About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Sunday, February 9, 2014

Kritian ajaran rekaan

Paulus Adalah Dalang Selewengkan Kristian

SEbenarnya penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus) lagi. Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul ialah Yahudi warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani (Kristian).Selepas itu dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman seperjalanan Barnabas-seorang sahabat Nabi Isa a.s.


Perosak Kunci 'The Kingdom of Heaven' SUMBER


Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah Saul.Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Saul (Paulus) ialah seorang yang anti kepada ajaran Jesus telah berusaha untuk memesongkan ajaran Jesus. Dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Jesus, dia berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurang sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Jesus yang disebarkan oleh pengikut-pengikut beliau yang dipimpin oleh St. James “The Righteous” (salah seorang apostle-Hawariyyun) itu semakin hari semakin berkembang.

Melihatkan keadaan itu, Saul menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk menyelewengkan ajaran Jesus yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia beliau masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saul ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Jesus dari dalam.Saul kemudiannya berjumpa dengan pengikut-pengikut Jesus tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum ini dan dia diberikan nama Paul.

Sejurus selepas bertaubat, Paul mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara langsung daripada Jesus .Salah seorang daripada 12 pengikut Jesus (as), Barnabas mula mempercayai Paul dan memberinya perlindungan. Melalui Barnabas, Paul diterima oleh semua pengikut-pengikut Jesus yang lain. Sepanjang menyebarkan ajaran Jesus , Barnabas banyak mengembara bersama Paul sehinggakan reputasi Paul yang terkenal sebagai pembunuh penganut Jesus sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut Jesus yang setia.

Paul mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Jesus kepada golongan Bukan-Yahudi (Gentiles).Beberapa pertelingkahan berlaku antara Paul dengan Barnabas sehingga menyebabkan mereka berpecah.


"And the contention was so sharp between them, that they departed asunder one from the other: and so Barnabas took Mark, and sailed unto Cyprus; And Paul chose Silas, and departed, being recommended by the brethren unto the grace of God. And he went through Syria and Cilicia, confirming the churches"

(Acts 15:39-41)



Dia mula membuat tohmahan dengan mengatakan kumpulan Apostles (pengikut-pengikut Jesus a.s.) itu malas, sesat dan hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing ke keluar dari kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya diterimanya daripada Jesus . Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan Apostles itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paul adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang diterimanya secara terus daripada Jesus . Pada mulanya, seruan Paul tidak mendapat sambutan daripada golongan Bukan-Yahudi kerana bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.

Kebanyakan golongan Gentiles ini menyembah tuhan-tuhan Greek kuno seperti Sons of Almighty Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan lain-lain. Di dalam Bible, Paul mengaku sanggup melakukan apa saja untuk menukar kepercayaan Gentiles yang berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan menarik kepada mereka. Dia terus bertolak ansur dengan mereka dan mengubah ajaran Jesus kepada satu agama yang hampir sama dengan kepercayaan Gentiles itu yg mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Penyelamat dan sebagainya. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka ini mati kerana dosa-dosa mereka dan kemudian dihidupkan kembali. Paul pula menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini mati untuk menebus dosa seluruh umat manusia. Golongan Gentiles ini mula melihat pertalian dan persamaan yang besar di antara kedua-dua kepercayaan. Mereka hanya perlu menukarkan beberapa nama saja. Dengan cara ini, Paul berjaya meyakinkan kaum Greek dan golongan Gentiles yang lain untuk menerima “agama Jesus” ini. Ajaran Paul ini telah ditolak oleh pengikut-pengikut asal Jesus disebabkan ajaran yang dibawanya bertentangan dengan ajaran Jesus.

Paul mula menulis tentang kepercayaan baru yang diciptanya ini dan mereka-reka doktrin baru untuk dimasukkan ke dalam agama ‘baru’ yg diciptanya ini.Maka dari sini lahirlah Surat-surat Paulus itu. Doktrin-doktrin itulah yang menjadi doktrin agama Kristian sehingga ke hari ini.


Kunci-kunci yang salah

Inilah sejarah gereja yang penuh korup,penyelewengan dan pembohongan.Gereja telah banyak menyusahkan pengikutnya.Bermacam-macam penipuan dan penindasan dilakukan ke atas penganut Kristian.Triniti adalah kisah dongeng bertahap komik kanak-kanak di mana ia direka untuk menyesuaikan mitos pagan ketika itu.Al-Hafiz Imam Ibn Kathir, seorang ulama’ terbesar Islam mengulas:

“Apabila Allah mengangkat Jesus (a.s) ke langit, pengikut-pengikut beliau terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antara kumpulan tersebut, ada yang masih mengekalkan kepercayaan asal terhadap Jesus (a.s), iaitu beliau hanya merupakan seorang pesuruh Allah, seorang nabi dan anak kepada Maryam. Bagaimanapun, sesetengah mereka mempunyai pemahaman yang ekstrem terhadap Jesus (a.s) dgn menganggap beliau adalah anak Allah. Sesetengahnya pula mendakwa Jesus (a.s) adalah Allah itu sendiri, manakala yang lain mengatakan beliau adalah salah seorang daripada Trinity…” (Mizbahul Munir fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir, Vol.2, Darussalam Riyadh, 2000, ms 171)

Imam Shamsuddin Ibn Abi bakar Ibn Qayyim al-Jauziyyah, juga di dalam kitabnya, Hidayatul Hayara fi Ajwibatul Yahud wa al-Nasara (Guidence to the Uncertain In Reply to the Jews and the Christians) berkata:

“Pengikut-pengikut Jesus (a.s) masih terus mengamalkan ajaran-ajaran beliau selepas beliau diangkat ke langit. Kemudian beberapa orang telah campur tangan dalam mengubah, menafsir (ajaran Jesus (a.s) mengikut apa yang disukai (mengikut selera) kebanyakan orang, bertentangan dengan amalan Yahudi (di dalam Taurat) dan secara terang-terangan menyimpang daripada ajaran Messiah (Jesus a.s), serta menjadi sesuatu yang terpisah daripadanya secara keseluruhannya.”

Tiada apa yang tinggal dari dunia Kristian pada hari ini,yang ada adalah warisan pagan yang membungkus seluruh kepercayaan Kristian.Maka tunggulah turunnya Nabi Isa a.s sebelum kiamat nanti memusnahkan salib dan menjelaskan kekeliruan umat Kristian.

“Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”

(Hadis Nabi)

“Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.”

(Hadis Nabi)



Kebenaran milik siapa saja yang mahu berfikir.Di dunia ini,setiap orang akan diuji.Pilihan diberi.Dunia hanya sementara kerana kelak kita semua akan ditanya tentang 'Kebenaran'.Siapa yang tidak memilikinya,maka malapetaka yang dasyat adalah habuannya.Siapa yang memilikinya,dialah pemegang kunci syurga The Keys of Kingdom of Heaven.Seruan kepada Islam akan sampai kepada setiap individu,tidak kira dia berada di kota atau di gua-gua.Jangan tanya bagaimana caranya,bila dan siapa...itu adalah kerja Tuhan.Cuma pilih atau tidak.Pilihan di dunia adalah penentuan hidup kekal di akhirat 'The Kingdom of Heaven'.


"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord,"

(Mark 12:29)

"Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan kita ialah Tuhan Yang Esa"
 
 http://pariajalanan.blogspot.com/2014/02/paulus-adalah-dalang-selewengkan.html
 

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters