I- Syiam
sekian lama al-Qur’an mengeramkan firman
dalam lubuk al-Baqorah 183 kejap tersimpan
Wahai manusia yang masih punya iman
diwartakan buatmu syiam sebagai kewajipan
umat silam juga berbuat demikian
mudahan ijazah taqwa dapat kaugenggam
syiam itu hanyalah beberapa hari bisa dibilang jari
sesiapa derita sakitnya menjerat & mendominasi diri
sesiapa pla yang kembaranya melewati bumi
boleh diganti syiamnya pada lain hari
syiam itu memang perisai diri
pendinding dari bakaran neraka yang ngeri
aroma mulut para syiam lebih AlLah SWT gemari
dari segala bau bernama kasturi
jika kita dicabar atau diajak berkelahi
jawablah dengan senyum manis diukiri
hamba bersyiam pada hari ini
usah dibangga dengan upaya kita berpuasa
umat silam jua telah berbuat perkara yang sama
para binatang jua ditintakan berpuasa
lihatlah sang ayam seketika mengeram telurnya
tidak ingat makan & minumlah ia
para pencandu ajaran buatan manusia jua
tanpa segan tanpa malu mendakwa mereka berpuasa
para pesakit yang menunggu datangnya masa
untuk dibedah kakinya jua diminta berpuasa
II-Nuzul al-Qur’an
semua yang bernyawa tahu al-Qur’an ada
cuma kita yang beriman ini yakin benar ia
nuzul dari AlLah SWT Yang Maha Mulia
dari Luh Mahfuz disimpan di langit dunia yang mulia
diiringi para malaikat yang paling mulia
pada tenang Lailatul Qadar yang termulia
dibaca Jibril kepada Nabi Muhammad manusia supermulia
untuk mengangkat darjat manusia jadi mulia
dibacakan Jibril dari semasa ke semasa
didengar & diamal penuh setia Nabi Kita SAW yang hypermulia
13 tahun usia dakwah di Mekah sana
di Madinah wahyu menemaninya 10 tahun pula
sebagai dokumentasi Islam yang maha sempurna
kita berkewajipan untuk bertatih membacanya
kita berkewajipan untuk bertatih memahaminya
kita berkewajipan untuk bertatih mengamalkannya
kita berkewajipan untuk bertatih menyebarkannya
kita berkewajipan untuk bertatih mempertahankannya
segala apa yang berlaku di dunia
dulu, kini, & selama-lamanya
semua sudah tersurat dalam al-Qur’an secara nyata
kerana al-Qur’an kertas kerja perjalanan hidup dunia
hanya ada lebih 6000 firman
kejap melekat pada helaian bernama al-Qur’an
memandu manusia kepada sejalas-jelas jalan
mendapat hujanan rahmat Rabb sekalian alam
mengapai maghfirah Rabb sekalian alam
menakung berkat Rabb sekalian alam
di halaman perkebunan al-Qur’an
rupa ibadat jelas terpampang
wajah muamalat nyata terhidang
susuk munakahat ceria tersimpan
figur hukum hakam cemerlang guna diamalkan
bentukan perang gemilang diajarkan
bagaimana manusia boleh dijadikan kawan
apa perlu dilaku bila bertandang
takaran & ukuran bagiamana harus dipenuhkan
III. Ghazwah Badar al- Kubra
‘kita berhak merencana apa yang disuka
AlLah SWT pula menakdir apa DIA suka
maka takdir-NYA jua Maha Sempurna’
Ghazwah Badar tiba-tiba muncul di muka
tanpa Baginda SAW Yang Mulia mengidam atau meminta
bersama para sahabat keluarlah Baginda SAW Yang Mulia
menjerat hajat menyekat kafilah dagang sahaja
dimotori Abu Sufian jua bapa mentua
sebagai sang quraisy berbuat angkara
sewaktu para muhajirin membuka langkah
menyelamat akidah menuju bumi Madinah
tak siapa terdedah didedah dengan jajaran takdir AlLah
kafilah yang dinanti bertukar arah
laluan lain diredah menuju Mekah
bersama 1000 tentera & persiapan yang gah
sang quraisy menuju Badar dengan megah
kemenangan tentu dapat diraih mudah
menghadapi pencandu agama AlLah
rata-rata didokong mereka yang lemah-lemah
Baginda SAW mengangkat tinggi tangan ditadah
mengemis sisa-sisa magfirah dari AlLah
‘Ya AlLah SWT seandainya yang 313 ini terbunuh rebah
hari-hari mendatang ENGKAU tak lagi akan disembah’
berlakulah pertempran antara kedaifan sang kafir Mekah
menghadapi kekuasaan AlLah SWT yang sepatut disembah
Ramadhan Karim merakam segala jejak kisah
tanggal 17 pada tahun kedua setelah hijrah
ibadat puasa dijalani tak pernah ajar jadi lemah
ibadat puasa dijalani tak pernah ajar jadi pemalas
ibadat puasa dijalani tak pernah ajar jadi gundah
ibadat puasa dijalani tak pernah ajar jadi resah
sebalik sang quraisy meratap resah & gundah
pemimpin besar mereka jua menyembah tanah
utbah bin rabiah dipancung Ali KaramalLah Wajhah
syaibah bin rabiah bertemu ajal di tangan Hamzah
umayyah bin khalaf dikerat leher oleh Bilal bin Rabah
al-jarrah ditetak anaknya sendiri Abu Ubaidah
abu jahal dibunuh Muaz bin Amru bin Jumuh
IV Lailatul Qadar
AlLah SWT sengaja menganugerahi umat akhir zaman
dengan muatan kelebihan amal 1000 bulan
Lailatul Qadar namanya tak pernah hilang
anugerah hebat buat Nabi Muhammad SAW punya umat
malam yang tibanya bersama lautan berkat
malam yang tibanya membawa gugus rahmat
malam yang tibanya memancar percikan keramat
malam yang tibanya berupa ladang maghfirah
malam yang diperintah semua keturunan para malaikat
berbaris demi mengiringi kitab maha hebat
al-Qur’an diprogram-NYA membasmi leluhur & zuriat zulumat
rata-rata kurniaan usia umat akhir zaman ini
di bawah angka 100, itulah yang pasti
berbeza usia umat dahulu pernah menghuni bumi
mencecah 1000 tahun suatu yang pasti
suntikan pada Lailatul Qadar telah AlLah SWT takdiri
semalam kita mengabdikan diri mengumpul redha Rabbi
sama ada dalam tahajjud kita berdiri
bacaan al-Qur’an kita lantuni
tasbih & zikir di lidah kita basahi
munajat nama ibadat kita jalani
ratapan doa kita rapati
para malaikat akan menulisi ibadat diri
lebih baik dari 1000 bulan kita tekuni
ibadat yang sama pada lain-lain hari
subhanallah subhanallah subhanallah itu lafaz terdaya lisan ikrari
lebih 83 tahun jarang usia ini merapati umat ini
terlalu bahlol & tolollah jika masih ada umat ini
jika sengaja tidak mahu @ pura-pura tidak mengerti
lalu mereka jalani malam Ramadhan ini
dengan menyaksi perlawanan bola di tv
membakar bermacam nama mercun di sana sini
menyiapkan tempahan jahitan sempena eidil fitri
menyempurna bakaran kek & biskut pelbagai resipi
mengetepi
kelebihan yang AlLah SWT sengaja simpani
dihidang-NYA hanya pada malam Ramadhan ini
27 ramadhan 1432 bersamaan 27 ogos 2011-
No comments:
Post a Comment