Ya AlLah kurasakan perjalanan waktu ini semakin melaju
Ramadhan-MU hari demi hari semakin berlalu
biarpun hadir sepurnama di kalendar itu
kurasa kunjung Ramadhan bagai seminggu
ampunilah daku wahai AlLahku
banyak kupersia detik-detik waktu
biar kutahu Ramadhan mendatang belum tentu
dapat kutunggu & kuraih kesempatan begitu
wahai AlLah yang pemaaf & pengampun sudahlah tentu
maafi & ampunilah kelalaianku
suatu waktu sewaktu masih bertempat mengajar di pulau pinang dahulu, dalam satu kuliah Maghrib di Masjid Hashim Yahya yang terletak di jalan Perak itu, di sebelah tanah perkuburan Islam dekat Taman Abidin begitu, masih dapat kuingat tanpa keliru, Ust Subri Arshad merupakan pentazkirah pada malam itu, kuliahnya itu setelah Ramadhan baru sahaja berlalu, jelas Ust Subri dengan penuh jitu, ada seorang ulama di bumi anbiya’ itu (Mesir le tu), menjelaskan kepada murid, pelajar, & sahabatnya dalam satu majlis itu, dengan satu unggkapan yang cukup bermutu & jitu;
‘Man kaana ya’budu Ramadhan fa inna Ramadhan qad fann, wa man kaana ya’budulLah fa innalLaha hayyun laa yamut’
Sesiapa yang beramal kerana Ramadhan, amalannya akan terhenti apabila Ramadhan berlalu, sesiapa yang beramal kerana AlLah SWT, amalannya akan berterusan & tiada henti-hentinya
Ya, cepat sungguh dirasakan Ramadhan berlalu, seakan tak sempat untuk mengisi kantung dengan amal soleh yang diperlu, kini hampir separuh Syawal sudah berlalu. Ada dalam kalangan kita yang belum sempat untuk memulai puasa 6 hari dalam bulan Syawal itu, sedang Baginda Rasul SAW telah lama menawarkan peluang yang paling istimewa itu, ;
‘sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun penuh (360 hari gitu)’
Ya sungguh mudah pahala dalam Islam ini, Ya sungguh mudah pahala untuk penganut agama AlLah SWT ini, setiap satu kebajikan digandakan sepuluh kali, itu formula yang semua kita maklumi, sementara gandaan kepada setiap amal sering kali ditambahi Rabbi, sesekali meningkat kepada seratus kali, sesekali menokok kepada ribuan kali, sesekali mampu melampaui jutaan kali, sesekali bisa menjangkau berbilion-bilion kali, hal & kondisi ini akan dirujuk kepada ikhlas @ tidaknya diri, sewaktu menyempurnakan tugasan yang diberi. Kenapakan kebaikan yang kita buat dijanji dengan ganjaran mata pahala yang banyak sebegini? Kenapa tidak dibalas selari, buat satu kebaikan satu kebaikanlah yang diganjari? SubhanalLah itulah antara kata yang mampu diucap diri. Secara mudah dapat sama-sama kita fahami, itulah antara gambaran MAHA KAYAnya AlLah SWT ini, itulah antara gambaran MAHA HEBATnya AlLah SWT ini, itulah antara gambaran Maha PEMURAHnya AlLah SWT ini, itulah antara gambaran MAHA AGUNGnya AlLah SWT ini, itulah antara gambaran MAHA PENYAYANGnya AlLah SWT ini, itulah antara gambaran MAHA SEMPURNAnya AlLah SWT ini, itulah antara gambaran MAHA MULIAnya AlLah SWT ini!
