dalam perjalanan hidup ini, kita sebagai manusia selalu mengambil manusia lain untuk dijadikan figure hidup. kebanyakan manusia pada hari ini menjadikan artis atau ahli sukan sebagai ikon mereka. lalu meraka pun sanggup berhabis duit yang tidak terklira banyak untuk mengikuti perkembangan artis atau ahli sukan yang mereka minat itu. mereka akan menampal gambar artis atau bintang sukan yang mereka minat itu. biodata bintang yang mereka suka mereka akan kumpul.tapi anehnya jika mereka menemui orang yang mereka minat itu di mana-mana tempat, belum tentu bintang pujaan mereka akan menegur mereka dahulu dengan sapaan' oh my peminat'. agak malang duit, masa, tenaga dan lain-lain dibuang untuk mengumpul maklumat seseorang yang tidak pasti akan mengenali diri kita.!
amat berbeza jika pada masa hidup ini, kita menghabiskan masa untuk mengenali seorang manusia yang bernama Muhammad bin AbdulLah SAW. kita berselawat kepadanya, membaca sabdanya, mengikut jejak langkahnya, apabila kita bertemu Baginda SAW di Mahsyar kelak. Baginda SAW akan memanggil kita' ummati. ummati, ummati' dan Baginda SAW akan memberikan syafaatnya kepada kita pada hari tersebut.
lalu mari kita tukaridola kita dari manusia yang lemah ini kepada Baginda SAW yang mulia yang dineri kemulianan oleh Allah SWT; dulu, kini, dan selamanya. mari kita memperbanyak selawat kepadanya seperti selawat yang kita baca dalam solat Allahhuma solli ala muhammad waalaa aalihi muhammad....
" Ya AlLah jadikan aku hamba-Mu yang bisa mengatur petak-petak syukur bila nikmat-Mu menampakkan wajah pada halaman umur, Ya AlLah kurniakanku tembok sabar tatkala derita tak terduga berkunjung ke kebun usia'"
About Me
- fauzi amir gus
- saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com
No comments:
Post a Comment