak menyebabkan tuannya menghuni neraka. Sedarilah masyarakat kita yang sedia ada masih dihantui perkara pokok dalam agama. Mereka masih belum mesra & gentar dengan ancaman neraka yang panas yang bernyala-nyala. Banyak antara mereka yang berasa undang-undang & peraturan rekaan otak manusia setanding atau lebih hebat dari hukum AlLah Yang Maha Esa.

Mereka dengan tanpa segan & silu mengaku hukum AlLah SWT akan membawa huru-hara. Mereka tidak pernah walau sekali berasa, agama AlLah ini akan memakmurkan alam maya.

Makmurkanlah majlis-majlis tazkirah di mana sahaja anda berada. Di bawah ada alternatif bagi sesiapa yang ada kelapangan masa. Insya-AlLah.

Jadual Tazkirah Bulan November

Pentazkirah : Abdan Syakuura Fauzi Amir Gus

Minggu 1

01 Tazkirah Bulanan Masjid Hj Jaafar, Jejuluk, Bachok, Kelantan Tafsir Ayat Pilihan

02 Tazkirah Mingguan Masjid Abu Bakar, Pintu Gerbang, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah al-Isra’

03 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Dir, Telok Kemunting Timur, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah ar-Rad

Tazkirah Subuh Masjid as-Solehin, Tafsir Surah Qaf

04 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Nor, Padang Embon, Pasir Mas, Tafsir Surah Ali Imran

Tazkirah Subuh Masjid as-Solehin, Tafsir Surah Qaf

05 Tazkirah Bulanan Masjid Pohon Tar, Kubang Emas, Tumpat – ditangguh malam Eidil Adha

Mingggu 2

06 Kutbah Eidil Adha Masjid Hj Sulaiman, Jembal, Tawang, Bachok, Kelantan. 08:00 pagi

07 Tazkirah Mingguan Dwibulanan Masjid as-Solehin, Kg Telok Kemunting Tengah. Tawang. Tafsir Surah Qaf

08 Tazkirah Bulanan Masjid Ar-Rahman, Kor, Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan. Tafsir Ayat Pilihan

09 Tazkirah Mingguan Masjid Abu Bakar, Pintu Gerbang, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah al-Isra’

10 Tazkirah Bulanan Masjid Bukit Temalong, Gunung, Bachok, Kelantan. Tafsir Ayat Pilihan

Tazkirah Subuh Masjid as-Solehin, Tafsir Surah Qaf

11 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Nor, Padang Embon, Pasir Mas, Tafsir Surah Ali Imran

Tazkirah Subuh Masjid Umar al-Khattab, Tagok, Jelawat, Bachok, Kelantan. Tafsir Ayat Pilihan

12 Tazkirah Bulanan Masjid Tok Ku Yam, Pulau Melaka, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Tafsir Ayat Pilihan

Minggu 3

13 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Dir, Telok Kemunting Timur, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah ar-Rad

14 Tazkirah Mingguan Dwibulanan Masjid Mukim Pintu Gerbang, Tafsir Surah as-Syuara’

15 Tazkirah Bulanan Masjid Mukim Sering, Kota Bharu, Kelantan Tafsir Ayat Pilihan

16 Tazkirah Mingguan Masjid Abu Bakar, Pintu Gerbang, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah al-Isra’

17 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Dir, Telok Kemunting Timur, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah ar-Rad

Tazkirah Subuh Masjid as-Solehin, Tafsir Surah Qaf

18 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Nor, Padang Embon, Pasir Mas, Tafsir Surah Ali Imran

Tazkirah Subuh Masjid as-Solehin, Tafsir Surah Qaf

19 Tazkirah Bulanan Masjid Sulaiman, Alor Jambu, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah Yasin

Minggu 4

20 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Dir, Telok Kemunting Timur, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah ar-Rad

21 Tazkirah Mingguan Dwibulanan Masjid as-Solehin, Kg Telok Kemunting. Tafsir Surah Qaf

22 Tazkirah Bulanan Masjid Kg Aur, Budi, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah al-Kahfi

23 Tazkirah Mingguan Masjid Abu Bakar, Pintu Gerbang, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah al-Isra’

24 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Dir, Telok Kemunting Timur, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah ar-Rad

Tazkirah Subuh Masjid as-Solehin, Tafsir Surah Qaf

25 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Nor, Padang Embon, Pasir Mas, Tafsir Surah Ali Imran

Tazkirah Subuh Masjid as-Solehin, Tafsir Surah Qaf

26 tiada tazkirah

Minggu 5

27 Tazkirah Mingguan Masjid Wak Dir, Telok Kemunting Timur, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah ar-Rad

28 Tazkirah Mingguan Dwibulanan Masjid Mukim Pintu Gerbang, Tafsir Surah as-Syuara’

29 tiada tazkirah

30 Tazkirah Mingguan Masjid Abu Bakar, Pintu Gerbang, Tawang, Bachok, Kelantan. Tafsir Surah al-Isra’

Thursday, October 27, 2011

Umat Islam & Ibadat Korban

Umat Islam & Ibadah Korban

Pabila singgahan hari terakhir di kalendar Zulkaedah meninggalkan jejak

awal hari daripada Zulhijjah pula mula & sudi menapak

sebagai umat yang memiliki & menyimpan sejarah/ sirah yang bergerak

seeloknya kita memasang & menjerat niat

dari 1 – 9 Zulhijjah, Insya-AlLah puasa sunat cuba diperbuat

andai kata sembilan hari itu dirasa tiada larat

berpuasa sunat 8 & 9 Zulhijjah cubalah kumpulkan sedikit kudrat

andainya puasa yang 2 hari itu pun masih tak dapat nak diharap

berpuasa pada hari wuquf mohonlah sedikit iradat

kerana DIA tak pernah jemu untuk mendengar & melihat

gugusan amal soleh yang hamba-NYA perbuat

pernahkah singgah pada pendengaran kita yang sihat

pernah Baginda Nabi Muhammad SAW berdoa & mengharap

ganjaran penghapusan & pembasmian 2 tahun dosa yang berkarat

pabila dengan tulus & ikhlas kita memperbuat

menjelmakan deretan & rangkaian malam kita punya niat

menyempurna puasa semasa mereka di Mekah berada di Arafah

takungan firman memercikkan 2 kondisi siri ibadat korban

penyempurnaan episod korban Qabil & Habil pada awal kehidupan

keduanya putera kesayangan Baginda Adam Alaihissalam

juga penyerahan total sang anak bernama Ismail agar disembelihkan

menyakini adegan mimpi ayahnya bukan mainan syaitan

malah resapan dari wangian wahyu AlLah Rabb Sekalian Alam

pabila disedari Habil yang menyuruhnya berkorban itu AlLah

dengan penuh cermat segera dicari ternaknya yang paling gagah

malu menghujaninya jika yang jelek dijadikan titipan sedekah

jauh tara beza dengan abangnya Qabil yang bermasalah

pintu gua hatinya bersarang gundah berpintal gelisah

dirasanya berserabut untuk menyambut perintah AlLah

maka dikumpulnya hasil tanaman yang kelarah-kelarah*

(* bahasa Kelantan bermakna luarnya elok tetapi dalamnya rosak (keledek, ubi kentang, dll).

Maha Suci AlLah daripada segala yang lemah

AlLah SWT hanya menerima yang ikhlas lagi indah

korban dari ternakan Habil diterima-NYA dengan mudah

sedang korban Qabil bersama belitan gelisah, gundah, & resah

hanya mereput menjadi makanan ulat & tanah

dengan penuh kesumat dendam Qabil berceramah

‘kau (Habil) akan kubunuh agar reput dalam tanah’

‘wahai abangku, hanya korban jiwa bersalut taqwa diterima AlLah’

lalu berlakulah episod julung kalinya dalam sejarah

manusia pertama dibunuh natijah desakan dengki & amarah

rupanya dalam mewarna perjalanan hidup ini ada manusia digelari KhalillulLah

bukan pingat kebesaran kurnia manusia tapi anugerah terus dari AlLah

hanya untuk seorang Ibrahim pemuda Babilon di negeri yang basah

pernah dicampak ke sarang api kerana dituduh membawa masalah

api sesekali tak pernah mahu menjamah & memamah

kerana sang api tahu Ibrahim membasmi aqidah yang salah

anutannya tak sesekali sama dengan orang Babilon beraqidah

Ibrahim meyakini yang tunggal berhak disembah hanya AlLah

bukan patung & berhala yang diletak di penjuru rumah

suatu malam Baginda Ibrahim dikunjungi mimpi indah

tapi muatannya seakan sesuatu yang resah bersulam gundah

pabila anak kecilnya bernama Ismail itu sempurna disembelih

esoknya desir bayu pagi yang dingin serta memamah

terasa seakan panas dengan pintaan pendapat yang menjamah

‘wahai anak kesayangan serta belahan penawar hati ayah

malam tadi ayah bermimpi engkau sempurna disembelih

berilah pendapatmu agar ayah tak dibanjiri rasa bersalah’

lompatan jawapan dari mulut Ismail bertakung bersama senyum cerah

‘segerakanlah wahai ayah jangan ditangguh walau sesaat perintah AlLah

ayah pasti bangga anakmu tertinta dalam kasus orang sabar Insya-AlLah’

pabila keduanya pasrah untuk menyempurna titah & perintah AlLah

dengan kibas gagah nyawa Ismail digalang-ganti dengan izin AlLah

tak pernah akan ada dalam daftar muatan kamus di sisi AlLah

sebarang hamba yang pernah dizalimi bersama perintah AlLah

tapi sang hambalah yang tak pernah sudah-sudah

menambung & menabung bebal dosa untuk menambah masalah

Eidil Adha kita tak pernah lekang dari melaku ibadat korban

empat hari diberi untuk menyempurna penyembelihan

sama ada 10, 11, 12, atau 13 Zulhijjah untuk jadi pilihan

yang diniai AlLah SWT dari deretan binatang korban

bukan banyak & beratnya daging yang dapat ditimbang

bukan banyak & merahnya darah yang dapat dialirkan

tapi tunas taqwa yang tumbuh berhijauwan

yang bakal memugar roda & warna hidup & kehidupan

menjadi hamba AlLah yang berketrampilan

atau meneruskan sisa-sisa perjuangan setan yang menyesatkan

11:02: 55 malam jumaat

01 zulhijjah 1432- 27 okt 2011

Kg telok kemunting

Tetamu