Isra’ Mikraj Garapan al-Fadhil Ust Mustafa Sibaai
SELEPAS HIJRAH KE HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH
A) Peristiwa-peristiwa Sejarah
Fasa ini lebih istimewa berbanding fasa-fasa yang
lain ekoran berlaku beberapa peristiwa
yang terkenal:
1. Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. telah
meninggal dunia pada tahun ke-10
kerasulan. Abu Talib semasa hayatnya, kuat
mempertahankan anak saudaranya, iaitu
Rasulullah s.a.w.. Quraisy tidak berjaya menyakiti
diri Nabi s.a.w. sepanjang hayat Abu Talib
kerana mereka hormat dan gerun kepadanya. Apabila
beliau meninggal dunia, Quraisy mula
berani bertindak kasar terhadap Nabi s.a.w..
Lantaran itu, kematian beliau menimbulkan rasa
sugul yang mendalam kepada Nabis.a.w..Nabi
bersungguh-sungguh mendesak Abu Talib
untuk mengucap kalimah syahadah ketika beliau
terbaring nazak pada saat-saat akhir
kematiannya. Namun Abu Talib enggan kerana bimbang
beliau akan mendapat malu daripada
kaumnya.
2. Khadijah r.ha. juga meninggal dunia pada tahun
yang sama. Sebelum itu, Khadijah
berperanan meringankan kerungsingan dan kesedihan
Rasul s.a.w. lantaran permusuhan
Quraisy yang dihadapi Baginda. Apabila beliau
meninggal dunia, Baginda merasa terlalu
dukacita. Tahun kematian bapa saudara Baginda, Abu
Tolib dan isterinya, Khadijah
dinamakan sebagai "Tahun Dukacita".
3. Apabila tipu daya dan perbuatan menyakiti Rasul
s.a.w. yang dilakukan oleh Quraisy
semakin hebat, iaitu selepas kematian bapa saudara
dan isteri Baginda, Baginda menuju ke
Taif. Baginda ke sana dengan harapan akan mendapat
sambutan yang baik dan sokongan
kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif. Namun
mereka menolak dakwah Baginda secara
kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti
Baginda. Kanak-kanak tersebut telah
melontar batu ke arah Baginda sehingga darah
mengalir daripada kedua kaki Baginda yang
suci. Baginda telah berlindung di sebuah kebun.
Baginda memanjatkan doa kepada Allah
dengan penuh khusyuk:
اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس ياأرحم الراحمين أنت أرحم الراحمين أنت
رب المستضعفين وأنت ربي إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى صديق مكلته إمري إن لم يكن بك
غضب علي فلا أبالي ولكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أضاءت له السموات و الأرض
وأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والأخره أن ينزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبى
حتى ترضى ولاحول ولاقوة إلابك
“Ya Allah, aku mengadu
kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya
kemampuanku dan hinanya aku
pada pandangan manusia. Wahai Tuhan
Yang Maha Pengasih, Kamulah
Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga
Tuhanku. Kepada siapa Kamu
serahkan aku ? Kepada orang jauh yang
memandangku dengan wajah
bengis3 atau kepada musuh yang menguasai
urusanku? Sekiranya Kamu tidak
murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang
menimpa). Namun keselamatan
daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku
berlindung dengan cahaya
wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta
memperelokkan urusan dunia dan
akhirat. Aku berlindung daripada
kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu
terkena kepadaku. Kamu berhak untuk
mencela aku sehingga Kamu
redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan
melainkan dengan-Mu.”
3 iaitu melihat
dengan pandangan benci. Ia adalah kiasan kepada permusuhan dan kebencian.
4. Rasulullah s.a.w. pulang dari Taif dalam keadaan
dakwah-nya tidak mendapat
sebarang sambutan daripada kaum Thaqif. Yang ada
hanyalah keislaman Addas, hamba
kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah.
Addas merupakan seorang hamba
beragamaNasrani. Kedua-dua tuannya meminta beliau
menghidangkan setangkai anggur
kepada Rasul s.a.w. semasa Baginda sedang
berlindung dalam sebuah kebun. Mereka
memerintah beliau berbuat demikian setelah melihat
Rasulullah kepenatan dan layanan buruk
Thaqif kepada Baginda. Apabila Addas menghidangkan
anggur itu kepada Raaul s.a.w.,
Baginda mula memakannya seraya berkata: Bismillah
(Dengan nama Allah). Ucapan
basmalah itu menarik perhatian Addas, kerana tiada
sesiapa di kalangan kaum itu
mengucapkan kalimah seperti itu. Beliau memeluk
Islam setelah berdialog dengan Nabi
s.a.w..
5. Berlaku mukjizat Isra' dan Mi'raj. Terdapat
perselisihan berkenaan tarikh peristiwa ini
berlaku. Secara pasti ia berlaku sebelum hijrah
pada tahun ke-10 kenabian atau selepasnya.
Pendapat sahih yang dipegang oleh jumhur ulama,
Isra' dan Mi'raj berlaku pada suatu malam
secara jaga melibatkan jasad dan roh Nabi s.a.w..
Baginda diisra'kan daripada Masjidil Haram
ke Masjidil Aqsa. Kemudian Baginda dimi'rajkan ke
langit yang tinggi. Seterusnya pulang
kembali kerumah Baginda di Makkah pada malam itu
juga. Baginda memberitahu Quraisy
tentang mukjizat itu. Mereka mempersenda dan
memperlekehkan Baginda. Namun Abu
Bakar dan mereka yang kuat imannya telah
membenarkan Baginda.
6. Pada malam Isra' dan Mi'raj tersebut, sembahyang
lima waktu difardhukan ke atas
setiap orang Islam yang baligh dan berakal.
7. Rasul s.a.w. menemui kabilah-kabilah Arab yang
datang semasa musim haji
(sebagaimana kebiasaan Baginda setiap tahun).
Baginda mengajak mereka kepada Islam dan
menyeru mereka meninggalkan penyembahan berhala.
Ketika Baginda berada di Aqabah,
salah satu tempat melontar jamrah, Baginda telah
menemui satu rombongan kaum Aus dan
Khazraj. Lantas Baginda mengajak mereka kepada
Islam dan mereka menerimanya.
Bilangan mereka ketika itu ialah tujuh orang.
Setelah itu mereka pulang ke Madinah, lalu
menceritakan kepada kaum mereka tentang pertemuan
tersebut dan Islam yang mereka anuti.
8. Pada tahun berikutnya, tahun ke-12 kerasulan,
ketika musim haji, 12 orang lelaki
Ansar telah datang ke Makkah. Mereka berhimpun dan
berbaiah dengan Nabi s.a.w.. Mereka
pulung ke Madinah bersama utusan khas Nabi s.a.w.,
Musab bin Umair. Baginda
mengutuskan beliau untuk membacakan al-Quran dan
mengajarkan Islam kepada orang Islam
di sana. Dengan itu Islam berkembang luas di
Madinah.
9. Pada tahun seterusnya (tahun ke-13 kerasulan),
sekumpulan Ansar telah datang pada
musim haji. Mereka berhimpun dengan Nabi s.a.w.
secara sembunyi. Bilangan mereka
seramai 70 orang lelaki dan dua orang wanita.
Mereka berbaiah untuk menolong dan
menyokong Baginda, mempertahankan Baginda
sebagaimana mereka mempertahankan
wanita dan anak-anak mereka sendiri. Mereka pulang
ke Madinah setelah Baginda memilih
12 orang ketua kalangan mereka sebagai wakil kepada
kaum mereka.
B) Pengajaran dan Pedoman
1. Kadang-kadang ada kaum kerabat pendakwah yang
tidak bersama dengan dakwahnya
tetapi bertindak melindunginya. Situasi ini memberi
faedah kepada dakwah ketika ia masih
lemah. Kerana dia akan bertindak menghalang
golongan jahat membunuh atau
menyakiatinya. Oleh yang demikian, sentimen kabilah
dan kekeluargaan kadang-kadang
boleh digunakan oleh pendakwah untuk melindungi
dakwahnya selama mana beliau tidak
seiringan (turut serta) melakukan kemungkaran
bersama kaumnya.
2. Isteri solehah yang beriman dengan dakwah
kebenaran akan mempermudahkan
banyak kesulitan yang dialami oleh suami yang
berdakwah. Ini akan berlaku jika si isteri
turut serta berkongsi kerungsingan dan penderitaan
suami. Dengan perkongsian tersebut, si
isteri akan meringankan bebanan kerungsingan suami.
Ia juga akan membangkitkan dalam
diri suami rasa untuk meneruskan dakwah dan tetap
teguh di atas jalannya. Oleh itu, si isteri
dapat memberi kesan kepada kejayaan dan kemenangan
dakwah. Sikap Khadijah r.ha.
terhadap Rasulullah s.a.w. merupakan contoh paling
mithali yang boleh dilakukan oleh
seorang isteri yang beriman dengan dakwah kebaikan.
Dia berperanan besar terhadap
kejayaan suaminya sebagai pendakwah. Begitu juga
keteguhan dan istiqomah beliau dalam
dakwah. Kehilangan isteri seperti ini merupakan
kerugian besar semasa pertempuran
pengislahan sedang berlaku sengit. Kerugian ini
menyebabkan suami yang berdakwah tidak
dapat mengawal perasaannya, bahkan merasa sugul dan
putus asa.
3. Kesedihan kerana kehilangan seorang kerabat yang
berperanan melindungi dakwah
walaupun dia tidak beriman merupakan kesedihan yang
terbit daripada keikhlasan
berdakwah. Sementara kesedihan terhadap kehilangan
seorang isteri yang beriman dan ikhlas
terbit daripada rasa setia kepada isteri yang telah
menjadi contoh dalam pengorbanan dan
sokongan. Oleh kerana itu, ketika Abu Talib
meninggal dunia, Rasul s.a.w. bersabda:
"Semoga Allah merahmati
dan mengampun kamu. Aku akan tetap memohon
ampun untuk kamu sehinggalah
Allah menegah aku."
Oleh yang demikian, orang Islam ketika itu telah
mencontohi Rasul mereka. Mereka
turut memohon ampun untuk keluarga mereka yang mati
dalam keadaan musyrik.
Sehinggalah turun firman Allah Tabarak wa Taala:
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi
dan orang-orang yang beriman, meminta
ampun bagi orang-orang
musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri,
sesudah nyata bagi mereka
bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka. (At-Taubah: 113)
Dengan turunnya ayat tersebut, Nabi s.a.w. tidak
lagi memohon ampun untuk Abu Talib. Begitu juga orang Islam tidak lagi memohon
ampun kepada keluarga musyrik yang mati.
Oleh kerana sebab-sebab di atas, sepanjang hayat
Rasul s.a.w., Baginda terus
mengingati kelebihan. Khadijah, memohon rahmat
untuknya dan berbuat kebajikan kepada
teman-temannya. Sikap Rasulullah ini membuatkan
Aishah r.ha. merasa cemburu dengan
Khadijah (padahal Khadijah telah meninggal dunia).
Ini kerana Aishah sering mendengar
pujian Nabi s.a.w. kepada Khadijah. Al-Bukhari
meriwayatkan daripada Aishah r.ha,
katanya:
Aku tidak merasa cemburu
kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. sebagaimana aku
cemburu kepada Khadijah. Aku
tidak melihat Khadijah, namun Nabi s.a. w.
sering menyebut-nyebutnya. Ada
masanya Baginda menyembelih kambing,
kemudian Baginda memotongnya
lalu Baginda mengirimkan kepada temanteman
Khadijah. Ada masanya aku
berkata kepada Baginda: Seolah-olah
tiada wanita di dunia ini
melainkan Khadijah. Baginda bersabda: "Dia
sekian-sekian... dia
sekian-sekian... (menyebut jasa dan kebaikan Khadijah).
Aku juga mendapat anak
daripadanya (Khadijah)."
3. Pemergian Rasul s.a.w. ke Taif setelah penduduk
Makkah menolak dakwahnya
merupakan bukti kepada tekad yang kental dalam jiwa
Rasul untuk meneruskan dakwahnya.
la juga merupakan bukti sikap tidak putus asa Nabi
s.a. w. terhadap penerimaan orang ramai
kepada dakwah. Baginda mencari medan baru untuk
dakwah setelah terdapat halanganhalangan
yang menyekat dakwah di medan pertamanya (kota
Makkah). Sementara hasutan
Bani Thaqif kepada kanak-kanak dan golongan bodoh
daripada kaum mereka supaya
menyakiti Rasul s.a.w., menjadi bukti bahawa
kejahatan sama sahaja walau di mana ia
berada. Kejahatan bergantung harap kepada golongan
bodoh untuk menyakiti para
pendakwah. Peristiwa kaki Nabi s.a.w. luka
mengalirkan darah padahal Baginda adalah Nabi
yang mulia, menjadi contoh penting kesakitan dan
penindasan yang akan ditanggung oleh
pendakwah di jalan Allah. Manakala doa abadi Nabi
s.a.w. semasa berada di kebun menjadi
penegasan kepada kejujuran Rasul dalam dakwah dan
keazamannya untuk terus
melaksanakan tugas dakwah meskipun berhadapan
dengan berbagai kesulitan. Perkara yang
penting bagi Baginda hanyalah redha Allah
semata-mata. Baginda tidak menghiraukan redha
para pembesar, pemimpin, orang awam dan kebanyakan.
آن لم يكن بك غضب علي فلا آبالي
"Sekiranya Kamu tidak
murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa)."
Dalam doa Baginda terkandung cara-cara memperolehi
bekalan kekuatan daripada
Allah. Iaitu dengan cara kembali dan meminta
pertolongan-Nya ketika kesengsaraan yang
dipikul pendakwah semakin berat. Doa ini juga
menunjukkan perkara yang paling ditakuti
oleh pendakwah ialah kemurkaan dan kemarahan Allah
ke atas beliau. Bukannya kemurkaan
makhluk selain-Nya.
5. Mukjizat lsra' dan Mi'raj mempunyai banyak rahsia.
Kami hanya sebutkan tiga sahaja:
Pertama: Menghubungkait isu Masjidil Aqsa dan kawasan
sekitarnya dengan isu
Dunia Islam. Ini kerana Makkah selepas perutusan
Rasul s.a.w. telah menjadi pusat
perhimpunan Dunia Islam dan kesatuan visinya.
Peristiwa Isra' Mi'raj ini juga menunjukkan
usaha mempertahankan Palestin sebenarnya mewakili
usaha mempertahankan Islam itu
sendiri. Setiap orang Islam di pelbagai ceruk bumi
wajib melaksanakannya. Kecuaian
mempertahan dan membebaskan Palestin merupakan
kecuaian terhadap Islam. la merupakan
jenayah yang akan dihukum oleh Allah kepada setiap
orang yang beriman dengan Allah dan
Rasul-Nya.
Kedua:
Isra' Mi'raj menjadi simbol kepada ketinggian kedudukan orang Islam dan
lambang kepada kewajipan mengangkat dirinya
mengatasi hawa nafsu dan syahwat dunia.
Dia juga wajib menjadi manusia yang tiada tolok
bandingnya dikalangan seluruh manusia.
Sama ada dari segi kedudukannya yang tinggi,
visinya yang mulia dan sikapnya yang sentiasa
berlegar dalum lingkungan nilai-nilai yang mithali
untuk selama-lamanya.
Ketiga: Isra' Mi'raj juga menunjukkan penerokaan angkasa
dan keluar daripada tarikan graviti bumi boleh diusahakan. Dalam peristiwa
Isra' dan Mi'raj, Rasul kita merupakan angkasawan pertama dalam sejarah dunia
seluruhnya. Meneroka angkasa seterusnya pulang ke bumi dengan selamat adalah
perkara yang boleh berlaku. Sekalipun ia berlaku kepada Rasulullah s.a.w.
secara mukjizat pada zaman Baginda, namun ia boleh terjadi kepada manusia biasa
melalui ilmu dan idea.
6. Kefardhuan solat pada malam Isra' dan Mi'raj
menunjukkan hikmah kenapa solat
disyariatkan. Allah seolah-olah berfirman kepada
hamba-hamba-Nya yang beriman:
Sekiranya Mi'raj Rasul kamu dengan jasad dan roh ke
langit merupakan mukjizat, kamu pula
diperuntukkan solat lima waktu setiap hari, sebagai
mi'raj (anak tangga) untuk kamu naik
menemui-Ku dengan roh dan hati kamu. Jadikan solat
lima kali sehari sebagai peningkatan
roh yang boleh mengangkat kamu daripada tenggelam
dalam hawa dan syahwat kamu, serta
memperlihatkan kamu kebesaran, kekuasaan dan
keesaan Aku. Ini mendorong kamu untuk
memimpin muka bumi ini, bukan dengan cara
memperhamba, menguasai dan menakluki
(orang lain). Bahkan melalui jalan kebaikan dan
ketinggian, juga dengan cara kesucian dan
peningkatan roh menerusi jalan solat.
7. Proses memperkenal diri yang dilakukan oleh
Rasulullah kepada kabilah-kabilah pada
musim haji menjadi bukti bahawa seseorang pendakwah
tidak sepatutnya membataskan
dakwah mengajak manusia kepada kebaikan dalam
lingkungan majlis dan persekitaran
dirinya sahaja. Bahkan dia mestilah pergi ke setiap
tempat manusia berhimpun atau lokasi
yang berkemungkinan mereka berhimpun. Dia juga
tidak sepatutnya berputus asa dengan
penolakan mereka daripada semasa ke semasa.
Kadang-kadang Allah menyediakan untuk
beliau, penyokong-penyokong yang beriman dengan
dakwahnya yang baik, padahal dia tidak
pernah terfikir dan menjangkakannya. Kadang-kadang
kelompok kecil yang mendapat
hidayah hasil usaha beliau dalam beberapa sempena
akan memainkan peranan besar terhadap
penyebaran dakwah. Kelompok kecil itu juga
berperanan dalam merealisasikan kemenangan
akhir dakwah terhadap kejahatan dan konco-konconya.
Keimanan tujuh orang pertama Ansar yang bertemu
dengan Rasulullah s.a.w. untuk
kali pertama, telah menyebabkan kemasukan Islam ke
Madinah. perkara itu memberi kesan
kepada penyebaran Islam dan penguasaannya di sana.
la membuka jalan kepada orang-orang
mukmin yang tertindas di Makkah untuk menjadikan
Madinah sebagai destinasi hijrah dan
pusat mereka berhimpun. Rasulullah pula memperolehi
tempat yang aman untuk
membangunkan negara dan menyebarkan dakwah. Dari
negara itu, para sahabat Baginda
melancarkan penentangan kepada syirik dan orang
musyrik. Mereka melancarkan perang dan
pertempuran yang berakhir dengan kemenangan berkekalan
di pihak iman dan kekalahan
abadi di pihak syirik. Semoga Allah meredhai kaum
Ansor, yang terdiri daripada Aus dan
Khazraj. Mereka mempunyai jasa yang tidak
putus-putus kepada Islam, orang Islam dan
seluruh alam. Semoga Allah juga meredhai saudara
mereka, kaum muhajirin yang terlebih
dahulu beriman sebelum mereka, serta yang telah
berkorban di jalan Allah dengan segala
yang berharga, baik harta mahupun kampung halaman.
Semoga Allah turut memasukkan kita
bersama mereka semua ke dalam syurga Ridhwan.
HIJRAH SEHINGGA NABI STABIL DI MADINAH
A) Peristiwa-peristiwa Sejarah
1. Quraisy mendapat tahu tentang keislaman
sekumpulan penduduk Yathrib. Lantaran
itu, mereka meningkatkan penyeksaan kepada
orang-orang mukmin di Makkah. Lalu Nabi
s.a.w. mengarahkan orang-orang mukmin berhijrah ke
Madinah. Mereka berhijrah secara
sembunyi kecuali Umar r.a.. Beliau telah
memberitahu orang musyrik Quraisy tentang
penghijrahannya seraya berkata: "Sesiapa yang
mahu ibu kehilangan anaknya, esok tunggu
aku di tengah wadi ini." Namun tiada seorang
pun berani keluar menyahut cabarannya.
2. Apabila Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam
telah memperolehi kekuatan dan
perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu
persidangan di Dar an-Nadwah. Mereka
bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan
Rasul s.a.w. sendiri. Mereka
memutuskan untuk memilih seorang pemuda yang gagah
daripada setiap kabilah. Kemudian
kesemua pemuda tersebut membunuh Baginda serentak.
Justeru itu, tuntutan darah Baginda
akan teragih kepada setiap kabilah menyebabkan Bani
Manaf (keluarga Rasulullah) tidak
upaya memerangi mereka semua dan terpaksa menerima
bayarun diat sahaja. Setelah itu
pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul
s.a.w. berhimpun di muka pintu
rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu
Baginda keluar untuk membunuhnya.
3. Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w. tidak
tidur di tempat tidurnya. Baginda telah
meminta Ali r.a. untuk tidur di tempatnya itu.
Baginda juga memerintahkan beliau agar
memulangkan barang-barang amanah yang disimpan oleh
orang kafir Quraisy kepada
Baginda pada keesokan harinya kepada pemiliknya.
Rasul s.a.w. telah meninggalkan
rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang
diwakilkan untuk membunuhnya.
Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Sebelum itu, Abu Bakar
telah menyiapkan dua
kenderaan untuknya dan Rasul s.a.w.. Mereka berdua
memutuskan untuk keluar dari Makkah.
Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili,
seorang musyrik untuk menjadi
penunjuk jalari ke Madinah. Dengan syarat dia
mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan
menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh
kafir Quraisy.
4. Rasulullah s.a.w. dan sahabat Baginda, Abu Bakar
keluar berhijrah pada hari Khamis,
1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda
s.a.w.. Hanya Ali r.a. dan keluarga Abu Bakar
r.a. yang mengetahui tentang hijrah Baginda
tersebut. Anak-anak perempuan Abu Bakar,
Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan
untuk mereka berdua. Asma' telah
memotong sebahagian daripada tali ikat pinggangnya,
lalu mengikat mulut karung makanan
tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar:
"Zat an-Nitoqain"
(Perempuan yang mempunyai
dua tali ikat pinggang). Dengan bantuan Abdullah
bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu
Bakar menghala ke Yaman sehingga sampai ke Gua
Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya
selama tiga malam. Turut bermalam bersama mereka,
Abdullah bin Abu Bakar yang masih
remaja. Beliau seorang pemuda yang berpengetahuan,
mahir, peka dan cepat memahami.
Beliau akan keluar meninggalkan mereka pada waktu
sahur lalu berpagi-pagian bersama
Quraisy Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah.
Apa-apa rancangan jahat terhadap
Rasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar
daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah
beliau menyampaikannya kepada mereka berdua pada
waktu petangnya.
5. Kiamat seolah-olah berlaku kepada Quraisy
setelah Rasulullah s.a.w. terlepas
daripada usaha membunuhnya. Mereka keluar mengejar
Baginda mengikut jalan Makkah
yang biasa tetapi gagal menemui Baginda. Mereka
menghala menuju jalan ke Yaman
sehingga sampai di muka Gua Thur. Sebahagian
daripada mereka berkata: "Boleh jadi
Muhammad dan temannya ada di dalam gua ini."
Namun sebahagian yang lain menjawab:
"Kamu tidak nampakkah apa yang ada di muka gua
ini. Bagaimana labah-labah menganyam
sarangnya dan burung-burung bersarang di srni? Ini
menunjukkan tiada seoran0067pun yang
memasuki gua ini sejak sekian lama." Abu Bakar
r.a. melihat kaki-kaki mereka ketika mereka
sedang berdiri di muka gua itu. Beliau menggeletar
bimbangkan nyawa Rasul s.a.w., seraya
berkata: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, kalau
salah seorang daripada mereka melihat ke
tempat letak kakinya, nescaya dia akan melihat
kita." Rasul s.a.w. mententeramkannya
dengan bersabda:
"Wahai Abu Bakar, kamu
sangka kita berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga"
6. Quraisy mengutuskan utusan menemui
kabilah-kabilah dengan membawa tawaran
sejumlah besar harta yang cukup menggoda sesiapa
yang tamak. Tawaran ini ditujukan
kepada sesiapa yang menemui Rasul s.a.w. dan teman
Baginda, membunuhnya, atau
menawannya. Oleh itu, Suraqah bin Ja'syam menyahut
tawaran itu. Dia bertekad dalam
dirinya untuk mencari Rasulullah s.a.w. dan Abu
Bakar demi membolot sendiri hadiah
tersebut.
7. Setelah usaha memburu dan mencari Rasulullah
s.a.w. dan temannya, Abu Bakar
terhenti, mereka berdua keluar daripada gua
tersebut bersama-sama penunjuk jalan mereka.
Mereka melalui jalan pantai (pantai Laut Merah)
merentasi jarak yang jauh. Namun Suraqah
telah berjaya menjejaki mereka. Apabila Suraqah
mendekati mereka berdua, kaki-kaki
kudanya terbenam ke dalam pasir dan tidak berupaya
untuk berjalan. Dia mencuba sebanyak
tiga kali supaya kudanya menuju ke arah Rasul
s.a.w., namun kudanya tetap enggan. Pada
ketika itu, dia yakin bahawa di hadapannya ialah
seorang Rasul yang mulia. Lantas dia
meminta supaya Rasul s.a.w. berjanji memberikannya
sesuatu, jika dia menolong Baginda.
Baginda menjanjikan untuknya dua gelang tangan yang
dipakai oleh Kisra. Suraqah
kemudiannya pulang ke Makkah dan berlakon
seolah-olah dia tidak menemui sesiapa.
8. Rasul s.a.w. dan teman Baginda (Abu Bakar) telah
sampai ke Madinah pada 12
Rabiul Awal. Baginda sampai ke sana setelah para
sahabat lama menanti. Mereka keluar
setiap pagi ke pinggir Madinah dan hanya pulang
setelah matahari memancar terik pada
waktu tengah hari. Apabila mereka melihat Baginda,
mereka merasa amat gembira. Kanakkanak
mula mendendangkan nasyid diiringi dengan
gendang-gendang:
Bulan purnama
telah terbit kepada kami,
dari jalan-jalan
bukit ul-Wada.
Wajib ke atas kami
untuk bersyukur,
terhadap seruan
penyeru kepada Allah.
Wahai utusan yang
diutuskan kepada kami,
Kami datang
bersama perkara yang dipatuhi.
9. Dalam perjalanan Baginda s.a.w. ke Madinah,
Baginda singgah di Quba, sebuah
kampung di selatan Madinah. Kira-kira dua batu dari
Madinah. Baginda telah mengasaskan
masjid pertama yang dibina dalam Islam dan tinggal
di sana selama empat hari. Kemudian
Baginda bertolak ke Madinah pada pagi Jumaat.
Ketika Baginda di perkampungan Bani
Salim bin 'Auf, waktu solat Jumaat telah masuk.
Lalu Baginda membina sebuah masjid di situ
dan menunaikan solat Jumaat pertama dalam Islam.
Baginda s.a.w. menyampaikan khutbah
pertama dalam Islam. Seterusnya Baginda menyambung
perjalanan menuju ke Madinah.
Apabila sampai di sana, tindakan pertama yang
dilakukan ialah memilih tempat unta Baginda
berhenti duduk, untuk dijadikan sebagai masjid.
Tempat tersebut adalah milik dua orang
kanak-kanak Ansor yang yatim. Baginda tawar menawar
harga tanah tersebut dengan mereka
berdua. Kedua-dua kanak-kanak itu berkata:
"Kami berikannya kepada kamu, wahai
Rasulullah." Namun Baginda berkeras untuk
membelinya dengan harga 10 dinar emas yang
dibayar menggunakan harta Abu Bakar. Kemudian
Baginda melakukan kempen agar orang
Islam turut serta membina masjid. Mereka segera
melakukannya. Rasul s.a.w. turut terlibat
bersama mereka memindahkan batu bata, sehinggalah
sempurna pembinaan masjid tersebut.
Dinding masjid itu dibina daripada batu bata dan
bumbungnya daripada pelepah-pelepah
kurma yang diletakkan pada batang-batang kurma.
10. Kemudian Baginda s.a.w. mempersaudarakan di
antara Muhajirin dan Ansor. Baginda
menjadikan untuk setiap Ansor seorang saudara
daripada Muhajirin. Ada seorang Ansor telah
membawa saudara Muhajirinnya ke rumahnya. Beliau
menawarkan kepada saudara
Muhajirinnya untuk membahagi sama rata semua barang
yang terdapat di dalam rumahnya.
11. Kemudian Rasulullah s.a.w. menulis satu piagam
bertulis antara Muhajirin dan Ansor.
Di dalamnya Baginda berjanji untuk berbaik-baik
dengan Yahudi di samping mengakui hak
mereka dalam agama dan harta. Ibnu Hisyam telah
menyatakan piagam tersebut dengan
panjang lebar dalam kitab sirahnya. Ia mengandungi
prinsip-prinsip yang menjadi dasar asas
kepada negara Islam yang pertama. Di dalamnya
dinyatakan prinsip kemanusiaan, keadilan
sosial, toleransi agama dan kerjasama demi
kemaslahatan masyarakat yang patut dirujuk,
difahami dan dihafal oleh setiap pelajar.
Kami sebutkan beberapa prinsip am yang terkandung
dalam piagam bersejarah yang
abadi ini:
1. Kesatuan umat Islam tanpa sebarang diskriminasi
antara mereka.
2. Persamaan warga-warga umat Islam dari segi hak
dan kemuliaan.
3. Umat Islam perlu saling bahu membahu kecuali
dalam kezaliman, dosa dan permusuhan.
4. Penyertaan umat dalam menentukan bentuk hubungan
dengan musuh-musuh mereka.
Seluruh orang Islam perlu mempunyai satu pendirian
terhadap musuh mereka.
5. Penubuhan masyarakat di atas sistem yang terbaik
dan teguh.
6. Membenteras pemberontak negara dan pengganggu
gugat sistem awam di samping
kewajipan agar tidak membantu mereka.
7. Hak perlindungan kepada sesiapa yang ingin hidup
bersama orang Islam apabila dia
menjalinkan hubungan baik, bekerjasama, tidak
menzalimi dan mencerobohi hak orang
Islam.
8. Bukan Islam mempunyai hak dalam agama dan harta
mereka. Mereka tidak dipaksa
memeluk agama Islam dun harta mereka tidak boleh
dirampas.
9. Bukun Islam mestilah memberi sumbangan kepada
pembiayaan negara sebagaimana
orang Islam memberi sumbangan.
10. Bukan Islam mestilah bekerjasama dengan orang
Islam untuk menghalang bahaya yang
menggugat entiti negara melalui penentangan
terhadap setiap pencerobohan.
11. Bukan Islam juga mestilah turut serta
menanggung kos peperungan selagi mana negara
berada dalam keadaan perang.
12. Negara mestilah membantu bukan Islam yang
dizalimi sebagaimana ia menolong setiap
orang Islam yang dicerobohi.
13. Orang Islam dan bukan Islam tidak boleh sama
sekali melindungi musuh-musuh negara
dan konco-konco mereka.
14. Sekiranya kemaslahatan umat terletak pada
per-damaian, semua warga wajib menerima
perdamaian. Sama ada orang Islam mahupun bukan
Islam.
15. Seseorang tidak dihukum dengan sebab dosa atau
kesalahan orang lain. Seorang
penjenayah sebenarnya melakukan jenayah terhadap
diri dan keluarganya sendiri.
16. Kebebasan bergerak dalam negara dan kebebasan
untuk keluar negara adalah terpelihara
di bawah perlindungan negara.
17. Tiada perlindungan kepada orang yang berdosa
dan orang yang zalim.
18. Masyarakat ditegakkan di atas dasar kerjasama
dalam kebajikan dan taqwa, bukan dalam
dosa dan permusuhan.
19. Prinsip-prinsip di atas diperlihara oleh dua
kekuatan:
- Kekuatan maknawi (spiritual) iaitu: Keimanan rakyat kepada Allah, merasakan
muraqabah-Nya (pemerhatian Allah) terhadap mereka
dan penjagaan-Nya kepada sesiapa
yang berbuat baik dan setia.
- Kekuatan maddiyyah (material) iaitu: Kepimpinan negara yang diwakili oleh Nabi
Muhammad s.a.w..
B) Pengajaran dan Pedoman
1. Jika seorang mukmin yakin dengan kekuatannya,
dia tidak diminta menyembunyikan
tindakannya. Bahkan dia hendaklah menyatakan secara
lantang tanpa menghiraukan musuhmusuh
dakwahnya selagi mana dia percaya boleh menewaskan
mereka. Ini sebagaimana yang
dilakukan oleh Umar r.a. ketika beliau ingin
berhijrah. Peristiwa ini juga membuktikan
bahawa pendirian yang tegas akan menggerunkan
musuh-musuh Allah dan mencampakkan
rasa takut ke dalam diri rnereka. Tidak diragukan,
sekiranya mereka mahu berkumpul untuk
membunuh Umar, mereka mampu melakukan. Namun,
pendirian Umar yang berani telah
mencampakkan rasa kecut ke dalam diri setiap
mereka. Mereka bimbang sekiranya Umar
dihalang, ibunya akan kehilangannya. Pendukung
kejahatan amat kedekut (tak sanggup
kehilangan) nyawa dan amat mencintainya.
2. Ketika golongan batil berputus asa untuk
menyekat dakwah kebenaran dan islah; Dan
ketika orang-orang mukmin terlepas daripada
genggaman dan berada di tempat yang selamat,
mereka akan mengambil tindakan terakhir dengan
membunuh pendakwah yang melakukan
pengislahan tersebut. Mereka menyangka jika mereka
membunuhnya, mereka bebas daripada
gangguan dan dakwahnya terkubur. Demikian cara
fikir golongan jahat dan musuh
pengislahan pada setiap zaman. Kami telah saksikan
dan lihat kejadian seperti ini dalam
hidup kami.
3. Seorang kader yang jujur dan ikhlas kepada
dakwah islah sanggup mengorbankan
nyawanya untuk pemimpinnya. Kerana keselamatan
dakwah bergantung kepada keselamatan
pemimpin. Dan jika pemimpin terkorban, dakwah akan
terbiar dan lemah. Tindakan Ali r.a.
tidur di tempat tidur Rasul s.a.w. pada malam
Hijrah merupakan pengorbanan nyawa untuk
menyelamatkan nyawa Rasulullah s.a.w.. Ini kerana
ada kemungkinan pedang pemudapemuda
Quraisy akan dihayunkan ke kepala Ali r.a. sebagai
membalas dendam, ekoran
beliaulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w.
menyelamatkan diri. Namun Ali r.a. tidak
menghiraukan perkara tersebut. Cukuplah bagi
beliau, jika Rasulullah s.a.w., Nabi umat dan
pemimpin dakwah terselamat.
4. Orang musyrik menyerahkan barang milik mereka
untuk disimpan oleh Rasulullah
s.a.w., sedangkan pada ketika yang sama mereka
memerangi dan bertekad untuk membunuh
Baginda. Tindakan ini menjadi bukti bahawa dalam
diri musuh-musuh islah terdapat
keyakinan terhadap kejujuran, amanah dan ketulusan
jiwa pendakwah. Mereka juga yakin
perjalanan hidup pendakwah lebih baik berbanding
mereka. Pendakwah mempunyai sanubari
yang lebih murni. Namun buta hati, sikap keras
kepala dan pendirian konservatif untuk terus
berpegang dengan adat resam dan aqidah sesat telah
mendorong mereka memerangi dan
memasang tipu daya. Bahkan jika berkesempatan,
mereka melakukan komplot untuk
membunuhnya.
5. Pemimpin dakwah, ketua negara atau ketua gerakan
islah tidak dianggap pengecut
atau lari daripada mati jika berfikir untuk
menyelamatkan diri daripada konspirasi pihak yang
menunggu-nunggu saat untuk membunuhnya. Mereka juga
bukan kedekut untuk
mengorbankan nyawa dan roh. Mereka bertindak
sedemikian lantaran untuk menjayakan
semula gerakan islah dengan lebih agresif dan aktif
di medan yang lain.
6. Peranan yang dipikul oleh Abdullah bin Abu Bakar
membuktikan pengaruh pemuda
terhadap kejayaan dakwah. Mereka merupakan tiang
kepada dakwah islah. Kesan keberanian
mereka untuk berkorban dan menggadaikan diri
menyebabkan dakwah mara dengan laju ke
arah kemenangan. Kita dapati semua orang mukmin
pada awal Islam adalah pemuda.
Rasulullah s.a.w. berusia 40 tahun ketika diutuskan
sebagai Rasul. Abu Bakar r.a. pula lebih
muda tiga tahun daripada Baginda. Sementara Umar
lebih muda daripada mereka berdua. Ali
r.a. pula paling muda antara mereka semua. Manakala
Othman r.a. juga lebih muda daripada
Rasulullah s.a.w.. Demikian juga Abdullah bin
Masud, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin
Abi al-Arqam, Said bin Zaid, Bilal bin Rabah, Ammar
bin Yasir r.a. dan lain-lain lagi.
Semuanya adalah pemuda. Mereka memikul beban dakwah
di atas pundak mereka. Mereka
sanggup menanggung pelbagai pengorbanan di
jalannya, merasa riang dengan siksaaan,
kesakitan dan kematian demi kerananya. Melalui
mereka, Islam telah menang. Di atas usaha
mereka dan saudara-saudara mereka, negara Khulafa
ar-Rasyidin tertegak dan berlaku
pembukaan Islam yang indah. Dengan jasa mereka,
Islam telah sampai kepada kita dan Allah
telah membebaskan kita daripada kejahilan,
kesesatan, keberhalaan, kekufuran dan kefasikan.
7. Peranan Aishah dan Asma r.ha. ketika Hijrah
Rasul s.a.w. membuktikan wanita
diperlukan dalam dakwah islah. Emosi mereka lebih
halus dan lebih kuat desakannya. Jiwa
mereka lebih toleransi dan hati mereka lebih baik.
Apabila wanita beriman dengan sesuatu
perkara, mereka tidak lagi menghiraukan segala
kesusahan untuk menyebarkan keimanannya.
Mereka berusaha meyakinkan suami, adik beradik dan
anak-anak tentang perkara tersebut.
Jihad wanita untuk Islam pada zaman Rasul s.a.w.
merupakan lembaran-lembaran putih
berseri. Ini menegaskan kepada kita hari ini,
gerakan pengislahan Islam akan terus melangkah
perlahan dan kurang efektif dalam masyarakat
sehinggalah wanita menyertainya. Mereka
membina generasi pemudi di atas asas iman, akhlak,
kesucian dan kemurnian. Selain menjadi
isteri dan ibu, mereka lebih mampu menyebarkan
nilai-nilai yang diperlukan oleh masyarakat
kita hari ini di kalangan wanita berbanding lelaki.
Wanita Islam berjasa besar dalam
mendidik generasi sahabat yang masih kanak-kanak,
begitu juga generasi tabiun. Wanita
Islamlah yang telah berperanan membentuk
generasi-generasi ini di atas dasar akhlak dan
adab Islam. Mereka juga berperanan membina
generasi-generasi ini atas asas kecintaan
kepada Islam dan Rasulhya. Generasi tersebut
merupakan generasi yang paling agung
diketahui oleh sejarah dari segi tekad, juga
kemurnian perjalanan hidup serta kebaikan agama
dan dunia.
Hari ini kita wajib memahami hakikat ini. Lantas
kita berusaha agar para pemudi dan
para isteri membawa panji-panji dakwah islah ke
tengah-tengah masyarakat wanita. Mereka
melebihi separuh daripada umat. Justeru itu kita
dituntut memberi perangsang kepada anakwww.
anak dan adik-beradik perempuan kita untuk
mempelajari syariah di sekolah-sekolah yang
dipercayai pengajaran Islamnya, seperti Kuliah
Syariah di universiti kita.
Roda pengislahan Islam mampu kita tolak ke depan
lebih kuat setiap kali bertambah
bilangan pemudi-pemudi yang alim tentang agama,
faqih tentang syariat, mahir dengan
sejarah Islam, mengasihi Rasulullah s.a.w.,
berakhlak dengan akhlak Baginda dan akhlak
Ummahat al-Mukminin. Kita juga semakin menghampiri
hari masyarakat Islam akan tunduk
kepada hukum hakam Islam dan syariatnya. Perkara
ini akan menjadi realiti, insya Allah.
8. Penglihatan orang musyrik telah disekat daripada
melihat RasuluUah s.a.w. dan
sahabat Baginda (Abu Bakar) di Gua Thur. Sedangkan
mereka berada di situ. Terdapat juga
riwayat-riwayat yang menceritakan tentang sarang
labah-labah dan anak-anak burung
menetas di mulut gua tersebut. Semua kejadian ini
adalah antara contoh yang menjadikan
hati-hati merasa tunduk khusyuk terhadap penjagaan
Tuhan kepada para rasul, para
pendakwah dan kekasih-Nya. Allah yang merahmati
hamba-Nya tidak akan mengizinkan
Rasul s.a.w. jatuh ke dalam genggaman orang
musyrik, kemudian mereka menghapuskan
Baginda dan dakwahnya. Dia mengutuskan Baginda
sebagai rahmat untuk seluruh alam.
Demikianlah Allah bersikap belas kepada
hamba-hamba-Nya yang berdakwah dan ikhlas
pada saat-saat genting. Dia juga menyelamatkan
mereka daripada situasi yang kritikal.
(Dalam banyak kejadian), Allah menutup pandangan
golongan yang mahu melakukan
kejahatan dan pengkhianatan terhadap para
pendakwah. Peristiwa Rasul dan Abu Bakar
terselamat selepas orang musyrik mengepung mereka
berdua di Gua Thur membenarkan
firman Allah Tabarak wa Taala;
Sesungguhnya Kami tetap
membela serta mempertahan-kan Rasul-rasul Kami
dan orang-orangyang bvriman -
dalam kehidupan dunia ini danpada saat
bangkitnya saksi-saksi (pada
hari kiamat). (Ghafir: 51)
Dan firman Allah Tabaraka wa
Taala:
Sesungguhnya Allah membela
orang-orang yang beriman. (Al-Hajj: 38)
9. Semasa di Gua Thur, Abu Bakar takut kalau-kalau orang
musyrik melihat beliau dan
Rasul s.a.w.. Ia menjadi sikap yang patut dimiliki
oleh kader dakwah yang jujur bersama
pemimpinnya yang amanah pada saat bahaya
mengeli-linginya. Beliau merasa bimbang dan
simpati terhadap keselamatan nyawa pemimpinnya. Abu
Bakar pada ketika itu tidak
bimbangkan keselamatan dirinya sendiri. Jika beliau
bimbangkan keselamatan dirinya,
nescaya beliau tidak akan menemani Rasulullah
s.a.w. dalam hijrah yang bahaya itu. Beliau
mengetahui balasan paling minima adalah bunuh jika
orang musyrik dapat menangkapnya
bersama Rasulullah s.a.w.. Namun behau bimbangkan
nyawa Rasul yung mulia dan masa
depan Islam sekiranya Rasul s.a.w. jatuh ke dalam
genggaman orang musyrik.
10. Dalam jawapan Rasul s.a.w. kepada Abu Bakar
untuk meredakan kebimbangannya:
"Wahai Abu Bakar, kamu sangka (kita) berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga"
Ini menjadi contoh keyakinan benar terhadap Allah,
rasa tenang dengan pertolongan-
Nya dan bertawakkal kepada-Nya ketika susah. la
juga menjadi bukti jelas tentang kebenaran
dakwaan Rasul s.a.w. sehagai Nabi. Walaupun Baginda
berada dalam situasi paling gawat,
namun jelas tanda-tanda ketenangan pada diri
Baginda. Baginda s.a.w. yakin bahawa Allah
yang mengutuskan nya mombawa petunjuk dan rahmat
kepada manusia paeti tidak akan
membiarkannya pada saat-saat itu. Adakah kamu lihat
ketenangan seperti ini terbit daripada
orang yang berlagak sebagai nabi dan meniru sifat
kerasulan? Pada situasi-situasi sebegini,
akan tampak perbezaan jelas antara pendakwah islah
dengan orang yang sekadar mendakwa
dan menyamar. Hati-hati pendokong dakwah ini
sentiasa dan selama-lamanya melimpahkan
rasa redha dengan Allah dan yakin dengan
pertolongan-Nya. Sementara mereka yang hanya
berlagak, keberaniannya akan luntur ketika
berhadapan dengan perkara yang menakutkan dan
kecundang ketika susah. Mereka juga tidak mendapati
Allah sebagai pelindung mahupun
pembantu.
11. Jelas kepada kita, peristiwa Suraqah menemui
Rasul s.a.w., namun tidak berupaya
menangkap Baginda menjadi satu bukti kenabian Rasul
s.a.w.. Kaki kudanya telah terbenam
ke dalam tanah ketika ia menuju ke arah Rasul
s.a.w. Apabila Suraqah turun dan
menghalakannya ke arah Makkah, kuda itu kembali
bangun daripada tersungkur. Apabila dia
ingin menghalakan kembali ke arah Rasul s.a.w.,
kudanya kembali lemah dan tidak bermaya.
Pada pandangan kamu adakah perkara ini berlaku
kepada sesiapa sahaja? Atau ia hanya
berlaku pada nabi yang diutus dan disokong oleh
Allah dengan kemenangan dan
pertolongan? Sekali-kali tidak. Inilah yang
difahami oleh Suraqah. Lantas dia memanggil
Rasul s.a w. untuk meminta keamanan. Dia mengetahui
Rasul s.a.w. mempunyai penjagaan
Tuhan yang tidak mampu diketahui oleh keupayaan
manusia. Oleh itu, dia rela menanggung
kerugian terlepas habuan hadiah daripada Quraisy, sebaliknya
memenangi janji Rasulullah
s.a.w. untuknya.
12. Janji Rasul s.a.w. kepada Suraqah untuk
memberikan dua gelang Kisra kepadanya
merupakan satu lagi mukjizat. Manusia yang
kelihatan lari daripada kaumnya tidak akan
memberi harapan untuk membuka Parsi dan menguasai
harta perbendaharaan Kisra kecuali
dia seorang nabi yang diutuskan. Janji Rasulullah
s.a.w. kepada Suraqah ini benar-benar
terjadi. Suraqah meminta Umar bin al-Khattab untuk
menunaikan janji Rasul s.a.w.
kepadanya apabila dia terlihat kedua-dua gelang
Kisra adalah antara harta rampasan perang.
Oleh itu, Umar memakaikannya kepada Suraqah di
hadapan sekumpulan sahabat, seraya
berkata: "Segala puji bagi Allah yang merampas
gelang daripada Kisra dan memakaikannya
kepada Suraqah bin Jasyam al-Arabi."
Demikianlah mukjizat berlaku berturut-turut dalam
hijrah ini. Kejadian demi kejadian
adalah untuk menambahkan keimanan orang-orang
mukmin. Ia juga bertujuan agar
menimbulkan keyakinan kepada ahli Kitab yang ragu
atau ingkar bahawa Baginda adalah
rasul daripada Tuhan sekelian alam.
13. Penduduk Yathrib yang beriman di kalangan Ansor
dan Muhajirin merasa gembira
kerana Rasulullah s.a.w. tiba dengan selamat.
Kegembiraan ini telah menyebabkan kaum
wanita dan kanak-kanak turut keluar dari
rumah-rumah mereka. Manakala kaum lelaki pula
meninggalkan kerja-kerja mereka. Secara zahir,
Yahudi juga turut mengambil sikap
menyertai penduduk Madinah meraikan kegembiraan
mereka. Namun batin, mereka merasa
sakit hati ekoran wujud persaingan kepimpinan baru.
Kegembiraan orang-orang mukmin
bertemu dengan Rasul mereka tiduk pelik. Lantaran
Bagindalah (dengan izin Tuhan) yang
menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan
kepada cahaya kebenaran dan menuju
jalan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
Sementara sikap Yahudi juga tiada
keganjilan. Mereka memang dikenali dengan sikap
mengampu (bermulut manis) dan nifaq
(bermuka-muka) kepada masyarakat yang sudah hilang
penguasaan mereka. Mereka juga
terkenal dengan sikap marah dan dengki terhadap
sesiapa yang merampas hak ketuanan
mereka ke atas bangsa lain. Begitu juga kepada
sesiapa yang menghalang mereka daripada
merampas harta orang di atas nama hutang (melalui
amalan riba), atau menghalang mereka
menumpahkan darah orang di atas nama nasihat dan
cadangan pendapat. Yahudi masih terus
berdendam terhadap setiap orang yang membebaskan
bangsa lain daripada penguasaan
mereka. Dendam ini diakhiri dengan tipu daya dan
konspirasi, seterusnya pembunuhan jika
mereka mampu. Inilah perangai dan sifat semulajadi
mereka. Mereka telah melakukan
tindakan seperti itu terhadap Rasulullah s.a.w.
setelah Baginda menetap di Madinah.
Sekalipun piagam yang dibuat antara Baginda dengan
mereka bertujuan untuk bekerjasama
dan saling hidup dengan aman, namun Yahudi
merupakan satu kaum yang sentiasa dan
selama-lamanya menyalakan api peperangan:
Tiap kali mereka menyalakan
api peperangan, Allah memadamkannya. (Al-Maidah: 64)
14. Daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku
ketika Hijrah ke Madinah, jelas kepada kita Nabi s.a.w. tidak singgah di
satu-satu tempat melainkan perkara pertama yang dilakukan ialah membina masjid
sebagai tempat orang-orang mukmin berhimpun. Baginda telah membina Masjid Quba
ketika bermukim di situ selama empat hari. Baginda juga telah membina sebuah
masjid di pertengahan jalan antara Quba dan Madinah, apabila tiba waktu solat
Jumaat di perkampungan Bani Salim bin Auf di tengah-tengah wadi tersebut, Wadi Ranuna.
Apabila Baginda sampai ke Madinah, kerja pertama yang dilakukan ialah membina masjid
di situ.
Ini menunjukkan kepada kita, kepentingan masjid
dalam Islam. Semua ibadat dalam Islam berperanan membersihkan jiwa, menyucikan
akhlak dan menguatkan ikatan tolong-menolong
sesama orang Islam. Solat berjamaah, solat Jumaat
dan solat dua Hari Raya merupakan lambang zahir yang cukup kuat kepada
perpaduan orang Islam. Ia menjadi lambang kesatuan perjuangan dan matlamat,
juga lambang kerjasama dalam kebajikan dan taqwa. Tidak ragu lagi, masjid
membawa mesej kemasyarakatan dan kerohanian yang agung kedudukannya dalam
kehidupan orang Islam. Ia berperanan menyatukan saf-saf, mendidik jiwa,
menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah serta mempamerkan kekuatan dan
kekukuhan mereka.
Sejarah masjid dalam Islam membuktikan ketumbukan-ketumbukan
tentera Islam dilancarkan dari masjid untuk meliputi muka bumi dengan hidayah
Allah. Dari masjid juga terpancar sinaran cahaya kebenaran dan hidayah kepada
orang Islam dan bukan orang Islam. Di dalamnya juga benih-benih tamadun Islam
tumbuh subur dan berkembang. Bukankah Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Khalid,
Saad, Abu Ubaidah dan tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam yang lain merupakan
anak-anak murid sekolah Muhammad yang berpusat di Masjid an-Nabawi?! Keistimewaan
lain bagi masjid dalam Islam ialah, pada setiap minggu akan berkumandang dan
bergenia kalimah kebenaran melalui lidah khatibnya. Khatib-khatib berkhutbah
mengingkari kemungkaran, menyuruh makruf, menyedarkan kelalaian, menyeru agar
bersatu, menentang si zalim, atau memberi amaran kepada thaghut. Kami dapat
saksikan semasa zaman kanak-kanak, bagaimana masjid menjadi pusat pelancaran
gerakan-gerakan nasionalis melawan penjajah Perancis. Para pemimpin jihad juga
berpaut pada masjid untuk menentang penjajahan dan Zionis. Pada hari ini kita
lihat masjid tergendala daripada melaksanakan tugas terbesarnya. Fenomena ini
tidak lain merupakan dosa sesetengah khatib
di kalangan pegawai-pegawai upahan atau orang-orang
jahil yang alpa.
Pada hari
para pendakwah yang tegas berpegang dengan kebenaran, alim dengan syariat,
ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya, penasihat kepada pemimpin-pemimpin orang
Islam dan rakyatnya
menaiki mimbar masjid dan mengimamkan
pengunjungnya, masjid akan kembali ke tempat
kepimpinan dalam organisasi kemasyarakatan kita.
Pada ketika itu masjid kembali
berperanan mendidik ramai tokoh, mengeluarkan
sebilangan wira, mengislah kefasadan,
memerangi mungkar juga membina masyarakat di atas
asas ketaqwaan kepada Allah dan
mengejar keredhaan-Nya.
Kami berharap masjid dapat berfungsi sedemikian
(insya Allah) apabila golongan
perintis yang suci murni menduduki mimbar-mimbar
dan seluruh ruangnya. Mereka dari
kalangan pemuda-pemuda yang beriman, berpengetahuan
tentang agama Allah dan berakhlak
dengan akhlak Rasulullah s.a.w..
15. Proses persaudaraan antara Muhajirin dan Ansor
yang dilakukan oleh Rasul s.a.w.
merupakan tanda-tanda zahir paling jelas tentang
keadilan kemanusiaan dan akhlak membina
dalam Islam. Muhajirin merupakan golongan yang
meninggalkan harta dan tanah mereka
demi jalan Allah. Mereka datang ke Madinah tanpa
memiliki apa-apa saki baki dunia . Ansor
pula merupakan kaum yang kaya dengan hasil tanaman,
harta dan perusahaan mereka. Oleh
itu, seseorang saudara perlu menanggung saudaranya.
Dia berkongsi dengan saudaranya
kesenangan dan kesusahan hidup. Dia juga
menempatkan saudaranya di rumahnya
selagimana rumahnya lapang untuk mereka berdua. Dia
memberi separuh hartanya kepada
saudaranya selagi mana dia tidak memerlukannya dan
serba eukup. Apakah ada keadilan
sosial di dunia ini yang menyamai kedudukan
persaudaraan ini?!
Mereka yang tidak mengakui dalam Islam ada keadilan
sosial, merupakan golongan
yang tidak mahu cahaya Islam mengejutkan pandangan
orang ramai dan menguasai hati
mereka. Boleh jadi mereka merupakan golongan yang
berpemikiran rigid dan membenci
setiap perkataan baru walaupun ia disukai oleh
manusia. Dalam Islam terdapat bukti keadilan
sosial ini. Bagaimana keadilan sosial dalam Islam
dapat dinalikan sedangkan peristiwa
persaudaraan yang unik ini terdapat dalam lipatan
sejarah? Persaudaraan ini dilakukan oleh
pendokong syariah, nabi Muhammad s.a.w. sendiri.
Baginda sendiri yang menyelia
persaudaraan tersebut. Di atas asas-asas
persaudaraan inilah Baginda menegakkan
masyarakat dan negara Islam pertama. Maha suci, ya
Allah. Penafian hakikat ini adalah
penipuan yang besar!
16. Dalam piagam bertulis yang dimateraikan oleh
Rasul s.a.w., terkandung dasar
persaudaraan antara Muhajirin dan Ansor. Terdapat
juga dasar kerjasama antara orang Islam
dan bukan orang Islam. Ini merupakan bukti yang
tidak boleh disangkal. Bukti bahawa dasar
keadilan sosial adalah asas tertegaknya negara
Islam. Sementara asas hubungan orang Islam
dengan bukan Islam adalah hidup aman damai selagi
mana mereka berbaik-baik dan tidak
mengancam ketenteraman negara. Prinsip kebenaran,
keadilan, kerjasama dalam kebajikan
dan taqwa, bekerja untuk kebaikan manusia serta
menolak penindasan golongan jahat
daripada masyarakat pula merupakan slogan-slogan
yang paling tertonjol dilaungkan oleh
negara Islam. Demikianlah prinsip negara Islam di
mana sahaja ia tertegak, juga pada manamana
zaman ia terbentuk. la tertegak di atas
prinsip-prinsip paling unggul dan paling adil.
Pada hari ini, prinsip-prinsip tersebut bertepatan
dengan prinsip paling mulia yang
membentuk negara juga menaungi manusia. Pada zaman
kita ini, usaha untuk mene-gakkan
negara dalam masyarakat Islam yang berpandu-kan
prinsip-prinsip Islam merupakan usaha
yang seiring dengan perkembangan pemikiran manusia
berkenaan definisi negara. Selain itu
umat Islam akan berjaya merealisasikan pembinaan
masyarakat yang paling kuat, paling
sempurna, paling bahagia dan paling progresif.
Walau apapun situasi yang berlaku, adalah menjadi
maslahah kepada kita untuk
memastikan negara dibina di atas asas-asas Islam. Mengabaikan
kemaslahatan ini bererti kita
berhadapan dengan kerosakan dan kebinasaan. Islam.
tidak menyakiti orang bukan Islam
dalam negara Islam. Ia tidak menindas akidah
mereka, juga tidak mengurangkan hak-hak
mereka, Kenapakah wujud kebimbangan jika ada negara
Islam ingin melaksanakan syariat
Islam dan menegakkan hukum hakamnya, padahal
keseluruhan syariat dan hukum hakam
Islam mengandungi keadilan, kebenaran, kekuatan,
persaudaraan dan jaminan sosial yang
menyeluruh di atas asas persaudaraan, kasih sayang
dan kerjasama yang mulia? Kita tidak
akan dapat membebaskan diri daripada penjajahan
melainkan dengan seruan Islam. Oleh itu,
orang-orang yang berjuang hendaklah berjuang di
atas jalan ini:
Dan (Tuhan berfirman lagi):
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertaqwa, tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi. (Al-Araf: 96)
Dan bahawa sesungguhnya inilah
jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus,
maka hendaklah kamu
menurut-nya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan
(yang lain dari Islam), kerana
jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan
kamu dari jalan Allah.
(Al-An'am: 153)
Dan sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya
dan meninggalkan
larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya
rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa
berserah diri bulat-bulat
kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan
menyelamat-kannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang
dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap
sesuatu. (At-Tolaq: 2-3)
Dan (ingatlah), sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah
memudahkan baginya segala
urusannya. (At-Tolaq: 4)
Sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah, nescaya Allah menghapuskan
kesalahan-kesalahannya, dan
akan membesarkan pahala balasannya. (At-Tolaq: 5)
No comments:
Post a Comment