TAPI SAYANGNYA banyak dalam kalangan manusia yang cipta & direkabentukkan oleh AlLah SWT ini,
TAPI SAYANGNYA banyak dalam kalangan manusia yang menumpang duduk di bumi AlLah SWT ini,
TAPI SAYANGNYA banyak dalam kalangan manusia yang menumpang bernyawa dengan menyedut oksigen ciptaan & kurniaan AlLah SWT ini,
TAPI SAYANGNYA banyak dalam kalangan manusia yang menumpang makan & minum dari kurniaan limpahan rezeki AlLah SWT ini,
SENGAJA buat-buat lupa hakikat ini, SENGAJA tidak mahu berfikir tentang hakikat kejadian diri, lalu mereka dengan penuh angkuh yang keluar dari lubuk sanubari, tidak rela sujud kepada IlLahi! Kalau bersujud pun dalam setahun hanya 2 kali, iaitu untuk solat Eidil Adha & Eidil Fitri,
Banyak antara manusia yang tidak sudi, menjadikan AlLah SWT sebagai Rabb kepada diri, mereka hanya bersedia menjadikan AlLah SWT sebagai IlLahi, seperti sangkafir Mekah dahulu sewaktu Baginda Nabi SAW menyampai & menyempurnakan seruan dakwah ini. Mengakui AlLah SWT sebagai Rabb ialah apabila menyakini AlLah SWT pencipta langit & bumi, pengakuan yang sebegini baru menyentuh Tauhid Uluhiyyah nama diberi, sedangkan kita diminta menyatakan rasa pengabdian diri 100% tanpa galang ganti. Tauhid Rububiyyah perlu menyusuli barulah sempurna keimanan yang ada dalam diri. Apakah itu Tauhid Rububiyyah wahai saudara & saudari?, Apakah itu Tauhid Rububiyyah wahai adik-adik yang dikasihi?, MEYAKINI SEPENUH HATI HANYA PERATURAN ALLAH SWT ONLY, YANG MAMPU MEMAKMUR BUMI INI, itulah sebahagian Tauhid Rububiyyah punya intipati!
Untuk memudahkan kita mengabdikan diri, menjadikan AlLah SWT sebagai Rabbi, DIA mengutuskan ratusan ribu para nabi (124 ribu yang dikenal pasti), daripada 124 ribu para nabi yang dikenal pasti, dipilih-NYA 313 orang sebagai rasul yang dinanti-nanti, daripada 313 rasul yang dinanti-nanti ini, dipilih-NYA 5 untuk dinobat sebagai Rasul Ulul Azmi; (Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS, & Nabi Muhammad SAW yang termulia dari manusia di bumi). Kesemua para nabi & rasul ini menerima wahyu dari pembawanya yang maha suci, Saidina Jibril AS Ketua Para Malaikat yang pasti. Kesemua para nabi & rasul ini menerima Kitab Suci. Ada antara Kitab Suci itu WAJIB kita ketahui,. ada antara kitab itu tidak wajib kita hafali, bukan 124 ribu nama kitab perlu diingati, hanya ada 4 kita yang kita boleh bilang di hujung jari, untuk Kalamullah Nabi Musa AS kitab Taurat nama diberi, kepada Nabi Daud AS kitab Zabur nama dikenali, sementara untuk RuhulLah Isa AS namanya Injil tak boleh ditukar ganti, untuk Nabi Akhir Zaman ini kitabnya bernama al-Quran yang semua kita sudah ketahui. Kesemua para nabi & rasul ini tidak bercakap & tidak berbuat sesuka hati, tetapi kesemuanya merupakan perintah & wahyu AlLah SWT pemilik Islam serta 7 petala langit & 7 lapisan bumi ini.
Ya, untuk kita umat akhir zaman ini, AlLah SWT telah membekalkan kita dengan al-Qur’an sebagai pedoman buat diri, ayatnya ada tidak lebih dari 6236 itu yang pasti, dibahagi kepada 30 juzuk (bab/capter) untuk mudah diingati, sama dengan dalam sebulan bilangan hari, dibahagi lagi kepada 114 surah untuk mudah kita hafali.
Kalau kita baca & cuba faham isi al-Qur’an seayat sehari, dalam masa 17 tahun 3 bulan 22 hari, Insya-AlLah isi kandung al-Qur’an dapat kita khatami & fahami. Kalau kita mulai pada umur 20 tahun untuk memahami, Insya-AlLah sebelum umur 40 tahun segala titah perintah AlLah SWT telah kita maklumi.
Sebagai umat (kita le tu) yang kepadanya al-Qur’an diberi, suatu hari pasti kita bakal ditanyai, pada hari akhirat nama diberi;
Apakah cara hidup kita selari dengan al-Qur’an sebagai panduan diri? Atau cara hidup kita lebih selari dengan paparan yang termuat dalam filem inggeris @ hindi?
Adakah cara kita bersolat sama seperti yang diajari Nabi SAW atau kita tidak pernah sujud @ jarang-jarang sujud sewaktu hidup ini?
Adakah cara kita berkahwin sama dengan apa yang diajari Nabi SAW atau kita tiru cara orang kafir secara membuta tuli?
Adakah cara kita berurus niaga sama seperti yang diamal Baginda Nabi SAW atau kita menyuburkan riba setiap hari?
Adakah kita pernah belajar sirah Baginda Nabi SAW atau kita mengenali semua tokoh sejarah yang lain kecuali Baginda Nabi SAW sendiri?
Adakah kita mentadbir seperti Baginda Nabi SAW atau kita berasa lebih hebat dari Baginda Nabi SAW apabila mengurus negara @ negeri?
Adakah kita berhukum seperti yang pernah dijalankan Baginda Nabi SAW atau kita berhukum dengan undang-undang khayalan otak kita sendiri?
Kita diminta meyakini adanya Makhmah AlLah SWT nanti, hakim besarnya AlLah SWT sendiri, lepaskah diri dari hukuman neraka AlLah SWT nanti jika kita menjawab kira-kira begini;
1- Bila ditanya kenapa cara hidup anda selari dengan paparan filem inggeris @ hindi?
Kita pun jawab; biasalah bos, zaman sekaranglah bos, kita kena ikut peredaran zaman, kalau tidak kita akan dipinggiri.
2- Bila ditanya kenapa anda tidak pernah sujud @ jarang-jarang sujud sewaktu hidup ini?
Kita pun jawab; kita sujud pun bukan boleh jadi kaya tu orang kafir dekat rumah saya jadi kaya raya, anak-anak dia dapat pergi over si semua sekali tak pernah sujud pun pada IlLahi.
3- Bila ditanya kenapa semasa kita berkahwin tiru cara orang kafir (sanding-sanding ni) secara membuta tuli?
Kita pun jawab ; kalau tak buat begitu tak glamor la bos, malu kepada orang sebutir negeri.
4- Bila ditanya kenapa kita menyuburkan riba setiap hari?
Kita jawab; kalau tak ambil riba bos, kita tidak akan kaya sampai mati.
5- Bila ditanya kenapa kita mengenali semua tokoh sejarah yang lain kecuali Baginda Nabi SAW sendiri?
Kita pun jawab; bos, Nabi tu hidup dengan unta di padang pasir kita sekarang berada pada zaman it, tak sesuai lagi baca cerita nabi-nabi.
6- Apabila ditanya kita ditanya kenapa berhukum dengan undang-undang khayalan otak kita sendiri?
Kita pun jawab; di negeri saya masyarakat majmuk la bos ada orang kafir, kita semua pun lulus peringkat universiti sama ada dari dalam atau luar negeri, sebab tu le undang-undang & peraturan kita boleh fikir sendiri.
Jikalau kita berkira-kira contoh jawapan di atas atau jawapan yang seauta dengannya itu dapat melepaskan diri dari neraka yang dicadangkan untuk diisi dengan jin & manusia ini, selamatlah diri.
TETAPI jika contoh jawapan di atas atau jawapan yang seauta dengannya itu memakan diri, belum terlambat untuk kita kembali kepada titah perintah al-Qur’an ini. kita tidak punya banyak masa lagi untuk berkata itu & ini. JOM kita kembali sama-sama kembali kepada petunjuk yang ada dalam al-Qur’an ini, selagi gumpalan nyawa masih sudi keluar masuk dari dalam diri.
No comments:
Post a Comment