About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Saturday, July 16, 2011

Kelebihan Nisfu Sya’ban – mengikut Kitab Durratul Nashihiin

Sya’ban terkenal dalam masyarakat kita dengan malam Nisfu Sya’ban; yang kebetulan pada bulan-bulan yang lain tidak ada istilah misalnya Nisfu Muharram, Nisfu Safar, Nisfu Rabiul Awal, Nisfu Rabiul Sani, Nisfu Jamadil Awal, Nisfu Jamadil Sani, Nisfu Rejab, Nisfu Ramadhan, Nisfu Syawal, Nisfu Zulkaedah, atau Nisfu Zulhijjah. Pelbagai ragam & warna sambutan diadakan di masjid-masjid, di surau-surau, di musolla-musolla, di balaisah-balaisah apabila tibanya malam 15 Sya’ban.

Tidak tidak dapatlah nak dijumlahkan pada malam tersebut berapa ratus ekor kambing atau ayam atau lembu yang terpaksa dikorbankan & tidak terkira lagi berapa ratus kilo beras yang ditanak untuk menjadi santapan makan malam tetamu yang hadir ke tempat-tempat untuk bersujud kepada AlLah SWT dengan alasan menyambut kedatangan Malam Nisfu Sya’ban, yang hadirnya hanya sekali dalam setahun; sama dengan Lailatul Qadar (hadir sekali dalam setahun).

Apa yang malangnya masyarakat kita lebih bersunggguh-sungguh menyambut & meraikan Malam Nisfu Sya’ban ini melebihi sambutan mereka untuk menanti kedatangan malam yang diprogram AlLah SWT lebih baik darippda 1000 bulan, iaitu Lailatul Qadar. Situasi & kondisi ini seharusnya kita perbaiki dari setahun ke setahun. Penerangan (perlunya bersungguh-sungguh menanti Lailatul Qadar & mengisi dengan kepelbagaian iklim ibadat) harus tidak putus-putus mesti diberikan. Bukanlah menjadi dosa yang tidak terampun jika kita mengadakan kenduri pada Malam Nisfu Sya’ban & menjemput seluruh warga kampung atau warga taman atau warga kota untuk merasakan rezeki kurniaan AlLah SWT, tapi yang salahnya ialah kebanyakan kita datang ke masjid atau surau atau musolla atau balaisah itu seperti kata Gemulah P Ramlee; kadang-kadang atau jarang-jarang. Sebagai seorang yang telah mengabungkan dirinya ke dalam Islam; AlLah SWT menjemput kita ke ‘rumah-NYA’

sebanyak 5 kali sehari

bukan 5 hari sekali,

bukan 5 minggu sekali,

bukan 5 bulan sekali,

bukan 5 tahun sekali, dan

bukan juga 5 kali seumur hidup!

Hal ini rata-rata umat Islam masih belum memahaminya (walaupun negara sudah merdeka lebih separuh abad, walaupun sudah ratusan ribu graduan yang dihasilkan, walaupn sudah beribu-ribu kita ada insan bergelar profesor atau doktor), sebab itulah jelas kelihatan di hadapan mata kita, yang datang untuk solat berjemaah 5 kali sehari hanyalah boleh dibilang dengan jari. Tapi untuk solat sunat hari raya penuh semua masjid, surau, musolla, dan balaisah. Lawak sungguh sebahagian umat Islam ini, yang diwajibkan 5 kali sehari mereka mungkiri dengan sepenuh hati, sementara yang disunatkan mereka berebutan. Sampai bila anutan karut ini akan terus menghantui atau mengiblisi atau mengsyaitoni umat akhir zaman ini? WalLah a’lam.

Berbalik kepada Malam Nisfu Sya’ban yang menjadi maudhu' tulisan ini dengan merujuk kepada kitab Durratul Nashihin. Pengarang antara lain memetik satu hadis ‘dari Abi Hurairah ra; Baginda Nabi SAW bersabda; didatangkan kepadaku Jibril pada Malam Nisfu Sya’ban dan berkata;

Wahai RasulLulLah, pada malam ini pintu langit & pintu rahmat telah dibuka. Maka bangunlah & kerjakanlah solat kemudian kepalamu & tanganmu ke langit’.

Baginda Nabi SAW bertanya, wahai Jibril, apakah ertinya malam ini?

Jibril menjawab; pada malam ini telah dibuka pepintu rahmat & AlLah SWT sudi untuk mengampun dosa semua manusia yang tidak menyekutukan-NYA dengan sesuatu apa pun yang ada, kecuali

Pengamal sihir

Para dukun, bomoh yang menggunakan khidmat jin & kaum kerabatnya

Orang yang suka mencipta musuh

Penagih arak & yang seiklim dengannya

Orang yang melacur & yang mendapatkan khidmat pelacur

Orang yang menderhakai kedua ayah bonda

Orang yang suka menghasut, melaga-lagakan manusia

Orang yang memutuskan silaturrahim

Sesunguhnya mereka itu tidak akan terampun sehinggalah mereka bertaubat nasuha & meninggalkan kekejian mereka serta-merta

Sabda Baginda SAW yang lain pula menyebut; ‘Barang siapa yang menghidupkan malam dua hari raya (Idil Fitri & Idil Adha) & Malam Nisfu Sya’ban, hatinya tidak akan mati pada saat semua hati manusia mati’

Menghidupkan malam dua hari raya ialah dengan beriktikaf & bertasbih raya, sementara menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban pula antara lain melalui, bersolat sunat dengan kepelbagaian namanya, membaca al-Qur’an, berdoa, bermunajat, membaca buku-buku atau kitab-kitab agama dan bersahur. Kita mampu melakukannya. Insya-AlLah.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters