About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Wednesday, June 29, 2011

Isra' wal Mikraj

Isra & Mikraj

“Maha Suci AlLah SWT yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad bin AbdulLah SAW) pada satu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) yang telah KAMI berkati di sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya (Muhammad bin Abdullah SAW) sebahagian daripada ayat KAMI (tanda kemahaagungan, kemahahebatan, kemahaperkasaan AlLah SWT). Sesungguhnya DIA Maha Mendengar lagi Maha Melihat” al- Isra’ : 1

Kepada sesetengah ulama’ dan pengkaji sirah, Isra & Mikraj dikira sebahagian daripada anugerah mukjizat AlLah SWT kepada Junjungan Akhir Zaman, Nabi Muhammad SAW. Mukjizat didefinisikan sebagai satu kejadian yang berlaku di luar daripada kebiasaannya, serta tidak ada sekolah atau institusi yang boleh menawarkan kepakaran untuk mengajarnya. Berbeza dengan sihir yang juga suatu kejadian yang terjadi di luar kebiasaan tetapi boleh dipelajari atau ditekuni sesiapa. Dalam ajaran Islam, mengamalkan sihir merupakan salah satu daripada dosa besar yang berada pada kedudukan kedua selepas syirik kepada AlLah SWT. Walau bagaimanapun mempelajari sihir dengan niat serta tujuan untuk melindungi diri, keluarga, atau tanggungan daripada ancaman sihir adalah diharuskan.

Baginda Rasul SAW & Umat Islam sebelum Isra & Mikraj

Setelah menerima wahyu, Baginda SAW dengan gigihnya telah menyiar dan menyebarkan Islam ke dalam kalangan masyarakat Mekah pada masa itu. Baginda SAW sebetulnya bukan mengajarkan sesuatu yang baru kepada masyarakat, tapi mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam, kerana manusia pada asalnya Islam. Baginda Adam AS merupakan orang pertama yang menghuni bumi ini dengan syariat atau peraturan Islam. Dari satu sisi lain, setan and the gang telah bersumpah laknat di depan Yang Maha Esa untuk memesongkan manusia daripada jalan Islam, dan AlLah SWT mengizinkan permintaannya. Bermula daripada detik itu jugalah iblis, setan, hantu, dan yang senama dan seiklim dengannya pun mula menyusun gerak kerja secara tersusun, untuk menjauhkan semua manusia daripada cara hidup Islam. Sirah menukilkan Qabil merupakan manusia yang pertama berjaya dipedaya iblis. Dari sehari ke sehari semakin ramai manusia yang menjauhkan dirinya daripada kehendak dan ajaran Islam. Apabila manusia semakin parah meninggalkan ajaran Islam, maka AlLah SWT tidak pernah lupa untuk mengirim para anbiya’-NYA agar mengajak & mempelawa manusia agar kembali ke pangkal jalan (Islam). Nabi yang mula-mula berdepan dengan tugasan untuk mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam ialah Nabi Nuh AS sementara nabi yang berada pada mata rantai yang akhir dalam rangkaian para nabi ialah Nabi Muhammad SAW.

Pelbagai cara & strategi diguna para nabi untuk mengajak manusia kembali kepada Islam. Begitulah juga yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW semasa mengajak kaumnya kembali kepada Islam. Dimulakan oleh Baginda SAW dengan mengajak orang paling hampir dengan Baginda SAW iaitu isterinya Syaidatina Khadijah RA, Saidina Ali KW, Zaid bin Harithah, Ummu Hani Abu Talib, selepas itu Baginda SAW melebarkan jalur dakwahnya kepada para sahabat akrabnya Abu Bakar. Kesemua mereka yang diajak Baginda SAW menerima seruan dan menggabungkan dirinya dalam Islam. Abu Bakar pula tanpa berlengah dan bertangguh lagi melebarkan pula dakwah ini kepada sahabat keakrabannya, seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Thalhah Ubaidillah dan lain-lain . Melalui jalan ini menjadikan para pengikut dakwah semakin hari semakin membanyak.

Pertambahan pengikut Baginda Rasul SAW mengundang rasa cemas para jahiliyyah. Mereka mengambil langkah menyiksa pendokong ajaran Nabi SAW, misalnya Bilal bin Rabah, Miqdad bin al Aswad, Suhail ar-Rumi, keluarga Yassir dan lain-lain.tapi tidak ada seorang pun antara mereka yang murtad.

Rasa cemas yang menghantui para Quraisy mendorong mereka mengambil pelbagai pendekatan untuk menyekat aliran dakwah ini. Antaranya mereka mendatangi Nabi SAW dan menawarkan pelbagai pakej yang amat menarik untuk Nabi SAW nikmati dengan syarat Baginda SAW meninggalkan kerja dakwahnya dan mengikut telunjuk mereka. Pernah mereka menghantar al-Walid bin Mughirah (ayah panglima perang Islam Khalid bin al-Walid) untuk berunding dengan Nabi SAW. al-Walid bin Mughirah pernah menawarkan kepada Nabi SAW, jika Nabi SAW mahu menjadi orang kaya, para Quraisy bersedia mengumpulkan semua harta mereka dan menjadikan Nabi SAW orang paling kaya di Mekah, jika Nabi SAW mahukan isteri yang jelita mereka sanggup melamar anak siapa sahaja walaupun anak Raja Rom atau anak Raja Parsi, jika Nabi SAW mahu jadi raja, mereka bersedia menabalkan Baginda SAW sebagai raja. Baginda SAW dengan tenang dan tegas menjawab; ‘Demi AlLah SWT, jika mereka boleh letakkan matahari di tangan kananku dan bulan di sebelah kiriku, tidak aku tinggalkan urusan dakwah ini, sehingga AlLah menzahirkan agama ini atau aku musnah kerana menyampaikannya’

Apabila jalan memujuk gagal menyekat Baginda SAW, mereka jalankan pula cara jahat. Para Quraisy berpakat memulau Nabi SAW dan para pengikutnya selama 3 tahun. Ekoran daripada deretan derita pemulauan ini dan dikeranakan kehendak AlLah SWT, Syaidatina Khadijah RA wafat. Ummu Mukminin yang merupakan pendokong dakwah dari dalam rumah diwafatkan AlLah SAW. Sebagai insan yang mempunyai naluri yang benar, Baginda SAW turut diselimuti rasa sedih kerana pembantu dakwah yang gigih sudah tiada di sisi. 3 bulan kemudian dengan kehendak AlLah SWT Abu Talib juga wafat, seorang pelindung dakwah daripada ancaman luar rumah, walaupun beliau sendiri tidak sudi untuk mengucapkan 2 kalimah syahadah. Hal ini menyebabkan rasa kemanusiaan Baginda SAW bertambah dukacita, sehingga Baginda SAW menggelarkan tahun berkenaan sebagai Tahun Dukacita.

Ekoran daripada penentangan yang tidak pernah mahu berhenti dan tidak pernah bertepi dari kaum Quraisy di samping terlihat sikap keras hati yang melampau daripada penduduk Mekah, Baginda SAW merancang untuk mencari jalan atau medan baru bagi dakwah. Sasaran yang Baginda SAW pilih ialah Taif. Setibanya Baginda SAW di Taif, rupanya buruk rupa buruk khabar, buykan sahaja seruan tidak diterima, tetapi Baginda SAW disambut dengan lontaran batu-batu dari pemuda-pemuda dan putera-putera Taif, menyebabkan kulit Baginda SAW yang mulia dihinggapi luka-luka. Darah merah mulai setitik demi setitik mengalir dari batang tubuh Baginda SAW yang mulia. Bertuahnya Zaid bin Harithah yang menjadi peneman Baginda SAW yang berpeluang untuk menjamah & mengelap darah tersebut. Baginda SAW berhenti rehat di salah satu kebun kepunyaan Utbah & Syaibah bin Rabiah yang berdekatan dengan rumahnya. Di sini Baginda SAW bermunajat dengan munajat yang hebat yang menarik simpati para Malaikat, akhirnya mereka datang memberi salam kepada Baginda SAW di samping memperkenalkan diri masing-masing serta menawarkan pertolongan mereka kepada RasulLulLah SAW untuk menghancurkan atau memusnahkan bumi Taif sebagaimana yang pernah dilalukan mereka untuk umat terdahulu yang memusuhi dan cuba membunuh nabi. Tawaran pertolongan mereka diketepi Nabi SAW dengan penuh berhemah dengan serangkaian doa; ‘Ya AlLah SAW berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui’

Apabila Nabi SAW kembali semula ke Mekah, Baginda SAW terpaksa mencari seseorang yang boleh menjamin keselamatannya dari ancaman Abu Jahal dan the gang. Di sela-sela kehidupan ini rupanya masih ada orang atau manusia yang bersimpati kepada dakwah Islam walaupun mereka tidak memeluk Islam. Hal ini dinampakkan kepada Baginda SAW, apabila Mut’im bin Adi bersedia menghadapi apa-apa juga kemungkinan, kerana dengan beraninya Mut’im membawa Baginda SAW ke Kaabah dan mengumumkan; mulai hari ini Muhammad berada di bawah perlindungannya, sesiapapun tidak boleh menyentuh apa lagi untuk menyakiti Nabi SAW. Mengingat kebaikan Mut’im inilah apabila selesai Perang Badar, Baginda SAW bersabda kepada sahabat dengan merujuk kepada tawanan perang; ‘seandainya Mut’im masih hidup dan dia datang meminta tebusan ini, aku akan berikan kepadanya’

Setelah pelbagai rencam pengalaman yang digeluti inilah Baginda SAW dipersila AlLah SWT untuk menjadi tetamu kehormat-NYA pada malam yang diberkahi-NYA sebagai satu bentuk hiburan dari-NYA kepada hamba-NYA. Kemuncak daripada hiburan yang AlLah SWT sediakan untuk para hamba-NYA ialah SOLAT. Hebatnya solat ini, apabila AlLah SWT mahu mewajibkan-NYA dijemput-NYA Baginda Nabi SAW mengadap-NYA. Sedangkan deretan ibadat yang lain AlLah SWT hanya menyuruh para Malaikat-NYA membacakan firman-NYA, walaupun ibadat itu berupa kewajipan berjihad di jalan-NYA, yang mengimplikasikan mati syahid.


“Maha Suci AlLah SWT yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad bin AbdulLah SAW) pada satu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) yang telah KAMI berkati di sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya (Muhammad bin Abdullah SAW) sebahagian daripada ayat KAMI (tanda kemahaagungan, kemahahebatan, kemahaperkasaan AlLah SWT). Sesungguhnya DIA Maha Mendengar lagi Maha Melihat” al- Isra’ : 1

AlLah SWT memulakan kisah & peristiwa Isra’ & Mikraj dengan kalimah pujian ‘Subhana’ (Maha Suci AlLah SWT) dalam masa yang sama AlLah SWT mengajar kita sebagai hamba-NYA tatacara untuk memuji dan memuja-NYA dengan kalimah keramat ‘Subhana’.
Subhana inilah yang kita ulang-ulang 9 kali dalam setiap rakaat solat kita.

3 kali dibaca semasa ruku’ & 6 kali pula dilafazkan sewaktu dua kali sujud. Menjumlahkan;


36 kali ‘Subhana’ kita kumandangkan untuk solat Zuhur


36 kali Subhana’ kita dendangkan untuk solat Asar,


27 kali Subhana’ kita bisikkan untuk solat Maghrib,


36 kali Subhana’ kita lafazkan untuk solat Isya’, dan

18 kali Subhana’ kita sebutkankan untuk solat Subuh.

36+36+27+36+18 =148 sehari

148 sehari x 30 hari sebulan = 4 440

4 440 sebulan x 12 bulan setahun = 53 280


Jika; 10 tahun kita solat, ‘Subhana’ berjumlah 532 800

20 tahun kita solat, ‘Subhana’ berjumlah 1 065 600

30 tahun kita solat, ‘Subhana’ berjumlah 1 598 400

40 tahun kita solat, ‘Subhana’ berjumlah 2 131 200

50 tahun kita solat, ‘Subhana’ berjumlah 2 664 000

60 tahun kita solat, ‘Subhana’ berjumlah 3 196 800

70 tahun kita solat, ‘Subhana’ berjumlah 3 729 600

Jumlah ini belum lagi dikira atau dijumlahkan dengan

tasbih SubhanalLah 33 kali yang kita kumandangkan setiap kali

setelah selesai solat. Jika dicampur dengan jumlah ini,

tentunya jumlah SubhanalLah yang kita sebut setiap hari pasti bertambah.

33 x setiap kali selepas solat didarap 5 kali sehari = 165

165 kali x 30 hari sebulan = 4950

4950 x 12 bulan setahun = 59 400


Jika

10 tahun bertasbih, bermakna ‘Subhana’ kita berjumlah 594 000

20 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ kita berjumlah 1 188 000

30 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ kita berjumlah 1 782 000

40 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ kita berjumlah 2 376 000

50 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ kita berjumlah 2 970 000

60 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ kita berjumlah 3 564 000

70 tahun kita tasbih, bermakna ‘Subhana’ kita berjumlah 4 158 000


Jadi kita berSubhanalLah setiap hari dalam solat dan selepas solat,

maka jumlah Subhana yang kita getarkan adalah seperti berikut;

Subhana dalam solat sehari 36+36+27+36+18 =148 kali

+ SubhanalLah selepas solat 33 kali x 5 waktu sehari = 165 kali

148 + 165 = 313 kali sehari

sama dengan jumlah para rasul yang diutus AlLah SWT memakmurkan bumi)


Subhana dalam solat sebulan; 148 kali x 30 hari = 4 440 kali

+ SubhanalLah selepas solat sebulan; 165 kali x 30 hari = 4 950 kali

4 440 + 4 950 = 9 430 kali sebulan


Subhana dalam solat setahun; 4 440 x 12 bulan = 53 280

+ SubhanalLah selepas solat setahun; 4 950 x 12 bulan = 59 400

53 280 + 59 400 = 112 680 kali setahun


Subhana dalam solat 10 tahun 532 800

+ SubhanalLah selepas solat 594 000 = 1 126 800


Subhana dalam solat 20 tahun 1 065 600

+ SubhanalLah selepas solat 1 188 000 = 2 253 600


Subhana dalam solat 30 tahun 1 598 400
+ SubhanalLah selepas solat 1 782 000 = 3 380 400


Subhana dalam solat 40 tahun 2 131 200
+ SubhanalLah selepas solat 2 376 000 = 4 507 200


Subhana dalam solat 50 tahun 2 664 000
+ SubhanalLah selepas solat 2 970 000 = 5 634 000


Subhana dalam solat 60 tahun 3 196 800
+ SubhanalLah selepas solat 3 564 000 = 6 760 800


Subhana dalam solat 70 tahun 3 729 600
+ SubhanalLah selepas solat 3 564 000 = 7 293 600


Suatu hari Fatimah datang berjumpa Baginda SAW dan meminta diberikan seorang khadam untuk membantunya mempercepat kerja rumah. Baginda Nabi SAW sebagai ayah yang penyayang bertanyakan Fatimah; mahukah jika dia(Fatimah) diberi sesuatu ganti yang lebih baik daripada seorang khadam. Fatimah amat bersetuju ibarat kata pepatah Melayu ‘orang mengantuk disorongkan bantal’. Baginda SAW bersabda; sebelum tidur bacalah SubhanalLah 33x,
Al-HamdullilLah 33x,
dan AlLahhu Akbar 33x.

Jika kita juga turut membacakan petua yang diajar Baginda SAW itu, nescaya jumlah tasbih kita berganda-ganda banyaknya.
33 kali semalam x 30 hari sebulan = 990 kali
990 x 12 bulan = 11 800 setahun

11 800 x 10 tahun = 118 000

11 800 x 20 tahun = 237 600

11 800 x 30 tahun = 356 400 11 800 x 40 tahun = 475 200 11 800 x 50 tahun = 590 000

11 800x 60 tahun = 712 800

11 800 x 70 tahun = 813 600


Bila dijumlahkan 3 keadaan (dalam solat, selepas solat, dan sebelum tidur) kita melafazkan Subhana sebanyak;

Subhana dalam solat sehari 36+36+27+36+18 =148 kali
+ SubhanalLah selepas solat 33 kali x 5 waktu sehari = 165 kali
+ SubhanalLah sebelum tidur 33 kali = 33 kali

148 + 165 + 33 = 346 kali sehari

Subhana dalam solat sebulan; 148 kali x 30 hari = 4 440 kali

+ SubhanalLah selepas solat sebulan; 165 kali x 30 hari = 4 950 kali

+ 33 kali sebelum tidur x 30 hari sebulan = 990 kali

4 440 + 4 950 + 990 = 10 380 kali sebulan


Subhana dalam solat setahun; 4 440 x 12 bulan = 53 280

+ SubhanalLah selepas solat setahun; 4 950 x 12 bulan = 59 400

+ 990 kali sebelum tidur sebulan x 12 bulan = 11 800 setahun

53 280 + 59 400 + 11 800 = 124 480 kali setahun

Subhana dalam solat 10 tahun = 532 800

+ SubhanalLah selepas solat = 594 000

+ SubhanalLah sebelum tidur = 118 000

532 800 + 594 000 + 118 000 = 1 244 800



Subhana dalam solat 20 tahun = 1 065 600

+ SubhanalLah selepas solat = 1 188 000

+ SubhanalLah sebelum tidur = 237 600

1 065 600 + 1 188 000 + 237 600 = 2 491 200


Subhana dalam solat 30 tahun = 1 598 400
+ SubhanalLah selepas solat = 1 782 000 = 3 380 400
+ SubhanalLah sebelum tidur = 356 400

1 598 400 + 1 782 000 + 356 400 = 3 736 800

Subhana dalam solat 40 tahun = 2 131 200
+ SubhanalLah selepas solat = 2 376 000

+ SubhanalLah sebelum tidur = 475 200

2 131 200 + 2 376 000 + 475 200 = 4 982 400


Subhana dalam solat 50 tahun = 2 664 000
+ SubhanalLah selepas solat = 2 970 000

+ SubhanalLah sebelum tidur = 590 000

2 664 000 + 2 970 000 + 590 000 = 6 24 000


Subhana dalam solat 60 tahun = 3 196 800

+ SubhanalLah selepas solat = 3 564 000

+ SubhanalLah sebelum tidur = 712 800

3 196 800 + 3 564 000 + 712 800 = 7 473 600


Subhana dalam solat 70 tahun = 3 729 600

+ SubhanalLah selepas solat = 3 564 000

+ SubhanalLah sebelum tidur = 813 600

3 729 600 + 3 564 000 + 813 600 = 8 107 200


SubhanalLah
SubhanalLah SubhanalLah, andai kata kita telah solat 10 tahun, bermakna kita telah mengudarakan SubhanalLah lebih daripada sejuta. Kita telah lama sebetulnya menjadi JUTAWAN TASBIH.

AlLah SWT yang Maha Suci itulah yang telah;

1- Menciptakan Adam AS dari tiada kepada ada, tanpa melalui perantaraan ayah & bonda. Sebelum diciptakan-NYA Adam, tidak ada satu makhluk pun yang sama dengan Adam & selepas diciptakan-NYA Adam tidak ada pula ciptaan-NYA yang serupa dengan Adam; semua zuriat keturunan Adam biarpun berbilion-bilion jumlahnya, tidak ada antara mereka yang sama, walaupun mereka yang dilahirkan kembar, Pasti ada bezanya! Lihatlah pusaran di ibu jari, tidak akan ada 2 orang yang serupa atau sama. SubhanalLah.

2- Menciptakan Hawa tanpa melalui adanya bonda. Seterusnya menjadikan kaum Hawa sebagai penenang & pendamai jiwa untuk kaum Adam; dulu, kini, dan selamanya! SubhanalLah.

3- Menyelamatkan Ibrahim AS dari bakaran unggunan api kerajaan Namrud. Diperintahkan-NYA marak api agar menjadi sejuk & selamat serta-merta kepada KhalilulLah Ibrahim AS, sehingga Baginda AS berasa nyaman. SubhanalLah.

4- Menggantikan Ismail AS dengan kibas semasa disembelih ayahnya. SubhanalLah.

5- Mengurniakan Isa AS kepada Maryam tanpa perantaraan bapa. Bukan terhenti di siti sahaja diizin-NYA Baginda Isa AS dapat membaca teks-teks atau kandungan kitab Taurat tanpa perlu belajar dengan mana-mana guru atau profesor, sejak hari pertama kelahirannya lagi. SubhanalLah.

6- Menyelamatkan Yusoff AS yang dihumbangkan oleh adik-beradiknya yang dengki (walaupun mereka sebangsa, seketurunan, seayah, senegara) ke dalam sumur & yang mengeluarkannya dari penjara kerana konspirasi isteri pembesar Mesir. SubhanalLah.

7- Mengizinkan keluarnya anak unta betina dari dalam batu untuk Salleh AS sewaktu diminta kaumnya. SubhanalLah.

8- Mengizinkan terbitnya air dari bawah pasir yang dipijak Ismail AS sewaktu kecil, yang kemudiannya dikenal sebagai ‘zam-zam’ yang tidak pernah kering & tidak akan kering, walaupun seluruh dunia ini telah kering. SubhanalLah.

9- Mengizinkan besi menjadi lembut bila berada dalam tangan Daud AS serta mengurniakan kemerduan suara buat Daud AS sehingga burung yang terbang rela berhenti untuk mendengar suaranya bila Baginda Daud AS membacakan Zabur. SubhanalLah.

10- Mengizinkan Sulaiman AS mempunyai kerajaan yang bukan sahaja dapat mentadbir manusia, tetapi tunduk di bawah kerajaannya; binatang, angin, sehinggakan iblis dan sekutunya pun turut patuh & sujud menjadi rakyat kepada Sulaiman AS. SubhanalLah.

11- Mengizinkan kepada Musa AS untuk berbual biacara terus dengan-NYA tanpa perantaraan malaikat seperti para anbiya’ yang lain. Dari itulah dikenal Baginda Musa AS sebagai KalamulLah. SubhanalLah.

12- Menidurkan beberapa orang pemuda Ashabul Kahfi yang berlindung untuk menyelamatkan aqidah selama lebih 300 tahun dalam sebuah gua yang terus dikenang kisah & sejarahnya sampai bila-bila. SubhanalLah.

13- Mengizinkan Jibril membalikkan bumi untuk mematikan hanya manusia yang derhaka dan menentang hukum AlLah pada umat Luth AS & kesannya masih dapat kita lihat pada hari ini; Laut Mati di Jordan. SubhanalLah.

14- Menyelamatkan Nuh AS dan hamba-hamba yang bersyukur di sekitar 80 orang yang menjadi pendokong setia kepada agama AlLah (Islam) daripada banjir besar yang meneggelamkan bukit & gunung. SubhanalLah.

15- Menyelamatkan Isa AS daripada disalib dengan menyerupakan wajah Isa AS dengan seseorang sementara Baginda Isa AS dinaikkan-NYA ke tempat yang tinggi. SubhanalLah.

16- Menenggelamkan Fir’aun dalam lautan kerana keangguhannya & pada masa yang sama menyelamatkan Musa AS bersama dengan pendokong-pendokong iman sehingga selamat menyeberang. SubhanalLah.

17- Menyelamatkan Musa AS yang dilahirkan pada tahun Fir’aun mengenakan undang-undang membunuh anak lelaki Bani Israel dengan menjinakkan hati Asiyah, isteri Fir’aun untuk membela Musa AS & mengambil ibunya sebagai penyusu. SubhanalLah.

18- Menerangi Yunus AS sewaktu berada dalam 2 kegelapan sewaktu Baginda AS ditelan ikan. Kegelapan laut yang dalam dan kegelapan perut ikan yang sempit. SubhanalLah.

19- Mengizinkan kepada Isa AS kebolehan untuk menghidupkan manusia yang sudah mati sama mati lama atau mati baru. Di samping mengizinkan kepada Baginda Isa AS mengembalikkan penglihatan mata buat mereka yang buta sejak dilahirkan serta menderitakan manusia.


AlLah SWT juga menjelaskan DIA yang memperjalankan hamba-NYA, asra bi abdihi. Bukan asra bi nabiyyihi (memperjalankan nabinya), bukan asra bi rasulihi (memperjalankan rasulnya) bukan asra bi Muhammadi (memperjalankan Muhammad). Memaknakan kepada kita taraf atau darjat yang paling tinggi, tahap yang paling hebat di sisi-NYA, ialah darjat atau status sebagai hamba. Darjat yang paling dekat dengan-NYA ialah hamba. Status yang paling tinggi dengan ALLah ialah hamba. Justeru perlu kita sedar AlLah SWT menjadikan kita & menempatkan kita di dunia dengan segala fasiliti yang ada ini untuk kita menjadi hamba-NYA, bukan pekerja-NYA, bukan kawan-NYA, bukan sahabat-NYA, bukan anak-NYA, bukan rakan kongsi-NYA, bukan, bukan, bukan.
Semua manusia yang dicipta-NYA, walau di belahan bumi mana kita berdiri, walau daripada pecahan warna budaya mana tempat kita berada, walau di latar geografi mana kita memijak bumi, walau apa gaulan pengalaman hidup yang kita alami, kita bisa pada bila-bila masa di mana-mana juga kita berada untuk berusaha menjadi hamba. Status sebagai hamba ini memperlihatkan persaingan terbuka. Sesiapa sahaja yang berminat boleh menggondol dan mengunggulinya. Yang dilahirkan sebagai Melayu boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai Cina boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai India boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai Negro boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai orang asal/asli boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai Jepun boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai Arab boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai Inggeris boleh berusaha untuk menjadi hamba. Yang dilahirkan sebagai Amerika boleh berusaha untuk menjadi hamba. Begitu juga di sebaliknya yang dilahirkan sebagai Melayu boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka. Yang dilahirkan sebagai Cina boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka . Yang dilahirkan sebagai India boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka. Yang dilahirkan sebagai Negro boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka. Yang dilahirkan sebagai orang asal/asli boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka. Yang dilahirkan sebagai Jepun boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka. Yang dilahirkan sebagai Arab boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka. Yang dilahirkan sebagai Inggeris boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka. Yang dilahirkan sebagai Amerika boleh memilih untuk menjadi manusia yang derhaka, lalu tepuk dada tanyalah iman yang tersimpan di dalamnya.

pada satu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin)

AlLah SWT sengaja memilih untuk memperjalankan hamba-NYA pada waktu malam & hanya pada satu malam. Dari segi pandangan fizikal, malam menyimpan berjuta-juta rahsia & keunikan yang tidak mampu dicari pada waktu siang. Para ulama’ berselisih pendapat bilakah tarikh berlakunya perjalanan yang penuh hebat ini. Rata-rata cendekiawan Islam bersetuju, Isra’ & Mikraj ini berlaku pada tanggal malam 27 Rejab, dua atau tiga tahun sebelum berlakunya satu lagi peristiwa yang menguji iman; iaitu Hijrah. Misi perjalanan malam ini berlaku antara Sang Khalid dengan hamba-NYA. Terserahlah kepada Sang Khalid untuk melakukan apa-apa sahaja kepada Hamba-NYA pada bila-bila masa yang disukai-NYA dengan sekehendak-NYA. Tidak ada sesiapa yang mampu mempertikai kehendak Sang Khalid (AlLah SWT), dulu, kini, dan selamanya.
Isra Mi'raj terjadi pada periode akhir kenabian di Makkah sebelum Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam hijrah ke Madinah. Menurut al-Maududi[ dan majoriti ulama, Isra Mi'raj terjadi pada tahun pertama sebelum hijrah, iaitu antara tahun 620-621 M. Menurut al-Allamah al-Manshurfuri, Isra Mi'raj terjadi pada malam 27 Rajab tahun ke-10 kenabian, dan inilah yang populer. Namun demikian, Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri[ menolak pendapat tersebut dengan alasan karena Khadijah radhiyallahu anha meninggal pada bulan Ramadan tahun ke-10 kenabian, yaitu 2 bulan setelah bulan Rajab. Dan saat itu belum ada kewajiban salat lima waktu. Al-Mubarakfuri menyebutkan 6 pendapat tentang waktu kejadian Isra Mi'raj. Tetapi tidak ada satupun yang pasti. Dengan demikian, tidak diketahui secara persis bilakah tanggal sebenar terjadinya Isra Mi'raj.

Malam juga menjadi medan atau wahana untuk kita sebenarnya bagi mendekatkan diri kepada Pencipta kita dengan mempelbagaikan resepi ibadat kepada-NYA. Para hamba AlLah SWT pada zaman mana sekalipun mereka hidup, mereka tidak sabar menanti datangnya hembusan & belaian angin malam untuk mereka bangun menyerlahkan pelbagai resipi dari cita rasa peribadatan (zikirnya, tahlilnya, tahmidnya, qiraaatul Qur’annya, doanya, solatnya dll sebagainya), pada kala insan lain sedang nyenyak & gah mengumpul serta mewarna mimpi.

AlLah SWT juga mengisyaratkan kepada kita bertapa pentingnya institusi masjid kepada hamba-NYA dan umat ini. Masjid sewajarnya diberi wajah sebagai pusat kegiatan umat Islam. Jangan jadikan masjid tempat hanya untuk solat Jumaat sahaja. Untuk memulakan sesuatu ekspedisi yang agung ini (Isra’ & Mikraj) AlLah SWT memilih untuk memulakannya dari masjid, bukan dari balai raya, bukan dari terminal mana-mana, bukan dari stesyen mana-mana. Baginda Rasul SAW menginterpetasikan kepelbagaian fungsi masjid ini sewaktu Baginda SAW berada di Madinah al- Munawwarah. Masjid telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran negara, tempat untuk menjatuh & melaksanakan hukuman kepada pesalah-pesalah dari dalam atau luar negara, berfungsi sebagai tempat perbincangan dasar-dasar negara, tempat untuk memulakan penghantaran tentera, tempat riadah dan seumpamanya; dengan erti lain kata masjidlah pusat kegiatan umat Islam.
Sewarasnya para pendidik, ibu bapa, penjaga, pemimpin-pemimpin masyarakat, badan-badan sukarela (NGO) tidak pernah lupa untuk mempromosikan masjid sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh kita sebagai umat Islam. Sekurang-kurangnya masjid dikunjungi 5 kali sehari, bukan 5 hari sekali, atau 5 tahun sekali! Anak-anak generasi harus disedarkan, ada masanya mereka perlu ke sekolah, tapi bukan 24 jam mereka perlu berada di sekolah, ada waktunya mereka perlu ke pejabat pos, tapi bukan 24 jam mereka perlu berada di pejabat pos, ada masanya mereka harus ke pasar, tapi bukan 24 jam mereka perlu berada di pasar, ada waktu mereka mesti turun ke padang untuk beriadah, tapi bukan 24 jam mereka perlu turun ke padang untuk beriadah, ada masanya mereka perlu ke tempat kenduri, tapi bukan 24 jam mereka perlu berada di tempat kenduri, ada waktunya mereka perlu berziarah ke rumah sanak saudara, tapi bukan berbulan-bulan atau bertahun-tahun mereka perlu berada di rumah sanak saudara, ada waktu mereka perlu melawat orang yang terlantar sakit sama ada di hospital, tapi bukan 24 jam mereka perlu berada di hospital, ada masanya mereka perlu ke perpustakaan, tapi bukan 24 jam mereka perlu berada di perpustakaan, dan ada masa dan waktunya mereka WAJIB ke masjid! Tapi mereka boleh beriktikaf di masjid selama mana yang mereka mahu, kerana di sana AlLah SWT menyediakan ganjaran yang tidak terkira buat sesiapa yang menjadi pencandu ke masjid. Lalu amat malanglah kita sebagai umat Islam, jika kesemua tempat kita mampu pergi dengan adanya kemudahan pelbagai saiz, nama, & warna alat pengangkutan (kapal terbang, bas, kereta, moto, basikal, van, dll) tetapi kita gagal mencari di mana lokasi masjid untuk disinggahi.

yang telah KAMI berkati di sekelilingnya (Masjidil Haram & Masjidil Aqsa)

AlLah SWT telah mendeklarasikan secara tetap buat selama-lamanya bahawa kedua-dua bumi tersebut Mekah & Palestin merupakan tempat yang diberkati-NYA, kerana terletak di bumi keduanyalah tempat sujud (masjid) yang antara tempat terawal yang didiami manusia. Di samping itu kedua-dua masjid tersebut merupakan tempat sujud yang pertama dan kedua dibina di bumi ini, lewat wahyu-NYA kepada anbiya’ yang bertugas pada waktu itu. Para jemaah haji yang pernah merapatkan jejak ke perut bumi Mekah memang mengakui keberkatan bumi kelahiran Rasul Akhir Zaman ini. Rata-rata jemaah yang datang kali pertama akan tersimpan dalam hatinya hasrat & hajat untuk datang lagi buat kali kedua. Tidak sedikit pula ada daripada kalangan jemaah yang memasang niat agar rohnya diambil Izrael sewaktu sedang melaksanakan ibadat haji atau umrah.
Berkat berupa sesuatu yang tidak kelihatan tapi amat menentukan! Mekah dan Palestin merupakan bumi yang asalnya dihuni oleh insan terpilih, ya itulah para anbiya’. Semua anbiya’ pernah sampai ke bumi kelahiran Nabi Akhir Zaman sebagai memenuhi pelawaan KhalilulLah Ibrahim AS yang mengumandangkan perintah dari Sang Khalid, AlLah SWT, yang termuat kejap dalam surah al-Haj.

untuk diperlihatkan kepadanya (Muhammad bin Abdullah SAW) sebahagian daripada ayat KAMI (tanda kemahaagungan, kemahahebatan, kemahaperkasaan AlLah SWT).
Pelbagai rupa, saiz, & susuk pengalaman yang telah mewarnai perjalanan Isra’ & Mikraj Baginda SAW pada malam itu. Sengaja AlLah SWT memperlihatkan sesuatu yang bakal berlaku pada masa hadapan kepada Baginda SAW, antaranya;
• Kaum yang sedang menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula dengan lebih banyak. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sehingga 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
• Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW.diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Firaun kerana beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan). Walaupun Masyitah makan gaji dengan Fir’aun tetapi dia tidak tunduk kepada kemungkaran yang dipelopori & dijaja Fir’aun.
• Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah SAW, “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”
• Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
• Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.”
• Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang makan riba.”
• Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih meminta & menerima amanah yang lain.
• Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
• Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela & menghinakan) orang.”
• Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
• Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, “Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
• Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”
• Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Yang paling hebat & unitnya Baginda Rasul SAW dibawa meninjau projek raksasa yang sedang bersedia setiap masa menunggu kunjungan kita; iaitu syurga & neraka. Syurga yang merupakan kemuncak kenikmatan disediakan untuk para hamba-NYA yang bersetia mematuhi perintah-NYA sama ada suruhan atau larangan; sama ada semasa bersendirian atau semasa berkumpulan. Dengan deretan hamparan kenikmatan yang tidak bisa digambarkan, cukuplah sebagai hiburan bila dikatakan apabila berada dalam syurga selamanya berusia muda; 33 tahun untuk lelaki & 17 tahun untuk perempuan. Sementara penjara yang berupa neraka dicadangkan untuk manusia yang melanggar perintah agama semasa di dunia. Yang diharamkan-NYA itulah dibuat secara terang-terangan atau bersembunyian; sama ada dibuat sendirian atau membuat kerja salah secara berkumpulan. Sama seperti penjara di dunia ini, disediakan untuk para manusia yang melanggar undang-undang & didapati bersalah di mahkamah. Demikian juga dengan Allah SWT, 17 kali sehari semalam paling kurang kita diingatkan, apabila membawa al-Fatihah. Mafhumnya menjelaskan suatu hari nanti, esok atau lusa akan ada satu hari perbicaraan yang dibuat dengan menjadikan agama sebagai rujukan. Lalu sesiapa yang gagal dalam perbicaraan tersebut & didapati bersalah degan nas-nas agama, mereka akan dicampakkan ke neraka.

Apabila dibawa meninjau para penduduk syurga; Baginda Nabi SAW memberitahu di dalamnya banyak dihuni oleh manusia yang lemah semasa di dunia. Adapun manusia yang mewah tidak banyak terdapat di sana. Jadi hamparkanlah permaidani syukur yang seluas-luas & sepanjang-panjangnya andai kata AlLah SWT sengaja tidak mengizinkan kita kaya raya @ bermewah-mewahan semasa hidup yang sementara ini. Kepada hamba AlLah SWT yang miskin semasa hidup di dunia ini, bersyukurlah sepuas-puas kerana kita tidak banyak akan disoal-NYA berhubung harta; dari mana punca datangnya & ke mana pula dihabisi.

Setelah Baginda SAW dibawa meninjau-ninjau neraka pula, keputusan yang ada amat memeranjatkan kerana banyak penghuninya terdiri daripada perempuan! Lalu apabila kita bertanya tuan-tuan guru, kenapa jadi begitu. Jawab tuan guru, kebanyakan orang perempuan suka main-main dengan agama, suka tawar-menawar dalam suruhan & larangan agama. Mereka kurang gemar menutup aurat mereka hanya tutup kepala. Cuba kita bilang & kira manakah yang lebih banyak antara perempuan yang menutup aurat dengan yang mendedahkannya? Mana lebih banyak perempuan yang mentaati suami dengan para isteri yang memperlekehkan para suami? Banyak para isteri yang suka menyiksa keperluan batin suaminya. Apabila sang isteri bersalin mereka juga akan memaksa suami mereka ‘berpuasa’ seharusnya derita & siksa batin sang suami itu dapat diredakan dengan kehadiran madu. Tapi banyak perempuan yang menentang malah membenci keharusan yang diberi sendiri oleh AlLah SWT tuan punya bumi & langit ini!

mikraj

setelah keluar dari Masjid Aqsa, Baginda SAW didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Mikraj ini merupakan tempat laluan para malaikat yang menjaga kita setiap hari untuk berjumpa AlLah SWT mempersembahkan laporan hariannya atau laporan mingguan. Mengikut ayat-ayat al-Qur’an & hadis-hadis; ada 4 malaikat yang melaporkan amalan kita kepada Allah SWT, ada yang berupa laporan harian ada yang berupa laporan mingguan. 2 malaikat yang berada di hadapan dan di belakang kita, malaikat ini akan membentangkan laporan amalan kita 2 kali sehari. Satu semasa waktu Subuh dan satu lagi sewaktu Asar. Jadi cubalah kita usahakan sepenuh jiwa agar kita tidak miss untuk solat Subuh & Asar secara berjemaah. 2 malaikat akan mempersembahkan catatan amalan kita kepada Allah SWT 2 kali seminggu; hari Isnin dan hari Khamis. Sebab itulah Baginda Rasul SAW mencadangkan kepada kita agar pada kedua-dua hari berkenaan kita berpuasa! Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, Baginda SAW melihat ada seorang tua, sesekali dia melihat tompok-tompok hitam di sebelah kanannya, sesekali pula dia melihat tompok-tompok hitam di sebelah kirinya. Apabila melihat ke sebelah kanannya, dia tersenyum dan apabila dia melihat di kirinya dia menangis. Nabi SAW diberitahu itulah Bapa Manusia Nabi Adam A.S. apabila dia melihat ke kanan, dia diberi lihat anak cucu yang beriman & bertaqwa, sebab itulah dia senyum puas. Sebaliknya apabila dia melihat ke kiri, dia diberi nampak zuriatnya yang kufur & munafik, maka dia amat sedih & berdukacita. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi SAW. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S. Baginda SAW juga melihat ada 2 batang sungai yang mengalir di situ, malaikat Jibril memberitahu itulah Sungai Nil & Sungai Furat. Baginda SAW menjelaskan rupa Nabi Isa AS mirip dengan seorang sahabat yang bernama Urwah bin Mas’ud as-Saqofi. Urwah semasa sebelum Islamnya, pernah dihantar menjadi wakil Quraisy untuk berunding dengan Baginda SAW sebelum termatrinya Perjanjian Hudaibiyyah.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS. Sewaktu di sini Baginda diperlihatkan ada 2 orang perempuan bersama 70 buah istana. Salah seorang daripadanya mempunyai 70 istana yang diperbuat daripada mutiara. Sementara yang seorang lain mempunyai 70 istana yang diperbuat daripada marjan merah dan bersalut mutiara. Baginda SAW diberitahu perempuan yang mempunyai 70 istana mutiara itu ialah ibu Nabi Isa AS, Maryam binti Imran. Dalam al-Qur’an ada 2 surah yang khas berbicara perihal Maryam iaitu Surah Ali-Imran & Surah Maryam. Mengikut Prof Gary Miller (seorang profesor matematik Amerika yang memeluk Islam), tidak ada satu capter Mary @ Maryam pun dalam bible. Sedangkan penganut kristian mengagungkannya sebagai bonda jesus. Mengikut Prof Gary Miller lagi, dalam al-Qur’an disebut nama Isa AS sebanyak 25 kali sedangkan nama Muhammad SAW hanya disebut 2 kali. Hal ini antara lain menjelaskan, bukan Muhammad SAW yang menulis atau minta orang lain menulis al-Qur’an.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa AS Rasulullah SAW mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda SAW sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah SWT pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah @ BM ini dikenal juga sebagai BaitulLah para malaikat).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah : Ya Muhammad.
Rasul : Labbaika
Allah : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasul : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya (pahalanya) sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda SAWbertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Pada sebelah paginya Baginda SAW telah disapa oleh Abu Jahal & bertanya adakah terjadi kepada Baginda SAW malam tadi. Baginda SAW menjawab malam tadi dia telah diisra’kan ke Baitul Maqdis. Abu Jahal tidak menempelak Nabi SAW dengan tuduhan bohong, kerana dia amat tahu susuk seorang Muhammad bin AbdulLah yang tidak pernah bohong. Cuma dalam kepala Abu Jahal berjalan rencana untuk memalukan Baginda SAW. Abu Jahal menawarkan khimatnya untuk mengumpulkan penduduk Mekah supaya mereka mendengar ceramah Isra’ & Mikraj. Jadi dalam lipatan sirah tercatatlah orang yang pertama menjadi promotor untuk mengumpulkan orang-orang agar mendengar Isra’ Mikraj ialah Abu Jahal. Hebat juga Abu Jahal ya, walaupun dia merupakan musuh Islam no 1, tapi dia tetap memberi peluang kepada musuhnya(Nabi Muhammad SAW) untuk muncul di depan khalayak ramai untuk memberitahu seruan dakwah yang dibawa Nabi SAW dan menyerahkan kepada khalayak penduduk sama ada untuk mempercaya atau sebaliknya. Walaupun dalam hati Abu Jahal dia mengharapkan penduduk Mekah 1000% agar tidak mempercayai Nabi SAW. Di samping Abu Jahal berharap masyarakat Arab akan menuduh Baginda SAW sebagai pembohong.

Hal ini tentunya berbeza dengan Abu Jahal pada zaman moden yang tidak pernah mengumpulkan khalayak dan memberi peluang kepada jurudakwah yang ikhlas untuk memperkatakan tentang Islam

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters