About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, July 2, 2013

Kertas Perbincangan Guru Sebagai Murabbi



Kertas Perbincangan Guru Sebagai Murabbi
Tarikh : 20 Sya’ban 1434 - 29 Jun 2013
Tempat : SRI Kiblah
Masa : 09:00 pagi

Oleh: Fauzi Amir Gus, SMKA Tok Bachok, Bachok, Kelantan

Segelung al-Fatihah
  Sirih berlapik sirih pinang,  sirih dari Pulau Mutiara;                                  pemanis kata selamat datang,  dengan al-Fatihah pembuka bicara.
  Sirih dari Pulau Mutiara, bila makan rasa kelat-kelat;                                           dengan al-Fatihah pembuka bicara, semoga majlis mendapat berkat.
  Bila makan rasa kelat-kelat,  dimakan bersama anak pak salleh;                   bila majlis mendapat berkat,  itu sebahagian amalan soleh.

Sejambak Terima Kasih
  Sejambak Terima Kasih Sof Pentadbir SRI Kiblah                                                           Tahniah & syabas buat semua peserta memilih jalan yang bijak menempatkan diri dalam program ilmu ini
  Tahniah & syabas buat semua yang menyumbang sehingga program ini             menjadi nyata
  JazakalLah Khairan Kathiira  kerana sudi  memberi peluang, ruang, & kesempatan kepada diri  ini untuk berkongsi pengetahuan

Sepedu Maaf
  Saya dengan rasa penuh rendah diri menyusun sepuluh jari kaki & tangan memohon jutaan kemaafan khasnya daripada semua kakitangan SRI Kiblah, keberadaan saya di sini bukan hari ini bukan untuk  menunjuk pandai atau mengajar itik berenang.
  Kedatangan saya pada petang ini hanyalah ingin berkongsi secangkir pengetahuan & segelas pengalaman ,  apa yang saya tahu tentang mauduk Guru Sebagai Murabbi  & bolehlah diibaratkan seperti ‘nasi tambah’ sahaja, tidak lebih daripada itu.

Salam Taaruf
‘Wahai umat manusia! Sesungguhnya KAMI telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan KAMI telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya  antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-NYA (akan keadaan dan amalan kamu).

  Fauzi  nama yang tertulis dalam ic, kg pulau melaka tempat dilahiri, amir gus nama ayah empunya diri,  mek som nama ibu dikenali,  uni malaya & upsi tempat ilmu dicari di samping masjid, surau, balasah, musolla tempat ilmu akhirat dihimpuni,  hari ini dijemput berceramah di sini, cukup besar penghargaan diberi, berkongsi  percikan warna pengalaman  agar mewarna hidup dan kehidupan, kejap menunjang, mencetak, & mewajah jati diri hari ini.

Muqadimah
Tujuan ALLAH SWT mencipta manusia tidak sama dengan penciptaan lembu atau kerbau, pokok atau rumput, pasir atau batu. Ada targetnya ada tujuannya & akan ditanyai tujuan itu kepada manusia
1- sebagai khalifah:                                                                                                                     ‘Dan (ingatlah) ketika RABBmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya AKU ingin menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-MU?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya AKU mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya’.- al-Baqorah 30

2- sebagai hamba :
‘Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan                       untuk mereka menyembah dan menjadi hamba-KU’- adz- Dzaariyat 56
                                                                                                        

Fungsi/tugas khalifah sebagai pengganti ALLAH SWT terapkan semua kehendak agama-NYA (suruhan & larangan) di dunia semasa hidup sahaja.

Agama = cara hidup. Tepat dengan kehendak-NYA dalam
- aqidah
-ibadah
- muamalat
- munakahat
- jinayah

Buat kena & tepat dengan kehendak-NYA dikira abdi
Dalam al-Qur’an ALLAH SWT iklankan Nabi Muhammad SAW sebagai abdi
‘Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.’

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir.

Kita semua berupa murabbi - ke mana? Menuju redha AlLah SWT
Murabbi kepada diri sendiri
Murabbi kepada anak & isteri-isteri
Murabbi kepada masyarakat
Murabbi kepada jemaah
Murabbi kepada rakyat - lihat & tengok di posisi mana kita berdiri

Banyak kerjaya di dunia ini tapi gurulah dikira murabbi kerana berurusan dengan manusia yang boleh dibentuk tingkah laku & cara berfikir

Kerjaya/kerja lain tidak dapat dianggap murabbi & tak mampu jadi murabbi sampai bila-bila, misalnya
Doktor fokus kerjayanya urus penyakit, musnah penyakit, penyakit tiada akal tidak boleh dibentuk. Yang belajar perubatan dikira doktor, (doktor mata, doktor haiwan, dll)

Polis fokus kerjanya untuk tegakkan & kuatkuasakan undang-undang, undang-undang juga tidak boleh dibentuk. Undang2 terbahagi 2 sekular & Islam. Rata-rata dalam dunia pada hari ini menganut & memuja undang-undang sekular. Diajar kita boleh buat salah jika mampu hapuskan bukti sama ada secara bijak atau secara jahat.(rasuahkan penguatkuasa, ugut saksi, upah saksi palsu, bakar bukti dsb)- lalu undang2 tidak boleh dididik

Arkited fokus kerjanya lukis-melukis menjadi pelan, pelan tidak boleh dididik kerana tidak ada akal.

Pemain sukan fokus kerjanya untuk suka-suka & mengeluarkan peluh. Berlumba untuk jadi johan, untuk jadi pemain paling mahal dsb.

Tapi guru fokus & medannya ialah pelajar, manusia yang ada akal, hati, & fikiran, ada roh. Manusia ini boleh dibentuk untuk jadi apa sahaja melalui tarbiyyah & latihan yang berterusan
Misalnya kita ada 3 orang anak kembar
Seorang dihantar ke pondok
Seorang dihantar ke sek men kebangsaaan
Seorang dihantar ke akademi fantasia

Hasil & dapatannya tidak sama;
Yang dihantar ke pondok dipanggil ulama
Yang dihantar ke smk dipanggil ahli akademik
Yang dihantar ke af dipanggil artis

Murabbi salah satu istilah yang dipakai dalam dunia pendidikan

ALLAH murabbi terulung. 17 x sehari paling kurang kita sebut & ulang-ulang dalam solat seharian; RABBI AALAMIIN
Semua anbiya merupakan murabbi
Sebagai guru kita juga murabbi secara langsung
Guru tu apa?
G         = guna
U         = untuk
R         = rakyat
U         = umum

Kata orang tua-tua jangan jadi BOMBA atau POLIS, kenapa?
Biar orang mati baru angkat. Pantang orang lalu ia sekat/saman

Pengalaman peribadi sebagai guru
1981- ayahanda saya minta saya jadi guru, saya tak tahu kenapa kerana dia hanyalah seorang penarik beca(gateh teksi). Sedang saya tak pernah ada dalam fikiran untuk jadi guru. 1978 sewaktu di sk kota jembal saya tulis cita-cita dalam buku; jurutera, pilot, & penyiasat persendirian

1984- dengan berkat doa ayahanda saya jadi guru di smuda yang mana mudirnya pada masa itu gemulah ustaz mawardi ahmad (cucu tok kenali)

1986- bersama dengan ustaz sulaiman bakar(ust mood mekah)di madinatul ilmi. Pada masa itu tempatnya di masjid tok kenali. Mudirnya ust asri yusoff (kini dipanggil maulana asri). Pada masa ini ust mood bercerita impiannya untuk mewujudkan fatan Islam

Akhir 1980-an; ust mood diberi amanah jaga putera Islam bertempat di jalan kubur maras

Tugas Murabbi
Didik, bimbing, tunjuk cara, mudahkan teknik untuk pelajar bergerak menjadi hamba AlLah SWT- junjung & laksana segala titah perintah AlLah SWT setakad yang terdaya & berusaha melaksanakan apa yang belum termampu dibuat, sedkit demi sedikit hingga tuntas

Membimbing pelajarmenjauhi semua larangan AlLah SWT tanpa kompromi

Persiapan Diri Sang Murabbi
Sebelum membimbing kita terlebih dahulu perlu menjadi hamba-NYA, jadikan hanya Baginda Rasul SAW sebagai Qudwah Hasanah

Baginda Rasul SAW sebelum menyuruh para sahabat sesuatu, Baginda SAW terlebih dahulu melaksanakannya- cakap seperti bikin bukan cakap tak serupa bikin; kita juga perlu demikian

Kita menutup aurat dengan sempurna dahulu, barulah terap & bimbing pelajar bagaimana cara & step by step untuk menutup aurat. Biarlah kita dapat rasai & nikmati keseronokan menutup aurat barulah boleh dikongsi

Kita perlu sentiasa dalam perlindungan wuduk
Gemarkan puasa-puasa sunat
Melazimi pelbagai versi solat sunat
Memperlihatkan amanah yang telus & tulus
Menjaga & menyempurna janji
Jaga tutur kata, mulai setiap sesuatu dengan bismillah, tak cakap celupar, lucah, menyumpah, maki hamun dsb
Hormati yang tua santuni mereka
Kasihi yang muda, simpati pada binatang, jaga alam
Suka menyebarkan salam, jika menjawab salam dilebihkan doanya
Jika berhutang sewaktu membayar, dibayar lebih
Berbakti kepada kedua ayah bonda, tak lawan cakap meraka walaupun tak setuju seperti Khalilullah Ibrahim AS
Suka mencari & menambah ilmu bantu bukan berpada dengan apa yang ada
Tidak buang asa dengan sia-sia dengan menonton pelbagai rancangan lagha di tv
Ada peruntukan waktu untuk telaah al-Qur’an, hadis, sirah, fikah, & aqidah
Ada waktu untuk ziarahi pewaris anbiya
Ada masa ziarahi bekas guru
Bersikap adil kepada ahli bawahan tiada pilih kasih
Ada bajet untuk menderma setiap bulan
 Berani memperkata & menyebar & mempertahankan yang benar
Tak kompromi dengan yang mungkar
Santuni anak yatim
Solat berjemaah 5 x sehari bukan 5 hari sekali
Kahwin awal menjadikan agama sebagai skima

Hala tuju tarbiyyan murabbi
Bukan sekadar untuk bimbing generasi kenal huruf, angka, & carta
Bukan sekadar untuk bimbing generasi lulus cemerlang dalam pelbagai jenama peperiksaan
Bukan sekadar untuk bimbing generasi mendapat kerja yang bergaji lumayan
Bukan sekadar untuk bimbing genarasi untuk tokoh macam-macam
Bukan bukan bukan
Tapi
Membimbing generasi hingga mereka mengerti dunia ini ada pemiliknya
Pemilih dunia ini dah siapkan peraturan yang perlu dipatuhi dalam suka & duka
Membimbing generasi hingga mereka mengerti  setiap apa yang kita lakukan tidak pernah terlepas dai catatan R & A
Membimbing generasi hingga mereka mengerti hidup di dunia ini hanya persinggahan bukan tujuan @ matlamat kehidupan
Membimbing generasi hingga mereka mengerti bahawa hidup di dunia ini untuk mencari 2 bekal sekaligus; bekal untuk hidup loni & bekal untuk hidup di sana nanti
Membimbing generasi hingga mereka mengerti setiap yang kita lakukan akan dibalas walaupun sekecil mana
Membimbing generasi hingga mereka mengerti apabila mati akan bermulalah kehidupan yang sebenar
Membimbing generasi hingga mereka mengerti di kubur sedang menanti azab & nikmat
Membimbing generasi hingga mereka mengerti hujung jatuh kita semua ialah sama ada berada di syurga dengan pelbagai nikmat @ merengkuk dalam neraka yang penuh keazaban

Sekian
Terima kasih atas perhatian. Mohon banyak-banyak maaf atas segala kekurangan

Ciri-Ciri Pendidik Unggul
Secara umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa ciri pendidik unggul. Adalah menjadi kewajipan kepada semua pendidik untuk berusaha memenuhi kesemua ciri ini dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala pada setiap perkara yang dilakukan. Ciri-ciri ini dapat disimpulkan seperti berikut:-
Mudarris
Mudaris berasal dari perkataan arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran. Pendidik hendaklah bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial. Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh. Manakala enggan menyampaikannya adalah merupakan satu kesalahan.
Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim). Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang bermaksud: Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama.(Q.2.31) Kemuliaan Nabi Adam dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant. Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama.

Mualim
Pendidik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah Subhanahuwataala dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.
Murabbi
Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Pendidik sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka. Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.
Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat dengan adanya guru yang bukan sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid, tetapi turut meningkatkan peribadi dan kemampuan mereka.
Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah.

Muaddib
Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Pendidik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja.
Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu.

Murshid
Pendidik yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah Subhanahuwataala dan khalifahNya dimuka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Pendidik mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Syarat untuk menajdi pendidik yang mursyid ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.
Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik dan unggul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan.
Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters