RAMADHAN : Antara Syiam, Nuzul Al-Qur’an, Ghazwatul Badar, & Lailatul Qadar, di Mana Kita? diedit oleh : Fauzi Amir Gus- 0199923418 Fasilitator Kelas Pengajian Abdan Syakuura
Muqadimah
Semasa mewarnakan perjalanan hidup kita seharian untuk memenuhi keperluan hidup & kehidupan, seringkali kita disogokkan dengan pelbagai tawaran yang kononnya istimewa daripada pusat-pusat jualan. Ada yang menyediakan speacial offer kononnya bermula dari 10-90%. Saban tahun juga, syarikat swasta, badan korporat, badan berkanun, pihak kerajaan, dan sebagainya menyediakan bonos untuk menghargai sumbangan kakitangannya. Demikianlah dengan kehadiran Ramadhan, yang saban tahun menyempurnakan speacial offer dan bonos. Cuma yang menjadi perbezaannya speacial offer dan bonos yang disajikan Ramadhan tidak digilai, tidak dikerumuni, tidak dinanti-nanti oleh sebahagian besar umat manusia yang masih disambung sisa-sisa nyawanya, sebagaimana yang diharapkan mereka daripada speacial offer dan bonos daripada syarikat-syarikat jualan.
Speacial offer dan bonos yang ada pada hari ini, datanganya dari manusia atau pihak tertentu yang mempunyai pelbagai kepentingan, kepentingan ekonomi tentunya di samping kepentingan untuk memancing pengaruh. Syarikat jualan mengadakan speacial offer dan bonos untuk menambah keuntungan kepada syarikat mereka, begitu juga pemberian bonos daripada syarikat tertentu untuk menjamin kakitangan mereka setia menyumbangkan khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi.
Hal ini berbeza sekali dengan AlLah SWT yang tuan punya alam jagat raya ini, tuan punya Ramadhan, tuan punya manusia, tuan empunya kepada semua yang ada menghuni serwa jagat ini. AlLah SWT menyediakan speacial offer dan bonos yang tersedia pada bulan Ramadhan ini, semuanya untuk kita hamba-Nya.
Ya, berbeza sekali dengan kita berbelanja di syarikat jualan yang kononnya menyediakan speacial offer dan bonos, semakin banyak kita berbelanja, semakin banyak pula keuntungan yang diraih oleh tuan punya syarikat tersebut. Sebaliknya jika kita mengambil speacial offer dan bonos yang disediakan AlLah SWT, Dia tidak mendapat apa-apa manfaat pun, yang mendapat 1000% manfaatnya ialah kita, semakin banyak kita ‘berbelanja’ pada bulan Ramadhan ini, semakin banyak pula ganjaran yang kita dapat. AlLah selamanya tidak mendambakan amal soleh yang kita usahakan, tapi sebaliknya amal soleh itu kembali menjadi manfaat kepada diri.
Apakah agaknya speacial offer dan bonos yang sedia terhidang pada sepanjang Ramadhan? Speacial offer dan bonos yang sedia menanti penuh setia sepanjang Ramadhan yang tidak pernah ada pada 11 bulan yang lain ialah; setiap amal sunat yang kita usahakan akan diganjari dengan pahala mengerjakan amal fardhu, sedang amal fardhu yang dikerjakan diganjari sehingga puluhan kali ganda. Sementara bonos yang mahabesar yang tak pernah jemu menanti himpunan amal soleh kita pula ialah pada kunjungan Lailatul Qadar, yang menawarkan bonos seribu bulan. Dengan maksud kepelbagaian amal soleh yang kita lakukan pada malam tersebut akan mendapat bonos pahala sebanyak 1000 bulan bersamaan 83 tahun lebih. Dengan mengundang makna satu amal soleh yang kita lakukan pada Lailatul Qadar akan mendapat pahala seperti kita beramal 1000 bulan. Hebatkan bonos daripada AlLah?
Speacial offer dan bonos ini AlLah programkan khas untuk kita umat Nabi Muhammad SAW, tidak untuk umat anbiya’ yang lain. Kondisi ini dikeranakan umat Nabi Akhir Zaman ini merupakan umat terbaik yang pernah menghuni, berdiri & berlari, melakukan pelbagai aktiviti untuk memakmur halaman umur di samping mencorakkan pelbagai warna untuk alam maya ini. Kemurahan dari kurnia AlLah ini juga, tidak sesiapa yang dapat menafikan dikeranakan umat ini hanya memiliki pusingan umur yang amat terhad, rata-rata sekitar 100 tahun. Berbeza sekali dengan kurniaan umur umat anbiya’ terdahulu, yang menyimpan umur sehingga seribu tahun. Nabi AlLah Nuh dan umat umpamanya, punyai umur sehingga 1000 tahun. Baginda AS menghabiskan 950 tahun daripada umur itu untuk berdakwah, mengajak umatnya agar beriman hanya kepada AlLah dan menjauhi taghut.
Justeru, terlalu amat rugilah jika kita umat Nabi Akhir Zaman ini yang hanya dapat menyimpan umur sekitar 100 tahun, membiarkan berlalunya Ramadhan tanpa pengisian yang menjanjikan! Jom, dengan sisa-sisa usia yang relatif panjang ini, kita manfaatkan keberadaan Ramadhan 1430 Hijriah bersamaan 2009 ini dengan warna-warna kepelbagaian ibadat siang & malam. Ayuh, kita tanamkan azam untuk rai & layan kunjungan Ramadhan tahun ini dengan layanan terbaik, Insya-AlLah.
Pahatan firman Allah SWT :
Ertinya: " Pada bulan Ramadhan, yang padanya Al Qur’an diturunkan sebagai petunjuk buat manusia(semasa hidup di dunia, semasa hidup di alam kubur, semasa dibangkitkan kembali) dan mengandung penjelasan tentang semua petunjuk itu, dan (al-Qur’an juga) sebagai pemisah (yang haq dan yang batil)." (Al Baqarah: 185).
Kurang daripada sepurnama, bulan yang penuh rahmat, keampunan, dan berkah yang senantiasa dinanti dan dirindukan oleh sekalian hamba AlLah yang beriman, akan menjelang. Salah satu persiapan yang perlu kita lakukan ialah persiapan fikriyah, iaitu terkait dengan keilmuan dan pengetahuan, misalnya dengan merefresh kembali segala hal yang berkaitan dengan Bulan Ramadhan, baik dari hukum-hukum berpuasa, keutamaannya, dan lain-lain. Diharapkan dengan persiapan fikriyah tadi, selain dapat menyegarkan kembali ingatan kita tentang fiqh(kefahaman) puasa misalnya, juga dapat menjadi ‘pendorong semangat’ kita untuk bersegera dan bergembira dalam menyambutnya serta beramal saleh sebanyak mana termampu dan terdaya semasa keberadaan Ramadhan itu. Sebagai secebis ingatan untuk memenuhi persiapan fikriyah tersebutlah tulisan ringan ini diharap mampu menyediakan sedikit panduan.
1- Bulan Penuh Berkah dan Rahmat
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu: Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda:
Ertinya: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa." (Hadith Riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)
2- Bulan Diwajibkan Berpuasa
Allah SWT berfirman:
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Al Baqarah: 183).
Tentang keutamaan berpuasa, diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahawa Nabi saw. bersabda:
Ertinya: "Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali gandanya bahkan sampai tujuh ratus kali ganda. Allah Ta'ala berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. Mereka telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.' Orang yang berpuasa mendapatkan dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya, bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi AlLah daripada aroma kesturi."
3- Bulan Diturunkannya Al-Quran
Allah SWT berfirman:
Ertinya: " Pada bulan Ramadhan, yang padanya Al Qur’an diturunkan sebagai petunjuk buat manusia (semasa hidup di dunia, semasa hidup di alam kubur, semasa dibangkitkan kembali) dan mengandung penjelasan tentang semua petunjuk itu, dan (al-Qur’an juga) sebagai pemisah (yang haq dan yang batil)." (Al Baqarah: 185).
Pendapat yang kuat mengenai hal ini adalah, bahawa Al-Quran diturunkan secara keseluruhan oleh Allah SWT dari Luh Mahfuz ke langit dunia (pada Lailatul Qadar) sebelum diturunkan beransur-ansur kepada RasuluLlah saw, memakan masa 13 tahun sewaktu Baginda saw berada di Mekah dan 10 tahun pula setelah Baginda saw berhijrah ke Madinah, hal tersebut terjadi di Bulan Ramadhan.
Pada Bulan ini RasuluLlah saw. juga banyak membaca Al-Quran melebihi yang dibacanya pada bulan-bulan lain. sebagaimana diriwayatkan:
Ertinya: "Dan Jibril ‘Alaihis-Salam menjumpai nabi saw pada setiap malam bulan Ramadhan, dan beliau mengajaknya bertadarrus Al Qur’an". (Hadith Riwayat Muttafaqun ‘alaih).
4- Bulan yang di Dalamnya Terdapat Malam Seribu Bulan
Allah SWT berfirman:
Ertinya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar" (QS Al-Qadr 1-5).
RasuluLlah saw. juga bersabda:
Ertinya: "...juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan,..." (Hadith Riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)
Malam tersebut ialah Malam Lailatul Qadar, yang terdapat di antara malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Bulan Ramadhan.
5- Bulan Keampunan
RasuluLlah saw. bersabda:
Ertinya: "Shalat lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, dari Ramadhan ke Ramadhan, dapat menghapuskan dosa-dosa, apabila dosa-dosa besar dihindari." (Hadith Riwayat Muslim).
RasuluLlah saw. bersabda:
Ertinya: "Barang siapa yang melakukan ibadah pada malam hari bulan Ramadhan, kerana iman dan mengharapkan ridha Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Muttafaqun ‘alaih).
RasuluLlah saw. bersabda:
Ertinya: "Barangsiapa berpuasa pada Bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya, dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yang sebelumnya." (Hadith Riwayat Ahmad, Baihaqi dengan sanad baik)
Melihat hadits-hadits tersebut, maka Bulan Ramadhan adalah sebuah kesempatan emas bagi kita untuk membersihkan kotoran-kotoran dosa dan kesalahan yang melekat pada diri kita.
6- Bulan Tarbiyah
Allah SWT berfirman:
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Al Baqarah: 183).
Allah SWT berfirman:
Ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu adalah yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13).
Bulan Ramadhan merupakan bulan tarbiyah (pembinaan/pendidikan) bagi setiap insan untuk dapat mencapai darjat takwa. Diharapkan dengan puasa yang dilakukan dan ibadah-ibadah yang dikerjakan secara rutin pada bulan tersebut. dapat menjadi sarana pendidikan dan pembinaan bagi diri kita sehingga dapat menggapai darjat takwa tersebut.
7- Bulan Santunan
Disebutkan dalam hadith bahawa:
Ertinya: "Sebaik-baik sedekah iaitu sedekah pada bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Al-Bahaqi, Al-Khatib, At-Turmudzi)
Ertinya: "Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan, dan beliau saw lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan, ketika bertemu Jibril ‘Alaihis-Salam, sungguh, kedermawanan beliau saat itu lebih kuat daripada angin yang bertiup" (Hadith Riwayat Muttafaqun ‘alaih).
8- Bulan Sabar
Telah disebutkan dalam ayat dan hadits sebelum ini, bahawa Bulan Ramadhan ialah bulan puasa bila mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan, minuman, dan bergaul suami isteri yang asalnya halal, kalaulah yang halal pun kita dilarang melakukannya, apatah lagi jika perkara tersebut merupakan perkara yang haram.. Begitu pula saat ada seseorang mengganggu kita, mengajak kita berkelahi, dan sebagainya yang negatif, maka kita dikehendaki menjawab, sesungguhnya saya berpuasa.
RasuluLlah saw. bersabda:
Ertinya: "Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kamu berpuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa" (Hadith Riwayat Al- Bukhari, Muslim dan para penulis kitab Sunan)
9- Bulan Mujahadah
Telah disebutkan dalam banyak ayat dan hadith dalam point-point sebelumnya mengenai point berikut ini. Bulan Ramadhan ialah bulan bulan diwajibkannya berpuasa, sebagai sarana latihan kita untuk mencapai darjat takwa. kerananya bulan ini dapat pula dikatakan sebagai bulan mujahadah, bulan perang terhadap hawa nafsu dan keburukan-keburukan lain yang ada di dalam diri kita.
RasuluLlah saw. bersabda:
Ertinya: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak perlu dengan puasanya dari makan dan minum." (Hadith Riwayat Al-Bukhari).
Ertinya: "Boleh jadi orang yang qiyamullail itu hanya mendapatkan letihnya saja dan boleh jadi orang yang berpuasa itu hanya mendapatkan lapar dan hausnya saja" (Hadith Riwayat Ahmad, Ath-Thabarani dan Al Baihaqi dari Ibnu Umar, juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah dengan redaksi sedikit berbeda).
10-Bulan Perjuangan, Jihad, Kekuatan dan Kemenangan
Bulan Ramadhan bukanlah bulan lemah dan malas, sebaliknya bahawa Bulan Ramadhan bagi umat Islam ialah bulan perjuangan, jihad, bulan kekuatan dan bulan kemenangan. Kita dapat melihat dalam sejarah emas Islam, pada Bulan Ramadhan ini berbagai kemenangan dan kesuksesan diraih oleh Umat Islam atas Izin Allah SWT.
Perang Badar Kubra yang diabadikan dalam Al Qur’an sebagai yaumul furqan (hari pembeda antara kebenaran dan kebatilan), dan ummat Islam saat itu meraih kemenangan besar, terjadi pada tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijriyah. Pada saat itu, gerombolan kebatilan, Abu Jahal, terbunuh.
Fathu Makkah (pembukaan Makkah) , yang dibadaikan dalam Al Qur’an sebagai Fathan Mubiiina (kemenangan yang nyata), juga terjadi pada Bulan Ramadhan, tepatnya pada tanggal 10 Ramadhan tahun 8 (lapan) Hijriyah.
Serangkaian peristiwa besar lain juga terjadi pada bulan Ramadhan, seperti: Dihancurkannya berhala Uzza oleh Khalid bin Al-Walid ra. pada tanggal 25 Ramadhan tahun 8 (delapan) Hijriyah. Berhala Latta dihancurkan pada bulan Ramadhan tahun 9 Hijriyah. Tersebarnya Islam di Yaman, yang terjadi pada bulan Ramadhan tahun 10 Hijriyah. Andalus (Sepanyol sekarang) ditaklukkan pada tanggal 28 Ramadhan tahun 92 Hijriyah di bawah pimpinan Thariq bin Ziyad.
Peperangan ‘Ain Jalut, menjadi saksi bangsa Mongol Tartar dapat dikalahkan oleh Pasukan Islam pertama kalinya yang sebelumnya sempat dianggap mustahil, terjadi pada bulan Ramadhan tahun 658 Hijriyah..
Semoga Allah Swt. berkenan untuk memanjangkan umur kita agar dapat menikmati manisnya Bulan Ramadhan hingga akhir dan semoga Allah Swt. berkenan pula menjadikan Bulan Ramadhan kali ini jauh lebih baik bagi kita dibanding Bulan-Bulan Ramadhan sebelumnya. "Allahumma bariklanaa fii Rajab wa Sya’ban, wa balighnaa Ramadhan."
KEUTAMAAN BULAN RAMADHAN DAN KEUTAMAAN BERAMAL DALAMNYA
1. Artinya : Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik dalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan pada bulan lain seperti pada bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
2. "Diriwayatkan dari Urfujah, ia berkata : Aku berada di tempat 'Uqbah bin Furqad, maka masuklah ke tempat kami seorang dari Sahabat Nabi saw. ketika Utbah melihatnya ia merasa takut padanya, maka ia diam. Ia berkata: maka ia menerangkan tentang puasa Ramadhan ia berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang bulan Ramadhan: Pada bulan Ramadhan ditutup seluruh pintu Neraka, dibuka seluruh pintu Jannah, dan dalam bulan ini Setan dibelenggu. Selanjutnya ia berkata : Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/ beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat) . Seruan ini terus didengungkan sampai akhir bulan Ramadhan." (Riwayat Ahmad dan Nasai )
3. " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Shalat Lima waktu, Shalat Jum'at sampai Shalat Jum'at berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim)
4. "Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: puasa dan Qur'an itu memintakan syafa’at seseorang hamba pada hari Kiamat nanti. puasa berkata : Wahai Rabbku,aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya pada siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafa'at baginya. Dan berkata pula AL-Qur'an : Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur pada malam hari ( karena membacaku ), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memmintakan syafaat." ( H.R. Ahmad, Hadits Hasan).
5. "Diriwayatkan dari Sahal bin Sa'ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut " Rayyaan". Pada hari kiamat dikatakan : Di mana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu." (HR. Bukhary Muslim).
6. Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang (HR.Bukhary Muslim).
KESIMPULAN : Kesemua Hadits di atas memberi pelajaran kepada kita, tentang keutamaan bulan Ramadhan dan keutamaan beramal didalamnya, diantaranya :
1. Bulan Ramadhan adalah:
- Bulan yang penuh Barakah.
- Pada bulan ini pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.
- Pada bulan ini Setan-Setan dibelenggu.
- Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal didalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, yakni malam LAILATUL QADR.
- Pada bulan ini setiap hari ada malaikat yang menyeru menasehati siapa yang berbuat baik agar bergembira dan yang berbuat ma'shiyat agar menahan diri. (dalil 1 & 2).
2. Keutamaan beramal di bulan Ramadhan antara lain :
- Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara setelah Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.
- Menjadikan bulan Ramadhan memintakan syafaa't.
- Khusus bagi yang puasa disediakan pintu khusus yang bernama Rayyaan untuk memasuki Jannah. ( dalil 3, 4, 5 dan 6).
YANG DIWAJIBKAN PUASA RAMADHAN.
1. "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian untuk puasa, sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa. " ( Al-Baqarah : 183)
2. "Diriwayatkan dari Ali ra., ia berkata : Sesungguhnya nabi saw telah bersabda : telah diangkat pena (kewajiban syar'i/ taklif) dari tiga golongan .- Dari orang gila sehingga dia sembuh - dari orang tidur sehingga bangun - dari anak-anak sampai ia bermimpi / dewasa." (H.R. Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi).
KESIMPULAN
Keterangan di atas mengajarkan kepada kita bahwa : yang diwajibkan puasa Ramadhan adalah: setiap orang beriman baik lelaki maupun wanita yang sudah baligh/dewasa dan sehat akal /sadar.
YANG DILARANG PUASA
1. "Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata : Saat kami haidh pada masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat "( H.R Bukhary Muslim).
2. Perempuan yang selesai melahirkan zuriat.
YANG DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK PUASA RAMADHAN
1. "(Masa yang diwajibkan kamu puasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) antara yang haq dengan yang bathil. Karenanya, siapa saja dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia puasa pada bulan itu; dan siapa saja yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia puasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah karena mendapat pertunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah:185.)
2. "Diriwayatkan dari Mu'adz , ia berkata : Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan atas nabi untuk puasa, maka DIA turunkan ayat (dalam surat AL-Baqarah : 183-184), maka pada saat itu barangsiapa mau puasa dan barangsiapa mau memberi makan seorang miskin, keduanya diterima. Kemudian Allah menurunkan ayat lain (AL-Baqarah : 185), maka ditetapkanlah kewajiban puasa bagi setiap orang yang mukim dan sehat dan diberi rukhsah (keringanan) untuk orang yang sakit dan bermusafir dan ditetapkan cukup memberi makan orang misikin bagi oran yang sudah sangat tua dan tidak mampu puasa." (HR. Ahmad, Abu Dawud, AL-Baihaqi dengan sanad shahih).
3. "Diriwayatkan dari Hamzah Al-Islamy : Wahai Rasulullah, aku dapati bahwa diriku kuat untuk puasa dalam safar, berdosakah saya? Maka beliau bersabda : hal itu adalah merupakan kemurahan dari Allah Ta'ala, maka barangsiapa yang menggunakannya maka itu suatu kebaikan dan barangsiapa yang lebih suka untuk terus puasa maka tidak ada dosa baginya " ( H.R.Muslim)
4. "Diriwayatkan dari Sa'id Al-Khudry ra. ia berkata : Kami berpergian bersama Rasulullah saw. ke Makkah, sedang kami dalam keadaan puasa. Selanjutnya ia berkata : Kami berhenti di suatu tempat. Maka Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kamu sekalian sudah berada di tempat yang dekat dengan musuh kalian, dan berbuka lebih memberi kekuatan kepada kamu. Hal ini merupakan rukhsah, maka antara kami ada yang masih puasa dan ada juga yang berbuka. Kemudian kami berhenti di tempat lain. Maka beliau juga bersabda: Sesungguhnya besok kamu akan bertemu musuh, berbuka lebih memberi kekuatan kepada kamu sekalian,maka berbukalah. Maka ini merupakan kemestian, kamipun semuanya berbuka. Selanjutnya bila kami bepergian beserta Rasulullah saw. kami puasa ." (H.R Ahmad, Muslim dan Abu Dawud).
5. "Diriwayatkan dari Sa'id Al-Khudry ra. ia berkata : Pada suatu hari kami pergi berperang beserta Rasulullah saw. pada bulan Ramadhan. Antara kami ada yang puasa dan antara kami ada yang berbuka . Yang puasa tidak mencela yang berbuka, dan yang berbuka tidak mencela yang puasa. Mereka berpendapat bahwa siapa yang mendapati dirinya ada kekuatan lalu puasa, hal itu adalah baik dan barang siapa yang mendapati dirinya lemah lalu berbuka, maka hal ini juga baik" (HR. Ahmad dan Muslim)
6. "Dari Jabir bin Abdullah : Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pergi menuju ke Makkah pada waktu Fathu Makkah, beliau puasa sampai ke Kurraa’il Ghamiim dan semua manusia yang menyertai beliau juga puasa. Lalu dilaporkan kepada beliau bahwa manusia yang menyertai beliau merasa berat , tetapi mereka tetap puasa karena mereka melihat apa yang tuan amalkan (puasa). Maka beliau meminta segelas air lalu diminumnya. Sedang manusia melihat beliau, lalu sebagian berbuka dan sebagian lainnya tetap puasa. Kemudian sampai ke telinga beliau bahwa masih ada yang nekad untuk puasa. Maka beliaupun bersabda : mereka itu adalah durhaka." (HR.Tirmidzy).
7. "Ucapan Ibnu Abbas : wanita yang hamil dan wanita yang menyusui apabila khawatir atas kesehatan anak-anak mereka, maka boleh tidak puasa dan cukup membayar fidyah memberi makan orang miskin " (Riwayat Abu Dawud ). Shahih
8. "Diriwayatkan dari Nafi' dari Ibnu Umar: Bahwa sesungguhnya istrinya bertanya kepadanya (tentang puasa Ramadhan), sedang ia dalam keadaan hamil. Maka ia menjawab : Berbukalah dan berilah makan sehari seorang miskin dan tidak usah mengqadha puasa ." (Riwayat Baihaqi) Shahih.
9. "Diriwayatkan dari Sa'id bin Abi 'Urwah dari Ibnu Abbas beliau berkata : Apabila seorang wanita hamil khawatir akan kesehatan dirinya dan wanita yang menyusui khawatir akan kesehatan anaknya jika puasa Ramadhan. Beliau berkata : Keduanya boleh berbuka (tidak puasa ) dan harus memberi makan sehari seorang miskin dan tidak perlu mengqadha puasa" (HR.Ath-Thabari dengan sanad shahih di atas syarat Muslim , kitab AL-irwa jilid IV hal 19).
KESIMPULAN: Pelajaran yang dapat diambil dari keterangan di atas adalah : Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak puasa Ramadhan, tetapi wajib mengqadha pada bulan lain, mereka itu ialah :
- Orang sakit yang masih ada harapan sembuh.
- Orang yang bepergian ( Musafir ). Musafir yang merasa kuat boleh meneruskan puasa dalam safarnya, tetapi yang merasa lemah dan berat lebih baik berbuka, dan makruh memaksakan diri untuk puasa.
Orang Mu'min yang diberi kelonggaran diperbolehkan untuk tidak mengerjakan puasa dan tidak wajib mengqadha, tetapi wajib fidyah (memberi makan sehari seorang miskin). Mereka adalah orang yang tidak lagi mampu mengerjakan puasa karena:
- Umurnya sangat tua dan lemah.
- Wanita yang menyusui dan khawatir akan kesehatan anaknya.
- Karena mengandung dan khawatir akan kesehatan dirinya.
- Sakit menahun yang tidak ada harapan sembuh.
- Orang yang sehari-hari kerjanya berat yang tidak mungkin mampu dikerjakan sambil puasa, dan tidak mendapat pekerjaan lain yang ringan. ( dalil 2,7,8 dan 9).
ADAB-ADAB PUASA RAMADHAN.
1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab ra. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang puasa boleh berbuka. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : Manusia (ummat Islam ) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
3. Diriwayatakan dari Anas ra., ia berkata : Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah ) sebelum shalat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R : Abu Daud dan Al-Hakiem )
4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila salah seorang antara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. (H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi )
5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (artinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya-Allah. (H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)
6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang). (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian karena sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhary )
8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, karena sahur adalah makanan yang penuh berkah. ( H.R : An-Nasa'i )
9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat (Subuh). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya (antara waktu sahur dan waktu Subuh )? Ia berkata: Selama orang membaca lima puluh ayat. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. ialah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. ( H.R : Al-Baihaqi )
11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang antara kamu mendengar adzan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya ( makan/minum sahur )daripadanya. (H.R : Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakiem )
12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Shalat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. beliau bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah ? Beliau r.a menjawab : ya, lalu ia meminumnya. (H.R Ibnu Jarir )
13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata :Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Baginda saw. al-qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang berhembusan. (HR Al-Bukhary )
14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) pada bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam pada bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )
15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan istrinya (agar beribadah) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (pada bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. ( H.R : Muslim )
17. Diriwayatkan dari Abu salamah bin Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah saw pada bulan Ramadhan ? maka ia menjawab: Rasulullah saw tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka'at baik pada bulan Ramadhan maupun pada bulan lainnya, caranya: Beliau shalat empat raka'at jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka'at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R : Al-Bukhary, Muslim dan lainnya)
18. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata: Adalah Rasulullah saw. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka'at yang ringan, kemudian shalat delapan raka'at, kemudian shalat witir. (H.R : Muslim)
19. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah r. menjawab : Shalat malam itu dua raka'at dua raka'at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka'at. (H.R : Jama'ah)
20. Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw shalat di masjid, lalu para sahabat shalat sesuai dengan shalat beliau (bermakmum di belakang), lalu beliau shalat pada malam kedua dan para sahabat bermakmum di belakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk keluar kepada kalian (untuk mengimami shalat) melainkan aku khawatir shalat malam ini difardhukan atas kalian. Hal ini terjadi pada bulan Ramadhan. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )
21. Dari Ubay bin Ka'ab ia berkata : Adalah Rasulullah saw. shalat witir dengan membaca : (Sabihisma Rabbikal A'la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). ( H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i dan Ibnu Majah )
22. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : (artinya) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesehatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesehatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. (H.R : Ahmad, Abu Daud, Annasa'i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
23. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: Barang siapa yang shalat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. (H.R :Jama'ah)
24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda: berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim)
25. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa Lailatul Qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah saw. bersabda : Sayapun bermimpi seperti mimpimu, (ditampakkan pada sepuluh malam terakhir), maka carilah ia (Lailatul Qadar) pada malam-malam ganjil. (H.R : Muslim)
26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui Lailatul Qadar,apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: Bacalah ( artinya ) Yaa Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad )
27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
28. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri'tikaf, beliau shalat shubuh kemudian memasuki tempat i'tikafnya. ( H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi )
29. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali karena untuk memenuhi hajat manusia ( buang air, mandi dll.) (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
30. Allah Ta'ala berfirman : (artinya) Janganlah kalian mencampuri mereka (isteri-isteri kalian) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati...(Al-Baqarah : 187)
31. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, puasa untuk-Ku dan Aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan berteriak-teriak (pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan : " sesungguhnya saya sedang puasa" . Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)
32. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat (untuk menerima) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. (H.R: Jama'ah Kecuali Muslim) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala puasanya.
33. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering dipanggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami? Ia menjawab: Keledai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya ) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain dipakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabi pun bersabda lagi : Umrah pada bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. (H.R :Muslim)
34. Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah karena umrah dalamnya (bulan Ramadhan) setingkat dengan haji. ( H.R : Muslim)
Antara ibadah yang dikhususkan dalam bulan Ramadhan adalah sebagai berikut:
1. Shaum (puasa); yaitu menahan diri dari hal-hal yang membatalkan puasa seperti makan dan minum, sebagaimana yang banyak diketahui, dan dengan menjaga anggota tubuh dari maksiat kepada Allah, dan jika tidak bagaimana mungkin dirinya merasa terawasi oleh Allah bagi siapa yang tidak takut kepada-Nya, dan tidak merasa adanya celaan pengawasan terhadap seseorang yang tidak ridha Allah:
“Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan ucapan kotor dan dia melakukannya maka Allah tidak membutuhkan darinya dalam meninggalkan makanan dan minuman”.
Dan hal tersebut dalam syair juga disebutkan:
Jika dalam pendengaran diriku tidak ada perbaikan Dan dalam penglihatan tidak terjaga dan ucapan yang tidak terkontrol Maka apa keuntunganku dari berpuasa menahan lapar dan haus Sekalipun aku mengatakan saya sedang puasa maka pada hakikatnya aku tidak berpuasa
Bahwa ibadah puasa hadir untuk memberikan perasaan kepada manusia bahwa dirinya harus mencapai tingkat kemuliaan di atas dari keperluannya, meningkatkan derajatnya di atas tingkatan yang ada dharuri, memperkokoh nilai-nilai luhur terhadap nilai-nilai yang rendah. Dari Abu Hurairah berkata; Nabi saw bersabda:
“Barangsiapa yang puasa karena iman dan berharap pahala dan ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”.
2. Al-Qur’an turun dalam bulan Ramadhan
Allah mengkhusukan pada bulan yang agung ini dengan turunnya Al-Qur’an Al-Karim; Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan”. (Al-Qodar:1) dan Al-Qur’an yang diturunkan Allah bertujuan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya, Allah berfirman: “(ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. (Ibrahim:1). Sebagaimana Al-Qur’an juga membawa petunjuk seluruh manusia “Bulan Ramadhan diturunkan dalamnya Al-Qur’an membawa petunjuk bagi manusia dan penjelasan dari petunjuk tersebut dan membawa Al-Furqan (pembeda antara yang hak dan yang bathil)”. (Al-Baqoroh:185)
3. Qiyam Al-Lail (shalat tarawih)
Dalam bulan Ramadhan terdapat shalat qiyam lail, dan Allah menjadikannya ibadah sunnah bagi siapa yang berambisi/berhajat mendapatkan ampunan Allah dari dosa-dosanya; dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda:
”Barangsiapa yang melakukan qiyam Ramadhan karena iman dan berharap ridha Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.
4. Lailatul Qodar (malam kemuliaan)
Dalam bulan Ramadhan juga terdapat lailatul Qodar yang memiliki nilai dan rupa lebih baik dari seribu bulan.. “Lailatul Qodar lebih baik dari seribu bulan”. (Al-Qodar: 3) dan bagi siapa yang melakukan qiyam pada lailatul Qodar maka akan dihapus atau diampuni dosa-dosanya.
“Dan barangsiapa yang melakukan qiyam pada saat Lailatul Qodar dengan iman dan berharap ridha maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.
5. Al-I’tikaf
Dan pada malam 10 hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah saw melakukan I’tikaf; dari Abdullah bin Umar ra, dia berkata: “Bahwa Rasulullah saw selalu I’tikaf pada malam 10 hari terakhir bulan Ramadhan”.
Puasa Merupakan Bekal Untuk Menghadapi Musuh
Dalam puasa merupakan sarana memperkokoh keinginan dan kehendak, memberikan pembinaan atas kesabaran, karena itu; orang yang berpuasa harus menahan rasa lapar walaupun dihadapan ada hidangan yang lezat; dan harus mampu menahan rasa haus walaupun dihadapannya ada air dingin nun menyegarkan; dan juga menahan nafsu syahwat sekalipun di sampingnya ada isetri yang halal nun jelita, padahal tidak ada yang melihat dirinya kecuali Allah, dan tidak ada yang memimpin dirinya kecuali dhamirnya (hatinya), serta tidak bersandar pada yang lain kecuali keinginannya yang kuat dan penuh kewaspadaan. Dan karena bulan Ramadhan mengajarkan kesabaran yang juga diberi julukan dengan demikian “Bulan Kesabaran” seperti yang disebutkan bahawa
“Pada setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakatnya tubuh adalah puasa, sedangkan puasa bagian dari kesabaran”.
Bahwa Islam bukan agama berserah diri dan malas; namun merupakan agama jihad dan usaha yang terus menerus, dan peringkat pertama dalam jihad adalah kesabaran dan keinginan yang kuat; karena itu jika seseorang tidak berusaha menjihadkan (memerangi) jiwanya, maka sungguh jauh, akan mampu memerangi musuhnya, dan barangsiapa yang tidak mampu mengalahkan jiwanya dan syahwatnya, maka sungguh jauh, dirinya akan mampu mengalahkan musuhnya, dan barangsiapa yang tidak mampu bersabar menahan rasa lapar dalam satu hari, maka sungguh jauh dirinya, bisa bersabar berpisah dengan keluarga dan negara demi meraih tujuan dan misi besar.
Puasa terdapat dalamnya kesabaran dan usaha menghancurkan jiwa; dan antara sarana Islam dalam mempersiapkan orang beriman yang memiliki sifat sabar dan penuh jiwa pejuang adalah yang mampu mengemban rasa haus, lapar dan hawa nafsu, menerima dengan riang gembira akan rasa letih, sederhana dan kerasnya hidup, selama hal tersebut berada di jalan Allah.
Wahai Umat Islam
Ramadhan merupakan salah satu bentuk ketaatan yang agung, dan pameran yang menakjubkan akan perniagaan ukhrawi, dan ibadah-ibadah ini akan menjadi waktu-waktu yang indah, masa-masa yang mengasyikkan, dan hari-hari dan malam yang penuh dengan hiasan; karena ketaatan merupakan waktu yang indah; yaitu pada bulan yang paling indah ini dan ganjaran pun di sisi Allah sangat besar dan berlimpah; karena itulah hendaknya setiap muslim bersungguh-sungguh memanfaatkan waktu yang agung ini dan menerimanya dengan taubat yang nusuh (sebenarnya) dan niat yang benar untuk ketaatan, dan keinginan yang kuat, himmah aliyah (semangat yang bergelora) untuk melanjutkan ketaatan hingga akhir Ramadhan; sehingga menjadi orang yang ditulis oleh Allah terbebas dari api neraka, dan perbanyaklah dalamnya amalan kebaikan sebagaimana yang disebutkan dalam atsar:
“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara pada bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya; Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”
Perbanyaklah tilawah Al-Qur’an Al-Karim; karena bulan Ramahdan bulan Al-Qur’an, dalamnya Al-Qur’an diturunkan, dan dalamnya pula Jibril datang kepada Nabi saw; mengajarinya dan menelaahnya bersama Rasulullah saw; sampai pada tahun Rasulullah saw wafat, Jibril melakukannya sebanyak dua kali.
Seorang muslim hendaknya berambisi/berhajat dalam memperbanyak sedekah dan mengasihi orang-orang fakir dan miskin dan berbuat baik kepada mereka dan memberi sesuatu dari nikmat yang Allah anugrahkan kepadanya; karena bulan ini disebut juga dengan bulan meningkatnya nilai-nilai ruhiyah (spiritual) daripada nilai-nilai madiyah (material), dan menjadi sarana peleburan akan kehidupan dunia yang melekat dalam jiwa sehingga dihempaskan kebelakang pundaknya, dan memberikan manfaat –pada sisi lain- sepanjang waktu baik pagi maupun sore hari.
Allah SWT melipat gandakan pahala dan ganjaran bagi orang-orang yang bersedekah, dan membalaskan ganjaran kepada mereka yang memberi terhadap hamba-hamba yang memerlukan dan prihatin hatinya terhadap anak-anak yatim dan para janda, mereka terbiasa memiliki sifat dermawan dan sifat memberi seperti halnya Nabi saw; yang memiliki sifat dermawan dan kasih sayang dan bahkan seperti sifat memberi dan ringan tangan, dan nabi saw manusia paling dermawan jiwanya pada bulan Jamadhan saat jibril mentadarruskan Al-Qur’an kepadanya; dari Ibnu Abbas berkata:
“Nabi saw merupakan manusia paling dermawan dalam kebaikan terhadap manusia, dan lebih dermawan lagi jiwa pada bulan Ramadhan, ketika bertemu dengan Jibril, dan Jibril selalu menjumpainya pada malam bulan Ramadhan sehingga beliau meninggal, mengajarkan kepadanya Al-Qur’an, dan ketika jibril menjumpainya kedermawanannya tampak lebih daripada angin yang bertiup”.
Bersungguh-sungguh jugalah wahai umat Islam menjalin silaturahim, saling berkasih sayang, saling berziarah dan saling mengasihi sesama kerabat dan tetangga, berbuat baik antara sesama orang yang beriman, menghilangkan perselisihan dan permusuhan, dan membersihkan hati dari kedengkian dan kebencian:
“Sesungguhnya hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara, karena itu perbaikilah hubungan dua saudara diantara kalian dan bertaqwalah kepada Allah agar kalian diberikan rahmat”. (Al-Hujurat:10)
dan Allah berfirman:
“Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (Al-Hasyr:10)
Dan dalam syair disebutkan:
Ramadhan telah tiba sebagai bulan panen bagi setiap hamba Untuk membersihkan hati dari berbagai kerusakan dan dosa Maka dari itu tunaikanlah hak-haknya; baik ucapan dan perbuatan Dan carilah bekalmu untuk hari depan; ambil dan perbanyaklah Bagi siapa yang menanam benih namun tidak menyiraminya Niscaya akan menyesal disaat hari panen
Tahniah Untuk Dunia Islam
Kami sampaikan selamat kepada dunia Islam seluruhnya dengan kehadiran bulan suci Ramadhan yang penuh berkah, dan kami berharap dan memohon kepada Allah agar dijadikan hilal bulan ini dengan kebaikan, keberkahan dan persatuan bagi umat Islam, kemenangan dan dukungan dari Allah terhadap mereka, sebagaimana kita harus bersimpuh dihadapan Allah agar diikatkan hati-hati kita dengan ikhwan-ikhwan para mujahidin di berbagai tempat mereka berada, melepaskan belenggu yang mengikat mereka dan membebaskan mereka dari penjara.
Memberikan pesan kepada dunia seluruhnya untuk berusaha melepaskan blockade atas bangsa Palestina sehingga mereka dapat menikmati kebebasan dan mendapatkan apa yang mereka butuhkan dari kebutuhan hidup pada bulan yang penuh berkah ini.
Adapun ikhwan-ikhwan kita yang berada di penjara penjajah dan orang-orang zhalim kami sampaikan kepada mereka dan keluarga mereka; selamat dengan kedatangan bulan kesabaran ini, dan kami sampaikan kepada mereka: bersabarlah.. karena kekejian orang-orang zhalim pasti akan pergi sementera fajar Islam pasti akan datang; cahayanya akan bersinar di ufuk dan hal tersebut tidak senang kecuali dengan sabar sesaat.
“Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang”. (Ar-Ruum:4-5)
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.. dan salawat dan salam atas nabi kita, Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabatnya.
Terima kasih atas segala perhatian Mohon maaf atas segala kekekurangan
Salam hormat; fauziamirgus@gmail.com http://fauziamirgus.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment