Sunday, 9 February 2014
Individu Yang Dikesan Sebagai Freemason
Freemason
adalah pertubuhan rahsia yang sering dikaitkan demgan sekularisme.
Asal-usul Freemason masih lagi kabur, namun rata-rata mengaitkan ia
dengan tukang batu pada zaman Nabi Sulaiman(King Soloman). Tukang batu
atau mason telah menubuhkan satu pertubuhan mereka sendiri bagi
tujuan untuk membina kembali kuil nabi Sulaiman yang sekarang ini
dipercayai telah dibina Masjidil Aqsa.
Samaada
Islam mahupun Kristian, pertubuhan Freemason diharamkan dan ia
diistiyharkan secara terbuka oleh pemimpin pro-Islamik dan
pro-Kristianiti. Pernah satu ketika seorang Paus yang bernama Pope John Paul II dalam
satu wawancaranya pada November 1983 telah mengharamkan para penganut
Kristian Katholik daripada terpengaruh dengan pertubuhan Freemason.
Beliau berkata,
Beliau kemudian menambah,
“Penilaian negatif gereja terhadap Freemason tetap tidak akan berubah kerana prinsip-prinsip Freemason jelas tidak dapat ditolak-ansurkan oleh doktrin gereja. Oleh itu, menjadi seorang anggota Freemason adalah haram sama sekali!”
Secara
keseluruhannya, setiap pemimpin agama amat melarang penganutnya
terlibat dalam pertubuhan Freemason. Freemason dikatakan mempunyai jarum
yang bergitu halus. Luarannya sangat cantik dan oleh kerana itu ramai
pemimpin di dunia termasuk yang beragama Islam terpengaruh dengan
dakyah-dakyah songsang mereka.
Pertubuhan Freemason di Malaysia
Pertubuhan
yang mempunyai darjah sehingga ke tahap 33 ini sebenarnya telah lama
meresap ke dalam Malaysia semasa penjajahan British di sini. Kesannya,
pembaca boleh lihat sendiri Lodge yang dibina di Ipoh, Penang, Perak,
Johor dan beberapa tempat lagi di sekitar Malaysia. Hebatnya pertubuhan
ini adalah mereka yang terlibat tidak pernah mengetahui tujuan asal
pertubuhan ini. Dalam kata lain, individu yang mempunyai darjah 23 tidak
akan mengetahui misi individu yang berada di darjah 32.
Prinsip Freemason
Pertubuhan yang jelas melanggar ajaran agama Islam ini mempunyai tiga prinsip utamayang jika dilihat secara kasarnya amat cantik. Tiga prinsip utama itu antara lain adalah:
- Cinta pada kemanusiaan atas dasar persaudaraan (Brotherly love to the whole human species)
- Menghilangkan penderitaan (Relieve the distressed)
- Kebenaran sebagai sifat agung (Truth as a divine attribute)
Sebenarnya,
Freemason hanya merupakan sebuah batu loncatan untuk masuk ke dalam
komuniti rahsia yang ada di sebaliknya. Dengan sebab yang demikian,
keanggotaan Freemason telah mengundang banyak individu berpengaruh
menyertai secara rahsia. Namun, apakah niat mereka, tidak pula
diketahui. Oklah, di bawah adalah senarai individu berpengaruh yang
pernah menyertai pertubuhan rahsia ini. Jangan terkejut apabila terdapat
individu yang tidak pernah pembaca jangkakan.
1. Sir Alf Ramsey
Beliau adalah Pengurus England ketika Piala Dunia 1966. Di bawah pengurusan Sir Alf Ramsey, England memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada tahun tersebut.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Waltham Abbey Lodge No. 2750 pada 5 October 1953.

2. Jose Rizal
Beliau
adalah Pejuang kemerdekaan Filipina paling terkenal di tanah tumpah
darahnya. Jose Rizal juga merupakan seorang doktor, penulis dan
nasionalis paling berpengaruh pada zamannya.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Logia Solidaridad 53 Madrid, Spain kemudian dianugerahkan Worshipful Master of Nilad Lodge No. 144 pada 1892.
3. Theodore Roosevelt
Beliau
adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26. Beliau memulakan tugas
sebagai individu paling berkuasa di rumah putih pada tahun 1901 sehingga
1909.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Matinecock Lodge No. 806, Oyster Bay di New York.

4. Franklin Delano Roosevelt
Beliau
adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-32. Beliau adalah watak utama
semasa Perang Dunia Kedua meledak. Bersama-sama Josep Stalin dan Winston
Churcill, beliau telah membentuk pakatan Berikat untuk memerangi
kekuatan pakatan Paksi yang diketuai oleh Aldolf Hitler.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Holland Lodge No. 8 di New York

5. Harry S Truman
Beliau
adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-33. Beliau mengambil alih
jawatan presiden daripada F. D. Rossevelt pada 12 April 1945 selepas
Rossevelt meninggal dunia pada tahun 1945. Truman adalah watak utama
semasa Perang Dingin mula tercetus.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula dengan Belton Lodge No. 450, Belton, Missouri. Ditabalkan sebagai Grand Master of Missouri pada 1940 sehingga 1941.
6. Mark Twain
Beliau
adalah penulis berbangsa Amerika Syarikat paling terkenal di zamannya.
Beliau yang dilahirkan pada 30 November 1835 adalah sahabat akrab
saintis terkenal, Albert Einstein. Antara novel terkenal hasil garapan
beliau adalah The Adventures of Tom Sawyer (1876), dan sekuelnya, Adventures of Huckleberry Finn (1885).
Perlibatan dengan Freemason: Bermula
dengan Polar Star Lodge No. 79, A.F. dan A.M., St. Louis, Missouri.
Beliau dilaporkan disingkirkan daripada pertubuhan rahsia ini namun
diterima kembali pada 24 April 1867.

7. George Washington
Beliau
adalah Presiden pertama Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang jeneral
dan panglima angkatan tentera Amerika Syarikat yang berjuang menuntut
kebebasan mutlak daripada kerajaan British.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Fredericksburg VA. Dilantik menjadi Past Master of Alexandria Lodge No. 22, Virginia.
8. Emilio Aguinaldo
Beliau
adalah Presiden Filipina yang pertama. Sebelum menjadi presiden
Filipina yang pertama pada usia 29 tahun, beliau adalah pejuang
kemerdekaan menentang cengkaman penjajah Sepanyol.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula
di Pilar Lodge No. 203 (sekarang Pilar Lodge No. 15) di Imus Cavite dan
merupakan pengasas kepada Magdalo Lodge No. 31 (ditukar nama kepada
Emilio Aguinaldo Lodge No. 31 untuk menghargai jasanya).

9. Edwin “Buzz” Aldrin
Beliau adalah antara angkasawan yang pertama bersama-sama Neil Armstrong mendarat di bulan pada 1969.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula di Montclair Lodge No. 144 di New Jersey.

10. Mustafa Kemal Atatürk
Seorang
pengasas republik Turki yang bertanggungjawab meruntuhkan sistem
monarki Turki Othmaniyyah. Di bawah penguasaanya, perlembagaan Turki
yang berasaskan islamik telah diubah kepada perlembagaan berasaskan
sekularisme.
Perlibatan dengan Freemason: Bermula
di Macedonia Risorta Lodge No. 80. Namun, beberapa ahli sejarah
menyatakan beliau mendaftarkan diri di Lodge Veritas, Thessaloniki,
Greece.(dahulu di bawah kekuasaan Turki Othmaniyyah).
11. Silvio Berlusconi
Beliau
adalah Perdana Menteri Itali sekarang. Sebelum menjawat jawatan
tertinggi di Itali itu, beliau adalah taikun media paling berpengaruh di
Itali.
Perlibatan dengan Freemason: Beliau
dilaporkan terlibat dalam skandal menjatuhkan kerajaan Itali yang
melibatkan ‘tangan ghaib’ Freemason. Skandal itu dikenali denganPropaganda Due. Propaganda Due atau P2 adalah lodge freemason yang berada di bawah seliaan Grand Orient of Italy.
12. Winston Churchill
Beliau
adalah perdana menteri United Kingdom semasa era Perang Dunia Kedua.
Beliau menjawat jawatan perdana menteri United Kingdom sebanyak dua
penggal iaitu pada tahun 1940 hingga 1945 dan 1951 hingga 1955. Beliau
satu-satunya perdana menteri daripada Great Britain yang memenangi
anugerah Nobel in Literature dan diakui sebagai salah seorang individu yang berpengaruh yang pernah dilahirkan di dunia.
Perlibatan dengan Freemason: Mula
terlibat di Studholme Alliance Lodge No. 1591, Rosemary Lodge No. 2851.
(Nota: The Churchill Society mendakwa Churchill meletak jawatan di
lodge tersebut pada 1912.)

13. Süleyman Demirel
Beliau
adalah Presiden ke-9 Republik Turki daripada tahun 1993 hingga tahun
2000. Beliau juga pernah menjawat jawatan perdana menteri sebanyak empat
kali.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Bilgi Lodge No.015, Ankara iaitu Grand Lodge of Turkey

14. Benjamin Franklin
Beliau
adalah salah seorang bapa pengasas Amerika Syarikat di samping enam
individu yang lain iaitu George Washington, John Adams, Thomas
Jefferson, John Jay, James Madison, dan Alexander Hamilton. Beliau juga
adalah saintis, negarawan, diplomat, pakar politik dan penulis yang
paling berpengaruh pada zamannya.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di St. John’s Lodge, Philadelphia pada Februari 1731

15. J. Edgar Hoover
Beliau
adalah Pengarah pertama agensi sulit kerajaan Amerika Syarikat, FBI.
Beliau bertanggungjawab melumpuhkan berpuluh-puluh geng mafia, triad dan
kongsi gelap di seluruh Amerika Syarikat.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Federal Lodge No. 1 di Washington D.C.
16. Thomas Stamford Raffles
Seorang
orientalis yang bertanggungjawab ‘membuka’ perlabuhan Singapura untuk
kegunaan import dan eksport antarabangsa. Beliau adalah salah seorang
orientalis yang paling rapat dengan sultan-sultan di perairan Selat
Melaka termasuklah di Jawa, Surabaya dan Johor.
Perlibatan dengan Freemason: Mula terlibat di Lodge De Vriendschap, Surabaya pada 5 Julai 1813.

http://pariajalanan.blogspot.com/2014/02/individu-yang-dikesan-sebagai-freemason.html
No comments:
Post a Comment