Bahaya radioaktif Al-Quran mendahului zaman

Dan Allah telah
jadikan untuk kamu apa-apa dari dzilaalan yang telah Dia ciptakan. Dan
Dia jadikan untuk kamu (bahan-bahan) dari bukit-bukau sebagai
(bahan-bahan) penutupan (perlindungan dan keselamatan) , dan Dia jadikan
untuk kamu pakaian untuk memelihara dari kepanasan (tenaga getaran) dan
pakaian untuk memelihara(melindung) dari tenaga kekuasaan yang sangat
hebat kamu (seperti pencemaran radiasi yang dilakukan oleh manusia),
demikian itu Dia telah sempurnakan nikmatNya ke atas kamu semoga kamu
menyerah diri (sentiasa menjadi selamat). An-Nahla 16:81
Secara ringkasnya ayat
16:81 ini adalah satu ayat saintifik, yang mengandungi ilmu yang tinggi
lagi hebat. Ianya juga ayat hukum dan perundangan iaitu keperluan umat
Islam menyediakan pakaian atau sistem pertahanan sel-sel badan dan otak.
Ianya harus dikaji dan
difahami dengan ayat 16:48 dan ayat 51:1-11. Ianya menjelaskan tentang
bahaya dari pencemaran kuasa getaran (string vibration) seperti
“ionization” dan kuasa radiasi seperti pancaran radioaktif dan gelombang
elektromagnetik. Manusia tidak boleh menuduh Allah SWT zalim (kerana
tidak memberi ilmu) sekiranya tubuh-badan dan minda mereka rosak
disebabkan kesan dan impak pencemaran radiasi.
Dalam ayat ini Allah SWT
membuktikan kepada manusia bahawa kitab Al-Quran adalah kitab yang
mendahului zaman, kitab yang mengajar umat Islam perkara-perkara ghaib
yang tidak dapat difahami oleh manusia yang hidup pada zaman Nabi SAW.
*Sumber dari kajian-quran.blogspot.com (Quran Menjelaskan Sistem Pertahanan Badan dan Minda)
No comments:
Post a Comment