Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut
Antara
peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan
Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya
dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis
Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup
yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka
mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu
sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir
zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak
berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada
10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
Apa beza dengan
umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur
asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak
ajaran al-Quran selain puasa? Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn
Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa
pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu
puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan
padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu
Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa
padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa
daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa
juga. At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda
bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’.
Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak.
(Tafsir al-Munir j1 ms 163) Hadis tentang Yahudi di atas ada
perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah
hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura
dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara
syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang
mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada
bukti saintifik.
Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi
Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran
dan Injil, lapor sebuah akhbar. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik
yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera
Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum
fizik. Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan
menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel
terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut
di hadapan mereka. Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno
Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah
lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut
Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan
menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa
laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang
dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j)
selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing
balik lalu membentuk seperti dinding air. Satu model lautan komputer
kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang
bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. Selama empat
jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2
kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air
lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak
tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh
Jurnal Public Library of Science ONE. –
http://mustaqimmah.blogspot.com/2013/09/saintis-membuktikan-nabi-musa-membelah.html
No comments:
Post a Comment