About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Monday, July 18, 2011

Apabila Lembu Lebih Penting

Di sebuah dewan di salah satu tempat di negeri Cik Siti Wan Kembang, 15 Sya’ban 1432 bersamaan 17 Julai 2011, menjadi saksi kejadian. Jemputan sudah diedarkan. 800 buah kerusi di dewan telah disediakan, Perjumpaan Dengan Pemimpin Kesayangan; begitulah bunyinya mauduk lebih kurang. Jam 0900 pagi acara dijangka dimulakan.

Maka berduyunganlah para jemputan datang, bagai kata puisi lama; yang buta datang bertongkat, yang kurap mengekor angin, yang pekak membakar meriam. Pengendali acara pula sibuh mengumumkan, tuan-tuan & puan-puan, sila penuhkan dahulu kerusi-kerusi di hadapan, pemimpin kita sedang dalam perjalanan. Harap bersabarlah untuk sedikit keadaan.

Para jemputan pula mununggu & menunggu khabar yang belum berkepastian. Berlalu setengah jam, pemimpin belum kelihatan, berlalu satu jam bayang pemimpin pun belum nyata dalam pandangan, berlalu dua jam para jemputan mulai meninggalkan dewan, tidak peduli lagi jamuan tengah hari yang akan menantikan yang khabarnya sedap & menyelerakan. Bila ditanya kenapa tergesa-gesa mau pulang? Jawabnya selamba lembunya sedang kepanasan di padang, nanti mati kekeringan, dosanya tak mampu untuk ditanggung-tanggungkan.

Tepat jam 1230 menjelmalah pemimpin kesayangan, dengan mukanya merah padam, merah padam. Rakyat yang menunggunya tak sampai dua baris memenuhi kerusi yang disediakan. Apabila sampai gilirannya mikrofon dipegang, dibelasahnya habis-habisan jemputannya yang sudah pulang. Marah bukan alang-kepalang, lalu tersemburlah dari mulutnya murka & kemarahan; rakyat semua tidak faham, kita yang menaikkan dia punya pendapatan bulanan, tapi dia lebih pentingkan binatang yang diternakkan. Tak terhenti di situ api kemarahan disemburkan, agak-agaknya mungkin seperti ultraman menyembur api dalam filem semasa nak membinasakan binatang yang mengkhianati alam, di tempat makan, di hadapan rezeki AlLah SWT yang terhidang pun kemarahannya terus dimuntah-muntahkan.

Makan tengah hari yang disediakan untuk 800 orang tidak kehabisan & untuk mengelakkan pembaziran, terpaksalah pelajar yang lalu-lalang disuruh makan

Kesian & malang, apabila seorang atau lebih pemimpin di mata rakyatnya lebih hina dari seekor lembu yang diternakkan. Sementara seekor lembu yang diternakan dirasakan rakyat lebih berguna daripada mempunyai pemimpin yang sedemikian.

Untuk masa-masa hadapan, pesanan ini disampaikan untuk bakal pemimpin masa hadapan, untuk para pemuda & pemudi yang bakal mengendalikan negara mengikut acuan yang menjanjikan; JIKA KITA INGIN BERTEMU RAKYAT, KITALAH YANG SEHARUSNYA DATANG AWAL, JIKA KITA JANJI UNTUK JUMPA RAKYAT JAM 0900 PAGI, JAM 0845 KITA SEHARUSNYA SEDIA MENANTI.KERANA KITA YANG INGIN BERJUMPA RAKYAT, BUKAN RAKYAT YANG MAHU JUMPA KITA. JANGAN BIARKAN RAKYAT MENYUMPAH-NYUMPAH KERANA KELEWATAN MENANTI KITA. MEREKA JUGA ADA URUSAN YANG SAMA PENTINGNYA UNTUK DIURUSKAN SEPERTI KITA ADA URUSAN YANG PERLU DIBERESKAN.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters