About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Sunday, November 25, 2012

Hijratul Rasul



Tazkirah Bulanan Masjid al-Kauthar, Pulau Melaka
Selasa Malam Rabu Minggu Kedua
28 Zulhijjah 1433 - 13 Nov 2012


Hijrah Umat Islam & Nabi Akhir Zaman
Dalam Kamus Dewan tertinta maksud hijrah seperti berikut;
hijrah Ar                                                                                                                                                                      1. perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah                                                                                                                                    2. = tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~;

berhijrah berpindah, meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain: pemuda-pemuda di kampung terpaksa ~ ke bandar untuk mencari rezeki yg lebih baik;

menghijrahkan memindahkan (diri dll);

perhijrahan perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan;

penghijrahan perihal menghijrahkan (pemindahan dr satu tempat ke tempat lain);

pehijrah/penghijrah  orang yg berhijrah: bakal-bakal ~ yg hendak mendapatkan perlindungan diplomatik membanjiri pekarangan kedutaan itu.

          Orang yang melakukan hijrah dipanggil Muhajirin dan diberi pahala oleh AlLah SWT. Al-Qur’an mencirikan hijrah sebagai salah satu tanda daripada sifat seorang mukmin yang sejati, kerana apabila seseorang melakukan hijrah, dia sebenarnya telah menjunjung segala titah & perintah AlLah SWT. Hal ini berbeza itu  dengan istilah berikut;

migran orang (atau haiwan) yg berpindah dr satu tempat (daerah, negara) ke tempat lain, penghijrah.

migrasi
1. perpindahan penduduk dr sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain: ~ atau perpindahan ini berpunca antara lain kerana kegiatan ekonomi;

2. perpindahan (burung) dr satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim;

bermigrasi melakukan migrasi: banyak kaum yg ~ ke Amerika Syarikat.

          Jadi hijrah & migrasi mempunyai definisi yang berbeza. Secara mudah dapat kita faham bahawa apa yang dilakukan oleh sebahagian besar manusia pada hari ini ialah migrasi bukan hijrah, kerana kita melakukannya kerana faktor ekonomi. Berbeza 100% dengan para sahabat yang dibimbing langsung oleh Rasul SAW yang melakukan proses perpindahan dari tempat kelahiran ke Madinah, dilakukan kerana agama; menjaga & memelihara kemurniaan aqidah. Hijrah yang dilalui & dilakukan oleh Baginda Nabi SAW & para sahabatnya, tidak akan ada lagi, & tidak akan berlaku lagi setelah peristiwa Pembukaan Kota Mekah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

          Dua hari lagi, iaitu lusa, hari Khamis bersamaan 15 Nov 2012, kita akan menyambut 1 Muharam tahun hijrah 1434. Bermakna jarak antara masa kita hidup ini dengan zaman RasullulLah SAW atau dengan masa kewafatan Baginda SAW sudah menjangkau hampir 1500 tahun. Dalam jangka masa & jarak 1500 ini sudah tentunyalah banyak kekeliruan & kekacauan yang diimport masuk ke dalam agama Islam ini oleh mereka yang berjaya diperbodohkan oleh iblis & kuncu-kuncunya.Yang menjadi lebih menariknya ialah jarak masa antara waktu Nabi Isa AS diangkat ke langit dengan dibangkitkan Nabi Akhir Zaman SAW kira-kira di sekitar 600 tahun. Dalam jangka waktu kurang lebih 600 tahun itu, tidak ada seorang pun nabi yang diutus sehinggalah diangkat Nabi Muhammad SAW. Hal ini berbeza dengan situasi & kondisi selepas kewafatan Nabi Musa AS, sebelum diutuskan Nabi Isa AS ada ratusan mungkin ribuan nabi yang meneruskan syariat Nabi Musa AS.

Sewaktu dibangkitkan Nabi Muhammad SAW mengembalikan semula manusia kepada Islam, keadaan & status sosial masyarakat umumnya rosak secara total. Ya, semua manusia perlu diajak kembali kepada Islam; kerana asalnya semua manusia ini beragama Islam. Kepercayaan-kepercayaan & anutan-anutan lain ini muncul kemudian, setelah manusia sedikit demi sedikit mula menjauhkan diri mereka dengan fitrah(Islam), mereka mencuba lakukan sesuaatu yang di luar tabie. Lama-kelamaan amalan luar tabie ini diterima pakai tanpa bahas lagi, misalnya amalan menyembah berhala. Jelas suatu perbuatan di luar tabie kemanusiaan, bukan sahaja amalan ini seuatu yang di luar tabie, malah bercanggah 100% dengan amalan pemikiran yang sihat & waras. Kemuncak daripada ketololan ini terdapat 360 ekor berhala kecil yang disembah berada di sekeliling Ka’abah, sementara ada beberapa ekor berhala yang besar bernama Hubal, Manaf, Lata, & Uzza. Berhala-berhala ini menjadi tempat tumpuan manusia semasa itu untuk dipohon pelbagai hajat. SubhanalLah, berhala yang tidak dapat mendengar, tiada penglihatan, tiada kekuatan langsung, kerena adanya berhala itu ditempa atau diukir manusia, tiba-tiba manusia yang lebih segala-gala dari berhala ini memohon segala macam pertolongan daripada berhala. Sepatutnya berhala itu yang memohon bantuan daripada manusia. Tapi apabila sesuatu itu sudah berakar umbi & menjadi pahatan adat, keberadaannya susah untuk diubah lagi.

Baginda Nabi SAW yang berfikiran jernih & penuh rasional ini tidak dapat menerima amalan menuhankan berhala, membunuh anak perempuan sebaik-baik sahaja dilahirkan, perzinaan, mabuk-mabukan, amalan riba-meribakan, memakan bangkai, memutuskan silaturahim, yang lemah menjadi makanan yang kuat, yang kaya mati kekenyangan, yang miskin akan tercicir kerana derita lapar & terkapai-kapai di daerah terbiar. Justeru Baginda SAW mengambil keputusan untuk beruzlah, membawa diri, membawa hati, membawa perasaan, serta membawa nyawanya jauh ke Gua Hira’ sana. Baginda SAW berada di sana untuk satu jangka masa yang agak lama. Segala perbekalannya selama beruzlah itu disiapkan oleh sang isterinya yang tercinta Syaidatina Khadijah RA. Suatu masa berlakulah perancangan AlLah Yang Maha Kuasa & tidak ada sesiapa yang mampu menangguh apalagi menghalangnya. Ya, DIA berkehendakkan manuasia yang bernama Muhammad bin Abdullah SAW ini menjadi salah seorang daripada utusan-NYA. Bukan sekadar utusan biasa tapi penutup kepada segala risalah yang telah dibawa oleh para anbiya. 

Pada suatu malam yang hening & damai pada bulan Ramadhan datanglah Syaidina Jibril AS membawa segala titah & perintah dari AlLah SWT. Alangkah bergandanya terkejut Baginda SAW, yang tidak pernah menjejakkan kakinya ke tadika, atau sekolah rendah & menengah, lebih-lebih lagi ke universiti untuk digelar graduan atau sarjana, disuruh membawa oleh Ketua Malaikat itu. Tentunya amat padan & munasabahlah jika Baginda SAW bersama rasa takut serta gementar yang terperam & terpendam, terloncat & terlontar dari lidah ikhlasnya; ‘hamba tidak pandai membaca’. Baginda Jibril AS pula apabila melihat manusia paling mulia di dunia ini begitu keadaannya, terus dipeluknya dengan penuh kasih sayang akan Baginda Nabi SAW bagi meredakan keresahan. Setelah keadaan kembali aman & tenteram, barulah Baginda SAW dapat membaca mengikut apa yang diajari Syaidina Jibril AS iaitu ayat 1-5 dari Surah al-Alaq.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [٩٦:١]
Iqra biismi rabbika allathee khalaqa
Silalah baca dengan daulat RABB kamu yang telah menjadikan

Terjemahan Indonesian
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

Terjemahan  Malaysia
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),





خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ [٩٦:٢]
Khalaqa alinsana min Aaalaqin
Yang telah menjadikan manusia daripada segumpal darah

Terjemahan Indonesian
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Terjemahan Malaysia
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;






اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ [٩٦:٣]
Iqra warabbuka alakramu
Silalah baca dan (kerana) RABB kamu Yang Maha Mulia

Terjemahan Indonesian
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

Terjemahan Malaysia
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -






الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ [٩٦:٤]
Allathee AAallama bialqalami
Yang menjadikan manusia pandai melalui penulisan pena

Terjemahan Indonesian
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,

Terjemahan Malaysia
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -






عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [٩٦:٥]
AAallama alinsana ma lam yaAAlam
Yang memandaikan manusia apa (pelbagai ilmu) yang belum diketahui & dikuasainya

Terjemahan Indonesian
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Terjemahan Malaysia
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Menghadapi & melayani kedatangan sari warna pengalaman pertama yang tidak pernah diduga apalagi memintanya, pertemuan dengan ketua para malaikat Syaidina Jibril AS yang mulia, menghadiahkan rasa terkejut yang tidak mampu dijumlah, menyebabkan Baginda SAW menggigil kesejukan lalu bersegera berlari pulang ke kediaman & tanpa membazirkan sisa-sisa waktu, dirinya minta diselimuti. Sang isteri yang solehah lagi cerdik, tidak mengeluarkan apa-apa pertanyaan walaupun setengah patah. Ya, situasi suami yang sebegini perlu ditangani dengan cermat, teliti, & berhati-hati. Syaidatina Khadijah terus menyelimuti Nabi SAW & membiarinya lena dalam pelukan belaian kasih & sayang. Setelah aman daripada sebarang rasa keterkejutan, Baginda SAW pun membuka mata & bercerita tanpa membazirkan sisa-sisa masa. Hentakan pengalaman di Gua Hira diperincikan satu persatu di hadapan isteri tercinta. Ternyata Syaidatina Khadijah merupakan seorang wanita yang hebat adanya, kekuatiran yang membungkus hati Nabi Muhammad SAW kerana gangguan pengalaman yang pelik & menganehkan itu dileraikan satu bisikan motivasi yang meyakinkan hati & sanubari Baginda Nabi SAW. Tak kan AlLah SWT akan melantarkan kekanda sedang kanda orang paling segera membantu mereka yang sengsara, mengdahului dalam menghubung silaturahim, tak pernah membiarkan anak-anak yatim keciciran tanpa pakaian, makanan, & minuman. Bagi menambah episod motivasi tambahan untuk Baginda Nabi SAW, Syaidatina Khadijah RA mencadangkan agar mereka berjumpa Waraqah bin Naufal yang sudah tua dijamah usia, kerana dia merupakan manusia yang alim, menguasai ilmu dari kitab Taurat & Injil.

Waraqah bin Naufal itu sebetulnya buta matanya, tetapi amat kuat ingatan & hafalannya. Apabila Baginda SAW dengan cermat & berhati-hati bercerita ngerinya pengalaman peribadi yang baharu dilalui, Waraqah pula mencermatinya dengan sepenuh hati, lalu tanpa sebarang ragu di hati, selesai sahaja Baginda SAW menyudahkan pengalaman sendiri, Waraqah berkata itulah malaikat yang datang menziarahi, sang Jibril AS nama diberi. Jibril AS inilah yang mendatangi kesemua para nabi sebelum ini, guna menyampaikan titah & perintah IlLahi, agar diguna pakai di sepanjang kehidupan ini, sebelum nyawa keluar dibawa pergi dek Sang Izrael yang pasti. Tanpa menyembunyikan sebarang maklumat yang pasti, Waraqah memberitahu awal-awal lagi nasib yang bakal dilalui & ditempuhi oleh insan yang bergelar & menjalankan tugas para nabi, bahawa suatu hari Baginda SAW akan dihalau keluar dari bumi & tanah air sendiri. Baginda Nabi SAW tentunya hairan sendiri lalu tersemburlah pertanyaan diri memohon sesuatu yang pasti, adakah dia yang selama ini disenangi & disanjungi oleh semua penduduk Mekah dengan gelaran al-Amin yang diberi, akan dihalau pergi dari bumi Mekah ini? Waraqah mendedahkan segala pengalaman yang telah dilalui oleh para nabi sebelum ini, mereka semua dihalau keluar dari bumi & negeri sendiri. Hal itu juga bakal dilalui & di hadapi oleh Nabi Akhir Zaman nanti, kerana siri & episod penentangan terhadap dakwah para nabi ini, skrip & plotnya penentangannya sama sahaja, kerana pengarah atau sutradaranya merupakan pengarah yang sama, semenjak dari dahulu hingga selama-lamanya; ialah setan yang terlaknat tentunya. Walau bagaimanapun Waraqah memberikan jaminan & janji akan membantu Baginda AS sepenuh jiwa & raganya jika AlLah SWT memanjangkan pinjaman nyawanya.

Setelah itu berlakulah satu episod baru dalam pusingan kalendar hidup RasullulLah SAW, iaitu sebagai pendakwah untuk membawa manusia kembali ke ajaran & cara hidup yang diredhai AlLah SWT; iaitu mengajak mereka beramal dengan segala titah perintah AlLah SWT secara 100%, dalam aqidahnya, dalam ibadahnya, dalam muamalatnya, dalam munakahatnya, dalam jinayahnya, pendeknya dalam segala-galanya. Sasaran pertama dakwah RasullulLa SAW tentulah isterinya yang tercinta, Syaidatina Khadijah RA & sekaligus mencacatkan dalam sejarah emas umat manusia yang pertama beriman dari kalangan hamba dengan Baginda SAW ialah seorang perempuan. Selepas itu Baginda SAW mendedahkan ajakan kepada agama AlLah SWT ini kepada Syaidina Ali KWJ pula. Oleh sebab pada waktu tersebut umurnya masih belum baliq, Ali memohon penangguhan daripada Rasul SAW untuk mendapatkan keizinan ayahnya Abu Talib yang juga merupakan bapa saudara RasullulLah SAW. Ali kemudiannya membatalkan sahaja niatnya untuk mendapatkan keizinan ayahandanya lantas segera mengucapkan ucapan agung 2 kalimah syahadah. Apabila ditanya kenapa dia tidak terlebih dahulu memohon keizinan ayahandanya, Ali dengan tegas & rasional menjawab bahawa, sewaktu AlLah SWT mahu menciptakannya dahulu, DIA tidak pernah sesekalipun meminta persetujuan Abu Talib, kini dia diajak kembali kepada agama AlLah SWT yang menjadikannya dari tiada kepada ada, maka tidak lojiklah untuknya meminta kebenaran ayahandanya terlebh dahulu. SubhanalLah. Kemudian Baginda SAW mempelawa anak angkatnya Zaid bin Harithah menyatukan dirinya ke dalam Islam, Zaid juga tidak menghampakan. Ucapan 2 kalimah syahadah diucapkannya dengan penuh keikhlasan. Selesai dakwahnya dari dalam rumah Baginda SAW pergi mendapatkan sahabat karibnya, Abu Bakar bin Abi Quhafah untuk mempelawa sahabat baiknya itu menggabungkan dirinya ke dalam Islam. Seperti yang diduga Syaidina Abu Bakar  juga dengan senang hati melafazkan ucapan syahadataini.

Syaidina Abu Bakar setelah mengucapkan 2 kalimah syahadah telah mengambil langkah yang amat proaktif, iaitu dia turut mengajak ahli keluarganya kembali kepada Islam, seluruh keluarganya menyahut seruannya; isterinya, anak-anaknya, kedua ibu bapanya, menantunya, malah Syaidina Abu Bakar juga turut mengajak para sahabatnya yang lain kembali kepada ajaran agama AlLah SWT; Islam.Siapa ya menantu Syaidina Abu Bakar itu? Sahabat yang juga mendekatkan hubungannya dengan Abu Bakar dengan status menantu ialah Zubir bin Awwam yang berkahwin dengan Asma bt Abu Bakar, sementara RasulLulLah SAW kemudiannya dikahwinkan oleh Abu Bakar dengan Aisyah. Sahabat lain yang tidak mahu ketinggalan dalam menyahut & memperjuangkan syiar suci ini antara lain ialah; Thalhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas, Abdul Rahman bin Auf, Said bin Zaid, al-Arqam bin Abi Arqam, Uthman bin Affan. Antara muslimat yang awal bergabung dalam agama AlLah SWT ini ialah Fatimah bin al-Khattab (isteri kepada Said bin Zaid) yang juga merupakan adik kepada penentang Islam yang unggul pada masa itu, Umar al-Khattab. Saban hari ajakan kepada kembali kepada agama AlLah SWT ini mendapat tempat yang hebat dari kalangan orang-orang yang daif & lemah.  Kepada golongan yang lemah ini, mereka mendapat kekuatan baharu dengan menggabungkan diri mereka ke dalam Islam, kerana mereka kini sudah ada tempat bergantung, sudah mempunyai tempat berserah diri, sudah ada tempat untuk mengadu segala suka & duka yang selama ini dipendam jauh di lubuk hati sana, kekuatan itu ialah mereka ada AlLah SWT Yang Maha Dekat, yang sedia mendengar setiap rintih & jerih, yang akan memasukkan ke dalam hati dengan anugerah ketenangan yang tak mampu dibeli walau dengan banyaknya ringgit atau dollar atau poun sterling. Kepada mereka yang memiliki sedikit harta atau dikira beruang(berwang), mereka kurang perlu kepada AlLah SWT sebab mereka sudah ada harta yang berjuta-juta, wang yang berjela-jela, pengaruh & kuasa yang membolehkan mereka bertindak secara berleluasa.


Dalam SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum buah tangan Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy dari India, yang merupakan Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah, menyebut generasi pertama yang kembali kepada Islam seperti berikut;

GENERASI PERTAMA

            Suatu hal yang biasa dan tabi'i di mana Rasulullah cuba memperkenalkan Islam untuk kali pertama kepada orang-orang yang terdekat dengan Baginda, keluarga dan kawan-kawan
Baginda. Mereka inilah yang paling awal didakwahkan, didakwahkan juga orang-orang yang
dikenali dengan kebaikan mereka, dikenali mereka sebagai golongan mencintai kebenaran dan
kebaikan dan sebaliknya mereka pula mengenal Rasulullah sebagai individu yang
mengutamakan kebenaran dan kebaikan. Antara mereka memang ada yang menyahut seruan
Baginda itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadi Rasulullah dan mengenal maksud
dan tujuan Rasulullah berdakwah dengan risalahnya itu, golongan ini dikenal dalam sejarah
Islam sebagai generasi al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini terdiri dari isteri Baginda Saidah
Khadijah r.anha, Ummu al-Mukminin sebagai orang yang terawal menganut  Islam. Orang
suruhannya Zaid bin Harithah bin Syurahbil al-Kalabi, anak saudaranya (sebetulnya; sepupu Baginda SAW)  Ali Ibni Abu Talib yang masih kanak-kanak lagi, di bawah jagaan Rasulullah, kawannya yang terdekat Abu Bakr al-Siddiq, kesemua mereka ini mengucap Kalimah Syahadah di hari pertama Rasulullah memperkenalkan dakwahnya.

Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan pendakwah yang aktif, beliau merupakan
tokoh yang disenangi dan mudah berkomunikasi dengan orang ramai lagi berakhlak mulia.
Anggota kaumnya sentiasa mendatangi beliau dan berdamping dengannya, kerana ilmu
pengetahuan, perniagaan dan mulia pergaulannya. Beliau bertugas mengajak orang yang
dipercayai yang sentiasa berhubungan dengannya, mereka itu seperti Uthman bin Affan al-
Umawi, al-Zubair bin al-Awam al-Usdi, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sa'd Ibn Abi Waqqas al-
Zuhri dan Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Mereka ini seramai lapan orang adalah generasi
peneroka dan terawal menganut Islam.

Antara yang terawal juga ialah, Bilal bin Rabah al-Habsyi, kemudian disusuli pula oleh Amin
al-Ummah orang kepercayaan umat iaitu Abu Ubaidah 'Amir bin al-Jarah dari Bani al-Harith bin
Fihr, Abu Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi, al-Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhuzmi,
Uthman bin Maz'un dan dua saudaranya Qudamah dan Abdullah, Ubaidah bin al-Harith bin al-
Mutalib bin Abdul Manaf, Said bin Zaid al-Adawi al-Urus dan isterinya Fatimah bin al-Khattab al-
Adwiah adik perempuan Umar Ibni al-Khatab, Khabbab bin al-Arat, Abdullah bin Mas'ud al-
Huzali dan ramai lagi selain mereka ini, mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal
menganut Islam al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, Ibnu
Hisham telah menghitung mereka seramai empat puloh orang. Menyebut sebahagian mereka
sebagai golongan al-Sabiqun al-Awwalun sekadar sepintas lalu. Ibn Ishak telah menyebut:
Kemudian maka masuklah bilangan yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidak putus-putus
menyebabkan keriuhan di Kota Makkah dan diperkatakan orang.

Hari demi hari, dari sehari ke sehari jumlah & bilangan mereka yang bersedia kembali kepada Islam bertambah angkanya. Kondisi ini mendatangkan rasa gundah & resah geng-geng jahiliyyah. Kaum kerabat mereka yang beriman ini (geng-geng jahiliyyah) mengambil keputusan untuk menyiksa mereka yang beriman ini dengan pelbagai versi dengan harapan mereka yang beriman ini akan kembali melutut kepada berhala yang ditempa & diukir oleh tangan mereka. SubhanalLah , walaupun pelbagai warna & jalur siksa menimpa kulit & fizikal mereka yang beriman, tetapi tidak ada seorangpun daripada kalangan yang beriman ini yang bersedia untuk murtad, walaupun azab & siksa yang mereka deritai itu cukup hebat pada pandangan mata.

Sebagai seorang manusia yang cukup sifat & rasa, kesabaran yang mereka tanggung juga ada hadnya, apabila mereka seakan tidak mampu membendung & menahan siksa yang semakin ganas yang di luar daripada garis manusia, mereka datang  memohon izin & perkenan Baginda Nabi SAW untuk mereka melawan, tetapi AlLah SWT tidak mengizinkan mereka berbuat demikian yakni untuk melawan secara kekerasan sebaliknya diizin kepada mereka yang tidak tahan dengan penyiksaan ini supaya berhijrah ke bumi asing bernama Habsyah, yang berada jauh di benua Afrika sana. Maka berlakulah hijrah kali pertama umat Islam ke tanah Habsyah yang diketuai oleh Uthman bin Mas’un. Turut serta dalam rombongan ini ialah anak puteri kesayangan RasullulLah SAW Ruqayah & suaminya Uthman bin Affan. Tidak lama mereka di sana, tertiup kencang & meyakinkan berita kononnya Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan & segala mereka yang menjadi penentang kepada Islam ini, telah beramai-ramai memeluk Islam & Mekah pun sudah bertukar kepada Islam. Singgah sahaja berita yang menggembirakan ini ke telinga, mereka mengambil keputusan untuk kembali ke bumi kelahiran. Apabila mereka tiba di Mekah rupanya indah khabar dari rupa, khabar angin yang singgah di telinga mereka sebenarnya palsu belaka tiga Abu yang menjadi penentang ulung kepada Islam itu tetap tidak mahu berganjak sedikitpun dari  warisan jahiliyyah & kekufuran yang mereka sanjung di sepanjang zaman. Malah siri & episod penyiksaan terhadap penganut Islam semakin bertambah darjah & warna suhunya. Baginda Nabi SAW sekali lagi meminta mereka yang tidak tahan dengan segala macam bentuk siksa agar sekali lagi ke Habsyah sana. Hijrah kali kedua ke Habsyah ini membawa delegasi yang lebih banyak di sekitar 70-80 orang, kali ini dimonitori oleh Ja’far bin Abi Talib.  

Penghijrahan dengan angka yang lebih besar ke Habsyah ini telah mengundang gundah & gulana masyarakat jahiliyyah di Mekah. Pembesar Quraisy mengambil ketetapan untuk memanggil mereka pulang semula ke Mekah dengan menggunakan saluran diplomatik. Untuk itu geng Quraisy telah menghantar satu rombongan ke Habsyah untuk membawa balik umat Islam yang berhijrah itu. Wakil Kerajaan Mekah itu telah membawa pelbagai hadiah sebagai sogokan & rasuah untuk melembutkan hati Najjasi,   pentadbir Habsyah agar bersedia menyerahkan muhajirin ini melalui saluran diplomatik. Untuk menyempurnakan misi ini, kaum Quraisy telah menugaskan Amr bin al-Ash sebagai ketua rombongan, memandangkan dia merupakan ahli rundingan yang tiada tolok banding. Setibanya wakil kerajaan jahiliyyah Mekah ini ke Habsyah mereka terus memberikan pelbagai hadiah kepada pemerintah Habsyah untuk melembutkan hati, maklumlah hadiah dari kerajaan Mekah, tentulah hebat & boleh dimegah. Setelah itu barulah geng-geng jahiliyyah ini menyatakan hasrat & tujuan kedatangan mereka yang sebenar iaitu untuk menangkap pelampau-pelampau agama, golongan pemecah belah masyarakat; yang ditujuka kepada orang Islam. Sebagai seorang pemerintah yang adil & bijaksana Najjasi telinganya tidak mendengar hujah & dakwaan daripada sebelah pihak sahaja. Najjasi meminta penjelasan daripada umat Islam berhubung dengan dakwaan yang dilontarkan. Ja’far bin Abi Talib sebagai ketua rombongan telah menjawab sekira-kira berikut; ‘Tuanku, dulu kami ini golongan penyembah berhala, memakan bangkai, membunuh anak-anak perempuan, peminum arak yang tegar, pengamal riba yang berleluasa, yang kuat menindas yang lemah, mengabaikan anak yatim, suatu masa ada dalam kalangan kami seseorang yang kami kenal latar belakangnya, sejak kecil kami menggelarnya dengan al-Amin yang mengaku sebagai nabi utusan AlLah SWT & mengajak kami mengesakan AlLah SWT sahaja, meninggalkan sembahan kepada semua berhala yang ada, memelihara anak-anak perempuan berilah peluang kepadanya juga untuk melihat flora & fauna, meninggalkan minuman keras, menjauhi riba, yang kuat menyantuni yang lemah, anak-anak yatim diberi perhatian, lalu kamipun beriman kepada seruan & ajaknya. Malangnya kaum kami juga yang ada telah menyiksa kamidengan pelbagai cara, oleh sebab kami tidak larat, lalu kami datang ke negeri tuanku meminta perlindungan’
Jawapan & penjelasan yang diberi Ja’far menyebabkan geng-geng Quraisy hilang punca & membawa tuduhan lain dengan katanya, umat Islam ini menghina Nabi Isa AS. Sebagai pengikut syariat Nabi Isa AS tentunya baginda sensitif apabila ada sesiapa yang cuba menghina Nabi Isa AS. Sekali lagi Najjasi menampakkan kematangnya sebagai seorang raja, dimintanya terlebih dahulu penjelasan daripada umat Islam, tidak terus diambilnya tindakan. Untuk menjawab fitnah berhelah ini Ja’far bin Abi Talib membacakan Surah Maryam kepada khalayak yang memerhatikan. Apabila masuk suara Ja’far yang membacakan Surah Maryam ke pendengarannya Najjasi menitiskan air mata, sehingga membasahi janggutnya, kerana cukup terharu dengan sanjungan & letakan yang hebat & tinggi terhadap Maryam yang ada dalam Islam. Lalu Najjasi mempersila rombongan sang Quraisy ini meninggalkan negeranya dengan segera.

Dalam SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum buah tangan Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy dari India, yang merupakan Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah, menyebut berlakunya pemulauan terhadap penganut  Islam & mereka yang bersimpati (walaupun mereka kafir) seperti berikut;
PEMBOIKOTAN RAMAI

Dalam tempoh empat minggu terjadi empat peristiwa besar mengenai kaum musyrikin.                          Pertama, Hamzah memeluk Islam,
kedua Umar memeluk Islam,
ketiga penolakan Rasulullah terhadap
tawaran yang diajukan kepadanya,
keempat persetujuan Banu al-Muttalib dam Banu Hasyim,
muslim dan kafimya secara bersama untuk memberi perlindungan dan pertahanan terhadap
Muhammad, peristiwa-peristiwa ini menjadikan kaum musyrikin kebingungan dan memang
sewajarnya mereka kebingungan. Mereka tahu bahawajika sekiranya mereka bertindak
membunuh Muhammad akibatnya buruk di mana lembah Makkah akan mengalir dengan darahdarah
mereka sendiri, malah mungkin akan membawa kepada kemusnahan mereka ke akar
umbi, mereka pasti kesemuanya ini, untuk itu mereka bertindak menindas dan bukan
membunuh, namun ianya lebih berat dan perit dari masa-masa yang lalu.


PIAGAM PENYIKSAAN DAN KEZALIMAN

Musyrikin Quraisy dan penyokong-penyokongnya berkumpul dan bermesyuarat di halaman
Banu Kinanah di Lembah al-Makhsab, mereka bersumpah setia untuk memusuhi Banu Hasyim
dan Banu al-Muttalib, untuk tidak berkahwin, bermesyuarat, berkomunikasi, berziarah dan
mencampuri mereka, kecuali setelah mereka menyerah Muhammad untuk dibunuh. Supaya
piagam yang mereka sepakati itu direalisasikan maka mereka buktikannya sekeping watikah
yang membawa maksud:
"Supaya mereka tidak menerima dari Banu Hasyim sebarang perdamaian selama-lamanya dan
tidak akan berkasihan belas dengan mereka kecuali apabila mereka menyerah Muhammad
untuk dibunuh"

Mengenai perkara ini Ibnu al-Qayyim menyebut: Piagam ini telah ditulis oleh Mansur bin
Ikramah bin Amir bin Hasyim, tapi ada pendapat mengatakan tulisan itu dibuat oleh Nadhr bin
al-Harith, namun pendapat yang sahih ialah Baghidh bin Amir bin Hasyim di mana Rasulullah
berdoa dan bersumpah ke atasnya dengan takdir Allah tangannya yang menul is piagam itu
lumpuh.

Piagam selesai ditulis, kemudian dibawa ke dalam Kaabah dan digantung di dalamnya. Dengan
itu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib muslim dan kafirnya kecuali Abu Lahab sahaja, kesemua
mereka terkurung di lorong Abi Talib mulai malam awal Muharam tahun ke tujuh kebangkitan
Rasulullah.


TIGA TAHUN DI LORONG ABU TALIB

Pengepungan semakin ketat, makanan dan bekalan semuanya terputus, mana-mana makanan
yang masuk ke Makkah pihak musyrikin Quraisy tidak memberi lalu langsung untuk sampai ke
tangan kaum muslimm. Mereka membeli kesemuanya, kaum muslimin mengalami kemuncak
kesengsaraan, hingga terpaksa memakan daun-daun dan belulang-belulang kering, hingga
boleh didengar keluhan, nada tangisan, jeritan wanita-wanita dan anak-anak yang kelaparan,
kalau pun sampai itu pun secara rahsia mereka tidak keluar dari lorong itu untuk membeli
keperluan kecuali di bulan Haram sahaja. Itu pun mereka membeli makanan yang datang dari
luar Makkah dan pihak musyrikin terus menindas lagi, dengan menaikkan harga barang-barang
keperluan berlipat ganda supaya kaum muslimin tidak terdaya membelinya.

Di suatu ketika Hakim bin Hizam membawa gandum untuk emak saudaranya iaitu Khadijah (r.a),
diantaranya telah dihalang oleh Abu Jahal, beliau melarang dan mencegah hingga terpaksa
pula Abu al-Bukhturi masuk campurtangan dan membiarkan Hakim menyampaikan juga
gandum berkenaan kepada Khadijah emak saudaranya itu.

Abu Talib amat prihatin tehadap Rasulullah, hinggakan apabila orang semua hendak tidur
beliau menyuruh Rasulullah tidur di tempatnya, supaya dapat pula beliau melihat sesiapa
sahaja yang cuba membunuh Rasulullah, dan apabila semua orang nyenyak tidur, sekali lagi
Abu Talib menyuruh salah seorang anaknya atau saudaranya atau anak saudaranya tidur di
tempat Rasulullah di samping menyuruh membawa kelengkapan tidur mereka.
Rasulullah bersama kaum muslimin akan keluar dari situ di musim haji, untuk menyeru orang
ramai kepada Islam. Gelagat dan tindakan nakal Abu Lahab telahpun kita perkatakan sebelum
ini.


PELANGGARAN PIAGAM

Tiga tahun berlalu keadaan tetap seperti itu juga, walau macam manapun pada bulan Muharam
tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah berlaku pelanggaran dan pencerobohan ke atas
piagam perjanjian musyrikin kerana di kalangan Quraisy sendiri ada yang bersetuju dan ada
yang tidak bersetuju dengan piagam itu malah membangkangnya, lantaran itulah ada antara
mereka ada yang berusaha mencerobohi dan melanggar piagam berkenaan.
Orang pertama yang berusaha ke arah itu ialah Hisyam bin Amru dari qabilah Banu Amir bin
Luai, beliau sering berhubung secara rahsia di malam hari dengan Banu Hasyim dengan
membawa makanan, beliau selalunya menemui Zuhair bin Abi Umaiyah al-Makhzumi, sedang
ibunya adalah Atikah binti Abdul al-Muttalib, suatu hari beliau telah bercakap dengan Zuhair bin
Abi Umaiyah katanya: Wahai Zuhair! Kamu boleh rela hati untuk memakan dan meminum
sedang bapa-bapa saudara kamu, seperti kau tahulah. Jawab Zuhair: Baiklah, apa aku boleh
buat, aku seorang sahaja, demi Allah kalau ada orang lain bersama ku, dah lama kulanggar
piagam itu. Kata Hisyam: Aku ada orang kedua? Tanya Zuhair: Siapa orangnnya? Jawab
Hisyam: Aku! kata Zuhair: Kita perlu orang ketiga.

Dengan itu beliau terus pergi menemui al-Mut'am bin 'Adi, beliau menyebut kepada al-Mut'am
mengenai anak cucu Banu Hasyim dan Banu al-Muttalib. Kedua-duanya adalah keturunan
Abdul Manaf, dan beliau mengecamnya di atas persetujuannya dengan Quraisy dan dengan
piagam yang zalim lagi menindas itu. Kata al-Mut'am: Baiklah, apa aku nak buat, kan aku ini
seorang diri sahaja. Kata Hisyam: Aku dah ketemu dengan orang kedua. Kata Mut'am: Siapa?
Jawab Hisyam: Aku sendiri. Kata al-Mut'am: Kita perlu orang ketiga. Kata Hasyim: Pun sudah
aku ketemuinya. Kata al-Mut'am; Siapa orangnya? Jawab Hisyam: Zuhair bin Abi Umaiyah.
Kata al-Mut'am: Kita perlukan orang keempat.

Kali ini Hisyam pergi bertemu Abi al-Bukhturi bin Hisyam, beliau menyuarakan pendapatnya
seperti dikemukakan kepada al-Mut’am, kata al-Mut'am: Ada tak orang lain yang boleh
membantu usaha kita ini, jawab Hisyam, Tanya al-Bukhturi; Siapa-siapa, mereka itu, jawab
Hisyam: Zuhair bin Abi Umaiyah, al-Mutam bin Adi dan aku tetap bersama kau, kata al-Bukhturi
aku orang kelima.

Hisyam berkejar ke rumah Zama'ah bin al-Aswad bin al-Muttalib bin Asad, beliau
mengemukakkan cadangannya itu kepada Zum'ah: Ada tak orang lain yang menyetujui perkara
ini? kata Hisyam: memanglah ada orangnya, kemudian beliau membilang dengan menyebut
nama-nama mereka, kemudian mereka semua bermesyuarat di al-Hujun, di mana mereka
berjanji untuk memecah dan melanggar piagam yang zaiim itu, kata Zuhair: Biar aku orang
yang pertama menyuarakan perkara ini.

Sebaik sahaja subuh menjelang mereka pun segera ke kelab pertemuan, Zuhair dengan
pakaian istimewanya, bertawaf mengelilingi Kaabah tujuh kali kemudian beliau terus
berhadapan orang ramai di situ dan melaung dengan katanya: Wahai penduduk Makkah,
apakah kita memakan makanan dan memakai pakaian, sedang Banu Hasyim susah kelaparan,
tidak dibenar berjual beli dengan mereka? Demi Allah aku tidak akan berdiam diri aku pecah
dan langgar piagam yang zaiim itu.

Kata Abu Jahal yang sedang berada di penjuru masjid.  Itu adalah dusta dari mu, demi Allah kau
tidak akan melanggar piagam yang kita persetujui itu. Kata Zam'ah: Kerana kami tidak setuju
piagam yang amat berdusta, kerana kami tidak setuju piagam itu dituliskan cuma kamu yang
beria-ia sangat seperti yang tertulis itu, kata Abu al-Bukhturi: Memang kau benar wahai Zam'ah,
sesungguhnya kami tidak rela dengan penulisannya itu dan kami tidak mengakuinya.

Kata al-Mufam bin 'Adi pula: Kamu berdua memang benar yang lain-lain itu dusta belaka, kami
adalah bebas dihadapan Allah dengan segala apa yang tertulis. Hisyam pun berkata pula, sama
seperti yang dibicarakan oleh kawannya yang lain. Kata Abu Jahal: perkara ini sudah diatur
dalam satu malam, di mana kamu bermesyuarat bukan di tempat ini.

Ketika perdebatan sedang berlaku, Abu Talib berada di suatu penjuru masjid, beliau datang ke
sini kerana Allah telah memberi tahu kepada Rasul-Nya mengenai piagam yang mereka tulisnya
itu, di mana Allah telah memusnahkannya dengan menghantar anai-anai memakannya, segala
yang tertulis habis digeritnya, mana-mana sebutan zaiim, penganiayaan dan penindasan
dimakannya, kecuali sebutan nama Allah sahaja yang ditinggalkannya, hal ini diceritakan
kepada bapa saudaranya, untuk itu Abu Talib keluar menemui Quraisy, dan terus beliau
menceritakan kepada mereka seperti apa yang telah dikisahkan oleh anak saudaranya
Muhammad (s.a.w), sekiranya beliau berdusta aku beri laluan untuk kamu bertindak
terhadapnya, tapi kalau beliau benar hendaklah kamu tarik balik tindakan kamu itu. Kata
mereka: Ya! itulah yang adil dan wajar.

Setelah berlaku perbicaraan hangat di antara orang ramai dan Abu Jahal, akhirnya al-Mut'am
bangun dan pergi mengambil lambaran piagam untuk dimusnahkannya, tiba-tiba didapati anai-anai telahpun menggeritnya kecuali lafaz Bismika Allahhumma dan mana-mana lafaz yang
tersebut nama Allah sahaja yang tidak dimakannya.

Dengan itu selesai pemecahan dan pelanggaran ke atas piagam, dengannya Rasulullah dan
orang-orang yang bersama-samanya keluar dari lorong penempatan mereka, dengan itu juga
pihak musyrikin dapat menyaksi sebahagian tanda keagungan kenabian, walaupun demikian
mereka tetap sebagaimana yang dikisahkan Allah mengenainya: Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata
"(Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku".
(al-Qamar: 2)

Malah mereka terus berpaling tadah dari tanda-tanda dan ayat-ayat Allah ini dan mereka
semakin kufur.


PERWAKILAN QURAISY MENEMUI ABU TALIB UNTUK KALI TERAKHIR

Rasulullah telahpun keluar dari lorong Abu Talib namun baginda tetap menjalankan tugasnya
seperti biasa, dan Quraisy pula walaupun telah meninggal pemboikotan namun mereka masih
juga dengan sikap penindasan ke atas orang-orang Islam dan menghalang kerja-kerja dakwah
kejalan Allah, sedemikian dengan Abu Talib dengan sikapnya yang amat prihatin dan
penjagaan rapi terhadap diri Rasulullah, usia Abu Talib kini sudah pun melewati lapan puluh
tahun, kesengsaraan dan peristiwa-peristiwa besar yang silih berganti itu, terutamanya
pemulauan ekonomi telah menyebabkan sendi-sendi tulangnya semakin lemah, tulang
belakangnya bagai terpatah, tidak selang berapa bulan selepas mereka keluar dari
pengurungan tiba-tiba beliau telah diserang penyakit yang berat dan menekan, pihak musyrikin
pun curiga akan terjejas nama baik mereka di kalangan bangsa Arab, sekiranya suatu yang
buruk tidak diingini akan terjadi ke atas anak saudaranya itu, selepas kematiannya nanti, untuk
itu mereka mencuba sekali lagi untuk berbincang dengan Muhammad dengan kehadirannya
sekali, dan mereka akan bertolak ansur dengan syarat yang mereka berkeras dengannya
pada masa-masa yang lalu, dengan itu Quraisy telah mengutus perwakilannya menemui Abu Talib

Ibnu Ishak dan yang lain-lain meriwayatkan dengan katanya: Setelah Abu Talib mengadu hal
kesakitannya, dan beritanya ini telah sampai kepengetahuan Quraisy, maka mereka
bermesyuarat sesama mereka.

Kini Hamzah dan Umar sudah pun menganut Islam, cerita mengenai Muhammad dan usahanya
semakin berkembang di kalangan kabilah-kabilah Quraisy, kata mereka: Ayuh kita menemui
Abu Talib, kita pinta supaya beliau menekan anak saudaranya itu untuk menerima syarat-syarat
kita, demi Allah kita curiga mereka (kaum muslimin) akan meriguasai kita. Riwayat dalam lafaz
lain berbunyi: Sebenarnya kita takut, nanti orang tua itu akan mati dan Muhammad pula dapat
menguasai suasana, habislah kewibawaan kita, hingga seluruh bangsa Arab memperlecehkan
kita, dan mereka akan mengatakan: Dulu mereka membiarkannya hingga apabila bapa
saudaranya mati baru mereka kerjakannya. Dengan itu mereka pergi menemui Abu Talib dan
berbincang dengannya, mereka semua adalah pemuka-pemuka kaum yang terdiri dari: Utbah
bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Abu Jahal bin Hisyam, Umaiyah bin Khalaf dan Abu Sufian
bin Harb adalah tokoh yang mengepalai rombongan seramai dua puluh lima orang ini, kata
mereka: Wahai Abu Talib kau sebenarnya adalah sebahagian dari kami, sebagaimana yang
diketahui, kita semua sudah pun lanjut usia, kami pun takut juga hal yang akan menemui kau itu,
sebagaimana yang kau tahu hal yang terjadi di antara kami dan anak saudaramu itu, cuba kau
pinta kepadanya, dan beliau boleh membuat syarat kepada kami dan beliau pula harus
menerima sesuatu dari kami, supaya beliau berhenti mengecam kami dan kami pun boleh
berhenti menentangnya, dan hendaklah beliau membiarkan kami dengan agama kami, dan
di sebaliknya kami akan membiarkan beliau dengan agamanya. Lalu Abu Talib menjemput
Rasulullah, dan Rasulullah pun segera tiba, terus beliau berkata: Wahai anak saudaraku ini
semua adalah pembesar-pembesar kaum kau, mereka berkumpul ke mari, semata-mata untuk
kau untuk menawarkan kau sesuatu dan untuk menerima sesuatu darimu.

Kemudian Abu Talib menyampaikan hal yang dikemukakan oleh mereka tadi, iaitu untuk sama-sama tidak mengganggu pihak yang lain. Jawab Rasulullah: Apa pendapat kamu sekiranya aku
kemukakan kepada kamu satu perkataan yang apabila kamu ucapkannya kamu akan
menguasai seluruh bangsa Arab, dan bangsa-bangsa lain akan tunduk kepada kamu. Dalam
perkataan yang lain pula bahawa, Baginda berbicara kepada Abu Talib dengan katanya: Daku
mahu, semua mereka berada dalam kalimah yang satu, yang apabila mereka ucapkan kalimah
itu seluruh bangsa Arab akan tunduk kepada mereka dan bangsa asing akan membayar ufti
kepada mereka. Dan dalam lafaz yang lain pula, kata Baginda: Wahai bapa saudaraku, boleh
tak ayahnda serukan mereka kepada suatu yang lebih baik untuk mereka, kata Abu Talib:
Sebutlah apa yang hendak kau serukan mereka itu? Jawab Baginda: Aku mengajak mereka
untuk melafazkan satu kalimah yang apabila mereka lakukan seluruh bangsa Arab akan tunduk
akur kepada mereka, malah mereka akan menguasai seluruh bangsa-bangsa asing.

Manakala lafaz dari riwayat Ibnu Ishak berbunyi: Hanya satu kalimah sahaja, kamu ucapkannya
nescaya kamu akan menguasai bangsa Arab, dan bangsa asing pula akan tunduk kepada
kamu. Setelah mana Rasulullah menyebut kata-katanya ini mereka semua berhenti dan
kebingungan, dan bagaimana hendak menolak tawaran hanya satu kalimah yang amat
berfaedah sekali bagi mereka, lantas Abu Jahal pun berkata: Apa dia perkataan itu? demi bapa
engkau, mudah sangat, kami boleh ucapkannya dan sepuluh yang lain pun tidak mengapa,
jawab Rasulullah: Ucaplah "lailahaillallah " di samping kamu menolak seluruh penyembahan -penyembahan yang lain. Dengan itu mereka semua menepuk-nepuk tangan mereka dan
berkata: Wahai Muhammad, kamu hendak kami jadikan tuhan-tuhan yang banyak itu satu tuhan
sahaja? Ini tidak boleh jadi, ini perkara yang menghairankan.

Selepas itu mereka berkata sesama mereka: Demi Allah sesungguhnya orang ini (iaitu
Muhammad), tidak akan memberi suatu pun kepada kamu, ayuh beredar dari sini, dan teruskan
dengan agama nenek moyang kita dahulu, hingga Allah sahaja yang menghukumkan di antara
kita dan dia. Dengan itu mereka semua bersurai.

Mengenai mereka ini Allah menurunkan wahyunya:
Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan
pengajaran. (Orang-orang yang mengingkari kerasulanmu - wahai Muhammad - tidak
berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir itu bersifat sombong angkuh dan suka
menentang kebenaran. (Tidakkah mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang ingkar)
yang terdahulu dari mereka, Kami binasakan? Lalu mereka meminta pertolongan, padahal saat
itu bukanlah saat meminta pertolongan melepaskan diri dari azab. Dan mereka (yang
mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh
seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu
berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta. " Patutkah ia menafikan tuhantuhan
yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah
satu perkara yang menakjubkan!" Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka
(memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek
kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu
perkara yang amat dikehendaki. " Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan
Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta
semata-mata".
(Shaad: 1-7)


TAHUN PERKABUNGAN

Kematian Abu Talib

Kegeringan Abu Talib semakin menekan, tidak berapa lama beliau pun meninggal dunia,
kematian beliau adalah pada bulan Rejab' tahun kesepuluh kebangkitan Rasulullah, iaitu enam
bulan selepas keluar dari pengepungan di lorong Abi Talib, ada pendapat yang menyebut beliau
meninggal di bulan Ramadhan tiga hari sebelum kewafatan Khadijah (r.a).

Dalam sahih Bukhari hadis yang diriwayatkan dari al-Musayyab: Bahawa Abu Talib ketika
hampir kewafatannya beliau telah dihadiri oleh Rasulullah di sampingnya juga Abu Jahal, di sini
Baginda menyeru Abu Talib: Wahai ayahanda sebutlah "lailahaillallah" satu kalimah yang boleh
ku berhujah dengannya di hadapan Allah esok. Kata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyah:
Wahai Abu Talib: Mahu kau tinggal agama bapa kau Abdul Muttalib? Beginilah keadaan mereka
berdua, tarik menarik Abu Talib ke pihaknya, akhirnya Abu Talib menyebut: Aku  dalam
agama Abdul Muttalib bersama dengan hembusan nafas terakhir, di ketika itu Rasulullah
berkata: Sesungguhnya akan ku beristighfar untuk kau selagi mana aku tidak ditegah berbuat
sesuatu untuk kau. Di masa itu turunlah wahyu Allah: yang bermaksud:
Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang yang beriman, meminta ampun bagi orang yang
musyrik, sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang
musyrik itu adalah ahli-neraka.
(at-Taubah: 113)

Dan turun juga ayat:
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada
sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam),
(al-Qashas: 56)

Tidak perlu untuk menjelaskan lagi bagaimana Abu Talib ini merupakan penjaga dan benteng
kepada Rasulullah, hingga dakwah Islamiah boleh bertahan di sebaliknya, dari serangan kaum
sufaha dan elit, tetapi beliau tetap dengan agama datuk moyangnya, sesungguhnya beliau
gagal di sisi Allah. Dalam sahih al-Bukhari satu riwayat dari al-Abbas bin Abdul al-Muttalib
yang berkata kepada Rasulullah: Kau tidak boleh memanfaatkan bapa saudara mu itu, beliau
mempertahankan dan membela kau, kata Rasulullah: Beliau di hujung api neraka, kalau tidak
kerana aku, sudah pasti di lapisan terbawah api neraka.

Dari Abi Said al-Khudri, meriwayatkan, bahawa beliau mendengar Rasulullah menyebut tentang
bapa saudaranya, dengan sabdanya yang bermaksud:
"Semoga syafaat ku boleh memanafaatkan beliau di hari Qiamat nanti, beliau diletakkan di
hujung api neraka sampai membakar dua tumitnya "


KHADIJAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Lebih kurang dua atau tiga bulan selepas kematian Abu Talib, Khadijah pula kembali ke
rahmatullah, kewafatan beliau ialah dalam bulan Ramadhan tahun kesepuluh kebangkitan
Rasulullah, dalam lingkungan usia lima puluh enam tahun manakala Rasulullah berusia lima
puluh tahun. Sesungguhnya Khadijah adalah ni'mat dan anugerah yang teragung kepada Rasulullah, beliau bersama-sama Rasulullah untuk selama suku abad mencucuri Baginda dengan belai kasih sayang terhadap Baginda, di saat-saat genting dan meruncing, menyokong Baginda pada waktu-waktu kegawatan yang diperlukan kepada sokongan dan bantuan, malah beliau menolong Baginda menyebar ajaran dan risalahnya, bersama-sama Rasulullah ke medan jihad suci, berkongsi kemewahan dan kesusahan dengan harta dan keringatnya pernah Rasulullah
menyebut-nyebut kelebihan Khadijah dengan sabdanya yang bermaksud:
Beliau beriman denganku ketika manusia kufur dengan ku, membenarkan daku ketika manusia
mendustai daku, berkongsikan daku harta-hartanya ketika manusia lain enggan memberi daku,
dan Allah mengurniakan darinya anak-anak dan tidak mengurniakan anak dari yang lain.
Al-Bukhari  dalam sahihnya meriwayatkan hadith dari Abi Hurairah dengan katanya:              Jibril (a.s.), telah mendatangi Nabi Muhammad (s.a.w) dan berkata; Wahai Rasulullah itu dia
Khadijah (r.a.) telah datang bersama-samanya satu bekas, di dalamnya hidangan atau
makanan atau minuman, bila beliau tiba ke hadapanmu, sampaikan kepadanya salam dari
Tuhannya dan beritahu kepadanya berita gembira di mana tersedia untuk beliau sebuah rumah
di dalam syurga, diperbuat dari permata baiduri tiada bising dan gangguan di dalamnya.


DUKACITA YANG SILIH BERGANTI

Dua peristiwa sedih yang menekan, berturut mengoncang perasaan Baginda dan menyayat hati
naluri Rasulullah, dari situ musibah kaumnya bertubi-tubi menimpa Rasulullah, mereka lebih
berani lagi dari masa yang lampau, terang-terangan mengancam Baginda dengan kenakalan
dan penyiksaan. Selepas kematian Abu Talib, Baginda semakin bertambah duka nestapa,
hingga terasa berputus asa dengan mereka, lalu Baginda keluar ke Taif dengan harapan di
sana penduduknya akan menyahut seruannya dan membantu menghadapi kaum Quraisy,
malang di sana tiada siapa yang mahu menyokong dan membantu, malah yang didapati
penentangan yang lebih pahit lagi, Baginda mengalami lebih teruk lagi, dari apa yang diharap
dari kaumnya.

Sebagaimana tekanan semakin hebat ke atas Rasulullah semakin hebat juga penyiksaan ke
atas sahabatnya, hinggakan sahabatnya yang tersayang, Abu Bakr al-Siddiq mengambil
langkah untuk berhijrah keluar dari Makkah, beliau keluar hingga sampai ke Birk al-Ghamad
untuk pergi ke Habsyah, namun beliau telah dibawa pulang oleh Ibnu al-Dughnah dan meletak
di bawah suakanya. Ibnu Ishak meriwayatkan: Setelah Abu Talib-meninggal dunia, pihak
Quraisy mengancam Rasulullah dengan berbagai penyiksaan yang belum pernah dialami
semasa hayat Abu Talib, malah golongan bodoh pun berani juga, pernah di suatu hari seorang
lelaki bodoh berani menabur pasir ke atas kepala Rasulullah, Baginda memasuki rumahnya
dengan tanah dan pasir bertaburan di kepala Baginda, salah seorang puterinya membasuh
kepalanya sambil menangis, namun Rasulullah masih menenangkannya: Tak usah kau tangis
wahai anakku, sesungguhnya Allah melindungi ayahmu ini. Quraisy tidak melakukan seberat ini,
yang paling kubenci, melainkan selepas kematian Abu Talib.

Oleh sebab bertubi-tubi penyiksaan yang datang pada  tahun ini maka Baginda menamakan tahun berkenaan dengan tahun perkabungan dan dukacita, dan penamaan ini memang terkenal dalam sejarah Islam.

Deretan pelbagai siksa yang diterima oleh penganut & pendokong Islam yang sedia ada telah mendatangkan sedikit rasa gerun & takut dalam hati mereka yang belum Islam untuk turut serta walaupun dalam benar mereka terselit rasa yakin & percaya denngan apa yang didakwahkan oleh seorang manusia yang mereka sendiri sepakat gelari al-Amin. Melihat ruang & peluang untuk khalayak penduduk Mekah semakin sempit untuk ikut terlibat dalam agama AlLah SWT ini, maka Baginda SAW cuba menyebar keluar seru Islam ini ke daerah berdekatan iaitu Taif. Jarak antara Mekah dengan Taif di sekitar 60 batu & mereka berdua ke sana dengan berjalan kaki, SubhanalLah. Mudah-mudahan di Taif sana Baginda SAW akan mendapat dokongan & sokongan baharu. Ya, dengan hanya ditemani Zaid bin Harithah, target dakwah di Taif dicari. Malangnya apa yang dirancang tak seindah kejadian yang mendatang. Para penentang Islam dari Mekah terlebih dahulu menghubung suku sakatnya di sana & meminta agar mereka tidak membenarkan Baginda Nabi SAW berdahwah di sana, kerana kononnya Rasul SAW membawa pecah belah kepada masyarakat & membodohkan amalan orang tua-tua mereka (yang sebetulnya memang hyperbodoh=sanggup menyembah patung yang bisu, buta, & tak dapat nak berbuat apa-apa, menolong dirinya sendiri tidak mampu apalagi untuk menolong manusia). Dengan berbekalkan sedikit habuan mereka mengupah putera 1 Taif agar membaling Baginda SAW & Zaid dengan batu di sepanjang jalan. Ekoran daripada tingkah laku yang tidak bertamadun ini menyebabkan Baginda SAW serta Zaid mengalami luka-luka di seluruh badan. Lalu keduanya semasa dalam perjalanan untuk meninggalkan bumi Taif, singgah berehat & berteduh di bawah bayangan pepohon kepunyaan Utbah & Syaibah bin Rabiah. Baginda telah berlindung di sebuah kebun. Baginda memanjatkan doa kepada Allah dengan penuh khusyuk:
اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس ياأرحم الراحمين أنت أرحم الراحمين أنت
رب المستضعفين وأنت ربي إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني أم إلى صديق مكلته إمري إن لم يكن بك
غضب علي فلا أبالي ولكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أضاءت له السموات و الأرض
وأشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والأخره أن ينزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبى
حتى ترضى ولاحول ولاقوة إلابك
“Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai urusanku? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk mencela aku sehingga Kamu redha.                                           Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan dengan-Mu.”

Dari jauh Utbah & Syaibah  melihat Nabi SAW & Zaid yang berlumuran darah, pemandangan itu telah membetikkan rasa kemanusiaan dalam diri kedua-dua adik-beradik itu, lantas disuruhnya pembantunya yang bernama Addas membawakan setangkai anggur buat penghilang dahaga. Baginda Nabi SAW & Zaid sebelum memasukkan makanan ke mulut terlebih dahulu membaca ‘ BismilLah...’ demi mendengar zikir tersebut, telah mengundang rasa terkejut Addas, kerana bacaan tersebut kerap kali dibacakan oleh penduduk negerinya Ninawa yang mengikuti syariat yang ditinggalkan oleh Nabi Yunus bin Matta AS. yang Apabila mengetahui Addas berasal dari negara anbiya’ Nabi Yunus, Baginda SAW membacakan Surah Yunus kepada Addas, terkesan dengan pertemuan yang syahdu ini Addas tanpa berlengah lagi terus lidahnya dengan cepat melafazkan ucapan 2 kalimah syahadah. Pergabungan diri Addas ke dalam tauhid yang tulus itu telah menyebabkan diri menerima pelbagai warna siksa daripada kedua-dua tuanya.

Baginda Nabi SAW memikul segala episod & babak ngeri yang dikumpulnya di bumi Taif & tanpa sebarang tersisa dibawanya kembali ke bumi tumpah darah, Mekah. Deretan episod masalah bersambung dengan iklim yang lebih parah, Baginda SAW dihalang memasuki Mekah kecuali melalui jaminan atau perlindungan daripada pembesar Mekah. Bertapa sulit & rumitnya situasi yang dihadapi Baginda Nabi SAW, siapa pula atau masih adalah pembesar Quraisy di sana yang bersedia memberi jaminan kepadanya? Sedangkan pada pandangan yang kelihatan di mata, semua mereka memulau dakwah RasullulLah SAW. Ya satu kondisi yang amat mustahil untuk diduga ada lagi manusia yang bersedia memberi perlindungan kepada Rasul & seru dakwahnya. Baginda SAW amat faham seakan peluang untuknya kembali semakin mengecil adanya. Kepada Baginda SAW apa yang tersisa & ada padanya hanyalah secangkir usaha yang memperlihatkan kesungguhannya, sama ada jaya atau sebaliknya itu haq mutlak AlLah SWT Yang Maha Perkasa. Walaupun di atas kertas & pada analisa komputer amat mustahil masih ada manusia yang akan memberikan jaminan kepada Rasul Yang Mulia, tapi ramalan manusia  & analisa komputer tidak pernah sampai bila-bila untuk menyamai apalagi mengatasi qudrat & iradat Yang Maha Esa.

Rangkaian doa dikirim kepangkuan AlLah SWT Yang Maha Esa, deretan usaha disulam bagi berhadapan dengan muslihat manusia yang durja, yang menolak keesaan AlLah SWT semata-mata. Baginda SAW melalui wakilnya tanpa membuang masa datang berjumpa untuk mempengaruhi Akhnas bin Surih agar menjadi penjaminnya. Malangnya Akhnas bin Suriah menyatakan ketidakberaniannya untuk berdepan & seterusnya berhujah dengan Abu Jahal, jika dia menjadi penjamin kepada Nabi SAW nanti. Kegagalan yang menjenguk pada kali pertama bukan menjadi jaminan untuk berulang untuk kali yang kedua. Sekali lagi Baginda SAW menghantar wakilnya, kali ini berjumpa pula dengan Suhail bin Amru, bagi menyatakan tujuan yang serupa. Kepada Suhail ini bukan urusannya & dia tidak mahu turut serta, lalu kembalilah wakil Rasul menemuinya dengan membawa satu lagi khabar hampa. Dua kali usaha menemui jalan buntu, tidak sedikitpun meluntur apatah mematahkan usaha daripada Baginda SAW. Untuk kali ketiga Baginda SAW meminta agar utusannya berjumpa Mut’im bin Adi yang sudah menjangkau usia tua, boleh jadi dia akan menjadi lebih bertimbang rasa. AlLah SWT memerhati segenap segi usaha para hamba & DIA juga berkuasa melembutkan hati sesiapa sahaja yang DIA suka. Percubaan ketiga ini rupanya mendatangkan hasil yang lumayan & segera. Apabila Mut’im diminta pertolongannya, dengan segera diarahkan semua anak cucunya agar mengiringinya ke tempat tinggal sementara Baginda SAW untuk mengiringi Baginda SAW ke Ka’abah. Setiba di Ka’abah Mut’im dengan penuh bangga mengistiharkan mulai saat ini tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu Baginda SAW, kerana Baginda SAW berada di bawah jaminan & perlindungannya. Pengumuman daripada Mut’im yang dibuat pula di Ka’abah telah mendatangkan ‘terkejut beruk’ kepada Abu Jahal & konco-konconya.

Di bawah jaminan keselamatan Mut’im inilah Baginda SAW meluaskan percikan dakwah Islam ini kepada setiap kabilah yang datang ke Mekah untuk berbuat haji atau umrah. Antara mereka yang didakwahkan itu termasuklah suku Aus & Kha’raj, penduduk peribumi Madinah. Di bumi Madinah kedua-dua suku ini selalu mendengar dari mulut rahib & paderi Yahudi & Nasroni tentang adanya Nabi Akhir Zaman; ajakannya, sifat-sifatnya, ajarannya, keperibadiannya dsb. Lalu apabila orang Aus & Kha’raj ini didakwahkan kepada Islam, mereka dengan mudah dapat menerima seruan kebenaran itu & mengabungkan diri ke dalam Islam. Tahun pertama jumlah mereka (Aus & Kha’raj) ini amat sederhana tapi pada tahun kedua jumlah mereka meningkat sekali ganda. Baginda SAW menemui mereka & menyampaikan dakwah tersebut di Aqobah & persetiaan mereka dinamai Baiatul Aqobah. Merekanya (Aus & Kha’raj) kemudiannya mempelawa Baginda SAW agar berhijrah sahaja ke bumi Yatrib (Madinah) kerana mereka berjanji akan menjaga Baginda SAW sebagaimana mereka merawat diri mereka sendiri.  Untuk langkah yang sulung terlebih dahulu Baginda SAW mengutuskan Mus’ab bin Umair sebagai dutanya untuk menjadi pendakwah di sana. Lalu pergilah Mus’ab ke bumi Madinah untuk menyebarluaskan Islam kepada umat manusia di sana.

Dari sehari ke sehari jumlah mereka yang mengucap 2 kalimah syahadah semakin bertambah, kali ini bukan sahaja melibatkan penduduk Mekah tetapi dakwah ini telah mula meluas, sudah dapat menembusi tanah Madinah. Hal ini telah mendatangkan pelbagai rasa resah & gundah Abu Jahal serta semua pembesar Mekah. Untuk itu mereka telah memanggil satu mesyurata yang diadakan di Darul Nadwah.

Dalam kitab Sirah Ibnu Hisyam, menyebutkan tokoh-tokoh Quraisy yang menjadi ahli pemesyuaratan di Darul Nadwah, menurut Ibnu Abbas (AbdulLah bin Abbas) adalah seperti mana berikut;

Wakil Quraisy daripada Bani Abdul Syam
- Abu Sufyan bin Harb
- Utbah bin Rabi’ah
- Syaibah bin Rabi’ah

Wakil Quraisy daripada Bani Naufal bin Abdul Manaf
- Thu’aimah bin Adi
- Jubair bin Muth’im
- al-Harts bin Amir bin Naufal

Wakil Quraisy daripada Bani Abdul Darr bin Qushai
- an-Nadhr bin al-Harts bin Kaladah

Wakil Quraisy daripada Bani Asad bin Abdul Uzza
- Abu al-Bakhtari bin Hisyam
- Zam’ah bin al-Aswad bin al-Muttalib
- Hakim bin Hizam

Wakil Quraisy daripada Bani Makhzum
- Umar bin Hisham ( Abu Jalal/ Abal Hakam)

Wakil Quraisy daripada Bani Sahm
- Nubaih bin al-Hajjal
- Munabbih bin al-Hajjaj

Wakil Quraisy daripada Bani Jumah
- Umayyah bin Khalaf

Sementara dalam SEERAH NABAWIYYAH Al-Raheeq al-Makhtum menyebutkan;
Kata Ibnu Ishak: Bila malam bergerak gelap, mereka pun berkumpul di pintu menunggu baginda
tidur, di masa itu mereka akan menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan
kepercayaan yang mereka akan berjaya dengan pakatan jahat itu, di mana Abu Jahal berdiri
dengan penuh sombong dan ujub, sambil mereka bertanya kepada semua pengikutnya itu,
yang sedang mengepung rumah Rasulullah dengan penuh senda dan ejekan terhadap kesudahan Rasulullah dengan katanya, "Itu dia Muhammad yang pernah menjanjikan kamu semua, sekiranya kamu mengikutnya beliau akan serah kuasa kepada kamu sebagai Mahajara Arab dan Ajam, kemudian kamu akan dibangkitkan semula dari kubur kamu, dengan menyerahkan kunci syurga seperti taman-taman di Jordan kononnya, dan sekiranya kamu tidak mahu menurutinya kau akan disembelihnya, setelah itu kamu akan dihidupkan semula kemudian
sekali lagi kamu akan diazab dengan disumbat ke dalam neraka yang membakar".

Masa tindakan adalah di tengah malam, untuk itu mereka berjaga sepanjang malam menunggu
detik terakhir, namun Allah mengatasi seluruh perancangan. Mentadbir petala langit dan bumi,
Tuhan mampu berbuat segala sesuatu yang dikehendakinya, ianya mampu melanggar sesuatu
tetapi tiada suatu pun yang mampu melanggar-Nya. Memang Allah melaksanakan sesuatu
seperti yang disuarakan kepada Rasulullah dengan mafhumnya:
"Dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan lipu daya
terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan
tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang
menggagalkan tipu daya".
(al-Anfal: 30)



RASULULLAH MENINGGALKAN RUMAHNYA

Dalam suasana pihak Quraisy begitu prihatin dengan perancangan mereka, namun mereka
gagal di saat terakhir dan kritikal ini, Rasulullah SAW telah meminta Saidina Ali (r.a) dengan
sabdanya, "Ayuh, kau tidur di tempatku ini dan berselimutlah dengan kain Hadramiku ini, dan
lenalah, tiada suatu pun yang kau tidak suka itu akan terkena kau". Sebenarnya Rasulullah tidur
biasa berselimut dengan kainnya itu.

Rasulullah SAW pun keluar, membelah barisan sekatan mereka malah Rasulullah telah mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda menaburkannya ke atas kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka hingga mereka tidak sedikit pun melihat
Rasulullah keluar di masa itu sambil membaca ayat Allah yang bermaksud:
"Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka.                                Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.
(Yaa Siin: 9)

Tidak seorang pun dari mereka yang terkecuali, malah kesemua mereka diletakkan tanah ke
atas kepalanya, baginda terus berjalan ke rumah Abu Bakr. Rasulullah dan Abu Bakr keluar
melalui jendela di rumah Abu Bakr di malam itu juga, hingga sampai ke gua Thur yang terletak
di pertengahan perjalanan ke arah Yaman.

Mereka yang mengepung rumah Rasulullah menunggu-nunggu detik terakhir, malangnya
sebelum sampai saat dan ketikanya terbongkar kegagalan, di mana seorang lelaki lain yang
tidak bersama mereka telah datang menemui mereka semua, mendapati mereka sedang
berkawal rapi di pintu rumah Rasulullah dengan katanya, "Apa yang kamu tunggu ini?" Jawab
mereka, "Kami menunggu Muhammad". Jawab lelaki tadi, "Kau sudah gagal dan kehilangan
peluang. Demi Allah, Muhammad sudah berlalu dari sini, malah telah menabur tanah-tanah ke
atas kepala kamu semua dan kini beliau sudahpun beredar untuk tujuannya". Jawab mereka
semua, "Demi Allah, kami tidak melihatnya pun". Mereka semua bangun, mengibas tanah dari
kepala masing-masing.

Mereka cuma mengintai dari celah pintu dan mendapati Ali di tempat tidur Rasulullah, maka
mereka berkata "Demi Allah, itu dia Muhammad sedang tidur berselimut dengan kainnya". Oleh
itu, mereka pun tidak bergerak dari tempat masing-masing hinggalah ke subuh. Pada masa itu,
Ali pun bangun dari tidurnya. Alangkah terkejut melihat keadaan yang mengecewakan itu, lalu
mereka pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya Muhammad. Jawab Ali, "Aku tidak ada
muklumat mengenainya".


DARI RUMAH KE GUA

Rasulullah meninggalkan rumahnya pada malam 27 bulan Safar tahun keempat belas
kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Baginda tiba ke
rumah temannya Abu Bakr yang merupakan manusia yang paling dipercayai oleh Rasulullah,
untuk persahabatan dan hartanya. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu
Bakr dari pintu belakang, untuk lari dari Makkah secepat mungkin dan sebelum fajar menyinsing.

Rasulullah menyakini yang Quraisy akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memburunya
dan jalan yang akan terlintas dipemikiran Quraisy ialah jalan utara menuju ke Madinah maka
sebab itu Rasulullah mengambil jalan yang mencanggahi jalan ke utara, iaitu jalan yang berada
disebelah selatan menghala ke negeri Yaman, baginda mengambil jalan itu yang sejauh lima
kilometer hingga tiba ke bukit yang dikenali sebagai Jabal Thur, ianya mempakan bukit yang
tinggi, jalannya sukar, pendakiannya berhalangan, berbatu-batu hingga melecet tapak kaki
baginda (s.a.w). Diceritakan bahawa Rasulullah terhincut-hincut dengan tujuan
menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melicit tapak kaki baginda, walau bagaimana
sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, sesampainya mereka ke Jabal Thur itu,
terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat menyampaikan baginda ke kemuncak bukit,
dalam sejarah Islam dikenali sebagai gua Thur.



KETIKA MEREKA BERDUA Dl DALAM GUA

Sesampainya mereka ke gua berkenaan, kata Abu Bakr, "Demi Allah, Rasulullah jangan masuk,
kecuali setelah hamba masuk dahulu, sekiranya ada sesuatu yang berbahaya biar terkena
hamba dahulu". Lalu beliau masuk ke dalamnya dan membersihkannya. Di sana, Abu Bakr
mendapati sebuah lubang maka beliau mengoyak kainnya dan disumbatkannya dan beliau
menyeru, "Sila masuk, Rasulullah". Maka baginda pun masuklah. Abu Bakr meletakkan kepala
baginda ke ribanya hingga baginda lena, di masa itu kala jengking menyengat kakinya yang
terhulur ke dalam lubang, namun sedikit pun beliau tidak bergerak supaya Rasulullah tidak
tersedar. Tetapi air matanya terjatuh ke muka Rasulullah. Kata Rasulullah, "Apa hal diri kau
wahai Abu Bakr". Jawab beliau, "Daku telah disengat, demi ibu bapaku korban untuk kau, ya
Rasulullah". Oleh yang demikian, Rasulullah menawarkan bekas sengatan tadi dengan ludahan
baginda, maka segera hilanglah kesakitannya itu.

Selama tiga malam mereka bersembunyi di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad,
Abdullah bin Abu Bakr turut tidur bersama-sama mereka, ujar Aisyah, "Abdullah adalah salah
seorang pemuda berpengetahuan dan cerdik, menemani mereka di waktu malam. Di hujung
malam beliau keluar dari sana dan berada di kalangan Quraisy di pagi hari menampakkan yang
beliau bermalam di Makkah bersama Quraisy, beliau mendengar dan mengingati segala
sesuatu yang diperihalkan di Makkah untuk dibawa kepada mereka berdua di tengah malam".
Manakala Amir bin Fahiirah orang suruhan Abu Bakr bertugas memelihara kambing untuk
membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang, beliau menyampaikannya
kepada mereka berdua setelah malam berlabuh dengan melaung dan menyebut perkataan,
"susu dan daging" kepada mereka. Beliau melakukan ini di ketiga-tiga malam persembunyian
itu, selain dari itu, Amir bin Fahiirah juga bertugas menghalau kambingnya di atas kesan-kesan
tapak kaki Abdullah bin Abu Bakr supaya tidak dapat dikesan oleh pihak Quraisy.

Pihak Quraisy menjadi gila, setelah mereka yakin Rasulullah telah terlepas dari usaha jahat
mereka itu. Apa yang dapat mereka lakukan ialah dengan melanyak Saidina Ali serta diseretnya
ke Kaabah dan mereka mengurungnya dengan harapan memperolehi berita arah mana
Rasulullah dan Abu Bakr melarikan diri. Setelah mereka tidak dapat memperolehi sebarang
maklumat dari Ali, mereka menuju ke rumah Abu Bakr al-Siddiq pula, setelah mengetuk pintu
rumah, Asma' binti Abu Bakr pun keluar, kata mereka, "Mana bapa awak?". Jawab Asma',
"Demi Allah, mana aku tahu ke mana dia pergi". Sebelum beredar, Abu Jahal yang buruk
akhlak itu, sempat juga menempeleng muka Asma' hingga melayang sebelah subang di
telinganya.

Dalam sidang tergempar Quraisy, mereka telah membuat keputusan segera, iaitu mengerah
seluruh jentera yang ada untuk menangkap buruan yang lari itu, semua jalan masuk ke kota
Makkah diletakkan dalam kawalan bersenjata api, dan pihak Quraisy menawarkan kepada
sesiapa yang dapat menangkap mereka berdua hidup atau mati dengan hadiah yang lumayan,
iaitu seratus ekor unta untuk seorang.


Di ketika itu seluruh pahlawan penunggang kuda dan pejalan kaki serta tukang pengesan tapak
kaki, seluruh mereka bertebaran ke pelusuk sekitar Makkah di lembah-lembah dan di bukti-bukit, di dataran mahupun di gua, namun kesemua mereka tidak berjaya. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Imam al-Bukhari menceritakan dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, "Semasa aku bersama dengan Rasulullah di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini. Jawab Rasulullah, "Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita".
Sebagai mukjizat Allah yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka telah beredar pulang
dari situ meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ Rasulullah sedang bersembunyi.



DALAM PERJALANAN KE MADINAH

Sebaik sahaja api kemarahan dan usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan
pemeriksaan dihentikan, setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya
bersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Mereka berdua telah pun mengupah Abdullah
bin Uraiqat, beliau adalah seorang yang tenang dan mahir mengenai jalan di padang pasir, beliau masih lagi dengan agama Quraisy, namun baginda mempercayai dalam hal ini,
Rasulullah dan sahabatnya itu telah menyerah kedua-dua binatang tunggangan mereka kepada
Abdullah, dengan menjanjikannya untuk menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam
berlalu di malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16
September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua
tunggangan, kata Abu Bakr kepada Rasulullah, "Dikaulah sebagai ayahku, ambillah salah
seekor tunggangan ini". Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu. Jawab
Rasulullah, "Kuambil Dengan harga".

Asma' binti Abu Bakr pun membawa bekalan perjalanan Rasulullah dan Abu Bakr, beliau
terlupa membawa tali pengikat untuk diikat bekalan tadi pada kenderaan baginda, akhirnya
beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah
lagi diikat semula ke pinggangnya, dengan itu beliau dikenali dengan "Zat al-Nitaqain " yang
empunya dua tali pinggang.

Rasulullah bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, bersama-sama mereka Amir bin
Fahiirah, melalui jalan pinggir pantai mengikuti dalil penunjuk jalan Abdullah bin Uraiqat. Arah
pertama yang beliau tunjuk sebaik sahaja keluar dari gua itu, ialah ke arah selatan negeri
Yaman, kemudian baru beliau mengalih arah menuju persisiran pantai, hingga apabila beliau
sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, beliau mengalih arah ke utara menghampiri
pantai laut merah, iaitu jalan yang tidak diguna orang kecuali jarang-jarang sahaja.

Ibnu Ishak menceritakan mengenai tempat-tempat yang dilalui Rasulullah di dalam perjalanan
mulia ini. Katanya, "Sebaik sahaja dalil penunjuk membawa mereka ke selatan Makkah, tidak
lama kemudian beliau membawa mereka menyusur ke tempat bertentangan jalan ke bawah
Asapan, kemudian baru mereka ke bawah Amaj, memasuki Qadid, dari situ dibawa memasuki
al-Kharar, terus pergi ke Thaniya al-Murrah, berlepas ke Laqfa dengan memasuki Madlajah
Laqaf, dari situ bergerak ke Madlajah Mujah, bawa mereka masuk Marjah Muhaj kemudian
memasuki Mazhaj Zi Ghadhwin menyusur ke Zi Kasyr terus ke al-Jadajid, lepas itu ke al-Ajrad,
dengan memasuki Za Salam kemudian dari Batnu A'ada memasuki Ta'hn berlepas ke al-Ababid
melintasi al-Fajah turun al-A'rj mengarah ke Thaniyah al-A'air di sebelah kanan Rakubah,
kemudian turun lagi ke Batn Ra'im akhirnya sampai ke Quba'. Di sini diringkaskan beberapa
peristiwa di dalam perjalanan berkenaan:
1. Al-Bukhari meriwayat dari Abu Bakr al-Siddiq (r. a) dengan katanya: Pada malam itu, malah
dari kelmarin lagi kami berjalan malam hinggalah rembang hari, jalan lengang, tak siapa pun
melaluinya, di suatu tempat kami menghampiri sebuah batu panjang ditepinya teduhan, di situ
kami singgah sebentar, aku sediakan tempat, menyapu-nyapu dengan tanganku untuk
Rasulullah berhenti dan tidur dengan menghamparkan sebidang kulit dan kuberkata, "Tidurlah
wahai Rasululllah dan hamba hendak memerhati yang di sekeliling man hamba ini". Rasulullah
pun tidur. Kemudian aku pun keluar memerhati di sekeliling baginda, tiba-tiba aku bersua
dengan seorang pengembala membawa kambing-kambingnya ke batu yang kami singgah,
hendak berteduh seperti kami, ku berseru kepadanya, "Siapa tuan kamu, wahai pengembala?".
Jawabnya, "Yang ampunya ini ialah seorang lelaki dari penduduk Madinah atau Makkah.
Kataku kepada lelaki itu, "Ada tak di antara kambing-kambing ini yang bersusu?". Jawabnya,
"Ya, memang ada". Kataku, "Boleh tak kauperahkannya". Jawabnya, "Ya,
sudahtentuboleh".Beliaupun segera memegang seekor kamping betina. Kataku, "Hai, kau
bersihkan uncang susunya dari tanah-tanah, bulu dan kotoran". Lepas itu, beliau memerah
susu ke dalam sebuah bekas, kemudian ku tuangkannya ke dalam bejana yang sedia ku bawa
bersama ku untuk Rasulullah. Baginda meminum dan berwudhu' darinya, ku pun bawa ke
hadapan Rasulullah, keberatan untukku mengejutkan Rasulullah dari tidurnya itu, ini
membolehkan daku merenjis air ke atas bejana supaya susu di dalamnya menjadi dingin.
Setelah Rasulullah terjaga, aku pun segera meminta Rasulullah meminumnya, baginda pun
meminum kesemuanya, kemudian Rasulullah bersabda, "Boleh tak kita bergerak sekarang ini?".
Jawabku, "Bahkan boleh, wahai Rasulullah". Kemudian kami semua bergerak. .

2. Kebiasaannya Abu Bakr mengekori dari belakang Rasulullah, beliau seorang yang dikenali
sedang Rasulullah seorang yang muda yang tidak dikenali, bila beliau ditanya, "Siapa yang
dihadapan kamu itu?" Jawab Abu Bakr, "Itu penunjukjalan". Orang itu menyangka yang
dimaksudkan itu ialah penunjuk arah perjalanan, namun apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakr
ialah penunjukjalan kebaikan dan kebenaran.


3. Suraqah bin Malik telah mengekori mereka dari belakang. Cerita Suraqah, "Ketika ku sedang
duduk di dalam satu majlis qabilahku, Banu Mudlij, tiba-tiba seorang lelaki telah datang ke
majlis berkenaan. Beliau berdiri, sedang kami semua duduk, lalu berucap, "Wahai Suraqah,
baru sebentar daku telah melihat lembaga hitam dipersisiran pantai, aku mendapati Muhammad
dan sahabat-sahabatnya". Kata Suraqah di dalam hatinya, "Aku tahulah mereka itu memang
Muhammad dan sahabat-sahabatnya". Kemudian katanya kepada lelaki itu, "Mereka itu bukan
Muhammad dan pengikut-pengikutnya, tapi yang kau lihat itu si Fulan dan si Fulan, mereka itu
berjalan dalam pengawasan kami".

Daku duduk dalam majlis beberapa ketika, kemudian kukeluar dari situ dan suruh "perempuan suruhanku" supaya bawa keluar kudaku yang tertambat disebalik berlukar, sementara aku mengambil tombak dan ku keluar dari belakang rumah, dengan mengheret batang tombak di atas tanah dan matanya direndahkan, hinggalah sampai dekat kudaku, terus ku pecutnya, aku mengenali mereka itu dan menghampiri mereka, malangnya kuda aku terbenam kaki depannya ke dalam pasir, hingga aku terjatuh, setelah kuberdiri, kumembuat cabutan nasib dengan menggunakan anak panahku dengannya aku bersumpah di antara dua "membunuh mereka atau tidak", cabutan nasib keluar yang kutidak suka, namun aku melanggar sumpahan itu, sekali lagi kuda ku menghampiri mereka, memang dekat hingga aku dapat mendengar bacaan Rasulullah (s.a.w) baginda tidak menoleh ke manamana tetapi Abu Bakr kerap sangat menoleh ke belakang, sekali lagi kaki hadapan kudaku terbenam ke dalam pasir hingga ke lututnya sekali lagi aku tercampakjatuh, ku mengherdiknya ia pun bangun, kaki depannya hampir-hampir tidak dapat dibawa keluar, namun setelah berdiri tegak semula tidak semena-semena kelihatan debu bercahaya di depan langit seperti asap, sekali lagi ku membuat cabutan dengan anak panah dan sekali lagi keluar yang kumembencinya, kali ini ku menyeru kepada mereka memohon keselamatan, mereka semua berhenti dan ku pun memacu kuda, ku menuju arah mereka hingga sampai ke hadapan mereka, kini terlintas di dalam jiwa ku dengan apa yang telah terjadi di mana tindakan ku itu semua terhalang adalah petanda kepada kejayaan urusan Rasulullah itu di masa-masa akan datang.

Kumenyeru kepada baginda, "Kaumku telah menawar ganjaran untuk sesiapa dapat
menangkap Rasulullah". Dan ku menceritakan kepada mereka apa yang hendak dilakukan oleh
orang ramai, ku tawarkan kepada mereka bakalan dan barang-barang makanan, namun tak
seorang pun yang mempedulikan, cuma apa yang mereka meminta dengan berkata, "Jauhilah
dari kami". Ku meminta Rasulullah menuliskan daku watikah keamanan, baginda menyuruh
Amir bin Fahiirah, beliau pun tulislah ke atas sebidang kulit, setelah itu Rasulullah pun
meneruskan perjalanannya.

Mengikut riwayat Abu Bakr yang berkata, "Kami keluar berhijrah dalam keadaan kaum kafirin
mencari-cari kami, namun tak seseorang pun yang dapat memburu kami kecuali Suraqah bin
Malik bin Ja'syam sahaja yang menunggang kudanya, ku menyeru kepada Rasulullah, yang ku
mencurigai pemburuan itu kalau-kalau ianya sempat menangkap kami. Jawab Baginda dalam
ayat yang bermaksud:
(Jangan berduka sesungguhnya Allah bersama kita)
(al-Taubah: 40)

Dengan itu Suraqah pun berpatah balik, di Makkah beliau mendapati orang ramai memang
sedang mencari-cari Rasulullah dengan berseru kepada mereka sekalian: Telah pun aku
usahakan untuk kamu, dan di sini aku yang bertanggungjawab". Di awal hari beliau menjadi
musuh Rasulullah, di akhir hari menjadi pengawal Baginda.

4. Di dalam perjalanan Baginda itu, Rasulullah telah melewati dua perkhemahan Ummu Ma'bad
al-Khuza' iyah, beliau adalah seorang wanita tegas, duduk berehat di halaman khemahnya
biasanya memberi jamuan dan minuman kepada sesiapa yang melewati khemahnya, di hari itu
mereka berdua bertanyakan beliau, "Apakahada sesuatu bersama puan?" Jawabnya, "Demi
Allah, kalau ada sesuatu bersama kami, kamu tidak akan terbiar tanpa jamuan, kambing
semuanya tak bersusu dan ini pula tahun kemarau".

Rasulullah membeiek ke arah kamping betina di tepi khemah dengan bersabda, "Apa kambing
betina di tepi khemah itu wahai Ummu Ma'bad?". Jawab beliau, "Itu adalah kambing tertinggal
kawan kerana keletihan". Tanya Baginda, "bersusukah?". Jawabnya, "lanya terlalu teruk untuk
memberi susu". Sabda Rasulullah, "Berikan izin untuk sayamemerahnya," Jawab Ummu
Ma'bad: Ya, demi Allah, kau sebagai ibu bapaku kalau, nampak boleh diperah-perah sajalah.
Rasulullah mengusap-usap uncang susu dengan tangan Baginda disertai dengan pembacaan
Bismillah dan berdoa, uncang pun mengembang memenuhi susu terus mencurah susu,
Baginda meminta bekas agak besar mencukupi beberapa orang, Baginda perah hingga berbuih
pada permukaan bekas perahan itu. Baginda memberi Ummu Ma'bad meminumnya hingga
puas, lepas itu memberi kepada sahabatnya, mereka pun minum hingga puas, lepas itu
Baginda minum, sekali lagi Baginda memerah hingga tepu bekas, lalu ditinggal kepada Ummu
Ma'bad dan mereka semua meneruskan perjalanan.

Tidak berapa lama kemudian suami Ummu Ma'bad pulang menghalau kambing-kambing
kekurusan, kesemuanya berjalan terhuyung hayang, kerdil-kerdil belaka, tetapi bila beliau
melihat susu di khemah beliau kehairan terus bertanya dari mana kesemua ini, kambing yang
tertinggal itu belum beranak, dan yang tertinggal di khemah tadi tak ada yang bersusu pula?
Jawab Ummu Ma'bad:
Tak tahulah, demi Allah sesungguhnya tadi telah berlalu dari sini seorang lelaki bertuah
membawa berkat, di antara percakapannya begini-begini, perwatakannya begini-begini, kata
suami Ummu Ma'bad: Sesungguhnya demi Allah, aku percaya inilah orang yang diburu oleh
Quraisy, cuba kau terangkan lagi wahai Ummu Ma'bad, lalu beliau menceritakan sifat-sifat
Baginda yang terpuji dengan bahasa beliau yang menarik, seorang yang mendengar itu
bagaikan melihat Rasulullah berdiri di hadapannya, akan kita perihalkan sifatnya itu di hujung
tajuk nanti, kata suami Ummu Ma'bad: Demi Allah itulah dia orang yang disebut-sebut halnya,
aku amat berhasrat untuk bersahabat dengannya, pasti ku tunaikan hasrat ku ini bila terluang
bagi ku nanti. Di subuh pagi kedengaran suatu suara di Makkah tetapi tidak kelihatan
pengungkapnya:
Semoga tercurah balasan Allah,
Melalui teman berdua, melewati khemah,
Di persinggahan membawa barakah,
Pemergian pun meninggalkan tuah,
Berbahagia kau taulan Muhammad,
Rugilah kaum Qusai,
Dari kau... Allah elakkan pimpinan,
Bersenanglah Banu Ka 'ab,
Lantaran kedudukan pemudamu,
Kedudukan kaum mukmin mu,
Bertanyalah saudara mu,
Mengenai kambingnya, Bejananya,
Kambing pula menegas saksian.

Kata Asma': Sebenarnya kami tidak tahu arah mana Rasulullah tujui, namun telah tiba satu
lelakijin satu dari sebelah Makkah sana dengan mendendangkan rangkap-rangkap tadi. Orang
ramai mengikutinya dan mendengar suaranya tetapi tidak kelihatanjasadnya, dia berlalu
hinggalah ke sebelah atas Makkah sana. Bila kami semua mendengar laungan ini kami pun
tahulah yang Rasulullah menuju ke arah al-Madinah.

5. Di dalam perjalanan Baginda telah bertemu dengan Aba Buraidah, beliau adalah ketua
kabilahnya, beliau keluar dalam usaha mencari Rasulullah dan Abu Bakr dengan harapan akan
meraih tawaran Quraisy yang sangat lumayan itu, tetapi apa yang terjadi adalah di sebalik itu
kerana setelah beliau bertemu dan bercakap dengan Rasulullah terus beliau memeluk Islam
bersama-sama dengan tujuh puluh orang pengikutnya, dengan itu beliau menanggal serbannya
dan diikat ke hujung lembingnya, sebagai bendera mengisytiharkan kedatangan penguatkuasa
keamanan dan kesejahteraan telah tiba untuk memimbarkan keadilan dan kesaksamaan
dipersada cakrawala ini.

6. Di dalam perjalanan ini Rasulullah bertemu al-Zubair dengan rombongan kaum muslimin di
dalam kabilah perniagaan dari al-Syam, beliau memberi persalinan baju putih kepada
Rasulullah dan Abu Bakr.



PERSINGGAHAN DI QUBA'

Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun
pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba'.
Kata Urwah bin al-Zubair: Umat Islam di Madinah telah pun mendapat maklumat mengenai
penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah, justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar
beramai-ramai ke tanah lapang al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah. Mereka pulang ke
rumah apabila matahari terik memaksa mereka pulang ke rumah. Di suatu hari, apabila mereka
pulang ke rumah masing-masing kerana keletihan menunggu, ditakdirkan seorang Yahudi yang
sedang berada di beranda atau menara pagarnya, beliau ternampak Rasulullah bersama-sama
para sahabatnyaseba putih kelihatan jelas dari jauh, Yahudi tadi tak tertahan untuk meluahkan
perasaannya dengan melaung," wahai bangsa Arab, itu dia datuk kamu yang kamu tunggu-tunggu," kaum muslimin pun marah dan segera mereka mencapai senjata.

Ibn al-Qayyum menceritakan," Kedengaran laungan takbir di rumah Banu Amru bin Auf, justeru
itu seluruh kaum musliminpun melaungkan takbir kegembiraan dengan ketibaan Rasulullah
seluruh mereka mengalu-alukan kedatangan Rasulullah dengan sambutan dan aluan sebagai
seorang nabi, kesemua mereka merenung ke muka Rasulullah melingkungi baginda dalam
suasana di selubungi ketenagan dan wahyu pun turu kepada Rasulullah".
"...Sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain dari itu Jibril serta orang salih dari
kalangan orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya"
(al-Tahrim: 4)

Urwah bin al-Zubair menceritakan dengan katanya: Mereka semua menyambut Rasulullah dan
Baginda membelok ke sebelah kanan hingga sampai dan singgah di kalangan qabilah Banu
Amru bin Awf, pada hari Isnin bulan Rabiul al-Awal, Abu Bakr bangun berdiri manakala
Rasulullah duduk berdiam, orang-orang Ansar yang belum pernah melihat Rasulullah terus
mendatangi Rasulullah untuk mengucap selamat datang - dalam satu naskah tertulis; mereka
berucap kepada Abu Bakr, hinggalah sampai matahari terbit dan terkena Rasulullah (s.a.w)
oleh Abu Bakr segera bangun memayungi Rasulullah dengan kainnya, maka dengan itu orang
ramai pun kenallah diri Rasulullah itu.

Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk Islamnya bagaikan berombak bergerak,
menyambut kedatangan Rasulullah, ianya merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang
belum disaksi lagi selama ini. Kaum Yahudi telah menyaksi kebenaran bisyarah kedatangan
Rasulullah utusan Allah oleh Habquq yang bertulis, "Sebenarnya Allah datang dari al-Tayinan
dan al-Quddus dari bukit Faran".

Di Quba' Rasulullah (s.a.w) telah singgah di rumah Kalthum bin al-Hudm, tapi dalam riwayat
yang lain mengatakan Rasulullah singgah di rumah Sa'd bin Khaithamah riwayat pertama lebih
tepat. Ali (r.a) tinggal di Makkah, untuk selama tiga hari selepas Hijrah Rasulullah itu, hingga
selesai beliau menyerah kembali barang-barang amanah orang yang pernah mereka tinggalkan
kepada Rasulullah sebelum ini. Lepas itu beliau pun susul berhijrah dengan berjalan kaki dan
sempat beliau menemui Rasulullah dan Abu Bakr"di Quba' di sana beliau singgah di rumah
Kalthum bin al-Hudm.

Rasulullah tinggal di Quba' empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda
mengasaskan masjid Quba' dan bersembahyang di situ. Ianya adalah masjid yang pertama
sekali dibina di atas dasar taqwa setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, di hari kelima
iaitu hari Jumaat, dengan perintah dari Allah Baginda berangkat dengan diekori oleh Abu Bakr
dari belakang untuk menemui Banu al-Najar, mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya, sebelum itu Rasulullah menghantar perutusan ke sana menjemput mereka, dengan segera mereka semua datang dengan pedang-pedang bergalas keluar untuk menemui Rasulullah, mereka semua bertemu dengan Rasulullah di perkampungan Banu Salim bin Auf, di dalam masjid di lembah berkenaan Rasulullah berhimpun dengan Banu al-Najar yang seramai seratus lelaki.


MEMASUKI AL-MADINAH

Selepas solat Jumaat Rasulullah (s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah
yang bernama Yathrib itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka
disebut al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan, lorong dan
rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, seluruh anak-anak gadis Ansar
mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan keceriaan.
Orang-orang Ansar bukanlah golongan pemilik harta yang banyak, namun setiap dari mereka
bercita-cita semoga Rasulullah singgah ke rumah mereka bila sahaja Rasulullah melewati di
hadapan rumah setiap orang memegang tali kuda Baginda sambil berkata, "Wahai Rasulullah,
ayuh bersama kami, kami ada kekuatan dan bilangan yang ramai, kami buat senjata untuk
mempertahankan tuan hamba". Rasulullah hanya akan menjawab kepada mereka, "Biarlah dia
bergerak mengikut arahnya, kuda Baginda terus bergerak hingga sampai ke tapak masjid al-
Nabawi yang ada sekarang ini, sampai ke situ kuda Rasulullah pun berlabuh, namun Rasulullah
tidak terus turun, malah kudanya bangun semula dan berjalan lagi ke hadapan kemudian
berpatah balik semula ke belakang ke tempat pertama tadi, dengan itu barulah Rasulullah turun
darinya, sebagai taufik dari Allah tempat itu adalah kawasan kediaman Banu al-Najar keluarga
bapa saudara Rasulullah sebelah ibunya. Kerana Baginda sendiri pun suka kiranya Baginda
dapat turun di kalangan bapa saudaranya, kerana itu adalah suatu penghormatan kepada
mereka, semua hadirin meminta Rasulullah tinggal di rumah mereka, tetapi Abu Ayub al-Ansari
segera ke binatang tunggangan Baginda dan menuntunnya ke dalam kawasan rumahnya,
maica kata Rasulullah, penunggang harus mengikut tunggangannya, manakala As'ad bin
Zurarah pun memegang tali kuda dan dengan ku tunggangan tadi tinggallah bersama-sama
beliau.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas: Rasulullah bersabda, "Mana dia rumah keluarga kami yang
terdekat?". Kata Abu Ayub, "Saya Rasulullah dan ini dia rumahku dan ini dia pintu masuk".
Maka beliau pun meluru ke dalam membuat persiapan dan katanya, "Ayuh, bangun kamu
berdua dengan keberkatan dari Allah".
Selepas beberapa hari tibalah isterinya Saudah, dua orang puterinya Fatimah dan Ummi
Kalthum, Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman, manakala Abdullah bin Abu Bakr pula tiba
bersama-sama anak-anak Abu Bakr di antara mereka Aisyah, adapun puteri Rasulullah Zainab
masih bersama Abi al-As, kerana tidak dapat keluar untuk berhijrah hinggalah selepas peristiwa
Badar.

Kata Aisyah: Setibanya Rasulullah ke al-Madinah, Abu Bakr dan Bilal terns lemah badan,
Aisyah masuk menemui mereka berdua untuk bertanyakan khabar mereka, "Bagaimana bapa
mendapati diri bapa. Dan bagimana pula kau Bilal?". Kata Aisyah, "Abu Bakr ini apabila terasa
demam berat beliau akan berkata:

Setiap insan bersama keluarganya, sedang kematian lebih hampir kepadanya dari tali kasutnya.
Dan Bilal pula akan menyebut-nyebut:
Kalaulah ku mengetahui; Apakah ku masih berkesempatan untuk bermalam di lembah Makkah
di sebelahku hkhir dan Jalil Apakah pasti suatu hari ku berminiim dari air Mijannah Apakah pasti
ku dapat melihat melihat Shamah dan Tufail.

Kata Aisyah lagi: Dengan itu ku pun datang menemui Rasulullah dan memberitahu Baginda hal
dua orang sahabatnya itu, maka sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Ya Allah Tuhanku perkenankanlah cinta kami kepada al-Madinah seperti cinta kami kepada
Makkah atau lebih darinya, berilah kesihatan kepadanya, berkatkanlah cupak dan gantangnya,
pindakanlah demamnya itu serta letakkannya ke Juhfah."

Di sini selesai sebahagian dari penghidupan Rasulullah dan terlaksana satu juzu' peranan
dakwah Islamiah di peringkat Makkah.



MARHALAH PERTAMA: KEADAAN SEMASA DI MADINAH KETIKA HIJRAH

Al-Hijrah itu bukanlah ertinya melepaskan diri dari fitnah dan ejekan kaum kafirin semata-mata,
malah ianya merupakan (perkongsian bersama)bertolongan ke arah penegakan sebuah
masyarakat baru disebuah negara yang aman damai. Oleh yang demikian maka menjadi satu
kefardhuan dan kewajipan ke atas setiap muslim yang mampu, untuk menyumbang tenaga
untuk membina watan baru, seterusnya mengorbankan seluruh tenaga; dan daya upayanya
untuk mempertahankan, menjaga keutuhannya dan mengangkat prestasi martabatnya.
Tidak syak lagi, Rasulullah itu sebagai imam pemimpin, ketua dan petunjuk ke arah pembinaan
masyarakat berkenaan, pada Baginda teraju pengendalian, semuanya terserah penuh thiqah
dan keyakinan. Entiti al-Madinah yang ada di hadapan Rasulullah terdiri dari tiga kelompok, tiap
satu dengan ciri-cirinya yang berbeza dari yang lain. Baginda menghadapi tiap-tiap kelompok ini dengan cara yang berasingan. Tiga kelompok ini ialah:
1. Para sahabatnya yang termulia (r.anhum)
2. Al-Musyrikun iaitu mereka yang masih belum ' memeluk Islam, mereka merupakan teras
kabilah- kabilah di Madinah.
3. Kaum Yahudi.

Permasalahan yang dihadapi terhadap sahabatnya ialah suasana baru di Madinah yang sedang
mereka hadapi yang amat berbeza dari suasana di Makkah. Mereka di Makkah berada dalam
satu komuniti yang padu, menuju kepada satu matlamat secara bersama, meskipun kediaman
mereka berselerak di sekitar Makkah, tertindas, menjadi buruan dan hina, mereka tidak berdaya
sedikit pun, malah musuh-musuh mereka berkuasa ke atas mereka, kaum muslimin tidak
berkesempatan langsung untuk menegakkan sebuah masyarakat baru Islam, dengan elemen-elemen yang sedia ada yang biasanya diperlukan oleh mana-mana masyarakat insani di dunia
ini, untuk itu maka kita mendapati ayat-ayat al-Quran peringkat Makkah menumpukan kepada
pencerakinan prinsip-prinsip pokok Islam dan perundangan yang mampu dilaksanakan oleh
setiap individu secara bersendirian di samping suruhan-suruhan untuk melakukan kebaikan dan
akhlak mulia, menjauhi dari segala sifat tercela dan terkeji.

Sedangkan di Madinah pula kaum muslimin berkuasa sejak dari awal hijrah lagi, dan tidak ada
siapa pun yang mengatasi mereka, ertinya sudah sampai ketikanya untuk mereka menangani
permasalahan tamadun dan hadharah (civilazation), menangani permasalahan hidup dan
ekonomi, permasalahan politik dan pemerintahan, permasalahan keimanan dan peperangan,
penyaringan yang mantap antara permasalahan halal dan haram, peribadatan dan akhlak
dan seluruh permasalahan hidup.

Kini sudah tiba masanya untuk mereka membangunkan masyarakat baru. Masyarakat Islam
yang amat berbeza dari masyarakat Jahiliah, di dalam semua aspek penghidupan, dengan
perbezaan yang unik dari masyarakat-masyarakat manusia yang pernah ada di alam ini.
Masyarakat yang mengambarkan perwatakan dakwah Islamiah yang telah mengalami pelbagai
mihnah, penyiksaan dan sengsara selama sepuluh tahun.

Bukan rahsia lagi bahawa pembentukan mana-mana masyarakat dengan coraknya ini tidak
akan tertegak dalam tempoh satu hari, sebulan, setahun, malah prosesnya melalui zaman
berzaman hingga teradun padanya seluruh perundangan dan peraturan, di samping
pembekalan ilmu pengetahuan yang secukupnya, disusuli dengan latihan-latihan dan
pentarbiahan yang berperingkat-peringkat, dalam semua hal ini Allah jua yang menjaminkan
bekalan tasyrik ini, sedang Rasulullah pula sebagai peribadi yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan, memberi tunjuk arah, serta pendidikan yang rapi ke atas kaum muslimin sejajar
dengan arahan Allah.

Dialah yang mengutus kepada umat yang ummi, seorang rasul dikalangan mereka, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan membersihkan mereka, serta mengajar kitab
dan hikmah.
(al-Jumu'ah: 2)

Manakala para sahabat pula merupakan manusia yang paling bersedia, malah bersungguh-sungguh penuh kerelaan hati menerima didikan Allah dan RasulNya tadi, mematuhi
hukumannya dengan hati yang redha. ..dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan bertambah iman mereka. (al-Anfal: 2)

Huraian lanjut terhadap tajuk ini bukanlah pokok perbicaraan kita di sini oleh itu memadai
sekadar ini sahaja. Inilah sebesar-besar permasalahan yang dihadapi oleh Rasulullah
mengenai kaum muslimin, dan inilah merupakan asas tanggungjawab yang dipikul oleh dakwali
Islamiah dan risalah nabi Muhammad (s.a.w). Permasalahan ini bukanlah suatu yang
mendatang. Tidak dinafikan memang benar di sana terdapat persoalan yang memerlukan
penyelesaian segera.

Kaum muslimin pula terbahagi kepada dua: Segolongan yang mendiami di tanah mereka
sendiri, menikmati rumah sendiri dan memiliki harta sendiri, tak suatu pun yang diperlu selain
dari kesejahteraan dan keimanan untuk bersama kaum keluarganya, mereka ini ialah al-Ansar,
namun sesama mereka terdapat pertelingkahan dan permusuhan sejak sekian lama. Di
samping mereka, terdapat golongan kedua, dikenali sebagai al-Muhajirun, mereka kehilangan
segalanya, mereka melepaskan diri mereka ke Madinah demi untuk menyelamatkan diri mereka,
mereka tak mempunyai tempat tinggal, tiada kerja untuk meneruskan hidup dan tiada harta
untuk menyara kehidupan seharian, bilangan mereka tidak sedikit, malah hari demi hari
bilangan semakin bertambah, sebagai natijah kepada keizinan Rasulullah kepada sahabatnya
untuk berhijrah dan sebagai termaklum di mana Madinah sendiri tidakhh memiliki harta yang
banyak. Kebanjiran arus hijrah ini mengancam kestabilan ekonomi, ditambah pula dengan
tindakan pihak musuh Islam seakan-akan membuat pemulauan ekonomi, menyebabkan
berkurangan kemasukan barang-barang keperluan, justeru itu suasana semakin meruncing.
Adapun kelompok yang kedua ialah kaum musyrikin, juga merupakan teras kepada kabilah-kabilah al-Madinah, namun mereka tidak ada kuasa ke atas kaum muslimin, di antara mereka
masih ragu-ragu dan teragak-agak untuk meninggalkan agama datuk nenek moyang mereka
tetapi mereka ini tidaklah menaruh sebarang perseteruan terhadap kaum muslimin, justeru itu
tidak lama masa berlalu di mana mereka memeluk Islam dan berjuang untuk agama Allah.

Di kalangan penduduk al-Madinah terdapat di antara mereka yang dengki dan berseteru
terhadap Rasulullah (s.a.w) dan kaum muslimin, cuma mereka ini tidak berupaya untuk
mencabar dan melawan secara terang-terang, maka mereka terpaksa menzahirkan keikhlasan,
kasih sayang, lantaran keadaan mereka yang tidak mengizinkan, terutamanya Abdullah bin
Ubai, beliau merupakan tokoh yang dipersetujui oleh al-Aws dan al-Khazraj untuk dilantik
sebagai pemimpin mereka selepas peristiwa peperangan Buath, sebelum ini tidak pernah
mereka terfikir atau menemui seorang tokoh untuk dilantik sebagai pemimpin mereka selain
Abdullah bin Ubai sahaja, untuk upacara pertabalan itu mereka telah menenun sulaman dan
menyediakan pakaian yang selayak baginya, belum sempat ditabalkan tiba-tiba Rasulullah
sampai ke Madinah, seluruh kaum Abdullah tadi telah mengalih pandangan mereka darinya,
itulah yang menyebabkan beliau merasa seolah-olah Rasulullah merampas kuasanya, justeru
itu beliau memendam perseteruan yang amat sangat terhadap Baginda.

 Oleh sebab itu beliau mendapati suasana dan keadaan tidak menguntungkan kekafirannya itu, malah beliau akan kerugian habuan di dunia ini, justeru itu beliau mengisytiharkan sebagai orang Islam selepas peristiwa peperangan Badar al-Kubra, walau bagaimanapun beliau tetap kafir. Tidak ada mana-mana kesempatan malah kesemuanya dipergunakan untuk memusnahkan Rasulullah dan kaum muslimin, di samping pengikut-pengikut setianya, yang juga terasa kecundang dengan pangkat yang sepatutnya mereka perolehi, pengikut-pengikutnya turut membantunya melaksanakan perancangan jahatnya itu, mereka mengeksploitasi mana-mana situasi dan kaum muslimin yang lemah pemikiran, untuk menjayakan usaha kotor mereka.

Adapun kelompok ketiga ialah kaum Yahudi, sejarah awal, mereka ini berhijrah ke bumi Hijaz
pada zaman penindasan Asyuri dan Rumawi sebagaimana yang kita perkatakan sebelum ini,
mereka ini adalah kelompok Ibrani, perpindahan mereka ke bumi Hijaz telah mengubah budaya
hidup dan tamadunnya kepada budaya dan tamaddun bangsa Arab, pakaian Arab, nama
kabilah dan individu mereka kepada nama-nama Arab, malah hingga berlaku hubungan
kekeluargaan dan perkahwinan dengan orang-orang Arab, cuma mereka masih mengekalkan
asabiah kebangsaan mereka. Mereka masih tidak berinteraksi sepenuhnya, malah mereka
masih berbangga dengan keturunan dan kebangsaan Israel-Yahudi mereka, lebih dari itu
mereka memperkecil-kecilkan bangsa Arab yang mereka menamakan sebagai Ummiyin dalam
bahasa mereka, yang bermakna binatang rendah, hina dan mundur, mereka mempercayai
bahawa harta-harta bangsa Arab adalah halal untuk mereka, mereka boleh memakannya
sekehendak hati mereka. Mereka mengatakan:
"Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang yang Ummi                         (maksudnya: orang Arab)
(ali-Imran: 75)

Mereka tidak berminat untuk menyebar luas agama Yahudi, agama yang mereka pergunakan
untuk mengaut keuntungan dalam bentuk jampi mantera, sihir, ramalan dan sebagainya.
Mereka merasakan diri mereka sebagai golongan yang lebih, dari orang lain dan merekalah
pemimpin kerohanian. Kaum Yahudi pandai di dalam bidang perusahaan dan kemahiran hidup,
ini membawa mereka menguasai perniagaan biji-bijian, tamar, khamar dan pakaian, merekalah
pengekspot dan pengimport barangan seperti kain, khamar dan bijian, selain dari itu mereka
juga memiliki pekerjaan-pekerjaan lain yang mereka usaha sendiri, darinya mereka berupaya
memunggut kelabaan yang berlipat ganda dari orang Arab, tidak setakat itu sahaja malah
mereka bergiat dengan amalan riba, dengan melepaskan pinjaman kepada ketua-ketua kabilah
Arab dan pemimpinnya, wang yang mereka hutang dari Yahudi itu dibelanjakan untuk
memperolehi pujian dan sanjungan dari penyair-penyair dan sebutan nama baik di kalangan
orang ramai, setelah harta hangus dibelanjakan untuk sesuatu yang tidak berfaedah, kaum
Yahudi juga memberi hutang kepada ketua-ketua kabilah Arab dengan menerima sawah atau
ladang-ladang mereka sebagai cagaran, setelah tamat tempoh dan hutang tidak dapat
diselesaikan maka secara automotik cagaran tadi menjadi milik Yahudi.

Selain dari itu kaum Yahudi juga terkenal sebagai golongan yang menimbulkan fitnah,
konspirasi, kerosakan, batu api, menimbulkan perseteruan  antara kabilah Arab tanpa
disedari oleh mereka, dengan itu berlakulah peperangan yang berlarutan antara kabilah
Arab, di mana sahaja berlakunya pergaduhan kabilah, pastinya di sana tangan-tangan
Yahudi yang melaga-lagakan dan mereka akan memerhati persengketaan ini dari jauh, mereka
menyemarakkan persengketaan ini, dengan memberi pinjaman kewangan secara riba sebagai
bantuan kepada puak-puak yang berlaga, kerana peperangan adalah berat belanjanya, dengan
cara ini kaum Yahudi mengaut dua keuntungan: Dapat mengekalkan kayan dan entitinya,
mengaktifkan sistem riba yang memberi pulangan yang berlipat ganda kepada mereka di
samping dapat mengumpul harta yang banyak.

Di bumi Yathrib pada masa itu terdapat tiga kabilah Yahudi yang terkenal:
1. Banu Qainuqa', mereka adalah sekutu qabilah al-Khazraj kediaman mereka di tengah
Madinah.
2. Banu al-Nadhir
3. Banu Quraidhah.
Kedua-dua puak (Banu al-Nadhir dan Banu Quraidhah) ini adalah sekutu kepada al-Aws,
kediaman mereka di luar al-Madinah.
Ketiga-tiga kabilah inilah yang menyalakan api peperangan di antara al-Aws dan al-Khazraj
sejak zaman berzaman, malah mereka sendiri turut serta di dalam peperangan Buath masing-masing dengan sekutunya.

Sememangnyalah bangsa Yahudi ini, tidak boleh diharapkan dari mereka suatu yang baik,
selain dari hasad dengki, Rasulullah pula bukanlah sebangsa dengan mereka, masakan hasad
dengki itu akan reda dari dada mereka yang sememangnya penyakit itu sudah sebati dan
menjadi budaya hidup mereka. Selain dari itu, seruan Islam pula adalah seruan kepada
kebaikan yang berusaha menyatu-padukan hati-hati yang bersengketa. Selama ini seruan yang
mengajak kepada kasih sayang, melupai permusuhan dan kebencian sesama sendiri, untuk
beriltizam dengan amanah di dalam semua urusan, seruan Islam juga mengajak kepada
menepati permakanan yang halal dari rezeki yang bersih. Ini bermakna bahawa semua kabilah-kabilah Yathrib akan bersatu padu, dengan sendirinya akan terlepas dari cengkaman puak
Yahudi, dan darinya pula akan terancam kecergasan perniagaan mereka. Perniagaan secara
riba mereka akan musnah yang selama ini memberi pulangan amat lumayan, malah besar
keuntungannya.

Qabilah-qabilah Arab ini akan sedar dari kelalaian mereka selama ini, membawa mereka
memikir semula mengenai harta mereka yang berada di dalam tangan Yahudi yang diambil
secara tipu muslihat, melalui muamalat riba. Kesemua ini di dalam perhitungan kaum Yahudi, iaitu sejak mereka mengenalpasti bahawa seruan Islam cuba bertapak di Yathrib. Sebab itu mereka amat berseteru terhadap Islam dan rasulnya sejak Baginda memasuki Yathrib, sekalipun tidak berani menunjukkan sikap perseteruan itu, kecuali setelah berlalu beberapa ketika.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas sekali melalui apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak dari
Ummu al-Mukminin Sofiah (r.a). Kata Ibnu Ishak: Riwayat dari Sofiah bin Huyai bin Akhtab, kata
beliau: Aku adalah anak kesayangan kepada ayahku dan bapa saudaraku, Abi Ya.sa. Bila-bila
masa mereka berdua bertemu aku bersama anak-anak mereka yang lain, mereka akan
mendokong daku tanpa mengambil mana-mana anak mereka yang lain. Kata beliau lagi:
Setelah mana Rasulullah sampai ke Madinah dan turun di Quba' di kalangan Banu Amru Ibni
Auf, ayahku Huyai bin Akhtab dan bapa saudaraku Abu Yasir bin Akhtab menyelit masuk di
kalangan orang ramai. Mereka pulang setelah matahari terbenam, mereka berjalan pulang
dalam keadaan lemah longlai, tak bermaya, malas dan keletihan. Sambung beliau lagi: Ku
berlari ke arah mereka seperti biasa, malangnya di hari itu tak seorang dari mereka yang
mempedulikan daku, lantaran kesugulan runsing yang amat sangat, mengecam perasaan
mereka, ku masih ingat bapa saudaraku, berkata kepada bapaku, Huyai bin Akhtab: Diakah
orangnya?. Jawab bapaku: Demi Allah! Dialah orangnya. Tanya bapa saudaraku: Kau kenal dia
dan kau boleh buktikan?. Jawab bapa saudaraku: Ya!. Tanya beliau lagi: Apa perasaan kau
terhadapnya?. Jawab bapaku: "Demi Allah! Akanku perangi selagi mana jiwa dikandung badan".

Bukti lain ialah diriwayat al-Bukhari mengenai kelslaman Abdullah bin Salam (r.a), beliau
merupakan salah seorang ahli agama Yahudi, semasa beliau mendengar berita kedatangan
Rasulullah (s.a.w) ke Madinah, yang turun di kalangan Banu al-Najar, segera beliau menemui
Rasulullah, beliau mengemukakan beberapa pertanyaan yang tidak mungkin dijawabnya
kecuali seorang nabi Allah, setelah beliau mendapati jawapan, segera beliau beriman dengan
risalahnya, tidak sempat berubah tempat, dan beliau menegaskan kepada Baginda:
Sebenarnya kaum Yahudi adalah satu kauin pendusta, sekiranya mereka mengetahui
mengenai keislaman ku sebelum tuan hamba menyoal mereka nescaya mereka dustakan daku.
Oleh itu maka Rasulullah meminta kaum Yahudi menemui Baginda, semasa mereka berada di
dalam, Abdullah bin Salam pun masuk ke rumah Rasulullah, terus Rasulullah bertanya:
Bagaimana kedudukan Abdullah bin Salam di sisi kamu? Jawab mereka: Orang yang teralim di
kalangan kami malah beliau anak ulama' teralim di kalangan kami, beliau adalah terbaik dan
anak tokoh terbaik di kalangan kami. Dalam riwayat yang lain bahawa: Abdullah bin Salam ialah
ketua kami dan anak ketua kami terdahulu, orang terbaik dan anak tokoh terbaik, terpilih dan
anak tokoh terpilih, sabda Rasulullah: Bagaimana kalau beliau ini telah menganut Islam? Jawab
mereka: Semoga Allah lindungkannya dari berbuat demikian (mereka ulangi dua atau tiga kali)
lalu Abdullah pun keluar ke hadapan mereka sambil mengucap kalimah syahadah.

Segera mereka berkata: Beliau ini sejahat anak kepada sejahat-jahat tokoh, dengan itu mereka
pun terjebak dengan pendustaan mereka sendiri.Dalam riwayat yang lain, Abdullah bin Salam
berkata: Wahai kalian Yahudi bertaqwalah kamu kepada Allah, demi Allah tiada Tuhan
melainkan Dia, sesungguhnya kamu mengetahui Baginda adalah Rasulullah, Baginda datang
dengan kebenaran, lantas mereka menjawab: Kamu dusta.

Inilah pengalaman pertama yang dialami oleh Rasulullah dari kaum Yahudi, iaitu di hari pertama
Baginda di al-Madinah. Kesemua ini adalah perseteruan di dalam al-Madinah, manakala
perseteruan luaran, adalah Quraisy yang merupakan seteru ketat terhadap Islam, yang telah
dialami oleh kaum muslimin sepuluh tahun yang silam, ketika kaum muslimin berada di bawah
kekuasaan mereka di Makkah, mereka telah mengalami segala jenis penyeksaan, ugutan
penindasan, politik, sekatan makanan, pemboikotan, tekanan psikologi dan saraf disertai
dengan kempen yang meluas, tersusun dan kotor. Setibanya kaum muslimin yang berhijrah ke
Madinah, seluruh tanah, rumah dan harta mereka dirampas, anak isteri dan keluarga mereka
ditahan, malah diseksa. Sekiranya dapat mereka menyeksa, tidak memadai setakat itu sahaja
malah mereka merancang konspirasi untuk membunuh pembawa risalah dakwah (s.a.w) dan
pendakwahnya, mereka tidak membiar peluang terlepas malah mereka mengguna segala jalan
dan wasilah yang dapat mereka lakukan.

Selepas semua usaha yang mereka garapkan itu, dan setelah kaum muslimin berjaya
melepaskan diri mereka ke daerah yang jauh dari mereka hanya lima ratus kilometer, mereka
pergunakan kedudukan mereka di arena politik, kerana ditakdirkan di masa itu mereka
menduduki posisi kuasa politik dan kepimpinan agama di kalangan bangsa Arab, sifatnya
sebagai pemastautin diperkarangan Kaabah dan pengendalian urusan Kaabah dan Haji,
mereka berjaya mempengaruhi musyrikin lain di Semenanjung Arab untuk memusuhi penduduk
al-Madinah, hingga terjadi al-Madinah bagaikan daerah yang dipulaukan oleh semenanjung,
hingga berkurangan barangan masuk di masa yang sama bilangan yang berhijrah semakin
bertambah. Hari demi hari, sesungguhnya suasana peperangan dirasai bila-bila masa sahaja
boleh tercetus persengketaan di antara penghuninya dari penduduk Makkah dan kaum
muslimin di negara baru mereka. Adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas malah satu
tuduhan yang sangat nakal bahawa orang Islam sebagai pencetus pergaduhan.



STRUKTUR MASYARAKAT BARU

Telah pun kita perkatakan bahawa ketibaan Rasulullah (s.a.w) ke Madinah di kalangan Banu al-
Najar adalah pada hari Jumaat 12 Rabiul al-Awal tahun pertama hijrah bersamaan 27
September tahun 622 masihi. Baginda telah singgah di rumah Abu Ayub al-Ansari. Pada masa
itu Baginda menyebut: "Di sinilah persinggahan, insyaAllah dengan itu Baginda berpindah ke
rumah Abu Ayub.


PEMBINAAN MASJID AN-NABAWI

Langkah sulung dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) selepas itu ialah pembinaan al-Masjid an-
Nabawi. Bertepatan dengan tempat unta Baginda berlabuh, Rasulullah memerintah supaya
dibina sebuah masjid yang dikenali dengan al-Masjid an-Nabawi, tempat yang dijadikan tapak
masjid itu adalah di sebidang tanah yang dimiliki bersama oleh dua orang anak yatim, Baginda
membelinya, Baginda sendiri turut serta dalam usaha membinanya, Baginda bertugas
mengangkat batu-batu dan bata-bata sambil bermadah:
"Tiada hidup kecuali penghidupan akhirat. Ampunilah kaum Ansar dan Muhajirah "
Baginda juga bermadah:

Inilah Pemikul, bukan Pemikul Khaibar
Ini kerja lebih menyanjungi Tuhan dan menyucikanNya.
Para sahabat begitu ghairah dan bersemangat dalam kerja-kerja mereka, membawa salah
seorang dari mereka pula bermadah:
"Kalau nabi bekerja kita berehat Ini adalah kerja yang sesat"

Di tapak itu terdapat kubur kaum musyirikin, kesan rumah usang, pohon tamar dan sepohon
pokok gharqad. Justeru itu, Rasulullah memerintah supaya mengali kubur kaum musyirikin,
bangunan yang usang yang diroboh, diratakan, pohon tamar dan gharqad ditebang dan
ditetapkan arah kiblat. Kiblat pada ketika itu ke arah Baitulmaqdis, tiang mihrab dari susunan
batu-batu dan temboknya dari bata-bata dan tanah, manakala bumbung masjid terdiri dari
pelepah tamar, tiang dari batang tamar, lantainya diratakan dengan anak-anak batu dan pasir,
dengan tiga pintu masuk, panjangnya tidak termasuk mihrab ialah seratus hasta, sedang
lebarnya pula lebih kurang sama dengan panjangnya, tonggaknya adalah hampir tiga hasta.
Di samping masjid dibina ruang-ruang rumah dengan biliknya dibina dari batu-bata, atapnya
diperbuat dari pelepah tamar dan batangnya. Ruang-ruang ini adalah bilik isteri-isteri Rasulullah
(s.a.w). Setelah selesai pembinaan bilik tersebut, barulah Baginda berpindah dari rumah Abu
Ayub.

Masjid yang dibina itu bukan hanya sekadar menunai sembahyang semata-mata, malah ianya
adalah "Jamiah".
Padanya kaum muslimin bertemu untuk menerima ajaran Islam dan arahannya yang suci, ianya
muntada(tempat pertemuan), padanya seluruh etnik dan kabilah yang berbagai dapat bertemu
dan bermesra yang dahulunya berkelahian lantaran semangat jahiliah. Masjid juga adalah
pengkalan kepada pelancaran dan pengurusan seluruh pergerakan dan tindakan. Ianya
parlimen untuk sidang permesyuaratan, perundangan dan penguasaan undang-undang.
Di samping itu semua, masjid juga merupakan penumpuan untuk sebilangan besar dari kaum
muhajirin yang fakir berlindung di dalamnya, yang ketiadaan rumah, harta, keluarga mahupun
anak-anak.

Di permulaan hijrah itu telah pun disyariatkan laungan azan. Laungan dari alam uiwi yang
bergema di ufuk bumi setiap hari lima kali, seruan yang menggoncang di segenap penjuru alam.
Kisah tentang mimpi Abdullah ibn Zaid bin Abd Rabbih mengenai azan ini, memang terkenal,
yang telah diriwayatkan oleh al-Tarmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah.


MEMPERSAUDARAKAN KAUM MUSLIMIN

Sebagaimana Rasulullah berusaha membina masjid sebagai pusat pertemuan dan intraksi
umat Islam, Rasulullah juga telah melaksanakan satu kerja teragung dan tersanjung yang
tercatat sebagai lembaran suci di dalam sejarah Islam, iaitu tindakan mempersaudarakan
antara Muhajirin dan Ansar. Ibn al-Qayyim telah merakamkan peristiwa ini dengan catatannya:
Setelah itu Rasulullah mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan al-Ansar. Majlis ini
diadakan di rumah Anas bin Malik, yang hadir sembilan puluh orang kaum lelaki, separuh
darinya al-Muhajirin dan separuhnya pula ialah kaum Ansar. Rasulullah mempersaudarakan
sesama mereka, untuk bantu-membantu, mewarisi harta pusaka selepas mati yang bukan dari
golongan Zawi al-Haram iaitu tiada kaitan kekeluargaan. Amalan ini berlaku hingga berlaku
peperangan Badar, dengan terturunnya ayat Allah yang bermaksud:
"Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu adalah lebih berhak terhadap
sesamanya"
(al-Anfal: 75)

Dengan itu, hak pewarisan harta pusaka dikembalikan kepada yang berhak mengikut syara'
dan bukan lagi berdasarkan kepada persaudaran tadi.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa selepas itu Rasulullah mempersaudarakan
antara muhajirin sesama mereka, tetapi yang pasti ialah yang pertama, kerana sebenarnya
kaum muhajirin sesama mereka sudah cukup dengan persaudaraan Islam disamping faktor
perantauan dan kekeluargaan keturunan, berlainan pula halnya dengan persaudaraan al-Ansar.
'tujuan dari persaudaraan ini, sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad al-Ghazali ialah untuk
mencairkan asabiah jahiliah hingga yang tinggal hanya ruh Islam sahaja dan supaya timbunan
perbezaan keturunan, warna kulit dan kedaerahan semua dihancurkan dan yang tinggal hanya
Islam, tiada suatu pun yang boleh membanggakan seseorang atau merendahkannya kecuali
dengan ketaqwaan sahaja.

Rasulullah (s.a.w) menjadikan persaudaraan itu sebagai suatu permeteraian yang berfungsi,
bukan hanya sekadar lafaz yang kosong tidak membawa erti, ianya adalah amalan yang
membabit tuntutan darah dan harta, bukan sekadar ucapan di atas lisan yang tak bertulang
tanpa sebarang kesan.

Perasaan mengutamakan saudara, sifat tolong menolong dan sikap berdampingan diceritakan
di dalarri anjuran ukhuwwah ini, ianya membekalkan masyarakat dengan seribu satu contoh
unggul lagi unik. Imam al-Bukhari rahimahullah telah meriwayatkan: Setelah mereka tiba di
Madinah, Rasulullah terus mempersaudarakan antara Abdul Rahman bin Auf dengan Sa'd bin
al-Rabi', sehingga beliau berkata kepada Abdul Rahman: Sebenarnya aku ini orang Ansar yang
terbanyak hartanya, di sini aku hendak bagi dua, isteriku pun dua kau pilinlah mana seorang
dari mereka yang berkenan dihati kau, dan aku hendak ceraikan, selepas selesai iddahnya kau
kahwinlah dengannya. Kata Abdul Rahman: "Semoga Allah memberkati kau pada keluarga dan
harta kau, cuma aku hendak tahu di mana pasar kamu di sini?" Dengan itu kaum Ansar pun
menunjuk pasar Banu Qainuqa', selepas majlis itu beliau pun terus ke sana membawa barang-barang keperluannya yang lebih untuk dijual di pasar seperti minyak sapi dan mentega,
seterusnya hingga ke esok hari. Di suatu hari, beliau datang menemui Rasulullah, kelihatan
kesan ceria dan Rasulullah pun bersuara: Ehem! Terus Abdul Rahman menjawab: "Sebenarnya
daku sudah pun berkahwin". Tanya Rasulullah: "Berapa maharnya?" Jawab Abdul Rahman:
"Sebungkal emas".

Riwayat dari Abu Hurairah menyebut: Maka berkata kaum Ansar kepada Rasulullah: "Wahai
Rasulullah bahagikan ladang-ladang tamar kami itu sesama saudara kami al-Muhajirin". Kata
Rasulullah: "Tidak". Kata mereka: "Kami boleh membantu memelihara tamar, kemudi air kita
berkongsi pada buahnya". Jawab al-Muhajirin: "Kami mendengar dan kami patuhi".
Kesemuanya itu menggambarkan kemuncak kemurahan kaum Ansar terhadap saudara mereka,
kaum Muhajirin. lanya adalah sebahagian dari pengorbanan, sifat mengutamakan orang lain,
kemesraan dan ketulusan hati. Disebaliknya pula kaum Muhajirin tahu pula menghargai
kemurahan hati Ansar itu, di mana tidak pula mereka mengambil kesempatan, yang mereka
terima ala kadar setakat yang mereka perlukan sahaja.

Memang benar persaudaraan ini merupakan hikmat yang paling tepat, ianya satu siasah yang
amat kena pada masa, keadaan dan tuntutan suasana, ianya adalah penyelesaian yang
cemerlang bagi beberapa masalah dan persoalan yang dihadapi oleh kaum muslimin, seperti
mana yang telah kita perkatakan.



CARTA PERSEFAHAMAN ISLAM

Sebagaimana Rasulullah mengikat tali persaudaraan di antara orang mukmin, Rasulullah juga
membuat perjanjian yang boleh mengenepikan rangsangan jahiliah dan kecenderungan
perqabilahan, sehingga tidak memberi peluang kepada tradisi jahiliah berperanan di dalam
masyarakat baru itu, di sini diperturunkan ringkasannya.
Ini adalah watikah dari Muhammad al-Nabi (s.a.w) di antara kaum muslimin dan mukminin
Quraisy dan Yathrib termasuk yang menyertai mereka serta berjuang sesama mereka:
1. Bahawa mereka adalah satu umat berbeza dari manusia-manusia lain.
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan mereka, mereka saling tanggung
menanggung membayar dan menerima wang tebusan (diat) di antara sesama mereka, dalam
mana mereka tebus sesiapa yang tertawan dengan cara yang berkebajikan dan adil di kalangan
orang-orang yang beriman, setiap qabilah dari orang-orang Ansar, tetaplah di atas pegangan
mereka, mereka saling tanggung menanggung membayar dan menerima wang tebusan (diat) di
antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara
yang berkebajikan dan adil di kalangan orang yang beriman, setiap qabilah dari orang-orang
Ansar, tetaplah di atas pegangan mereka, mereka sama-sama bertanggungjawab membayar
wang tebusan dahulu dan tiap-tiap taifah dari mereka membayar wang tebusan darah untuk
mereka sendiri dengan kebajikan dan sesama di kalangan orang-orang yang beriman.

Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara
mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan dengan
berkebajikan, untuk membayar wang tebusan darah dengan saksama.
Bahawa orang-orang yang beriman lagi bertaqwa, hendaklah menentang sesiapa yang
membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melaku kezaliman, atau dosa atau perseteruan
atau kerosakan di kalangan orang yang beriman.
Bahawa mereka hendaklah bersatu, sama-sama menentang orang-orang tersebut walau pun
jika orang itu adalah anak kepada salah seorang dari mereka.
Jalan kerana meraba-raba di dalam kegelapan jahiliah. Dengan pengangkatan jiwa-jiwa ke
mercu kemuliaan dan ketinggian maka tersempurnalah anasir-anasir pembinaan masyarakat
baru, yang telah berjaya menghadapi segala bentuk kemelut masa, untuk dibawa ke arahnya
yang tersendiri, malah berjaya mengubah arah perjalanan sejarah dan masa.



PERJANJIAN DENGAN YAHUDI

Setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, dan Baginda yakin dengan kekemasan struktur
masyarakat baru Islam, dengan tertegaknya kesatuan akidah, politik dan sistem di kalangan
umat Islam, Baginda mengalih pandangan untuk menyusun hubungannya dengan golongan
"bukan Islam", tujuan Baginda ialah untuk mewujudkan keamanan, kesejahteraan, kemuliaan
dan kebaikan kepada manusia sejagat, di samping menyusun semula daerah al-Madinah dalam
satu keharmonian hidup yang tulin, ke arahnya Baginda menggariskan peraturan-peraturan
yang bersifat anjal dan toleransi yang belum pernah dinikmati oleh dunia, yang penuh dengan
sikap kefanatikan dan ego.

Golongan bukan Islam yang mendampingi Madinah diketika itu ialah golongan Yahudi,
sepertimana yang telah kita perkatakan terlebih dahulu, mereka meskipun memendam
perseteruan terhadap Islam, namun setakat ini mereka belum lagi memperlihatkan sebarang
penentangan atau permusuhan, justeru itu Rasulullah memeteraikan perjanjian dengan mereka
dengan memberi kemerdekaan penuh dalam soal agama dan kewangan. Rasulullah langsung
tidak mengambil tindakan politik untuk berseteru, menghalau atau merampas harta-harta
mereka. Perjanjian yang dimeteraikan itu adalah di antara kandungan perjanjian kaum muslimin
sesama mereka, yang telah pun kita perkatakan.


BUTIRAN PERJANJIAN

1. Bahawa kaum Yahudi dari banu Auf adalah satu umat bersama orang-orang mukmin,
mereka bebas dengan agama mereka sendiri, dan orang-orang Islam dengan agama mereka,
begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka, termasuk juga diri mereka sendiri,
perkara ini juga untuk bukan Yahudi Banu Auf sahaja.
2. Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang Islam
juga hendaklah membiayai negara.
3. Maka hendaklah mereka sama-sama tolong menolong menentang sesiapa jua yang
memerangi orang-orang yang menganggotai piagam ini.
4. Maka hendaklah mereka saling nasihat menasihati, saling membuat kebajikan dan bukan
dosa.
5. Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh
sekutunya.
6. Dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang kena zalim.
7. Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah bersepakat dengan orang-orang mukmin selama
mana mereka tidak berada dalam keadaan perang.
8. Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sepenuhnya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana
pihak yang menganggotai piagam ini.
9. Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertelingkahan di antara sesama
peserta piagam ini sekiranya di khuatiri membawa kepada bencana maka hendaklah dirujuk
kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad Rasulullah (s.a.w).
10. Bahawa tidaklah boleh di beri perlindungan kepada Quraisy (musuh) begitu juga tidak boleh
di beri perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
11. Bahawa hendaklah ada janji bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada
mana-mana pihak yang mencerobohinya. Setiap pihak adalah berkewajipan mengambil
bahagian masing-masing tentang satu-satu perdamaian.
12. Bahawa piagam ini tidak boleh di pakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang
bersalah.

Dengan termeterainya perjanjian ini maka Madinah dan persekitarannya menjadi sebuah
negara yang aman dan damai. Ibu negerinya adalah al-Madinah, pemimpinnya adalah
Rasulullah (s.a.w.), kata-kata pemutus dan kekuasaan yang tertinggi adalah kaum muslimin.
Dengan itu maka al-Madinah menjadi sebuah ibu negara Islam dengan erti kata yang
sebenarnya. Dan untuk memperluaskan daerah keamanan dan kesejahteraan ini di masa
hadapan, maka Rasulullah mengadakan perjanjian dengan qabilah-qabilah yang lain
berdasarkan keadaan dan suasana, sepertimana yang diperkatakan nanti.

Lampiran Surah al-Alaq;                                                                                                            Terjemahan Daripada Pelbagai bahasa dDipetik Daripada Blog Orang Lain

Surat Al-`Alaq (The Clot) - سورة العلق

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahih International
Recite in the name of your Lord who created -

Muhsin Khan
Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists),

Pickthall
Read: In the name of thy Lord Who createth,

Yusuf Ali
Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

Shakir
Read in the name of your Lord Who created.

Dr. Ghali
Read: In the Name of your Lord Who created,

Albanian
Lexo me emrin e Zotit tënd, i cili krijoi.

Azerbaijani
(Ya Peyğəmbər! Qur’ani-Kərimi bütün məxluqatı) yoxdan yaradan Rəbbinin adı ilə (bismillah deyərək) oxu!

Bosnian
Čitaj, u ime Gospodara tvoga, koji stvara,

Chinese
你應當奉你的創造主的名義而宣讀,

Czech
Přednášej ve jménu Pána svého, který stvořil,

Dutch
Lees in naam van uwen Heer, die alle dingen heeft geschapen.

Farsi
بخوان به نام پروردگارت که (جهان را) آفرید،

Finnish
Lue julki Herrasi nimeen, joka on luonut,

French
Lis, au nom de ton Seigneur qui a créé,

German
Lies im Namen deines Herrn, Der alles erschaffen hat!

Hausa
Ka yi karatu da sunan Ubangijinka, wanda Ya yi halitta.

Indonesian
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,

Italian
Leggi! In nome del tuo Signore che ha creato,

Japanese
読め,「創造なされる御方,あなたの主の御名において。

Korean
만물을 창조하신 주님의 이름으로 읽으라

Malay
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Malayalam
സൃഷ്ടിച്ചവനായ നിന്‍റെ രക്ഷിതാവിന്‍റെ നാമത്തില്‍ വായിക്കുക.

Maranao
Pangadi ka: Sii ko ngaran o Kadnan ka a so Miyangadn;

Norwegian
Forkynn i din Herres navn! Han som skaper,

Polish
Głoś! w imię twego Pana, który stworzył!

Portuguese
Lê, em nome do teu Senhor Que criou;

Romanian
Citeşte în numele Domnului tău ce a creat!

Russian
Читай во имя твоего Господа, Который сотворил все сущее.

Somali
Wax ku akhri Nabiyow Magaca Eebe ee abuuray (khaliqiga).

Spanish
¡Recita en el nombre de tu Señor, Que ha creado,

Swahili
Soma kwa jina la Mola wako Mlezi aliye umba,

Swedish
LÄS I din Herres namn, Han som har skapat -

Tatar
Ий Мухәммәд г-м Коръәнне укы һәрнәрсәне халык кылучы Раббың исеме илә!

Thai
จงอ่านด้วยพระนามแห่งพระเจ้าของเจ้าผู้ทรงบังเกิด

Turkish
Yaratan Rabbinin adiyla oku!

Urdu
(اے محمد) اپنے پروردگار کا نام لے کر پڑھو جس نے (عالم کو) پیدا کیا

Uzbek
Яратган Роббинг номи билан ўқи.

Bangla
পাঠ করুন আপনার পালনকর্তার নামে যিনি সৃষ্টি করেছেন

Tamil
(யாவற்றையும்) படைத்த உம்முடைய இறைவனின் திருநாமத்தைக் கொண்டு ஓதுவீராக.




Sahih International
Created man from a clinging substance.

Muhsin Khan
Has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).

Pickthall
Createth man from a clot.

Yusuf Ali
Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

Shakir
He created man from a clot.

Dr. Ghali
Created man from clots.

Albanian
Krijoi njeriun prej gjakut të ngjizur.

Azerbaijani
O, insanı laxtalanmış qandan yaratdı.

Bosnian
stvara čovjeka od ugruška!

Chinese
他曾用血塊創造人。

Czech
člověka z kapky přilnavé stvořil!

Dutch
Die den mensch van gestold bloed schiep.

Farsi
همان کس که انسان را از خون بسته‌ای خلق کرد!

Finnish
luonut ihmisen hyytyneestä verestä.

French
qui a créé l'homme d'une adhérence.

German
Er erschuf den Menschen aus einem Embryo.

Hausa
Ya hahitta mutum daga gudan jini.

Indonesian
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

Italian
ha creato l'uomo da un'aderenza.

Japanese
一凝血から,人間を創られた。」

Korean
그분은 한방울의 정액으로 간을 창조하셨노라

Malay
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Malayalam
മനുഷ്യനെ അവന്‍ ഭ്രൂണത്തില്‍ നിന്ന്‌ സൃഷ്ടിച്ചിരിക്കുന്നു.

Maranao
Inadn Iyan so manga manosiya, phoon ko manga rogo a mimbathik.

Norwegian
skaper mennesket av en liten seig klump.

Polish
Stworzył człowieka z grudki krwi zakrzepłej!

Portuguese
Criou o homem de algo que se agarra.

Romanian
Cel ce a creat omul dintr-un cheag de sânge.

Russian
Он сотворил человека из сгустка крови.

Somali
Dadkana ka abuuray Calaq.

Spanish
ha creado al hombre de sangre coagulada!


Swahili
Amemuumba binaadamu kwa tone la damu,

Swedish
skapat människan av en grodd som sätter sig fast!

Tatar
Ул халык кылды кешене оешкан каннан.

Thai
ทรงบังเกิดมนุษย์จากก้อนเลือด

Turkish
O, insani bir alekadan (embriyodan) yaratti.

Urdu
جس نے انسان کو خون کی پھٹکی سے بنایا

Uzbek
У инсонни алақдан яратди.

Bangla
সৃষ্টি করেছেন মানুষকে জমাট রক্ত থেকে।

Tamil
´அலக்´ என்ற நிலையிலிருந்து மனிதனை படைத்தான்.




Sahih International
Recite, and your Lord is the most Generous -

Muhsin Khan
Read! And your Lord is the Most Generous,

Pickthall
Read: And thy Lord is the Most Bounteous,

Yusuf Ali
Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

Shakir
Read and your Lord is Most Honorable,

Dr. Ghali
Read: And your Lord is The Most Honorable,

Albanian
Lexo për Zotin tënd Bujar!

Azerbaijani
(Ya Peyğəmbər!) Oxu! Sənin Rəbbin ən böyük kərəm sahibidir!

Bosnian
Čitaj, plemenit je Gospodar tvoj,

Chinese
你應當宣讀,你的主是最尊嚴的,

Czech
Přednášej, vždyť Pán tvůj je nadmíru štědrý,

Dutch
Lees; want uw Heer is de weldadigste;

Farsi
بخوان که پروردگارت (از همه) بزرگوارتر است،

Finnish
Lue! Sillä Herrasi on ylevin;

French
Lis ! Ton Seigneur est le Très Noble,

German
Lies! Dein Herr ist der Erhabenste,

Hausa
Ka yi karatu, kuma UbangiJinka shi ne Mafi karimci.

Indonesian
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,

Italian
Leggi, ché il tuo Signore è il Generosissimo,

Japanese
読め,「あなたの主は,最高の尊貴であられ,

Korean
읽으라 주님은 가장 은혜로운 분으로

Malay
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

Malayalam
നീ വായിക്കുക നിന്‍റെ രക്ഷിതാവ്‌ ഏറ്റവും വലിയ ഔദാര്യവാനാകുന്നു.

Maranao
Pangadi ka: Ka so Kadnan ka na lbi a Maginawa, -

Norwegian
Forkynn! Se, Herren er den store velgjører,

Polish
Głoś! Twój Pan jest najszlachetniejszy!

Portuguese
Lê, que o teu Senhor é Generosíssimo,

Romanian
Citeşte, căci Domnul tău este Mult-dăruitorul,

Russian
Читай, ведь твой Господь - Самый великодушный.

Somali
Akhri Eebana waa kan Sharafta lehe.

Spanish
¡Recita! Tu Señor es el Munífico,

Swahili
Soma! Na Mola wako Mlezi ni Karimu kushinda wote!

Swedish
Läs! Din Herre är den Främste Givaren,

Tatar
Укыгыл, синең Раббың – Аллаһ бик хөрмәтле вә юмарттыр.

Thai
จงอ่านเถิด และพระเจ้าของเจ้านั้นผู้ทรงใจบุญยิ่ง

Turkish
Oku! Rabbin sonsuz kerem sahibidir.

Urdu
پڑھو اور تمہارا پروردگار بڑا کریم ہے

Uzbek
Ўқи! Ва Роббинг энг карамлидир!

Bangla
পাঠ করুন, আপনার পালনকর্তা মহা দয়ালু,

Tamil
ஓதுவீராக: உம் இறைவன் மாபெரும் கொடையாளி.





Sahih International
Who taught by the pen -

Muhsin Khan
Who has taught (the writing) by the pen [the first person to write was Prophet Idrees (Enoch)].

Pickthall
Who teacheth by the pen,

Yusuf Ali
He Who taught (the use of) the pen,-

Shakir
Who taught (to write) with the pen

Dr. Ghali
Who taught by the pen.

Albanian
Është Ai që ua mësoi pendën.

Azerbaijani
O Rəbbin ki, qələmlə (yazmağı) öyrətdi.

Bosnian
koji poučava peru,

Chinese
他曾教人用筆寫字,

Czech
ten, jenž naučil perem,

Dutch
Die (den mensch) het gebruik van de pen leerde;

Farsi
همان کسی که بوسیله قلم تعلیم نمود،

Finnish
Hän, joka on opettanut käyttämään kynää,

French
qui a enseigné par la plume [le calame],

German
Der das Schreiben mit dem Schreibrohr lehrte.

Hausa
Wanda Ya sanar (da mutum) game da alƙalami.

Indonesian
Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,

Italian
Colui che ha insegnato mediante il càlamo,

Japanese
筆によって(書くことを)教えられた御方。

Korean
연필로 쓰는 것을 가르쳐 셨으며

Malay
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -

Malayalam
പേന കൊണ്ട്‌ പഠിപ്പിച്ചവന്‍

Maranao
So miyangndao ko (kisoratn ko) pansom,

Norwegian
som ved pennen har undervist,

Polish
Ten, który nauczył człowieka przez pióro;

Portuguese
Que ensinou através do cálamo,

Romanian
El l-a învăţat pe om cu condeiul,

Russian
Он научил посредством письменной трости -

Somali
Ee Dadka baray sida Qalinka wax loogu qoro.

Spanish
que ha enseñado el uso del cálamo,

Swahili
Ambaye amefundisha kwa kalamu.

Swedish
som har lärt [människan] pennans [bruk],

Tatar
Ул – Аллаһ каләм белән язуны өйрәтте.

Thai
ผู้ทรงสอนการใช้ปากกา

Turkish
O Rab ki kalemle yazmayi ögretti.

Urdu
جس نے قلم کے ذریعے سے علم سکھایا

Uzbek
У қалам билан илм ўргатгандир.

Bangla
যিনি কলমের সাহায্যে শিক্ষা দিয়েছেন,

Tamil
அவனே எழுது கோலைக் கொண்டு கற்றுக் கொடுத்தான்.






Sahih International
Taught man that which he knew not.

Muhsin Khan
Has taught man that which he knew not.

Pickthall
Teacheth man that which he knew not.

Yusuf Ali
Taught man that which he knew not.

Shakir
Taught man what he knew not.

Dr. Ghali
He taught man what he did not know.

Albanian
Ia mësoi njeriut atë që nuk e dinte.

Azerbaijani
(O Rəbbin ki) insana bilmədiklərini öyrətdi.

Bosnian
koji čovjeka poučava onome što ne zna.

Chinese
他曾教人知道自己所不知道的東西。

Czech
naučil člověka, co ještě neznal.

Dutch
Die den mensch leerde, wat hij niet kende.


Farsi
و به انسان آنچه را نمی‌دانست یاد داد!

Finnish
opettanut ihmiselle sen, mistä tämä ei ennen tiennyt.

French
a enseigné à l'homme ce qu'il ne savait pas.

German
Er lehrte den Menschen, was er nicht wußte.

Hausa
Ya sanar da mutum abin da bai sani ba.

Indonesian
Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Italian
che ha insegnato all'uomo quello che non sapeva.

Japanese
人間に未知なることを教えられた御方である。」

Korean
인간이 알지 못하는 것도 르쳐 주셨노라

Malay
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Malayalam
മനുഷ്യന്‌ അറിയാത്തത്‌ അവന്‍ പഠിപ്പിച്ചിരിക്കുന്നു.

Maranao
Inindao Niyan ko manosiya so di Niyan katawan.

Norwegian
undervist mennesket om ting det ikke kjente.

Polish
Nauczył człowieka tego, czego on nie wiedział.

Portuguese
Ensinou ao homem o que este não sabia.

Romanian
l-a învăţat ceea ce nu ştia.

Russian
научил человека тому, чего тот не знал.

Somali
Dadkana baray waxayna aqoonin.

Spanish
ha enseñado al hombre lo que no sabía.

Swahili
Kamfundisha mtu aliyo kuwa hayajui.

Swedish
lärt människan vad hon inte visste!

Tatar

Кешегә белмәгән нәрсәләрен өйрәтте.


Thai
ผู้ทรงสอนมนุษย์ในสิ่งที่เขาไม่รู้

Turkish
Insana bilmedigi seyleri ögretti.

Urdu
اور انسان کو وہ باتیں سکھائیں جس کا اس کو علم نہ تھا

Uzbek
У инсонга у билмаган нарсани ўргатди.

Bangla
শিক্ষা দিয়েছেন মানুষকে যা সে জানত না।

Tamil
மனிதனுக்கு அவன் அறியாதவற்றையெல்லாம் கற்றுக் கொடுத்தான்













No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters