About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Friday, July 27, 2012

Peringatan Ramadhan


Peringatan Ramadhan


يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

أياما معدودات فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين فمن تطوع خيرا فهو خير له وأن تصوموا خير لكم إن كنتم تعلمون

شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن
شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون

أحل لكم ليلة الصيام الرفث إلى نسائكم هن لباس لكم وأنتم لباس لهن علم الله أنكم كنتم تختانون أنفسكم فتاب عليكم وعفا عنكم فالآن باشروهن وابتغوا ما كتب الله لكم وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر ثم أتموا الصيام إلى الليل ولا تباشروهن وأنتم عاكفون في المساجد تلك حدود الله فلا تقربوها كذلك يبين الله آياته للناس لعلهم يتقون

(Al-Baqorah 183 – 187)


    

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
{ يا أيها الذين أمنوا كُتب } فرض { عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم } من الأمم { لعلكم تتقون } المعاصي فإنه يكسر الشهوة التي هي مبدؤها .
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


       AlLah  SWT memulakan ayat untuk  menyatakan perintah kewajipan berpuasa ini dengan lafaz يا أيها الذين آمنوا memetakan maknanya sebagai wahai manusia yang sudah ada iman. DIA menggunakan kalimah fael madhi yang bermaksud telah & tentunya kejap imannya. Ya, kewajipan untuk meninggalkan rutin makan & minum serta tidak berhubungan vital dengan pasangan yang dinikahi dengan mas kahwin tertentu itu merupakan satu permintaan yang berat untuk dilaksanakan, kecuali kepada orang yang telah beriman & mantap pula keimanannya. Hal ini hanya berupa kewajipan zahir @ lahiriyyah sahaja. Sementara rangkaian keperluan spritual pula untuk pengamal puasa Ramadhan ialah agar mereka tidak berdusta @ cakap bohong, mengumpulkan umpatan, menyebarkan rangkaian fitnah, tidak terucap dari lidahnya kata-kata berbau lucah & erotik, & juga tidak gemar untuk berdebat @ bertengkar dalam soal-soal yang batil. Namun di sana tidak ada kompromi untuk membela & mempertahankan kemurniaan & kesucian Islam dari dinodai oleh agen & tali barut setan yang ada di bumi; yang tentunya datang dari golongan manusia itu sendiri.

Ya apabila nafsu amarah tidak terkendali, pujukan setan pula yang diikuti(berbohong, memfitnah, mengumpat, saling memaki, & bercakap lucah, tak mampu dihidari), muatan puasa tidak mempunyai isi(pahala) yang berbaki hanya lapar & dahaga sahaja meneman diri setiap hari, alangkah ruginya jika hal ini yang sering terjadi. Menyedari fenomena ini Baginda Nabi SAW telah lama memperingati umat ini dengan satu hadis yang pasti;
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari no. 1903)
Apa yang dimaksud dengan az zuur? As Suyuthi mengatakan bahwa az zuur adalah berkata dusta dan menfitnah (buhtan). Sedangkan mengamalkannya berarti melakukan perbuatan keji yang merupakan konsekuensinya yang telah Allah larang. (Syarh Sunan Ibnu Majah, 1/121, Maktabah Syamilah)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ
“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1082 mengatakan bahwa hadits ini shohih)

كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Beban kewajipan bersyiam ini bukanlah hanya terpikul di atas bahu umat pada akhir zaman ini, tentu ummat Nabi Muhammad SAW, bahkan semua umat terdahulu yang juga memiliki iman telah difardhukan-NYA untuk berpuasa. Secara mudah dapat kita fahami ialah kewajipan yang tersusun dalam Rukun Islam itu, kita bukanlah umat yang pertama melaksnakannya, melainkan sudah ada berpuluh, malah beratus, tidak mustahil beribu-ribu umat pada zaman silam telah melaksanakannya dengan jaya & cemerlangnya. Ya hanya satu natijah atau matlamat bersyiam ini; iaitu membentuk & mewajahkan taqwa dalam diri si pelakunya. Taqwa itu apa? Kenapa pada setiap Jumaat tuan imam dituntut menyebut kalimah taqwa ini dalam khutbahnya? Jika tidak menyebut kalimat taqwa sewaktu kutbah yang didendangkan, maka penat lelah khutbah pada hari tersebut tidak menjadi. Tidak sah dan perlu dijalankan solat Zohor.

Bapa mentua RasullulLah SAW iaitu Syaidina Umar al-Khattab RA pernah bertanyakan Ubai bin Kaab RA apakah makna taqwa ini. Sewaktu melayan soalan ini Syaidina Ubai RA tidak terus melontarkan & menyulamkan bilah-bilah jawapan kepada soalan Amiral Mukminin itu. Sebaliknya Syaidina Ubai RA memulangkan satu soalan yang lain kepada Syaidina Umar RA dengan soalan; pernahkan Amiral Mukminin berjalan di tempat yang banyak duri? Bila jawapan pernah singgah di telingannya, Syaidina Ubai RA menyusulkan soalan yang lain pula. Bagaimana keadaan Amiral Mukminin bila berjalan di tempat yang banyak duri itu?  Syaidina Umar RA menegaskan dia akan berjalan secara penuh berhati-hati, takut tercucuk atau terpijak duri. Lalu Syaidina Ubai RA menegaskan itulah  yang dikatakan TAQWA. Ya sementara di kesementaraan ini iaitu sewaktu kita masih disambung subsidi nyawa ini & masih menjunjung tinggi langit di atas kepala kita berhati-hatilah takut terlanggar cegahan & larangan Pemilik Alam ini iaitu AlLah SWT.

Ya  puasa atau syiam merupakan ibadat yang tersembunyi kejap & rapat keberadaanya. Tidak ada sesiapa & tiada alat yang mampu mengesan seseorang itu berpuasa atau tidak. Hanya DIA & seseorang itu sahaja yang mengetahui siapa yang benar-benar berpuasa, siapa yang mencuri tulang semasa menjalani ibadat itu, & siapa pula yang awal-awal sudah ponteng & kantoi puasanya. Puasa merupakan ibadat yang tidak dapat dilihat & kelihatan pada pandangan mata, seperti solat, berzakat, haji dll. Terjahan letih, pusingan ceria kelihatan sama sahaja antara 2 jiwa iaitu yang sedang berpuasa dengan yang sedang tidak berpuasa. Justeru amat tepatlah jika AlLah SWT mengkhususkan balasan puasa ini datang dari-NYA & tidak mengikutperkiraan biasa yang tercatat malaikat; satu kebajikan tertulis sepuluh pahala. Kesempurnaan ibadat puasa ini menjangkaui lebih daripada itu, mungkin seseorang itu berpuasa mendapat pahala yang berganda-ganda atau mungkin sahaja puasanya pada hari itu hanya layak mendapat pengikhtirafan lapar & dahaga sahaja.  






أياما معدودات فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين فمن تطوع خيرا فهو خير له وأن تصوموا خير لكم إن كنتم تعلمون
{ أيَّاما } نصب بالصيام أو يصوموا مقدرا { معدودات } أي قلائل أو مؤقتات بعدد معلوم وهي رمضان كما سيأتي وقلَّله تسهيلا على المكلفين { فمن كان منكم } حين شهوده { مريضا أو على سفر } أي مسافرا سفر القصر وأجهده الصوم في الحالين فأفطر { فعدَّة } فعليه عدة ما أفطر { من أيام أخر } يصومها بدله { وعلى الذين } لا { يطيقونه } لكبر أو مرض لا يرجى برؤه { فدية } هي { طعام مسكين } أي قدر ما يأكله في يومه وهو مدٌ من غالب قوت البلد لكل يوم، وفي قراءة بإضافة فدية وهي للبيان وقيل لا غير مقدرة وكانوا مخيرين في صدر الإسلام بين الصوم والفدية ثم نسخ بتعيين الصوم بقوله من شهد منكم الشهر فليصمه، قال ابن عباس: إلا الحامل والمرضع إذا أفطرتا خوفا على الولد فإنها باقية بلا نسخ في حقهما { فمن تطوع خيرا } بالزيادة على القدر المذكور في الفدية { فهو } أي التطوع { خير له، وأن تصوموا } مبتدأ خبره { خير لكم } من الإفطار والفدية { إن كنتم تعلمون } أنه خير لكم فافعلوه .
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

          أياما معدودات Puasa itu yang diwajibkan itu hanyalah beberapa hari sahaja yang boleh dibilang dengan jari . Ya daripada hari dalam setahun yang terjumlah 360 hari mengikut kiraan qamari, DIA hanya meminta kita berpuasa 29 atau 30 hari sahaja. Atau kira-kira 8.33% sahaja tak sampaipun 10%. Penentuan untuk berpuasa sama ada 29 atau 30 hari itu mestilah berpandukan kepada melihat anak bulan(hilal) Ramadhan & hilal Syawal. Pada 29 Sya’ban bolehlah kita pergi ke tempat-tempat tertentu untuk melihat hilal Ramadhan. Jika kelihatan hilal tersebut maka berpuasalah pada keesokan harinya jika tidak maka cukupkanlah bilangan Sya’ban menjadi 30 hari. Demikian jugalah dengan kedatngan Syawal. Pada 29 Ramadhan boleh kita melihat hilal Syawal, jika terlihat maka keesokan harinya bolehlah kita berhari raya, jika sebaliknya bilangan Ramadhan digenapkan menjadi 30 hari. Untuk melihat kedua-dua hilal ini cukuplah melihatnya dengan mata terbuka tanpa perlu membeli alatan bantuan seperti teropong jarak jauh dan seumpamanya, walaupun tidak salah. Umat Islam dikehendaki AlLah SWT agar selalu melihat bulan, tentunya ada rahsia yang unik tersimpan padanya!

      فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر
         Tidak pernah sama sekali dengan solat, yang wajib dilakukan dalam waktunya, Subuh dalam kadar waktunya, Zohor dalam zon masanya, Asar dalam kebun ‘time’nya, Maghrib dalam kalangan saatnya, Isya’ dalam kepompong minitnya, dengan wajaran tidak mampu berdiri solatlah sambil duduk, tak terdaya untuk duduk bersolatlah dengan baring atau mengiring, tak mampu mengiring atau baring kerana derita penyakitnya amat perit boleh solat dengan kerdipan mata, ataupun melaksanakan kewajipan solat dengan denyut hati, yang penting solat mesti disempurnakan on time. Untuk kewajipan puasa ini DIA memberikan keizinan yang berupa penagguhan masa untuk dilakukan ibadat puasa ini ke suatu waktu yang lain yang tentunya di luar radar Ramadhan. Yang jelas DIA memberikan haq kebebasan itu untuk 2 golongan manusia yang terpilih situasinya iaitu;
 1- sesiapa yang sakit  
2- sesiapa yang musafir
Sejauh mana jarak musafir yang diharuskan AlLah SWT untuk berbuka & darjat sakit yang sebagaimanakah yang juga mendapat keringanan ini dibalas & dibincang dengan terperinci oleh alim ulama kita dalam kitab demi memudahkan kita. Umumnya keharusan berbuka ini terbuka untuk sesiapa yang dikira ‘berat’ baginya apabila dia meneruskan puasa sedangkan dia menderita sakit atau belitan penyakitnya bertambah runcing jika dia terus berpuasa, disebabkan dia perlu  ubat sebagai penawar. Sama halnya juga dengan musafir yang berasa payah & berat jika diteruskan musafir dalam kondisi berpuasa. Adapun sakit yang tidak menambah bahaya untuk diri seperti dinaiki bisul, luka dll, dikirakan tidak layak untuk turut berbuka dengan alasan sakit. Walau bagaimanapun mereka yang diizinkan berbuka ini disebabkan sakit & musafir MESTI menggantikan(berpuasa semula) pada hari-hari yang lain sebanyak mana hari yang mereka tak sempat berpuasa. Pergantian ini boleh bermula seawal 2 Syawal sehinggalah 29 Sya’ban  tahun yang berikutnya.

 وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين فمن تطوع خيرا فهو خير له
Di sana masih lagi tersisa kemurahan & kasih sayang AlLah SWt buat sebahagian hamba. Mereka diberi kelongkaran untuk berbuka pada siang hari & tidak payah diganti pada hari-hari yang bakal mendatang. Untuk mereka cukup dengan hanya memberi makan kepada fakir miskin mengikut jumlah hari yang mereka tinggalkan. Mereka yang diizinkan AlLah SWT ini dibolehkan untuk membayar fidyah sahaja iaitu secupak beras untuk masa sehari yang ditinggalkan & diberikan kepada golongan yang berhak. Walau bagaimanapun seandinya mereka memberikan fidyah lebih daripada yang dituntut, itu merupakan satu kebajikan & kebaikan mereka. Siapakah agaknya golongan yang bertuah ini? Sebetulnya ada 3 golongan yang mendapat kemudahan ini terdiri:                                                                           1- orang sakit yang tiada harapan sembuh pada masa hadapan   2- ibu yang sedang mengandung                                                        3- ibu yang masih disusui bayi  

 وأن تصوموا خير لكم إن كنتم تعلمون
            ada waktu & masanya, meneruskan ibadat puasa bagi orang yang bermusafir & sakit itu jauh lebih baik daripada berbuka. Bilakah agaknya ya? Rata-rata pandangan mengakui untuk sesiapa yang musafir yang merasakan susah untuknya untuk berpuasa pada hari-hari yang lain, maka untuk mereka ini tentunya berpuasa jauh lebih baik daripada berbuka lantas sukar untuk menggantikan sehingga ‘hutang’ AlLah SWT tertunggak dari setahun ke setahun. Untuk golongan yang seperti ini bertahanlah dengan suasana yang agak sukar sedikit meneruskan puasa kerana jika dibuka, maka implikasi untuk diganti menjadi sesuatu yang tidak pasti, bilakah agaknya bakal terjadi.








شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن
شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون
تلك الأيام { شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن } من اللوح المحفوظ إلى السماء الدنيا في ليلة القدر منه { هدى } حال هاديا من الضلالة { للناس وبينات } آيات واضحات { من الهدى } بما يهدي إلى الحق من الأحكام { و } من { الفرقان } مما يفرق بين الحق والباطل { فمن شهد } حضر { منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر } تقدم مثله وكرر لئلا يتوهم نسخه بتعميم من شهد { يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر } ولذا أباح لكم الفطر في المرض والسفر ولكون ذلك في معنى العلة أيضا للأمر بالصوم عطف عليه { ولتكملوا } بالتخفيف والتشديد { العدة } أي عدة صوم رمضان { ولتكبروا الله } عند إكمالها { على ما هداكم } أرشدكم لمعالم دينه { ولعلكم تشكرون } الله على ذلك .

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.


               Dalam bulan Ramadhan diturunkan padanya al-Qur’an dari sisi AlLah SWT kepada Syaidina Jibril & malaikat tersebut membacakan segala apa jua titah & perintah AlLah SWT kepada Nabi Akhir Zaman Muhammad SAW dalam masa kurang lebih 23 tahun. 10 tahun sewaktu Baginda SAW telah berjaya mendirikan Kerajaan Islam di Madinah al-Munawarah, sementara 13 tahun lagi teradi sebelum penghijrahan dari Mekah. Lantaran itu ayat-ayat yang diturunkan sewaktu di Kota Rasul itu sarat muatannya dengan pelbagai tatacara bermasyarakat sedangkan sewaktu masih di bumi Mekah, tunjangan ayatnya lebih kepada peneguhan aqidah & iman kepada Sang Pencipta.                   
                    
           Sebetulnya ada 2 tahap penurunan al-Qur’an ini. Tahap pertama nuzulnya dari sisi AlLah SWT di Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Peristiwa ini berlaku pada Lailatul Qadar yang hanya terdapat pada suatu malam yang tersedia pada bulan Ramadhan. Sementara tahap kedua pula dibawa turun oleh Syaidina Jibril AS dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW untuk dibaca, difahami, diamalkan, disebarluaskan, & dipertahankan kesuciannya. Hal ini juga berlaku pada bulan Ramadhan pada kali pertamanya sewaktu Syaidina Jibril AS membacakan Iqra kepada Baginda Rasul SAW. AlLah SWT Yang Maha Pencipta yang telah mencipta segala; manusia, jin, malaikat, langit, bumi, bulan, bintang, matahari, gunung, bukit, dsb  itulah yang mengkaryakan al-Qur’an. SubhanalLah.

              DIA sebagai Maha Pencipta segala memberitahukan bahawa tujuan diturunkan-NYA al-Qur’an ialah untuk dijadikan petunjuk atau penyuluh kepada umat manusia. Tujuan primer AlLah SWT menurunkan al-Qur’an hanya satu; untuk manusia jadikan petunjuk, bukan untuk dilawan bacaan belagunya, bukan untuk ditulis cantik-cantik menjadi khat dll. Walaupun tidak salah untuk menulis ayat-ayat al-Qur’an sebagai tulisan khat, tetapi itu bukan matlamat penurunan kitab suci tersebut. Untuk menjadikan al-Qur’an sebagai penunjuk & petunjuk kepada manusia, sudah pasti al-Qur’an ini perlu dibaca tetapi tidak cukup hanya sekadar dibaca malah perlu difahami. Demikian juga dengan hanya sekadar membaca juga tidak memadai, segala titah & segala perintah AlLah SWT yang termuat dalam al-Qur’an perlu dilaksanakan tanpa banyak atau sedikit dalih. DIA hanya mewajarkan kita untuk beramal dengan segala muatan al-Qur’an ini hanyalah sewaktu kita masih disambung subsidi nyawa sahaja.  Bermakna setelah nyawa sudah berpindah & meninggalkan badan tidak ada lagi kewajipan untuk kita berpegang dengan al-Qur’an ini. Ya hanya beberapa tahun sahaja, ya di sekitar 100 tahun sahaja! Lalu selagi hidup belum sudah. Jom kita realisasikan apa juga muatan ajaran al-Qur’an ini dalam kehidupan.
            
                Ya, al-Qur’an juga memberi penjelasan secara terperinci segala masalah yang membelit jiwa & raga manusia. Rujuk & buka serta bacalah al-Qur’an untuk menyelesaikan apa sahaja masalah (makan-minum, pekerjaan, persahabatan, hukum-hakam, pemerintahan dll)yang sedang & masih membelenggu anda; al-Qur’an sudah lama menyediakan jawapan kepada semua persoalan tersebut. Di samping menyediakan segala maklumat & cara menyelesaikan pelbagai ragam belitan persoalan & masalah, al-Qur’an juga menjadi pembeza (memberikan panduan secara jelas) antara; dosa - pahala, syurga - neraka , iman - kufur,  taat - maksiat, dsb. Bertuahnya kita sebagai umat Islam lagi beriman ini, bukan sahaja menjadi umat yang dipilih-NYA untuk menjadi penghuni syurga malah kekala buat selama di dalamnya, malah dipandu-NYA secara terperinci perjalanan hidup kita di dunia agar tidak tersasar & tersesat dari jalan redha-NYA; dulu, kini, & selama-lamanya. SubhanalLah. Thank YOU AlLah SWT.
     

 فمن  شهد منكم الشهر فليصمه
Barang siapa yang menyaksikan daripada kalangan kamu anak bulan Ramadhan, maka hendaklah dia menyempurnakan syiamnya pada siang keesokan hari. Untuk menentukan permulaan berpuasa & menentukan bilakah hari raya Idil Fitri, AlLah SWT sudah menetapkan caranya iaitu dengan melihat anak bulan & tidak boleh dengan cara atau jalan yang lain seperti melihat kalendar sahaja. Ya untuk menentukan permulaan berpuasa tidak boleh bergantung kepada kalendar tetapi mesti melihat anak bulan. Jika kelihatan maka keesokan hari bolehlah berpuasa, jika anak bulan tidak kelihatan walaupun ada, maka cukupkanlah bilangan Sya’ban kepada 30 hari. Sama juga untuk menentukan Idil Fitri juga mesti melalui cara melihat anak bulan Syawal. Jika anak bulan tersebut kelihatan maka pada keesokan hari bolehlah kita berhari raya jika tidak kelihatan anak bulan maka jumlah Ramadhan mesti dicukupkan menjadi 30 hari.  Perlu diingatkan bahawa walaupun kalendar tidak boleh digunaklan untuk menentukan permulaan untuk berpuasa atau berhari raya, tetapi untuk melihat anak bulan mestilah berpandukan kalendar; iaitu anak bulan hanya patut dilihat pada 29 haribulan sahaja’; sama ada Sya’ban atau Ramadhan, tidak boleh dilihat suka-suka hati sahaja.

 ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر
Sesiapa sahaja yang dihinggapi sakit atau perlu melakukan perjalanan yang layak dikira sebagai musafir iaitu perjalanan di sekitar 100 km, mereka diberi keringanan oleh AlLah SWT sama ada meneruskan puasanya atau mereka diharuskan berbuka tetapi mesti digantikan puasa yang ditinggalkan itu pada hari yang lain; bermula pada 2 Syawal - 29 Sya’ban yang mendatang. Ya walaupun berpuasa merupakan kewajipan & menjadi Rukun Islam tetapi AlLah SWT Yang Maha Mengetahui kelemahan manusia memberikan keizinan kepada sebahagian manusia untuk menangguhkan kewajipan tersebut kepada suatu tarikh yang lain. SubhanalLah. Sakit yang diharuskan berbuka hanyalah sakit yang akan bertambah jika meneruskan puasanya. Begitu juga musafir yang diharuskan berbuka terhad untuk yang bertujuan yang diharuskan syarak sahaja(misalnya menghubung silaturrahim, menziarahi rakan taulan yang sakit, mencari rezeki yang halal dsb). Adapun dengan tujuan yang bercanggah dengan syarak tentunya dwiharam berbuat demikian, misalnya melakukan perjalanan jauh untuk meragut, merompak, menipu  dsb.

 يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Keringanan yang diizinkan-NYA itu untuk para pesakit & sang musafir sebagai satu kemudahan untuk kita sebagai hamba yang amat-amat lemah ini. DIA tidak mahu kita terbeban dengan sedikit cubaan kewajipan berpuasa tersebut lalu kita terbabas melakukan yang tidak sepatutnya. DIA mahukan kita berpuasa dengan penuh rasa seronok & dalam suasana yang menyeronokkan dengan adanya keharusan berbuka untuk golongan yang terpilih.

 ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون
Cukupkanlah jumah atau bilangan hari-hari untuk berpuasa itu sama ada 29 atau 30 hari sahaja. Jangan pula terlebih hingga sampai 31 hari kerana terlalu seronok untuk berpuasa atau terkurang sekadar 28 hari sahaja kerana terlalu seronok untuk beraya, macam budak-budak tadika pula. Berpuasa 29 atau 30 hari itu bergantung sepenuhnya kepada nampak atau tidaknya anak bulan sewaktu kita melihatnya. Sebetulnya ada sebab kenapa anak bulan sukar kelihatan walaupun hilal tersebut ada, antaranya;
1-cuaca redup atau joon,
2- awan terlalu tebal,
3- matahari lambat jatuh manakala hilal sudah muncul, &
4- kita tidak melihatnya

DIA meminta kita supaya bertakbir membesarkan-NYA dengan mengucap & mengumandangkan AlLahhu Akhbar, AlLahhu Akhbar, AlLahhu Akhbar,.....walilLahilham  setelah jatuh atau terbenam sahaja matahari Ramadhan. Ya kita umat Islam yang disuruh berpuasa demi menjunjung titah & perintah AlLah SWT. Kita juga disuruh berhari raya oleh AlLah SWT yang sama agar bergembira segembira gembiranya iaitu dengan cara melafazkan takbir demi takbir demi takbir. Mulai terbenam matahari Ramadhan yang terakhir sama ada 29 atau 30, dariu waktu Maghrib sehinggalah solat Idil Fitri. Lantaran itulah solat sunat Idil Fitri sunah dilewatkan sedikit untuk memberi peluang & ruang serta kesempatabn kepada manusia untuk membanyakkan jumlah takbirnya agar bergema di maya. Tapi sayang bebilion-bilion kali sayang, hari ini raya kita tidak lagi dihiasi & dipenuhi dengan takbir  sebagaimana yang diprogramkan oleh AlLah SWT. Raya kita pada hari ini dibisingkan dengan pelbagai rentak & irama serta lirik lagu hari raya yang direka oleh manusia yang kebanyakannya lagho. Seharusnya kita keluar unrtuk bersolat hari raya dengan bertakbir di jalan raya. Seandainya hal ini mampu kita sama-sama lakukan; bertakbir di perjalanan menju ke tempat solat Idil Fitri secara beramai-ramai, barulah kita akan nampak kehebatan umat ini.  Ya kita mampu berbuat demikian dengan bantuan hidayah dari AlLah SWT, walau bagaimanapun kita mesti berusaha untuk meraih hidayah itu, kerana hidayah tidak akan datang sendiri.




وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون
وسأل جماعة النبي محمد صلى الله عليه وسلم أقريب ربُّنا فنناجيه أم بعيد فنناديه: فنزل { وإذا سألك عبادي عني فإني قريب } منهم بعلمي فأخبرهم بذلك { أجيب دعوة الداع إذا دعان } بإنالته ما سأل { فليستجيبوا لي } دعائي بالطاعة { وليؤمنوا } يداوموا على الإيمان { بي لعلهم يرشدون } يهتدون .
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Apabila  kita ditanya oleh penyembah-penyembah berhala, patung, & idea ciptaan manusia tentunya; di manakah AlLah SWT kamu? Jawablah dengan tegas bahawa DIA amat dekat. Kedekatan ini ditandai oleh DIA akan mengabulkan semua yang kita pinta jika kita meminta & DIA amat murka jika kita malas untuk meminta kepada-NYA. Ya, berbeza & berbeda dengan manusia yang tentunya jika kita selalu meminta kepadanya, mereka akan menumpahkan kemarahannya. Tetapi AlLah SWT menghujan & akan membanjirkan murka-NYA jika kita tidak meminta kepada-NYA. Why ya? Mudah saja, kerana DIA hyperkaya, bajet yang disediakan-NYA untuk diberi & dibahagi-bahagikan kepada semua hamba tidak pernah luak apalagi habis. Ibarat kata seandainya semua makhlut ini memunggah air laut untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing sebanayk yang mereka mahukan, kandungan & jumlah air laut itu tetap tidak berubah atau berkurangan walaupun setitik. Demikian;ah rezeki yang AlLah SWT cadangkan untuk para hamba ini. Sebagai buah daripada tanda syukur & terima kasih kepada limpah kurnia-NYA itu, silalah beriman kepada-NYA, kerana hanya dengan iman ini akan mengekalkan kita berada pada posisi  & polisi peraih hidayah.




أحل لكم ليلة الصيام الرفث إلى نسائكم هن لباس لكم وأنتم لباس لهن علم الله أنكم كنتم تختانون أنفسكم فتاب عليكم وعفا عنكم فالآن باشروهن وابتغوا ما كتب الله لكم وكلوا واشربوا حتى يتبين لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر ثم أتموا الصيام إلى الليل ولا تباشروهن وأنتم عاكفون في المساجد تلك حدود الله فلا تقربوها كذلك يبين الله آياته للناس لعلهم يتقون
{ أُحلَّ لكم ليلة الصيام الرفث } بمعنى الإفضاء { إلى نسائكم } بالجماع، نزل نسخا لما كان في صدر الإسلام على تحريمه وتحريم الأكل والشرب بعد العشاء { هن لباس لكم وأنتم لباس لهن } كناية عن تعانقهما أو احتياج كل منهما إلى صاحبه { علم الله أنكم كنتم تختانون } تخونون { أنفسكم } بالجماع ليلة الصيام وقع ذلك لعمر وغيره واعتذروا إلى النبي صلى الله عليه وسلم { فتاب عليكم } قبل توبتكم { وعفا عنكم فالآن } إذ أحل لكم { باشروهن } جامعوهن { وابتغوا } اطلبوا { ما كتب الله لكم } أي أباحه من الجماع أو قدره من الولد { وكلوا واشربوا } الليل كله { حتى يتبيَّن } يظهر { لكم الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر } أي الصادق بيان للخيط الأبيض وبيان الأسود محذوف أي من الليل شبه ما يبدو من البياض وما يمتد معه من الغبش بخيطين أبيض وأسود في الامتداد { ثم أتُّموا الصيام } من الفجر { إلى الليل } أي إلى دخوله بغروب الشمس { ولا تباشروهن } أي نساءكم { وأنتم عاكفون } مقيمون بنية الاعتكاف { في المساجد } متعلق بعاكفون نهيٌ لمن كان يخرج وهو معتكف فيجامع امرأته ويعود { تلك } الأحكام المذكورة { حدود الله } حدَّها لعباده ليقفوا عندها { فلا تقربوها } أبلغ من لا تعتدوها المعبر به في آية أخرى { كذلك } كما بيَّن لكم ما ذكر { يُبيِّن الله آياته للناس لعلهم يتقون } محارمه .
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Pada waktu malam hari iaitu setelah terbenamnya fajar DIA menghalalkan apa yang halal tetapi dilarang berbuat pada siang hari seperti beraktiviti suami-isteri. Kerana antara keduanya; suami-isteri ini diibaratkan sebagai pakaian sesama mereka. Dengan maksud sebagai pelindung daripada sebarang cacat cela jika ada atau sebagai penambah seri kecantikan. Ya kita memakai baju umapamanya, baju tersebut boleh menutup jika ada sebarang parut di badan. Jika tidak ada parut pun dengan berpakaian akan menjadikan kita lebih kelihatan menarik tentunya. Ya DIA Maha Mengetahui tidak dapat menjalankan fungsi bersuami-isteri pada siang hari sesuatu yang amat berat, lalu diizinkan-NYA kita meneruskan keinginan tersebut pada malam hari. Keizinan untuk beraktiviti ini dipanjangkan sehingga fajar bukan sehingga terbit matahari. Ya dengan maksud jika ada pasangan suami isteri itu yang kuat keinginan vitalnya, mereka boleh menyempurnakan hajat tersebut selepas solat Isya sehinggalah sampai waktu fajar. Tetapi jangan lupa untuk bersahur pula kerana bersahur itu berkat walaupun hanya dengan seteguk air. Lalu setelah fajar berpuasalah sehinggalah ke waktu Maghrib pula. Begitulah setiap harinya dalam bulan Ramadhan. Itulah sebahagian batasan atau hudud AlLah SWT, jangan kita menjadi manusia yang gatal kulit pula  dengan melanggar batas & ketentuan AlLah SWT.




Catatan Tambahan Ramadhan
Hadits Pertama

عن جابر بن سمرة أتاني جبريل فقال : يا محمد ! من أدرك أحد والديه فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : يا محمد من أدرك شهر رمضان فمات فلم يغفر له فأدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين قال : و من ذكرت عنده فلم يصل عليك فمات فدخل النار فأبعده الله قل : آمين فقلت : آمين

Dari Jabir bin Samuroh rodhiyallahu’anhu, Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallambersabda: “Aku menjumpai Jibril, kemudian di berkata wahai Muhammad!, barangsiapa yang menjumpai salah seorang dari kedua orang tuanya kemudian ia meninggal, keudian ia dimasukkan ke neraka, Semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”. Jibril berkata,”Wahai Muhammad!, barangsiapa yang menjumpai bulan Romadhon kemudian ia meninggal, hal itu tidak menyebabkan ia diampuni dan ia dimasukkan neraka, Semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”.Jibril berkata,”Wahai Muhammad!, barangsiapa yang engkau disebutkan padanya ia tidak bersholawat kemudian meninggal dan dimasukkan ke neraka, semoga Allah melaknatnya.” Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amin”.

(Al Jami’ush Shoghir wa Ziyadatuhu 75 (1/8), Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani mengatakan, Shohih)


Hadits Kedua

عن أبي هريرة : أن النبي صلى الله عليه و سلم رقى المنبر فقال آمين آمين آمين قيل له يا رسول الله ما كنت تصنع هذا فقال قال لي جبريل رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة قلت آمين ثم قال رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له فقلت آمين ثم قال رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت آمين

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu’anhu, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menaiki mimbar kemudian bersabda: “Amin, Amin, Amin”. Kemudian dikatakan kepada beliau, “Wahai Rosulullah, Apa (maksud) yang kami dengar ini?. Kemudian beliau bersabda: “Jibril telah mengatakan kepadaku, “Hinalah seorang hamba yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah satunya (masih hdup) namun hal itu tidak membuatnya masuk surga”. Aku berkata, “Amin”. Kemudian Jibril berkata, “Hinalah seorang hamba yang ia telah memasuki bulan Romadhon namun tidak membuat (dosanya) diampuni, kemudian aku berkata, “Amin”. Kemudian Jibril berkata, “Hinalah seseorang yang (namamu) disebutkan padanya namun ia tidak mengucapkan sholawat, kemudian aku berkata, “Amin”

(Al ‘Adabul Mufrod 646 (1/225),Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani mengatakan, Hasan Shohih)


Hadits Ketiga

عن جابر بن عبد الله : أن النبي صلى الله عليه و سلم رقى المنبر فلما رقى الدرجة الأولى قال آمين ثم رقى الثانية فقال آمين ثم رقى الثالثة فقال آمين فقالوا يا رسول الله سمعناك تقول آمين ثلاث مرات قال لما رقيت الدرجة الأولى جاءني جبريل صلى الله عليه و سلم فقال شقي عبد أدرك رمضان فانسلخ منه ولم يغفر له فقلت آمين ثم قال شقي عبد أدرك والديه أو أحدهما فلم يدخلاه الجنة فقلت آمين ثم قال شقي عبد ذكرت عنده ولم يصل عليك فقلت آمين

Dari Jabir bin ‘Abdillah rodhiyallahu’anhu, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam menaiki tangga mimbar. Ketika naik ketingkatan pertama, Beliau mengatakan “Amin”. Kemudian ketika manaiki tingkatan kedua, Beliau mengatakan “Amin”. Kemudian ketika menaiki tingkatan ketiga, Beliau mengatakan “Amin”. Kemudian para shahabat Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Wahai Rosulullah, kami mendengar anda mengatakan amin sebanyak tiga kali”.Rosulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Ketika aku menaiki tingkatan tangga pertama, (malaikat) Jibril shalallahu’alaihi wa sallam mendatangiku kemudian berkata, “Celaka seorang hamba yang ia menjumpai bulan Romadhon kemudian Romadhon itu berlalu, dan hal itu tidak membuatnya diampuni”. Kemudian aku mengatakan “Amin”. Kemudian Jibril berkata, “Celaka seorang hamba yang ia mendapati kedua orang tuanya atau salah seorang dari mereka (masih hidup) tapi hal itu tidak memasukkannya kedalam surga”. Kemudian aku mengatakan “Amin”. Kemudian Jibril berkata, “Celaka seorang hamba yang ketika(ia mendengar) aku disebut namun ia tidak bersholawat”. Kemudian aku mengatakan “Amin”.

(al ‘Adabul Mufrod 644 (1/224)Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani mengatakan, Shohih li Ghoirihi)

Hadits lain yang memiliki lafazh serupa:

Hadits riwayat ‘Amar bin Yasir rodhiyallahu’anhu, dengan lafadz pada hadits Abu hurairah rodhiyallahu’anhu (lihat Musnad al Bazzar 1256 (4/268)).

Hadits riwayat Ka’ab bin ‘Ujzah rodhiyallahu’anhu, dengan status hadits: Shohih menurut al Hakim, dan disepakati adz Dzahabi. (lihat Al Mustadrok ‘Ala Shohihain 7256 (4/170)), Shohih dengan penguatnya menurut Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani.

Hadits riwayat Ibnu Abbas rodhiyallahu’anhu (lihat Mu’jamul Kabir 11115 (11/82)) dengan status hadits: Dho’if jiddan menurut Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani.

Hadits riwayat Malik bin Al Huwairits rodhiyallahu’anhu (lihat Mu’jamul Kabir 649 (19/291)) dengan status hadits: Shohih li Ghoirihi menurut Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani.

Hadits riwayat Anas bin Malik rodhiyallahu’anhu (lihat Mu’jam Ibnu ‘Asakir 1362 (2/143)) dengan status hadits: Shohih dengan penguatnya menurut Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani.

Sahabat Hhikmah...
Memang benar, memnta maaf adalah suatu keharusan, baik kepada orang tua, suami/isteri atau kepada orang di sekitar kita. Tetapi bila sudah membuat berita bahwa Malaikat JIbril berdoa, yang disampaikan melalui lisan Nabi Muhammad shalallaahu 'alaihi wa sallam, dan ternyata Malaikat Jibril dan Nabi Muhammad shalallaahu 'alaihi wa sallam tidak melakukannya, bukankah ini sudah berdusta atas nama Malaikat Jibril dan Nabi Muhammad shalallahu 'alihi wa sallam?

Oleh karena itu kita harus selalu melihat sumbernya, jangan sampai kita berdusta atas nama Rasulullah, atau membantu orang-orang yang memalsukan hadits, karena ancamannya adalah NERAKA.


Seperti yang disebutkan dalam hadits:

……….. “Man kadzaba a’laiya muta’ammidan falyatabawwa maq’adahu minannaar”.

Artinya : Dari Abi Hurairah, ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW “Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka”.
(Hadits shahih dikeluarkan oleh Imam Bukhari (1/36) dan Muslim (1/8) dll)

Artinya : Dari Abi Hurairah, ia berkata. Telah bersabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membuat-buat perkataan atas (nama)ku yang (sama sekali) tidak pernah aku ucapkan, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya di neraka”.
(Hadits shahih dikeluarkan oleh Ibnu Majah (No. 34) dan Imam Ahmad bin Hambal (2/321))

Artinya : Dari Salamah bin Akwa, ia berkata. Aku telah mendengar Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengatakan atas (nama)ku apa-apa (perkataan) yang tidak pernah aku ucapkan, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya di neraka”.
(Hadits shahih riwayat Imam Bukhari (1/35) dll, hadits ini diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad (4/47) dengan lafadz yang sama dengan hadits No. 1,4,5,6 & 8)


Na'udzubillahi min dzaalik. Semoga Allah selalu memberikan petunjuk kepada kita semua dan dijauhkan dari perbuatan-perbuatan yang menyebabkan masuk ke dalam neraka. Amin

Dorongan untuk melaksanakan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan

1. Pengampunan dosa :

Allah yang Maha Bijaksana telah menggalakkan puasa pada bulan Ramadhan menjelaskan kelebihannya dan ketinggiannya. Sekiranya orang yang berpuasa itu, mempunyai dosa walau sebanyak buih di lautan sekalipun, akan diampunkan baginya dosa-dosanya dengan sebab ibadat yang baik dan berkah ini.

Daripada Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu daripada Nabi shallallahu 'alayhi wasallam sabda baginda :
من صام رمضان إيماناً و احتساباً غُفر له ما تقدم من ذنبه
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan (akan kefardhuannya) dan muhasabah diri (mencari pahala dan inginkan pengampunan) diampunkan baginya apa jua dosanya yang lalu” [1]

Daripada beliau radhiyallahu 'anhu juga, daripada Rasulillah shallallahu 'alayhi wasallam yang telah bersabda :
الصلوات الخمس و الجمعة إلى الجمعة ، و رمضان إلى رمضان
مكفِّرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر
“Sholat lima waktu dan (menunaikan fardhu) satu jumu’at ke jumu’at yang lain serta (menyempurnakan kewajipan puasa) Ramadhan hingga Ramadhan adalah penebus dosa di antara semuanya itu, selama dosa-dosa besar dihindari.” [2]


Daripada Abi Hurairah juga radhiyallahu 'anhu :
أن النبي صعد المنبر فقال :  ) آمين ، آمين ، آمينقيل يا رسول الله : إنك صعدت المنبر فقلت : آمين ، آمين ، آمين؟  فقال : ) إن جبرائيل u أتاني فقال : من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له
فدخل النار فأبعده الله . قل : آمين.  فقلت : آمين...
“Bahawasanya Nabi shallallahu 'alayhi wasallam telah naik ke atas mimbar lalu bersabda : {Aaamiiin, Aaamiiin, Aaamiiin}. Lalu ditanyakan kepada baginda : Wahai Rasulullah, tuan hamba naik ke atas mimbar lalu mengucapkan : Aaamiiin, Aaamiiin, Aaamiiin? Jawab baginda : {Sesungguhnya Jibraa-iel telah datang kepada ku lalu menyampaikan : Sesiapa yang berkesempatan menemui bulan Ramadhan, lalu ia tidak diampunkan, maka ia masuk nereka lalu Allah menjauhkannya dari nereka. Ucapkanlah : aaamiin. Maka aku pun mengucapkan : Aaamiiin...}” [3]


2. Doa yang maqbul (diperkenankan) dan pembebasan dari neraka :

Baginda shallallahu 'alayhi wasallam telah bersabda :
إن لله في كل يوم و ليلة عتقاءَ من النار في شهر رمضان ،
و إن لكل مسلم دعوةً يدعو بها، فيستجاب له
“Sesungguhnya bagi Allah, pada setiap hari dan malamnya bulan Ramadhan, hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka dan sesungguhnya bagi setiap muslim, suatu doa yang mustajab baginya, yang ia boleh berdoa dengannya.” [4]


3. Digolongkan dari kalangan Shiddiiqiin dan Syuhadaa :

Daripada ‘Amru bin Murrah Al-Juhaniy radhiyallahu 'anhu yang meriwayatkan : “Seorang lelaki telah datang menghadap Nabi shallallahu 'alayhi wasallam lalu berkata : Ya Rasulallah. Apa pandangan mu jika aku bersaksi bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawasanya anda adalah utusan Allah, aku mendirikan sholat lima waktu, aku tunaikan zakat dan aku berpuasa pada bulan Ramadhan dan aku lakukan qiyamnya, maka dari golongan manakah aku, jika begitu? Jawab baginda : (
من الصديقين و الشهداء ) {Dari kalangan Shiddiiqiin dan Syuhadaa}.” [5]


Ancaman terhadap orang yang tidak berpuasa
pada bulan Ramadhan dengan sengaja

Daripada Abi Umaamah Al-Baahiliy radhiyallahu 'anhu yang meriwayatkan : “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu 'alayhi wasallam bersabda :
) بينما أنا نائم أتاني رجلان فأخذ بِضَبُعي فأتيا بي جبلا وعرا فقالا : اصعد ، فقلت :
 إني لا أطيقه. فقالا : سنسهله لك. فصعدت ، حتى إذا كنت في سواد الجبل إذا بأصوات شديدة. قلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عواء أهل النار ثم انطلق بي، فإذا أنا بقوم معلقين بِعَراقيبهم ، مشققة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما. قال : قلت من هؤلاء؟ قال : الذين يفطرون قبل تحلّة صومهم ...
“Sedang aku tidur, dua orang lelaki datang kepada ku lalu memegang dan menarik kedua lengan ku. Maka keduanya membawa ku ke sebuah bukit yang amat sukar pendakiannya sambil berkata : Dakilah.
Maka jawab ku : Aku tidak mampu mendakinya. 
Kata mereka : Kami akan memudahkannya bagi mu. Maka aku pun mendakinya sehinggalah aku sampai ke bahagian yang hitam gelap dari bukit itu dan aku mendengar suara-suara (pekikan) yang kuat. 
Tanya ku : Suara-suara apakah itu? 
Jawab mereka : Ini pekik telolongnya ahli neraka. Kemudian aku teruskan pendakian maka sampailah aku bertemu dengan satu kaum sedang mereka digantung dengan urat-urat peha dan urat belakang lutut mereka dan pipi-pipi mereka koyak rabak serta darah mengalir dari pipi-pipi mereka. 
Tanya ku : Siapakah mereka ini? 
Jawabnya : Mereka inilah orang-orang yang berbuka sebelum sampai masa halalnya untuk berbuka” [6]


Adapun apa yang diriwayatkan bahawa Nabi shallallahu 'alayhi wasallam telah bersabda :
من أفطر يوما من رمضان متعمدا ، لا يجزئه صيام الدهر و إن صامه
“Barangsiapa yang meninggalkan puasa satu hari pada bulan Ramadhan dengan sengaja (tanpa keuzuran), ia tiada gunanya puasanya sepanjang masa walaupun sekiranya ia melakukannya (puasa sepanjang masa).”


No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters