About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Wednesday, April 6, 2011

Inilah al-Qur’anku

bingkisan AlLah guna memulia manusia
kitab terbaik pernah terjelma di maya; al-Qur’an namanya
sebaik-baik rasul mulia sebagai pembawa
limpahan bertuah menghujani kita
satunya umat punyai perutusan istimewa terpelihara
sengatan seleweng patukan batil sentuhan ubah suai selamanya terjaga ia
terpahat kejap melatari & mewarnai pada hijir 9 ada ia
‘Sungguh Kamilah penurun zikra & Kamilah pemelihara yang menjaganya’

kalau matahari diperlu cahaya menyinari buana
al-Qur’an diperlu guna menerang hati manusia
agar manusia bisa jadi pembeza setia
mana hanyir dari percikan bau-bau dosa
mana pula wangi dari pacutan aroma pahala
mana satu wilayah dijajah iklim neraka
mana pula empayar dari taklukan syurga

al-Qur’anku himpunan cahaya bisa terangi hati manusia
gugus istimewa tumbuh mekar cambah darinya
tak siapa dapat menolak & nafi atau memadam selamanya

siapa manusia celaka yang tegar mahu menafi kitab Illahi ini
nuzulnya dari AlLah tak mampu diragu padanya
dibawa Malaikat Jibril yang amat mulia
sebagai kitab tersusun rapi gaulan ayatnya
dijelas terperinci sebab musabab turunnya
datangnya dari AlLah Maha Segala
seperti terperam pada Hud ayat mula-mua
‘ Alif, Laam, Raa'. Al-Quran kitab tersusun ayatnya tetap teguh, diperjelas terperinci kandungannya muncul dari sisi AlLah Maha Bijaksana,
Maha Mendalam ilmu tahu-Nya’

al-Qur’anku amat unik adanya ia; terpelihara
tak dapat dibilang angka berapa penghafalnya
termasuk anak belum kenal huruf angka & carta
mudah dijadi AlLah buat mengingat hafalannya
terpelihara tulisnya dari dari campuran zat cacat cela
rapi dijaga saf sahabat selepas nuzulnya
rapi dijaga saf sahabat selepas wafat Baginda SAW
dibuku pada era khulafah ar-Rashidin dengan ceria

al-Qur’anku itu gugus mukjizat hyperhebat
buat tatapan Nabi Muhammad SAW & para umat
mencabar kekuatan & pemikiran manusia jahat
yang sentiasa memikir berbuat onar & khianat
mengeluar manusia dari nur memasuki zon gelap zulumat
satu cabaran hebat & keramat seperti tersurat & tersirat
al-Baqarah 23 & 24 menjadi saksi setia sepanjang hayat
Dan kalau terbit rasa syak tentang yang Kami turunkan (Al-Qur’an) buat tatapan hamba Kami (Muhammad SAW), maka berbuatlah & datangkanlah satu surah sebandingnya (Al-Qur’an) itu, dan minta hulur bantu sesiapa orang yang terpercaya agar bisa menolongmu selain Allah SWT, jika kamu seorang pembenar. Maka kalau kamu tidak bisa membuatnya, dan pasti kamu tidak dapat membuatnya, lalu peliharalah diri kamu dari jilatan api neraka yang bahan bakarnya: manusia dan batu-batu (berhala), tersediakan khas untuk kafirnya orang.
manusia, sampai bila-bila & selamanya
tak termampu saingi & tandingi al-Qur’an kita
sama ada ketepatan diksi, gaulan makna
atau rangkaian cerita tersisip dalamnya

al-Qur’anku mudah difahami & amat jelas maknanya
bukan buku falsafah dengan teori pemening kepala
al-Qur’an diturun buat manusia sebagai rahmat-NYA
dibaca difaham dipraktik tiap detik masa
sasarannya manusia tanpa mengira kulit & warna rambutnya
tanpa mengira dari percikan iklim warna budaya mana ia berada
tanpa mengira apa jenis makanan yang disuap ke mulutnya
sungguh mudah al-Qur’an difaham & dibaca
sungguh mudah al-Qur’an dihafali
sungguh mudah al-Qur’an diingati
sungguh mudah al-Qur’an disebari
sungguh mudah al-Qur’an jadi benteng diri
sungguh mudah al-Qur’an diamal hayati tiap hari
tapi kenapa masih ada jiwa berpura tidak mengerti
al-Qalam 17 boleh menjadi saksi
sebagai pautan bukti peribadi & abadi
Dan demi sesungguhnya! telah kami mudahkan Al-Qur’an menjadi ingatan & pengajaran, maka adakah sesiapa mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?


al-Qur’anku mengandung apa dimahu & diperlu manusia
siapa mahu kejapi benar suci simpul aqidahnya
perlu ia menggali khazanah al-Qur’an hendaknya
al-Qur’an memuat dalil esa AlLah tidak terkira jumlahnya
kalau betul ada tuhan di langit & bumi selain Dia tentu berantakan sentiasa perjalanan tatasuria & cakrawala
tentu keduanya telah lama rosak & binasa
Mahasuci zat AlLah SWT daripada apa orang bodoh wara-wara
renunglah dengan saksama al-Anbiya’ 22 sana
Kalau ada di langit & di bumi tuhanselain Dia, nescaya terkecailah pentadbiran keduanya.Maha suci Allah, Tuhan pemilik Arasy, dari apa disifat mereka

al-Qur’anku tempat tersimpan segala syariat & tatakrama
untuk diguna & dipakai selagi denyut nadi bernyawa
untuk manusia keluarga masyarakat & negara
untuk selaras pautan ekonomi & jalin hubungan antarabangsa
al-Qur’anku menyelia & menyedia modul binaan akhlak mulia
menghampar tawakal redha suntikan ketentuan IlLahi di sisi gigih usaha

al-Qur’anku amat sesuai diamal sepanjang perjalanan zaman
bukan terhad masa tertentu waktu dinuzulkan
al-Qur’an berupa kitab kekal abadi hingga akhir zaman
tidak harus meliar dakwaan; al-Qur’an hanya untuk nabi sezaman
tidak berapa sesuai lagi untuk zaman moden sekarang
kerana al-Qur’anku berupa kitab untuk menghijaukan kemanusiaan
bisa jadi penerang buat semua manusia & alam
al-Baqarah 185 mari kita kunyah bersama
bulan Ramadan padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk sekalian manusia, dan menjadi keterangan menjelaskan petunjuk dan membeza antara benar dan salah.

istimewanya al-Qur’anku berbeza benar kitab dipromosi
untuk semua umat yakini penuh isi & misi
resapan sifat & sikap dari persepsi mukmin sejati
tidak mungkin akan tumbuh dalam kalbu & diri
belitan ragu buat kandungan al-Qur’an asli
yang pernah menjadi bahan baca Junjungan Nabi
datangnya dari Yang Maha Kuasa & Perkasa sang Rabbi
insan semulia Muhammad SAW hanyalah seorang pemberi
semua tersirat maksud dari Kitab Suci IlLahi

datang Ramadhan Baginda & Jibril tadarus bersama
rumah yang dibacai & diterangi ayat & juzuknya
akan dilimpahi hujan rahmat & berkat dari-NYA
nuzul al-Qur’an berupa nikmat terbesar-NYA untuk kita
mari kita hamparkan tikar syukur dengan mengamalkannya
mari kita bentangkan permaidani sabar semasa mengamalkannya
patuh setia & sedia perbuat segala titah perintah-NYA
siap sedia menjauh diri dari daerah larang-NYA
mari kita gabungkan diri menjadi ahli pencandu kitab-NYA
mari kita jadikan membaca al-Qur’an sebagai hobi
mari kita baca al-Qur’an sehari sejuzuk sebagai amalan
mari kita cuba menafsir maksud dari semua ayat al-Qur’an
mari kita laksana segala titah perintah AlLah dalam al-Qur’an
tanpa kompromi dengan bisikan sang setan yang menyesatkan
selagi kedua hidung kita masih sudi bernafas tanpa sekatan
selagi nyawa & nafas masih sudi mendiami wilayah badan
kerana kita semua akan dipertanggungjawaban

010101 tengah hari- smka tok bachok- 29jamadilakhir1430

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters