About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, April 15, 2014

Lubabah Bt Haris

Lubabah Binti Haris Wanita Kedua Memeluk Islam


on Tuesday, April 15, 2014
wanitasolehah


Jika kita baca buku-buku para sahabat Rasullulah saw, kita akan menemui dua nama yang sama, iaitu Lubabah binti Haris. Ternyata, kedua-duanya adalah saudara kandung kakak dan adik. Lubabah besar adalah ibu kepada kepada "Si Tinta Umat", Abdullah bin Abbas. Manakala Lubabah kecil ialah ibu kepada "Si Pedang Allah Khalid bin Walid, Lubabah kecil diberi gelaran al-Ishma".


Beberapa ulama berselisih berpendapat, Adakah Lubabah kecil termasuk dalam kategori sahabat atau tabiin sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Umar dalam al-isti'ab. Namun, Ibnu Katsir memasukkan nama 'Lubabah kecil' dalam senarai sahabat. 

Manakala Lubabah Besar diberikan gelaran Ummu Fadhl. Dia ialah isteri kepada Fadh,Abdullah dan beberapa anak lelakinya yang lain. 

Antara keutamaan wanita pada zaman Lubabah adalah sangat besar. dia termasuk dalam golongan orang yang pertama memeluk islam. Lubabah besar memeluk islam selepas Khadijah binti Khuwailid memeluk islam. 

Dalam hal ini, Abdullah bin Abbas pernah berkata:"Aku dan ibuku termasuk orang Muslim pertama yang ditindas dalam kalangan wanita dan kanak-kanak" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari
wanitasolehahhiasandunia


Lubabah besar seorang wanita Muslimah yang cukup disegani dalam kalangan kaumnya. Antara keutamaan Ummu Fadhl (Lubabah Besar) ialah wanita yang dikurniakan saudara ipar dalam kalangan yang mulia. Saudara perempuan yang bernama Maimunah ialah isteri Rasullulah saw. 


Kemudian Abbas menikahi adiknya yang bernama Lubabah. Adiknya yang lain bernama Salma' diperisterikan oleh Hamzah. Manakala adiknya yang lain bernama Asma' diperisterikan oleh Jaffar bin Abu Talib. Setelah Jaffar meninggal dunia, Abu Bakar menikahi asma' . Sepeninggalan Abu Bakar , Ali datang menggantikan Abu Bakar menikahi Asma'. 

Dalam al-Isti'ab , Abu Umar menyatakan bahawa Lubabah besar termasuk wanita yang subur kerana penikahannya dengan Abbas dia dikurniakan enam anak lelaki yang cerdas. Atas kewibaannya dalam kalangan Arab, Rasullulah saw kerap mengunjunginya . 

Dalam periwayatan hadis, Lubabah besar meriwayatkan beberapa hadis daripada Rasullulah saw. Jumlah hadis yang diriwayatkan sebanyak 30 hadis. Tiga antaranya diriwayatkan dalam kitab Shahihain (al-Bukhari dan Muslim), Sebuah hadis termasuk mutafaq'alaih (disepakati oleh bukhari dan muslim) ,sebuah hadis lain hanya diriwayatkan oleh Bukhari, manakala sebuah hadis lagi diriwayatkan Muslim. Anaknya Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan hadis daripada ibunya. 

Dalam sahih Bukhari disebutkan tentang para sahabat bertanya kepada Rasullulah saw tentang puasa pada hari Arafah? Kemudian Ummu Fadhl diutuskan datang bertemu baginda dengan membawa secawan susu. Rasullulah saw pun meminumnya di tempat wukuf. Maka para sahabat tahu baginda tidak berpuasa. 

Begitulah mengenai Lubabah besar , ibu Abdullulah sejak awal berharap anaknya menjadi orang yang mencatat sejarah. Suatu hari, sambil menimang anaknya (Abdullah) Lubabah berkata:"Aku telah korbankan tenaga dan keperawananku (demi anakku). Anakku ini akan menjadi pemimpin samada bagi orang baik atau sebaliknya." 

Ternyata apa yang diharapkan Lubabah tercapai kerana salah seorang anak lelakinya bernama Abdullah menjadi pemimpin kaumnya dengan ilmunya, sehingga dia mendapat gelaran "Bahrul Ummah" iaitu Tinta Umat. Begitulah kelembutan seorang ibu kepada anak lelakinya. 


Lubabah meninggal dunia sebelum suaminya Abbas bin Abi Talib meninggal dunia pada zaman pemerintahan Usman bin Affan. 

"Jumlah hadis yang diriwayatkan sebanyak 30 hadis. Tiga antaranya diriwayatkan dalam kitab Sohihain (al-Bukhari dan Muslim) 

 http://mselim3.blogspot.com/2014/04/lubabah-binti-haris-wanita-kedua.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mselim3+%28mselim3%29

 

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters