Pandangan tegas Imam Syafie terhadap Syiah

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah. Imam Syafie juga tergolong dalam jalur keluarga Rasulullah, dia termasuk dalam Bani Mutalib iaitu keturunan dari al-Mthalib, saudara dari Hasyim yang merupakan datuk Muhammad.
Beliau seorang miskin,
tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu.
Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Ketika
berumur 20 tahun, Imam Syafie pergi ke Madinah untuk berguru dengan
ulama besar ketika itu, Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam
Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan
Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.
Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.
Imam Syafie sebagai ulama sunni mempunyai pandangan yang tegas terhadap Syiah. Berikut beberapa di antaranya:
1. Dari Yunus bin
Abdila'la, beliau berkata: Saya telah mendengar asy-Syafie, apabila
disebut nama Syiah Rafidhah, maka dia mencelanya dengan sangat keras,
dan berkata: "Kelompok terjelek! (Terbodoh) ". (Al-Manaqib, karya
al-Baihaqiy, 1/468. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
2. Al-Imam
Asy-Syafie berkata: "Saya belum melihat seorang pun yang paling banyak
bersaksi / bersumpah palsu (berdusta) dari Syiah Rafidhah." (Adabus
Syafi'i, m / s. 187, al-Manaqib karya al-Baihaqiy, 1/468 dan Sunan
al-Kubra, 10/208. Manhaj Imam asy-Syafi'i fi Itsbat al-Aqidah, 2/486)
3. Al-Buwaitiy
(murid Imam Syafie) bertanya kepada Imam Syafie, "Bolehkah aku solat di
belakang orang Syiah?" Imam Syafie berkata, "Jangan solat di belakang
orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murji'ah "Lalu Al-Buwaitiy
bertanya tentang sifat-sifat mereka, Lalu Imam Syafie menyifatkan,"
Siapa saja yang mengatakan Abu Bakar dan Umar bukan imam, maka dia Syiah
". (Siyar A'lam Al-Nubala 10/31)
4.
Asy-Syafie berkata tentang seorang Syiah Rafidhah yang ikut berperang:
"Tidak diberi sedikit pun dari harta rampasan perang, kerana Allah
menyampaikan ayat fa'i (harta rampasan perang), kemudian menyatakan: Dan
orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka
berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang
telah beriman lebih dahulu dari kami". (Surah al-Hasyr, 59: 10) maka
barang siapa yang tidak menyatakan demikian, tentunya tidak berhak
(mendapatkan bahagian fa'i). "(At-Thabaqat, 2/117. Manhaj Imam
asy-Syafi'i fi Itsbat al- aqidah, 2/487)
5. Imam as-Subki
Rahimahullah berkata, 'Aku melihat di dalam al-Muhith dari kitab-kitab
Hanafiah, dari Muhammad (bin Idris as-Syafi'i) bahawa tidak boleh solat
di belakang Rafidhah.' (Fatawa as-Subki (II / 576), lihat juga Ushulud
Din (342).
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com (pandangan yang tegas terhadap Syiah) & disusun dari pelbagai sumber.
No comments:
Post a Comment