About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Monday, October 3, 2011

Wahyu AlLah SWT di Hudaibiyyah

Membaca & meneliti perjalanan sirah Baginda SAW tidak pernah akan sama sama sekali dengan membaca & menatap sejarah, seseorang tokoh yang dikagumi pada zamannya walau sebagaimanapun ia menyerlah. Membaca sejarah seorang manusia yang dikira hebat pada zamannya, catatan mengenai tokoh itu hanya menulis hanya daripada satu sudut kehidupannya semata-mata. Sementara meneliti sirah Baginda Nabi Muhammad SAW sebetulnya kita mengikuti perjalanan turunnya hujan wahyu & banjir mukjizat dari semasa ke semasa yang terhimpun di perkebunan hidup seorang sosok manusia yang bernama Muhammad bin AbdulLah. Ya, Muhammad satu-satunya nama yang belum pernah tertinta dalam masyarakat dunia pada kala itu.

Apa sahaja yang gerak yang keluar dari kelakuan Baginda SAW dari sekecil-kecilnya (misalnya masuk ke tandas) sehinggalah yang terbesarnya (misalnya cara mentadbir dunia) semuanya Baginda SAW laku & jalankan mengikut panduan wahyu yang diterimanya. Semua apa yang dipraktik Nabi SAW itu merupakan terjemahan langsung kepada ajaran agama yang maha mulia terdapat dalam al-Qur’an, Islam namanya. Dalam al-Qur’an yang mengandung 6236 ayat itu termuat segama titah perintah AlLah SWT Yang Maha Agung secara garis kasarnya, sementara Baginda Nabi SAW meperincikan suruhan atau larangan tersebut seadanya. Misalnya dalam al-Qur’an ada kewajipan bersolat tetapi dalam al-Qur’an, AlLah SWT tidak memuatkan tatacara untuk melaku atau melaksanakannya. Baginda Nabi SAW lah yang memperincikan bagaimana gerak laku solat mengikut apa yang diwahyukan kepadanya & apa pula yang patut dibaca sewaktu bermunajat dengan AlLah SWT itu sama ada semasa solat sendirian atau tatacara berjemaah pula.

Sama halnya dengan apa yang bakal berlaku pada bumi Hudaibiyyah. Semuanya bergerak mengarah ke sana dengan wahyu AlLah. Qaswa, unta yang ditunggang Nabi SAW singgah pada tanah Hudaibiyyah dengan perintah dari AlLah. Semasa perjanjian sedang diolah, Nabi SAW mengiakan semua kehendak sang Quraisy Mekah, kerana semua itu telah diizin AlLah. Seolah-olah pemegang kendali Perjanjian Hudaibiyyah ini sang Quraisy Mekah. Namun hikmat Illahiyyah tersirat di Hudaibiyyah cukup cerah & terarah. Secara total kafir Quraisy semakin rendah & kalah ekoran penangan di Hudaibiyyah. Ya, kerana wahyu AlLah kemenangan Islam datang dari segenap arah. Tidak satu pun isi Perjanjian Hudaibiyyah menguntungkan kafir Mekah.

Antara lain Muatan isi Perdamaian Hudaibiyyah

1- Baginda Rasul SAW bersetuju dengan pintaan Suhail untuk ditulis dengan BismikalLahuma, bukan BismilLahi Rahmani Rahim pada kepala perdamaian.- BismikalLahuma, atau BismilLahi Rahmani Rahim tetap menunjukkan kepada AlLah yang satu. Dengan erti kata lain tetap merujuk kepada AlLah yang satu. Rahman & Rahim itu memperjelas sifat AlLah SWT yang satu.

2- Baginda Rasul SAW sekali lagi bersetuju dengan suara hati Suhail agar ditulis perdamian ini dipersetujui antara Muhammad bin AbdulLah dengan Suhail bin Amr, bukan Muhammad bin AbdulLah RasullullLah.- Muhammad bin AbdulLah dengan Muhammad RasullulLah juga merujuk kepada insan yang sama. Di Mekah atau di Madinah bahkan di dunia semasa itu tidak ada orang lain yang bernama sepertinya(Muhammad bin AbdulLah).

3- Baginda Rasul SAW juga bersetuju dengan pendirian musyrikin Quraisy yang kaum Muslimin hanya boleh memasuki Mekah pada tahun hadapan.

Ya, seandainya Baginda SAW berkeras juga untuk ke Mekah, sebagaimana diniat untuk menyempurna umrah, tentunya akan mengundang sedikit rasa gundah & tidak tenang arah, kerana pastinya halangan datang dari sang kafir Mekah, dari pelbagai sudut & arah, Quraisy berasa perlu mempertahan kononnya maruah, andai dibiar orang Muslim bertawaf mengeliling Kaabah, tentunya Quraisy akan dipandang amat rendah, membiarkan orang yang pernah mereka minta supaya pindah, kini kembali mengerjakan umrah dengan gah, apabila mereka menundanya ke tahun depan yang indah, pasti & tentunya kaum Muslim dapat menyempurna tawaf di Kaabah, tanpa diselimuti resah & gundah, kerana sang kafir Mekah memberikan 3 hari penuh, untuk Baginda Nabi & rombongan Muslim menyempurnakan umrah, sebaliknya sang kafir Mekah akan memastikan Baginda SAW & rombongan Muslim selamat dari sebarang masalah, sewaktu datang untuk berziarah ke Mekah.

4- Baginda Rasul SAW akur dengan permintaan Suhail, bila ada warga Mekah datang menemui RasullulLah SAW untuk masuk Islam mereka hendaklah dikembalikan kepada kaum musyrikin Quraisy.- Ya, begitulah uniknya Islam ini apabila ia mengagah. Setiap sendi & denyut nadi akan menyerah & pasrah. Mereka sanggup datang dari segenap arah hanya untuk menggetarkan dengan lidah dua kalimah syahadah, Tiada Ilah yang sebenar-benarnya melainkan AlLah sementara Baginda Muhammad SAW pesuruh AlLah. Keimanan & keyakinan yang tumbuh tidak akan patah-patah, keberadaannya akan mencerah arah. Demikianlah jika ada jiwa-jiwa yang ingin menyembah AlLah yang datangnya dari Mekah, setelah mereka dapat melafazkan sendiri dengan lidah & menatap ketenangan yang tergambar & termuat pada wajah RasulLulLah, mereka tidak akan menukar atau beralih arah, setelah meneguk sinar Islam yang mat cerah, amat mustahil mereka rela & sanggup kembali kepada gelapnya jahiliyyah yang pernah mereka rasa selama ini di Mekah. Biarpun ada utusan yang datang untuk membawa mereka kembali ke bumi Mekah, iman di dada mereka tidak sedikitpun akan goyah.

5- Baginda Rasul SAW bersetuju dengan usul Suhail mana-mana orang Islam yang datang ke Mekah, kaum Quraisy tidak perlu mengembalikan mereka ke Madinah.- Islam sebetulnya didirikan atas dasar ilmu & tarbiyyah bukan atas paksaan atau janji projek yang indah & megah. Ilmu & tarbiyyah inilah yang menjadi paksi untuk memahami Islam secara cerah & terarah. Umat sentiasa ditarbiyyah bahawa Islam ini milik AlLah. Kita semua berasal dari Adam yang tercipta dari gumpalan tanah. Esok atau lusa kita pasti akan dipaksa datang berjumpa AlLah. AlLah akan bertanyakan kita tentang kewajipan kita sebagai khalifah. Semasa hidup kewajipan itu bereskah sudah atau kita tenggelam berenang di lautan jahiliyyah. Tarbiyyah selama 13 tahun semasa bertatih di Mekah dengan ayat-ayat yang mempertajam aqidah. Dengan hamparan kisah balasan syurga yang cerah & indah untuk penganut aqidah agama AlLah di sisi lain adanya ancaman panasnya api yang membakar hati bila kita menyembah selain dari AlLah. Dengan anutan aqidah yang mantap & gah, biarpun mereka dikurung bersama Quraisy di Mekah, umat Islam tidak akan beralih arah atau menukar aqidah dengan janji-janji projek yang murah.

6- Baginda Rasul SAW ternyata amat gembira dengan cadangan Suhail agar diadakan perdamaian atau gencatan senjata antara kaum Muslimin dengan musyrikin Quraisy selama 10 tahun.-Inilah antara pemangkin kepada cepat tersebarnya Islam yang indah. Selama ini seru dakwah sentiasa berdepan dengan ancaman musyrikin Mekah. Tiada sesaatpun berlalunya dakwah RasulLulLah sewaktu Baginda SAW masih menghuni Mekah, melainkan adanya ancaman, peras ugut dari sang kafir Mekah. Mereka tanpa segan silu mengancam atau menyiksa saban masa penganut aqidah yang jelas seperti yang dialami oleh keluarga Yasir atau Bilal bin Rabah. Ramai golongan mustadafin di Mekah yang bimbang akan keselamatan diri atau keluarga jika mereka bergabung dengan RasulLulLah mendokong aqidah. 10 tahun tempoh gencatan senjata seperti termuat dalam nas Perjanjian Hudaibiyyah membuka seluas-luasnya jalan untuk Baginda Rasul SAW melebarkan jalur dakwah. Jangkauan menjadi semakin luas untuk laluan dakwah. Dunia sudah menjadi tiada sempadan lagi untuk menyebarluaskan seruan dakwah kepada agama yang diredha AlLah.

Banyak tokoh sang Quraisy merapatkan wajahnya dan turut mengambil kesempatan sujud kepada agama AlLah, dengan adanya Perjanjian Hudaibiyyah ini. Jeneral yang handal berkuda di medan laga, Khalid al- Walid terbuka pintu hatinya untuk pasrah & bersujud di atas sejadah setelah lidahnya dengan lancar mengumandangkan Asshadualaa ilaha illaalLah waasshadu anna Muhammada rasululLah. Khalid tidak bersendirian merapatkan wajahnya untuk menyembah AlLah, malah dia ditemani oleh Amru bin al-A'as dan Uthman bin Talhah.

Baginda SAW juga tidak melepaskan peluang untuk menyiarkan dakwah lewat warkah-warkah. Penguasa-penguasa negara menjadi medan baru kepada dakwah RasullulLah. Antara penguasa yang menjadi fokus dakwah kepada agama AlLah ialah:

1. Risalah kepada al-Najasyi, Maharaja al-Habsyah Al-Najasyi ini bernama Ashamah bin al-Abhar, Rasulullah SAW menulis kepadanya yang dibawa oleh Amru bin Umaiyah al-Dhamri pada akhir tahun keenam atau pada Muharam tahun ke tujuh (7) Hijrah

2. Risalah kepada al-Maquqis Raja Mesir Nabi (s.a.w) telah menulis sepucuk risalah kepada Juraij bin Matta yang bergelar al-Maquqis Raja Mesir dan Iskandariah.

3. Bingkisan kepada Kisra Raja Parsi

Rasulullah (s.a.w) telah menghantar bingkisan kepada Kisra raja Parsi:

Rasulullah SAW memilih Abdullah bin Huzafah al-Sahmi untuk membawa risalah berkenaan.

4. Risalah kepada Qaisar Raja Rom

Rasulullah SAW telah memilih Duhaiyah bin Khalifah al-Kalabi

5. Risalah kepada al-Munzir bin Sawi

Nabi SAW mengutus risalah kepada al-Munzir bin Sawi pemerintah al-Bahrain, menyeru beliau kepada Islam. Rasulullah SAW memilih al-'Ala' bin al-Hadhrami

6. Risalah kepada Hauzah bin Ali penguasa al-Yamamah

Rasulullah SAW memilih Salit bin Amru al-Amiri untuk membawa risalahnya kepada Hauzah,

7. Risalah kepada AI-Harith bin Abi Syamar al-Ghassani pemerintah di Damsyik: Rasulullah SAW memberi tanggungjawab membawa risalah ini kepada Syuja' bin Wahb dari Banu Asad bin Khuzaimah.

8. Risalah kepada Raja Oman

Rasulullah SAW mengirim risalah kepada Raja Oman bernama Jaifar dan saudaranya Abd. Kedua-duanya adalah anak kepada al-Jalandi.

Rasulullah SAW menyerah risalah ini kepada Amru Ibni al-'Aas (r.a)

7- Baginda Rasul SAW bersetuju dengan usul mana-mana kabilah berhak untuk memilih sama ada untuk bergabung dengan kaum Muslimin atau kaum musyrik Quraisy.- walaupun Islam ini dulu, kini, & selamanya agama AlLah, tetapi untuk menganut agama ini tidak pernah ada walaupun sekali paksaan dari AlLah. Demikian juga untuk bergabung dengan mana-mana anutan semasa Perjanjian Hudaibiyyah ini, para kabilah bebas untuk menyata & memilih arah, sama ada untuk bergabung dengan sang Quraisy dari Mekah atau menjadi sekutu Baginda Nabi SAW yang datangnya dari Madinah.

Hebatnya wahyu AlLah di Hudaibiyyah menjadi kunci kepada peluasan sebaran dakwah & al-HamdulilLah kita menumpahkan banyak-banyak kesyukuran itu kepada AlLah, kerana tempias Perjanjian Hudaibiyyahlah kita pada hari ini dapat menundukkan wajah bersatu dalam agama AlLah.

Di bawah dimuatkan sedutan tentang Perjanjian Hudaibiyyah untuk dikongsi bersama, mudah-mudahan rahmat AlLah SWT buat pengarangnya yang sudi menumpahkan kudrat iradatnya menyusun Seerah untuk kegunaan umat Islam sedunia. Rahmat AlLah SWT juga buat hamba-NYA yang sudi menterjemahkannya kepada bahasa Melayu untuk dimanfaatkan kepada sesiapa yang tidak sempat untuk belajar & memahami bahasa Arab seperti saya (fauzi amir gus) ini.

SEERAH NABAWIYYAH

Al-Raheeq al-Makhtum

Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy

India

Pemenang Hadiah Pertama

Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Pada Bulan Zulkaedah Tahun Keenam (6) Hijrah

Dorongan Kepada Umrah al-Hudaibiah:

Dalam perkembangan seterusnya di Semenanjung Tanah Arab banyak hal memihak kepada kaum muslim, pemangkin kepada pembukaan agung dan kejayaan cemerlang kepada dakwah Islamiah semakin terserlah, persiapan ke arah menegakkan hak dan keistimewaan kaum muslimin untuk menunai ibadat mereka di masjid al-Haram kini sudah bermula, yang dahulunya mereka dihalang dan dinafikan hak mereka pada enam tahun yang silam.

Semasa di Madinah, Rasulullah SAW telah diperlihat dalam mimpinya bahawa Baginda bersama-sama sahabatnya telah memasuki al-Masjid al-Haram, memegang anak kunci, bertawaf dan melaksanakan ibadat umrah, antara mereka ada yang mencukurkan rambut manakala yang lain memendek rambutnya, Baginda SAW mencerita semuanya ini kepada sahabat-sahabatnya. Mereka semua amat gembira hingga menyangka yang mereka akan memasuki kota Makkah pada tahun itu juga. Serentak dengan itu Rasulullah SAW pun memberitahu para sahabat bahawa Baginda SAW akan keluar untuk berumrah, dan mereka semua pun bersiap untuk bersama-sama ke sana.

SERUAN MENYELURUH KEPADA KAUM MUSLIMIN

Rasulullah SAW menyampaikan seruannya kepada seluruh orang Arab dan penduduk kampung di sekeliling Madinah untuk keluar bersama-sama Baginda, tapi ada juga Arab-arab Badwi yang melambat-lambatkan, namun Rasulullah terus mencuci pakaiannya, dan menaiki untanya yang bernama al-Qaswa', dengan melantik Ibnu Maktum atau Namilah al-Laithi sebagai khalifahnya.

Baginda SAW keluar pada hari Isnin, satu haribulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah. Dalam perjalanan suci ini, Baginda SAW membawa bersama isterinya Ummu Salamah berserta seribu empat ratus (1,400) orang. Ada pendapat mengatakan seribu lima ratus (1,500) orang tanpa membawa peralatan perang, selain senjata untuk bermusafir, iaitu pedang-pedang bersarung.

KAUM MUSLIMIN BERGERAK MENUJU KE MAKKAH

Jamaah Umrah ini bergerak ke arah Makkah, sehingga apabila sampai di Zu al-Halifah, Baginda SAW menuntun sembelihan korban serta memulakan upacara umrah di tempatnya. Zu al-Halifah sebagai miqat makani (tempat permulaan ibadat) di sertai dengan pakaian ihram, sebagai memaklumkan kepada orang ramai ketibaannya bukan untuk berperang, walaupun demikian Baginda menghantar salah seorang dari qabilah Khuza'ah untuk mendapat berita

mengenai Quraisy. Setibanya Baginda SAW di Asafan perisikannya datang memberitahu dengan katanya:

"Semasa saya ke mari saya telah mendapati qabilah Kaab bin Lu'ai telah pun mengumpul orang-orang awam al-Ahabisy, mereka berhimpun untuk memerangi Rasulullah SAW, serta menghalang Rasulullah SAW dari memasuki Kaabah.”

Rasulullah SAW bermesyuarat dengan para sahabat dengan sabdanya: "Apakah kamu rasa baik kita serang keluarga mereka yang menolong puak yang menghalang kita, kemudian kita tawan mereka? Sekiranya mereka berdiam, berdiam dengan keadaan marah dan berduka, kalau mereka terlepas lari maka yang ditawan itu Allah SWT mencantas leher mereka, atau apakah sahabat sekalian berpendapat kita semua menuju ke Baitullah maka sesiapa halang kita, kita peranginya"?

Berkata Abu Bakar: "Allah SWT dan Rasul-NYA SAW lebih mengetahui, kita datang pun memang untuk berumrah, dan bukannya untuk memerangi sesiapa, tapi kalau ada orang yang menghalang kita ke Baitullah al-Haram kita perangilah mereka",

jawab Rasulullah SAW: "Ayuh kita teruskan perjalanan.

Maka mereka pun bergerak ke hadapan.

PERCUBAAN QURAISY MENGHALANG KAUM MUSLIMIN KE BAITULLAH

Sewaktu Quraisy mendengar berita perjalanan Rasulullah SAW, mereka terus mengadakan majlis permesyuaratan. Mereka membuat keputusan untuk menghalang kaum muslimin dari memasuki Baitullah al-Haram dengan apa cara sekalipun, tetapi selepas Rasulullah SAW berpaling dari sekatan golongan al-Ahabisy, satu berita telah diterima dari seorang Banu Kaab yang memaklumkan bahawa pihak Quraisy telah turun ke "Zi Tawa" beserta dua ratus askar berkuda

di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Mereka menunggu dan bersedia di "Kara' al-Ghamim" jalan utama ke Makkah. Khalid cuba menghalang kaum muslimin, beliau telah mengatur tenteranya berhadapan dengan tentera muslimin.

Kedua-dua askar tadi masing-masing dapat melihat lawannya, sebelum ini Khalid pernah melihat kaum muslimin bersembahyang Zohor dengan ruku' dan sujud, maka beliau berkata: "Mereka ini boleh diserang secara mengejut, kiranya kalau diserang nescaya dapat dikalahkan". Jadi beliau telah membuat keputusan untuk menyerang mereka semasa sembahyang Asar nanti, tetapi Allah telah menurunkan hukum solat khouf (solat dalam keadaan bahaya). Maka terlepaslah peluang yang dirancang oleh Khalid tadi.

TUKAR JALAN DAN USAHA MENGELAK PERTUMPAHAN DARAH

Rasulullah SAW mengambil jalan yang sukar di celah lorong-lorong bukit bersama kaum muslimin melencong ke sebelah kanan di antara dua kemuncak bukit al-Hamasy menuju ke lereng "al-Marar" terus ke dataran al-Hudaibiah dari arah bawah ke Makkah, meninggalkan jalan utama ke Baitullah al-Haram dengan melalui al-Tanaim. Dari situ Baginda SAW melencong ke sebelah kiri.

Apabila Khalid melihat pasukan tentera Islam menyimpang dari jalan yang sedang beliau tunggu, segera beliau memacu kudanya menemui Quraisy untuk memberi ingatan.

Rasulullah SAW meneruskan perjalanan hingga apabila sampai ke lereng di "al-Marar" unta tunggangan Baginda SAW melabuhkan diri di situ, semua orang menyebut: "Ayuh, ayuh". Tapi ianya enggan bergerak, maka kata mereka semua. "Tak nak berjalan dah mula berdegillah".

Jawab Rasulullah SAW: "Al-Qaswa tidak berdegil, kerana ini bukan perangainya, tetapi ianya diberhentikan oleh kuasa yang memberhentikan gajah-gajah dahulu". Sambung Rasulullah SAW: "Demi jiwaku ditangan-Nya, tidak mereka meminta dariku satu cara buat mereka mengagungkan kawasan Haram Allah itu, kecuali kujawab permintaan mereka itu".

Kemudian Rasulullah SAW menghalau untanya dan ia pun segera bangun, dan berpusing menuju ke arah hujung Hudaibiah, berdekatan dengan sebuah kolam yang bertakung sedikit air, orang ramai pun mengambil airnya yang sedikit di situ. Tidak lama kemudian airnya pun putus. Mereka semua mengadu hal kepada Rasulullah SAW mengenai kehausan yang mereka alami, Baginda SAW pun menarik keluar anak panah dari uncangnya, dan menyuruh mereka memacaknya di dalam kolam, demi Allah airnya terus keluar memenuhi keperluan mereka semua.

BUDAIL MENJADI ORANG TENGAH

DI ANTARA RASULULLAH S.A.W DAN QURAISY

Setelah Rasulullah SAW menetap di tempatnya itu, Budail bin Warqa' al-Khuzai' bersama beberapa orang dari Banu Khuza'ah, mendatangi Rasulullah s.a.w, Khuza'ah adalah penyimpan rahsia-rahsia Rasulullah SAW, mereka dari penduduk Tuhamah, kata Budail:

"Sebenarnya daku ini baru sahaja datang dari Kaab bin Lu'ai, mereka sudahpun bersiap dengan kekuatan mereka dan singgah di perairan al-Hudaibiah, bersama-sama mereka anak isteri mereka yang bertekad SAWmemerangi dan menghalang kamu dari memasuki Baitullah al-Haram.”

Kata Rasulullah SAW:

"Sebenarnya kami datang ini bukan untuk memerangi sesiapa. Tetapi kami datang untuk mengerjakan umrah, dan sesungguhnya Quraisy sudahpun keletihan dek peperangan demi peperangan, malah peperanganlah yang telah membinasakan mereka, sekiranya mereka mahu aku memohon penangguhan kuboleh lakukan hingga mereka boleh memberi laluan kepadaku, tapi kalau mereka suka menyertai perdamaian seperti orang lain, mereka boleh lakukan

sehingga dengan itu mereka boleh berehat, tapi kalau mereka enggan dan hendak teruskan peperangan demi Tuhan yang jiwaku ditangan-Nya akan kuperangi mereka habis-habisan hingga terlaksana urusan Allah".

Kata Budail: "Akan kusampaikan kepada mereka seperti dikau sebutkan itu", maka beliau pun terus pergi menemui Quraisy dan berkata: "Sesungguhnya daku ini telah mendatangi orang itu, dan telah kudengar darinya sendiri kata-katanya, sekiranya kamu rela, maka relalahku menyampaikannya".

Sampuk golongan singkat pemikiran dengan kata mereka: "Tak perlulah

kamu menceritakannya kepada kami".

Tapi kata yang waras pemikirannya: "Ceritakanlah kepada kami".

Kata beliau: "Kudengar darinya begini-begini",

Lalu Quraisy menghantar seorang utusan lain bernama Mikraz bin Hafs, Rasulullah SAW melihatnya, dan Baginda SAW berkata: "Orang ini jenis pengkhianat".

Sesampainya beliau di hadapan Rasulullah SAW, Baginda pun menyampaikan seperti mana yang disampaikan kepada Budail dan kawan-kawannya, dengan itu Mikraz pun pulang ke pangkuan Quraisy dan menceritakan segala-galanya.

UTUSAN-UTUSAN QURAISY

Diceritakan seorang lelaki dari Kinanah dikenali sebagai al-Hulais bin Alqamah telah berkata:

"Berilah peluang kepadaku untuk menemui Muhammad",

jawab mereka: "Ayuh pergilah".

Sebaik sahaja beliau dilihat oleh Rasulullah SAW, terus Baginda berkata: "Orang ini dari suku kaum yang memuliakan ibadat berkorban, ayuh perlihatkan kepadanya, maka diletakkan ternakan untuk sembelihan supaya beliau melihatnya, seluruh kaum muslimin mengalu-alu kedatangannya dengan suara talbiah, bila beliau melihat semuanya terus beliau berkata:

"Subhanallah, tidak seharusnya mereka ini dihalang dari melakukan peribadatan di Baitullah al-Haram ini".

Justeru beliau pun pulang semula menemui Quraisy dan berkata: "Di sana aku

lihat binatang-binatang sembelihan sudah tertambat dan ditanda untuk qurban, pada pendapatku, tidak wajar kita menghalang mereka.

Maka berlaku perbalahan pendapat antara beliau dan Quraisy.

Kata Urwah bin Mas'ud al-Thaqafi: "Orang ini telah pun menawarkan kepada kamu semua satu perancangan yang waras, terima sahajalah, biarkan aku pula yang pergi.

Jawab mereka: "Pergilah".

Beliau pun segera pergi menemui Baginda SAW. Rasulullah SAW pun menegaskan kepada beliau sebagaimana beliau nyatakan kepada Budail, maka kata Urwah: "Wahai Muhammad! Apa pandangankau, kalaulah kamu berjaya menghapuskan bangsakau ini, apa kaupernah dengar sebelum ini, ada seorang pribumi Arab memusuhi bangsanya sendiri. Seperti yang hendak kaulakukan ini? Kalau maksudmu bukan yang ini, Demi Allah muka-muka yang kulihat

ini adalah manusia awam lapisan biasa, mereka ini akan lari dan akan tinggalkan kauseorang.

Sampuk Abu Bakr r.a.: "Kamu ini jenis manusia yang menjilat air kecil berhala al-Lata, kami ini bukan jenis yang akan lari darinya!!

Beliau bertanya: Siapa orang ini,

jawab yang hadir: Itulah. Abu Bakr

kata Urwah: Demi Allah, kalau tidak mengenang budi, pastiku tidak

membiarkannya, malah kujawabnya. Beliau terus bercakap lagi dengan Rasulullah SAW, setiap kali beliau bersuara setiap kali itu pula beliau memegang janggut Baginda SAW, di masa itu al-Mughirah bin Syu'bah sedang berada di belakang Rasulullah s.a.w memegang pedangnya, bila Urwah memegang janggut Rasulullah SAW beliau mengetuk tangannya dengan hulu

pedangnya sambil berkata: "Jauh sedikit tanganmu itu",

Urwah mengangkat kepala seraya bertanya: "Siapa orang ini?,

jawab yang hadir: "Itulah al-Mughirah bin Syu'bah". Kata Urwah:

"Wahai pengkhianat, tidakkah kelmarin aku yang membasuh kekotoran dirimu itu?"

Semasa jahiliah al-Mughirah pernah berkawan dengan sekumpulan orang, kemudian beliau membunuh orang itu dan merampas harta mereka, kemudian beliau datang menemui Rasulullah SAW, dan mengucap dua kalimah syahadah. Jawab Rasulullah SAW: "Adapun Islamnya aku yang menerimanya, tapi harta yang dirampas itu aku tidak ada kena mengena".

Al-Mughirah bin Syu'bah adalah anak saudara Urwah.

Seterusnya Urwah bertindak menempelak sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan hubungan-hubungan mereka yang silam. Setelah itu beliau pun pulang menemui kawannya, dan berkata:

"Wahai kalian, demi Allah, aku ini pernah menemui raja-raja, Qaisar Roman dan Kisra Parsi dan Maharaja al-Najasyi dan tidak pernah pula kumelihat mereka disanjung sepertimana sahabat-sahabat Muhammad menyanjung diri Muhammad. Demi Allah, beliau meludah tidak sempat ludahannya itu jatuh ke tanah namun sudah ada tangan yang menadahnya dan disapunya ke badan dan muka mereka, dan bila Muhammad menyuruh semua mereka bersegera

melakukannya, bila beliau berwudhu' seolah-olah berlaku pergaduhan, masing-masing hendak mengambil air wudhu'nya dan bila beliau bercakap semua orang merendah suaranya, mereka tidak merenung tajam ke mukanya kerana menghormatinya, beliau ini telah mengemukakan kepada kamu semua perancangannya, ianya suatu perancangan yang bijak dan matang,

kuharap kamu semua dapat menerimanya”.

DIA(ALLAH SWT)LAH YANG MENGHALANG TANGAN

MEREKA DARI BERTINDAK KE ATAS KAMU

Bila golongan muda Quraisy mendapati golongan tua yang merupakan barisan pimpinan berminat untuk berdamai, sedang mereka berminat untuk berperang, maka mereka merencana satu pakatan jahat yang boleh menghalang proses damai, mereka membuat keputusan untuk keluar di waktu malam memasuki ke dalam kawasan perkhemahan Islam dan melakukan kacau bilau yang boleh menyalakan api peperangan. Rancangan itu mereka lancarkan di tengah

malam ketika sekumpulan pemuda Quraisy yang bersemangat seramai tujuh puluh (70) atau lapan puluh (80) orang turun melalui bukit al-Tanaim. Mereka cuba memasuki khemah Islam, tetapi mereka semua telah diberkas oleh Muhammad bin Salamah, ketua pengawal khemah Islam. Untuk tujuan perdamaian maka Rasulullah SAW membebaskan semua mereka, sehubungan

dengan kejadian ini turunlah ayat al-Quran bermaksud:

"Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari membinasakan kamu dan menahan tangan kamu dari membinasakan mereka di tengah kota Madinah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka ".

(al-Fath: 24)

UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI DUTA MENEMUI QURAISY

Kini Rasulullah SAW hendak mengirim seorang duta kepada Quraisy untuk meyakinkan mereka mengenai pendirian dan tujuan kedatangan mereka, Baginda SAW memanggil Umar bin al-Khattab untuk dihantar tetapi Umar meminta pengecualian dengan katanya: "Wahai Rasululllah, kecualikanlah daku, tiada siapa dari kalangan Banu Kaab yang bersimpati denganku sekiranya

aku disakiti. Hantarlah Uthman bin Affan, keluarganya ada di sana, dan beliau berupaya menyampaikan apa yang Rasulullah kehendaki".

Maka Rasulullah SAW menjemput Uthman dan dihantarnya beliau untuk berbicara dengan Quraisy. Kata Rasulullah SAW: "Beritahu mereka bahawa kita datang ke mari bukan untuk berperang tapi datang untuk mengerjakan umrah serta serukan mereka kepada Islam".

Baginda SAW juga menyuruh beliau bertemu dengan kaum lelaki mukmin dan wanita mukmin, memberitahu mereka perkhabaran yang mengembirakan bahawa Allah akan tampilkan agamanya di Makkah hingga tiada siapa pun yang akan merahsiakan imannya.

Saidina Uthman pun bergerak ke sana melalui orang-orang Quraisy yang sedang berada di Baldah. Tanya mereka: "Hendak ke mana ni?" Jawab beliau: "Aku ini telah diutuskan oleh Rasulullah SAW untuk tujuan begini-begini",

kata mereka: "Kami fahamlah apa yang kaukata itu, teruskan sahaja tujuanmu itu". Di situ Abban bin Said bin al-A'as bangun dan mengalu-alukan beliau dan mengenakan pelana ke atas kudanya dan membawa Uthman dengan kudanya itu.,beliau memberi perlindungan dan mengiringinya hingga sampai ke Makkah dan terus disampaikan perutusan kepada Quraisy.

Setelah itu beliau ditawar untuk bertawaf mengelilingi al-Kaabah, tapi beliau tolak tawaran itu dan enggan untuk bertawaf kecuali setelah dilakukan

oleh Rasulullah SAW terlebih dahulu.

KHABAR ANGIN MENGENAI PEMBUNUHAN UTHMAN DAN BAI'AH AL-RIDWAN

Quraisy telah menahan Uthman agak lama juga, kerana mereka hendak bermesyuarat sesama mereka untuk membuat keputusan yang muktamad, untuk mereka berikan kepada Uthman sebagai jawapan kepada perutusan yang akan dibawa oleh Uthman kepada Rasulullah SAW, oleh sebab itu maka tersebar luas berita yang mengatakan Uthman telah dibunuh oleh pihak Quraisy,

sehingga Rasulullah SAW sendiri telah menegaskan dengan katanya: "Kita tidak akan beredar dari sini hinggalah kita memerangi mereka". Untuk itu Baginda SAW meminta para sahabatnya berikrar dengan satu bai'ah (sumpah setia), berduyun-duyun mereka ke hadapan Rasulullah SAW memberi bai'ah untuk tidak akan bergerak dan berundur, berbai'ah secara jamaie untuk mati bersama.

Diceritakan orang-orang yang mula meletakkan tangannya ialah Abu Sinan al-Usdi, kemudian Salamah bin al-Akwa' untuk mati bersama, tiga kali di permulaan di pertengahan dan penyudah, malah Rasulullah SAW memegang tangannya sendiri dengan berkata: "Tangan ini mewakili Uthman".

Setelah selesai bai'ah, Uthman pun datang, maka beliau pun turut berbai'ah, tiada seorang pun yang melarikan diri kecuali seorang munafiq sahaja yang bernama Jad bin Qais. Upacara bai'ah ini Rasulullah SAW langsungkan di bawah sepohon kayu, Umar memegang tangan Rasulullah SAW manakala Ma'qal bin Yasar memegang ranting pokok berkenaan bagi pihak Rasulullah SAW, inilah

bai'ah al-Ridwan yang diturunkan padanya ayat al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai'ah kepada engkau di bawah sepohon pokok".

(al-fath: 18)

PEMETERAIAN PERJANJIAN DAMAI DAN AGENDA-AGENDANYA

Pihak Quraisy mengetahui situasi yang cemas itu, sehubungan dengan itu, mereka segera menghantar Suhail bin Amru untuk menerima perjanjian berkenaan, melalui perjanjian pihak Quraisy menyatakan supaya Rasulullah SAW dan para sahabatnya harus pulang ke Madinah tanpa peribadatan Umrah pada tahun ini, supaya tidak menjadi buah mulut bangsa Arab, bahawa

mereka memasuki Makkah secara kekerasan. Maka Suhail bin Amru pun datang menemui Rasulullah SAW: Apabila Rasul melihat Suhail, Baginda pun menyebut: "Allah mempermudahkan urusan kamu". Quraisy bermaksud untuk berdamai, kerana itu diutusnya orang ini. Suhail tiba dan bercakap dengan panjang lebar, mereka berdua bersetuju dengan asas-asas perdamaian seperti berikut:

1. Rasulullah SAW harus pulang sahaja pada tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka memasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itu pun pedang harus disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.

2. Dihentikan peperangan antara dua pihak untuk selama sepuluh (10) tahun hingga orang awam menikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti mengganggu lawannya.

3. Sesiapa yang ingin berikat janji dengan Muhammad dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berikat janji dengan Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang menyertai salah satu kem ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan, pelanggaran oleh mana-mana qabilah ini dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem induk.

4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai Muhammad tanpa izin dari orang yang dipertanggungjawabkan, hendaklah dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantas menyertai Quraisy tidak ditolak.

Rasulullah SAW memanggil Ali untuk menulis Nas perjanjiaan, Baginda SAW merencana kepada beliau dengan katanya: "Bismillah al-Rahman al-Rahim" Kata Suhail: "Ada pun lafaz al-Rahman itu kami tidak mengetahuinya, tapi tulis sahaja: "Bismika Allahumma".

Baginda menyuruh Ali menulisnya, kemudian direncana lagi "Inilah apa yang persetujui oleh Muhammad Rasulullah"

kata Suhail: Kalau kami percayakan kau sebagai Rasulullah pasti kami tidak menghalangkau atau memerangikau, oleh itu tulis namamu Muhammad bin Abdullah sahaja.

Kata Rasulullah: "Sesungguhnya daku ini Rasulullah, Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku". Baginda pun menyuruh Ali menulis "Muhammmad bin Abdullah serta memadam lafaz "Rasulullah', tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah memadamnya dengan tangannya sendiri, dengan itu

selesailah pembentukan format perjanjian.

Sebaik sahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuza'ah pun segera menyertai kem Rasulullah, kerana sejak dahulu lagi mereka ini menjadi sekutu banu Hasyim, sejak era Abdul Muttalib, seperti yang kita sebutkan di permulaan kitab ini, penyertaan mereka di hari ini lebih merupakan penegasan dan pengukuhan kepada penyertaan mereka yang dahulu. Manakala Banu Bakr menyertai kem Quraisy.

PENOLAKAN ABU JANDAL

Semasa jurutulis sedang sibuk untuk menyiapkan format perjanjian, tiba-tiba Abu Jandal bin Suhail berjalan mengheret rantai belenggu, menghempaskan dirinya di hadapan kaum muslimin, beliau lari keluar dari selatan Makkah, Suhail yang berada di situ meminta Rasulullah SAW membuat keputusan supaya memulangkan Abu Jandal ke pangkuan masyarakat musyrikin Quraisy, kata Rasulullah SAW: "Kita belum sempat mehyelesaikan format perjanjian lagi".

Kata Suhail: "Demi Allah! Inilah perkara pertama yang aku meminta kaumembuat keputusan mengenainya".

Kata Rasulullah SAW: ' Berilah kesempatan kepadaku".

Jawab Suhail: "Aku tak akan beri".

Jawab Rasulullah SAW: "Bahkan, kaumesti berikan".

KataSuhail: "Aku tidak akan beri".

Seterusnya Suhail menumbuk muka Abu Jandal, sambil memegang leher bajunya dan menyeret-nyeret untuk dibawa ke dalam masyarakat musyrikin Makkah, apa lagi Abu Jandal meneriak sekuat suaranya:

"Wahai kaum muslimin apakah kamu mahu aku diseret kembali ke dalam masyarakat musyrikin untuk difitnahkan ke atas agamaku?

" Kata Rasulullah SAW: "Bersabarlah dan bertahanlah wahai Abu Jandal, sesungguhnya Allah sedang memberi kepadakau dan orang-orang lain kalangan musthadfin yang bersamakau jalan keluar dan kelepasannya. Sebenarnya kami ini sedang mematerai perjanjian perdamaian dengan mereka, telahpun kami berikan perjanjian kami kepada mereka dan sebaliknya mereka juga telah memberi janji iqrar mereka, tak seharusnya kita mengkhianatinya.”

Umar segera bangun dan berjalan dengan Abu Jandal sebelah menyebelah seraya berkata:

"Sabar sahajalah wahai Abu Jandal, kaum musyrikin darah mereka sama seperti darah anjing, dan beliau mendekatkan hulu pedangnya kepada Abu Jandal, dengan berkata di dalam hatinya:

Aku mengharapkan beliau merampas pedang itu dariku, supaya dengannya sempat beliau membunuh bapanya, tapi beliau ini terasa berat untuk bertindak, berakhir dengan termaterainya perdamai ini.

MENYEMBELIH DAN BERCUKUR UNTUK BERTAHALLUL DARI UMRAH

Selepas Rasulullah SAW selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda SAW pun menyeru kepada sidang muslimin dengan sabdanya: "Ayuh sekarang kamu boleh bersembelih". Demi Allah tak seorang pun bertindak, hingga terpaksa Baginda SAW menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang menyahut. Dengan keadaan berduka Rasulullah SAW bangun dan masuk ke dalam khemah, menemui isterinya Ummu Salamah.

Baginda SAW menceritakan kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi respon kepada seruannya,

maka jawab Ummu Salamah: "Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan itu?" Ayuh Rasulullah, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut apa-apa suruhan pun, kemudian jemput tukang cukur mencukur rambut tuan hamba".

Rasulullah SAW pun keluar dari situ tanpa bercakap sepatah pun, Baginda SAW terus menyembelih korban dan menyuruh dicukur rambutnya. Bila sekalian yang menyertai umrah itu melihat Rasulullah SAW menyembelih dan bercukur maka masing-masing bergegas menyembelih ternakan dan cukur mencukur. Hampir berlaku perbalahan, unta disembelih untuk tujuh bahagian, lembu untuk tujuh bahagian dan Rasulullah SAW menyembelih unta rampasan Abu Jahal dahulu yang hidungnya bersubang perak untuk membangkitkan kemarahan kaum musyrikin. Di situ Rasulullah SAW berdoa kepada sekalian yang mencukur kepala mereka dengan memohon keampunan khusus untuk mereka yang mencukur rambut sebanyak tiga kali, dan sekali untuk mereka yang hanya memendekkannya. Dalam perjalanan umrah ini terturun firman Allah mengenai mereka yang bercukur kepala kerana berpenyakit iaitu diganti atau difidyahkan dengan berpuasa atau mengeluar sedekah atau korban. Sebab nuzul (turun) ayat ini ialah mengenai Ka'ab bin 'Ajarah yang berkudis di kepalanya hingga terdapat ulat-ulat yang luruh dari kudisnya. (Penterjemah).

RASULULLAH ENGGAN MENGHANTAR PULANG WANITA MUKMIN YANG BERHIJRAH

Sekumpulan wanita mukmin telah berhijrah, para wali mereka telah datang menemui Rasulullah SAW supaya dipulangkan mereka ini kepangkuan keluarga di Makkah bagi menepati perjanjian al-Hudaibiah yang dipersetujui dahulu, tetapi Rasulullah enggan melayan permintaan mereka atas alasan nas perjanjian yang bermaksud: "Bahawa tiada seorang lelaki pun dari sebelah Quraisy yang harus menyertaikau walaupun beliau itu di atas agamamu, kalau tidak, mestilah dihantar balik". Nas perjanjian ini tidak merangkum kaum wanita sama sekali, mengenai kejadian ini Allah telah menurunkan ayat-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah padamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka, maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka benar-benar beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir, mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami-suami mereka mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atasmu mengahwini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu berpegang pada tali (perkahwinan) dengan perempuan-perempuan kafir "

(al-Mumtahanah: 10)

Biasanya Rasulullah SAW menguji kaum wanita, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Apabila datang kepada mu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tiada akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak, tidak akan berbuat dosa yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka, dan tidak akan menderhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan memohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengampun lagi Maha Penyayang".

(al-Mumtahanah: 12)

Sesiapa dari mereka akur dengan syarat-syarat ini maka Rasul akan berucap yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku berbaiah dengan kau dan mereka ini tidak dipulangkan ".

Kaum muslimin, menceraikan isteri-isteri mereka yang kafir berdasarkan hukum ini, Umar ibni al-Khattab menceraikan dua orang isterinya yang kafir. Seorang darinya Muawiyah yang dikahwini olehnya dan seorang lagi oleh Sofwan bin Umaiyah.

FAEDAH-FAEDAH DARI SYARAT PERJANJIAN

Inilah perdamaian sementara Hudaibiah, sesiapa yang cuba memahami lebih mendalam terhadap butiran perjanjian di samping suasana yang melatarbelakangkannya, pasti menyakini yang ianya adalah kemenangan besar kepada umat Islam, sebelum ini Quraisy tidak mengiktiraf kehadiran umat Islam, malah pihak Quraisy berusaha membanteras mereka ke akar

umbi dan menunggu untuk menyaksi kemusnahan mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya untuk menghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai kepada manusia ramai yang sifatnya sebagai pemimpin agama dan dunia di Semenanjung Tanah Arab.

Kecenderungan mereka untuk berdamai bererti mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, syarat yang ketiga dengan seluruh isi kandungannya

memperlihatkan, kini Quraisy sudah melupai peranan Islam sebagai pemimpin Arab, agama dan dunia, kerana sudah tidak peduli selain dirinya sahaja. Adapun orang lain dan semenanjung Arab semuanya, kalau hendak memeluk Islam pun tidak mengapa. Ianya tidak akan campur tangan langsung, yang penting hanya dirinya sahaja, tidakkah ini merupakan satu kekalahan yang amat parah? Bahkan ianya satu kemenangan yang cemerlang bagi Islam.

Peperangan yang bermatlamatkan merampas harta benda, meragut nyawa dan membunuh manusia atau memaksa musuh supaya memeluk Islam, bukan tujuan pertama dan utama dari peperangan tadi, sebaliknya ialah mewujudkan satu kebebasan yang menyeluruh untuk manusia sejagat di dalam memilih akidah dan agama mereka.

"Siapa mahu, dia boleh beriman dan siapa mahu, dia boleh kufur".

(al-kahfi:29)

Hingga tidak berlaku satu penghalang antara manusia dan kehendaknya, kini matlamat sudah pun tercapai dengan segala anasir dan ciri-cirinya. Boleh jadi dengan pencapaian dan kemenangan agung ini tidak berlaku lagi peperangan.

Melalui perjanjian damai ini umat Islam telah memperolehi kebebasan besar di dalam dakwah, sebelum perjanjian, tentera Islam tidak lebih tiga ribu (3,000) orang sahaja, tetapi bilangan ini bertambah hingga sebelum pembukaan

kota Makkah dalam tempoh dua tahun menjadi sepuluh ribu (10,000) orang.

Adapun syarat yang kedua yang merupakan bahagian kedua dalam faktor kemenangan agung Islam, kerana kaum muslimin tidak merupakan pihak yang memulakan peperangan, tetapi Quraisylah pihak yang memulakan pergaduhan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan merekalah yang memulakan terhadap kamu pada kali pertama".

(al-Taubah: 13)

Sedangkan maksud kaum muslimin dengan rondaan ketenteraan mereka, tidak lebih dari menyedar dan mengingatkan Quraisy tentang kesombongan dan halangannya terhadap usaha ke jalan Allah, supaya Quraisy jujur dan bertindak saksama terhadap kaum muslimin. Semua ini bertujuan agar setiap kem boleh beusaha dalam suasana yang selesa.

Syarat menangguhkan peperangan untuk tempoh sepuluh tahun merupakan pembatasan terhadap kesombongan dan halangan Quraisy tadi dan sebagai tanda kegagalan orang yang mula menyalakan api peperangan, dan sebagai petanda kedhaifan dan keruntuhan mereka.

Manakala syarat perdamaian pertama mentafsirkan pembatasan kuasa Quraisy yang biasa menghalang peribadatan di masjid al-Haram, ianyajuga pertanda kekalahan Quraisy malah tiada suatu pun dari syarat-syarat perjanjian yang memberi kepuasan kepadanya selain dari sekadar menghalang pada tahun itu sahaja.

Quraisy telah menghadiahkan percuma syarat-syaratnya yang tiga di atas kepada kaum muslimin, ianya menikmati syarat yang keempat, itu

pun syarat yang tidak berfaedah sangat, yang tidak ada apa-apa erti pun, tidak pula membahayakan kaum muslimin, seperti yang diketahui bahawa selagi mana seorang muslim itu tetap muslim, beliau tidak akan lari dari Allah dan Rasul-Nya, atau dari bandaraya Islam "al-Madinah" kecualilah kalau ianya murtad secara nyata atau rahsia, dan kalau ianya murtad maka Islam tidak memerlukannya lagi malah berpisahnya beliau dari masyarakat Islam lebih

baik dari beliau tinggal di dalamnya, inilah apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang lari dari kita kepada mereka semoga dijauhkannya oleh Allah".

Adapun orang yang memeluk Islam dari penduduk Makkah dan tidak berpeluang untuk mendapat perlindungan di Madinah, namun bumi Allah masih luas, tidakkah al-Habsyah merupakan bumi luas untuk kaum muslimin mendapati perlindungan di sana? Terutama semasa penduduk al-Madinah belum menganut Islam. Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW

dalam sabdanya yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang mendatangi kita dari kem mereka, Allah akan menjadikan kepadanya kelapangan dan jalan keluar "

Perkiraan dan kewaspadaan pihak Quraisy seperti ini, meskipun seolah-olah memperlihatkan usaha dan mempertahankan keagungan maruahnya, tetapi sekaligus menunjukkan kepanikan, keresahan, dan kelemahan mereka. lanya juga menunjukkan ketakutan mereka yang amat sangat tentang masa depan entiti berhala. Perjanjian ini bagaikan mereka sudah menduga dan

merasa institusi dan kayanya sedang menunggu saat dan masa keruntuhan. Oleh sebab itu wajarlah mereka membuat perhitungan seperti ini. Keterbukaan Rasulullah SAW untuk tidak dipulangkan mana-mana individu yang lari dari Islam untuk menyertai Quraisy, sebenarnya adalah bukti bahawa Rasulullah SAW bergantung dengan usaha-usaha pengukuhan sahsiah umat Islam

sepenuhnya. Oleh sebab itu Baginda SAW tidak langsung curiga atau takut dengan syarat ini.

KAUM MUSLIMIN BERDUKACITA & UMAR BERBINCANG DENGAN NABI (S.A.W)

Apa yang kita bicarakan ialah intipati syarat-syarat perjanjian. Namun demikian terdapat dua fenomena yang membawa kaum muslimin seluruhnya berdukacita amat sangat.

Pertama: Sebelum ini Baginda SAW telah memaklumkan sekalian masyarakat Islam bahawa mereka akan menziarahi Baitullah seterusnya bertawaf di sekelilingnnya, tapi mengapa pula kini harus mereka pulang tanpa melaksanakan peribadatan tawaf itu?

Kedua: Sesungguhnya Rasulullah berada atas kebenaran, dan Allah pula telah menjanjikan penampilan agamanya, tapi kini mengapa pula Rasulullah SAW menerima tekanan Quraisy dan membiarkan Quraisy menjadi superior dalam proses damai ini?

Dua gejala inilah yang menjadi titik pertanyaan, keraguan, kesangsian dan waham. Perasaan umat Islam tercabar kerananya, ianya telah mempengaruhi kewarasan untuk berfikir tentang natijah-natijah baik dari syarat-syarat

perjanjian ini.

Boleh jadi Saidina Umarlah antara orang yang paling bersedih, hingga dengannya beliau telah datang menemui Rasulullah SAW untuk bertanya: "Wahai Rasulullah, tidakkah kita ini atas kebenaran dan mereka atas kebatilan".

Jawab Rasulullah: "Bahkan".

Kata Umar lagi: "Tidakkah syahid-syahid kita di dalam syurga dan yang mati dalam kalangan mereka di dalam neraka?"

Jawab Rasulullah: "Bahkan".

Kata Umar: "Kalaulah demikian mengapa kita membenarkan kerendahan kepada agama kita, kita hendak pulang pula, kenapa Allah menghukum di antara kita dan mereka sebegini rupa?"

Jawab Rasulullah: "Wahai anak al-Khattab! Aku ini Rasulullah, utusan Allah, masakan harus aku menderhakai-Nya, Dialah Pembantuku, Dia tidak akan membiarkanku dan mengabaikan daku sama sekali".

Kata Umar: "Tidakkah tuan hamba menceritakan kepada kita semua bahawa kita akan menziarahi Baitullah al-Haram dan bertawaf di sekelilingnya?"

Jawab Rasulullah: "Bahkan! Apakah kukatakan pada tahun ini?

Jawab Umar: "Tidak".

Kata Rasulullah: "Tetapi kauakan menziarahinya dan bertawaf di sekelilingnya".

Umar beredar dari situ dengan hati membawa kemarahan untuk menemui Abu Bakr, bila bertemu seraya bersoal-jawab seperti apa yang beliau lakukan dengan Rasulullah SAW dan menegaskan lagi.

Jawab Abu Bakr: "Umar! Kaumestilah berpegang dengannya hingga ke akhir

hayatmu, demi Allah sesungguhnya Baginda SAW adalah Rasulullah yang berada atas kebenaran.

Kemudian turunlah firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya kami menangkan engkau dengan satu pembukaan yang nyata " (al-Fath: 1)

Rasulullah SAW menyampaikan ayat ini kepada Umar, maka beliau bertanya: "Wahai Rasulullah apakah ianya kemenangan?"

kata Rasulullah: "Ya".

Dengan itu jiwa Umar kembali tenang.

Selepas itu Umar menyesal dan berdukacita atas sikapnya itu, maka kata beliau: Untuk itu maka aku lakukan kerja-kerja amal, terus kubersedekah, berpuasa, sembahyang, dan memerdekakan hamba-hamba sahaya bagi menggantikan tindakanku di hari itu, keranaku takut di atas keceluparan percakapanku itu, dengan harapan semoga semuanya itu hanyalah untuk kebaikan semata-mata.

MAKA SELESAILAH KRISIS GOLONGAN MUSTADHAFIN

Sekembalinya Rasulullah SAW ke Madinah, Baginda SAW terasa aman seketika suasananya, tiba-tiba salah seorang Islam, yang teraniaya di Makkah dan disiksa terlepas lari dari kurungan Quraisy, beliau dikenali sebagai Abu Basir dari Banu Thaqif sekutu Quraisy, pihak Quraisy segera menghantar dua orang utusannya buat menemui Rasulullah SAW, maka kata utusan itu kepada Rasulullah: "Kami datang ini kerana perjanjian yang kami meteraikan itu",

Rasulullah SAW pun segera menyerahkan Abu Basir kepada dua orang utusan tadi, kedua mereka membawa pulang Abu Basir ke Makkah hingga apabila mereka sampai ke tempat bernama "ZulHulaifah"mereka pun berhenti dan memakan bekalan mereka iaitu buah tamar,

kata Abu Basir: "Aku tengok pedang kamu itu istimewa juga".

Beliau pun mencabut pedangnya, dengan berkata: "Memang benar, Demi Allah ianya benar-benar istimewa, aku telah cubanya berulang kali"

Kata Abu Basir: "Cuba aku tengoknya".

Sebaik sahaja beliau memegangnya terus beliau membunuh tuannya. Yang seorang lagi lari hingga sampai ke Madinah, beliau berlari hingga ke dalam masjid, apabila Rasulullah SAW melihatnya Baginda SAW berkata: "Orang ini mendapati sesuatu yang menakutkan beliau".

Apabila sampai di hadapan Rasulullah SAW terus beliau berkata: "Kawanku telah pun dibunuh, dan aku pun hampir-hampir dibunuhnya juga".

Setelah itu Abu Basir pula menyusul tiba lantas berkata:

"Wahai nabi Allah, demi Allah kini Allah sudah pun menunai tanggungjawabmu, kerana dikembalikan aku ke pangkuanmu, nah! sekarang Allah membebaskan daku".

Jawab Rasul: "Duhai ibuku, ini satu angkara pula, inilah pencetus peperangan, seandainya ada seorang lagi....,

apabila Abu Basir mendengar kata-katanya ini beliau yakin yang Baginda SAW akan menghantar beliau semula kepada pihak Quraisy, dengan itu terus beliau lari dari situ hingga sampai ke kawasan bernama "Saiful Bahri".

Pada masa yang sama Abu Jandal bin Suhail terlepas lari dari Makkah, malah terus beliau menyertai Abu Basir hingga terkumpul di sana sebilangan orang Islam yang terlepas lari dari Quraisy semua mereka menyertai Abu Basir. Demi Allah apabila mereka mengetahui ada kafilah Quraisy yang keluar untuk ke negeri Syam terus mereka memintasnya, membunuh orangnya menawan hartanya, akhirnya Quraisy terpaksa mengutus utusan, meminta kasihan belas Rasulullah SAW; iaitu sesiapa yang lari dari Makkah menyertai Baginda, adalah bebas, dengan itu nabi pun memberitahu mereka supaya masuk Madinah.

SATRIA-SATRIA QURAISY MEMELUK ISLAM

Dipermulaan tahun ke tujuh (7) Hijrah, selepas perjanjian al-Hudaibiah, Amru bin al-A'as, Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah mendapat hidayah memeluk Islam. Setibanya mereka di hadapan Rasulullah, Baginda bersabda: "Ini dia Makkah telah mencampak kepada kita buah hati kesayangannya".

MARHALAH KEDUA: SATU PERKEMBANGAN BARU

Sesungguhnya perjanjian al-Hudaibiah adalah satu era baru kepada perkembangan Islam dan perjuangan umatnya. Sebelum ini, Quraisy merupakan kuasa terkuat terangkuh, sombong dan bongkak memusuhi Islam. Dengan penarikan diri dari kancah peperangan kepada meja perdamaian dan keamanan bererti salah satu dari tiga sayap kuat barisan bersekutu telah patah

(Quraisy, Ghatafan dan Yahudi).

Quraisy mewakili kuasa penganut-penganut berhala, dan pimpinannya di bumi Arab; kini perasaan golongan penyembah berhala (al-Wathani) menurun, sikap permusuhan mengurang, sebab itu kita melihat pelanggaran Ghatafan terhadap Islam tidak sebesar sebelum perjanjian, itu pun kerana rangsangan golongan Yahudi.

Manakala kaum Yahudi pula menjadikan Khaibar sebagai sarang konspirasi dan pakatan jahat mereka selepas pembuangan dari bumi Yathrib, ianya menjadi sarang pembiakan kader-kader syaitan yang memarak api-api fitnah, darinya juga terkeluar insentif-insentif kepada Arab-Arab Badwi yang bermaustautin di pinggir-pinggir al-Madinah. Azam Yahudi untuk membenteras Nabi SAW dan kaum muslimin tidak kunjung padam dari kesumat mereka atau setidak-tidaknya menimpakan kaum muslimin dengan kerugian-kerugian yang parah. Oleh sebab itu langkah terawal dan tegas yang diambil oleh Rasulullah SAW selepas perjanjian al-Hudaibiah ialah melancarkan serangan habis-habisan

ke atas sarangnya.

Marhalah yang dilalui oleh kaum mlislimin selepas perdamaian, memberi peluang paling baik untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Keaktifan mereka berlipat-ganda di ruang dakwah, kecergasan mereka terserlah di dalam sektor ini, lebih dari kecergasan mereka di sektor ketenteraan, maka sebab itu kami berpendapat ada baiknya marhalah ini dibahagikan kepada dua:

1. Aktiviti di medan dakwah atau perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor.

2. Aktiviti ketenteraan.

Sebelum kita meneruskan pembicaraan mengenai kecergasan ketenteraan di dalam marhalah ini, terlebih dahulu kita bicarakan tajuk perutusan kepada raja-raja dan gabenor-gabenor, kerana dakwah Islamiah merupakan keutamaan, malah lantarannyalah kaum muslimin mengalami segala fitnah, kesakitan, peperangan, penindasan, kegawatan dan kekacauan.

PERUTUSAN KEPADA RAJA-RAJA DAN GABENOR-GABENOR

Penghujung tahun keenam (6) Hijrah iaitu semasa kepulangan Rasulullah SAW dari al-Hudaibiah, Baginda telah mengutuskan surat kepada golongan raja-raja menyeru mereka kepada al-Islam.

Apabila Rasulullah hendak menulis surat-surat ini kepada raja-raja berkenaan maka Baginda SAW telah dinasihati dengan kata mereka: "Golongan raja-raja ini tidak akan menerimanya kalau surat-surat itu tidak bercop mohor justeru itu, Rasulullah SAW mengunakan mohor yang diperbuat dari perak, berukir dipermukaannya lafaz-lafaz "Muhammad Rasulullah", tiap-tiap lafaz pada

barisan yang tersendiri.

Rasulullah SAW memilih dari kalangan sahabatnya yang berpengetahuan lagi berpengalaman sebagai utusan-utusan, mereka diutuskan kepada raja-raja. Al-Allamah al-Mansurfuri telah memastikan bahawa Rasulullah SAW menghantar mereka semua pada awal Muharam tahun ketujuh (7) beberapa hari sebelum baginda keluar ke Khaibar. Berikut diturunkan nas-nas risalah yang terutus itu dan natijah yang diperolehi selepasnya.

1. Risalah kepada al-Najasyi, Maharaja al-Habsyah Al-Najasyi ini bernama Ashamah bin al-Abhar, Rasulullah SAW menulis kepadanya yang dibawa oleh Amru bin Umaiyah al-Dhamri pada akhir tahun keenam atau pada Muharam tahun ke tujuh (7) Hijrah, al-Tabari telah merakam nas risalah, namun setelah kita meneliti dengan cermat nas berkenaan, ianya bukanlah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah selepas al-Hudaibiah. Malah ianya boleh jadi nas risalah yang dibawa oleh Jaafar bin Abi Talib bersama-sama sahabatnya yang telah keluar berhijrah ke al-Habsyah, semasa baginda masih di Mekah belum berhijrah lagi. Kerana di dalamnya tersebut nama-nama mereka yang berhijrah di penghujung surat, dengan lafaz berikut:

(Dan sesungguhnya kukirimkan kepada kamu anak saudaraku Jaafar dan beberapa orang Islam bersama-sama dengannya, sekiranya beliau sampai, terimalah mereka dan kuharapkan dapat tinggalkanlah sifat sombongmu itu).

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan dari Ibnu Ishak satu nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah kepada al-Najasyi, seperti berikut:

Inilah risalah dari Muhammad sifatnya sebagai Nabi, kepada al-Najasyi, salam sejahtera kepada pengikut cahaya hidayat, beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, mengakui tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada teman dan anak; dan sesungguhnya Muhammad itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya, aku ini Rasulullah dan anutlah Islam nescaya kamu selamat.

Wahai ahli kitab! marilah kepada suatu kalimah yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah kecuali Allah dan kita tidak persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan janganlah sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah.

Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahawa kami adalah hamba yang menyerahkan diri kepada Allah". Sekiranya kamu menolak maka atas kamulah dosa-dosa kaum al-Nasrani bangsakau itu.

Pengkaji terkenal Doktor Hamidullah telah mengemukakan kandungan risalah yang baru beliau ketemui beberapa ketika yang lepas, seperti mana yang diturunkan oleh Ibnu al-Qayyim dengan beberapa kelainan pada beberapa lafaz sahaja. Doktor Hamidullah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelidiki kandungan tersebut disokong dengan penemuan-penemuan

semasa, justeru beliau memuat gambar risalah berkenaan ke dalam kitabnya, seperti berikut yang bermaksud:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"

Dari Muhammad Rasulullah kepada al-Najasyi Yang Di Pertuan Agung negara Habsyah, salam sejahtera ke atas orang yang mengikuti hidayah. Adapun selepas itu, bahawa sesungguhnya daku memujimu Allah yang tiada Tuhan melainkan Dialah Tuhan "al-Malik al-Quddus, al-Salam, al-Mu 'min al-Muhaimin. daku mengakui bahawa Isa adalah anak Mariam roh Allah dan kelebihan-Nya, yang dicampak kepada Mariam yang tulus murni suci, maka dengannya beliau

mengandung Isa dari roh-Nya dan tiupan-Nya, seperti mana dicipta Adam dengan tangan-Nya, dan kini aku menyeru kamu kepada Allah yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, memberi ketaatan kepadanya, hendaklah kamu mengikutiku, beriman dengan yang diturun kepadaku, sesungguhnya aku adalah utusan Allah, aku mengajakkau dan tenterakau kepada Allah Azzawajalla. Sebenarnya telahpun kusampaikan dan menasihati, maka terimalah nasihatku ini,

dan salam ke atas orang yang mengikut hidayat".

Yang berbahagia Doktor Hamidullah menegaskan inilah nas Risalah yang ditulis oleh Rasulullah SAW kepada al-Najasy selepas perdamaian al-Hudaibiah. Adapun kesahehan nas ini tidak diragui, setelah diteliti bukti-buktinya, manakala apa yang dikemukakan oleh al-Baihaqi diriwayatkan Ibnu Ishak lebih menyamai dengan risalah-risalah yang ditulis oleh Rasulullah SAW kepada raja-raja dan gabenor-gabenor Nasrani selepas perdamaian al-Hudaibiah kerana

dalamnya tersebut ayat al-Quran (terjemahannya):

"Hai Ahli al-Kitab marilah kamu kepada kalimah yang bersamaan

antara kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah melainkan

Allah dan tiada kita mempersekutui-Nya dengan sesuatu , pun dan tiada sesetengah kita menganggap yang lain menjadi Tuhan, selain dari Allah.

Kalau mereka berpaling, kamu katakanlah: Jadi saksilah kamu, bahawa kami ini orang-orang Islam "

Kiranya inilah kebiasaan Rasulullah SAW mengutus risalah kepada raja-raja Nasrani, di samping itu al-Baihaqi juga telah menyebut nama al-Ashamah dengan jelas. Sedang nas yang dikemukakan oleh Dr. Hamidullah pada pendapat saya ialah risalah yang ditulis oleh Rasulullah SAW selepas kematian al-Ashamah yang dituju kepada penggantinya maka sebab itu tidak disebut nama al-Ashamah. Urutan risalah yang saya sebutkan ini tidak ada satu bukti jelas, selain dari pengakuan isi kandungan risalah itu sendiri sebagai buktinya. Tetapi yang peliknya Dr. Hamidullah menegaskan bahawa risalah yang disebut oleh al-Bahaiqi riwayat Ibnu Abbas itu adalah nas risalah yang ditulis oleh Rasulullah SAW selepas kematian Ashamah kepada penggantinya, sedang

padanya disebut nama Ashamah secara terang-terangan. Ilmu sebenarnya hanya pada Allah.

Sebaik sahaja Amru bin Umaiyah al-Dhamri sampai ke Habsyah, terus beliau serahkan risalah Rasulullah SAW kepada raja al-Najasyi, beliau mengambil risalah tersebut dan menyanjungnya dengan meletakkannya ke atas matanya, dan bergerak turun dari singgahsananya, segera beliau memeluk Islam di hadapan Jaafar bin Abi Talib dan beliau menulis surat kepada nabi

Muhammad SAW sebegini nasnya yang bermaksud:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Kehadapan Muhammad Rasulullah dari al-Najaysi Ashamah, Salam sejahtera dan Allah ke atas engkau wahai nabi Allah, Rahmat Allah dan berkat-Nya, Allah yang tiada Tuhan selain-Nya, Adapun selepas ini:

Telahpun sampai ke tanganku risalahmu wahai Rasulullah SAW. Sehubungan bicaramu mengenai hal Isa, demi Tuhan Petala Langit dan Bumi sebenarnya Isa tidak lebih dan apa yang tuan hamba sebutkan, memang baginda seperti yang tuan hamba sebutkan itu, kami memahami apa yang engkau utuskan kepada kami itu, kami telahpun menerima anak saudara dan sahabat-sahabat

tuan hamba itu sebagai tetamu kami, di tangan-Nya kumenyerah diri kepada Allah Tuhan Rabul Alamin.”

Nabi SAW telah pun meminta al-Najasyi supaya mengirim pulang Jaafar dan orang yang bersamanya, Muhajirin al-Habsyah, dengan itu al-Najasyi pun menghantar mereka bersama-sama Amru bin Umaiyah al-Dhamri di dalam dua buah kapal. Jaafar selamat sampai ke Madinah semasa baginda di Khaibar. Al-Najasyi telah wafat di bulan Rejab tahun kesembilan Hijrah (9) selepas peperangan Tabuk. Rasulullah SAW menyampaikan berita kewafatan beliau ini, malah Rasulullah SAW bersembahyang ghaib ke atasnya, setelah itu takhtanya disandang oleh raja-raja lain sebagai penggantinya dan sekali lagi Rasulullah SAW menghantar surat menyeru beliau kepada Islam, di sini tidak diketahui sama ada beliau memeluk Islam atau tidak.

2. Risalah kepada al-Maquqis Raja Mesir Nabi (s.a.w) telah menulis sepucuk risalah kepada Juraij bin Matta yang bergelar al-Maquqis Raja Mesir dan Iskandariah.

“Dari Muhammad hamba Allah dan utusan-Nya

kepada al-Maquqis Pembesar Qibti, salam sejahtera

ke atas yang mengikut hidayat. Adapun selepas itu,

maka saya menyeru engkau dengan seruan Islam,

anutilah Islam nescaya selamatlah tuan, anutilah Islam nescaya

Allah berikan tuan dua pahala, kalau tuan berpaling tadah,

maka tanggunglah dosa orang Qibti semuanya Wahai ahli kitab!

Marilah kita kepada suatu yang tidak ada perselisihan

antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah

kecuali Allah dan kita tidak persekutukan-Nya dengan sesuatu

dan tidak pula sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain

sebagai tuhan melainkan Allah. Jika mereka berpaling,

maka katakan kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami

adalah hamba yang menyerahkan diri kepada Allah".

Rasulullah SAW memilih Hatib bin Abi Baltaah untuk membawa risalah ini, kepada al-Maquqis. Sebaik sahaja beliau di hadapannya Hatib pun berkata: "Pemerintah sebelumkau ini telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan

tertinggi maka Allah mengutuknya di dunia dan akhirat, dengan itu

Allah menghukum ke atasnya dengan bala dan azab-Nya,

harap kiranya kauboleh mengambil pengajaran darinya, dan jangan biarkan dirikau menjadi bahan pengiktibaran orang kemudian."

Jawab Maquqis: "Sebenarnya kami ada agama pegangan tersendiri, kami tidak

akan meninggalkannya kecuali kepada ajaran yang lebih baik darinya."

Maka jawab Hatib: "Di sini kami menyeru kamu kepada agama Islam di mana Allah memberi jaminan penyempurnaan-Nya dengan yang tidak terdapat pada ajaran- ajaran lain, sesungguhnya Nabi SAW ini menyeru manusia kepadanya, dan Quraisy adalah sekuat-kuat penentangnya, sejahat-jahat seterunya adalah kaum Yahudi dan yang terdekat kepadanya adalah kaum Nasrani, demi sesungguhnya bisyarah(berita baik) Musa tentang Isa adalah sama seperti bisyarah Isa tentang Muhammad, kami menyeru kamu kepada al-Quran, sama seperti kaumenyeru penganut-penganut al-Taurat kepada al-Injil, setiap yang sempat dengan satu kaum yang sebelum maka kaum itu dianggap sebagai kaumnya yang harus diseru kepada ajarannya, dan mereka berkewajipan mentaatinya, tuan adalah di antara orang yang sempat dengan nabi ini. Kami tidak melarangkau dari agama al-Masih tetapi kami menyerukau ke arah itu."

Jawab al-Maquqis: "Sesungguhnya telahpun kurenung perkara Nabi ini, maka kudapati suatu hal yang tidak boleh dilepaskan dan tidak boleh dihalangi orang yang inginkannya, tidak pula kudapat semacam mana amalan sihir yang boleh menyesatkan, tidak pula sebagai paderi yang mendusta, malah bersama beliau tanda-tanda kenabian yang boleh merungkai rahsia tersembunyi, seterusnya boleh mencerita penelahan masa depan, semua ini akan kufikir."

Dengan itu beliau mengambil bingkisan Rasululllah SAW itu, dimasukkan ke dalam tabung yang diperbuat dari gading dan ditutup lalu diserahkannya kepada perempuan suruhannya. Dan dipanggil seorang kerani untuk menulis bingkisannya dengan bahasa Arab, untuk Rasulullah SAW:

"Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Penyayang" Untuk Muhammad bin Abdullah dari al-Maquqis pembesar Qibti salam sejahtera ke atasmu, ada pun selepas ini, telahpun kutatapi bingkisanmu itu dan kufaham segala yang tersurat di dalamnya juga dengan apa yang kauserukan itu, dalam pengetahuanku memang seorang Nabi masih tertinggal lagi. Pada

sangkaanku ianya akan diutuskan di negeri al-Syam, dan kutelah memuliakan utusankau, bersamanya kukirimkan dua orang perempuan untukkau, mereka berdua mempunyai kedudukan mulia pada orang-orang Qibti, kain pakaian, kuhadiahkan seekor baghal untukkau tunggangi dan salam ke ataskau.”

Tidak lebih dari itu dan beliau tidak memeluk Islam, dua orang perempuan ialah Mariah dan Sirin, baghal Waldal hidup hingga ke zaman Muawiyah, manakala Mariah dijadikan sebagai jariahnya, darinya Rasulullah mendapat anak lelakinya Ibrahim, Adapun Sirin diberinya kepada Hassan bin Thabit al-Ansari.

3. Bingkisan kepada Kisra Raja Parsi

Rasulullah (s.a.w) telah menghantar bingkisan kepada Kisra raja Parsi:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad utusan Allah kepada Kisra Pembesar Parsi, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayat, beriman dengan Allah dan Rasul-Nya,

dan bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada

sekutu bagi-Nya dan Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya, di sini kumenyerukankau dengan seruan Allah, maka sesungguhnya aku adalah Rasulullah diutuskan kepada manusia sekalian, memberi inzar kepada sesiapa yang hidup, memberi kata benar kepada kaum kafirin, anutilah Islam nescaya kauselamat, sekiranya kau menolak maka tanggunglah dosa-dosa penganut Majusi sekalian.”

Rasulullah SAW memilih Abdullah bin Huzafah al-Sahmi untuk membawa risalah berkenaan. Kemudian al-Sahmi menyerahkan risalah itu kepada pembesar al-Bahrin, di sini kita tidak dapat pasti apakah pembesar al-Bahrin telah menghantar risalah itu dengan perantaraan salah seorang dari orang-orangnya atau apakah beliau terus menghantar Abdullah al-Sahmi sendiri

ke sana. Walau bagaimanapun, Kisra bertindak mengoyak-ngoyak risalah itu selepas beliau membacanya dan berkata dengan penuh kesombongan dan bongkak: "Salah seorang dari hambaku yang hina di dunia, telah berani menulis namanya sebelum namaku."

Bila peristiwa ini sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW maka baginda berkata: "Allah hancurkan pemerintahannya", dan memang berlaku sebagaimana kata Rasulullah SAW itu.

Terdahulu dari itu Kisra telah menulis surat kepada "Bazan" wakilnya di negeri al-Yaman berbunyi:

"Hantarkan dua orang kuat kita ke Hijaz, kemudian tangkapkan lelaki itu dan bawa ke mari.

"Bazan" pun menurut perintah dan menghantar dua orang, mereka berdua ini membawa risalah kepada Rasulullah SAW meminta baginda turut sama ke dewan Kisra di Parsi, sebaik sahaja dua orang suruhan ini sampai ke Madinah dengan berkata kepada Rasulullah SAW: "Sebenarnya Maharaja Syahinsyah Kisra telah pun menulis surat kepada raja "Bazan" menyeru beliau

membawa tuan hamba kepadanya, untuk itu "Bazan" telah menghantar daku supaya membawa tuan ke sana, malah kata-katanya penuh ugutan, namun Rasulullah SAW meminta mereka berdua menemui baginda pada keesokan harinya.

Pada masa yang sama telah berlaku satu pemberontakan besar di dalam istana terhadap Kisra, selepas tenteranya menerima kekalahan teruk dari tentera Qaisar Roman. Anaknya Syirowih bin Kisra telah membunuh bapanya dan merampas takhtanya itu, kejadian itu berlaku pada malam selasa sepuluh terakhir Jamadil al-Awal tahun ke tujuh (7) Hijrah, semuanya ini dalam

pengetahuan Rasulullah SAW melalui wahyu yang diturunkan kepada baginda.

Semasa pertemuan mereka di keesokan hari, Rasul SAW memberitahu mereka mengenai kejadian rampasan kuasa dan cerita selengkapnya, tanya mereka berdua: "Apakah tuan mengetahui semuanya ini?

Sebenarnya kami telah memarahi ke atas kamu semua qadar yang ringan, mahukah tuan hamba agar semua ini kami rakam dan menceritakan kepada raja di sana.

Jawab Rasulullah: Ya! "Ceritakanlah kepada raja di sana sesuatu mengenai diriku di sini, malah katakan kepadanya lagi: Bahawa agamaku dan kuasaku akan melewati semua daerah kekuasaan Kisra, kuasaku akan sampai ke tempat terakhir tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, malah ceritakan kepadanya lagi, sekiranya beliau memeluk Islam akan kuserahkan kekuasaan

yang ada padanya di hari ini, akan kuletakkannya sebagai pemerintah ke atas rakyatnya dan pemerintahannya akan diwarisi oleh anak-anaknya."

Mereka berdua pun keluar dari Madinah untuk menemui Bazan dan kepadanya mereka menceritakan kisah sepenuhnya. Tidak berapa lama kemudian tiba perkhabaran menceritakan tentang kematian Kisra yang telah dibunuh oleh anaknya sendiri yang bernama Syirowih dalam perutusan Syirowih, beliau

menyebut: "Sila ambil perhatian terhadap lelaki yang bapaku tulis mengenainya, sekali-kali jangan kaumencelanya hinggalah datangnya kepadakau perintahku.

Kesemua peristiwa ini telah membawa "Bazan" bersama-sama orangnya rakyat Parsi yang berada di sampingnya memeluk Islam.

4. Risalah kepada Qaisar Raja Rom

Dalam satu hadith panjang periwayatan al-Bukhari, mengenai nas kandungan risalah yang telah dikirim oleh Nabi (s.a.w) kepada raja Rom yang bernama Heracules seperti berikut:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "Dari Muhammad hamba Allah dan utusan-NYA kepada Heracules pembesar Rom, salam sejahtera ke atas yang mengikuti hidayah,

anutilah Islam kauakan selamat,

anutilah Islam kauakan diberi ganjaran dua kali ganda, sekiranya kauberpaling tadah maka kaumemikul beban dosa golongan Arisin.

Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimah yang bersamaan antara

kami dan kamu, bahawa tiada yang kita sembah kecuali Allah dan tidak kita

mempersekutukan-NYA dengan sesuatu pun dan tidak sesetengah kita

mengangkat yang lain menjadi tuhan selain dari Allah,

kalau mereka berpaling, kamu katakanlah: "Jadi saksilah kamu,

bahawa kami orang-orang Islam".

Rasulullah SAW telah memilih Duhaiyah bin Khalifah al-Kalabi untuk membawa risalahnya kepada Heracules itu, dengan menyerahkannya kepada pembesar Basra untuk dibawanya kepada Qaisar, al-Bukhari telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sebuah Hadith mengenai kisah yang diceritakan oleh Abu Sufian kepadanya, semasa beliau bersama-sama rombongannya yang sedang di negeri al-Syam, bahawa pihak Heracules telah menjemput beliau; ini adalah

semasa Rasulullah SAW berdamai dengan Quraisy, mereka datang kepadanya di Ilya.

Heracules menjemput mereka dalam satu majlisnya yang dikelilingi oleh pemuka-pemuka Rom, bersama mereka juga dijemput penterjemah, lantas beliau bertanya: "Siapa antara kamu yang terdekat hubungan kekeluargaan dengan tokoh yang mendakwa dirinya sebagai nabi?"

Kata Abu Sufian: "Dakulah yang terdekat."

Kata Heracules, "Ayuh tampil ke mari", kemudian beliau dan kawan-kawannya itu mendekatinya, beliau semua duduk di belakang Abu Sufian.

Kemudian Heracules berkata kepada penterjemahnya: "Sebenarnya aku hendak tanya mengenai lelaki itu, sekiranya beliau ini mendustai daku kamu semua sebutkan pembohongannya itu.

"Kata Abu Sufian: "Kalau tidak kerana malu yang akan ditunjukkan kepadaku nescaya kudusta sahaja di hari itu mengenai Muhammad.

"Kata Abu Sufian: "Seawal soal yang di hadapkan kepadaku ialah : "Bagaimana hubungan kekeluargaannya dengan kamu?

"Kataku; "Dengan kami baginda berketurunan baik".

Tanya beliau: "Apakah dakwaan-dakwaannya itu ada orang lain sebelum ini pernah perkatakan?" Jawab ku: "Tak ada."

Tanya beliau: "Adakah sebelum ini bapanya keturunan raja-raja?"

Jawabku: "Tiada".

Tanya beliau lagi: "Golongan bangsawankah atau golongan lemahkah yang mengikutinya?

"Jawabku: "Malah golongan lemah".

Tanya beliau: "Apakah mereka saban hari semakin bertambah atau berkurangan".

Jawabku: "Malah semakin bertambah."

Tanya beliau lagi: "Apakah terdapat penganut agamanya murtad kerana memarahi agamanya?"

Jawabku: "Tak ada".

Tanyanya lagi: "Apakah sebelum ini kamu menempelak beliau sebagai pendusta, sebelum beliau menganjur agamanya?

"kataku: "Tidak sama sekali, malah sepanjang pergaulan kami denganya tidak pernah kami alami darinya sikap seperti ini.

"Kataku dalam diri pada masa ini: "Tidak ada satu perkataan lain yang dapatku masukkan di celah-celahnya."

Kemudian tanya beliau lagi: "Bagimana persengketaan kamu dengannya?"

Jawabku: "Persengkataan kami dengannya amat sengit, kadang-kadang kami menang, dan kadang-kadang beliau menang."

Katanya lagi: "Apa yang beliau suruh kamu?

Jawabku: "Beliau menyuruh kami dengan katanya: Hendaklah kamu semua menyembah Allah Yang Esa, jangan sekali-kali kamu menyekutui-Nya dengan barang sesuatu pun. Hendaklah tinggalkan apa yang diperkatakan oleh nenek moyang kami, Baginda juga menyuruh kami menunaikan solat, bersedekah, bersihkan hati dan tindakan, serta menghubung silaturrahim."

Kemudian kata Heracules kepada penterjemahnya:

Katakan kepadanya: "Aku telah pun bertanya kepada kamu mengenai nasab keturunannya maka kamu menjawab yang beliau ini mempunyai hubungan keturunannya. Demikian halnya dengan para Rasul, sememangnya diutuskan kepada bangsa keturunannya,

kemudian kutanya kamu apakah ada orang sebelumnya yang membawa ajaran ini, kamu jawab tidak, apa yang dapat kusimpulkan di sini ialah kalau sekiranya sudah ada orang lain sebelum ini telah bercakap mengenai ajaran ini, nescaya kukatakan ianya tidak lebih dari mengikuti orang yang sebelumnya,

kutanya kamu, apakah datuk neneknya dari golongan raja-raja, dan kamu katakan tidak, untuk itu aku berkata: Kalaulah ianya dari keturunan raja-raja, akan kutuduh beliau ini menuntut takhta emak bapanya,

seterusnya kubertanya apakah pernah kamu menuduh beliau sebagai pendusta sebelum beliau membawa ajarannya, kamu jawab: tidak berlaku semua itu, maka pastilah bagiku, bahawa tidak mungkin beliau meninggalkan sikap dustanya dengan manusia untuk mendustai Allah.

5. Risalah kepada al-Munzir bin Sawi

Nabi SAW mengutus risalah kepada al-Munzir bin Sawi pemerintah al-Bahrain, menyeru beliau kepada Islam. Rasulullah SAW memilih al-'Ala' bin al-Hadhrami untuk menyampaikan risalahnya itu, sebagai jawapan al-Munzir telah menulis kepada Rasulullah SAW seperti berikut:

‘Ada pun selepas itu wahai Rasulullah SAW, sebenarnya telahpun kubaca bingkisan tuan hamba itu kepada penduduk al-Bahrain, antara mereka gemarkan Islam dan kagum dengannya dan sebahagian yang lain membencinya, di bumiku ini terdapat penganut Majusi dan Yahudi, maka berlaku sesuatu hal di sini mengenai seruan tuan hamba itu.’

Rasulullah SAW membalas semula kepadanya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang "

Dari Muhammad Utusan Allah kepada al-Munzir bin Sawi salam ke ataskau. Maka sesungguhnya kepada Engkau Allah, aku memuji yang tiada Tuhan selain-Nya dan kumengaku bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya, adapun selepas itu aku mengingatkankau dengan Allah Azzawajala, maka sesungguhnya sesiapa yang menasihat

sebenarnya beliau menasihati dirinya,

dan sesiapa yang mentaatiku dan sesiapa yang menasihatkan mereka bererti telah menasihatiku. Sebenarnya para utusanku telahpun memujikau dengan baik, sesungguhnya melaluikau aku memberi syafaatku kepada kaumkau, oleh sebab itu biarlah kaum muslimin dengan kebebasan mereka dan pengampunankau terhadap pesalah-pesalah, maka terimalah mereka. Sekiranya kauterus soleh dan baik maka kami tidak akan

memecatkankau dari tugas dan sesiapa yang masih dengan

pegangan Yahudi atau Majusinya ianya wajib membayar jizyah.

6. Risalah kepada Hauzah bin Ali penguasa al-Yamamah

Nabi SAW telah menulis kepada penguasa al-Yamamah Hauzah bin Ali.

‘Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dari Muhammad Pesuruh Allah kepada Hauzah bin Ali, salam kepada yang mengikuti hidayah, ketahuilah bahawa agamaku ini akan

tampil ke akhir tempat tersampainya pecutan kuda dan langkahan unta, peluklah Islam akan selamatkau dan akan kukalahkan segala sesuatu yang di bawah kekuasaankau itu’.

Rasulullah SAW memilih Salit bin Amru al-Amiri untuk membawa risalahnya kepada Hauzah, setibanya Salit ke hadapan Hauzah dengan surat yang bermohor itu selepas memberi salam hormat kepadanya, beliau terus membaca risalah berkenaan. Hauzah membalas jawapan yang tidak selayaknya. Dari situ beliau menulis surat balas kepada Nabi SAW dengan katanya:

"Betapa eloknya yang kauserukan kepadanya itu, bangsa Arab semuanya menggeruni kedudukanku ini, oleh itu peruntukan kepadaku sebahagian dari kuasamu itu, maka bolehlah kuikutmu,”

Hauzah memberi hadiah kepada Salit, dan persalinan pakaian buatan "Hajar", namun hadiah-hadiah itu diserahkannya kepada Rasulullah SAW, dengan menceritakan kisah selengkapnya.

Rasulullah SAW membaca risalah, yang ditulis Hauzah kepada Baginda SAW dan bersabda: "Kalau beliau pinta dariku sebidang tanah tak akan kuberinya, musnah dan musnah segala apa yang dalam kekuasaannya".

Sekembalinya Rasulullah SAW dari pembukaan Makkah Jibril telah

mendatangi baginda memberitahu bahawa Hauzah telah mati, maka kata Rasulullah SAW:

"Adapun sesungguhnya dari al-Yamamah itulah akan keluarnya seorang pendusta mendakwa sebagai nabi, akan dibunuh selepasku kembali kepada Allah".

Maka bertanya seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah ! Siapakah yang akan membunuhnya?" Jawab Baginda: "Engkau dan sahabat-sahabat kau ini", maka berlakulah kejadian sebagaimana yang disebutkan Rasulullah itu.

7. Risalah kepada AI-Harith bin Abi Syamar al-Ghassani pemerintah di Damsyik:

Rasulullah SAW menulis kepada al-Harith bin Abi Syamar:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dari Muhammad Pesuruh Allah kepada al-Harith bin Abi Syamar,

salam ke atas yang mengikuti hidayah, beriman dan

mempercayainya, sebenarnya kumenyeru kamu supaya beriman

dengan Allah Yang Esa yang tiada sekutu bag-iNya,

dengan-Nya kekuasaankau kekal untukkau.

Rasulullah SAW memberi tanggungjawab membawa risalah ini kepada Syuja' bin Wahb dari Banu Asad bin Khuzaimah. Setibanya risalah kepada al-Harith bin Abi Syamar maka beliau menjawab dengan katanya: "Siapa yang mampu merampas kekuasaanku ini? Aku akan pergi kepadanya". Dan beliau tidak memeluk Islam.

8. Risalah kepada Raja Oman

Rasulullah SAW mengirim risalah kepada Raja Oman bernama Jaifar dan saudaranya Abd. Kedua-duanya adalah anak kepada al-Jalandi.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

dari Muhammad bin Abdullah kepada Jaifar dan Abd bin al-Jalandi,

salam ke atas yang mengikuti hidayat, adapun selepasnya,

maka aku menyeru kamu berdua dengan seruan Islam, peluklah Islam nescaya

kamu berdua selamat, sebenarnya aku ini utusan Allah

kepada manusia sejagat untuk memberi inzar kepada yang masih hidup

dan menegaskan kata benar kepada kaum kafir, sekiranya

kamu berdua akur menerima Islam, kuletakkan kamu berdua sebagai penguasanya, dan sekiranya kamu enggan untuk menerima Islam

maka kerajaan kamu berdua akan luput, di mana kuda-kudaku akan melewati

perkarangan kamu berdua dan di hari itu terbukti kenabian

kumengatasi pemerintahan kamu berdua ".

Rasulullah SAW menyerah risalah ini kepada Amru Ibni al-'Aas (r.a), maka cerita Amru: "Kukeluar hingga sampai ke Oman, sampainya daku di sana kuterus berhubung dengan Abd yang lebih waras dan mudah kira bicara antara mereka berdua, kusebut sebagai utusan Rasulullah SAW kepada saudara engkau".

Tanya beliau: "Kepada apa yang kaukatakan padaku:

"Aku menyeru kepada beriman kepada Allah dan tiada sekutu bagi-Nya, kaumenolak untuk disembah selain dari-Nya, engkau mengaku Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya".

Jawab Abd "Wahai Amru, engkau ini anak kepada qabilahkau, apa yang bapakau buat? Kami ini banyak meneladani beliau",

jawabku, "Beliau mati dalam keadaan tidak beriman dengan Muhammad SAW tapi pada harapanku supaya beliau memeluk Islam dan mempercayainya. Aku pun sebelum ini mempunyai pandangan yang sama dengan beliau tapi kini Allah memberi hidayat kepadaku untuk memeluk Islam.

Tanya Abd: "Sejak bilakah kauikutinya?"

Jawabku: "Masih baru".

Tanya beliau lagi: "Sejak dari mana kaumengenal Islam".

Jawabku: "Semasa kuberada di samping al-Najasyi dan kuberitahu beliau yang al-Najasyi pun sudah memeluk Islam",

kata beliau: "Dan apa pula tindakan kaumnya terhadap kekuasaannya",

jawabku: "Mereka semua akur dan ikuti jejak langkahnya",

kata beliau: "Adakah golongan paderi dan pastur ikut beliau?"

Jawabku: "Ya"

kemudian kata beliau: "Wahai Amru perhatikan dahulu apa yang kausebutkan itu. Sebenarnya, tidakkah berbohong itu merupakan suatu sifat yang keji bagi seorang lelaki".

Jawabku: "Daku tidak berbohong, ianya satu sifat yang tidak diharuskan di dalam agama kami",

kemudian tanya beliau lagi: "Aku tidak fikir yang Heracules mengetahui keIslaman al-Najasyi,

jawabku: "Bahkan".

Tanya beliau: "Bagaimana yang boleh kautahu ini?

Kataku: "Kerana al-Najasyi mengeluar kepadanya ufti (jizyah), tapi selepas beliau memeluk Islam dan mempercayai dengan Muhammad SAW

maka kata beliau: "Tidak ! Demi Allah hari ini kalau beliau pinta dariku satu dirham pun tidak akan kuberinya",

Hal ini telah sampai kepengetahuan Heracules, maka berkata al-Niyaq saudaranya: "Kamu boleh biarkan hambamu itu tidak membayarkan kepadakau uftinya, kemudian menganut agama bukan agamakau ini, iaitu satu agama baru".

Jawab Heracules: "Seseorang yang sukakan satu agama kemudian beliau pegangnya, apa boleh buat?

Demi Allah kalaulah tidak kerana sayangkan pemerintahanku ini nescayaku bertindak seperti beliau itu dan katanya lagi: Perhatikan apa yang kausebutkan tadi wahai Amru?"

Jawabku: "Demi Allah kubercakap benar".

Kata Abd: "Ceritakan lagi kepadaku apa yang disuruh dan apa yang dilarang".

Kataku: "Baginda menyuruh mentaati Allah Azawajalla, melarang memaksiati-Nya dan menyuruh berbuat baik, menghubungi keluarga, melarang penganiayaan, perseteruan, zina, arak, penyembahan batu, berhala dan salib".

Kata Abd: "Betapa indah dan cantiknya apa yang diserukan itu, kalaulah saudaraku boleh mengikutiku nescaya kamu berdua akan berkejar ke sana agar dapat kami beriman dengan Muhammad SAW dan mempercayainya. Tetapi saudaraku amat sayang untuk meninggalkan pemerintahannya, ini menyebabkan kami berdosa".

Kataku: "Kalau beliau memeluk Islam, Rasulullah SAW akan melantik beliau sebagai pemerintah ke atas kaum sebangsanya, seterusnya akan dipungut zakat sedekah dari golongan hartawan kemudian diagihkan kepada golongan fakir miskin".

Kata Abd: "Ini adalah akhlak mulia, dan apa itu sedekah?"

Aku pun menceritakan perintah yang difardukan oleh Rasulullah SAW mengenai zakat sedekah pada harta benda hinggalah kepada ternakan unta.

Kata Beliau: "Amru! Apakah diambil zakat dari binatang ternakan yang memakan pokok-pokok dan meminum air itu?"

Jawabku: "Ya!

Kata Abd: "Demi Allah aku tak terfikir yang kaumku yang berjauhan rumah mereka dan bilangan mereka boleh mematuhi perkara ini".

Kata Amru pintu rumahnya beberapa hari dan beliau puji saudaranya memberitahu maklumat yang ditemui.

Berlaku di suatu hari di mana beliau telah menjerit masuk ke dalam, pembantunya memberi khidmat kepada kata Abd: "Tinggalkan dia".

Aku pun dibiarkan, dan kupergi duduk. Mereka enggan membiarkan kududuk, kuperhati ke arahnya maka beliau berkata: "Cakaplah mengenai tujuankau".

Lalu kuserahkan risalah yang bermohor itu, maka beliau membuka sampul bermohor itu serta membaca hingga ke akhirnya, lepas itu beliau menyerahkan kepada saudaranya, dan saudaranya membaca seperti yang beliau baca, namun kudapati saudaranya lebih lembut darinya, lalu beliau berkata: "Boleh tak kauceritakan mengenai Quraisy, apa yang mereka lakukan?"

Kataku: "Mereka telah mengikuti Baginda SAW, sama ada sukakan agamanya atau kekalahannya."

Tanya beliau lagi: "Dan siapakah orang yang bersamanya?"

Jawabku: "Orang ramai sukakan Islam dan memilihnya dari yang lain. Kini mereka mengenali melalui akal pemikiran mereka di samping hidayat Allah bahawa mereka dahulu adalah dalam kesesatan, setahu aku tidak ada yang tinggal lagi selain darikau di penjuru ini, sekiranyakau tidak memeluk Islam di hari ini dan mengikutinya, kauakan dilanyak oleh kuda-kuda, bumi hijaumu

akan musnah. Ayuh peluklah Islam nescaya kauselamat, dan seterusnya kaudilantik sebagai ketua kaumkau, terhindarkau dari serangan kuda-kuda dan tentera."

Jawab beliau: "Tinggallah daku bersendirian hari ini, dan kemarilahkau pada besok hari".

Kupun pergi berjumpa adiknya, maka kata adiknya: "Hai Amru, aku harapkan beliau akan memeluk Islam, sekiranya beliau tidak mengutamakan pemerintahannya".

Pada keesokan hari kudatang kepadanya, beliau enggan membenarkanku masuk, maka kupergi menemui saudaranya, kuceritakan kepadanya bahawaku tak dapat bertemunya, saudaranya itu membawa aku masuk maka beliau berkata: "Aku berfikir tentang seruan yang telah kauucapkan kepadaku itu, kalau demikian maka aku ini adalah pemerintah Arab yang terlemah, sekiranya aku serahkan yang di tanganku ini kepada seorang lelaki, sedang kudanya pun tidak sampai ke sini, tapi kalau kudanya sampai ke sini pasti berlaku peperangan yang belum pernah terjadi lagi sebelum ini.

Kata Amru: "Besok aku hendak keluar dari sini, jadi setelah beliau pasti yang aku akan keluar maka beliau pun bersendirian dengan saudaranya itu".

Lalu beliau berkata: "Apa sikap kita dengan risalahnya itu, semua orang yang diutus risalah kepada mereka telah pun memberi persetujuan".

Pada pagi itu beliau pun menjemputku. Di situ beliau memberi jawapan menerima dan memeluk Islam dengan saudaranya, mempercayai Rasulullah SAW, membiarkan sahaja aku memungut zakat manakala pemerintahan mereka dikekalkan dan mereka merupakan penolong terhadap golongan yang menentangku".

Jalan cerita ini menunjukkan bahawa pengutusan risalah kepada orang berdua itu terlewat, berbanding dengan penghantaran kepada raja-raja lain, pendapat majoriti penghantaran berlaku selepas pembukaan Makkah.

Dengan risalah-risalah ini bermakna Rasulullah SAW telah menyampaikan dakwahnya kepada sebahagian besar raja-raja di dunia. Antara mereka ada yang beriman tetapi sebahagian yang lain kufur dengannya. Namun mereka yang kufur tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal dan mengetahui nama Baginda SAW dan agamanya.

Petikan daripada

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

PENGAJARAN & PEDOMAN

Tulisan: Dr. Mustofa as-Syibaie, Damsyik, Ramadhan 1381H

Ghazwah al-Hudaibiyyah

Ghazwah al-Hudaibiyyah berlaku pada bulan Zulkaedah, tahun ke-6 hijrah.

Antara latar belakang peristiwa ini,

Rasulullah SAW telah bermimpi bahawa Baginda memasuki Baitullah al-Haram bersama para sahabatnya dalam keadaan aman dan bercukur kepala atau memotong rambut. Mereka tidak merasa takut kepada sesuatu. Maka Baginda SAW memerintah orang ramai bersiap keluar ke Makkah bagi mengerjakan umrah dan bukan untuk berperang dengan Quraisy. Muhajirin dan Ansor telah keluar bersama Baginda SAW didorong oleh rasa rindu untuk melihat Baitullah al-Haram setelah dihalang berbuat demikian selama enam tahun. Rombongan tersebut turut disertai oleh Arab Badwi. Baginda SAW meletakkan di hadapannya "Hadyu" iaitu unta dan binatang ternakan korban yang dibawa ke

Baitullah al-Haram sebagai mengagung dan memuliakannya. Baginda SAW telah berihram di satu

tempat bernama Zul Hulaifah agar orang ramai khususnya Quraisy mengetahui bahawa

Baginda SAW bukan mahu berperang. Bilangan mereka yang keluar bersama Baginda kira-kira 1,500 orang. Mereka tidak keluar membawa senjata kecuali senjata bagi para pengembara pada zaman tersebut iaitu pedang yang bersarung. Baginda SAW berjalan sehinggu sampai di Usfan. Seorang lelaki datang yang memberitahu Baginda SAW:

"Quraisy telah mendengar kedatanganmu. Oleh sebab itu, mereka telah keluar dengan memakai

(kulit harimau seraya bersumpah dengan nama Allah, bahawa kamu tidak akan sekali-kali masuk ke Makkah".

Maka Baginda s.a.w. bersabda:

"Hai kasihannya Quraisy, mereka mabuk perang! Apa yang akan menimpa

mereka, jika mereka membiarkan aku berurusan dengan semua orang Arab?!

Sekiranya bangsa Arab mencederakan aku, itulah yang mereka mahukan.

Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas bangsa Arab, mereka boleh

memasuki Islam beramai-ramai. Kalau Quraisy tidak mahu berbuat

demikian, mereka boleh berperang. Mereka mempunyai kekuatan. Apa yang

Quraisy sangkakan? Demi Allah, aku akan terus berjuang demi agama yang

Allah utuskan aku, sehingga Dia memenangkannya, atau urat tengkuk ini

bercerai (aku mati)".

Apabila Baginda SAW sampai di Hudaibiyyah (satu tempat berhampiran Makkah dan

sekarang ini terletak antara kota itu dengan jalan Jeddah), beberapa orang lelaki daripada

bani Khuzaah datang menemui Baginda SAW bertanyakan sebab kedatangan. Baginda

memberitahu bahawa Baginda hanya datang untuk menziarahi Baitullah dan mengerjakan

umrah.

Lalu mereka pulang dan memberitahu Quraisy: "Kamu tergopoh-gapah terhadap

Muhammad. Dia tidak datang untuk berperang, bahkan datang hanya untuk menziarahi

Baitullah ini."

Quraisy berkata: "Tidak. Demi Allah (kami tidak akan benar) dia memasuki Makkah untuk menguasai kami secara kekerasan buat selama-lamanya. Dan orang Arab tidak menuduh sedemikian terhadap kami."

Kemudian Quraisy menghantar Urwah bin Mas'ud at-Thaqafi untuk berunding dengan Rasul SAW tentang perkara tersebut. Selepas perbincangan, dan selepas berlaku beberapa peristiwa antara Urwah dengan sebahagian sahabat, dia pulang menemui Quraisy lalu menceritakan apa yang dilihat. Dia menceritakan bagaimana kecintaan para sahabat kepada Rasulullah SAW. Mereka begitu hormat kepada Baginda SAW dan cenderung untuk melakukan perdamaian. Namun Quraisy enggan menerimanya.

Kemudian Rasul SAW mengutus Othman bin Affan menemui penduduk Makkah untuk menegaskan kepada mereka tujuan kedatangan Baginda s.a.w. dan para sahabat. Othman terlewat pulang lalu tersebar berita di kalangan orang Islam bahawa beliau telah dibunuh.

Ketika itu, Rasul SAW berkata:

"Kita tidak akan berganjak sehingga kita memerangi kaum tersebut."

Baginda SAW mengajak orang Islam berbaiah untuk berjihad dan mati syahid di jalan Allah. Mereka telah berbaiah dengan Baginda di bawah sebatang pokok "Tolh" (pokok acacia). Mereka berjanji tidak lari dari medan; penentuannya sama ada diadakan perdamaian ataupun mati syahid.

Apabila Quraisy mengetahui berita baiah tersebut, mereka merasa takut. Pada pandangan mereka, perdamaian bersyarat dengan Baginda SAW perlu dilakukan. Baginda SAW dikehendaki pulang ke Madinah pada tahun itu dan datang kembali pada tahun depan.

Baginda SAW hanya dibenarkan bermukim selama tiga hari di Makkah dengan hanya membawa

senjata biasa seperti tombak dan pedang yang tersarung. Untuk itu, Quraisy mengutuskan

Suhail bin 'Amru bagi menyempurnakan perdamaian tersebut.

Akhirnya perdamaian dimeterai mengikut kemahuan Quraisy.

Berlaku gencatan senjata antara kedua-dua pihak selama 10 tahun.

Perdamaian Hudaibiyyah juga memutuskan, sesiapa yang datang daripada pihak Muhammad ke Makkah, mereka tidak memulangkannya,

sementara sesiapa yang datang kepada Muhammad dari Makkah, mereka perlu memulangkannya.

Perkara tersebut begitu sukar diterima oleh orang Islam. Sebahagian mereka berbahas dengan Nabi SAW berkenaan syarat-syarat tersebut. Antara mereka yang paling keras menentang ialah Umar,

Sehinggakan Rasulullah SAW bersabda:

"Aku adalah hamba Allah. Dia tidak akan mempersia-siakan aku".

Kemudian Rasul memerintahkan para sahabat melakukan tahallul (langkah-langkah keluar daripada ikatan ihram) umrah. Namun, mereka tidak melakukannya ekoran terlalu kesal, setelah dihalang memasuki Makkah. Mereka juga sukar untuk menerima syarat-syarat perdamaian tersebut. Oleh sebab itu, Baginda SAW mengambil inisiatif memulakannya sendiri. Lalu Baginda SAW bertahallul daripada umrah. Lantas tindakan Baginda itu diikuti oleh semua orang Islam. Namun selepas itu, syarat-syarat yang sukar diterima oleh orang Islam tetapi diredhai oleh Rasul SAW ternyata memberi faedah besar. Hal ini tercapai kerana Baginda SAW berpandangan jauh, berfikiran tajam dan mendapat bantuan wahyu sehingga membolehkan Baginda SAW berfikir dan bertindak dengan tepat.

Lantaran pulangan faedah yang banyak ini, Allah telah menamakan perdamaian ini

sebagai kemenangan yang nyata. Allah berfirman:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad)

satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya

Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang

terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta

menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam

dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah

memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuhpenuh

dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

(Maksud Al-Fath: 1-3)

Kemudian Allah memperkatakan tentang perjanjian baiah dengan Rasul SAW melalui firman-Nya:

Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia (baiah)

kepadamu (wahai Muhammad – untuk berjuang menentang musuh), mereka

hanya-sanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah

mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).

Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya

tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang

menyempurnakan apa yang telah dijanji-kannya kepada Allah, maka Allah

akan memberi kepadanya pahala yang besar.

(Maksud Al-Fath: 10)

Allah telah meredhai mereka yang terlibat dalam Baiah ar-Ridhwan yang berlangsung

di bawah sebatang pokok. Firman-Nya:

t

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika

mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu)

ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat

setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang

tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang

dekat masa datangnya.

(Maksud Al-Fath: 18)

Allah memperkatakan tentang mimpi Rasulullah SAW yang menjadi sebab berlakunya

Ghazwah Hudaibiyyah:

Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu

dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki

Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa yang ditentukan-Nya)

dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu)

dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidakpun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana

Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu,

satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya).

(Maksud Al-Fath: 27)

Moga-moga ini merupakan isyarat kepada pembukaan Makkah yang merupakan hasil daripada perdamaian Hudaibiyyah. Ini akan kami sebutkan dalam pengajaran dan pedoman, Insya- Allah. Kemudian Allah menegaskan tentang penguasaan agama ini dan kemenangannya. Firman-Nya:

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya

(Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang

benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya

atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi

(tentang kebenaran apa yang dibawa oleh Rasul-Nya itu). ( Al-Fath: 28)

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters