About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, June 5, 2012

Isra;' & Mikraj


Isra & Mikraj petikan daripada teks
Al-Raheeq al-Makhtum
Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy

Peristiwa sebelum Baginda SAW dijemput menjadi tetamu       AlLah SWT Yang Maha Agung

PELBAGAI CARA MENENTANG DAKWAH RASULULLAH

Setelah mana kafir Quraisy mendapat tidak ada sesuatu pun yang boleh memaling atau
melemahkan Muhammad dari usaha dakwahnya, mereka pun terus memikir lagi dan mencari
jalan untuk mencegah dakwahnya itu, dalam bentuk dan cara-cara yang boleh diringkaskan
seperti berikut:
1. Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempennain-mainkan, mendusta dan
mempersendanya. Semuanya ini bertujuan untuk melemahkan kaum muslimin serta
meruntuhkan kekuatan semangat mereka. Mereka lemparkan Rasulullah dengan berbagai
tuduhan yang nakal, maki hamun dan memanggil Rasulullah sebagai orang gila.
Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya.
diturunkan Al-Qur'an, sesungguhnya engkau adalah orang gila". (al-Hijr: 6)

Mereka melabelkan Baginda sebagai sihir dan dusta. Dan mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. (Shaad: 4)

Mereka mengawasi Baginda dan memerhati Rasul dengan pandangan penuh kebencian dan
rasa penuh jijik. Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan
menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian),
semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: "Sebenamya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh gila ". (al-Qalam: 51)

Apabila Baginda duduk dilingkungi golongan lemah "al-Mustadh'afin", Quraisy mempersenda-sendakannya dengan berkata; "Itulah dia sahabat-sahabat yang dikurniakan Allah ke atasnya" Maka Allah menjawab untuk Rasul-Nya:
"Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur?(al-An'aam: 53)

Hal mereka ini sama seperti yang diceritakan oleh Allah kepada kita:
Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang
beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan
memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada
kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang
sesat!" Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang
beriman itu". (al-Muthaffifiin: 29-33)

2. Mencacatkan imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan, meluaskan dakyah palsu,
mereka cerita-cerita palsu mengenai ajaran-ajaran Islam dan peribadi Rasulullah itu sendiri,
menyebar luas semua dakyah ini supaya tidak memberi peluang kepada orang ramai memikir
mengenai dakwah Rasulullah, mereka terus menggembar-gemburkan tuduhan mengenai al-
Quran  sebagai dongeng rekaan orang kuno.
Dan mereka berkata lagi: "Al-Qur'an itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang
diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu. dibacakan
kepadanya pagi dan petang (untuk dihafamya)". (al-Furqaan: 5)

Dan mereka menyifatkan Rasulullah sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang
keistimewaan apa pun.
Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar
(seperti manusia yang lain) ? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu
turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang
membenarkannya). (al-Furqaan: 7)

Contoh kecaman mereka boleh dilihat banyak sekali disebutkan di dalam al-Quran.

3. Menyaingi al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogok orang ramai dengan
dongeng-dongeng supaya mereka sibuk dengannya. Sebagaimana yang diceritakan, di mana
al-Nadr bin al-Haris telah menyaran kepada Quraisy dengan katanya: Wahai kalian Quraisy,
demi Allah sebenarnya kamu ini telah ditimpa dukacita hingga hari ini kamu belum mampu
mengatasinya, Muhammad (s.a.w) ini pada permulaannya seorang kanak-kanak muda,
antara kamu, yang kamu meredhai dengannya, bercakap benar, sangat beramanah, sehingga
apabila kamu dapati di dua hujung pipitnya "pelipis" beruban dan beliau membawa kepada
kamu sesuatu yang telah dikemukakan itu, lalu kamu kata: Dia seorang ahli sihir. Demi Allah dia
bukan ahli sihir, kerana semua kita pernah menyaksikan ahli sihir dengan kerja-kerja dan
pukauan mereka, lalu kamu kata: Dia telah menjadi sami, demi Allah dia bukan sami, kerana
semua kita pernah malah biasa dengan sami dan ungkapan-ungkapan sami melalui gurindam
mereka, kemudian kamu kata dia adalah penyair, demi Allah dia bukan penyair kerana kita
sudah biasa mendengar syair dengan jenis-jenisnya sama ada rajaz atau hazaj, setelah itu
kamu kata yang ianya gila, demi Allah, beliau tidak gila kerana kita juga pernah berhadapan
dengan orang gila, cakapnya itu bukan rapuan si gila atau sasaunya, wahai kalian Quraisy,
uruslah persoalan yang kamu sedang hadapi ini, demi Allah kamu sudah ditimpa bala yang
berat.

Setelah itu al-Nadhr pergi ke al-Hirah, di sana beliau mempelajari perbualan raja-raja Parsi,
perbualan Rustam dan Aspandiar, bila beliau pulang dan mendapati Muhammad sedang
mengadakan majlis zikirullah dan peringatan penyiksaan di akhirat, al-Nadhr pun bertindak
membuat majlis yang sama dengan katanya: Demi Allah sesungguhnya perbualan Muhammad
itu taklah sehebat perbicaraanku, dengan itu beliau pun menselokakan hikayat raja-raja Parsi,
Rustam dan Aspandiar. Di akhiri dengan bidasan katanya: Dengan apakah yang kamu katakan
Muhammad itu lebih baik dari bicaraku.

Terdapat riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa al-Nadhr telah membeli beberapa
abdi perempuan, kerana apabila beliau mengetahui di sana terdapat seorang lelaki yang tertarik
dengan Rasulullah maka beliau mengirim salah seorang hamba perempuannya tadi untuk
mempersonakannya dengan minuman keras dan makanan-makanan yang dibekalkan, buat
menghiburkannya dengan nyanyian-nyanyian, hingga dengan itu kecenderungannya kepada
Islam terhakis dan pupus dari hati nalurinya. Mengenai hal ini Allah telah menurun ayat-ayat-Nya:
Dan ada  antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan
orang ramai) dari agama Allah.. (Luqman: 6)

Melalui tawaran pihak Quraisy cuba mempertemukan Islam dengan Jahiliah di suatu
persimpangan, di mana pihak musyrikin akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaan
mereka dengan syarat Rasulullah akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaannya.
Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka
juga bertolak ansur berlemah lembut (pada zahirnya terhadapmu). (al-Qalam: 9)

Terdapat riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir dan al-Tabrani yang bermaksud: Bahawa
pihak musyrikin telah mengemukakan kepada Rasulullah tawaran iaitu supaya Baginda
menyembah tuhan-tuhan mereka untuk selama setahun, kemudian pihak mereka akan
menyembah tuhannya setahun dengan cara bergilir-gilir. Dalam satu riwayat lain oleh Abd bin
Hamid yang bermaksud: Bahawa pihak Quraisy telah menawarkan Rasulullah permintaan
mereka dengan katanya: Sekiranya kamu mengiktiraf berhala-berhala kami sebagai tuhan,
maka kami akan menyembah tuhan kamu.

Ibnu Ishak telah meriwayatkan sebuah hadith dengan sanadnya, katanya: Semasa Rasulullah
sedang bertawaf di Kaabah, Baginda telah dipintas oleh al-Aswad bin al-Mutalib bin Asad bin
Abd al-Uzza, al-Walid bin al-Mughirah, Umaiyyah bin Khalaf dan al-'Aas bin Wail al-Sahmi,
mereka berempat ini, kiranya antara tokoh yang berpengaruh di kalangan kaum
mereka, kemudian kata mereka: Wahai Muhammad, ayuh kita bersetuju untuk kami
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu sembah apa yang kami sembah, dengan itu
bererti kita sudah berkongsi sesuatu perkara, sekiranya apa yang kau sembah itu ada kebaikan
melebihi dari apa yang kami sembah maka kami turut mendapat habuan dari kebaikan itu dan
sekiranya yang kami sembah ini ada kebaikan yang lebih dari apa yang kamu sembah itu maka
kamu juga akan mengaut kebaikan itu bersama dengan kami, dengan itu turunlah ayat:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak dkan menyembah apa yang
kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak
akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku
beribadat. "Bagi kamu ugama kamu. dan bagiku ugamaku ". (al-Kafiruun: 1-6)

Demikianlah kehendak Allah dengan membuat kata putus yang tegas terhadap tawaran mereka
yang lucu itu. Berlakunya periwayatan yang berbagai ini, mungkin kerana mereka telah
membuat beberapa percubaan satu demi satu.

PENYIKSAAN

Pihak musyrikin telah menggunakan berbagai cara seperti yang telah kami sebutkan satu demi
satu dengan tujuan untuk menghalang kelancaran dakwah sejak dari kelahirannya di permulaan
tahun keempat. Semua cara mereka telah mereka usahakan untuk beberapa bulan dan
beberapa minggu tanpa melewati batas-batasnya, kini berpindah kepada cara-cara penyiksaan
dan penindasan, tapi setelah mereka dapati cara mereka itu tidak memberi kesan untuk
menghalang perjalanan dakwah Islamiah, maka mereka sekali lagi berkumpul. Di sini mereka
telah membentuk satu lujnah yang anggotanya terdiri dari dua puluh lima orang tokoh dari
pemuka Quraisy. Lujnah ini diketuai oleh Abu Lahab bapa saudara Rasulullah, dan setelah
bermesyuarat dan bertukar pendapat, lujnah ini membuat keputusan yang tegas terhadap
Rasulullah (s.a.w) dan sahabat Baginda. Lujnah ini bersetuju untuk tidak meninggal sebarang
cara pun untuk memerangi Islam samada menyakiti Rasulullah, menyiksa penganut-penganutnya malah mereka akan menggunakan segala bentuk kekerasan, penyiksaan dan
penindasan.

Kali ini mereka bertegas untuk melaksanakan keputusan yang mereka sepakati. Tindakannya
terhadap kaum muslimin terutama yang lemah dan daif adalah senang sahaja, tidak banyak
halangan, tetapi terhadap Rasulullah adalah suatu hal yang sukar, kerana Rasulullah seorang
yang tangkas, disegani dan berperibadi unggul, jiwa yang dikagumi lawan dan kawan, pasti
yang berdepan dengannya akan mengagungi dan menyanjunginya. Tiada siapa yang berani
melakukan kejahatan dan keburukan terhadapnya, kecuali jenis manusia bodoh dan nakal
sahaja. Namun demikian Baginda masih tetap di bawah jagaan Abu Talib. Di mana Abu Talib di
antara tokoh Makkah yang terbilang, beliau disanjung dari turun temurun di kalangan
semua orang, tak siapa pun berani memperkecil statusnya dan mencabar maruahnya,
kedudukan inilah menggugat pihak Quraisy dan membingungkan mereka. Justeru  sampai ke
mana kesabaran itu dapat bertahan, ketika berhadapan dengan dakwah yang beriya-iya untuk
membenteras kepimpinan agama yang mereka sandang selama ini dan ketrampilan mereka di
arena keduniaan.

Mereka melancarkan pencerobohan dan keganasan terhadap Rasulullah terutama oleh Abu
Lahab sendiri, malah beliau ini telahpun mengganas terhadap Rasul di hari pertama dakwahnya,
sebelum pihak Quraisy membuat apa-apa sikap. Telahpun kita sebut sebelum ini tindakan
terhadap Rasulullah di majlis Bani Hashim, di atas bukit Safa beliau telah cuba memukul
Rasulullah dengan ketui batu. Sebelum kebangkitan Rasulullah Abu Lahab telah
mengahwinkan anak lelakinya iaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah, iaitu
Ruqaiyah dan Ummi Kalthum.

Tetapi bila Rasulullah diutus dan Baginda menyeru orang ramai kepada Islam, Abu Lahab telah
membuat tindakan membabi buta dengan memaksa kedua-dua anaknya supaya menceraikan
dua puteri Rasulullah itu. Dengan kekerasan lalu mereka pun menceraikan.

Dan apabila Abdullah anak lelaki Rasulullah meninggal dunia, Abu Lahab melompat
kegembiraan, meluru beliau pergi menemui kawan-kawan menceritakan kepada mereka berita
baik baginya iaitu Rasul kematian anak keturunannya, Muhammad (s.a.w) menjadi kudung
bererti terputus zuriat di dunia ini.

Sebagaimana yang telah kita ceritakan sebelum ini, di mana Abu Lahab bertugas mengekori
Rasulullah di belakang Baginda di musim haji ke mana sahaja Baginda pergi di pasar-pasar
Makkah, untuk mendusta dan membohong Baginda, dalam hal ini Tariq bin Abdullah al-Majari
meriwayatkan hadith yang memberi makna bahawa Abu Lahab ini bukan sekadar membohongi
Baginda sahaja malah lebih dari itu dengan melontar Baginda dengan ketul-ketul batu hingga
pecah berdarah tumit mulia Baginda itu.

Isteri Abu Lahab, bergelar Ummu Jamil bernama Urwa binti Harb bin Umaiyah kakak Abu
Sufian tidak kurang kafir dari suaminya memusuhi Rasulullah (s.a.w). Beliau membawa batang-batang duri untuk menjerangkap samar di jalan-jalan yang dilalui Rasulullah, malah di malam
hari beliau datang ke hadapan rumah Rasulullah dengan meletakkan batang-batang duri di
hadapan pintu rumah Rasulullah (s.a.w). Selain dari itu lidahnya juga tidak kurang bisanya
memaki hamun Baginda, mulutnya lucah membuat fitnah dan penipuan terhadap Baginda,
memarakkan api fitnah, beliau adalah batu api menimbulkan perkelahian terhadap Rasulullah,
untuk itu maka al-Quran menyifatkannya sebagai pembawa kayu api neraka. Sebaik sahaja
beliau mendengar ayat-ayat al-Quran turun mengenai dirinya dan suaminya, terus beliau
menemui Rasulullah sedang Baginda bersama-sama Abu Bakr sedang duduk di masjid al-
Haram, beliau membawa segenggam anak batu, dengan takdir Allah, beliau telah dibutakan
penglihatan, sehingga tidak nampak lagi Rasulullah (s.a.w), hingga terpaksa beliau bertanya
dengan katanya: Wahai Abu Bakr mana dia kawanmu itu, telah pun sampai kepengetahuanku
yang dia telah memperbodoh dan mencelakakan aku? Demi Allah kalau dia ada di sini aku
hendak sumpat anak batu ini ke dalam mulutnya, demi Allah tidak tahukah kamu yang aku ini
penyair yang boleh bermadah mencelanya:

Dia yang dibenci kami menentangnya Urusannya mentah-mentah kami tolak Agama
pegangannya kami ketepikan. Setelah beliau beredar dari situ Abu Bakr bertanya Baginda: Wahai Rasulullah tidak nampakkah beliau yang tuan hamba berada di sini, jawab Rasulullah, beliau tidak dapat melihat daku, sebenarnya Allah telah pun membutakan matanya hingga tidak melihat daku. Ibn Ishak membilang mereka yang menyakiti Rasulullah (s.a.w): Mereka yang menyakiti Rasulullah di rumahnya ialah Abu Lahab, al-Hakim bin Abu al-'Aas bin Umaiyah, Uqbah bin Abi Mui't, 'Adi bin Hambra' dan al-Thaqafi Ibn al-Asda' al-Huzali, mereka ini semua adalah jiran Baginda. Semua mereka mati sebagai kafir kecuali al-Hakim bin Abi Al-'Aas sahaja yang memeluk Islam. Ada antara mereka yang mengheret pundi najis biri-biri dan menghumban ke atas kepala Rasulullah semasa Baginda bersembahyang, malah ada yang sanggup melontar pundi tadi ke dalam periuk Rasulullah bila diangkat ke dapur untuk memasak. Rasulullah pernah terpaksa berselindung di sebalik batu untuk bersembahyang
.
Dalam peristiwa seperti ini di mana apabila Rasulullah dicampak ke atasnya dengan najis itu
Baginda akan terus keluar menemui pembantunya dengan berkata di hadapan pembantunya:
Wahai bani Abdul Manaf! Di manakah hubungan kejiranan? Lalu dibuangnya najis tadi ke tepi
jalan. Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud (r.a.): Bahawa Uqbah bin Abi
Mu'it semakin jahat dan bertambah nakal, semasa Rasulullah bersembahyang di Kaabah, dan
Abu Jahal pula sedang beristirehat bersama-sama kuncu-kuncunya, maka berkata sesetengah
dari mereka, sesiapa  antara kamu yang sanggup mengambil uncang najis sembelihan
terbuang itu dan meletakkan ke atas belakang Muhammad semasa beliau sedang sujud itu,
maka bangun yang ternakal  antara mereka iaitu Uqbah bin Abi Muit beliau membawa uncang
najis itu dan beliau tunggu hingga apabila Rasulullah (s.a.w) sujud maka beliau meletakkannya
ke atas belakang Rasulullah di antara dua bahunya.

Daku pada masa itu sedang menyaksi tindakan nakal itu. Daku tak boleh berbuat apa-apa,
kalauku boleh menahannya nescaya kulakukan, kata Ibnu Mas'ud lagi: Dengan itu mereka
tertawa sesama mereka dan menghayun badan mereka ke kiri dan ke kanan kerana terlalu
suka, dan Rasulullah masih dengan sujudnya, Baginda tidak mengangkatkannya hinggalah
Baginda didatangi anak perempuannya Fatimah, mencampak buang benda itu dari belakang
Baginda, kemudian barulah Baginda mengangkat kepalanya dan terus berdoa: Ya Allah Ya
Tuhanku, binasakanlah Quraisy sebanyak tiga kali, pihak Quraisy terasa berat dengan doa
Rasulullah tadi, kata Ibnu Mas'ud: Mereka terasa begini kerana mereka mengetahui bahawa
doa di tempat ini adalah mustajab dan makbul. Setelah itu Baginda menyebut dengan katanya:
Binasalah Abu Jahal Utbah bin Rabi'ah, Shaibah bin Rabiah Al-Walid bin Utbah, Umaiyyah bin
Khalaf dan Utbah bin Abi Muit, (yang ketujuh itu beliau tidak mengingatinya) demi Allah yang
jiwaku ditangannya daku telah menyaksi orang yang disebutkan Rasulullah di dalam doanya itu
terbunuh dan dicampak ke dalam parit penanaman mayat, iaitu parit Badar.
Umaiyyah bin Khalaf ini bila-bila sahaja melihat Rasulullah, beliau pasti mencela dan memaki
hamun Baginda, mengenai ini Allah menyebut di dalam firman-Nya:
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" (al-Humazah: 1)

Kata Ibnu Hisham: al-Humazah: ialah memaki seseorang itu dengan terang-terangan, sambil
memejam sedikit matanya dan menjeling. Manakala al-Lumazah ialah mencela seseorang
dengan cara berselindung dan menyakitinya. Manakala saudaranya Ubai bin Khilaf adalah
berkawan rapat dengan Uqbah bin Abi al-'Aas. Suatu hari Uqbah telah menghampiri Rasulullah
dan mendengar dari Baginda kata-katanya, tapi bila di ketahuinya Ubai, beliau memarahi
Uqbah dan mengkritik tindakan itu. Seterusnya Ubai meminta supaya Uqbah meludah ke muka
Rasulullah dan beliau lakukannya, di suatu ketika Ibnu Khalaf sendiri telah menghancurkan
tulang-tulang reput lalu di tiupnya di angin yang lalu ke muka Rasulullah (s.a.w). Al-Akhnas Ibn
Syuraiq al-Thaqafi juga adalah  antara tokoh musyrikin yang menyakiti Rasulullah. al-Quran
telah menyifatkannya dengan tujuh gelaran sebagaimana firman Allah:
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, danjangan) menurut kemahuan
orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),
yang sangat-sangat menghalangi amalan-amalan kebajikan, agama, lagi yang sangat-sangat
berdosa, yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya. (al-Qalam: 10-13)

Abu Jahal di suatu masa beliau pernah mendatangi Rasulullah (s.a.w) dan mendengar ayat-ayat
al-Quran, kemudian beredar dari situ, tanpa mempercayai atau menyahutnya, malah penuh biadab dan tidak takut menyakiti Rasulullah dengan kata-katanya, menghalang Rasulullah dan merasa sombong dengan tindakannya yang biadab itu, berasa bangga dengan kemungkarannya, seolah-olah beliau melakukan sesuatu yang patut disanjung, perangainya ini
telah disebut oleh Allah di dalam firmannya:
Maka ia tidak mengakui kebenaran dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan
mengerjakannya) (al-Qiyaamah: 31)

Dan beliau telah menghalang Rasulullah dari bersembahyang, di hari pertama beliau melihat
Rasulullah bersembahyang di Kaabah. Suatu ketika beliau melintasi di situ dan terlihat
Rasulullah bersembahyang di makam Ibrahim, maka beliau berkata kepada Muhammad (s.a.w):
Wahai Muhammad (s.a.w) bukankah aku telah larangkau bersembahyang di sini. Beliau
bertindak keras dan mengutuk Baginda penuh herdik dan menggertak: Wahai Muhammad
dengan apa yang kau maksud hendak mengutuk daku? Demi Allah sesungguhnya akulah
orang terbanyak penyokong di lembah ini, dengan itu Allah menurunkan firmanNya:
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya), (al-'Alaq: 17)

Dalam satu riwayat menceritakan bahawa Rasulullah telah memegang leher bajunya dan
menggoncang-goncangnya sambil berkata:
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (al-Qiyaamah: 34-35)

Maka jawab musuh Allah itu: Wahai Muhammad, kau hendak mengugut daku? Demi Allah,
tidak kau dan tuhan kau berbuat apa-apa pun dengan daku, akulah orang yang termulia yang
bergerak di antara bukit bukau bumi ini. Abu Jahal masih tidak sedar lagi dari keruntuhan dan
kejatuhan maruahnya tadi, malah semakin menjadi-jadi kenakalannya. Al-Imam Muslim telah
mengeluarkan hadith dari Abu Hurairah: Abu Jahal telah berkata: Muhammad boleh bersujud
mukanya ke tanah di hadapan kamu? Jawab mereka! Ya! kata Abu Jahal: Demi al-Lata dan al-
Uzza sekali ini akan ku lanyak tengkoknya sekiranya aku lihat dia sedang sujud. Allah izinkan
beliau masuk ke perkarangan Kaabah, beliau terlihat Rasulullah sedang bersembahyang, ianya
terus meluru ke hadapan dengan sangkaan beliau dapat memijak tengkok Rasulullah semasa
bersembahyang dan mengemparkan suasana, tapi tiba-tiba beliau berpatah balik dengan
mengangkat kedua-dua tangannya seperti mempertahankan dirinya, bila ditanya! Kenapa wahai
Abu al-Hakim? Jawab Abu Jahal: Sebenarnya terhalang di antara daku dan Muhammad satu
parit api, dan yang itu pula dengan sayap-sayapnya. Ulas Rasulullah: Kalau dia hampiri daku
nescaya para lalaikat itu akan mengoyak-ngoyaknya sendi demi sendi. Ini adalah
pencerobohan ke atas diri Rasulullah yang keperibadian unggul itu, warak dan disegani orang
ramai di samping kekebalan penjagaan Abu Talib tokoh yang hormati di Makkah.
Adapun kaum muslimin yang lain terutamanya golongan lemah dan daif, pencerobohan ke atas
mereka memang mengganas, malah setiap qabilah telah membentuk barisan menyiksanya
yang tersendiri bertujuan untuk mendera dan menyiksa anggota qabilahnya yang memeluk
Islam dan orang yang tidak mempunyai qabilah, pihak musyrikin telah mengerah agar golongan
awam dan pemukanya untuk membelasah mereka dengan berbagai penyiksaan-penyiksaan
yang ngeri ceritanya lagi menggerunkan.

Sekiranya Abu Jahal mendapat tahu ada seorang bangsawan memeluk Islam beliau mencemuh
dan mengkritiknya seterusnya mengugut untuk menjadikan beliau seorang yang muflis dan
hilang dudukannya, tapi kalau yang memeluk itu lemah dan daif beliau akan memukul-mukul
dan memperdayakannya.

Bapa saudara Uthman bin Affan pernah membungkus beliau ke dalam tikar daun kurma
kemudian melayurkannya dengan asap dari bawah. Ketika Ibu Mus'ab bin Umair mengetahui
penganutannya dengan Islam, beliau menahan dan menghalaunya luar dari rumah sedang
sebelum ini beliau adalah antara orang yang mewah, namun setelah menganut Islam kerana
penyiksaan kulit beliau menjadi kerutu dan bersisik seperti kulit.
Bilal bin Rabah adalah hamba Umaiyah bin Khalaf Jumahi, Umaiyah bertindak di luar batasan
kemanusiaan, menambat Bilal dengan tali ditengkoknya dan menyuruh budak-budak
menariknya seperti menarik seekor binatang tali berikat dileher. Budak-budak ini menyeretnya
mengelilingi merata kampung dan mengelilingi bukit-bukit Makkah, hingga berparut lehernya
kesan dari jerutan tali. Umaiyah merentap tali di leher Bilal ke hadapan sekuat-kuat dan
memukulnya dengan tongkat, memaksanya duduk di tengah panas matahari terik, menahan
makanan dan yang dahsyat dari itu Umaiyah membawa Bilal di tengahari yang terik ke padang
pasir Makkah dan membaringkannya di sana dengan meletakkan ketulan batu besar ke atas
dadanya sambil berkata, aku akan angkat ketulan ini kecuali setelah kau mati atau kau kufur
dengan agama Muhammad ini dan kembali menyembah al-Lata dan al-Uzza. Dalam keadaan
begini Bilal tetap mengucap: Ahad, Ahad (Yang Esa, Yang Esa) dengan kehendak Allah di
masa itu Abu Bakr lalu di situ sambil Bilal dengan keadaannya yang terbaring. Abu Bakr pun
membeli Bilal di mana satu riwayat mengatakan dengan nilai seorang budak hamba lain, dan
diriwayat lain mengatakan dengan harga tujuh Auqouaj atau lima perak. Kemudian beliau
membebaskan Bilal.

Ammar bin Yasir (r.a) adalah hamba kepada Bani Makhzum, beliau memeluk Islam bersama-sama bapa dan ibunya, kafir musyrikin membawa mereka semua ke tengah padang pasir
semasa tengahari panas membakar, di sana mereka disiksa, di suatu ketika semasa mereka
sedang menghadapi penyiksaan, Rasulullah berlalu di situ dan Baginda berkata: Bersabarlah
wahai keluarga Yasir janji kamu adalah syurga. Yasir mati kerana penyiksaan, ibunya Sumaiyah
adalah Syahidah Pertama meninggal dunia, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal dengan
menyula tombaknya melalui farajnya. Mereka menyiksa Ammar dengan berbagai cara yang ada
pada mereka di ketika itu, sesekali menjemurnya di tengah panas matahari dan diketika yang
lain dengan meletakkan batu-batu pejal ke atas dadanya. Sekali yang lain dengan
mencampakkannya ke dalam air. Mereka berkata: Kami tidak akan melepaskan kamu kecuali
setelah kau caci Muhammad atau kau puji sanjung al-Lata dan al-Uzza, akhirnya beliau
bersetuju untuk berbuat demikian dengan terpaksa tapi setelah itu beliau datang menemui
Rasulullah (s.a.w) menangis dan meminta maaf di atas perbuatannya itu, untuk itu Allah
menurunkan firman-Nya:
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari
Allah), kecuali orang yang dipciksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan
iman" (an-Nahl: 106)

Abu Fakihah, nama sebenarnya Aflah seorang hamba Bani Abdu al-Dar, beliau telah disiksa
oleh tuannya dengan memberkas kakinya dengan seutas tali kemudian menyeretnya ke atas
tanah.

Manakala Khabab bin al-Arat hamba Ummu Anmar binti Siba' al-Khuza'iyah, pihak musyrikin
menyiksanya dengan berbagai cara penyiksaan, sesekali mereka merentap rambut sekuat-kuatnya, memulas-mulas tengkoknya sehabis-habisnya, membaringkannya di atas batu-batu
panas dan menghempas dengan batu-batu lain ke atasnya, hingga tidak terdaya untuk beliau
bangun.

Nasib Zinnirah Ummu 'Ais al-Nahdiyah dan anaknya adalah hamba-hamba yang memeluk
Islam, tidak kurang dari nasib orang lain. Kaum musyrikun menyiksa mereka dengan berbagai-bagai cara sepertimana yang diperbuat ke atas orang-orang lain.

Seorang lagi ialah hamba perempuan Bani Mu'ammil dari Qabilah Bani 'Adi. Umar bin al-Khattab semasa kufurya bertanggungjawab menyebatnya sampai jemu beliau memukulnya, dan berkata aku tak akan tinggalnya kecuali setelah berasa jemu. Kesemua hamba-hamba ini telah dibeli dan dibebaskan mereka oleh Abu Bakr sebagaimana beliau memerdekakan Bilal dan Amir bin Fahirah.

Sesetengah sahabat yang lain yang baru memeluk Islam di siksa oleh musyrikin dengan
membalutkan mereka ke dalam belulang lembu dan unta untuk dijemur dipanas matahari terik,
yang lain disarungkan ke dalam baju besi dijemur di atas batu-batu yang membakar di padang
pasir. Senarai mereka yang disiksa kerana mentauhidkan Allah panjang dan menyayat hati, tak
seorang pun bila diketahui kelslamannya akan terlepas dari siksaan musyrikin.


PEMBOIKOTAN RAMAI

Dalam tempoh empat minggu terjadi empat peristiwa besar mengenai kaum musyrikin. Pertama, Hamzah memeluk Islam, kedua Umar memeluk Islam, ketiga penolakan Rasulullah terhadap tawaran yang diajukan kepadanya, keempat persetujuan Banu al-Muttalib dan Banu Hasyim, muslim dan kafirya secara bersama untuk memberi perlindungan dan pertahanan terhadap Muhammad, peristiwa-peristiwa ini menjadikan kaum musyrikin kebingungan dan memang sewajarnya mereka kebingungan. Mereka tahu bahawajika sekiranya mereka bertindak
membunuh Muhammad akibatnya buruk di mana lembah Makkah akan mengalir dengan darah-darah mereka sendiri, malah mungkin akan membawa kepada kemusnahan mereka ke akar
umbi, mereka pasti kesemuanya ini, untuk itu mereka bertindak menindas dan bukan
membunuh, namun ianya lebih berat dan perit dari masa-masa yang lalu.


PIAGAM PENYIKSAAN DAN KEZALIMAN

Musyrikin Quraisy dan penyokong-penyokongnya berkumpul dan bermesyuarat di halaman
Banu Kinanah di Lembah al-Makhsab, mereka bersumpah setia untuk memusuhi Banu Hasyim
dan Banu al-Muttalib, untuk tidak berkahwin, bermesyuarat, berkomunikasi, berziarah dan
mencampuri mereka, kecuali setelah mereka menyerah Muhammad untuk dibunuh. Supaya
piagam yang mereka sepakati itu direalisasikan maka mereka buktikannya sekeping watikah
yang membawa maksud:
"Supaya mereka tidak menerima dari Banu Hasyim sebarang perdamaian selama-lamanya dan
tidak akan berkasihan belas dengan mereka kecuali apabila mereka menyerah Muhammad
untuk dibunuh"

Mengenai perkara ini Ibnu al-Qayyim menyebut: Piagam ini telah ditulis oleh Mansur bin
Ikramah bin Amir bin Hasyim, tapi ada pendapat mengatakan tulisan itu dibuat oleh Nadhr bin
al-Harith, namun pendapat yang sahih ialah Baghidh bin Amir bin Hasyim di mana Rasulullah
berdoa dan bersumpah ke atasnya dengan takdir Allah tangannya yang menulis piagam itu
lumpuh. Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan itu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua mereka terkurung di lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh kebangkitan Rasulullah.


TIGA TAHUN DI LORONG ABU TALIB

Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan
yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke
tangan kaum muslimm. Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak
kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga
boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan,
kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli
keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari
luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang
keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya.

Di suatu ketika Hakim bin Hizam membawa gandum untuk emak saudaranya iaitu Khadijah (r.a),
telah dihalang oleh Abu Jahal, beliau melarang dan mencegah hingga terpaksa pula Abu al-Bukhturi Tnasuk campurtangan dan membiarkan Hakim menyampaikan juga gandum berkenaan kepada Khadijah emak saudaranya itu.

Abu Talib amat prihatin tehadap Rasulullah, hinggakan apabila orang semua hendak tidur
beliau menyuruh Rasulullah tidur di tempatnya, supaya dapat pula beliau melihat sesiapa
sahaja yang cuba membunuh Rasulullah, dan apabila semua orang nyenyak tidur, sekali lagi
Abu Talib menyuruh salah seorang anaknya atau saudaranya atau anak saudaranya tidur di
tempat Rasulullah di samping menyuruh membawa kelengkapan tidur mereka.

Rasulullah bersama kaum muslimin akan keluar dari situ di musim haji, untuk menyeru orang
ramai kepada Islam. Gelagat dan tindakan nakal Abu Lahab telahpun kita perkatakan sebelum
ini.


PELANGGARAN PIAGAM

Tiga tahun berlalu keadaan tetap seperti itu juga, walau macam manapun pada bulan Muharam
tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah berlaku pelanggaran dan pencerobohan ke atas
piagam perjanjian musyrikin kerana di kalangan Quraisy sendiri ada yang bersetuju dan ada
yang tidak bersetuju dengan piagam itu malah membangkangnya, lantaran itulah  antara
mereka ada yang berusaha mencerobohi dan melanggar piagam berkenaan.
Orang pertama yang berusaha ke arah itu ialah Hisyam bin Amru dari qabilah Banu Amir bin
Luai, beliau sering berhubung secara rahsia di malam hari dengan Banu Hasyim dengan
membawa makanan, beliau selalunya menemui Zuhair bin Abi Umaiyah al-Makhzumi, sedang
ibunya adalah Atikah binti Abdul al-Muttalib, suatu hari beliau telah bercakap dengan Zuhair bin
Abi Umaiyah katanya: Wahai Zuhair! Kamu boleh rela had untuk memakan dan meminum
sedang bapa-bapa saudara kamu, seperti kau tahulah. Jawab Zuhair: Baiklah, apa aku boleh
buat, aku seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersama ku, dah lama ku langgar
piagam itu. Kata Hisham: Aku ada orang kedua? Tanya Zuhair: Siapa orangnnya? Jawab
Hisham: Aku! kata Zuhair: Kita perlu orang ketiga.

Dengan itu beliau terus pergi menemui al-Mut'am bin 'Adi, beliau menyebut kepada al-Mut'am
mengenai anak cucu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib. Kedua-duanya adalah keturunan
Abdul Manaf, dan beliau mengecamnya di atas persetujuannya dengan Quraisy dan dengan
piagam yang zaiim lagi menindas itu. Kata al-Mut'am: Baiklah, apa aku nak buat, kan aku ini
seorang diri sahaja. Kata Hasyim: Aku dah ketemu dengan orang kedua. Kata Mut'am: Siapa?
Jawab Hasyim: Aku sendiri. Kata al-Mut'am: Kita perlu orang ketiga. Kata Hasyim: Pun sudah
aku ketemuinya. Kata al-Mut'am; Siapa orangnya? Jawab Hasyim: Zuhair bin Abi Umaiyah.
Kata al-Mut'am: Kita perlukan orang keempat.
Kali ini Hasyim pergi bertemu Abi al-Bukhturi bin Hisyam, beliau menyuarakan pendapatnya
seperti dikemukakan kepada al-Mufam, kata al-Mut'am: Ada tak orang lain yang boleh
membantu usaha kita ini, jawab Hasyim, Tanya al-Bukhturi; Siapa-siapa, mereka itu, jawab
Hisyam: Zuhair bin Abi Umaiyah, al-Mutam bin Adi dan aku tetap bersama kau, kata al-Bukhturi
aku orang kelima.

Hisyam berkejar ke rumah Zama'ah bin al-Aswad bin al-Muttalib bin Asad, beliau
mengemukakkan cadangannya itu kepada Zum'ah: Ada tak orang lain yang menyetujui perkara
ini? kata Hisyam: memanglah ada orangnya, kemudian beliau membilang dengan menyebut
nama-nama mereka, kemudian mereka semua bermesyuarat di al-Hujun, di mana mereka
berjanji untuk memecah dan melanggar piagam yang zalim itu, kata Zuhair: Biar aku orang
yang pertama menyuarakan perkara ini.

Sebaik sahaja subuh menjelang mereka pun segera ke kelab pertemuan, Zuhair dengan
pakaian istimewanya, bertawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali kemudian beliau terus
berhadapan orang ramai di situ dan melaung dengan katanya: Wahai penduduk Makkah,
apakah kita memakan makanan dan memakai pakaian, sedang Banu Hasyim susah kelaparan,
tidak dibenar berjual beli dengan mereka? Demi Allah aku tidak akan berdiam diri aku pecah
dan langgar piagam yang zaiim itu.

Kata Abu Jahal yang sedang berada di penjuru masjid. Itu adalah dusta darimu, demi Allah kau
tidak akan melanggar piagam yang kita persetujui itu. Kata Zam'ah: Kerana kami tidak setuju
piagam yang amat berdusta, kerana kami tidak setuju piagam itu dituliskan cuma kamu yang
beria-ia sangat seperti yang tertulis itu, kata Abu al-Bukhturi: Memang kau benar wahai Zam'ah,
sesungguhnya kami tidak rela dengan penulisannya itu dan kami tidak mengakuinya.
Kata al-Mut’am bin 'Adi pula: Kaniu berdua memang benar yang lain-lain itu dusta belaka, kami
adalah bebas dihadapan Allah dengan segala apa yang tertulis. Hisyam pun berkata pula, sama
seperti yang dibicarakan oleh kawannya yang lain. Kata Abu Jahal: perkara ini sudah diatur
dalam satu malam, di mana kamu bermesyuarat bukan di tempat ini.

Ketika perdebatan sedang berlaku, Abu Talib berada di suatu penjuru masjid, beliau datang ke
sini kerana Allah telah memberi tahu kepada Rasul-Nya mengenai piagam yang mereka tulisnya
itu, di mana Allah telah memusnahkannya dengan menghantar anai-anai memakannya, segala
yang tertulis habis digeritnya, mana-mana sebutan zaiim, penganiayaan dan penindasan
dimakannya, kecuali sebutan nama Allah sahaja yang ditinggalkannya, hal ini diceritakan
kepada bapa saudaranya, untuk itu Abu Talib keluar menemui Quraisy, dan terus beliau
menceritakan kepada mereka seperti apa yang telah dikisahkan oleh anak saudaranya
Muhammad (s.a.w), sekiranya beliau berdusta aku beri laluan untuk kamu bertindak
terhadapnya, tapi kalau beliau benar hendaklah kamu tarik balik tindakan kamu itu. Kata
mereka: Ya! itulah yang adil dan wajar.

Setelah berlaku perbicaraan hangat antara orang ramai dan Abu Jahal, akhirnya al-Mut'am
bangun dan pergi mengambil lambaran piagam untuk dimusnahkannya, tiba-tiba didapati anai-anai telahpun menggeritnya kecuali lafaz Bismika Allahhumma dan mana-mana lafaz yang
tersebut nama Allah sahaja yang tidak dimakannya. Dengan itu selesai pemecahan dan pelanggaran ke atas piagam, dengannya Rasulullah dan orang-orang yang bersama-samanya keluar dari lorong penempatan mereka, dengan itu juga pihak musyrikin dapat menyaksi sebahagian tanda keagungan kenabian, walaupun demikian mereka tetap sebagaimana yang dikisahkan Allah mengenainya:
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar
sambil berkata
"(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku". (al-Qamar: 2)

Malah mereka terus berpaling tadah dari tanda-tanda dan ayat-ayat Allah ini dan mereka
semakin kufur.


PERWAKILAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB UNTUK KALI TERAKHIR

Rasulullah telahpun keluar dari lorong Abu Talib namun baginda tetap menjalankan tugasnya
seperti biasa, dan Quraisy pula walaupun telah meninggal pemboikotan namun mereka masih
juga dengan sikap penindasan ke atas orang-orang Islam dan menghalang kerja-kerja dakwah
kejalan Allah, sedemikian dengan Abu Talib dengan sikapnya yang amat prihatin dan
penjagaan rapi terhadap diri Rasulullah, usia Abu Talib kini sudah pun melewati lapan puluh
tahun, kesengsaraan dan peristiwa-peristiwa besar yang silih berganti itu, terutamanya
pemulauan ekonomi telah menyebabkan sendi-sendi tulangnya semakin lemah, tulang
belakangnya bagai terpatah, tidak selang berapa bulan selepas mereka keluar dari
pengurungan tiba-tiba beliau telah diserang penyakit yang berat dan menekan, pihak musyrikin
pun curiga akan terjejas nama baik mereka di kalangan bangsa Arab, sekiranya suatu yang
buruk tidak diingini akan terjadi ke atas anak saudaranya itu, selepas kematiannya nanti, untuk
itu mereka mencuba sekali lagi untuk berbincang dengan Muhammad dengan kehadirannya
sekali, dan mereka akan bertolak ansur dengan syarat yang mereka berkeras dengannya
dimasa-masa yang lalu, dengan itu Quraisy telah mengutus perwakilannya menemui Abu Talib
Ibnu Ishak dan yang lain-lain meriwayatkan dengan katanya: Setelah Abu Talib mengadu hal
kesakitannya, dan beritanya ini telah sampai kepengetahuan Quraisy, maka mereka
bermesyuarat sesama mereka.

Kini Hamzah dan Umar sudah pun menganut Islam, cerita mengenai Muhammad dan usahanya
semakin berkembang di kalangan kabilah-kabilah Quraisy, kata mereka: Ayuh kita menemui
Abu Talib, kita pinta supaya beliau menekan anak saudaranya itu untuk menerima syarat-syarat
kita, demi Allah kita curiga mereka (kaum muslimin) akan meriguasai kita. Riwayat dalam lafaz
lain berbunyi: Sebenarnya kita takut, nanti orang tua itu akan mati dan Muhammad pula dapat
menguasai suasana, habislah kewibawaan kita, hingga seluruh bangsa Arab memperlecehkan
kita, dan mereka akan mengatakan: Dulu mereka membiarkannya hingga apabila bapa
saudaranya mati baru mereka kerjakannya. Dengan itu mereka pergi menemui Abu Talib dan
berbincang dengannya, mereka semua adalah pemuka-pemuka kaum yang terdiri dari: Utbah
bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Abu Jahal bin Hisyam, Umaiyah bin Khalaf dan Abu Sufian
bin Harb adalah tokoh yang mengepalai rombongan seramai dua puluh lima orang ini, kata
mereka: Wahai Abu Talib kau sebenarnya adalah sebahagian dari kami, sebagaimana yang
diketahui, kita semua sudah pun lanjut usia, kami pun takut juga hal yang akan menemui kau itu,
sebagaimana yang kau tahu hal yang terjadi di antara kami dan anak saudaramu itu, cuba kau
pinta kepadanya, dan beliau boleh membuat syarat kepada kami dan beliau pula hams
menerima sesuatu dari kami, supaya beliau berhenti mengecam kami dan kami pun boleh
berhenti menentangnya, dan hendaklah beliau membiarkan kami dengan agama kami, dan
disebaliknya kami akan membiarkan beliau dengan agamanya. Lalu Abu Talib menjemput
Rasulullah, dan Rasulullah pun segera tiba, terus beliau berkata: Wahai anak saudaraku ini
semua adalah pembesar-pembesar kaum kau, mereka berkumpul kemari, semata-mata untuk
kau untuk menawarkan kau sesuatu dan untuk menerima sesuatu darimu.

Kemudian Abu Talib menyampaikan hal yang dikemukakan oleh mereka tadi, iaitu untuk sama-sama tidak mengganggu pihak yang lain. Jawab Rasulullah: Apa pendapat kamu sekiranya aku
kemukakan kepada kamu satu perkataan yang apabila kamu ucapkannya kamu akan
menguasai seluruh bangsa Arab, dan bangsa-bangsa lain akan tunduk kepada kamu. Dalam
perkataan yang lain pula bahawa, Baginda berbicara kepada Abu Talib dengan katanya: Daku
mahu, semua mereka berada dalam kalimah yang satu, yang apabila mereka ucapkan kalimah
itu seluruh bangsa Arab akan tunduk kepada mereka dan bangsa asing akan membayar ufti
kepada mereka. Dan dalam lafaz yang lain pula, kata Baginda: Wahai bapa saudaraku, boleh
tak ayahnda serukan mereka kepada suatu yang lebih baik untuk mereka, kata Abu Talib:
Sebutlah apa yang hendak kau serukan mereka itu? Jawab Baginda: Aku mengajak mereka
untuk melafazkan satu kalimah yang apabila mereka lakukan seluruh bangsa Arab akan tunduk
akur kepada mereka, malah mereka akan menguasai seluruh bangsa-bangsa asing.

Manakala lafaz dari riwayat Ibnu Ishak berbunyi: Hanya satu kalimah sahaja, kamu ucapkannya
nescaya kamu akan menguasai bangsa Arab, dan bangsa asing pula akan tunduk kepada
kamu. Setelah mana Rasulullah menyebut kata-katanya ini mereka semua berhenti dan
kebingungan, dan bagaimana hendak menolak tawaran hanya satu kalimah yang amat
berfaedah sekali bagi mereka, lantas Abu Jahal pun berkata: Apa dia perkataan itu? demi bapa
engkau, mudah sangat, kami boleh ucapkannya dan sepuluh yang lain pun tidak mengapa,
jawab Rasulullah: Ucaplah "lailahaillallah " di samping kamu menolak seluruh penyembahan-penyembahan yang lain. Dengan itu mereka semua menepuk-nepuk tangan mereka dan
berkata: Wahai Muhammad, kamu hendak kami jadikan tuhan-tuhan yang banyak itu satu tuhan
sahaja? Ini tidak boleh jadi, ini perkara yang menghairankan.
Selepas itu mereka berkata sesama mereka: Demi Allah sesungguhnya orang ini (iaitu
Muhammad), tidak akan memberi suatu pun kepada kamu, ayuh beredar dari sini, dan teruskan
dengan agama nenek moyang kita dahulu, hingga Allah sahaja yang menghukumkan di antara
kita dan dia. Dengan itu mereka semua bersurai.

Mengenai mereka ini Allah menurunkan wahyunya:
Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan
pengajaran. (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak
berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka
menentang kebenaran. (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar)
yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat
itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab. Dan mereka (yang
mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh
seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu
berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. " Patutkah ia menafikan tuhantuhan
yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah
satu perkara yang menakjubkan!" Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka
(memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek
kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu
perkara yang amat dikehendaki. " Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan
Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta
semata-mata". (Shaad: 1-7)


TAHUN PERKABUNGAN

Kematian Abu Talib
Kegeringan Abu Talib semakin menekan, tidak berapa lama beliau pun meninggal dunia,
kematian beliau adalah dibulan Rejab' tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah, iaitu enam
bulan selepas keluar dari pengepungan di lorong Abi Talib, ada pendapat yang menyebut beliau
meninggal di bulan Ramadhan tiga bulan sebelum kewafatan Khadijah (r.a).

Dalam sahih Bukhari hadis yang diriwayatkan dari Said al-Musayyab: Bahawa Abu Talib ketika
hampir kewafatannya beliau telah dihadiri oleh Rasulullah di sampingnya juga Abu Jahal, di sini
Baginda menyeru Abu Talib: Wahai ayahanda sebutlah "lailahaillallah" satu kalimah yang boleh
ku berhujah dengannya di hadapan Allah esok. Kata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyah:
Wahai Abu Talib: Mahu kau tinggal agama bapa kau Abdul Muttalib? Beginilah keadaan mereka
berdua, tarik menarik Abu Talib ke pihaknya, akhirnya Abu Talib menyebut: Aku di dalam
agama Abdul Muttalib bersama dengan hembusan nafas terakhir, di ketika itu Rasulullah
berkata: Sesungguhnya akan ku beristighfar untuk kau selagi mana aku tidak ditegah berbuat
sesuatu untuk kau. Di masa itu turunlah wahyu Allah: yang bermaksud:
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang yang beriman, meminta ampiin bagi orang yang
musyrik, sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang
musyrik itu adalah ahli neraka. (at-Taubah: 113)
Dan turun juga ayat:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), (al-Qashas: 56)

Tidak perlu untuk menjelaskan lagi bagaimana Abu Talib ini merupakan penjaga dan benteng
kepada Rasulullah, hingga dakwah Islamiah boleh bertahan di sebaliknya, dari serangan kaum
sufaha dan elit, tetapi beliau tetap dengan agama datuk moyangnya, sesungguhnya beliau
gagal di sisi Allah. Dalam sahih al-Bukhari satu riwayat dari al-Abbas bin Abdul al-Muttalib
yang berkata kepada Rasulullah: Kau tidak boleh memanfaatkan bapa saudara mu itu, beliau
mempertahankan dan membela kau, kata Rasulullah: Beliau di hujung api neraka, kalau tidak
kerana aku, sudah pasti di lapisan terbawah api neraka.

Dari Abi Said al-Khudri, meriwayatkan, bahawa beliau mendengar Rasulullah menyebut tentang
bapa saudaranya, dengan sabdanya yang bermaksud:
"Semoga syafaat ku boleh memanafaatkan beliau di hari Qiamat nanti, beliau diletakkan di
hujung api neraka sampai membakar dua tumitnya "


KHADIJAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Lebih kurang dua atau tiga bulan selepas kematian Abu Talib, Khadijah pula kembali ke
rahmatullah, kewafatan beliau ialah di dalam bulan Ramadhan tahun kesepuluh kebangkitan
Rasulullah, dalam lingkungan usia lima puluh enam tahun manakala Rasulullah berusia lima
puluh tahun. Sesungguhnya Khadijah adalah ni'mat dan anugerah yang teragung kepada Rasulullah, beliau bersama-sama Rasulullah untuk selama suku abad mencucuri Baginda dengan belai kasih sayang terhadap Baginda, di saat-saat genting dan meruncing, menyokong Baginda di waktu-waktu kegawatan yang diperlukan kepada sokongan dan bantuan, malah beliau menolong Baginda menyebar ajaran dan risalahnya, bersama-sama Rasulullah ke medan jihad suci, berkongsi kemewahan dan kesusahan dengan harta dan keringatnya pernah Rasulullah
menyebut-nyebut kelebihan Khadijah dengan sabdanya yang bermaksud:
Beliau beriman denganku ketika manusia kufur dengan ku, membenarkan daku ketika manusia
mendustai daku, berkongsikan daku haita-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku,
dan Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengumiakan anak dari yang lain.

Al-Bukhari  dalam sahihnya meriwayatkan hadith dari Abi Hurairah dengan katanya: Jibril
(a.s.), telah mendatangi Nabi Muhammad (s.a.w) dan berkata; Wahai Rasulullah itu dia
Khadijah (r.a.) telah datang bersama-samanya satu bekas, di dalamnya hidangan atau
makanan atau minuman, bila beliau tiba ke hadapanmu, sampaikan kepadanya salam dari
Tuhannya dan beritahu kepadanya berita gembira di mana tersedia untuk beliau sebuah rumah
di dalam syurga, diperbuat dari permata baiduri tiada bising dan gangguan di dalamnya.


DUKACITA YANG SILIH BERGANTI

Dua peristiwa sedih yang menekan, berturut mengoncang perasaan Baginda dan menyayat hati
naluri Rasulullah, dari situ musibah kaumnya bertubi-tubi menimpa Rasulullah, mereka lebih
berani lagi dari masa yang lampau, terang-terangan mengancam Baginda dengan kenakalan
dan penyiksaan. Selepas kematian Abu Talib, Baginda semakin bertambah duka nestapa,
hingga terasa berputus asa dengan mereka, lalu Baginda keluar ke Taif dengan harapan di
sana penduduknya akan menyahut seruannya dan membantu menghadapi kaum Quraisy,
malang di sana tiada siapa yang mahu menyokong dan membantu, malah yang didapati
penentangan yang lebih pahit lagi, Baginda mengalami lebih teruk lagi, dari apa yang diharap
dari kaumnya.

Sebagaimana tekanan semakin hebat ke atas Rasulullah semakin hebat juga penyiksaan ke
atas sahabatnya, hinggakan sahabatnya yang tersayang, Abu Bakr al-Siddiq mengambil
langkah untuk berhijrah keluar dari Makkah, beliau keluar hingga sampai ke Birk al-Ghamad
untuk pergi ke Habsyah, namun beliau telah di bawa pulang oleh Ibnu al-Dughnah dan meletak
di bawah suakanya.

Ibnu Ishak meriwayatkan: Setelah Abu Talib-meninggal dunia, pihak Quraisy mengancam Rasulullah dengan berbagai penyiksaan yang belum pernah dialami semasa hayat Abu Talib, malah golongan bodoh pun berani juga, pernah di suatu hari seorang lelaki bodoh berani menabur pasir ke atas kepala Rasulullah, Baginda memasuki rumahnya dengan tanah dan pasir bertaburan di kepala Baginda, salah seorang puterinya membasuh kepalanya sambil menangis, namun Rasulullah masih menenangkannya: Tak usah kau tangis wahai anakku, sesungguhnya Allah melindungi ayahmu ini. Quraisy tidak melakukan seberat ini, yang paling ku benci, melainkan selepas kematian Abu Talib. Oleh sebab bertubi-tubi penyiksaan di tahun ini maka Baginda menamakan tahun berkenaan dengan tahun perkabungan dan dukacita, dan penamaan ini memang terkenal di dalam sejarah Islam.


PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN SAWDAH (r.a.)

Dalam bulan Syawal di tahun kesepuluh kebangkitan Baginda, Rasulullah telah berkahwin
dengan Sawdah binti Zam'ah, beliau adalah wanita muslimah yang memeluk Islam terulung.
Beliau adalah penghijrah peringkat kedua ke al-Habsyah, suaminya ialah al-Sakran bin Amru
telah memeluk Islam dan berhijrah bersama isterinya Sawdah, tetapi beliau wafat di bumi
Habsyah atau selepas pulang ke Makkah, setelah selesai idahnya Rasulullah meminangnya
dan berkahwin dengannya. Beliau adalah isteri pertama yang dikahwini Rasulullah selepas
peninggalan Khadijah. Selepas beberapa tahun, beliau menghadiahkan gilirannya kepada
Aisyah(r.a).


SECEBIS ULASAN MENGENAI PERKAHWINAN RASULULLAH DENGAN AISYAH ( r.a.)

Bulan Syawal tahun kesembilan kebangkitan Rasulullah, Baginda telah berkahwin dengan
A'isyah al-Siddiqah puteri Abu Bakr al-Siddiq (r.a.), usianya masih enam tahun, di mana
Rasulullah berseketiduran dengannya semasa Baginda berhijrah ke Madinah, iaitu di bulan
Syawal tahun pertama hijrah, ketika itu usianya sudah meningkat sembilan tahun.


FAKTOR-FAKTOR KESABARAN DAN KECEKALAN

Manusia yang tabah pun menyaksi penuh keberanian, malah golongan berfikiran pun bertanya
sesama mereka: Apakah sebab dan faktor yang membawa kaum muslimin boleh sampai ke
peringkat ini dan melewati batas-batas kecekalan yang luar biasa ini? Bagaimana mereka boleh
bertahan dan bersabar menghadapi ancaman dan penyiksaan yang menggerunkan,
penyiksaan yang boleh menggoncang hati-hati yang berani? Memandangkan persoalan yang
muncul di hati-hati naluri manusia, maka kita dapati adalah wajar untuk kita memaparkan
sebahagian dari faktor-faktor ini sebagai petanda sepintas lalu, secara ringkas:

1. Faktor utama di sini ialah keimanan dan keyakinan dengan Allah (SWT), mengenal Allah
dengan ertikata yang sebenar, kerana keimanan yang sejati apabila menguasai hati-hati rijal
ianya menjadi seberat gunung yang tidak mungkin dicabar, manusia yang memiliki iman yang
mantap dan keyakinan yang azam melihat kepahitan dunia, biar seberat mana dan seteruk
mana, bagaikan kiambang yang terapung di permukaan arus air laju menghentak-hentak
empangan dan bendungan, namun ianya tidak mungkin memecah atau menjejaskannya,
demikian orang yang memiliki keimanannya yang mantap ini, langsung tidak menghirau dan
mempedulikan dengan ancaman dan tribulasi yang memenatkan, malah beliau akan merasai
satu kemanisan iman dan keenakan keyakinannya berhadapan dengan semua fitnah ini.
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang
berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. (Al-Ra'd: 17) Dari faktor ini tercawang
beberapa faktor lain yang berpadu, memberi kekuatan kepada kecekalan dan kesabaran.

2. Pimpinan yang menarik hati-hati kepadanya. Rasulullah merupakan pemimpin yang tertinggi
bagi ummah Islamiah, bahkan bagi manusia sejagat, di mana Baginda terhias dengan
keluhuran akhlak, jiwa yang sempurna, budi pekerti yang tinggi, perangai yang mulia dan susila
terpuji, kesemuanya ini membawa hati-hati manusia tertarik dengannya, sanggup dan rela
berkorban apa sahaja untuk mempertahankannya, kesempurnaan Baginda melimpah ruah,
yang sememangnya diidam-idamkan oleh manusia, tidak pernah ada pada mana-mana
manusia, dipersada ini. Baginda merupakan mercu kemuliaan, kebaikan dan kelebihan, contoh
kepada kebersihan jiwa, amanah dan kebenaran, Baginda adalah sumber danjalan kebaikan
yang diakui oleh lawan lebih-lebih lagi taulan, tidak ada kalimah yang diungkapkan melainkan
kesemuanya dipercayai dan diyakini kebenarannya.

Tiga orang tokoh Quraisy telah berbicara sesama mereka, setiap mereka telah pun mendengar al-Quran secara rahsia tanpa diketahui oleh kawannya yang lain, namun diakhirnya rahsia mereka ini terpecah juga, salah seorang mereka telah menyoal Abu Jahal katanya: Apa pendapat tuan mengenai yang tuan dengar dari Muhammad itu? Tanya Abu Jahal: Apa yang engkau dengar? Jawabnya: Kami dan Banu Abdul Manaf telah berlumba-lumba untuk memperolehi kemuliaan, kiranya mereka memberi orang makanan kami pun berbuat demikian, mereka membawa orang ramai, kami pun membawa orang ramai, mereka memberi sesuatu kami pun boleh memberi, sehingga apabila kami hampir seri, perlawanan pejutan kami seolah-olah dua ekor kuda berlumba, hinggalah mereka berkata:
Kami ada nabi yang menerima wahyu dari langit. Dan bilakah kita akan mendapatinya? Jawab
Abu Jahal: Demi Allah aku tidak akan beriman dengannya? Jawab Abu Jahal: Demi Allah aku
tidak akan beriman dengannya atau mempercayainya sama sekali.
Abu Jahal pernah berkata: Wahai Muhammad, sebenamya kami tidak mendustaimu, tetapi
mendustai apa yang kamu bawa itu, maka dengan itu Allah menurunkan wahyu:
Sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang yang zaiim itu mengingkari ayat-ayat
keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata) (al-An'aam: 33)

suatu, hari kafir Quraisy menyindir Rasulullah tiga kali, dengan jelingan mata, pada kali ketiga Rasulullah berkata: Wahai kalian Quraisy aku telah membawakan kamu dengan sembelihan, mereka tersentak dengan kata-kata Baginda itu, hinggakan orang paling memusuhi
Rasulullah pun membuat koreksi diri mereka dengan sesuatu yang terbaik padanya.
Semasa kafir-kafir Makkah mencampak uncang najis ke atas Rasulullah ketika Baginda sedang
sujud, Baginda mendoakan bala ke atas mereka, menyebabkan ketawa mereka terhenti dengan
tiba-tiba, dan kesangsian serta dukacita menyelubungi mereka semua, dan mereka yakin
bahawa mereka pasti binasa.

Baginda pernah mendoa bala ke atas Utbah bin Abu Lahab, sepanjang hayatnya beliau
meyakini di suatli masa pasti doa itu terlaksana, hingga bila beliau melihat singa terus beliau
berkata: Demi Allah Muhammad membunuh daku sedang beliau berada di Makkah.
Ubai bin Khalaf pula mengugut untuk membunuh Rasulullah, tetapi jawab Rasulullah: Malahan
aku yang membunuh kau! Insyaallah. Setelah Ubai ditikam di peperangan Badar, luka hanya
sekadar terguris sedikit dikulit, namun Ubai melaung dengan katanya: Dia telah bersumpah di
Makkah dahulu hendak membunuh daku dengan katanya: Aku yang akan membunuh kau, demi
Allah kalau dia ludah ke mulutku nescaya binasa juga daku. Huraiannya akan menyusul.

Semasa di Makkah Sa'd bin Mu'az telah menyebut kepada Umaiyah bin Khalaf: Sebenarnya
aku telah dengar Rasulullah berkata: Mereka yakin kaum Muslimin akan membunuh kamu,
menyebabkan beliau terperanjat besar dan berjanji untuk tidak keluar dari Makkah, sebab itu
bila digesa oleh Abu Jahal supaya beliau keluar berperang di Badar, beliau telah
memperuntukkan belanja agak besar demi untuk membeli seekor unta pacuan yang terbaik,
untuk membolehkan beliau berkejar lari ke Makkah. Isterinya telah memperingatkan beliau
dengan katanya: Wahai Abu Sofwan, apakah kau telah lupa apa yang telah disebutkan di suatu
ketika dahulu oleh saudaramu al-Yathribi itu? Jawab beliau: Demi Allah, tidak sekali-kali, aku ke
sana pun, bukan untuk masuk ke tengah-tengah medan hanya dipinggirnya sahaja.
Inilah perasaan dan sikap musuh-musuh Rasulullah terhadap Baginda, manakala sikap para
sahabatnya dan mereka bersama Baginda menjadikan Baginda sebagai roh dan jiwa mereka,
Baginda adalah hati dan mata kepada mereka, kecintaan sejati membawa mereka tertarik
kepada Baginda bagaikan air yang mengalir, jiwa-jiwa mereka tertarik kepada Rasulullah
bagaikan besi tertarik kepada tarikan magnet, bak kata penyair:

Gambaran dirinya memenuhi pada setiap jasad Jiwanya menarik setiap hati lelaki.
Natijah kecintaan mereka dan berfana, kerananya, mereka sanggup diri mereka dibinasakan
asalkan Baginda selamat, tidak terguris walau dengan sekerat duri.

Di suatu hari Abu Bakr telah dilanyak oleh kafir Quraisy di kawasan Makkah, dipukul separah-parahnya, Utbah bin Rabi'ah turut sama menerajang dengan tapak kasutnya yang berladam,
menyental-nyental di seluruh mukanya, dan melanyak perutnya hingga tak kelihatan mana
hidungnya mana mukanya. Kemudian diusung di dalam pakaiannya oleh Banu Tamim ke
rumahnya, ketika sampai ke dalam rumah tak seorang pun menyangka yang beliau hidup lagi,
disenja hari baru beliau mula bercakap, dan lafaz yang mula-mula beliau tutur, katanya: Apa
yang Rasulullah buat, mereka yang melingkungi beliau pun marah dan mencelanya, kemudian
mereka pun bangun dan berpesan kepada ibunya Ummu Khair: Tengoklah dia ini? dan suaplah
apa saja, atau berilah minuman kepadanya, setelah ibunya bersendirian dengannya, beliau
menggesa supaya Abu Bakr memakan dan meminum, tapi beliau masih lagi bertanya: Apa
yang telah Rasulullah lakukan? Jawab ibunya: Demi Allah aku pun tidak ada maklumat
mengenainya. Kata Abu Bakr pula: Cuba ibu pergi bertemu Ummu Jamil binti al-Khatab
tanyakan dia mengenai Baginda itu? Lantas ibunya pun keluar hingga bertemu Ummu Jamil
dan berkata: Abu Bakr di rumah sana bertanya khabar mengenai Muhammad bin Abdullah.
Jawab Ummu Jamil: Aku tidak tahulah mengenai Abu Bakr dan tidak tahu juga mengenai
Muhammad bin Abdullah? Tapi kalau pun mahukan aku pergi bersama puan menemui anak
engkau itu boleh aku ke sana. Jawab Umu Khair: Ya! Apa salahnya, beliau terus bersama-sama
Ummu Jamil, didapatinya Abu Bakr terlentang membujur, Ummu Jamil menghampiri beliau dan
berteriak sambil berkata: Demi Allah golongan itu telah mengerjakan kau, sebagai pembalasan
kepada golongan fasik lagi kafir itu, ku berdoa semoga Allah menuntut bela dari mereka itu,
kemudian bertanya Abu Bakr: Apa yang telah Rasulullah lakukan? Jawab Ummu Jamil: Ini
Ibumu sedang mendengar cakapmu itu: Tak usah ragu-ragukan dia. Kata Ummu Jamil lagi:
Baginda selamat dan sempurna. Tanya Abu Bakr: Di mana Baginda? Jawab Ummu Jamil:
Baginda di rumah Ibnu al-Arqam. Kata Abu Bakr: Aku berjanji dengan Allah, aku tidak akan
menjamah sebarang makanan pun atau meminum minuman, kecuali setelah ku menemui
Rasulullah, tetapi mereka berdua menangguhkan pemergian Abu Bakr, sehingga apabila Abu
Bakr kembali tenang dan orang ramai pun dah reda, mereka berdua memapah Abu Bakr
hinggalah mereka masuk menemui Rasulullah (SAW).

Kita akan cuba paparkan di sini gambaran hidup yang sukar ditemui mengenai kecintaan dan
dedikasi golongan awal terhadap diri Rasulullah  dalam beberapa kejadian berasingan,
dalam penulisan ini, terutama kejadian di hari peperangan Uhud dan apa yang telah
dilakukan oleh Khubaib dan mereka yang seumpamanya.

3. Perasaan tanggungjawab {al-syu'ur bit mas'uliyah). Para sahabat seluruhnya penuh
perasaan dan syu'ur di mana manusia keseluruhannya dipikul dengan beban tanggungjawab ini,
tidak boleh dielak atau ditolak dengan sebarang alasan, padah penolakkan tanggungjawab atau
melarikan diri darinya adalah sangat buruk dan berat malah lebih buruk lagi dari penyiksaan itu
sendiri, kerugian yang bakal mereka alami terlalu besarjika dibandingkan dengan kepayahan
yang mereka hadapi, ekoran kesanggupan mereka memikul tugasan ini. Malah kerugian ini
turut ditanggung oleh manusia sejagat.

4.Kepercayaan dengan hari akhirat. Kepercayaan ini adalah sokongan kepada syu'ur
kebertanggungjawapan itu, mereka penuh keyakinan dengan apa yang mereka lakukan, itu
adalah semata-mata untuk Allah Rab al-'Alamin, di mana mereka akan dinilai dan dihisab oleh
Allah dengan yang sekecil-kecil pekerjaan hinggalah kepada yang sebesar-besarnya,
balasannya samada ke syurga nirwana atau neraka jahanam, mereka menghabiskan usia
mereka di antara ketakutan dan harapan, mengharapkan rahmat Tuhan mereka dan takut
dengan azab sengsara-Nya. Pernah golongan sahabat ini memberi sedekah dengan apa yang
dikurniakan kepada mereka, sedang hati-hati mereka berdegup ketakutan dengan sedekah itu,
kalau-kalau tidak diterima. Sesungguhnya mereka kembali kepada Tuhan mereka.Mereka
memang mengenali dunia ini samada azabnya atau kesenangannya tak lebih dari sebelah
sayap nyamuk, berbanding dengan balasan di akhirat. Pengenalan dan makrifat yang
mendalam ini, membawa mereka berasa ringan dengan kepahitan dunia dan kesusahannya,
hingga membawa mereka tidak memberi perhatian langsung kepada dunia dan sengsaranya itu.

5.Al-Quran: Di saat yang meruncing, menakut dan menggerunkan ini, turunlah ayat-ayat al-
Quran, memberi sokongan dan keterangan-keterangan kemas mengenai ajaran dasar al-Islam,
di mana dakwah di peringkat itu berkisar di sekitarnya, dengan usiub danjalan bahasa yang
menarik di masa yang sama menunjuk ajar kepada kaum muslimin jalan yang sebenar, kepada
dasar pembinaan sebuah masyarakat contoh di dunia ini, iaitu masyarakat Islam . Ayat-ayat al-
Quran menyemarakkan perasaan kaum muslimin dan menyegarkan emosi kesabaran dan
kecekalan yang telah menempa contoh unggul kepada umat manusia sejagat:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai
kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu
daripada kamu ? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta bcnda) dan serangan
penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkata mereka yang
beriman dengannya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Maka jawab Rasul:
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh
kepada agama Allah). (al-Baqarah: 214)

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: "Kami beriman ", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan).Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian
yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman,
dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta. (al-Ankabut: 1-3)

Sebagaimana juga ayat-ayat al-Quran menolak tohmah-tohmah kaum kafirin dan mereka yang
engkar, dengan hujah-hujah yang kemas, hingga tidak memberi peluang langsung kepada
mereka untuk menjawab, al-Quran juga memperingatkan mereka kepada akibat-akibat buruk
yang bakal mereka hadapi, kiranya mereka masih berdegil untuk tidak mahu menerima
kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah itu. Peringatan yang jelas dan nyata berdasarkan
kepada hari-hari Allah yang penuh dengan azab-Nya di masa silam dan bukti-bukti sejarah yang
menjelaskan sunnah-sunnah dan ketetapan Allah kepada wali-wali-Nya dan musuh-Nya, dan di
ketika yang lain ayat al-Quran berlembut dengan mereka, dan bertegas memberi kefahaman
dan petunjuk serta bimbingan, agar mereka sedar dari kesesatan mereka yang nyata itu.
Dari sudut yang lain al-Quran membawa kaum muslimin di suatu alam yang lain, membawa
mereka melihat dan menikmati pandangan alam semesta, keindahan ciptaan Ilahi,
kesempurnaan sifat ketuhanan Allah, kesan-kesan kasihan belas Allah dan jelmaan
kesayangan Allah yang mereka nostalgiakan kepadanya, yang tidak dihalang oleh mana-mana
pendinding.

Dalam ayat-ayat ini tersemat percakapan yang dibahasakan kepada kaum muslimin,
memberitahu berita-berita gembira dari Tuhan mereka mengenai rahmat, keredhaan dan
syurga-syurga, di dalamnya nikmat berkekalan. Al-Quran juga mendedahkan kepada kaum
muslimin kedudukan seteru-seteru mereka, kafirin, penzalim, mereka dihukum, dihalau dan
diseret dengan muka tertiarap untuk disumbat ke dalam neraka katanya: Ayuh kecapilah
kejutan neraka Saqar.

6. Berita kejayaan - Al-Bisyarat BiAl-Najah: Walau pun segala kesengsaraan yang dialami oleh
kaum muslimin namun mereka sudah mengetahui sejak di hari pertama mereka menghadapi
tekanan penyiksaan, malah sebelum mereka memeluk Islam, kerana masuk sahaja ke dalam
Islam bererti mereka menempah musibah dan kebinasaan, bahkan dakwah Islamiah itu sendiri
memang matlamat utamanya ialah membenteras jahiliah dan sistemnya yang zaiim, di samping
menyebar luas kekuasaan Islam ke atas kuasa politik dunia, demi untuk membawa umat
manusia seluruhnya ke jalan yang diredhai Allah, membebaskan mereka dari perhambaan
sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah semata-mata.

Di sini al-Quran turun dengan bisyaratnya, kadang-kadang dengan bahasa nyata, kadangkadang
melalui kiasan dan kinayah, di dalam masa yang genting ini dunia bagaikan menjadi
sempit untuk kaum muslimin, suasana persekitaran mencekik mereka, malah membunuh
mereka, di saat-saat seumparna inilah ayat al-Quran turun membawa kisah nabi-nabi silam dah
kaum sebangsa yang mendusta dan menentangnya. Ayat-ayat al-Quran ini mempamirkan
persekitaran dan suasana yang menyamai dengan situasi kaum muslimin di Makkah dan sikap
kaflrnya, seterusnya ayat-ayat al-Quran itu memperturunkan kisah selanjutnya mengenai akibat
dan padah buruk yang diterima oleh penentang-penentang para nabi itu, di mana mereka
dibinasakan oleh Allah di atas kedegilan dan keterlaluan mereka menentang dan mencabar
Allah dan Rasul-Nya diakhiri dengan pelaksanaan janji Allah, di mana bumi Allah dan
kekuasaanNya diperturunkan kepada golongan beriman. Kisah ini memberi isyarat bahawa
kaum kafir Makkah akan menerima nasib yang sama di mana mereka kekal di dalam
penentangan mereka yang berterusan, akhirnya kejayaan berpihak kepada kaum muslimin dan
kepada dakwah Islamiah.

Dalam tempoh-tempoh ini ayat al-Quran terang-terang menjanjikan kemenangan untuk kaum
mukminin. Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran). 0leh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta
bersabarlah) hingga kesuatu masa.Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama
kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu). Maka
tidaklah patut mereka meminta disegerakan awb (yang telah ditetapkan oleh) Kami! Kerana
apabila awb itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang yang
tidak mengindahkan ' amaran yang telah diberikan. (ash-Shaffaat: 171-177)

Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan, dan mereka pula akan berpaling lari.
(al-Qamar: 45)

(Sebenamya mereka hanyalah) satupasukan tentera dari kumpulan-kumpulan (yang menentang kebenaran), yangpada suatu masa kelak tetap akan dikalahkan. (Shaad: 11)

Dan ayat al-Quran turun mengenai mereka yang berhijrah ke Habsyah:
Dan orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh
Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia inipada tempatnya yang balk; dan
sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka
mengetahui. (an-nahl: 41)

Kaum kafir pernah bertanya Rasulullah mengenai nabi Yusuf dan saudaranya maka tumn ayat
al-Quran:
"Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi
beberapa pengajaran bagi orang yang bertanya " (Yusuf: 7)

Kaum kafirin Makkah sebagai pihak yang bertanya akan menerima padah kedegilan mereka,
seperti mana saudara Yusuf menerima akibat tindakan mereka yang terkutuk itu, akhirnya
mereka akan tunduk kepada Yusuf, dan Allah berfirman sebagai memperingati para Rasul:
Dan berkatalah pula orang yang kafir itu kepada Rasul-rasul mereka: "Demi sesungguhnya,
kami akan mengeluarkan kamu dari negeri kami atau kamu menjadi seagama dengan kami".
Lalu Tuhan wahikan kepada Rasul-rasul-Nya: "Demi sesungguhnya! Kami akan membinasakan
orang yang_ wlim. "Dan demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah
binasanya kaum, yang zaiim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang yang takut
akan sikap keadilan-Ku (menghitung amalnya), dan takut akart janji-janji azab-Ku".
(Ibrahim: 13-14)

Semasa meletusnya peperangan di antara Parsi dan Roman, pihak musyrikin mengharapkan
agar Parsi musyrik seperti mereka menang di dalam peperangan berkenaan, sedang kaum
muslimin mengharapkan Roman pula yang menang lantaran mereka sebagai pihak yang
beriman dengan Allah dan para Rasul serta wahyu kitab dan hari akhirat, tetapi kemenangan
berpihak kepada Parsi, dalam hal ini Allah menurunkan ayat al-Quran memberi berita gembira
iaitu kemenangan Roman pada beberapa tahun akan datang, namun ayat al-Quran tidak
berhenti setakat itu sahaja malah terang-terang menyampaikan berita yang lain, iaitu
pertolongan Allah kepada kaum mukminin dengan firmanNya:
Orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. (al-Ruum: 4-5)

Rasululullah sendiri sering menyampaikan khabar gembira bisyarat seperti ini dari semasa ke
semasa, sebagaimana kebiasaan, apabila tibanya musim haji Rasulullah berdiri di pasar Ukaz,
Mijannah dan Zu al-Majaz untuk menyeru orang ramai kepada Islam, menyampaikan risalahnya,
dengan tidak hanya menyampaikan khabar mengenai syurga sahaja malah menjelaskan
kepada mereka dengan sabdanya yang tegas, bermaksud:
"Wahai kalian yang hadir, ucaplah La ilah ha Ilia Allah nescaya kamu berjaya, dengannya kamu
memerintah bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pula akan tunduk kepada kamu, kiranya
kamu mati nescaya kamu sebagai raja-raja di syurga Allah"
Sebelum ini sudah pun kita sebutkanjawapan Rasulullah kepada Utbah bin Rabi'ah semasa
beliau menawarkan Rasulullah kesenangan-kesenangan dunia, di manaUtbah sendiri telah
dapat memahami bahawa usaha Rasulullah ini akan menjadi kenyataan dan realiti di bumi
sejagat.

Demikian juga dengan jawapan Rasulullah kepada perwakilan yang datang menemui Abu Talib,
di mana Rasulullah dengan jelas meminta supaya mereka mengucap dengan satu kalimah
sahaja sebagaijanji dari mereka, dengannya bangsa Arab akan tunduk kepada mereka dan
bangsa-bangsa asing akan mereka kuasai.
Khabbab bin al-Arat telah berkata: Aku telah menemui Rasulullah, semasa itu Baginda sedang
berbantalkan kainnya, dilindungan Kaabah, di ketika itu seluruh mereka menghadapi tentangan
hebat kaum musyirikin, ku berkata kepada Baginda: Tidakkah boleh tuan hamba meminta
pertolongan dari Allah. Rasulullah pun bangun dengan keadaan mukanya merah-merah sambil
bersabda: Sebenarnya orang mukmin yang terdahulu dari kamu pernah disikat belakangnya
dengan sikat besi hingga luluh habis dagingnya, namun tiada suatu pun boleh mengugat
pegangan mereka, pasti Allah akan sempurnakan urusan agama ini, hingga seseorang musafir
dapat berjalan dari San'a hingga ke Hadramaut tanpa takut sesuatu apa pun, selain dari Allah
dan serigala ke atas kambingnya, tetapi kamu beristi'jal dan tergesa-gesa.

Berhadapan dengan bisyarat yang menjanjikan masa yang cemerlang di dunia ini, di samping
harapan yang cerah untuk memiliki syurga Allah, para sahabat melihat penyiksaan yang silih
menimpa mereka dan bala bencana yang mengelilingi mereka tidak lebih dari mendung timur
yang menyelubungi suasana yang tidak lama akan hilang. Rasulullah terus mengukuhkan jiwa
mereka dengan sajian kerohanian dan keimanan, mentazkiahkan hati-hati mereka dengan
ajaran-ajaran al-Quran dan hikmah- hikmahnya, mentarbiahkan mereka dengan latihan yang
membina budi, membimbing jiwa-jiwa mereka ke rnercu kemuliaan diri, kesucian hati,
keheningan susila, kebebasan'dari rantai meterialistik, penentangan hawa nafsu, dan melonjak
syahdu kehadrat Ilahi, Pencipta petala langit dan bumi. Seluruh sanubari mereka dibersihkan,
hingga keluarlah mereka dari buana kegelapan ke alam cahaya dan nur, melatih mereka cekal
hati menghadapi cabaran dan rintangan hawa nafsu, hingga dengannya mereka semakin kukuh
berpegang dengan agama, menolak ke tepi syahwat hawa nafsu, bermatian ke jalan Allah dan
keredhaan-Nya, penuh nostalgia kepada syurga nirwana-Nya, perihatin untuk memperolehi ilmu, bertafaqquh dalam agama, menghitung diri, menunduk runtunan nafsu, mengatasi emosi,
menguasai berontakan perasaan, kesemuanya ditambah dengan kesabaran, ketenangan dan
ketabahan hati.


PERINGKAT KEDUA; SERUAN ISLAM KELUAR MEKAH

Rasulullah (s.a.w.) Di Ta'if:

Pada bulan Syawal tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah bersamaan akhir Jun 619 Masihi,
Rasulullah telah keluar ke Ta'if, yang terletak kurang lebih enam puluh batu dari kota Makkah.
Pemergian Rasul ke sana dan kepulangan Baginda dari sana adalah dengan berjalan kaki,
bersama Baginda ialah suruhannya Zaid bin Harithah, setiap qabilah yang Baginda lewati
dalam perjalanan ke Ta'if Baginda menyeru mereka kepada Islam, namun usaha Baginda itu
tidak seorang pun yang menyahutinya, setibanya Baginda ke bumi Ta'if Baginda mendampingi
tiga adik beradik dari pimpinan Thaqif iaitu Abdul Yalii, Mas'ud dan Habib anak kepada Amru
bin Umair al-Thaqafi, di sana Baginda menyeru mereka kepada Islam dan menyokongnya,
tetapi sebagai jawapannya salah seorang dari mereka berkata: Allah telah mengoyak tirai
Kaabah sekiranya engkau yang diutuskan sebagai nabi. Kata seorang lagi. Tak ada orang
lainkah untuk diutuskan Allah selain dari engkau. Dan kata yang ketiga: Demi Allah aku tak
hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih
merbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta'maka tidak
seharusnya bagiku untuk menjawabnya. Rasulullah pun bangun dari situ dan meminta supaya
mereka tidak mengheboh-hebohkan perbincangan itu.

Rasulullah berada di kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, dengan mengajak mereka
kepada Islam, tidak ada seorang pembesar pun yang tidak didakwahnya, tetapi sebagai
jawapan mereka berkata: Ayuh keluarlah kamu dari bumi ini, seterusnya mereka memprovokasi
dan mengapi-apikan golongan-golongan bodoh dan hamba-hamba sahaya mereka, supaya
memaki hamun Rasulullah, malah mereka berbaris disepanjangjalan keluar ke Ta'if, untuk
melontar Rasulullah dengan anak-anak batu disertai maki cerca dan sumpah hamun yang tak
terperi, hingga pecah dan luka-luka kaki Baginda, darah melumuri kasut Baginda manakala
Zaid bin Harithah pula membentengkan badan Rasulullah dengan dirinya hingga luka
kepalanya, golongan bodoh ini terus menghentam Rasulullah dengan lontaran anak-anak batu
kerikil, hingga terpaksa Rasulullah berlindung di tepi tembok kepiinyaan Utbah dan Syaibah dua
orang anak lelaki Rabi'ah, tembok berkenaanjaraknya tiga batu dari Ta'if, setelah berlindung di
situ barulah budak-budak nakal dan hamba sahaya suruhan kaum di Ta'if reda dan berpatah
balik, di situ Rasulullah berteduh di bawah para pokok anggur dan menyandarkan belakangnya
ke tembok lalu berdoa kepada Allah dengan doa yang amat terkenal, doa itu membayangkan isi
hati Rasulullah yang melimpah dengan dukacita yang amat sangat, dengan apa yang telah
dihadapi di Ta'if sana, dan kesal Baginda yang tak terkira kerana tiada siapa pun yang
menyahut seruan dakwahnya:

"Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan. helahku, kehinaanku
di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan
lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah
kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa
mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan-MU ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat       dari-Mu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahaya-Mu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung dengan-Mu dari terturunnya ke atasku kemurkaan-Mu, atau terturun kemarahan-Mu, bagi kau jua tempat
kembalinya hingga tercapai keredhaan-Mu, tiada day a dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan
".
Setelah diperhati oleh dua orang anak Rabi'ah, tergerak juga perasaan kasihan belas terhadap
Baginda, mereka memanggil budak suruhan mereka yang bernama 'Iddas yang beragama
Nasrani, kata mereka: "Ayuh ambillah segugus buah anggur itu dan pergi serta berikan kepada
orang itu". Bila mana beliau meletakkan ke tangan Rasulullah Baginda pun menerimanya
dengan membaca "Bismillah" Baginda pun memakannya.

Tanya 'Iddas: Bacaan tadi tidak pernah disebut oleh penduduk kampung ini, kata Rasulullah:
Saudara ini dari negeri mana, dan apa pula agama pegangan saudara? Kata 'Iddas: Saya
beragama Nasrani, dari kampung Ninawa. Kata Rasulullah: Dari kampung lelaki salih iaitu
Yunus bin Matta itu? Beliau adalah saudara saya, beliau adalah nabi, dan saya adalah nabi,
dengan itu 'Iddas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya.

Maka berkata kedua-dua anak Rabi'ah di antara satu sama lain: Nampaknya budak suruhan mu
itu sudah dirosakkan. Bila 'Iddas datang menemui kedua-dua tuannya, mereka pun berkata:
Rosaklah kau, apa itu? Jawab 'Iddas: Tidak ada di atas muka bumi suatu pun yang terlebih baik
dari or.'ing itu, beliau telah menceritakan daku hal-hal yang tidak diketahui kecuali oleh seorang
nabi, kata mereka lagi: Rosaklah kau 'Iddas, jangan sampai kau keluar dari agamamu itu,
sesungguhnya agamamu itu lebih baik dari agamanya.

Dengan itu Rasulullah pun berpatah balik ke Makkah iaitu setelah berjalan keluar dari kawasan
kebun anggur tadi, diselubungi perasaan dukacita dan patah hari, setibanya Baginda di
kampung Qarn al-Manazil, Allah mengutus Jibrail (a.s) bersama dengan para malaikat
penguasa gunung-ganang, untuk mendapat perintah dari Baginda untuk menghempap
penduduk Makkah dengan bukit al-Akhsyabain.

Imam al-Bukhari melalui sanadnya menceritakan dengan panjang lebar hadith dari Urwah Ibn
al-Zubair bahawa 'A'isyah (r.a) telah meriwayat hadith kepadanya di mana beliau telah berkata
kepada Rasulullah, Adakah pernah di suatu hari tuan hamba merasa lebih berat dari
peperangan Uhud? Jawab Rasulullah: Daku telah menerima penyiksaan dari kaum kau segalagalanya, yang terlebih berat ku tanggungnya ialah peristiwa hari al-Aqabah di hari itu ku telah memperkenalkan diriku kepada anak Abdul Yalii bin Abdul Kalal, namun mereka tetap tidak menyahut seruanku itu, ku beredar dari situ, membawa diri penuh kehibaan dan duka nestapa, tanpa menyedari kecuali setelah sampai ke Qarn al-Tha'alib yang dikenali sebagai Qarn al-Manazil ku mendongak ke langit, tiba-tiba sahaja ku melihat mendung tebal memayungi daku, ku renung lagi, ku dapati Jibril, beliau menyeru daku dengan katanya: Sesungguhnya Allah
telahpun mendengar kata-kata kaum kau itu dan segalajawapan dan penolakan mereka
terhadapmu itu, justeru itu maka Allah telah mengutus malaikat penguasa gunung-ganang
untuk kau perintahkannya bertindak terhadap kaum kau itu, malaikat penguasa gunung-ganang
tadi memanggil Baginda serta memberi salam pada aku dan berkata: Wahai Muhammad, itu dia
bukit-bukit, apa yang kau mahu, sekiranya kau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit al-
Akhsyabain itu, nescaya ku lakukan. Al-Akhsyabain ialah dua buah bukit di Makkah, iaitu bukit
Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an. Jawab Rasulullah: Tapi apa yang ku harapkan ialah agar Allah
mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang
Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.

Dalam jawapan Baginda kepada Jibril dan Malaikat berkenaan, memperlihatkan keperibadian
Rasulullah yang luar biasa dan memperlihatkan kemuliaan akhlak Rasulullah yang tidak dapat
diduga keagungannya. Rasulullah tersedar dari pertemuan qudus itu dengan ketenangan yang menepu di lubuk nubarinya, lantaran pertolongan Ilahi yang dikurniakan kepada Baginda khusus, dari tujuh petala langit, Rasulullah menyambung perjalanan ke Makkah hingga Baginda sampai ke "Wadi Nakhlah" di mana Baginda tinggal di situ untuk beberapa hari, di Wadi Nakhlah atau Lembah Nakhlah terdapat dua kawasan yang sesuai untuk persinggahan, iaitu al-Sail al-Kabir dan al- Zaimah, kedua-duanya subur dan berair. Namun kami tidak mempunyai rujukan yang boleh menentu secara tepat tempat persinggahan Baginda itu.
Dalam tempoh persinggahan Rasulullah di lembah Nakhlah, Allah (s.w.t) telah mengutus
beberapa jin, di mana Allah menyebut peristiwa ini di dalam dua tempat, satu di dalam surah al-
Ahqaf yang bermaksud:
Dan (Ingatlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu
(wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Qur'an; setelah mereka menghadiri bacananya,
berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk
mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya
(menyiarkan ajaran Al-Qur'an itu dengan) memberi ingatan dan amaran. Mereka berkata:
"Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Qur'an) yang diturunkan
(oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu
daripadanya, lagi memandu kepadakebenaran (tauhid) dan kejalanyang lurus (Agama Islam).
"Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah,
serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa
kamu, dan menyelamatkan kamu dari az.ab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Ahqaaf: 29-31)

Dan satu lagi di dalam surah al-Jin:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahikan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu
rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal
itu kepada kaumnya dengan) berkata: 'Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah
Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguK menakjubkan!. Kitab yang memberi
panduan ke jalan yang betui, lalu kami beriman kepada-Nya, dan kami tidak sekali-kali akan
mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.. (al-Jin: 1-2)

Penceritaannya boleh dilihat dengan jelas hingga ke ayat 15 surah yang sama. Dari jalan
penceritaan ayat-ayat ini dan juga riwayat hadith dalam hubungan tafsir ayat al-Quran
mengenai peristiwa ini, ternyata bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak pun menyedari tentang
kehadiran beberapajin itu, Rasulullah mengetahui setelah Allah memberitahu Rasul-Nya
mengenai kehadiran jin-jin itu, dan kehadiran kumpulan jin ini pun adalah kali pertama dan
dapat difahami juga bahawa jin-jin ini mendatangi majlis Rasulullah berulang kali selepas
kedatangan ini, yang inerupakan sokongan padu Allah yang diberikannya kepada Rasul-Nya
dari alam ghaib, dengan bala tenteranya yang tidak diketahui bilangannya melainkan Dia.
Adapun ayat-ayat yang diturunkan mengenai peristiwa ini, kandungannya membawa bisyarah
kejayaan dakwah Rasulullah. Malah tiada mana-mana kekuatan di dunia ini yang mampu
menghalang penerusan kejayaan ini:
"Dan sesiapa yang tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya kejalan Allah, maka ia
tidak akan dapat melepaskan dm {dari balasan azab, walau ke mana sahaja ia melarikan din) di
bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapa pun - yang lain dari Allah -sebagai pelindung-pelindung
yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata ".
(al-Ahqaaf: 32)

'Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan
dapat melepaskan din dari balasan Allah (walau dimana sahaja kita berada) di bumi, dan kita
juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasan-Nya (walauke langit sekalipun).
(al-Jin: 12)

Berhadapan dengan pertolongan dan bisyarah ini tersingkaplah mendung duka nestapa dan
perasaan putus asa Baginda yang menghantui perjalanan Rasulullah, selepas Baginda keluar
dari Ta'if setelah diburu dan dihalau oleh penduduk di sana, malah pertolongan dan bisyarah ini
telah memberi tekad dan kekuatan baru untuk kembali ke Makkah dan memulakan kerja
dakwahnya dengan satu perancangan baru yang penuh semangat dan azam.
Di ketika ini Zaid bin Harithah bertanya kepada Baginda dengan katanya: Bagaimana pula
tuanhamba hendak masuk ke Makkah, sedang mereka telah mengeluarkan tuan hamba dari
sana? Jawab Baginda: Wahai Zaid, sesungguhnya Allah (s.w.t) telahpun memberi pertolongan
dan jalan keluar, maka sesungguhnya Allah jualah menolong agama-Nya dan membantu
nabi-Nya.

Rasulullah meneruskan perjalanannya, hampir sampai ke Makkah, Rasulullah singgah dan
tinggal di Hira', semasa di situ Rasulullah menghantar seorang utusan dari qabilah Khuza'ah,
untuk menemui al-Akhnas bin Syuraiq untuk memperolehi suaka kepada Baginda, sebagai
tindakbalas al-Akhnas berkata: Aku adalah bersekutu dengan Quraisy dan sekutu tidak boleh
memberi suaka. Dengan itu Rasulullah mengutus kepada Suhail bin Amru, namun Suhail
menjawab: Sebenarnya bani Amir tidak boleh memberi suaka ke atas bani Kaab, maka
seterusnya Rasulullah meminta al-Mut'am bin 'Adi, memberi suaka kepadanya, jawab al-Mut'am:
Ya, aku sanggup memberi suaka untuk kamu, dengan itu beliau mengenakan dirinya dengan
peralatan senjata dan mengajak anak buahnya dan seluruh kaumnya; Ayuh siapkan diri kamu
dengan peralatan dan ambil tempat masing-masing di penjuru Kaabah di Bait al-Haram, kerana
hari ini aku memberi suaka dan perlindungan kepada Muhammad (s.a.w).

Setelah semua mereka bersiap, beliau menghantar utusan kepada Rasulullah menjemput
Baginda memasuki Makkah bersama-sama dengan Zaid bin Harithah, dengan itu Baginda
bersama-sama Zaid pun memasuki Makkah, Baginda berjalan hingga tiba di perkarangan
Kaabah di situlah al-Mut'am bin 'Adi pun bangun di atas tunggangannya sambil melaung: Wahai kalian Quraisy, sebenarnya aku bertanggungjawab memberi suaka perlindungan kepada
Muhammad, oleh yang demikian tidak akan ada seorang pun dari kamu yang memakinya.
Rasulullah berjalan hingga sampai ke sudut Hajar Al-Aswad lalu Baginda menjamahnya dan
bersembahyang dua rakaat, kemudian beredar pulang ke rumahnya, sedang al-Mut'am bin 'Adi
bersiap siaga dengan persenjataan mereka mengawas Rasulullah hingga Baginda memasuki
rumahnya.

Diceritakan bahawa setelah itu Abu Jahal menyoal al-Mut'am katanya: Kamu ini mengikut
Muhammadkah atau memberi suaka perlindungan? Kata al-Mut'am: Bahkan pemberi
perlindungan. Maka jawab Abu Jahal: Ya, kalau demikian maka kami lindungi orang yang kau
lindungi itu.

Jasa al-Mut'am ini, Rasul mengenanginya, di mana Rasulullah mengumumkan mengenai
tawanan Badar sabdanya yang bermaksud:
Kalau al-Mut'am bin 'Adi masih hidup dan meminta supaya kuberlembut dengan tawanan ini
nescaya kulepaskan mereka demi mengenang jasanya dulu.


MEMPERKENALKAN ISLAM KEPADA QABILAH DAN INDIVIDU TERTENTU

Dalam bulan Zulkaedah tahun kesepuluh kebangkitan Baginda bersamaan penghujung bulan
Jun atau permulaan bulan Julai tahun 619 Masihi, Rasulullah telah selamat balik ke Makkah,
dengan niat dan azam untuk memulakan semula pengenalan Islam kepada qabilah-qabilah dan
individu-individu tertentu, semakin hampir dengan musim haji, semakin ramai, orang memasuki
kota Makkah, samada sebagai pejalan kaki, atau menunggang kenderaan yang kekurusan dik
perjalanan jauh, kedatangan berduyung-duyung dari berbagai-bagai pelusuk, dengan satu
tujuan, iaitu mengerjakan ibadat haji, dan untuk memperolehi sesuatu kemanfaatan untuk diri
masing-masing, setemsnya untuk mengingati Allah dalam beberapa hari tertentu, peluang ini
memang Rasulullah menanti-nantinya, Baginda menemui qabilah demi qabilah
memperkenalkan Islam kepada mereka semua dan menyeru kepadanya, iaitu seperti mana
Baginda lakukan mulai tahun keempat kebangkitan Baginda.


QABILAH-QABILAH YANG DIPERKENALKAN ISLAM

Al-Zuhri menceritakan: Antara qabilah yang telah disebutkan namanya kepada kami,
sebagai qabilah yang Rasulullah mengunjungi mereka, dengan memperkenalkan diri Baginda
ialah: Banu Amir bin Sa'sa'ah, Muharib bin Khasfah, Fazarah, Ghassan, Murrah, Hanifah, Salim,
Abs, Banu Nadhr, Banu al-Buka', Kindah, Kalb, al-Harith bin Ka'ab, Uzrah dan al-Hadharimah,
namun tak seorang pun dari mereka ini menyahut seruan Baginda (s.a.w.)
Qabilah-qabilah yang disebutkan oleh al-Zuhri ini tidaklah merupakan qabilah yang
diperkenalkan Islam, hanya sekali sahaja di suatu tahun, malah mereka ini didedahkan
berulang kali di antara tahun keempat kebangkitan Baginda hinggalah ke akhir musim sebelum
hijrah. Namun tidaklah dapat dianggapkan bahawa tahun tersebut adalah musim pendedahan
Islam kepada qabilah tertentu, walau macammana pun memanglah terbuktinya bahawa tahun
berkenaan telah diperkenalkan Islam kepada qabilah tertentu. Mengikut seorang tokoh ulama
yang terkenal al-Mansurfuri, ada beberapa qabilah yang didakwahkan di musim haji di tahun
kesepuluh kebangkitan Rasulullah. Ibnu Ishak telah menceritakan cara pembentangan Islam
kepada mereka dan penolakan mereka terhadap dakwah Rasulullah. Ini dia ringkasannya:

1. Banu Kalb: Rasulullah menziarahi mereka, di antaranya ialah Banu Abdillah, Rasulullah
menyeru mereka kepada Islam, memperkenalkan dirinya, hingga Rasulullah berkata:
Sesungguhnya Allah menyenangi dengan nama yang diberi kepada bapa kamu itu (Abdullah
ertinya Hamba Allah) namun mereka tidak menerimanya.

2. Banu Hanifah: Rasulullah menziarahi kediaman mereka dan mendakwah mereka dan
memperkenalkan dirinya, namun penolakan yang mereka buat terhadap Rasulullah adalah
seburuk cara yang pernah dilakukan oleh bangsa Arab.

3. Rasulullah mendatangi Banu Amir bin Sa'sa'ah, dengan mengajak mereka kepada Allah di
samping memperkenalkan dirinya, maka berkata salah seorang mereka, beliau dikenali sebagai
Bahirah bin Firas: Demi Allah, kalaulah aku ambil pemuda ini dari Quraisy nescaya aku boleh
menguasai dengannya seluruh bangsa Arab, kemudian beliau bertanya Rasulullah: Apa
pandangan kamu sekiranya kami berbai'ah untuk urusan kau itu, kemudian ditakdirkan Allah
engkau dapat mengatasi orang yang menentang kau, apakah kami yang akan memerintah
selepas kau? Jawab Rasulullah: Urusan ini terserah kepada Allah, dialah yang meletakkan
sesuatu di mana sahaja yang dikehendakiNya, kata Bahirah: Apakah kau mendedahkan diri
kami untuk mempertahankan diri kau dari bangsa Arab, kemudian setelah kau berjaya kau akan
menyerahkan kekuasaan itu kepada orang lain pula? Ini tidak boleh jadi dan kami pun tidak
berhajat untuk memikul urusan dan persoalanmu ini, dengan itu mereka semua menolak seruan
Rasulullah.

Setelah Banu Amir pulang ke kampung mereka, mereka ceritakan hal ini kepada seorang
pemimpin mereka yang tidak serta bersama di musim haji itu, justeru usianya sudah turut lanjut,
kata mereka: Ada seorang pemuda dari Quraisy dari Banu Abdul Muttalib, mendakwa dirinya
sebagai nabi, mempelawakan kami untuk mempertahankan dirinya dan bertindak bersamanya
serta mengambil beliau untuk ke kampung kita ini. Orang tua tadi meletakkan kedua-dua
tangannya, ke atas kepalanya dan berkata: Wahai Banu Amir apakah kita berkesempatan?
Sampai tak, kita memperolehi yang hujungnya? Demi jiwa seseorang itu di tanganNya, orang
yang kau sebut itu adalah keturunanjati nabi Ismail, dia adalah benar, di mana pemikiran kamu
semasa kamu berbicara? sebenarnya fikiran kamu tidak memihak kepada kamu!


GOLONGAN BERIMAN BUKAN DARI PENDUDUK MAKKAH

Sebagaimana Rasulullah memperkenalkan Islam kepada qabilah-qabilah dan perwakilan-perwakilan, Baginda juga memperkenalkan kepada individu dan orang perseorangan,
sesetengah mereka menerima dan memberi jawapan yang baik dan tidak kurang juga beberapa
tokoh yang beriman selepas musim haji itu, di sini dipamerkan gambaran ringkas penerimaan
Islam oleh beberapa tokoh.

1. Suwaid bin Somit: Beliau ini adalah seorang penyair yang pintar dari penduduk Yathrib, suku
bangsanya mengelarkan beliau sebagai "al-Kamil" lantaran kecekalan, kcpenyairan,
bangsawan dan keturunan beliau, beliau datang ke Makkah untuk menunai ibadat haji dan
umrah, Rasulullah berkesempatan bertemu dengan beliau lalu di dakwahnya kepada Islam,
dalam kesempatan ini Suwaid berkata, berkemungkinan yang kau bawa itu semulia dengan apa
yang ada bersamaku ini, jawab Rasulullah: Apakah yang bersama kau itu, Jawab Suwaid:
Hikmah Luqman. Kata Rasulullah: Ayuh bawa kemari. Dengan itu beliau pun
mengungkapkannya. Kata Rasulullah: Kata-kata ini adalah baik sekali, namun yang ku bawa ini
lebih baik dari itu, ianya al-Quran turunan Ilahi kepadaku, dianya hidayah dan cahaya, lalu
Baginda membacakannya kepada beliau, malah seterusnya Rasulullah mengajak beliau
kepada Islam, tanpa berlengah beliau pun mengucap dengan dua kalimah syahadah dan
mengulas dengan katanya: Sesungguhnya kata-kata ini amat baik sekali, setibanya Baginda di
Madinah tidak lama beliau meninggal dunia, terbunuh dalam peperangan "Buath" beliau
memeluk Islam di permulaan tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah.

2. lyas bin Mu'az: Beliau adalah seorang remaja penduduk Yathrib turut bersama dalam
rombongan al-Aws, mereka semua datang untuk mengikat janji sekutu dengan Quraisy buat
menentang qabilah al-Khazraj, iaitu sebelum peristiwa peperangan "Buath" yang berlaku di
permulaan tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah, di ketika itu api peperangan sedang
meletus di antara dua qabilah berkenaan itu di Yathrib, justeru al-Aws lebih kecil dari al-Khazraj.
Setelah Rasulullah mengetahui mengenai ketibaan mereka, segera Rasulullah datang menemui
mereka dan berbincang, di mana Rasulullah menawarkan kepada mereka, sebagaimana yang
tersebut dalam sebuah hadith yang bermaksud: Mahu tak aku kemukakan kepada kamu suatu
yang lebih baik dari yang apa kamu datang untuknya? Kata mereka: Apakah tawaran itu?
Jawab Rasulullah; Aku adalah Rasul utusan Allah, diutusnya aku kemari untuk sekelian
hambanya, mengajak mereka menyembah Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apa
jua, diturunkannya ke atasku sebuah kitab, kemudian Baginda menerangkan Islam seterusnya
kepada mereka, dan membaca al-Quran. Kata lyas: Wahai kaumku ini nampaknya lebih baik
dari apa yang kamu datang kerananya, lalu Abu al-Haisar Anas bin Rafi' salah seorang dari
anggota rombongan mengambil segenggam tanah dan dilontarnya kemuka lyas, sambil berkata:
Tinggalkan hal-hal itu, ku bersumpah, sebenarnya kita datang ke sini bukan untuk itu, dengan
itu lyas pun berdiam diri dan Rasulullah pun bangun dari situ, sedang mereka pun berangkat
pulang ke Madinah tanpa berhasil untuk memeteraijanji dengan pihak Quraisy sebagaimana
mereka ke Yathrib, tidak lama kemudian lyas pun meninggal dunia. Diceritakan bahawa lyas
sepanjang hayatnya di Madinah bertahlil, tahmid, tasybih dan berzikir hingga ke akhir hayatnya,
untuk itu tidak diragui bahawa beliau mati dalam iman dan Islam.

3. Abu Zar al-Ghaffari: Beliau juga adalah dari kalangan penduduk Yathrib, berita kebangkitan
seorang Rasul melalui Suwaid bin Somit dan lyas sampai ke pendengaran Abu Zar membawa
beliau menganut Islam. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas katanya: Abu Zar telah
menceritakan dengan katanya: Aku adalah seorang dari qabilah Banu Ghaffar, dan telah
sampai ke pengetahuan kami, telah muncul di Makkah sana seorang lelaki yang mendakwa
dirinya sebagai Nabi, maka dengan itu ku berkata kepada saudaraku: Cuba kamu pergi tengok
lelaki itu kemudian cuba kau bercakap dengannya kemudian bawa kemari apa cerita yang
sebenar, dengan itu beliau pun bertolak ke sana dan bertemu dengan Rasulullah kemudian
pulang segera. Tanya Abu Zar kepada saduaranya itu: Apa yang kau dapat? Jawab
saudaranya: Demi Allah sesungguhnya aku telah mendapati beliau adalah seorang lelaki yang
sentiasa menyuruh manusia melakukan kebaikan semata-mata, di samping melarang dari
melakukan kejahatan, kataku: Ceritamu itu tidak memuaskan, kemudian aku ambil seuncang air
dan tongkat untuk bermusafir ke Makkah, hingga ku tiba di sana, sebenarnya aku pun tidaklah
kenal orangnya, namun aku tidak suka bertanya kepada orang lain, aku membuat rancangan,
iaitu memadai dengan minum air zamzam dan duduk dalam masjid. Kata Abu Zar: Ali bin Abi
Talib pun berlalu di hadapanku dan kata beliau; Tuan ini bagaikan dagang di sini. Jawabku:
Memang benar. Kata Ali: Ayuh ke rumahku, aku pun turut sahaja bersama-sama beliau tanpa
bertanya khabar mengenai diriku dan aku pun seperti itu juga tanpa bertanyanya kepadanya
sesuatu dan tidak pula menceritakan hasrat sebenar ke Makkah ini, bila subuh menjelang ku
pun ke masjid untuk bertanya mengenai diri nabi Allah dan tidak seorang pun di situ,
menceritakan daku mengenainya, bila Ali melalui di hadapanku, beliau berkata: Hai! masih
belum menemui tempat yang hendak dituju itu. Jawabku: Masih belum lagi. Kata Ali: Ayuh ikut
aku, apa urusan kau yang sebenar? Dan apakah yang membawa tuan datang ke negeri ini?
Kataku: Sekiranya tuan boleh rahsiakan urusanku ini bolehlah daku ceritakan. Jawab Ali: Aku
cuba. Kataku: Sebenarnya telah sampai kepengetahuan kami, bahawa di sini ada seorang
mendakwa dirinya sebagai nabi Allah, sebelum ini aku telah mengutus suadaraku untuk
menemuramahnya, tapi kepulangannya dengan maklumat terbatas itu, tidak memuaskan hatiku,
oleh itu aku hendak jumpa beliau sendiri. Jawab Ali: Kau akan diberi petunjuk, kini aku hendak
pergi menemuinya, kau ikut aku di mana aku masuk kamu masuk, sekiranya aku melihat
seorang yang ku curigai, aku akan berhenti di tepi dinding pagar, seolah-olah hendak
membetulkan tali kasutku, kau teruskan sahaja. Dengan itu beliau berjalan aku turut dari
belakang, akhirnya aku masuk bersama beliau, menemui Rasulullah dan ku berkata padanya:
Ayuh perkenalkan Islam kepada ku, Baginda pun terus memperkenalkan Islam kepadaku, aku
pun terus memeluk Islam, tidak sempat berubah tempat, disitulah Baginda berkata kepadaku:
Wahai Abu Zar, hendaklah kau rahsiakan perkara ini, sekarang kau boleh pulang, dan bila
mana sampai pada kau berita perkembangan dan kebangkitan kami, kamu boleh tampil
bersama kami. Ku berkata: Demi Tuhan yang telah mengutuskan kau dengan kebenaran akan
ku ceritakan dan melaung di depan muka mereka. Dengan itu aku pun segera ke masjid, orang
Qquraisy ramai berada di situ, aku pun melaung: Wahai orang-orang Quraisy sekarang dengar
dariku: "Sesungguhnya daku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan daku bersaksi
bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhNya" Lalu mereka semua melaung: Ayuh cepat ada
seorang lagi yang menukar agamanya, mereka semua menerpa ke arah ku dan melanyakku
separuh nyawa, hinggalah al-Abbas datang membebaskan daku, kemudian beliau berhadapan
dengan mereka: Binasa kamu semua, kamu membelasah orang Ghaffar ini? Perjalanan dan
perniagaan kamu melalui perkampungan qabilah Ghaffar, dengan itu mereka pun melepaskan
Abu Zar, namun bila menjelang suboh di keesokkan hari, aku fikir mahu lakukan seperti
kelmarin sekali lagi, aku pun terus meneriak dengan laungan dua kalimah syahadah, sekali lagi
pihak Quraisy telah menerekam kearahku kata mereka: Ayuh lanyak si pulan ini yang telah
keluar dari agama itu, mereka mengerjakan diriku seperti kelmarin, sekali lagi al-Abbas
mendapati ku mendakap daku dan berseru seperti beliau serukan kelmarin.

4. 'Hifail bin Amru al-Dausi: Beliau adalah seorang lelaki mulia, penyair handalan ketua qabilah
Daus, qabilahnya berkuasa autonomi di beberapa bahagian di Yaman, beliau masuk ke Makkah
tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah, penduduk Makkah mengalu-alu kedatangan beliau ke
bumi mereka penuh penghormatan dan kebanggaan mereka menyambut ketibaan Tufail di
samping memberi gambaran buruk mengenai Rasulullah kata mereka: Wahai Tufail, kini kau
telah pun memijak bumi kami justeru itu kami hendak memperingatkan kau mengenai seorang
lelaki, yang telah tampil ke hadapan dan menimbulkan permasalahan yang berat di kalangan
kami, beliau ini telah memecahbelahkan perpaduan di antara kami, memporak-perandakan
penghidupan kami, cakapannya itu seperti hembusan sihir menceraikan di antara bapa dan si
anak lelaki, di antara seseorang dengan kawannya, di antara suami isteri, dan kami ini curiga
kelak akan terjadi kepada kamu seperti apa yang berlaku di kalangan kami, untuk itu jangan
kau berbicara dengannya. Sambung Tufail: Demi Allah, mereka terus mengasak pemikiranku
dengan sogokan-sogokan ini hingga tak ada yang ku dengar melainkan gesaan-gesaan ini,
hingga terpaksaku sumbat telingaku bila hendak ke masjid, supaya tidak masuk lagi ceritacerita
seperti itu. Namun di suatu pagi bila ku sampai di perkarangan masjid, ku dapati
Muhammad sedang berdiri di sisi Kaabah bersembahyang, ku cuba menghampiri beliau, di
mana Allah menghendaki agar ku mendengar beberapa perkataannya, ku dapati kata-katanya
yang baik sekali, hingga ku berkata kepada diriku, demi berjandalah ibuku, dan demi Allah, aku
ini penyair handalan, tidak pernah keliru bagiku mana kata-katajanggal dari kata-kata baik,
apakah tidak berani ku mendengar kata-kata Muhammad ini, kiranya elok aku terima dan
sekiranya buruk ku boleh tolaknya, aku tunggu hingga beliau beredar pulang ke rumahnya,
dengan itu aku ekorinya dari belakang, hingga apabila beliau masuk ke dalam rumahnya aku
pun turut masuk dengan menceritakan kepadanya sebab mengapa ku datang kemari dan
sebelum ini ramai orang menakut-nakutkan daku hingga terpaksa ku menyumbat telingaku
dengan kapas supaya tidak terdengar sebarang perkataan dari cakapan mereka, akhirnya ku
meminta Rasulullah membentangkan kepada ku perutusan yang dibawanya itu, dengan itu
Baginda pun memperkenalkan Islam kepada ku dan membaca kepada ku al-Quran. Demi Allah,
sesungguhnya tidak pernah ku mendengar kata-kata yang lebih cantik dari kata-katanya itu dan
tidak ada persoalan yang lebih saksama dari perkataannya itu, daku terus memeluk Islam
dengan mengucap dua kalimah syahadah dengan sebenarnya, dan ku menegaskan kepada
Baginda dengan kata-kataku: Daku ini orang yang dipatuhi di kalangan bangsa ku, hari ini ku
hendak pulang menemui kaum ku serta menyeru mereka kepada Islam, wahai Rasulullah
pintalah kepada Allah supaya ku dikurniakan satu ayat/tanda, dengan itu Rasulullah pun
berdoalah.

Maka Allah pun mengurniakan kepadanya "tanda" yang apabila beliau mendekati kaumnya,
Allah menjadikan mukanya bercahaya seperti lampu, lalu beliau menyeru: Ya Tuhanku Ya Allah,
jadikanlah bukan di mukaku, kerana ku takut akan dikatakan cahaya itu adalah deraan atau
sumpahan, justeru cahaya pun berpindah ke tungkatnya, di sana beliau telah menyeru bapanya
dan isterinya kepada Islam, mereka berdua pun menganut Islam, namun kaumnya terlewat
sedikit memeluk Islam, walaupun demikian beliau berusaha menyeru kaumnya. Akhirnya
mereka memeluk Islam selepas hijrah, iaitu sebelum peperangan al-Khandak. Jumlah mereka
semua tujuh puluh atau lapan puluh buah rumah. Tufail telah diuji kelslamannya, namun beliau
berakhir penuh kejayaan, akhirnya beliau meninggal sebagai syahid di dalam peperangan al-
Yamamah.

5. Dhamad al-Uzdi: Beliau adalah lelaki dari Qabilah Uzd-Synaw'ah dari al-Yaman, beliau
seorang bomoh menjampi melalui angin, semasa beliau tiba di Makkah beliau telah mendengar
golongan sufaha' (bodoh dan nakal) yang singkat pemikiran mengatakan: Bahawa Muhammad
itu seorang yang gila, hingga beliau berkata dalam dirinya, kalaulah boleh aku rawat boleh
kiranya aku sembohkan beliau dari penyakitnya itu, bila beliau menemui Muhammad beliau
menyebut kepada Rasulullah dengan katanya: Wahai Muhammad aku pernah merawat
melaluijampian menerusi angin yang berlalu, boleh tak aku cuba merawatmu? Rasulullah
menjawab:
"Sesungguhrrya'segala pujian bagi Allah, bagiNya kita memuji, dariNya kita meminta
pertolongan, sesiapa diberi hidayah, maka tiada siapa yang menyesatkannya, dan sesiapa
yang disesatkanNya maka tiada siapapun yang boleh mmeberi petunjuk kepadanya, daku
bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu
hambaNya dan pesuruhNya, adapun selepasNya."
Kata Dhamad: pinta ulangkan ungkapan mu itu sekali lagi, lalu Rasulullah mengulangi tiga kali.
Jawab Dhamad: Sebenarnya aku pernah mendengar seloka paderi dan sami, juga mentera
tukang sihir, serta puisi penyair, tapi kesemuanya tidak seperti kata-katamu itu, ianya menakluki
kamus perbendaharaan seluas lautan samudera. Ayuh hulurkan tanganmu untuk ku berbai'ah
di atas Islam, maka Baginda pun berbai'ah dengan beliau.


ENAM JIWA SUCI DARI BUMI YATHRIB

Pada musim haji tahun ke sebelas kebangkitan Rasulullah bersamaan bulan Julai tahun 620
Masilii dakwah Islamiah memperolehi bibit-bibit pengerak yang salih, dalam tempoh yang
singkat bibit-bibit tadi telah membesar menjadi penaung kepada kaum muslimin yang amat
memerlukan kepada perlindungan di sepanjang marhalah penindasan dan penganiayaan. Di
antara hikmah Rasulullah (s.a.w) semasa penindasan dan penganiaan penduduk Makkah
terhadap usahanya, ialah tindakan Rasulullah keluar di tengah-tengah malam buta untuk
bertemu dengan qabilah-qabilah yang datang dari luar dengan tujuan supaya tidak diganggu
oleh musyrikin Makkah.

Suatu malam Rasulullah keluar bersama-sama Abu Bakr dan Ali, Baginda melawat kemah
Zahl dan Syaiban bin Tha'labah, sempat Rasulullah memperkenalkan Islam kepada mereka,
kiranya berlaku satu perbincangan di antara Abu Bakr dan salah seorang keturunannya, Zahl
dengan jawapan yang baik manakala Banu Syaiban pula member! jawapan yang amat
memuaskan, namun mereka menangguhkan penerimaan Islam.
Selepas itu Rasul berjalan di al-Aqabah Mina dan Baginda terdengar suara sekumpulan lelaki
sedang berbual-bual sesama mereka, segera Rasulullah menemui dan berbicara dengan
mereka, ketua mereka di situ adalah enam orang dari pemuda Yathrib dari qabilah al-Khazraj;
1. ' Asa'd bin Zurarah - Banu Najar
2. Awf bin al-Harith bin Rifa'ah bin Afra' - Banu Najar
3. Rafi bin Malik bin al-Ijlan - Banu Zuraiq
4. Qatbah bin Amir bin Hadidah - Banu Salamah
5. Aqabah bin Amir bin Naabi - Banu Hiram bin Ka'b
6. Jabir bin Abdillah bin Riaad - Banu Abidbin Ghanam.

Antara kebahagiaan yang dikecapi oleh penduduk Yathrib itu, di mana dahulunya mereka
pernah mendengar dari kaum Yahudi yang menceritakan kepada mereka bahawa seorang nabi
utusan akan muncul di zaman itu, bila sahaja ianya dibangkitkan mereka akan menjadi pengikut
setianya, di masa itu kaum Yahudi akan membinasakan penduduk Yathrib, seperti pemusnahan
kaum 'Ad dan Iram.

Ketika Rasulullah bersama mereka, Baginda bertanya, siapa kamu? Jawab mereka kami
adalah di antara orang al-Khazraj, kata Rasulullah: Jadi kamu adalah sekutu Yahudi? Jawab
mereka: Ya! Kata Rasulullah: Boleh tak kamu beri sedikit masa untuk ku, hingga dapat ku
bercakap dengan kamu? Kata mereka: Ya boleh, dengan itu mereka pun duduk bersama
Rasulullah di mana Baginda menerangkan kepada mereka hakikat Islam dan seruannya,
seterusnya Baginda menyeru mereka kepada Allah Azawajalla dan membaca ayat-ayat al-
Quran, hingga dengan itu sesetengah dari mereka berkata: Tahu tak, demi Allah inilah nabi
yang pernah diceritakan kepada kamu oleh Yahudi Madinah, ayuh jangan biarkan mereka
mendahului kamu, maka mereka pun terus memeluk Islam.

Enam orang al-Khazraj ini merupakan di antara penduduk Yathrib berfikiran matang, mereka
terasa keletihan dek perang saudara yang berlarutan hingga ke saat terakhir ini, di mana api
perseteruan masih terasa bahangnya, justeru itu semua mengharapkan suatu takdir yang boleh
menamatkan peperangan itu, mereka melepaskan keluhan mereka kepada Rasulullah: Wahai
Rasulullah kami tinggalkan kaum kami di sana dalam persengketaan yang amat teruk, kami
harapkan semoga Allah mencantumkan kami semua dengan perantaraan engkau wahai
Rasulullah, tidak lama lagi kami akan sampai di kalangan mereka, kami akan menyeru mereka
kepada seruanmu ini, kami akan bentangkan kepada mereka agama yang telah kamu anuti ini,
sekiranya mereka menyahut dan menerima maka tidak ada orang yang mulia selain dari
engkau. Setelah sampai ke Madinah dengan risalah Islam yang mereka bawa itu terus disebarnya di sana hingga tidak ada satu keluarga pun yang tidak memeluk Islam dan kesemua mereka' menyebut-nyebut nama Rasulullah (s.a.w).


ISRA' DAN MI'RAJ

Dalam tempoh dakwah Rasulullah yang terus bergerak dan mencapai kejayaan di samping
penindasan-penindasan, namun kemenangan sayup-sayup sudah dapat didengar, di saat ini
berlakulah peristiwa Isra' dan Mi'raj. Penentuan masa terjadinya peristiwa bersejarah ini berlaku sedikit ikhtilaf, di antara pendapatpendapat ialah:
1. Al-Tabari menentukan berlakukannya di tahun Baginda dibangkitkan.
2. Al-Nawawi dan al-Qurtubi mentarjihkan di tahun kelima kebangkitan Baginda.
3. Al-'Alamah al-Mansurfuri menetapkan pada malam dua puluh tujuh di bulan Rejab tahun
kesepuluh kebangkitan Baginda.
4. Pendapat lain mengatakan enam belas tahun sebelum hijrah iaitu di bulan Ramadhan tahun
dua belas kebangkitan Baginda.
5. Ada pendapat mengatakan setahun dua bulan sebelum hijrah iaitu di bulan Muharam tahun
ketiga belas kebangkitan Rasulullah.
6. Satu lagi pendapat menyebut berlakunya setahun sebelum hijrah iaitu di dalam bulan
Rabiulawal tahun ketiga belas kebangkitan Baginda.

Ketiga pendapat yang pertama menyebut bahawa Khadijah (r.a) telah wafat dalam bulan
Ramadhan tahun ke sepuluh kebangkitan Baginda, kewafatan beliau adalah sebelum
sembahyang lima waktu difardukan, dan tiada khilaf bahawa sembahyang itu memang
difardukan di malam berlakunya Isra' dan Mikraj itu, manakala tiga pendapat terakhir saya
sendiri tidak dapat mentarjihkan mana-mana satu pun. Namun gaya bahasa surah al-Isra' itu
menunjukkan Isra' itu berlaku di ketika masa-masa yang akhir sebelum hijrah.

Para Imam al-Hadith meriwayatkan huraian lanjut mengenai peristiwa ini "berdasarkan hadith
sahih", di sini kami memuatkan ringkasannya: Ibnu al-Qayim telah menyebut: Rasulullah telah
diisra'kan dengan jasadnya dari masjid al-Haram ke Baitui Maqdis dengan menunggang buraq,
ditemani oleh Jibril (a.s), Rasulullah turun ke Baitui Maqdis dengan mengimami sembahyang,
bersama para Anbiya' yang terdahulu, buraq ditambat di halaman masjid al-Aqsa.

Setelah itu Rasulullah dimi'rajkan di malam yang sama dari Baitui Maqdis ke langit terdekat, lalu
Jibril meminta supaya dibuka pintu langit, setelah dibukanya, di sana Rasulullah telah melihat
Adam (a.s) bapa sekalian manusia, Baginda pun memberi salam kepadanya, Baginda dialualukan
dan membalas salam dan Baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah
memperlihatkan kepada Baginda roh-roh para syuhada' di sebelah kanannya dan roh-roh yang
terseksa di sebelah kirinya.

Kemudian Baginda dibawa naik ke langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka pintu langit,
setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati nabi Yahya bin Zakaria dan Isa Ibni
Mariam, diberinya salam lalu dijawab salam dan dialu-alukan mereka, di samping memperakui
kenabian Muhammad (s.a.w).

Setelah itu Jibril membawa Rasulullah ke langit ketiga di sana mereka bertemu dengan Nabi
Yusuf, setelah salam diberi dan disambut Baginda dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.

Seterusnya Rasulullah dibawa ke langit keempat di sana Baginda berjumpa dengan Nabi Idris
(a.s), Rasulullah memberi salam kapadanya dan beliau menjawab, Baginda dialu-alukan dan
diakui kenabian Baginda.

Lepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan nabi Harun bin
Imran, Baginda menjawab salam yang diberi, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya.

Kemudian Baginda dimi'rajkan ke langit keenam di sana Baginda bertemu dengan Musa bin
Imran, Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan diperakui kenabiannya.
Setelah Rasulullah berlepas dari Musa, Musa pun menangis, lalu ditanya Musa apa yang
membawa kau menangis? Jawab Musa: Aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku,
umatnya memasuki Syurga lebih ramai dari umatku.

Seterusnya Rasulullah dimi'rajkan ke langit ketujuh, padanya Baginda menemui Ibrahim (a.s),
setelah salam diberi dan dijawab, Baginda dialu-alukan dan diakui kenabiannya. Sesudah itu
Baginda dimi'rajkan ke Sidrah al-Muntaha dan dibawa ke al-Bait al-Ma'mur. Akhirnya Baginda dimi'rajkan ke hadapan Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh, Baginda menghampiri-Nya paling terdekat, maka difirman dan diwahyukan kepada hamba-Nya Muhammad segala sesuatu, difardukan ke atas Baginda kelima puluh waktu, dengan itu Baginda pun turunlah untuk pulang di tengah jalan Baginda melalui Musa bin Imran yang bertanyakan kepada Rasulullah:

Dengan apa kau diperintahkan? Jawab Baginda: Daku difardukan dengan lima puluh waktu
solat, jawab Musa: Umat kau tidak akan mampu, kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya
pengurangan, demi untuk umat engkau, Baginda berpaling kepada Jibril bagaikan untuk
mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan dengan pendapat Musa itu,
dengan itu Jibril membawa semula hingga ke hadapan Tuhan Rabul Jalil, justeru itu Allah pun
mengurangkan hingga tinggal sepuluh waktu sahaja, maka Baginda turun, semasa itu sekali
lagi Baginda melewati Musa (a.s), Baginda mencerita apa yang berlaku, maka kata Musa sekali
lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan agar dikurangkan lagi,
demikianlah Rasulullah berulang-alik di antara Allah Rabul Jalil dan Musa, dengan itu Allah
perkurangkan, hingga tinggal menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh
Rasulullah memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah mengatakan:
Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan menerima perintah-Nya itu,
setelah berjauhan Baginda diseru: Sesungguhnya Daku menguatkuasa solah fardu dan           Ku-ringankan ke atas hamba-hamba-Ku.

Ibnu al-Qaiyim juga telah mengemukakan pendapat yang berlainan mengenai penglihatan
Rasulullah akan Tuhannya Tabaraka wa Ta'ala, yang kemudian beliau perturunkan
pembicaraan Ibnu Taimiyah mengenai tajuk berkenaan, hasil kajian mendapati bahawa
penglihatan Rasulullah dengan mata kepala tidak thabit sejak asal lagi, sebenarnya, pendapat
ini tidak pernah disebut oleh mana-mana sahabat pun. Pendapat yang dinaqalkan dan dipetik
dari Ibnu Abbas:

"Penglihatan Rasulullah adalah secara mutlak dan melalui hati naluri, namun penglihatan
mutlak tidak menafikan penglihatan dengan hati".
Seterusnya beliau menyebut lagi: Adapun firman Allah di dalam surah al-Najm menghampiri di
sini bukannya seperti yang diertikan di dalam kisah Isra' dan Mi' raj, menghampiri dalam surah
al-Najm, ialah Jibril yang menghampiri dan mendekati, sebagaimana yang ditegaskan oleh
'A'isyah dan Ibnu Mas'ud, gaya bahasa menunjukkan demikian, manakala penghampiran dan
pendekatan di dalam hadith al-Isra', adalah terang danjelas dinisbahkan kepada Tuhan
Rubuljalil, ini bererti tidak berlaku apa-apa pertentangan di dalam surah al-Najm, malah
Baginda melihat-Nya dikali kedua di Sidrah al-Muntaha. Ini adalah Jibril, Muhammad (s.a.w)
melihatnya dalam bentuk asal dua kali, sekali di bumi dan kali kedua di Sidrah al-Muntaha.
Waalahhu a'laam.

Peristiwa pembedahan dada Rasulullah pun berlaku juga dikali ini. Dan di dalam peristiwa Isra'
Mi'raj ini Baginda menyaksi berbagai-bagai perkara:
Telah dipersembahkan kepada Baginda susu dan khamar, namun Baginda memilih susu, maka
disebutkan kepada Baginda: Kau telah tertunjuk kepada fitrah atau kau telah menepati fitrah,
tapi sekiranya kau mengambil khamar nescaya sesat seluruh umat kau.
Baginda telah melihat empat sungai di dalam syurga, dua sungai zahir dan dua sungai batin.
Dua sungai yang zahir ialah sungai al-Nil dan al-Furat ini bermakna agama dan risalah yang
dibawanya akan bertapak di lembah-lembah subur di al-Nil dan al-Furat, penduduknya
merupakan pendokong-pendokong agama Islam dari generasi ke generasi yang lain, bukanlah
bererti yang airnya yang mengalir dari syurga.

Juga Baginda melihat Malik penjaga neraka, yang tidak pernah senyum, malah di mukanya
tiada sedikit pun mesra atau lembut, Baginda melihat syurga dan neraka.

Baginda menyaksi pemakan harta-harta anak-anak yatim secara aniaya, mulut-mulut mereka
bak mulut-mulut unta, dilontar ke dalam rahang mulut mereka ketulan-ketulan api neraka bak
harimau meluru keluar dari dasar neraka keluar melalui dubur mereka.

Baginda menyaksi pemakan-pemakan riba dengan perut-perut yang besar, kerananya mereka
tidak berupaya bergerak dari tempat-tempat mereka, keluarga Firaun melalui di hadapan
mereka dan melanyak mereka dengan tapak kaki.

Penzina-penzina diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping
daging-daging buruk lagi busuk, namun mereka memilih dan memakan yang busuk ditinggalnya yang segar-segar.

Baginda menyaksi sekumpulan wanita yang memasuki di dalam majlis lelaki bukan anak-anak
mereka, mereka digantung dari payudara-payudara mereka,

Juga Baginda melihat sekumpulan unta penduduk Makkah dalam perjalanannya. Pada masa itu
Baginda telah menunjukkan mereka unta yang kehilangan itu, dan Baginda telah meminum air
dari bekas mereka yang tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur selepas diminum habis
Baginda menutup kembali tudungnya, kejadian ini menjadi bukti kebenaran kepada peristiwa
Isra' dan mi'raj yang diceritakan oleh Rasulullah.

Ibnu al-Qayyim berkata: Setelah Rasulullah berada di Subuh pagi bersama-sama kaumnya dan
menceritakan kepada mereka tanda-tanda agung (al-Ayat al-Kubra) yang diperlihatkan Allah
kepada Rasul-Nya, maka semakin engkar kafir Quraisy dengan risalah Muhammad, semakin
bengis lagi mereka menyiksa kaum muslimin. Namun demikian mahu juga mereka bertanya
Rasulullah supaya mengambarkan rupa bentuk Baitui Maqdis, maka Allah membuka
penglihatan Rasulullah hingga ternampak Baitui Maqdis itu di hadapan matanya, dengan itu
Rasulullah pun menceritakan segala sesuatu mengenai dengannya hingga mereka semua tidak
berkesempatan untuk menolak atau mendustainya dan menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa pemergian dan kepulangan Baginda, juga Baginda
menceritakan unta-unta yang akan tiba dan menyifatkan unta yang akan mendahului kafilahnya,
dan benar sebagai yang diceritakan oleh Rasulullah, namun mereka semakin angkuh dan
engkar, memang sesungguhnya orang yang zaiim itu semakin kufurlah mereka.

Adapun Abu Bakr digelarkan dengan gelaran al-Siddiq kerana pembenaran dan kepercayaan
beliau dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj, sedang manusia ramai mendustainya. Paling padat dan
agong faktor perjalanan mulia ini diaturkan oleh Allah ialah sebagaimana firman-Nya yang
bermaksud:
...untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. (al-Israa': 1)

Ini adalah sunnah dan qanun Allah kepada para anbiya'nya, sebagaimana penegasan Allah
kepada Ibrahim (a.s) yang bermaksud:
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di
langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh
yakin. (al-An'aam: 75)

Dan penegasan Allah kepada Musa (a.s) yang bermaksud:
"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian
dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar." (Thaahaa: 23)

Penyusunan program Isra' dan mi'raj ini bertujuan memberi keyakinan:
dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (al-An'aam: 75)

Setelah ilmu dan makrifat para anbiya' ini didasarkan kepada penyaksian tanda-tanda agung
(al-Ayaat al-Kubra) tadi, darinya mereka memperolehi 'Ain al-Yakin (yakin hakiki), yang tidak
dapat dinilai kadarnya, kerana berita perkhabaran itu tidak boleh disamakan dengan penyaksian
dengan mata kepala, hasilnya mereka lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang
bakal mereka garap, seluruh tenaga dunia yang menentang mereka hanya seberat sayap
nyamuk sahaja, untuk itu mereka tidak menghiraukan pancaroba dan ancaman terhadap
mereka.

Adapun hikmat dan rahsia-rahsia di sebalik perjalanan agung ini, secara perincian merupakan
topik pembicaraan hikmah-hikmah syariat, namun di sana beberapa fakta ringkas terpancar dari
buana 'perjalanan mulia ini, yang kesemuanya membekalkan siraman subur kepada sirah
Rasulullah (s.a.w), saya kira patut dirakamkan sebahagian darinya sini:
Pembaca mendapati  dalam surah Isra' ini, bahawa Allah telah menceritakan kisah al-Isra'
hanya dalam satu ayat yang tunggal, seterusnya Allah mendedah tembelang kaum Yahudi dan
jenayah-jenayah mereka, kemudian Allah memperingatkan mereka bahawa al-Quran ini hanya
memberi hidayat kepada sesuatu yang lebih tulus, boleh jadi nanti pembaca menyangka tiada
sebarang ikatan di antara dua ayat ini, hakikatnya tidak sedemikian, kerana Allah (s.w.t) dengan
cara ini menunjukkan bahawa peristiwa Isra' itu sesungguhnya telah berlaku di bumi Bait al-
Maqdis, kerana kaum Yahudi sudah pun dipecat dari pimpinan umat manusia, lantaran
kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan, sehingga tiada peluang lagi
untuk membenarkan mereka menyandang tugas itu, dan sesungguhnya Allah tetap akan
memindahkan tugas itu kepada Rasul-Nya (s.a.w) dan mencantumkan kedua-dua pusat dakwah
Saidina Ibrahim kepangkuan Baginda.

Memang sudah sampai masanya untuk perpisahan pemimpin kerohanian dari satu umat
kepada satu umat yang lain, dari satu umat di mana sejarahnya penuh dengan penipuan,
pengkhianatan dosa dan perseteruan, kepada suatu umat yang penuh dengan kebaikan dan
budi, di mana Rasul-Nya pun terus menerima wahyu al-Quran yang membimbing ke arah
ketulusan dan kebenaran. Tetapi bagaimana proses pemindahan ini boleh berlaku sedang
Rasul-Nya diburu di bukit-bukit Makkah? Persoalan ini menyingkap suatu hakikat yang lain pula,
iaitu tugas dan peranan dakwah Islamiah ini hampir berakhir, dan lengkap, dan akan bermula
satu peranan yang lain yang amat berlainan dari yang pertama, untuk itu kita melihat
sesetengah ayat-ayat al-Quran mengandungi peringatan yang keras dan ugutan yang berat
terhadap kaum musyirikin yang bermaksud:
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami
perintahkan (lebih dahulu) orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka
(supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah
negeri itu dibinasakan. lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. Dan berapa banyak
umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu
(wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hamba-Nya. (al-Israa': 16-17)

Di samping ayat-ayat ini terdapat ayat-ayat lain yang menerangkan kepada kaum muslimin
akan asas dan tunggak tamadun serta prinsip dan rukun-rukunnya di mana masyarakat Islam
ditegakkan di atasnya, seolah-olah mereka telah bennustautin di bumi ini dengan menguasai
semua aspek di dalam pengumsan mereka, di mana mereka membentuk satu kesatuan yang
kemas berpadu sebagai paksi kepada perjalanan masyarakat lain, ini merupakan isyarat
bahawa Rasulullah akan memperolehi perlindungan dan pemeliharaan hingga urusan dan
kerja-kerja Baginda bertapak, kelak ianya akan jadi sebagai markas penyebaran dakwah Baginda, inilah rahsia perjalanan yang mulia lagi berkat itu. Pembicaraan sebenarnya ada kaitan dengan topik kajian kami, untuk itu maka kami bicara di sini, sebagai hukum, maka sebab itu kami dapati Isra' ini berlaku sebelum baiah al-Aqabah atau di antara dua baiah al-Aqabah. Waallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters