About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 0199923418 atau fauziamirgus@gmail.com atau fauzi15766@yahoo.com

Followers

Tuesday, February 25, 2014

Mulianya RasullulLah SAW

Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.
Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama’ itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”. 

Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.
Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.
Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.

Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.

Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama’ yang menjadi pengerusi muktamar itu.

*Sumber dari halimislam.blogspot.com
 http://detikislam.blogspot.com/2014/02/kemanakah-perginya-air-mandian-jenazah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29#
 

Sunday, February 23, 2014

Syurga Oh Syurga

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

*Sumber dari loveloveislam.com
 
 http://detikislam.blogspot.com/2014/02/kehebatan-syurga-berdasarkan-al-quran.html#

Rahsia Langit

Rahsia Langit Dikawal Ketat

Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya). (al-Jin: 8-9)
(al-Jin: 8-9)
Kumpulan jin meneruskan cerita mereka tentang pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai kedudukan dan kerasulan di alam ini, seluruh pelosok langit dan bumi.

Ia bagi membersihkan diri mereka dan segala yang tidak sesuai dengan kehendak Allah SWT yang menurunkan risalah dan menolak segala dakwaan yang mengaku mengetahui segala urusan ghaib.

Berkenaan dengan mukadimah ayat ini yang bermaksud kami telah mencuba mengetahui rahsia langit dengan maksud:
  • Menuntut dan mendapatkannya seperti ibarat orang Arab.
  • Kami menghampiri langit.


Ibn Kathir berkata: Allah SWT mengkhabarkan tentang jin ketika Dia mengutus Rasul-Nya, Muhammad SAW dan menurunkan al-Quran kepadanya.

Antara bentuk pemeliharaan Allah terhadap al-Quran adalah di langit dipenuhi penjaga yang bengis yang akan mengusir semua syaitan sebelum mereka dapat mengintip dan disampaikan melalui dukun sehingga terjadi campur aduk yang tidak diketahui kebenarannya.

Hal tersebut adalah salah satu kelembutan Allah terhadap makhluk-Nya, rahmat bagi hamba-Nya serta penjagaan terhadap kitab-Nya yang mulia.

Al-Maraghi berkata: “Maknanya adalah al-Quran al-Karim yang mengandungi dalil-dalil aqli dan dalil alamiahnya itu merupakan para penjaga terhadap sesuatu keraguan yang dibisikkan oleh syaitan-syaitan ke dalam hati orang yang ragu.”

Kemudian keraguan itu dihembuskan ke dalam hati orang yang sesat untuk menghalang mereka daripada menerima agama dan petunjuknya. Apabila timbulnya keraguan dan waham dalam jiwa manusia, lalu mereka akan mendapatkan bukti yang akan membasmi keraguan tersebut.

Firman Allah SWT:
Dan Sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya penjagaan itu) apakah keburukan yang dikehendaki bagi orang yang di bumi ataukah Tuhan mereka menghendaki kebaikan bagi mereka. (al-Jin: 10)

Al-Maraghi berkata: “Langit itu dijaga rapi kerana dua sebab.” Sebab-sebab tersebut ialah:
  • Azab yang akan diturunkan Allah SWT kepada penghuni bumi dengan segera.
  • Atau disebabkan seorang Nabi yang mursyid (memberi petunjuk) dan muslih (memperbaiki keadaan orang lain).


Firman Allah SWT:
Dan Sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.

Al-Mawardi berkata: “Orang soleh adalah orang yang beriman dan selain daripada itu adalah orang musyrikin. Boleh jadi dengan maksud mereka ahli kebaikan bagi orang soleh dan sepihak lagi ahli kejahatan.”

Seterusnya tafsiran jalan yang berbeza-beza dengan maksud:
  • Banyaknya puak seperti pendapat as-Suddi.
  • Pelbagai agama seperti pendapat ad-Dahak.
  • Hawa nafsu yang pelbagai.

Al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya Allah SWT berkuasa ke atas kami di mana sahaja kami berada, sehingga kami tidak akan terlepas daripada kekuasaan-Nya itu dengan cara melarikan diri.”

Firman Allah SWT:
Dan sesungguhnya kami mengetahui bahawa kami sekali-kali tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan) Allah di muka bumi dan sekali-kali tidak (pula) dapat melepaskan diri (daripada)-Nya dengan lari. Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (al-Quran), kami beriman kepadanya. Barang siapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa dan kesalahan. Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. (al-Jin: 11-14)

Ini adalah perkhabaran daripada jin berkenaan dengan hal mereka ada yang beriman dan ada yang fasiq. Begitu juga yang zalim, menyimpang daripada kebenaran.

Perkataan qasitin memberi maksud:
  • Golongan yang rugi seperti kata Qatadah.
  • Golongan yang derhaka seperti pendapat Ibn Zaid.
  • Golongan yang amat lemah seperti kata ad-Dahak.

Firman Allah SWT:
Barang siapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahanam. (al-Jin: 15)

Istiqamah dalam ayat ini ada dua tafsiran:
  • Mereka memilih jalan kufur dan sesat seperti kata Muhammad bin Zaid, Abu Mujliz dan lainnya.
  • Istiqamah atau petunjuk dan ketaatan seperti pendapat Ibn Abbas, as-Suddi, Qatadah dan Mujahid.

Al-Maraghi berkata: “Kesuburan dan kelapangan rezeki itu akan terwujud, jika wujudnya ketenteraman, keadilan dan tidak berlakunya kezaliman.”

Hamka berkata: “Inilah keinsafan dari jin Islam yang mengakui nubuwwah Rasulullah SAW. Mereka mengakui bahawa setelah mendapat petunjuk yang terdapat dalam surah Fatihah yang dibacakan oleh Nabi SAW ketika solat Subuh.”

Firman Allah SWT:
Dan bahawasanya: Jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak). (al-Jin: 16)

Al-Mawardi menyebut dua pendapat berkenaan dengan tafsiran ayat kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar:
  • Dengan kami kurniakan banyaknya air sehingga membinasakan mereka seperti dibinasakan kaum Nuh dengan lemas dalam air. Inilah pendapat Muhammad bin Ka’ab.
  • Kami kurniakan kepada mereka banyak air yang menyebabkan tanaman mereka subur dan harta mereka banyak.

Al-Maraghi berkata: “Rahsia perkara ini telah kita kemukakan lebih dari sekali. Sesungguhnya kemajuan dan kesenangan hanya akan wujud jika adanya ketenteraman dan keadilan serta tiada kezaliman.”

Dengan demikian manusia akan menerima keadilan yang sama tanpa sebarang kezaliman pilih bulu atau melakukan rasuah dalam membuat sesuatu keputusan.

Firman Allah SWT:
Untuk kami beri cubaan kepada mereka padanya. Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, nescaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat. (al-Jin: 17)

Sayid Qutub berkata: “Allah SWT mengesahkan pandangan jin terhadap manusia iaitu andainya manusia beriman nescaya Kami kurniakan kepada mereka bekalan yang mencukupi untuk menguji mereka sama ada bersyukur atau tidak.”

Peralihan daripada menceritakan perkataan jin kepada menyebut isi cerita untuk menambah kekuatan pengertian dan janji kepada Allah SWT.

Tarikan seperti ini banyak dalam uslub Quran untuk menghidup dan menguatkan pengertian serta pandangan ini mengandungi beberapa hakikat dan unsur penting dalam pembentukan akidah dan kefahaman seseorang mukmin.

Hakikat yang pertama wujudnya hubungan kelurusan iman umat dan sekelompok manusia mengikuti jalan Allah dengan kemewahan rezeki. Faktor yang pertama adalah kemewahan bekalan air yang cukup. Ia selama-lamanya penting untuk pembangunan dan kelangsungan hidup.

Hubungan antara keduanya sangat kukuh. Contohnya orang Arab di Padang Sahara. Mereka hidup dengan segala kepayahan dan kesulitan tetapi mereka beriman maka dikurniakan segala kemewahan dan rezeki yang melimpah ruah.
Kemudian mereka kufur maka segalanya ditarik kembali sehingga kembali pada keadaan asal dan itulah tanda kekuasaan Allah SWT yang menentukan segalanya.

Al-Maraghi berkata: “Barang siapa yang berpaling dari al-Quran dan menolak nasihatnya, tidak menunaikan segala perintahnya serta tidak meninggalkan larangan-larangannya, maka Kami akan masukkan dia ke dalam seksaan yang berat akan menguasainya sehingga dia tidak sanggup lagi untuk memikulnya.”
Andainya di sana terdapat umat yang tidak berjalan di atas jalan Allah SWT kemudian mereka mendapat kemewahan dan kekayaan, maka mereka akan diseksa dengan pelbagai penyakit dan mala petaka yang merosakkan sifat insaniah mereka atau mengugat keamanan dan kehormatan hidup sebagai manusia.

Semuanya itu menjadikan kemewahan dan kekayaan mereka tiada ertinya (sebagaimana yang diterangkan dalam surah Nuh).

Semoga Allah menjadikan kita dari kalangan hamba-Nya yang mentaati perintah-Nya.

*Sumber dari irfanirsyad.wordpress.com
 
 http://detikislam.blogspot.com/2014/02/rahsia-langit-dikawal-ketat.html

SubhanalLah

Anai-Anai Mengenali Al-Quran Berusia 100 Tahun

————————————————————–
Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.

Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.
Dalam Al-Qur’an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.
Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat
Daripada Saidina Ali r.a :
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).
Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.”  – (Saidina Ali r.a)
Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud:
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Subhanallah, Wallahu’alam….
*Sumber dari hasnulhadiahmad.com
 
 http://detikislam.blogspot.com/2014/02/anai-anai-mengenali-al-quran-berusia.html

Perintah AlLah Maha Indah

Tertarik dengan Islam Kerana Hijab Muslimah

Muallaf Krakow Berbagi Kisah: Tertarik Islam Karena Hijab Muslimah

Allahu Akbar! "It 's very amazing moment when I am beside you, my sister ... Masya Allah ... Ya Allah ... I am very happy ..." kalimat itu berurai dari mulut seorang Aysha-nama hijrah seorang Joanna. Tak henti-henti dia memelukku, mencubit pipiku, menggendong anak-anakku (dua anak saya yang masih batita) secara bergantian, ekspresinya begitu sumringah. Sulungku yang hampir berusia lapan tahun mengarahkan kamera telefon kepada kami, atas permintaan Aysha yang tampak bergembira kerana boleh berkumpul bersama saudari muslimah untuk berbuka puasa bersama di masjid Krakow.

Wajar saja 'seheboh' itu sikap Aysha, ibarat 'fresh from the oven', semangatnya memang sedang menjulang tinggi, mengaliri ketulusan jiwanya yang baru beberapa bulan lalu menjadi muallaf. Ramadhan 1432 Hijrah ini adalah ramadhan pertama. Ia bertutur, "Sebenarnya hati saya sudah condong kepada islam sejak beberapa tahun lalu. Tapi sister, saya baru mantap bersyahadat di akhir tahun lalu, dan secara rasmi tercatat kemusliman saya adalah beberapa bulan yang lalu, sejak saya sudah berusia lapan belas tahun. "

Bermula dengan perkenalannya akan forum perbincangan remaja yang membincangkan tentang agama di sebuah laman web, ada seorang teman yang menghantarnya hadiah berupa Al-Quran lengkap dengan terjemahannya berbahasa Inggeris. Agar dapat melancarkan bahasa Inggeris, ia pun tertarik membaca 'buku' itu. Namun hal yang membuat hatinya lebih berdebar adalah ketika kemudian keluarganya bercuti ke sebuah bandar di Mesir, di sana terasa kental suasana islami, terutama di rumah keluarga sang teman (yang dia kenal melalui dunia maya pula). Diam-diam hatinya berkata, "Saya mahu menjadi ibu yang anggun dan baik hati seperti ibunya teman saya ini ..." ibu yang dilihatnya adalah seorang muslimah berpakaian menutup aurat, lengkap dengan cadar / niqob. Sang Ibu yang begitu cekatan melayani tetamu-tetamu di rumahnya serta sangat ramah dan penyabar ketika menghadapi anak-anak kecilnya yang selalu aktif dan 'heboh'.

Ia utarakan kepada orang tuanya bahawa ia sangat tertarik pada islam, dan saat itu orang tua masih belum menjawab secara serius. Dalam pencariannya menuju hati yang mantap, Aysha meneruskan bacaan terjemahan Al-Quran, belajar solat secara on-line dengan rakan-rakan muslimnya, dan ia mulai banyak bertanya di forum tanya-jawab tentang Islam.

Aysha hanya tinggal dengan seorang kakak lelaki dan mama mereka, sementara papanya telah berpisah, dan sudah lama tinggal di kota lain. Namun mama dan papanya tetap menjalin hubungan pertemanan, dan suatu hari beberapa bulan yang lalu ketika orang tuanya memutuskan bercuti ke Mesir lagi, Aysha bilang, "Saya ikut ke sana, sekalian ingin bersyahadat di masjid ..."

Orang tuanya sangat marah, selama ini mereka tak tahu kalau ternyata Aysha sudah 'jauh' belajar tentang Islam. Namun kerana usia Aysha sudah hampir lapan belas tahun yang bererti boleh punya pilihan hidup sendiri, maka orang tuanya menyerahkan keputusan padanya. Tadinya, keluarga besar mamanya ingin mengusir, "Apa-apaan kamu, tidak ada keluarga kita yang bukan pemeluk katholik! Pergi sana kalau mahu masuk Islam! "Aysha bilang," Saya siap jika harus pergi ... "dengan yakinnya ia berkata sedemikian, sang mama mencegahnya dan berujar bijak," Tidak, jangan pergi, anda boleh memilih agama barumu. Itu keputusan peribadimu, silakan saja. Tapi tetaplah tinggal bersama mama. "

Aysha berharap, suatu hari, mamanya pun memperoleh hidayah menjadi muslimah sebagaimana dirinya (aamiin). Banyak hal yang dikritik sang mama seiring banyaknya perubahan pada diri Aysha. Misalnya ketika Aysha langsung menutup auratnya, kemanapun ia pergi saat di luar rumah selalu berhijab, bahkan ia ingin 'meng-up date' kad identiti dirinya yang sudah berhijab, sang mama berkata, "Koq kamu begitu anehnya, apakah kamu sudah gila? Orang-orang lain yang muslim perempuan masih banyak yang berpakaian biasa sahaja, pakai seluar pendek dan baju tanpa lengan, lihatlah ... "(mereka kala itu berada di Mesir, dan juga membandingkan dengan bandar-bandar lain, seperti di negara Indonesia ketika sebuah saluran televisyen membincangkan tentang dunia islam). Aysha menjawab, "Saya diperintahkan Allah untuk menutup aurat, inilah pakaian muslimah yang sebenarnya. Saya tidak tau kenapa muslimah yang kita lihat, ada yang belum menutup auratnya, saya do'akan mereka akan berhijab, mereka punya alasan masing-masing, mama, dan kelak di hadapan-Nya juga diminta pertanggung-jawaban masing-masing ... "

Suatu kali Aysha menolak makan kue bolu coklat yang dibuat mamanya. "What 's wrong, Aysha?", Tanya si mama. Aysha bilang, "Saya melihat kakak menambah alkohol pada adunan yang mama buat. Saya mau makan kue bolu bikinan mama jika tanpa alkohol, "serius dia menjawab.

Dan ketika Saya menawarkan untuk ikut meng-order daging halal pada brother yang biasa mengedar daging halal, Aysha berkata, "Sorry, dear sister, Saya belum bekerja. Mama-lah yang membelanjai makanan buat kami. Jadi jika saya beli daging halal, 'it' s special meat ... and expensive ', kami tidak mampu membelinya, mengingati ... "bisiknya. Saya sangat terharu. Memang harga daging halal adalah empat kali ganda daripada harga pasaran daging potong yang biasa dijual di pelbagai kedai daging di Krakow. Yah, salah satu perjuangan seorang muslim dalam menjaga kehalalan makanannya adalah pengeluaran dana yang lebih besar untuk 'special meat' ini. Maka jika berkesempatan bertemu ketika berbuka puasa bersama, saudari lain membahagikan daging halal kepada Aysha dan teman muallaf lain-sekurang-kurangnya cukup buat porsi makan sahur dan berbuka puasa mereka keesokan harinya.

Aysha bercerita, beberapa hari lalu papanya datang jam enam petang dan membawakan kue untuk dimakan bersama. "Saya berpuasa, pa ...", ujarnya. Si papa kaget, "What 's ...? Kamu menyeksa diri?! "Nada suaranya sangat kesal.

"Oh, tidak. Bukan menyiksa diri. Puasa adalah rukun islam, pa. Saya adalah muslimah sekarang ... Apa yang diperintahkan oleh Allah, saya perlu taati ... "kata Aysha. Sang papa menggelengkan kepala berkali-kali, bingung melihat keanehan puterinya yang dulu amat manja. Mereka harus menanti hingga pukul sembilan ketika azan maghrib, waktu berbuka puasa untuk menikmati kuih.

Sahur adalah waktu sang mama mengomel-ngomel. Sebab walaupun Aysha perlahan-lahan menyiapkan makanan di dapur, mama dan kakaknya tetap mendengar suara-suara 'berisik' dan merasa terganggu. Maka Aysha menyiasatinya dengan makan malam di waktu tengah malam (waktu yang telat buat makan malam, namun menu makan malam yang sudah disiapkan si mamanya tinggal dipanaskan sahaja) sebagai pengganti makan sahur, sekurang-kurangnya sekarang mamanya tak lagi banyak mengomel.

Subhanalloh, awal september nanti Aysha bersiap-siap memasuki jenjang perkuliahan, ia sangat tertarik pada dunia arkitek, dan ia lulus memasuki universiti dambaannya pada jurusan arkitek. Manakala ia melihat keadaan Islamic-Centre Krakow yang masih 'lumayan tidak rapi', ia begitu bersemangat untuk ikut mengemasnya. Ia bilang, "Sister, tolong bukakan pintu masjid esok petang, kami datang lebih awal, saya dan temanku ingin membersihkan WC, izinkan saya pula untuk menyumbang idea, bla bla ..." begitu antusiasnya sister Aysha menjelaskan idea-idea gemilangnya supaya bilik masjid itu kelak lebih selesa digunakan.

Satu lagi 'keuntungan' ketika Aysha berkumpul bersama-sama kami, ia langsung menjadi 'baby-sitter' dadakan. Anak-anak sangat ceria bermain dengannya, ia pun berharap suatu hari kelak, ia dapat menjadi ibu yang baik, mendampingi anak-anak bermain dan belajar, dalam sebuah keluarga muslim yang utuh. Ia bilang, "Tadi pagi ketika di rynek (pusat pelancong Krakow) ada pemandangan keren, semua orang melihat kepada pemandangan 'aneh' itu, iaitu ada keluarga muslim dari jazirah Arab tengah bercuti, dan si isteri tetap menggunakan niqob. Subhanalloh ... Keluarga itu cuek saja walaupun ada orang yang sampai berhenti mendadak kerana ingin menontoni mereka. Wah, bagi saya, keren banget keluarga itu! "Katanya. Yah, di Krakow, saudari-saudari (asal jazirah Arab) yang biasa berniqob, harus melepas niqobnya, disini masih teramat hebat busana sedemikian. Jadi pasti akan di-cek melulu oleh pihak keselamatan, apalagi 'booming'nya berita keganasan yang dikaitkan dengan Islam oleh media-media musuh Islam.

Namun pada kenyataannya, benarlah janji Allah ta'ala, Dia sendiri yang menjaga segala ciptaan-Nya, pun yang menjaga hati para pemeluk hidayah-Nya. Banyak orang malah berbalik tertarik pada islam justru kerana hembusan fitnah media, pada palarangan niqob, pada keunggulan 'pandangan aneh' yang dilabel-kan kepada pemeluk islam nan kaffah. Allahu Akbar!

Sekarang sister Aysha bertanya kepada anda, duhai muslimah, "Jika saya yang baru memeluk agama-Nya ini dan langsung menjalankan kewajipan dengan seyakin-yakinnya. Lantas kenapa anda-muslimah yang sudah lama merasakan cahya Islam, masih ragu-ragu menutup aurat anda, padahal itulah satu-satunya cara untuk menjaga kehormatan diri? Saya sangat bersyukur menjadi muslimah, dan insya Allah cara berjumpa seorang suami kelak tak meniru 'tradisi' teman tempatan sini yang biasa hidup bersama sebelum menikah. Saya berdoa semoga anda yang belum berhijab, akan memantapkan hati: berhijablah, saudariku yang kucintai kerana Allah ... "senyumnya amat tulus.

Allah ta'ala mengingatkan dalam firman-Nya, "Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya' ..." (QS. An-Nuur [ 24]: 31). Ketika turun ayat-Nya tersebut yang memerintahkan untuk menutupkan kain tudung hingga dada para wanita, seketika itu para suami mengkhabarkan isi perintah ayat itu kepada isteri, anak-anak perempuannya dan saudara perempuan mereka. Segeralah mereka mengambil kain dan menutup aurat hingga seluruh tubuh. Sami'na wa atho'na adalah kunci keselamatan.

Wallahu 'alam bisshowab.

(Bidadari_Azzam, @ Islamic-Centre, Krakow, malam 21 Ramadhan 1432 H)
 
 
 
 http://detikislam.blogspot.com/2011/08/tertarik-dengan-islam-kerana-hijab.html#
 

Maha Benarnya Al-Qur'an

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

  Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. 

Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. A


Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ 

Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: 


Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.



LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

*Sumber dari halimislam.blogspot.com
 
 http://detikislam.blogspot.com/2014/02/saintis-membuktikan-nabi-musa-membelah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FUHQdyX+%28Detik+Islam%29

Wednesday, February 19, 2014

Awas

AWAS!!! : Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.,,

Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.


 http://blog-hangit.blogspot.com/2013/06/awas-istilah-makanan-yang-berkaitan.html

Sunday, February 9, 2014

Kritian ajaran rekaan

Paulus Adalah Dalang Selewengkan Kristian

SEbenarnya penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus) lagi. Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul ialah Yahudi warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani (Kristian).Selepas itu dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman seperjalanan Barnabas-seorang sahabat Nabi Isa a.s.


Perosak Kunci 'The Kingdom of Heaven' SUMBER


Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah Saul.Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Saul (Paulus) ialah seorang yang anti kepada ajaran Jesus telah berusaha untuk memesongkan ajaran Jesus. Dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Jesus, dia berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurang sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Jesus yang disebarkan oleh pengikut-pengikut beliau yang dipimpin oleh St. James “The Righteous” (salah seorang apostle-Hawariyyun) itu semakin hari semakin berkembang.

Melihatkan keadaan itu, Saul menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk menyelewengkan ajaran Jesus yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia beliau masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saul ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Jesus dari dalam.Saul kemudiannya berjumpa dengan pengikut-pengikut Jesus tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum ini dan dia diberikan nama Paul.

Sejurus selepas bertaubat, Paul mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara langsung daripada Jesus .Salah seorang daripada 12 pengikut Jesus (as), Barnabas mula mempercayai Paul dan memberinya perlindungan. Melalui Barnabas, Paul diterima oleh semua pengikut-pengikut Jesus yang lain. Sepanjang menyebarkan ajaran Jesus , Barnabas banyak mengembara bersama Paul sehinggakan reputasi Paul yang terkenal sebagai pembunuh penganut Jesus sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut Jesus yang setia.

Paul mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Jesus kepada golongan Bukan-Yahudi (Gentiles).Beberapa pertelingkahan berlaku antara Paul dengan Barnabas sehingga menyebabkan mereka berpecah.


"And the contention was so sharp between them, that they departed asunder one from the other: and so Barnabas took Mark, and sailed unto Cyprus; And Paul chose Silas, and departed, being recommended by the brethren unto the grace of God. And he went through Syria and Cilicia, confirming the churches"

(Acts 15:39-41)



Dia mula membuat tohmahan dengan mengatakan kumpulan Apostles (pengikut-pengikut Jesus a.s.) itu malas, sesat dan hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing ke keluar dari kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya diterimanya daripada Jesus . Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan Apostles itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paul adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang diterimanya secara terus daripada Jesus . Pada mulanya, seruan Paul tidak mendapat sambutan daripada golongan Bukan-Yahudi kerana bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.

Kebanyakan golongan Gentiles ini menyembah tuhan-tuhan Greek kuno seperti Sons of Almighty Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan lain-lain. Di dalam Bible, Paul mengaku sanggup melakukan apa saja untuk menukar kepercayaan Gentiles yang berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan menarik kepada mereka. Dia terus bertolak ansur dengan mereka dan mengubah ajaran Jesus kepada satu agama yang hampir sama dengan kepercayaan Gentiles itu yg mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Penyelamat dan sebagainya. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka ini mati kerana dosa-dosa mereka dan kemudian dihidupkan kembali. Paul pula menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini mati untuk menebus dosa seluruh umat manusia. Golongan Gentiles ini mula melihat pertalian dan persamaan yang besar di antara kedua-dua kepercayaan. Mereka hanya perlu menukarkan beberapa nama saja. Dengan cara ini, Paul berjaya meyakinkan kaum Greek dan golongan Gentiles yang lain untuk menerima “agama Jesus” ini. Ajaran Paul ini telah ditolak oleh pengikut-pengikut asal Jesus disebabkan ajaran yang dibawanya bertentangan dengan ajaran Jesus.

Paul mula menulis tentang kepercayaan baru yang diciptanya ini dan mereka-reka doktrin baru untuk dimasukkan ke dalam agama ‘baru’ yg diciptanya ini.Maka dari sini lahirlah Surat-surat Paulus itu. Doktrin-doktrin itulah yang menjadi doktrin agama Kristian sehingga ke hari ini.


Kunci-kunci yang salah

Inilah sejarah gereja yang penuh korup,penyelewengan dan pembohongan.Gereja telah banyak menyusahkan pengikutnya.Bermacam-macam penipuan dan penindasan dilakukan ke atas penganut Kristian.Triniti adalah kisah dongeng bertahap komik kanak-kanak di mana ia direka untuk menyesuaikan mitos pagan ketika itu.Al-Hafiz Imam Ibn Kathir, seorang ulama’ terbesar Islam mengulas:

“Apabila Allah mengangkat Jesus (a.s) ke langit, pengikut-pengikut beliau terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antara kumpulan tersebut, ada yang masih mengekalkan kepercayaan asal terhadap Jesus (a.s), iaitu beliau hanya merupakan seorang pesuruh Allah, seorang nabi dan anak kepada Maryam. Bagaimanapun, sesetengah mereka mempunyai pemahaman yang ekstrem terhadap Jesus (a.s) dgn menganggap beliau adalah anak Allah. Sesetengahnya pula mendakwa Jesus (a.s) adalah Allah itu sendiri, manakala yang lain mengatakan beliau adalah salah seorang daripada Trinity…” (Mizbahul Munir fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir, Vol.2, Darussalam Riyadh, 2000, ms 171)

Imam Shamsuddin Ibn Abi bakar Ibn Qayyim al-Jauziyyah, juga di dalam kitabnya, Hidayatul Hayara fi Ajwibatul Yahud wa al-Nasara (Guidence to the Uncertain In Reply to the Jews and the Christians) berkata:

“Pengikut-pengikut Jesus (a.s) masih terus mengamalkan ajaran-ajaran beliau selepas beliau diangkat ke langit. Kemudian beberapa orang telah campur tangan dalam mengubah, menafsir (ajaran Jesus (a.s) mengikut apa yang disukai (mengikut selera) kebanyakan orang, bertentangan dengan amalan Yahudi (di dalam Taurat) dan secara terang-terangan menyimpang daripada ajaran Messiah (Jesus a.s), serta menjadi sesuatu yang terpisah daripadanya secara keseluruhannya.”

Tiada apa yang tinggal dari dunia Kristian pada hari ini,yang ada adalah warisan pagan yang membungkus seluruh kepercayaan Kristian.Maka tunggulah turunnya Nabi Isa a.s sebelum kiamat nanti memusnahkan salib dan menjelaskan kekeliruan umat Kristian.

“Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”

(Hadis Nabi)

“Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.”

(Hadis Nabi)



Kebenaran milik siapa saja yang mahu berfikir.Di dunia ini,setiap orang akan diuji.Pilihan diberi.Dunia hanya sementara kerana kelak kita semua akan ditanya tentang 'Kebenaran'.Siapa yang tidak memilikinya,maka malapetaka yang dasyat adalah habuannya.Siapa yang memilikinya,dialah pemegang kunci syurga The Keys of Kingdom of Heaven.Seruan kepada Islam akan sampai kepada setiap individu,tidak kira dia berada di kota atau di gua-gua.Jangan tanya bagaimana caranya,bila dan siapa...itu adalah kerja Tuhan.Cuma pilih atau tidak.Pilihan di dunia adalah penentuan hidup kekal di akhirat 'The Kingdom of Heaven'.


"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord,"

(Mark 12:29)

"Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan kita ialah Tuhan Yang Esa"
 
 http://pariajalanan.blogspot.com/2014/02/paulus-adalah-dalang-selewengkan.html
 

Saturday, February 8, 2014

Manusia Freemason

Sunday, 9 February 2014

Individu Yang Dikesan Sebagai Freemason

Freemason adalah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme. Asal-usul Freemason masih lagi kabur, namun rata-rata mengaitkan ia dengan tukang batu pada zaman Nabi Sulaiman(King Soloman). Tukang batu atau mason telah menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri bagi tujuan untuk membina kembali kuil nabi Sulaiman yang sekarang ini dipercayai telah dibina Masjidil Aqsa.
Samaada Islam mahupun Kristian, pertubuhan Freemason diharamkan dan ia diistiyharkan secara terbuka oleh pemimpin pro-Islamik dan pro-Kristianiti. Pernah satu ketika seorang Paus yang bernama Pope John Paul II dalam satu wawancaranya pada November 1983 telah mengharamkan para penganut Kristian Katholik daripada terpengaruh dengan pertubuhan Freemason. Beliau berkata,
Kamu semua tidak boleh menjadi seorang Katholik dan Freemason pada waktu masa yang sama!”
Beliau kemudian menambah,
Penilaian negatif gereja terhadap Freemason tetap tidak akan berubah kerana prinsip-prinsip Freemason jelas tidak dapat ditolak-ansurkan oleh doktrin gereja. Oleh itu, menjadi seorang anggota Freemason adalah haram sama sekali!”
Secara keseluruhannya, setiap pemimpin agama amat melarang penganutnya terlibat dalam pertubuhan Freemason. Freemason dikatakan mempunyai jarum yang bergitu halus. Luarannya sangat cantik dan oleh kerana itu ramai pemimpin di dunia termasuk yang beragama Islam terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang mereka.
 
 
Pertubuhan Freemason di Malaysia
 
Pertubuhan yang mempunyai darjah sehingga ke tahap 33 ini sebenarnya telah lama meresap ke dalam Malaysia semasa penjajahan British di sini. Kesannya, pembaca boleh lihat sendiri Lodge yang dibina di Ipoh, Penang, Perak, Johor dan beberapa tempat lagi di sekitar Malaysia. Hebatnya pertubuhan ini adalah mereka yang terlibat tidak pernah mengetahui tujuan asal pertubuhan ini. Dalam kata lain, individu yang mempunyai darjah 23 tidak akan mengetahui misi individu yang berada di darjah 32.
Prinsip Freemason
Pertubuhan yang jelas melanggar ajaran agama Islam ini mempunyai tiga prinsip utamayang jika dilihat secara kasarnya amat cantik. Tiga prinsip utama itu antara lain adalah:
  1. Cinta pada kemanusiaan atas dasar persaudaraan (Brotherly love to the whole human species) 
  2. Menghilangkan penderitaan (Relieve the distressed)
  3. Kebenaran sebagai sifat agung (Truth as a divine attribute)
Sebenarnya, Freemason hanya merupakan sebuah batu loncatan untuk masuk ke dalam komuniti rahsia yang ada di sebaliknya. Dengan sebab yang demikian, keanggotaan Freemason telah mengundang banyak individu berpengaruh menyertai secara rahsia. Namun, apakah niat mereka, tidak pula diketahui. Oklah, di bawah adalah senarai individu berpengaruh yang pernah menyertai pertubuhan rahsia ini. Jangan terkejut apabila terdapat individu yang tidak pernah pembaca jangkakan.
1. Sir Alf Ramsey
Beliau adalah Pengurus England ketika Piala Dunia 1966. Di bawah pengurusan Sir Alf Ramsey, England memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada tahun tersebut.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Waltham Abbey Lodge No. 2750 pada 5 October 1953.
 
2. Jose Rizal
Beliau adalah Pejuang kemerdekaan Filipina paling terkenal di tanah tumpah darahnya. Jose Rizal juga merupakan seorang doktor, penulis dan nasionalis paling berpengaruh pada zamannya.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Logia Solidaridad 53 Madrid, Spain kemudian dianugerahkan Worshipful Master of Nilad Lodge No. 144 pada 1892.
3. Theodore Roosevelt
Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26. Beliau memulakan tugas sebagai individu paling berkuasa di rumah putih pada tahun 1901 sehingga 1909.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Matinecock Lodge No. 806, Oyster Bay di New York.
 
4. Franklin Delano Roosevelt
Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-32. Beliau adalah watak utama semasa Perang Dunia Kedua meledak. Bersama-sama Josep Stalin dan Winston Churcill, beliau telah membentuk pakatan Berikat untuk memerangi kekuatan pakatan Paksi yang diketuai oleh Aldolf Hitler.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Holland Lodge No. 8 di New York
 
5. Harry S Truman
Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-33. Beliau mengambil alih jawatan presiden daripada F. D. Rossevelt pada 12 April 1945 selepas Rossevelt meninggal dunia pada tahun 1945. Truman adalah watak utama semasa Perang Dingin mula tercetus.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Belton Lodge No. 450, Belton, Missouri. Ditabalkan sebagai Grand Master of Missouri pada 1940 sehingga 1941.
6. Mark Twain
Beliau adalah penulis berbangsa Amerika Syarikat paling terkenal di zamannya. Beliau yang dilahirkan pada 30 November 1835 adalah sahabat akrab saintis terkenal, Albert Einstein. Antara novel terkenal hasil garapan beliau adalah The Adventures of Tom Sawyer (1876), dan sekuelnya, Adventures of Huckleberry Finn (1885).
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Polar Star Lodge No. 79, A.F. dan A.M., St. Louis, Missouri. Beliau dilaporkan disingkirkan daripada pertubuhan rahsia ini namun diterima kembali pada 24 April 1867.
 
7. George Washington
Beliau adalah Presiden pertama Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang jeneral dan panglima angkatan tentera Amerika Syarikat yang berjuang menuntut kebebasan mutlak daripada kerajaan British.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Fredericksburg VA. Dilantik menjadi Past Master of Alexandria Lodge No. 22, Virginia.
8. Emilio Aguinaldo
Beliau adalah Presiden Filipina yang pertama. Sebelum menjadi presiden Filipina yang pertama pada usia 29 tahun, beliau adalah pejuang kemerdekaan menentang cengkaman penjajah Sepanyol.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Pilar Lodge No. 203 (sekarang Pilar Lodge No. 15) di Imus Cavite dan merupakan pengasas kepada Magdalo Lodge No. 31 (ditukar nama kepada Emilio Aguinaldo Lodge No. 31 untuk menghargai jasanya).
 
9. Edwin “Buzz” Aldrin
Beliau adalah antara angkasawan yang pertama bersama-sama Neil Armstrong mendarat di bulan pada 1969.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Montclair Lodge No. 144 di New Jersey.
 
10. Mustafa Kemal Atatürk
Seorang pengasas republik Turki yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem monarki Turki Othmaniyyah. Di bawah penguasaanya, perlembagaan Turki yang berasaskan islamik telah diubah kepada perlembagaan berasaskan sekularisme.
Perlibatan dengan Freemason:  Bermula di Macedonia Risorta Lodge No. 80. Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan beliau mendaftarkan diri di Lodge Veritas, Thessaloniki, Greece.(dahulu di bawah kekuasaan Turki Othmaniyyah).
11. Silvio Berlusconi
Beliau adalah Perdana Menteri Itali sekarang. Sebelum menjawat jawatan tertinggi di Itali itu, beliau adalah taikun media paling berpengaruh di Itali.
Perlibatan dengan Freemason:  Beliau dilaporkan terlibat dalam skandal menjatuhkan kerajaan Itali yang melibatkan ‘tangan ghaib’ Freemason. Skandal itu dikenali denganPropaganda Due.  Propaganda Due atau P2 adalah lodge freemason yang berada di bawah seliaan Grand Orient of Italy.
12. Winston Churchill
Beliau adalah perdana menteri United Kingdom semasa era Perang Dunia Kedua. Beliau menjawat jawatan perdana menteri United Kingdom sebanyak dua penggal iaitu pada tahun 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955. Beliau satu-satunya perdana menteri daripada Great Britain yang memenangi anugerah Nobel in Literature dan diakui sebagai salah seorang individu yang berpengaruh yang pernah dilahirkan di dunia.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Studholme Alliance Lodge No. 1591, Rosemary Lodge No. 2851. (Nota: The Churchill Society mendakwa Churchill meletak jawatan di lodge tersebut pada 1912.)
 
13. Süleyman Demirel
Beliau adalah Presiden ke-9 Republik Turki daripada tahun 1993 hingga tahun 2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak empat kali.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Bilgi Lodge No.015, Ankara iaitu Grand Lodge of Turkey
 
14. Benjamin Franklin
Beliau adalah salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat di samping enam individu yang lain iaitu George Washington, John Adams, Thomas Jefferson, John Jay, James Madison, dan Alexander Hamilton. Beliau juga adalah saintis, negarawan, diplomat, pakar politik dan penulis yang paling berpengaruh pada zamannya.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di St. John’s Lodge, Philadelphia pada Februari 1731
 
15. J. Edgar Hoover
Beliau adalah Pengarah pertama agensi sulit kerajaan Amerika Syarikat, FBI. Beliau bertanggungjawab melumpuhkan berpuluh-puluh geng mafia, triad dan kongsi gelap di seluruh Amerika Syarikat.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Federal Lodge No. 1 di Washington D.C.
16. Thomas Stamford Raffles
Seorang orientalis yang bertanggungjawab ‘membuka’ perlabuhan Singapura untuk kegunaan import dan eksport antarabangsa. Beliau adalah salah seorang orientalis yang paling rapat dengan sultan-sultan di perairan Selat Melaka termasuklah di Jawa, Surabaya dan Johor.
Perlibatan dengan Freemason:  Mula terlibat di Lodge De Vriendschap, Surabaya pada 5 Julai 1813.

http://pariajalanan.blogspot.com/2014/02/individu-yang-dikesan-sebagai-freemason.html

Tetamu