Anai-Anai Mengenali Al-Quran Berusia 100 Tahun
————————————————————–
Al-quran
yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100
tahun ini telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini
memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat
Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad.
Dalam Al-Qur’an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
Ayat
di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain
menurunkan dan mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga
kemurniannya hingga Hari Kiamat.
Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat
Daripada Saidina Ali r.a :
Katanya:
Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah!
Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku
bertanya: ” Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya
Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah berpegang teguh kepada
ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang
terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah
kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu;
(kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar
dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari
golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut
hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari
pertunjuk dari yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah
tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan,
dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).
Dialah
kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu
seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang
kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan
kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada
mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan
kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca
dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak
berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa
mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya
dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang
menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman
kepadanya.” (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa
yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang
membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan
sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya,
sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang
lurus.” – (Saidina Ali r.a)
Firman Allah Ta’ala Yang Bermaksud:
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Subhanallah, Wallahu’alam….
*Sumber dari hasnulhadiahmad.com
http://detikislam.blogspot.com/2014/02/anai-anai-mengenali-al-quran-berusia.html
No comments:
Post a Comment