About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Wednesday, April 24, 2013

Surat Buat Husna




Anakanda Husna.
Abah  cukup kagum dengan kegigihan anakanda mengumpul duit untuk dijadikan tambang kapal kerana ingin balik mengundi.
Deretan niat & keinginan itu, Insya-AlLah SWT sudahpun tercatat dalam  kitab suratan sebagai  benih-benih amal soleh.
Untuk membenarkan anakanda balik bagi menunaikan keperluan mengundi  pada 5 Mei nanti, abah rasa amat keberatan, kerana

1- tempoh yang anakanda Na hendak balik itu terlalu hampir dengan tarikh pilihanraya, sepatutnya boleh balik sekali dengan abang Fah, barulah lebih banyak manfaat yang dapat 
disumbangkan kepada perjuangan dari segi gerak kerjanya.

2- untuk memenangkan perjuangan Islam ini bukan hanya dengan cara memangkah kertas undi sahaja, tetapi rantaian doa juga boleh dirapat ke Hadrat-NYA kerana doa itu  senjata mukmin yang paling ampuh. Abah amat-amat yakin deretan doa daripada anakanda Na & semua rakan pelajar di bumi ambiya’, yang sedang menuntut ilmu peninggalan ambiya’, untuk menjadi penyambung lidah ambiya’, bila balik ke tanah tumpah darah kelak menyebarkanluaskan ilmu tersebut, PASTI dimakbulkan-NYA Pasti tidak ditolak-NYA.

3-kepada abah, gunakanlah duit yang disimpan itu untuk membeli kitab-kitab hebat yang pernah dihasilkan oleh ulama silam kemudian menterjemahkan ke dalam bahasa kita (melayu), akan menjadi lebih panjang manfaat pahalanya seperti yang terpeta dalam sabda ‘apabila meninggalnya anak Adam AS maka putuslah segala amalan pahalanya kecuali 3; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan’. Sistem pilihanraya yang digunapakai di negara kita masih terlalu luas terdedah kepada pelbagai ansir penipuan, ya buku daftar pengundi yang masih diragui kesahihannya

4- dari itu, abah dengan berat hati TIDAK MENGIZINKAN anakanda Na balik untuk mengundi, ya, walaupun mengundi itu satu jihad untuk menegakkan Islam di maya ini, tapi anak-anak yang masih di bawah payung tanggungan, WAJIB mendapatkan keizinan seperti sabda Baginda Junjungan.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters