About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 0199923418 atau fauziamirgus@gmail.com atau fauzi15766@yahoo.com

Followers

Thursday, November 25, 2010

Sajak-sajak lama

Tempat Penentuan

di sini tempat penentuan
tegak berdiri tidak bergoncang
berbaris-baris berdua-duaan
tahan panas diribut hujan
menanti masa manusia datang
menyerahkan tulang-tulang badan
beserta dengan amal-amalan
kuning tanah keliling badan
ini pertama tempat penentuan
ke taman syurga pun neraka jahanam
setengah azab diteguk dirasakan
sebagai balasan keazaban
ada jua khazanah dirasakan
bagi yang malaikat amalan
masing-masinglah sama nilaikan
mana satu jadi pilihan

penentuan kedua ia dikatakan
tempat perhimpunan raya diadakan
padang mahsyar menjadi panggilan
mentari sejengkal di atas kepala sekalian
yang engkari suruhan
manusia berkeliaran
bagi yang baik amalan
‘arasy tempat perlindungan

penentuan ketiga ia dinamakan
berjalan pula di atas titian
teramat halus lagi tajam
bagai rambut seribu belahan
melebihi tajam mata pedang
pasti jatuh andai engkarkan
suruhan DIA tanpa tulus amalan
neraka jahanam gelegak menantikan
bagi yang penuh soleh amalan
bagai kilat ia melintaskan
tentu sudah ke syurga idaman
tersenyum simpul si malik ridwan

keempat, di sini tempat penetuan
walau seberat zarah kebaikan
walau seberat atom kejahatan
semua ditimbang penuh keadilan
andai ternyata terdapat kejahatan
melebihi had berbuat kebaikan
zabaniah menanti penuh kemarahan
sedia menghumbang ke neraka jahanam
tentulah sudah berat kebaikan
andai banyak berbuat kebajikan
mendapat syurga penuh kehormatan
di dalamnya pula ada kedapatan
anak bidadari penuh kemesraan

itulah dia tempat penantuan
bagi setiap insan
wajib dilalui meskipun enggan
sama ada layak untuk mendapatkan
syurga idaman pun neraka jahanam

majalah sakti 1982


Perjalanan Hidup

kullu mauluudin yulaadu ala fitrah...
lahirmu bagai mentari baru
bakal mewarnai potrek hidup nanti
di depanmu dua jalan terhampar pasti
kejahatah tak pernah mau mati
kebaikan pun belum lagi terakhir
hidup bukan pinta diri
mati bukan impian hati
pilihlah yang bermanfaat
jangan sesat menyesat tersesat disesat
suatu hari nanti
esok atau lusa jodohmu tiba
kaupun kan dipaksa sujud melutu pada-Nya
mengemis sisa-sisa simpati
di pengakhir kehidupan nanti
kira & hisablah diri sendiri
sebelum tibanya hari
yaumala yan faumaalun wala banun
illa man atalLaha bi qalbin salim
tak berguna anak & harta berjuta
bikinlah hati setenang kolam zam-zam

bacaria 1992

No comments:

Post a Comment

Tetamu