Sejarah Palestin & Israel
Tanah Rahmat
Bagi kedua-dua pihak
Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang
merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak
ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di
tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia
di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi
pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada
mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di
situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah
terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu
kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab
inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak
dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan
Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah
suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan
tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan
ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut
kepercayaan kristian).
Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani
Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari
kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi
Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan
tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di
mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan
menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa
dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh
baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar
kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga
boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi
Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.
Setelah Talut menawan
kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk
pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya
disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan
kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh
Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi
Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di
tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah
oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu
tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke
serata dunia.
Sejak dari itu, tanah
Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi
Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300
Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang
menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami
Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai
Palestin.
![]() |
Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah
milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w.
Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada
632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin
berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari
itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga
selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang dari tempoh
tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami
pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal
Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan
pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.
Sejak dari 1000 Masihi,
tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali
Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa”
mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali
Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan
pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib
(Crusades)
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula
Setelah Palestin
ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu,
semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya
seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu
berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa
tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun
1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu
terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci
Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan,
penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke
kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan
Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah
mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi
semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud.
Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar
Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar
Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan
Perancis.
Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun
1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri
daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia
menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang
berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy
menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula
menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan
Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga
Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh
Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria,
Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan
Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan
kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian,
pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah
disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan
pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh
inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat.
Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia,
menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang
kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak
kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut
Britain.
Pada tahun 1915, Britain
mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki
semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby,
memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini,
perang salib sudah berakhir”.
Pada 1917, Britain
mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan
Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana
antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di
Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah
juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4
juta.
Wakil dari Yahudi ketika
deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang
menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai
cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada
kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha
luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi
tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan
Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda
kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan,
Weizmann bertanya kepada Balfour,
“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir
Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan
Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan
Arab kepada Deklarasi Balfour.
Akhirnya pada tahun
1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah
menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang
luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan
kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa,
apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
Pada tahun 1918, tentera
kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu
Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah
Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa
tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang
negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan
ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan
kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen
Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan
ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara
Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”
Lord Curzon menjawab –
“Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana
kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.
Dalangnya utamanya,
Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki
ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan
persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak
bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk
mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.
3 Mac 1924, kerajaan
khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga,
khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang
negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses
pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan berterusan,
sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf
Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab,
Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action
T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas
golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku
kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting
dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud
sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh
Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta
mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah,
Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika
itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke
persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May
1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan
dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel,
maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sejak dari holocaust,
ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut
terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan
diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust
tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk
ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia
setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada
negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas
secara haram.
Sehingga kini, Israel
terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya.
Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak
kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong
Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada
Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada
Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha
mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan
khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.
Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.
*Sumber dari leokid.wordpress.com
http://detikislam.blogspot.com/2013/10/sejarah-palestin-israel.html
ReplyDelete.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةُ.اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.انشـــــاءاَلل
http://www.healthbuilders.com.my/.
Besnis produk kesihatan myherb2u.
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1.
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900/0199110777.
othman.draman@yahoo.com.
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia.
https://www.facebook.com/othman.draman
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan.
http://www.iphytoscience.com/.
Kursus motivasi besnis disediakan.
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php.
Stokis/pegedar diperlukan.
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u.
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan.
http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM.
Rumah dijual diSubang Suria(sold out),
Aprtment subang hijauan shah alam utk dijual.
Aprtment nirvila kota kemuning Shah Alam utk dijual.
Rumah beserta tanah dipondok lubuk tapah,lemal,pasir mas,kelantan utk dijual.
Rumah beserta tanah di kg kebun,pengkalan kubor,kelantan utk dijual.
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0....
Tanah di kg kedondong, Pengkalan Kubor, Kelantan,Malaysia untuk diwakafkan untuk pembinaan masjid.
https://archive.org/…/BacaanDanTerjemahanAlQuran-MisharyAlA…
Dermawan diperlukan.
http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir.../
Kelas mengaji Al Quran disediakan.
http://sourceforge.net/projects/quranterjemah/?source=pdlp.
Apartment komersial sek7 shah alam untuk di sewa.(sold out)
http://www.dengaralquran.com/.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermaknaa