Kertas Perbincangan Guru Sebagai Murabbi
Tarikh : 20 Sya’ban 1434 - 29 Jun 2013
Tempat : SRI Kiblah
Masa : 09:00 pagi
Oleh: Fauzi Amir Gus, SMKA Tok Bachok, Bachok, Kelantan
http://fauziamirgus.blogspot.com/ - 0199923418
Segelung al-Fatihah
—
Sirih berlapik sirih pinang, sirih dari Pulau Mutiara; pemanis kata
selamat datang, dengan al-Fatihah
pembuka bicara.
—
Sirih dari Pulau Mutiara, bila makan rasa kelat-kelat; dengan
al-Fatihah pembuka bicara, semoga majlis mendapat berkat.
—
Bila makan rasa kelat-kelat, dimakan bersama anak pak salleh; bila majlis mendapat berkat, itu sebahagian amalan soleh.
Sejambak
Terima Kasih
—
Sejambak Terima Kasih Sof Pentadbir SRI Kiblah
Tahniah & syabas buat semua peserta memilih jalan yang bijak
menempatkan diri dalam program ilmu ini
—
Tahniah & syabas buat semua yang menyumbang sehingga
program ini menjadi nyata
—
JazakalLah Khairan Kathiira kerana sudi
memberi peluang, ruang, & kesempatan kepada diri ini untuk berkongsi pengetahuan
Sepedu Maaf
—
Saya dengan rasa penuh rendah diri menyusun sepuluh jari
kaki & tangan memohon jutaan kemaafan khasnya daripada semua kakitangan SRI
Kiblah, keberadaan saya di sini bukan hari ini bukan untuk menunjuk pandai atau mengajar itik berenang.
—
Kedatangan saya pada petang ini hanyalah ingin berkongsi
secangkir pengetahuan & segelas pengalaman , apa yang saya tahu tentang mauduk Guru
Sebagai Murabbi & bolehlah
diibaratkan seperti ‘nasi tambah’ sahaja, tidak lebih daripada itu.
Salam
Taaruf
‘Wahai
umat manusia! Sesungguhnya KAMI telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan KAMI telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih
takwanya antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu).
—
Fauzi nama yang
tertulis dalam ic, kg pulau melaka tempat dilahiri, amir gus nama ayah empunya
diri, mek som nama ibu dikenali, uni malaya & upsi tempat ilmu dicari di
samping masjid, surau, balasah, musolla tempat ilmu akhirat dihimpuni, hari ini dijemput berceramah di sini, cukup
besar penghargaan diberi, berkongsi
percikan warna pengalaman agar
mewarna hidup dan kehidupan, kejap menunjang, mencetak, & mewajah jati diri
hari ini.
Muqadimah
Tujuan ALLAH SWT mencipta manusia tidak sama dengan
penciptaan lembu atau kerbau, pokok atau rumput, pasir atau batu. Ada targetnya
ada tujuannya & akan ditanyai tujuan itu kepada manusia
1- sebagai khalifah:
‘Dan (ingatlah) ketika RABBmu
berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya AKU ingin menjadikan seorang khalifah
di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata):
Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan
membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-MU?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya AKU
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya’.- al-Baqorah 30
2- sebagai hamba :
‘Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan menjadi hamba-KU’-
adz- Dzaariyat 56
Fungsi/tugas khalifah sebagai pengganti ALLAH SWT
terapkan semua kehendak agama-NYA (suruhan & larangan) di dunia semasa
hidup sahaja.
Agama = cara hidup. Tepat dengan kehendak-NYA dalam
- aqidah
-ibadah
- muamalat
- munakahat
- jinayah
Buat kena & tepat dengan kehendak-NYA dikira abdi
Dalam al-Qur’an ALLAH SWT iklankan Nabi Muhammad SAW
sebagai abdi
‘Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad)
pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin),
yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.’
Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir.
Kita semua berupa murabbi - ke mana? Menuju redha AlLah
SWT
Murabbi kepada diri sendiri
Murabbi kepada anak & isteri-isteri
Murabbi kepada masyarakat
Murabbi kepada jemaah
Murabbi kepada rakyat - lihat & tengok di posisi mana
kita berdiri
Banyak kerjaya di dunia ini tapi gurulah dikira murabbi
kerana berurusan dengan manusia yang boleh dibentuk tingkah laku & cara
berfikir
Kerjaya/kerja lain tidak dapat dianggap murabbi & tak
mampu jadi murabbi sampai bila-bila, misalnya
Doktor fokus kerjayanya urus penyakit, musnah penyakit,
penyakit tiada akal tidak boleh dibentuk. Yang belajar perubatan dikira doktor,
(doktor mata, doktor haiwan, dll)
Polis fokus kerjanya untuk tegakkan & kuatkuasakan
undang-undang, undang-undang juga tidak boleh dibentuk. Undang2 terbahagi 2
sekular & Islam. Rata-rata dalam dunia pada hari ini menganut & memuja
undang-undang sekular. Diajar kita boleh buat salah jika mampu hapuskan bukti
sama ada secara bijak atau secara jahat.(rasuahkan penguatkuasa, ugut saksi,
upah saksi palsu, bakar bukti dsb)- lalu undang2 tidak boleh dididik
Arkited fokus kerjanya lukis-melukis menjadi pelan, pelan
tidak boleh dididik kerana tidak ada akal.
Pemain sukan fokus kerjanya untuk suka-suka &
mengeluarkan peluh. Berlumba untuk jadi johan, untuk jadi pemain paling mahal
dsb.
Tapi guru fokus & medannya ialah pelajar, manusia
yang ada akal, hati, & fikiran, ada roh. Manusia ini boleh dibentuk untuk
jadi apa sahaja melalui tarbiyyah & latihan yang berterusan
Misalnya kita ada 3 orang anak kembar
Seorang dihantar ke pondok
Seorang dihantar ke sek men kebangsaaan
Seorang dihantar ke akademi fantasia
Hasil & dapatannya tidak sama;
Yang dihantar ke pondok dipanggil ulama
Yang dihantar ke smk dipanggil ahli akademik
Yang dihantar ke af dipanggil artis
Murabbi salah satu istilah yang dipakai dalam dunia
pendidikan
ALLAH murabbi terulung. 17 x sehari paling kurang kita
sebut & ulang-ulang dalam solat seharian; RABBI AALAMIIN
Semua anbiya merupakan murabbi
Sebagai guru kita juga murabbi secara langsung
Guru tu apa?
G = guna
U = untuk
R = rakyat
U = umum
Kata orang tua-tua jangan jadi BOMBA atau POLIS, kenapa?
Biar orang mati baru angkat. Pantang orang lalu ia
sekat/saman
Pengalaman peribadi sebagai guru
1981- ayahanda saya minta saya jadi guru, saya tak tahu
kenapa kerana dia hanyalah seorang penarik beca(gateh teksi). Sedang saya tak
pernah ada dalam fikiran untuk jadi guru. 1978 sewaktu di sk kota jembal saya
tulis cita-cita dalam buku; jurutera, pilot, & penyiasat persendirian
1984- dengan berkat doa ayahanda saya jadi guru di smuda
yang mana mudirnya pada masa itu gemulah ustaz mawardi ahmad (cucu tok kenali)
1986- bersama dengan ustaz sulaiman bakar(ust mood
mekah)di madinatul ilmi. Pada masa itu tempatnya di masjid tok kenali. Mudirnya
ust asri yusoff (kini dipanggil maulana asri). Pada masa ini ust mood bercerita
impiannya untuk mewujudkan fatan Islam
Akhir 1980-an; ust mood diberi amanah jaga putera Islam
bertempat di jalan kubur maras
Tugas Murabbi
Didik, bimbing, tunjuk cara, mudahkan teknik untuk
pelajar bergerak menjadi hamba AlLah SWT- junjung & laksana segala titah
perintah AlLah SWT setakad yang terdaya & berusaha melaksanakan apa yang
belum termampu dibuat, sedkit demi sedikit hingga tuntas
Membimbing pelajarmenjauhi semua larangan AlLah SWT tanpa
kompromi
Persiapan Diri Sang Murabbi
Sebelum membimbing kita terlebih dahulu perlu menjadi
hamba-NYA, jadikan hanya Baginda Rasul SAW sebagai Qudwah Hasanah
Baginda Rasul SAW sebelum menyuruh para sahabat sesuatu,
Baginda SAW terlebih dahulu melaksanakannya- cakap seperti bikin bukan cakap
tak serupa bikin; kita juga perlu demikian
Kita menutup aurat dengan sempurna dahulu, barulah terap
& bimbing pelajar bagaimana cara & step by step untuk menutup aurat.
Biarlah kita dapat rasai & nikmati keseronokan menutup aurat barulah boleh
dikongsi
Kita perlu sentiasa dalam perlindungan wuduk
Gemarkan puasa-puasa sunat
Melazimi pelbagai versi solat sunat
Memperlihatkan amanah yang telus & tulus
Menjaga & menyempurna janji
Jaga tutur kata, mulai setiap sesuatu dengan bismillah,
tak cakap celupar, lucah, menyumpah, maki hamun dsb
Hormati yang tua santuni mereka
Kasihi yang muda, simpati pada binatang, jaga alam
Suka menyebarkan salam, jika menjawab salam dilebihkan
doanya
Jika berhutang sewaktu membayar, dibayar lebih
Berbakti kepada kedua ayah bonda, tak lawan cakap meraka
walaupun tak setuju seperti Khalilullah Ibrahim AS
Suka mencari & menambah ilmu bantu bukan berpada
dengan apa yang ada
Tidak buang asa dengan sia-sia dengan menonton pelbagai
rancangan lagha di tv
Ada peruntukan waktu untuk telaah al-Qur’an, hadis,
sirah, fikah, & aqidah
Ada waktu untuk ziarahi pewaris anbiya
Ada masa ziarahi bekas guru
Bersikap adil kepada ahli bawahan tiada pilih kasih
Ada bajet untuk menderma setiap bulan
Berani memperkata
& menyebar & mempertahankan yang benar
Tak kompromi dengan yang mungkar
Santuni anak yatim
Solat berjemaah 5 x sehari bukan 5 hari sekali
Kahwin awal menjadikan agama sebagai skima
Hala tuju tarbiyyan murabbi
Bukan sekadar untuk bimbing generasi kenal huruf, angka,
& carta
Bukan sekadar untuk bimbing generasi lulus cemerlang
dalam pelbagai jenama peperiksaan
Bukan sekadar untuk bimbing generasi mendapat kerja yang
bergaji lumayan
Bukan sekadar untuk bimbing genarasi untuk tokoh
macam-macam
Bukan bukan bukan
Tapi
Membimbing generasi hingga mereka mengerti dunia ini ada
pemiliknya
Pemilih dunia ini dah siapkan peraturan yang perlu
dipatuhi dalam suka & duka
Membimbing generasi hingga mereka mengerti setiap apa yang kita lakukan tidak pernah
terlepas dai catatan R & A
Membimbing generasi hingga mereka mengerti hidup di dunia
ini hanya persinggahan bukan tujuan @ matlamat kehidupan
Membimbing generasi hingga mereka mengerti bahawa hidup
di dunia ini untuk mencari 2 bekal sekaligus; bekal untuk hidup loni &
bekal untuk hidup di sana nanti
Membimbing generasi hingga mereka mengerti setiap yang
kita lakukan akan dibalas walaupun sekecil mana
Membimbing generasi hingga mereka mengerti apabila mati
akan bermulalah kehidupan yang sebenar
Membimbing generasi hingga mereka mengerti di kubur
sedang menanti azab & nikmat
Membimbing generasi hingga mereka mengerti hujung jatuh
kita semua ialah sama ada berada di syurga dengan pelbagai nikmat @ merengkuk
dalam neraka yang penuh keazaban
Sekian
Terima kasih atas perhatian. Mohon banyak-banyak maaf
atas segala kekurangan
Ciri-Ciri Pendidik Unggul
Secara umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan
beberapa ciri pendidik unggul. Adalah menjadi kewajipan kepada semua pendidik
untuk berusaha memenuhi kesemua ciri ini dan seterusnya mendapat keberkatan
dari Allah Subhanahuwataala pada setiap perkara yang dilakukan. Ciri-ciri ini
dapat disimpulkan seperti berikut:-
Mudarris
Mudaris berasal dari perkataan arab yang bermaksud
mengajar ataupun pengajaran. Pendidik hendaklah bertanggunjawab menyampaikan
ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi
dan juga sosial. Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja
pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh. Manakala enggan
menyampaikannya adalah merupakan satu kesalahan.
Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan
pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim). Dalam al-Quran, proses ta'lim
ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang bermaksud: Dan Allah
ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31) Kemuliaan Nabi Adam
dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu
menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud
memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru sebagai mu'allim, mengajar dan
mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia.
Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam
terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat
sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge
Triumphant. Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam
yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada
guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.
Mualim
Pendidik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai
mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang
disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai
rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
Mualim mengajar kerana Allah Subhanahuwataala dan bukannya kerana ganjaran dan
tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.
Murabbi
Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir.
Pendidik sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam
pembentukan syahsiyah mereka. Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai
budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.
Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah).
Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal.
Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa
yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai
kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian
kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian
yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang
dikehendaki Allah dan RasulNya. Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat
dengan adanya guru yang bukan sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid,
tetapi turut meningkatkan peribadi dan kemampuan mereka.
Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh
iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai
cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan
banyak masalah.
Muaddib
Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi
akhlak pelajar. Pendidik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab
dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam
terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan
mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar
agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya.
Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian
secara teori sahaja.
Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang
dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta
nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan
Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya. Inilah konsep adab
yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis
yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku
dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu.
Murshid
Pendidik yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan
hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan
sebagai hamba Allah Subhanahuwataala dan khalifahNya dimuka bumi. Mursyid
menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan
petunjuk kepada jalan yang lurus. Pendidik mempunyai tingkah laku baik dan
terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan
dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Syarat untuk menajdi pendidik
yang mursyid ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin
ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan
di dalam hati pelajar.
Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu
guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang
tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada
generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami,
diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk
setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk
barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan.
Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing
manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan
kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa
pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya.