About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Sunday, June 17, 2012

Isra’ & Mikraj: Sebuah Perjalanan Bermukjizat


Isra’ & Mikraj: Sebuah Perjalanan Bermukjizat
Tetamu Agung (Nabi Muhammad SAW)
Mengadap Yang Maha Agung (AlLah SWT)
Menerima Hadiah Teragung (Solatan Seharian)

Night Journey - سورة الإسراء

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahih International
Exalted is HE who took His Servant by night from al-Masjid al-Haram to al-Masjid al- Aqsa, whose surroundings WE have blessed, to show him of Our signs.  Indeed, HE is the Hearing, the Seeing.


Tribulasi Dakwah Sebelum  Isra

Muqadimah
          Sebelum AlLah SWT mengutuskan manusia yang bernama Muhammad bin AbdulLah menjadi nabi & rasulnya yang terakhir, zaman yang terpeta pada masa itu dikenal sebagai era jahiliyyah. Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai membaca, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai berniaga – mereka memiliki segi tiga perniagaan anatara Mekah-Sham-Yaman, ada dalam kalangan mereka manusia korporat seperti Abu Sufyan dll, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai memerintah- mereka ada Abal Hakam merujuk kepada Umar binb Hisham yang diakui bijak, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai bernikah kahwin- ya manusia tetap bernikah kahwin, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai bersastera menghasilkan puisi yang puistis & erotis-saban tahun mereka mengadakan sayembara & musabaqah puisi & puisi-puisi yang dinobatkan sebagai pemenang akan digantungkan di Kaabah, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai membuat undang-undang- mereka ada dewan yang meluluskan undang-undang yang setaraf dengan parlimen pada masa sekarang, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai membina bangunan- mereka membina semula Kaabah seperti bentuk yang ada sekarang ini setelah mengalami kerosakan sewaktu Baginda Nabi belum lagi ternobat sebagai pesuruh-NYA, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai berhibur-pelbagai ragam & jenama hiburan mewarnai bumi Mekah pada masa itu, Zaman tersebut dinamakan jahiliyyah bukan kerana tidak ada manusia yang tidak pandai berbudaya-mereka juga tidak kalah dengan budaya mereka yang hebat seperti menghormati tetamu & budaya menghafal- mereka dapat menghafal silsilah keturunan mereka sehingga berjela-jela panjangnya- ya satu bentuk perekodan melalui ingatan yang cukup mengkagumkan, tetapi mereka digelar jahiliyyah kerana mereka tak jumpa mencari AlLah SWT & gagal secara total untuk berabdi kepada-NYA!

Macam-macam yang mereka jadikan sembahan untuk dimintai pertolongan & diharap dapat menyampaikan mereka punya hajat; batu, kayu, pohonan, mentari, bulan, api, antara yang menjadi mangsa sembahan mereka, yang paling lawaknya mereka juga sanggup menyembah buah kurma. Apabila musim menuai kurma, apabial mereka mendapati ada kurma yang bermutu baik, mereka akan bentukkan kurma itu menjadi patung untuk disembah(dijadikan tuhan), tetapi apabila terjadi musim kelaparan, mereka akan memakan tuhan merekla yang terbuat daripada buah kurma itu sedikit demi sedikit sehingga habis. Lawakkan manusia boleh makan tuhan & tuhan sedikitpun tidak menumpahkan murka bahkan merelakan.

Masyarakat yang sudah zaman-berzaman, yang sudah menjadi darah dagingnya menyembah berhala, membunuh anak perempuan kerana takut malu, pengamal riba yang tegar, kaki & tangan botol, penagih zina, tahi judi dsb itulah yang diutuskan Baginda Nabi SAW untuk ditukar minda & aqidahnya 100%. Usahkan untuk mengubah aqidah yang terbukti payah untuk masyarakat jahiliyyah, tambahan pula itu merupakan sesuatu yang baharu kepada mereka. Masyakarat kita pada hari ini pun yang sudah menganut Islam sejak sekian lama juga turut sama susah untuk berubah walaupun mereka sejak daripada kecil sudah membaca alif, ba, ta(al-Qur’an). Masyarakat Islam kini walaupun dikatakan sudah memeluk Islam sebelum daripada kedatangan Parameswara lagi pun susah untuk menunaikan titah & perintah AlLah SWT. Umpamanya sehingga ke hari ini tidak semua perempuan Islam yang sanggup menutup aurat, walaupun perintah tersebut jelas, terang, & nyata. Begitu juga syiar undang-undang AlLah SWT masih lagi tidak mahu dilaksanakan oleh mereka yang diberi kuasa memerintah dengan sejuta alasan yang tak munasabah.

Ajakan Baginda Rasul kepada muluk & muklusnya agama AlLah SWT ini telah mengundang  &  menternak rasa tidak senang kepada sebahagian besar penduduk Mekah. Kemarahan mereka itu diterjemahkan dengan 13 episod cubaan untuk membunuh Baginda SAW sewaktu berada di bumi Mekah. Mereka mahu membunuh nabi bukan kerana Baginda SAW menggelapkan duit negara. Mereka mahu membunuh nabi bukan kerana Baginda SAW penjual ganja. Mereka mahu membunuh nabi bukan kerana Baginda SAW menjual pil kuda.
Mereka mahu membunuh nabi bukan kerana Baginda SAW melarikan anak dara. Mereka mahu membunuh nabi bukan kerana Baginda SAW penerima rasuah tegar. Mereka mahu membunuh nabi bukan kerana Baginda SAW membangkrapkan negara. Mereka mahu membunuh nabi bukan kerana Baginda SAW memenopoli segala perniagaan yang ada. Bukan. Bukan. Bukan. Tetapi mereka mahu membunuh Bagidan SAW keran ISLAM, kerana Baginda SAW mengajak manusia supaya menjadi hamba AlLah SWT only. Ajakan yang amat tepat kerana kita dijadikan-NYA & diminta menjadi hamba-NYA.

Deretan siri penyiksaan terhadap golongan yang menyatakan diri mereka Islam telah mendorongkan mereka untuk berhijrah ke bumi luar. Negara yang diwahyukan kepada Baginda SAW untuk dihijrahi ialah bumi Habsyah. Biarpun umat Islam berada di bumi Habsyah & dinaungi pemerintahnya yang lembut hati bergelar Najjashi. Kaum quraisy tidak berpuas hati. Mereka menghantar wakil kerajaan Mekah yang jahiliyyah untuk membawa kembali orang Islam yang berada di sana. Pakar runding Amri bin Al-Ass dihantar untuk mempengaruhi Najjashi dengan pelbagai hadiah. Tetapi Najjashi tidak mendengar dakwaan satu pihak sahaja (quraisy Mekah) tetapi baginda memanggil wakil orang Islam untuk didengar penjelasan terhadap segala tuduhan yang direka-rekakan kepada umat Islam. Syaidina Jaafar bin Abi Talib abang kepada syaidina Ali bin Abi Talib telah bertindak sebagai peguambela bagi pihak orang Islam. Syaidina Jaafar telah membacakan surah Maryam sebagai penegasan terhadap hujah-hujahnya yang menyebabkan Najjashi teresak-esak terharu sehingga janggutnya basah dengan air mata. Utusan sang quraisy pulang dengan hampa & bertambah dendamnya setiap masa.

Siri penyiksaan & cubaan bunuh terhadap Rasul SAW tidak pernah padam & menampakkan tanda-tanda akan padam. Hal ini telah menyebabkan Bani Hashim & Bani Muttalib berbincang & mengambil keputusan sebulat suara bahawa mereka akan melindungi Nabi Muhammad SAW dari dibunuh, walaupun mereka sendiri tidak beriman kepada ajaran Islam! Kedua-dua bani tersebut ingin menjaga Baginda Nabi SAW kerana mereka seketurunan, kerana Baginda SAW anak saudara mereka, kerana Baginda SAW sepupu-sepupu mereka, kerana Baginda SAW cucu saudara mereka, kerana Baginda SAW anak saudara mereka, kerana Baginda SAW cicit saudara mereka, kerana Baginda SAW anak sepupu mereka, kerana Baginda SAW anak dua pupu mereka dsb, bukan kerana Baginda SAW membawa kebenaran dari AlLah SAW (Islam).

Natijahnya Bani Hashim & Bani Muttalib dipulaukan selama 3 tahun hasil dari keputusan sebulat suara yang diluluskan oleh parlimen sang quraisy yang dipengerusikan oleh Abu Jahal. Draf pemulauan ini ditulis & diletakkan di dalam Kaabah; meliputi, tidak boleh berjual beli dengan Bani Hashim & Bani Muttalib, tidak boleh bernikah kahwin, & tidak boleh bertegur sapa. Kesan dari pemulauan ini menyebabkan orang Islam terpaksa makan kulit-kulit kayu & belulang. Rupanya masih ada saki baki orang quraisy yang walaupun tidak beriman kepada ajaran yang dibawa Nabi SAW, tetapi mereka ada sedikit simpati kepada Baginda SAW. Mereka ialah Hisyam bin Amru dari qabilah Banu Amir bin Luai, Zuhair bin Abi Umaiyah al-Makhzumi, sedang ibunya adalah Atikah binti Abdul al-Muttalib, al-Mut'am bin 'Adi, Abi al-Bukhturi bin Hisyam, & Zama'ah bin al-Aswad bin al-Muttalib bin Asad. Mereka berlima inilah yang berani berpakat & masuk ke dalam Kaabah untuk mengoyakkan draf pemulauan itu. Rupanya tiada siapa yang mampu menghalang perancangan AlLah SWT, sebelum niat mereka berlima untuk memusnahkan surat itu terlaksana DIA terlebih dahulu mengirim tentera-NYA yang kecil bernama anai-anai untuk memakan draf tersebut. Apabila mereka berlima masuk ke dalam Kaabah, pada draf tersebut hanya tinggal perkataan BISMIKALLAHHUMA sahaja.

Rentetan dari pemulauan ini menyaksikan Abu Talib dimatikan oleh AlLah SWT. Ya, Baginda SAW kehilangan pelindung dari luar rumah, walaupun Abu Talib tidak beriman dengan Islam tetapi dia siang & malam membela anak saudaranya daripada segala jenis ancaman yang dirangka sang quraisy. Dipercayai Abu Talib meninggal dalam bulan Rejab. Beberapa bulan kemudian AlLah SWT mewafatkan pula Syaidatina Khadijah RA dalam bulan Ramadhan. Lalu pada tahun tersebut Baginda SAW namakan sebagai Tahun Dukacita (Ammu Huzn). Walau bagaimanapun kewafatan mereka berdua mengandung hikmat IlLahiyah yang tinggi. Antaranya agar ketergantungan & penyerahan diri itu hanya kepada AlLah SWT 100%.

Melihat & meneliti realiti dakwah di medah yang semakin menyempit laluannya, Baginda Rasul SAW diizinkan AlLah SWT untuk meneroka laluan baru lokasi dakwah. Dengan harapan mudah-mudahan laluan baru ini akan menjadi medan dakwah yang boleh diharapkan. Benarlah, kita hanya bisa merancang tetapi ketentuan hanya ada dalam pengetahuan AlLah SWT.  Bersama anak angkatnya Zaid bin Harithah, Baginda SAW membuka langkah ke Taif pula. Namun sang pembesar quraisy terlebih dahulu menghantar wakil mereka untuk memfitnah ajaran Islam yang dibawa Baginda SAW. Hasilnya menjadikan pembesar Taif sanggup berbelanja habis-habisan untuk mengupah pemuda-pemuda yang tidak bermoral agar menanti & menyambut kedatangan dakwah Baginda SAW dengan lontaran batu-batu. Keras & terjalnya hemtaman batu menyebabkan Baginda Nabi SAW & Syaidina Zaid berdarah luka & luka. Tidak ada seorangpun yang mendengar seru & dakwah Baginda Rasul SAW di Taif apalagi untuk menyatakan iman. AlLah SWT melihat peristiwa tersebut tetapi DIA mengirimkan pertolongan dari-NYA, walaupun yang sedang menderita sakit di bumi pada waktu itu merupakan semulia-mulia manusia, hamba-NYA yang paling disayangi. Hal ini menjadi tabiat kepada dakwah, iaitu para dai harus melalui pahir & getir perjuangan untuk menegakkan kalimah-NYA di bumi. Hasil jerih payah itulah yang akan menimbul & membuahkan kemanisan dalam perjuangan. Mereka berdua akhirnya menumpang teduh di bawah sebatang pohon dalam ladang kepunyaan  Utbah bin Rabiah. Melihat keadaan Baginda SAW yang luka-luka & cedera itu telah menimbulkan rasa simpati & kesian dalam diri Utbah. Sebagai orang kaya Utbah menyuruh pekerjanya yang bernama Addas agar memberikan sedikit makanan kepada Baginda SAW berdua. Apabila Baginda SAW & Zaid menyebut BISMILLAH sebelum menyuap makanan ke mulut, telah menimbulkan dialog antara Addas dengan Baginda SAW. Addas memberitahu dia datang dari Ninawa lalu Baginda SAW menyebut tentang Yunus bin Matta & membacakan Surah Yunus kepada Addas yang menyebabkan Addas menyahut seruan iman yang dideklarasikan Baginda SAW.

Kegagalan dakwah di Taif untuk menarik minat golongan dari kalangan manusia kepada iman tidak menjadikan alasan kepada para jin untuk menyatakan imannya kepada Islam. Sekembalinya Baginda SAW dari Taif, Baginda SAW singgah di Nakhlah & Baginda SAW membacakan al-Qur’an Surah Jin yang mana telah menarik hati para jin yang mendengarnya untuk menjadi Islam. Kelembutan hati para jin & menyatakan keislamannya tidak mampu menjadi pemangin untuk mengajak sang quraisy memeluk Islam. Bahkan hati sang quraisy semakin keras & terus mengeras. Baginda SAW dilarang memasuki Mekah tanpa sebarang perlindungan. Untuk sementara Baginda SAW & Zaid berlindung dahulu di Gua Hira, sementara itu Baginda SAW mengantar wakilnya untuk memohon perlindungan daripada sang quraisy untuk memasuki bumi kelahirannya. Akhnas bin Surih orang pertama dipohon perlindungannya tepai Akhnas tidak bersedia untuk menjadi penjamin, walaupun Akhnas terbilang sebagai seorang yang setara Abu Jahal. Kemudian utusan Nabi SAW datang meminta pertolongan dengan Suhail bin Amru- diplomat quraisy yang hebat, suhail juga enggan. Seterusnya perlindungan Mut’im bin Adi pula ditagih. Bantuan yang diperlukan Nabi SAW disambut dengan tangan terbuka oleh Mut’im. Untuk itu Mut’im mengerahkan semua anak cucunya untuk menjemput Baginda SAW yang berada di Hira & dibawa ke Kaabah. Di sana Mut’im berpidato memberitahu sang quraisy bahawa tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu Muhammad SAW di Mekah mulai saat itu, kerena Baginda SAW berada di bawah perlindungannya. Mut’im walaupun dia kafir & mati dalam kekufuran tetapi dia tetap membela perjalanan dakwah Islam.

Setelah berlakunya rentetan berikutlah maka sebagai satu alunan hiburan untuk Baginda SAW, AlLah SWT menjemput Baginda SAW untuk menjadi tetamunya pada malam Isra & Mikraj. Hiburan yang teragung dari zat yang Maha Agung (AlLah SWT) untuk hamba-NYA yang mempunyai perangai yang agung (Nabi Muhammad SAW) lalu diberi AlLah SWT hiburan hadiah  yang teragung iaitu solat 5 kali seharian.


Ya, setiap anbiya’ sengaja dikurniakan AlLah SWT mukjizat kepadanya. Sebagai zat penguat dakwah untuk menunjukkan keberadaaan-NYA di mana-mana. Mukjizat hanya dikurnia kepada para anbiya; berupa kejadian luar biasa yang mencarik atau menyalahi adat, yang tidak mampu dianalisa oleh kemampuan bijak akal atau tidak mampu dinyatakan sebabnya dengan analisis makmal; seperti tongkat Nabi AlLah Musa AS boleh bertukar menjadi ular & menelan kesemua ular-ular tukang sihir handalan dunia yang ada atau sebagaimana  Nabi AlLah Isa AS diizinkan-NYA untuk menghidupkan orang mati. Kebolehan & kemampuan luar duga ini jika dikurnia kepada hamba yang soleh sekarang dinamakan karamah atau mauunah. Andainya kemampuan yang pelik ini dimiliki oleh orang fasik; misalnya boleh terbang di udara atau nampak mereka boleh berjalan di atas air, itu bukan mukjizat atau karamah tetapi itu digelar sihir.
Walaupun Isra’ & Mikraj ini berupa mukjizat yang maha hebat, tetapi AlLah SWT hanya menyentuh atau mengulas peristiwa Isra’ ini hanya dalam satu ayat sahaja iaitu ayat pertama daripada Surah al-Isra’ atau dikenali juga sebagai Surah Bani Israel. Sementara kejadian Mikraj pula hanya disinggung-NYA dalam Surah an-Najm, tak sampaipun 10 ayat. Walaupun tak sampai 10 ayat yang membicarakan mukjizat Isra’ & Mikraj ini, tetapi saban tahun apabila masuk sahaja bulan Rejab umat Islam seakan terpanggil untuk memperingat peristiwa yang amat hebat ini lewat ceramah, forum, syarahan, dll.

AlLah SWT memulai perjalanan mukjizat ini dengan kalimat سبحنا = Maha Suci yang memetakan beberapa maksud;
a- Maha Suci AlLah SWT daripada sebarang cacat cela
b- Maha Suci AlLah SWT daripada sebarang kelemahan & kekurangan
c- Maha Hebatnya DIA yang mencipta sesuatu yang asalnya tiada menjadi ada, apa yang diciptakan-NYA tidak sama antara satu sama lain (misalnya tak ada manusia yang mempunyai cap jari yang sama) di samping unik pula semua yang dicipta-NYA itu sama ada fizikal atau yang lain yang ada pada kesempurnaan ciptaan itu.

DIA juga menyatakan ASRAA BI ABDIHI memperjalankan hamba-NYA, bukan ASRAA BI NABIYYIHI memperjalankan nabi-NYA, bukan ASRAA BI RASULIHI memperjalankan rasul-NYA, bukan ASRAA BI MUHAMMADI memperjalankan Muhammad, walaupun hamba yang dipetakan di sini tidak lain & tidak bukan; Muhammad bin AbdulLah SAW. Bukan juga  hamba-NYA yang pandai-pandai berjalan. SubhanalLah. DIA memperjalankan hamba-NYA melalui kenderaan yang berkelajuannya yang boleh disukat dengan perjalanan cahaya, berkelajuan pergerakan kilat, dinamai & dikenali sebagai Buraq. Memperjelas & memperincikan kepada kita bahawa tahap & taraf tertinggi yang mampu diraih oleh semua manusia di sisi AlLah SWT ialah hamba. Sementara status hamba ini merupakan status terbuka yang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 12 bulan setahun, terbuka untuk diraih & digondol oleh manusia. Tiada tarikh tutup untuk meraih status hamba ini kecuali mati & kiamat. Sukarkah untuk menjawat status hamba ini? Oh tidak! Sebenarnya semua manusia yang ada & masih berpeluang bernyawa ini mempunyai kelayakan untuk mengondol status hamba ini dengan hanya berbuat 2 perkara sahaja;
1- melaksanakan semua titah & perintah-NYA semampu yang boleh, walaupun berdepan dengan risiko kehilangan nyawa!
Kata gemulah P. Ramlee ‘berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa, itulah paling utama, sejati & mulia, kepentingan sendiri tidak dihiraui, bahagia sejati (tegaknya syariat AlLah SWT di muka bumi) itulah yang diharapi’
          DIA telah menitahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan Islam di tengah-tengah lubuk jahiliyyah Mekah, Baginda SAW diminta menyuruh & mengajak manusia semua menyembah AlLah SWT only & meninggalkan sembahan yang lain yang telah menjadi darah daging mereka. Memang berat titah tersebut, tapi oleh sebab manusia yang bernama Muhammad bin AbdulLah SAW ini  yang sedar & tahu akan statusnya sebagai hamba, tetap dilaksana & disempurnakan titah tersebut siang-malam, pagi-petang. Ya Baginda SAW berdepan dengan puluhan siri pembunuhan yang dirancang secara rapi & terperinci untuk melenyapkannya dari belakang bumi ini. Baginda SAW juga diberi satu nyawa juga sama seperti kita!
Menyempurnakan segala titah peritah DIA tanpa sebarang pertanyaan; misalnya, kenapa kena solat jemaah di masjid, kalau solat kat rumah tak sah ke? Tak boleh ke tak laksana hudud, kan negara kita majmuk? Dsb.

2- menjauhkan diri sejauh-jauhnya daripada semua yang dilarang-NYA, walaupun itulah yang disukai & diidami oleh diri (perut pedal). Tidak terbetik & terdetik di hati walau sekali untuk menjadi pembangkang kepada AlLah SWT.

LAILAN= beberapa jam daripada malam bukan sepanjang malam

MINAL MASJIDIL HARAAM ILA MASJIDIL AQSA= dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa. Masjid bermaksud tempat sujud & merupakan tempat yang paling mulia di sisi AlLah SWT yang ada di dunia ini berbanding dengan tempat-tempat lain. Masjid  yang paling murah kos pembinaannya berbilion kali lebih mulia di sisi AlLah SWT jika nak dibandingkan dengan pembinaan istana yang paling mahal. Katalah sebuah masjid dibina dengan kayu yang dikitar semula dengan menelan kos sebanyak RM 1000 (seribu ringgit malaysia only) jauh lebih mulia daripada sebuah istana yang dibina menelan kos sebanyak 1 trilion ringgit. Why? Masjid berbilion-bilion kali lebih mulia daripada istana kerana;
a- masjid didendang & dikumandangan seruan azan yang membesarkan AlLah SWT 5 kali sehari, 35 kali seminggu, 140 kali sebulan, 1800 kali setahun. Di rumah kita, cuba kirakan sejak hari pertama rumah tersebut dibina sehingga ke hari ini, sudah berapa kali kita perdengarkan azan di dalamnya?

b- apabila kita melangkahkan kaki memasuki masjid, kita diajari agar memasukinya dengan kaki kanan & ada doanya, kita disunahkan pula bersolat sunat Tahiyyatul Masjid. Tetapi tidak ada solat yang bernama Tahiyyatul Istana atau Tahityatul Rumah. Cubalah rujuk mana-mana kitab jika tidak percaya. (tidak ada solat sunat Tahiyyatul Istana atau Tahityatul Rumah)

c- semua perkataan yang dikeluarkan dari lidah-lidah kita kecuali zikrulLah only; bacaan al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, doa, selawatan, dsb. Sementara bicara & kata-kata di rumah-rumah kita banyak yang lagha, kata yang sia-sia, sesekali mengundang hanyir dosa. Kalau ada tahlil di rumah kita pun, itu kerana ada orang yang mati! Kalau tak ada sesiapa yang mati, di rumah kita dihingar & dibingarkan dengan filem-filem & bunyian lagu-lagu. Macam-macam ada. Filem hindustan 3 jam, filem manderin, filem kartonis, filem korea, filem pilipina, filem indonesia, filem siam & thailand, filem maxico dll. Itu tak termasuk vcd & dvd lagi. Belum termasuk siaran tv berbayar. Macam-macam lagu pula yang memanuhi ruang udara di rumah; rock, pop, blues, heavymetal, jazz, rap, dll lagi. Cuba jujur & tanya diri selepas itu jawab dalam hati, sudah berapa juta kalimat al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, doa, selawatan, dsb yang telah kita perdengarkan di rumah kita sehingga kini?

d- masjid digunakan untuk sujud secara beramai-ramai kepada AlLah SWT dalam satu masa. Mungkin 10, 20, 100, 200, 1000, dsb dahi yang merapat ke tanah serentak sebagai perakuan tanda kehambaan kepada-NYA. Di rumah pula lazimnya bila bersolatan sujudnya sendiri-sendiri kerana solatnya sendiri-sendiri.

e- masjid tempat bertazkirah secara tetap; ada Tazkirah Maghrib, ada Tazkirah Subuh, ada Tazkirah Dhuha, ada Tazkirah Asar, ada Tazkirah Pagi Jumaat, ada Tazkirah Petang Jumaat, ada Tazkirah Pagi Sabtu, ada Tazkirah Petang Sabtu, ada Tazkirah Pagi Ahad, ada Tazkirah Petang Ahad, dsb. Di samping itu ada ceramah berkala pula; Maulid Rasul. Isra’ & Mikraj, Hijrah Rasul. Nuzul al-Qur’an, Nisfu Sya’ban, Persiapan Menyambut Ramadhan, Perang Badar al-Kubra, Perjanjian Hudaibiyyah, Persiapan Menjadi Tetamu AlLah ke Mekah dsb.

f- pengasas pembinaan semua masjid ialah para anbiya. Nabi Adam AS & Nabi Ibrahim AS- Masjidil Haram, Nabi Sulaiman- Masjidil Aqsa, Nabi Muhammad SAW- Masjid Quba. Masjidil  Nabawi. Ya sebelum para anbiya ini membina rumah mereka sebagai tempat kediaman, mereka terlebih dahulu membina masjid. Jauh benar berbeza dengan kita yang tentunya membina rumah sendiri dahulu & sesekali tidak pernah terlintas untuk menyumbang kepada pembinaan masjid.

g- masjid dikunyahkan dengan gelar Rumah AlLah SWT di bumi. Tempat landing atau mendaratnya barakat, rahmat, maghfirah & segala-gala yang diperlukan manusia di maya ini.

KAMI BERKAHI DI SEKELILINGNYA= Masjidil Haram, Nabi Muhammad SAW, & Masjidil Aqsa, dulu, kini, & selama-lamanya. Ya, Masjidil Haram, Nabi Muhammad SAW, & Masjidil Aqsa, dulu, kini, & selama-lamanya ada berkat padanya. Dalam kehidupan ini, kita memerlukan berkat untuk menyempurnakan kehidupan. Kamus Dewan mendefinisikan berkat sebagai
1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~;
2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya;
3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah);
          memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;
          keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat.

Dalam kehidupan yang dipenuhi berkat kita saksikan seorang ayah yang mempunyai 10 anak, kerjanya hanya seorang jaga, tetapi pebelanjaan keluarganya cukup & dia tidak pernah ditangkap mencuri atau melakukan jenayah yang lain. Berbeza dengan seorang yang berpendapatan puluhan ribuan ringgit sebulan tapi terlibat dengan pelbagai jenis rasuah. Kerana apa mereka dahagakan rasuah sedangkan pendapatannya puluhan ribu, hal ini disebab kehidupan mereka tidak ada berkat!


untuk memperlihatkan kepadanya (Nabi Muhammad SAW & semua umat) sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI = memperlihatkan sebahagian kecil daripada tanda kebesaran AlLah SWT yang tentunya berupa keajaiban-keajaiban yang tak terjangkau akalan walau setinggi mana pun pengajian atau sebanyak mana ada sijil yang tersimpan. Ya, oleh sebab perjalanan Isra’ & Mikraj ini berupa mukjizat, kewujudannya(mukjizat) ini tak akan mampu dianalisa dalam makmal fikiran.

Antaranya AlLah SWT telah memperlihatkan 2 projek mega yang diprogramkan untuk memuatkan semua manusia & jin; iaitu salah satunya bernama syurga & yang satu lagi bergelar neraka. Baginda Nabi SAW telah membuat kunjungan hormat kepada keduanya.
Sebelum melakukan perjalanan mengadap AlLah SWT, terlebih dahulu Baginda SAW dibedah dadanya sebagai simbolik yang mana sebelum kita pada hari ini mengadap AlLah SWT lewat solat, diri mesti dibersihkan dari segala hadas, kerana DIA Maha Suci yang tidak akan menerima kecuali yang suci. Dalam masa yang sama peristiwa pembedahan ini menjadi petunjuk buat paramedik dalam usaha pembedahan untuk menyelamat pesakit; iaitu dengan pembedahan tidak akan menyebabkan manusia kehilangan nyawa.
Untuk bertolak ke Baitul Maqdis, Baginda SAW disediakan terlebih dahulu sebuah kenderaan yang berkelajuan cahaya, Buraq namanya.  Walaupun DIA boleh memperjalankan hamba-NYA dengan hanya berfirman KUN, FAYAKUUN. Sama kita pada hari ini untuk melakukan perjalanan jauh perlu kepada kenderaan yang hebat. Dalam pada itu juga DIA mengajarkan kita supaya sebagai umat Islam eloklah memulakan perjalanan kita dari masjid.
Dalam perjalanan Baginda SAW dipanggil oleh perempuan tua yang tidak menarik dari seberang kanan jalan untuk bertanyakan sesuatu soalan. Seterusnya Baginda SAW dipanggil lagi kali ini oleh seorang jejaka tampan dari sebelah kiri jalan. Tidak ketinggalan juga Baginda SAW turut dipanggil oleh jejaka lain yang juga tampan dari sebelah kanan jalan. Tidak terhenti di situ Baginda SAW turut dipanggil oleh seorang perempuan yang cantik dengan segala perhiasan yang mempesonakan dari sebelah kiri jalan. Tetapi Jibril AS tidak mengizinkan Baginda SAW menoleh ke arah mereka apalagi untuk berhenti & menjawab sebarang  persoalan yang cuba ditanya mereka. Setelah diminta penjelasan Jibril AS memberitahu, kesemua itu merupakan seruan dunia yang berupa seorang perempuan sama yang cuba menarik simpati atau yang kaya raya yang mempesonakan. Kesemua itu untuk melupakan tujuan hidup ini iaitu untuk menjadi hamba AlLah SWT. Ya berapa banyak pada hari ini seorang yang dicuba dengan kemelaratan & mereka hanyut dalam kemiskinan tersebut sehingga tak sempat untuk mereka  & tidak ada masa untuk mereka sujud kepada AlLah SWT. Ya berapa banyak pula mereka yang dicuba dengan kesenangan dunia mereka juga menjadi leka dengan dunianya hingga tak ada masa juga untuk sujud kepada AlLah SWT kerana sibuk menghitung projek demi projek.
Adapun seruan dari jejaka tampan sama ada dari sebelah kiri atau kanan jalan itulah seruan yahudi & nasroni yang cuba memesong perjalanan kita dari berjuang untuk Islam. Ya, seruan Yahudi & Nasroni pada hari ini tidak lagi bernama Yahudi & Nasroni, tapi bernama nasionalis, pragmatis, libralis, sosialis, kominis, kafirtalis, & pelbagai lis yang lain yang semuanya berasal dari iblis! Dengan adanya teori(seruan) nasionalis, pragmatis, libralis, sosialis, kominis, kafirtalis, & pelbagai lis yang lain, kita lupa untuk memperjuangkan Islam semasa diri masih disambung nyawa. SubhanalLah. Sedangkan seruan-seruan lain itu tidak akan membawa kita bertemu AlLah SWT. Kerana seruan-seruan itu akan membawa kita semakin jauh dari AlLah SWT & dalam masa yang sama akan menjadi penentang & pembangkang terhadap AlLah SWT. Justeru kepada kawan, rakan, taulan, kenalan yang masih menganut faham-faham tersebut, jom kuburkan faham itu, mulai sekarang kita bercakap & berjuang atas nama Islam, selagi nyawa masih sudi keluar masuk melalui hidung. Usahlah kita terus membuang masa untuk membela isma yang sesat itu.

Antara Keajaipan Yang Diperlihatkan
Baginda SAW melihat para petani menanam biji, terus tumbuh, membesar, tumbuh buah, terus masak, boleh dipetik. Tapi bila petik sebiji tumbuh 70 biji, petik sebiji tumbuh lagi 70 sebagai balasan untuk sesiapa yang menginfakkan hartanya pada jalan AlLah SWT (FisabililLah)

Berbau harum di suatu tempat. Baginda SAW dimaklumkan itulah aroma kubur Mashitah tukang sisir anak Fir’aun. Kakitangan awam kerajaan Fir’aun yang tidak ikut & turut serta dalam kekufuran yang ditaja kerajaan. Mashitah beriman dengan dakwah Nabi AlLah Musa AS yang menyatakan iman hanya kepada AlLah SWT, walaupun sang Fir’aun mendakwa dialah tuhan Mesir & memaksa rakyat supaya dalam setiap waktu melafazkan bismika fir’aun= dengan nama fir’aun apabila berbuat sesuatu.
Melihat ada satu golongan yang memecahkan kepala dengan batu dan diberitahu itulah mereka yang melewat-lewatkan solat fardhu tanpa uzur yang diizinkan syarak.
Memotong lidah dengan gunting yang dibuat daripada api neraka, sebagai balasan kepada manusia yang suka menyebar & melebarkan fitnah di bumi.
Golongan yang memakan daging sendiri sebagai natijah & balasan kepada manusia yang menyebarkan keburukan orang lain dengan tujuan untuk memalukannya.
Muka macam unta dibuka mulutnya secara paksa oleh para malaikat & disuapkan dengan bara api nereka & baru tersebut keluar ikut duburnya, sebagai balasan kepada mereka yang menyalahgunakan harta anak yatim.
Berperut besar seperti rumah & dipijak oleh Fir’aun serta bala tenteranya sebagai balasan untuk mereka yang mengamalkan riba dalam urusan seharian.
Angkat beban bila tak mampu dipikul ditambah lagi merujuk kepada manusia yang gila akan jawatan tetapi tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjwabkan.
Makan daging busuk & berulat sedangkan daging yang elok ada sebagai balasan mereka yang masih lagi mencari pelacur sama ada lelaki atau perempuan, sedangkan mereka sudah ada pasangan hidup yang halal.(suami & isteri)
Keluar unta dari lubang jarum dan cuba masuk balik ke dalam lubang tersebut merujuk kepada manusia yang suka bercakap besar yang di luar kemampuan mereka.
Sampai di Baitul Maqdis menambat Buraq di tempat para anbiya terdahulu pernah ‘parking’ Buraq mereka. Untuk memberi ingatan bahawa jangan ditinggalkan kenderaan kita tanpa dikunci.
Solat bersama para anbiya & menjadi imam untuk menjelaskan bahawa semua ajaran para nabi &rasul itu sama; mengajak manusia supaya beriman kepada AlLah SWT & menjauhi ajaran serta ajakan taghut. Bos taghut ialah setan.
Setelah itu Baginda SAW didatangi rasa dahaga & Baginda SAW dihidangkan dengan 2 jenis minuman iaitu susu & arak. Baginda SAW memilih meminum susu sebagai fitrah untuk manusia kerana manusia tidak memerlukan arak yang membahayakan badan.
Setelah itu Baginda SAW keluar dari Masjid Aqsa & didatangkan kepadanya  Mikraj-tangga untuk ke langit. Diguna Izrael untuk ke bumi bagi mencabut nyawa manusia. Illiyyin untuk menyimpan roh para manusia yang soleh. Sementara Sijjin pula tempat untuk menyimpan roh para penjahat.
Dibukakan pintu langit pertama. Baginda SAW berjumpa Nabi Adam AS dalam rupanya yang asal 70 hasta tinggi & 7 hasta besar yang sedang bersandar di Baitul Izzah. Sesekali dia berpaling ke kanan & melihat banyaknya tompok-tompok hitam, lalu baginda Adam AS senyum. Sesekali dia juga melihat ke kiri & melihat lebih banyak tompok hitam dia menangis. Baginda SAW diberitahu Jibril AS, Nabi Adam AS dinampakkan seluruh roh anak cucunya yang soleh bila dia memandang ke kanan lalu dia senyum. Apabila dia memandang ke kiri pula Nabi Adam AS diperlihatkan roh anak cucunya yang bermaksiat lalu dia sedih & menangis.
Langit dua jumpa Nabi Isa & Nabi Yahya AS. Baginda SAW memaklumkan Nabi AlLah Isa AS mirip seorang sahabat iaitu Urwah bin Mas’ud as-Saqofi.
Langit tiga jumpa Nabi Yusuff AS & Baginda SAW diperlihatkan ada sebuah sungai yang hebat yang bernama Sungai Kausar yang tersedia untuk Baginda SAW. Sungai Kausar ini bakal menjadi lokasi untuk mendapatkan air sewaktu di Padang Mahsyar & tersedia untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kesemua umat Nabi Muhammad SAW layak untuk menikmati air sungai ini kecuali mereka yang menentang & membenci sunnah hidup RasulLulLah SAW.
Langit empat jumpa Nabi Idris AS
Langit lima jumpa Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh ramai pengikut. Baginda Nabi Muhammad SAW juga melihat pada malam tersebut, ada nabi yang diikuti oleh ratusan pengikut, ada nabi yang diikuti oleh puluhan pengikut, ada nabi yang diikuti tak sampai sepuluh pengikut & ada para nabi yang tidak ada atau tidak sempat diikuti oleh pengikut kerana dibunuh terlebih dahulu seperti yang terkandung dalam Surah Yasin.
Langit enam jumpa Nabi Musa AS
Langit tujuh jumpa Nabi Ibrahim AS dan Baginda  berpesan bahawa tanah disyurga cukup subur tetapi belum ada tanaman. Tanamannya perlu diusahakan sekarang ini sewaktu masih hidup dengan membanyakkan tasbih.
Kemudian  Baginda SAW dibawa melawat & meninjau projek raksasa iaitu syurga & nereka. Lalu Baginda SAW memaklumkan syurga dipenuhi oleh golongan yang daif-daif. Sementara nereka pula dipenuhi oleh kaum perempuan. Paling kurang ada 2 sebab kenapa perempuan lebih banyak berebut ke neraka berbanding syurga iaitu;                                                                               1- mereka suka mengubah ciptaan AlLah SWT untuk mereka- misalnya mereka lebih banyak melakukan pembedahan plastik dsb.
2- mereka mudah menderhakai suami.

Setelah itu Baginda SAW pergi berjumpa AlLah SWT tanpa diiringi Jibril AS kerana Jubril hanya diizinkan setakat lokasi yang bernama Sidratul Muntaha sahaja. Sedang Baginda SAW perlu meneruskan kembaranya melewati Aras seterusnya ke Mustawa untuk mengadap AlLah SWT, untuk menerima hadiah yang teragung yang berupa solat yang asalnya 50 waktu sehari. Kemudian dengan kemurahan AlLah SWT Yang Maha Mengetahui dikurangkan-NYA menjadi 5 tetapi pahalanya tetap 50. Subhanallah.

Maksud Surah Isra Ayat 1 dari Pelbagai Bahasa

Surat Al-'Isrā' (The Night Journey)

سورة الإسراء

بسم الله الرحمن الرحيم

سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا إنه هو السميع البصير

( سبحان ) أي تنزيه ( الذي أسرى بعبده ) محمد صلى الله عليه وسلم ( ليلاً ) نصب على الظرف والإسراء سير الليل وفائدة ذكره الإشارة بتنكيره إلى تقليل مدته ( من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى ) بيت المقدس لبعده منه ( الذي باركنا حوله ) بالثمار والأنهار ( لنريه من آياتنا ) عجائب قدرتنا ( إنه هو السميع البصير ) أي العالم بأقوال النبي صلى الله عليه وسلم وأفعاله فأنعم عليه بالإسراء المشتمل على اجتماعه بالأنبياء وعروجه إلى السماء ، ورؤية عجائب الملكوت ، ومناجاته له تعالى ، فإنه صلى الله عليه وسلم قال : "" أتيت بالبراق وهو دابة أبيض فوق الحمار ودون البغل يضع حافره عند منتهى طرفه فركبته فسار بي حتى أتيت بيت المقدس ، فربطت الدابة بالحلقة التي تربط فيها الأنبياء ، ثم دخلت فصليت فيه ركعتين ، ثم خرجت فجاءني جبريل بإناء من خمر وإناء من لبن فاخترت اللبن ، قال جبريل : أصبت الفطرة ، قال : ثم عرج بي إلى السماء الدنيا ، فاستفتح جبريل قيل : من أنت قال : جبريل ، قيل : ومن معك ؟ قال : محمد قيل : أو قد أرسل إليه ؟ قال : قد أرسل إليه ، ففتح لنا فإذا أنا بآدم فرحب بي ودعا لي بالخير، ثم عرج بي إلى السماء الثانية فاستفتح جبريل فقيل : من أنت فقال : جبريل قيل : ومن معك قال : محمد قيل أو قد بعث إليه قال : قد بعث إليه ففتح لنا فإذا بابني الخالة يحيى وعيسى فرحبا بي ودعوا لي بالخير ثم عرج بنا إلى السماء الثالثة فاستفتح جبريل فقيل : من أنت ؟ قال : جبريل فقيل : ومن معك قال : محمد فقيل : أو قد أرسل إليه قال : قد أرسل إليه ففتح لنا فإذا أنا بيوسف وإذا هو قد أعطي شطر الحسن فرحب بي ودعا لي بخير ثم عرج بنا إلى السماء الرابعة فاستفتح جبريل فقيل : من أنت قال جبريل فقيل : ومن معك قال : محمد فقيل : أو قد بعث إليه قال : قد بعث إليه ففتح لنا فإذا أنا بإدريس فرحب بي ودعا لي بخير ثم عرج بنا إلى السماء الخامسة فاستفتح جبريل فقيل : من أنت قال : جبريل فقيل : ومن معك قال : محمد فقيل : أو قد بعث إليه قال : قد بعث إليه ففتح لنا فإذا أنا بهارون فرحب بي ودعا لي بخير ثم عرج بنا إلى السماء السادسة فاستفتح جبريل فقيل : من أنت فقال : جبريل فقيل : ومن معك قال : محمد فقيل : أو قد بعث إليه قال : قد بعث إليه ففتح لنا فإذا أنا بموسى فرحب بي ودعا لي بخير ثم عرج بنا إلى السماء السابعة فاستفتح جبريل فقيل : من أنت فقال : جبريل قيل ومن معك فقال : محمد قيل : أو قد بعث إليه قال : قد بعث إليه ففتح لنا فإذا أنا بإبراهيم فإذا هو مستند إلى البيت المعمور وإذا هو يدخله كل يوم سبعون ألف ملك ثم لا يعودون إليه ; ثم ذهب إلى سدرة المنتهى فإذا أوراقها كآذان الفيلة وإذا ثمرها كالقلال فلما غشيها من أمر الله ما غشيها تغيرت فما أحد من خلق الله تعالى يستطيع أن يصفها من حسنها قال : فأوحى الله إلي ما أوحى وفرض علي في كل يوم وليلة خمسين صلاة فنزلت حتى انتهيت إلى موسى فقال : ما فرض ربك على أمتك قلت : خمسين صلاة في كل يوم وليلة قال : ارجع إلى ربك فاسأله التخفيف لأمتك فإن أمتك لا تطيق ذلك وإني قد بلوت بني إسرائيل وخبرتهم قال : فرجعت إلى ربي فقلت : أي رب خفف عن أمتي فحط عني خمسا فرجعت إلى موسى قال : ما فعلت فقلت قد حط عني خمسا قال : إن أمتك لا تطيق ذلك فارجع إلى ربك فاسأله التخفيف لأمتك قال : فلم أزل أرجع بين ربي وبين موسى ويحط عني خمسا خمسا حتى قال : يا محمد هي خمس صلوات في كل يوم وليلة بكل صلاة عشر فتلك خمسون صلاة ومن هم بحسنة فلم يعملها كتبت له حسنة فإن عملها كتبت له عشرا ومن هم بسيئة ولم يعملها لم تكتب فإن عملها كتبت له سيئة واحدة فنزلت حتى انتهيت إلى موسى فأخبرته فقال ارجع إلى ربك فاسأله التخفيف فإن أمتك لا تطيق ذلك فقلت :"قد رجعت إلى ربي حتى استحييت" رواه الشيخان واللفظ لمسلم وروى الحاكم في المستدرك عن ابن عباس قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم"رأيت ربي عز وجل".

Sahih International                                                                                                                                                                                     Exalted is He who took His Servant by night from al-Masjid al-Haram to al-Masjid al- Aqsa, whose surroundings We have blessed, to show him of Our signs. Indeed, He is the Hearing, the Seeing.

Muhsin Khan
Glorified (and Exalted) be He (Allah) [above all that (evil) they associate with Him] [Tafsir Qurtubi, Vol. 10, Page 204] Who took His slave (Muhammad SAW) for a journey by night from Al-Masjid-al-Haram (at Makkah) to the farthest mosque (in Jerusalem), the neighborhood whereof We have blessed, in order that We might show him (Muhammad SAW) of Our Ayat (proofs, evidences, lessons, signs, etc.). Verily, He is the All-Hearer, the All-Seer.

Pickthall
Glorified be He Who carried His servant by night from the Inviolable Place of Worship to the Far distant place of worship the neighbourhood whereof We have blessed, that We might show him of Our tokens! Lo! He, only He, is the Hearer, the Seer.

Yusuf Ali
Glory to (Allah) Who did take His servant for a Journey by night from the Sacred Mosque to the farthest Mosque, whose precincts We did bless,- in order that We might show him some of Our Signs: for He is the One Who heareth and seeth (all things).

Shakir
Glory be to Him Who made His servant to go on a night from the Sacred Mosque to the remote mosque of which We have blessed the precincts, so that We may show to him some of Our signs; surely He is the Hearing, the Seeing.

Dr. Ghali
All Extolment be (to Him), Who made His bondman to set forth by night from the Inviolable Mosque to the Further (Literally: Remotest) Mosque, around which We have blessed, that We might show him (some) of Our signs. Surely He, Ever He, is The Ever-Hearing, The Ever-Beholding.

Albanian
Pa të meta është Lartëmadhëria e Atij që robin e Vet e aloi në një pjesë të natës prej Mesxhidi Haramit (prej Qabes) gjer në Mesxhidi Aksa (Bejti Mukaddes), rrethinën e të cilës Ne e kemi bekuar, (ia bëmë këtë udhëtim) për t’ia treguar atij disa nga argumentet Tona. vërtet, Ai është dëgjuesi ( i fjalëve të Mu hamedit), pamësi (i punëve të Muhammedit).

Azerbaijani
Bə’zi ayələrimizi (qüdrətimizə dəlalət edən qəribəlikləri və əcaiblikləri) göstərmək üçün bəndəsini (Peyğəmbər əleyhissəlamı) bir gecə (Məkkədəki) Məscidülhəramdan ətrafını mübarək etdiyimiz (bərəkət verdiyimiz) Məscidüləqsaya (Beytülmüqəddəsə) aparan Allah pak və müqəddəsdir. O, doğrudan da, (hər şeyi) eşidəndir, görəndir!

Bosnian
Hvaljen neka je Onaj koji je u jednom času noći preveo Svoga roba iz Hrama časnog u Hram daleki, čiju smo okolinu blagoslovili kako bismo mu neka znamenja Naša pokazali. – On, uistinu, sve čuje i sve vidi.

Chinese
讚美真主,超絕萬物,他在一夜之間,使他的僕人,從禁寺行到遠寺。我在遠寺的四周降福,以便我昭示他我的一部分蹟象。真主確是全聰的,確是全明的

Czech
Sláva tomu, jenž za noci přenesl služebníka Svého z Posvátné mešity do mešity nejvzdálenější, jejíž okolí jsme požehnali, abychom mu ukázali některá Svá znamení. A On věru slyšící je a jasnozřivý.

Dutch
Geloofd zij hij, die zijn dienaar des nachts van den geheiligden tempel van Mekka naar den meer verwijderden tempel van Jeruzalem heeft overgebracht, waarvan wij den omtrek hebben gezegend, om hem sommige onzer teekenen te doen zien; want God hoort en ziet alles.

Farsi
پاک و منزّه است خدایی که بنده‌اش را در یک شب، از مسجد الحرام به مسجد الاقصی -که گرداگردش را پربرکت ساخته‌ایم- برد، تا برخی از آیات خود را به او نشان دهیم؛ چرا که او شنوا و بیناست.

Finnish
Kunnia olkoon Hänelle, joka yön aikana kuljetti palvelijansa pyhitetystä moskeijasta toiseen, kaukaiseen - jonka ympäristön olemme siunanneet - jotta hän saisi nähdä joitakin tunnusmerkeistämme. Totisesti, Hän on kaikkikuuleva, kaikkinäkevä.

French
Gloire et Pureté à Celui qui de nuit, fit voyager Son serviteur [Muhammad], de la Mosquée Al-Haram à la Mosquée Al-Aqsa dont Nous avons béni l'alentours, afin de lui faire voir certaines de Nos merveilles. C'est Lui, vraiment, qui est l'Audient, le Clairvoyant .

German
Erhaben ist Gott, der Seinen Diener nachts von der Heiligen Moscheee in Mekka zur Aqsa-Moschee in Jerusalem führte, deren Umgebung Wir gesegnet haben, um ihm einige Unserer Zeichen zu zeigen. Gott hört und sieht alles.

Hausa
Tsarki ya tabbata ga wanda Ya yi tafiyar dare da bãwanSa da dare daga Masallaci mai alfarma zuwa ga Masallaci mafi nĩsa wanda Muka sanya albarka a gefensa dõmin Mu nũna masa daga ãyõyinMu. Lalle ne Shi shĩ ne Mai ji, Mai gani.

Indonesian
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Italian
Gloria a Colui che di notte trasportò il Suo servo dalla Santa Moschea alla Moschea remota di cui benedicemmo i dintorni, per mostrargli qualcuno dei Nostri segni. Egli è Colui che tutto ascolta e tutto osserva.

Japanese
かれに栄光あれ。そのしもべを,(マッカの)聖なるマスジドから,われが周囲を祝福した至遠の(エルサレムの)マスジドに,夜間,旅をさせた。わが種々の印をかれ(ムハンマド)に示すためである。本当にかれこそは全聴にして全視であられる。

Malay
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang KAMI berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI. Sesungguhnya AllLah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Malayalam
തന്‍റെ ദാസനെ ( നബിയെ ) ഒരു രാത്രിയില്‍ മസ്ജിദുല്‍ ഹറാമില്‍ നിന്ന്‌ മസ്ജിദുല്‍ അഖ്സായിലേക്ക്‌ - അതിന്‍റെ പരിസരം നാം അനുഗൃഹീതമാക്കിയിരിക്കുന്നു- നിശായാത്ര ചെയ്യിച്ചവന്‍ എത്രയോ പരിശുദ്ധന്‍! നമ്മുടെ ദൃഷ്ടാന്തങ്ങളില്‍ ചിലത്‌ അദ്ദേഹത്തിന്‌ നാം കാണിച്ചുകൊടുക്കാന്‍ വേണ്ടിയത്രെ അത്‌. തീര്‍ച്ചയായും അവന്‍ ( അല്ലാഹു ) എല്ലാം കേള്‍ക്കുന്നവനും കാണുന്നവനുമത്രെ.

Maranao
Soti so (Allah a) piyakalalakaw Niyan so oripn Iyan (a Mohammad) ko kagagawii phoon ko Masjid Al-Haram sii ko Masjid Al-Aqsa, so piyakandaklan Ami sa mapiya so mliliyota on, - ka phakaylayn Ami skaniyan ko manga tanda Ami: Mataan! a so Allah so Pphakan´g, a Pphakaylay.

Norwegian
Ære være Ham, som førte sin tjener nattestid, fra den hellige moské til Aqsa-moskeen, hvis omgivelser Vi har velsignet for å vise ham noen av Våre tegn. For Han er den Hørende, den Seende.

Polish
Chwała Temu, który przeniósł Swojego sługę nocą z Meczetu świętego do meczetu dalekiego, którego otoczenie pobłogosławiliśmy, aby mu pokazać niektóre Nasze znaki. Zaprawdę,. On jest Słyszący, Widzący!

Portuguese
Glorificado seja Aquele que, durante a noite, transportou o Seu servo, tirando-o da Sagrada Mesquita (em Makka) elevando-o à Mesquita de Alacsa (em Jerusalém), cujo recinto bendizemos, para mostrar-lhe alguns dos Nossos sinais. Sabeique Ele é Oniouvinte, o Onividente.

Romanian
Noi i-am dăruit lui Moise Cartea drept călăuzire fiilor lui Israel: “Nu-ţi lua apărător afară de Mine!”

Russian
Пречист Тот, Кто перенес ночью Своего раба, чтобы показать ему некоторые из Наших знамений, из Заповедной мечети в мечеть аль-Акса, окрестностям которой Мы даровали благословение. Воистину, Он - Слышащий, Видящий.

Somali
waxa Nasahan (Ceeb ka fog) Eebaha ka guuriyey Addoonkiisa (Nabiga) Habeen masaajidka Xurmada leh (Maka) xagga Masjidkii Aqsa een barakaynay Gaararkiisa inaan Tusinno Nabiga Aayaadkanaga Eebana waa maqle arka.

Spanish
¡Gloria a Quien hizo viajar a Su Siervo de noche, desde la Mezquita Sagrada a la Mezquita Lejana, cuyos alrededores hemos bendecido, para mostrarle parte de Nuestros signos! Él es Quien todo lo oye, todo lo ve.

Swahili
SUBHANA, Ametakasika aliye mchukua mja wake usiku mmoja kutoka Msikiti Mtukufu mpaka Msikiti wa Mbali, ambao tumevibariki vilivyo uzunguka, ili tumuonyeshe baadhi ya Ishara zetu. Hakika Yeye ni Mwenye kusikia na Mwenye kuona.

Swedish
STOR är [Gud] i Sin härlighet, Han som under natten förde Sin tjänare från den heliga Moskén till den fjärran böneplatsen, vars omgivningar Vi har välsignat, för att visa honom några av Våra tecken; Han är Den som hör allt, ser allt.

Tatar
Үзенең колы Мухәммәд г-мне бер кичтә Мәккә шәһәрендәге мәсҗид Хәрамнан Коддус шәһәрендәге мәсҗид Әкъсага йөретеп кайтаручы Аллаһу тәгаләне һәр кимчелектән пакь дип белегез! Ул Коддус шәһәренең тирәсен бәрәкәтле кыйлдык, Мухәммәд г-мне шулай кодрәтебез белән йөреттек ґәҗәб галәмәтләребезне күрсәтмәк өчен, әлбәттә, Аллаһ һәр сүзне ишетүче вә һәрнәрсәне күрүчедер.

Thai
มหา บริสุทธิ์ผู้ทรงนำบ่าวของพระองค์เดินทางในเวลากลางคืน จากมัสยิดอัลหะรอมไปยังมัสยิดอัลอักซอ ซึ่งบริเวณรอบมันเราได้ให้ความจำเริญ เพื่อเราจะให้เขาเห็นบางอย่างจากสัญญาณต่างๆของเรา แท้จริง พระองค์คือผู้ทรงได้ยิน ผู้ทรงเห็น

Turkish
Kulu Muhammed'i geceleyin, Mescid-i Haram'dan kendisine bazi âyetlerimizi göstermek için, etrafini mübarek kildigimiz Mescid-i Aksâ'ya götüren Allah, her türlü noksan sifatlardan münezzehtir. Süphesiz ki her seyi hakkiyla isiten, hakkiyla gören O'dur.

Urdu
وہ (ذات) پاک ہے جو ایک رات اپنے بندے کو مسجدالحرام یعنی (خانہٴ کعبہ) سے مسجد اقصیٰ (یعنی بیت المقدس) تک جس کے گردا گرد ہم نے برکتیں رکھی ہیں لے گیا تاکہ ہم اسے اپنی (قدرت کی) نشانیاں دکھائیں۔ بےشک وہ سننے والا (اور) دیکھنے والا ہے

Uzbek
Ўз бандасини кечаси Масжидул Ҳаромдан атрофини баракали қилганимиз Масжидул Ақсога оят-мўъжизаларимизни кўрсатиш учун сайр қилдирган зот пок бўлди. Албатта, У эшитгувчи ва кўргувчи зотдир.

Bangla
পরম পবিত্র ও মহিমাময় সত্তা তিনি, যিনি স্বীয় বান্দাকে রাত্রি বেলায় ভ্রমণ করিয়েছিলেন মসজিদে হারাম থেকে মসজিদে আকসা পর্যান্ত-যার চার দিকে আমি পর্যাপ্ত বরকত দান করেছি যাতে আমি তাঁকে কুদরতের কিছু নিদর্শন দেখিয়ে দেই। নিশ্চয়ই তিনি পরম শ্রবণকারী ও দর্শনশীল।

Tamil
(அல்லாஹ்) மிகப் பரிசுத்தமானவன்; அவன் தன் அடியாரை பைத்துல் ஹராமிலிருந்து (கஃபத்துல்லாஹ்விலிருந்து தொலைவிலிருக்கும் பைத்துல் முகத்தஸிலுள்ள) மஸ்ஜிதுல் அக்ஸாவிற்கு ஓரிரவில் அழைத்துச் சென்றான்; (மஸ்ஜிதுல் அக்ஸாவின்) சுற்றெல்லைகளை நாம் அபிவிருத்தி செய்திருக்கின்றோம்; நம்முடைய அத்தாட்சிகளை அவருக்குக் காண்பிப்பதற்காக (அவ்வாறு அழைத்துச் சென்றோம் நிச்சயமாக அவன் (யாவற்றையும்) செவியுறுவோனாகவும்; பார்ப்போனாகவும் இருக்கின்றான்

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters