BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA
Rakyat Balkan yang Sentiasa Dihimpit
Peperangan
Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung
abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar.
Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah
sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan
cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata tentang
genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian berpindah ke Kosovo,
ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya bersebelahan
sahaja dengan negara-negara Eropah.
Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada
1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah
berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah
kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang
Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah
mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul keperawanannya.
Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.
Memusnahkan
Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk memahami kezaliman yang dikenakan
terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahulu kita mesti
memahami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa
setelah pembubaran Persekutuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa
kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang memiliki ramai umat Islam yang cuba
mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah
Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud
kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat.
Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia,
dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi
anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula
di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.
Belum pun sempat manusia melupakan tragedi
dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman
orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di
Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku
menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka
kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di
Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai “penerus Empayar Turki Uthmaniyyah.”
Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat
lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.
Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula
kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389,
Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar
sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian
barat laut Pristina dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah
melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo
berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera
Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo
Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan.
Ketakutan
Terhadap “Albania yang Lebih Hebat” dan Kosovo
Peta baru rantau Balkan yang telah
dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I
telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang
merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang
sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara.
Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru
rantau tersebut dilukis?
Jawapan kepada soalan tersebut terletak
pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga
ke hari ini. Prospek penubuhan negeri “Albania yang Lebih Hebat”, yang terdiri
dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai
sesuatu yang tidak menguntungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah
berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca
daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, “Albania
yang Lebih Hebat” akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.
Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95
peratus dari keseluruhan populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga
kira-kira 35% populasi Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000
orang Albania pula tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan
Kosovo turut memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.
Apa yang akan terjadi jika negara-negara
yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk “Albania yang Lebih
Hebat” di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada
kuasa-kuasa Barat.
Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa
ketakutan ini timbul lebih disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor
etnik. Seperti juga Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam
yang dilihat sebagai “tidak diperlukan.”
Pencaturan yang masih diteruskan sehingga
ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan
rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang
Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan
sejak dulu lagi.
Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania
telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo
dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania
sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.
Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40
tahun yang lampau, kuasa “Albania yang Lebih Hebat” dipandang sebagai sebuah
kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu
dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi
ganas yang anti-Islam.
Sebaik sahaja Milosevec mula memegang
tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan
kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis
untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di
Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang
diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat
ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan
tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut.
Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan
memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men“Serbia”kan kawasan tersebut dengan
menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus
banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan
dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989,
autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan
sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan
penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan
ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan
kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka.
Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak
memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya
telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa
proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di
kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata
dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada
27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada
24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini
telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah
dialami oleh orang-orang Albania Kosovo.
Bosnia:
Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia
Apabila Sarajevo menjadi sebahagian
daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada 1463, ia turut mempunyai hubungan
dengan agama Islam. Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama
kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang
mempunyai hubungan dengan mazhab Kristian yang dipanggil “Bogomils” dan tinggal
di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka
sendiri. Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah Semenanjung
Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan
kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih sebahagian daripada kawasan
Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak
lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian
Turki Uthmaniyyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan
penganiyaan dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru.
Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan
gangguan terhadap umat Islam pun bermula.
Selepas Perang Dunia I, “Kerajaan Serbia,
Crotia dan Slovenia” telah ditubuhkan, dengan itu telah mengumpulkan kesemua
komuniti Slavs di kawasan tersebut. Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian
daripada kerajaan tersebut. Pada 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan
Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang Dunia II, umat Islam Bosnia telah
dicuri harta-benda mereka dan diawasi dengan begitu teliti sekali.
Semasa Perang Dunia II, kawasan tersebut
telah dijajah oleh Jerman. Tahun peperangan tersebut telah menyaksikan
kira-kira 100,000 umat Islam yang terkorban dalam siri-siri serangan di
bandar-bandar dan perkampungan Bosnia. Serangan-serangan tersebut dilakukan
oleh pejuang-pejuang ultra-nasionalis (Chetniks). Pihak komunis telah memainkan
peranan utama dalam penentangan terhadap Nazi, dan apabila perang tamat mereka
mula mengambil-alih hal-ehwal pengurusan negara tersebut. Polisi penindasan
terhadap umat Islam bangkit semula apabila komunis mula berkuasa.
Yayasan-yayasan Islam diambil-alih, masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama
dirampas, dan kempen intensif tentang propaganda ateis begitu rancak dijalankan.
Kesannya, satu bahagian daripada populasi umat Islam telah dipaksa berpindah ke
Turki dan negara-negara Eropah lain.
Apabila Perjanjian Perang Dingin Warsaw
tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herzegovina
mengisytiharkan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, Serb telah menawan negara
tersebut dan menjalankan penyembelihan selama tiga tahun. Jumlah umat Islam
Bosnia yang dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun itu tidak kurang dari
200,000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka.
50,000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan
milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh-puluh ribu
daripada mereka telah lumpuh.
Beberapa kes penyeksaan di sana yang
dilaporkan oleh umat Islam kepada Kenyataan Tribunal Jenayah Perang
Antarabangsa PBB dengan jelas menunjukkan tahap penganiyaan yang telah
dilakukan oleh Serb. Sebagai contoh, berdasarkan kepada keterangan Sulejman
Besic yang berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah
pergi menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu di
mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya
menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan berbuat
demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di hadapan mata pistol.
Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu, Tadic menembaknya di kepala.
Kemudian dia membawa anak lelaki wanita tersebut yang mana selama adegan ngeri ini
berlaku, dia terbaring tidak berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak
lelaki itu kemudian disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian
menangis dengan sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh
Dusan Tadic.
Badan kaku yang mati akibat dibunuh
dibiarkan begitu sahaja dalam masa yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa
yang menghairankan tentang perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh
sesak. Menurutnya lagi, ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat
menyedihkan. Ada di antara mereka yang terbaring tidak sedarkan diri dengan
ulat-ulat mengerumuni luka-luka yang terdedah. Bau busuk dari mayat-mayat yang
dibiarkan ditempat terbuka dan ulat-ulat yang mengerumuninya amat meloyakan.
Besic telah menyaksikan semua ini sewaktu
dia dikurung di Kem Trnopolje, dan beliau memberitahu pengalamannya kepada
Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa di Hague, yang ditubuhkan untuk menyiasat
jenayah-jenayah perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat para suspek.
Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan dan dialami olehnya hanyalah beberapa
contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik yang dikenakan
ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.
Penyembelihan dan pembersihan etnik yang
begitu lama di Bosnia mungkin sudah semakin sampai ke penghujungnya. Namun ia
telah meninggalkan satu tragedi kemanusiaan yang sungguh mengerikan. Serb
mengajukan ancaman-ancamannya, dan bertindak-balas terhadap kebangkitan Islam
di Bosnia dengan kekejaman yang begitu dahsyat, yang dijalankan di hadapan mata
penduduk dunia.
Harapan kami ialah rakyat Bosnia, yang
dikenakan genocide kejam hanya kerana mereka beragama Islam, akan mendapat
sokongan secara aktif dan praktikal dari mereka yang berkesedaran di segenap
lapisan masyarakat, terutama sekali dari dunia Islam untuk membantu mereka
memulihkan keadaan.
ALGERIA
Peristiwa
Berdarah Ekoran Dari Kekejaman dan Penindasan yang Tidak Berkesudahan
Algeria telah menikmati kehidupan yang
selesa di bawah penyebaran Islam di Afrika Utara, namun telah dimusnahkan oleh
kekacauan politik dan sosial selama beberapa tahun sehingga sekarang. Punca
kepada konflik yang berlaku di Algeria, yang mana dunia sudah pun mendengarnya
sejak sedekad yang lalu, bermula sejak lama dahulu.
Pendudukan
Perancis di Algeria
Algeria berada dalam keadaan aman damai
semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah dari abad ke-16 sehinggalah abad ke-19.
Walau bagaimanapun, apabila Empayar Turki Uthmaniyyah mula hancur, kuasa-kuasa
kolonial mula membahagi-bahagikan dunia Islam. Salah satu daripadanya adalah
Algeria. Pada 1827, tentera Perancis seramai 37,000 menceroboh negara tersebut.
Setelah tiga tahun perang tersebut tercetus, keseluruhan negara tersebut jatuh
ke tangan Perancis. Algeria menjadi begitu penting kepada Perancis kerana
memiliki takungan minyak yang besar dan menjadi posisi strategik sebagai
pelabuhan di Mediterranean. Negara itu kemudian secara rasmi menjadi milik
Perancis pada tahun 1830, dan kekal berada dalam koloni Perancis selama 132
tahun yang berikutnya.
Sejajar dengan pandangan para pengkoloni
yang lain, Perancis melihat bangsa selain dari mereka sebagai manusia kelas
kedua. Dengan itu, tertubuhlah sistem yang berasaskan tekanan dan keganasan di
kesemua tanah jajahan yang mereka miliki. Kempen asimilasi budaya bermula.
Mula-mula sekali, percakapan dan pengajaran bahasa Arab diharamkan. Bahasa
Perancis menjadi bahasa rasmi. Polisi ini bertujuan untuk menghapuskan identiti
kebangsaan dan warisan kebudayaan rakyat Algeria. Selepas itu, Algeria dijadikan
supaya bergantung sepenuhnya kepada Perancis dari segi ekonomi, dan struktur
politiknya telah dirombak supaya bersesuaian dengan kepentingan Perancis.
Penentangan Algeria yang pertama terhadap
penjajahan Perancis dimulakan oleh Abdul Kader, iaitu gabenor Mascara pada
tahun 1832. Beribu-ribu umat Islam Algeria telah dibunuh dalam penentangan
tersebut, dan Perancis telah menakluki keseluruhan negara itu. Sepanjang tempoh
selepas tercetusnya pemberontakan, tiada sebarang kuasa yang mampu mengawal kemarahan
rakyat terhadap penjajah. Banyak pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan
yang diinspirasikan oleh polisi-polisi keganasan dan penindasan, telah
ditundukkan oleh Perancis. Ini menjadikan Perancis terus berkuasa di negara
tersebut sehingga pertengahan abad ke-20.
Dengan tercetusnya Perang Dunia II, era
baru muncul di Algeria. Nazi Jerman telah menawan Perancis dan kemudian
Algeria. Ramai pecinta tanah air Algeria yang ditahan oleh Jerman, kebanyakan
mereka dibunuh atau di hantar ke kem-kem tahanan. Apabila Kuasa Bersekutu
(Pent: Kuasa Bersekutu terdiri daripada negara Britain, Perancis, Rusia dan
Amerika Syarikat) berjaya menamatkan penjajahan Jerman (Pent: Jerman adalah
dari Kuasa Paksi. Terdapat dua lagi buah negara yang menganggotai Kuasa Paksi,
iaitu Itali dan Jepun) pada 1942, para ilmuwan Algeria membayangkan satu
permulaan baru dan kedatangan sistem demokratik di Algeria. Namun, akhirnya
mereka menyedari dengan cepat bahawa mereka telah silap perkiraan. Pada 1943,
satu kumpulan yang dipimpin oleh Ferhat Abbas mencadangkan kepada Kuasa
Bersekutu bahawa kolonialisme mesti ditamatkan supaya sebuah negara merdeka
dapat ditubuhkan sebaik sahaja perang tamat, dengan sebuah Perlembagaan baru,
termasuklah bahawa rakyat Algeria mesti mentadbir negara mereka sendiri dan
mereka yang dipenjarakan disebabkan kepercayaan mereka mesti dibebaskan. Rakyat
Algeria yang telah berjuang bersama-sama dengan Kuasa Bersekutu menganggap
bahawa permintaan mereka akan dipenuhi. Namun, ia telah ditolak. Di samping
itu, corak pembunuh yang baru menyusul tidak lama selepas itu.
Apabila ramai rakyat yang berkumpul sewaktu
pengibaran bendera Algeria pada 8 Mei 1945, sebagai meraikan tamatnya
peperangan, ia telah diganti dengan pertumpahan darah yang amat mengerikan.
Askar Perancis telah melepas tembakan kepada mereka yang membawa bendera
Algeria, dan 40 orang telah dibunuh dengan begitu kejam. Peristiwa ini mendapat
reaksi umat Islam yang tinggal di kawasan lain. Penentangan meningkat, dan
Perancis bertindak-balas dengan menggunakan kekuatan yang lebih besar.
Unit-unit tentera mula melepaskan tembakan kepada masyarakat awam secara
rambang. Akibatnya, berdasarkan kepada sumber kerajaan Amerika, kira-kira
45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan yang dilancarkan. Ramai juga yang cedera.
Insiden ini, yang dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai Setif, telah
diikuti oleh tindakan-tindakan lain oleh rejim Perancis. Segala aktiviti
politik diharamkan. Beribu-ribu rakyat Algeria ditahan tanpa ada sebarang
justifikasi. Algeria menerima satu lagi
penderitaamm daripada kekejaman kuasa kolonialis.
Dekad yang berikutnya selepas Pembunuhan
Beramai-ramai Setif, pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin
matang. Notis yang dikeluarkan oleh mereka pada 1 November 1954, telah menyeru
rakyat Algeria supaya bangkit bagi mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan.
Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ALN),
yang diasaskan pada tahun yang sama, telah mengepalai pergerakan kemerdekaan.
FLN bukan sebuah pergerakan homogenus (Pent: iaitu tidak dianggotai oleh satu
kaum atau satu parti politik sahaja), dan mereka yang datang dari pelbagai
latar politik berkumpul di dalamnya. Pergerakan tersebut telah bermesyuarat di
Kaherah pada September 1958, dan seterusnya membentuk kerajaan sementara
Algeria.
Perancis sudah tentu tidak mahu kehilangan
Algeria yang kaya dengan simpanan minyak dan gas aslinya. Potensi kemunculan
sebuah negara Islam yang kaya dengan sumber asli telah membuatkan Perancis dan
negara-negara lain yang anti-Islam berasa tidak selesa. Perancis menjangka
bahawa perkembangan seperti itu akan membawa kesan domino kepada negara-negara
Islam lain di Afrika, dan dengan itu terjadilah pembunuhan yang berikutnya.
Banyak perkampungan yang dibakar oleh Perancis, sekolah-sekolah dan
masjid-masjid dirobohkan, sehinggalah Algeria mengisytiharkan kemerdekaannya.
Sepanjang tempoh tersebut, yang menyaksikan ribuan nyawa melayang, Perancis
masih terus memusnahkan tanaman rakyat Algeria dan juga turut membunuh haiwan ternakan
mereka. Kira-kira 400,000 batang pokok anggur yang dimusnahkan dan ribuan
haiwan dibunuh.
Walau bagaimanapun, Perancis akhirnya
menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan, walaupun sebenarnya
Perancis tidak pernah teragak-agak untuk membunuh rakyat, wanita, kanak-kanak
dan orang tua yang tidak bersalah. Pada 1959, Presiden Perancis de Gaulle
mengumumkan di dalam ucapannya di PBB bahawa beliau telah mengisytiharkan
kemerdekaan Algeria. FLN dan Perancis telah mengisytiharkan genjatan senjata
melalui Perjanjian Evian, dan Algeria akhirnya mendapat kemedekaan pada tahun
1962. Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Perancis selama lebih kurang
tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria mati.
Keganasan yang dilakukan oleh Perancis
adalah satu pengesahan sadis tentang sifat-sifat mereka yang tidak beriman dan
suka pula melakukan kerosakan seperti mana yang tercatat di dalam al-Quran.
Mencederakan manusia yang tidak bersenjata sewaktu peperangan, menyebabkan
kebuluran yang menjadikan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan, dan
membiarkan mereka dalam kemiskinan adalah tindak-tanduk rejim-rejim kejam yang
berlaku sepanjang sejarah manusia:
Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia
berjalan di bumi untuk melakukan kerosakan, dan merosakkan tanam-tanaman dan
binatang tenakan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (Al-Baqarah, 2:205)
Kita tidak boleh lupa bahawa mereka yang
melakukan perkara sedemikian rupa di dunia ini akan membayar harganya di
akhirat kelak. Al-Quran telah memberitahu umat Islam tentang berita gembira
ini:
Negeri Akhirat itu, Kami jadikan untuk
orang-orang yang tidak mahu menyombongkan diri dan membuat keroskan di muka
bumi. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Al-Qashash, 28:83)
Penyeksaan
Dialami Rakyat Algeria Didalangi
Perancis
Polisi penindasan penuh kejam yang
dilakukan Perancis sepanjang berlakunya Perang Algeria untuk mendapatkan
kemerdekaan telah dikutuk sehebat-hebatnya oleh ramai cendekiawan Perancis, dan
inisiatif penduduk awam telah dilakukan bagi menghentikan penindasan yang
berlaku. Keganasan ini yang dipercayai telah menjadi titik hitam dalam sejarah
manusia apabila Algeria akhirnya berjaya mendapat kemerdekaan, namun telah
dimasukkan ke dalam agenda semula oleh komander-komander yang bertugas di
Algeria ketika itu.
Polisi pentadbiran Perancis di Algeria
telah diterangkan secara ringkas dan jelas oleh Jacques Massu, pemerintah
komander kecemasan ketika itu:
Seksa? Sudah tentu kami seksa. Beberapa
badan telah membuatkan ia sukar bagi kami. Tapi bagaimana anda boleh jangka
yang kami akan melakukan tindakan yang berbeza?24
Malah ada juga kenyataan yang lebih
mengerikan. Ia adalah luahan dari Jacques Duquesne, seorang koresponden La
Croix ketika itu:
Soalan-soalan tentang penyeksaan dan
kehilangan sering menghujani minda anda. Lelaki dan kadang-kala wanita ditahan,
dan tiada khabar yang didengari tentang mereka selepas itu. Amalan mengikat
badan dengan batu dan kemudian menghumbankannya ke laut sudah diketahui ramai.
Bilangannya secara umum adalah 3,000 orang, walaupun Datuk Bandar Algeirs
Jacques Chevallier menyatakan angkanya adalah sekitar 5,000 orang. Di antara
kaedah-kaedah pencerobohan yang dilakukan oleh pasukan askar Perancis adalah
merogol dan memusnahkan keseluruhan kampung. Seorang askar telah memberitahu
bagaimana dia sebagai pembantu perubatan terpaksa merawat penduduk setiap pagi
yang mana pada waktu malamnya mereka telah diseksa oleh askar dari unitnya
sendiri. Teknik paling popular ialah dengan mengenakan arus elektrik di
bahagian tubuh badan, kadang-kala pada bahagian kemaluan wanita. Cara
penyeksaan yang lain adalah untuk membunuh. Para mangsa akan disumbat dengan
paip getah di mulutnya dan kemudian pili air dibuka, atau kuku di tangan dicabut,
atau kepala mereka direndamkan ke dalam takungan yang dipenuhi air, atau mereka
digantung selama berjam-jam pada bahagian pergelangan tangan yang mana kaki
mereka hampir tidak mencecah lantai. Terdapat juga kaedah-kaedah yang lain. Ia
bukanlah satu perkara yang mudah untuk menulis kesemuanya. Saya hanya
mengulangi beberapa bahagian yang saya tahu.25
Apa
yang Berubah Dengan Kemerdekaan?
Algeria berjaya mencapai kemerdekaannya
pada 1962, walaupun hanya sedikit perubahan berlaku kepada umat Islam. Dengan
deklarasi kemerdekaan, FLN mahukan kuasa dan membentuk sebuah organisasi yang
terikat secara rahsia dengan Perancis. Dengan mengikut tradisi yang sering
dilihat di dalam dunia Islam pada abad ke-20, parti akan membentuk rejim
penindas. Para pemimpin rejim tersebut telah mengeksploitasi kekayaan sumber
alam sewaktu mereka berkuasa. Rakyat menjadi semakin miskin sewaktu para
pemimpin FLN dan penyokongnya menikmati kemewahan. Pada tahun 1990-anan, kadar
pengangguran meningkat kepada 70 peratus. Walau bagaimanapun, segala tekanan
dan eksploitasi yang dikenakan ke atas umat telah mewujudkan benih-benih
kemusnahan rejim itu sendiri.
Segala perkembangan tersebut menjadikan
Algeria penuh dengan demonstrasi, boikot dan protes untuk rakyat melepaskan
kemarahannya. Semakin banyak suara-suara yang menuntut kebebasan dan juga
sistem multi-parti bagi menggantikan sistem satu parti yang sedia ada. Akhirnya
pada tahun 1989, sistem multi-parti telah dibentuk.
Pilihan raya umum telah diadakan pada 26
Disember 1991. Terdapat dua kali pengundian bertulis, dan keputusannya telah
diumumkan pada 30 Disember. Barisan Penyelamat Islam (FIS) telah berjaya
mendapat majoriti kerana memenangi 188 daripada 232 kerusi di parlimen. FLN
yang memerintah ketika itu hanya berjaya mendapat 15 kerusi. Pusingan kedua
turut dilihat akan memberikan keputusan yang serupa. FIS dilihat sudah pasti
akan memenangi pilihan raya itu.
Namun demikian, rejim penindas di negara
tersebut tidak akan membiarkan ia berlaku. Pasukan askar yang dipimpin oleh
Ketua Staf Jeneral Khalid Nezzar telah melakukan rampasan kuasa. Wujud
provokasi-provokasi dan berita-berita yang sudah jelas palsu bagi
menjustifikasikan rampasan kuasa tersebut. Sebelum keputusan pusingan pertama
diumumkan, perdana menteri mengatakan bahawa pengundian telah berjalan lancar,
aman dan selamat. Selepas keputusan menjadi semakin jelas, perkara sebaliknya
berlaku. Beliau telah membuat kenyataan bahawa pengundian “tidak dijalankan
dengan cukup bebas dan jujur,” yang dengan kata lain menuduh FIS sama ada sudah
menipu atau menggunakan cara paksa.
Perkembangan rampasan kuasa itu juga agak
menarik. Segala peristiwa yang telah terbentang menunjukkan bahawa
segala-galanya sudah dirancang siap-siap. Berikutan rampasan kuasa, dan kontra
terhadap luahan yang diberikan kepada penduduk dunia, umat Islam tidak
memulakan “perang saudara.” Konflik sebenarnyan dimulakan oleh mereka yang
mencetuskan rampasan kuasa. FIS telah menyeru semua pihak supaya tidak
menggunakan kekerasan dan sebaliknya menggunakan jalan damai. Kerajaan
sebaliknya bertindak dengan menahan ribuan ahli FIS dan mengenakan
hukuman-hukuman kejam ke atas mereka sewaktu di penjara.
Tahun-tahun berikutnya tidak membawa
sebarang perubahan terhadap tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Algeria.
Berikutan provokasi yang menyalahkan umat Islam, sebuah mahkamah yang memiliki
kuasa luar biasa telah dibentuk. Pada mulanya, FIS dan para penyokongnya tidak
mahu mengangkat kepala dan masih berpegang kepada cara yang lebih damai, namun
kemudiannya mereka mula berubah sikap kerana tekanan dan ketidakadilan yang
melampau-lampau. Satu kumpulan mula menggunakan senjata sebagai reaksi serangan
bersenjata terhadap mereka oleh pasukan keselamatan. Akhirnya, Algeria terjebak
ke dalam kancah perang saudara.
Siapakah
Dalang Perang
Saudara di Algeria?
Tujuan perang saudara satu sahaja: untuk
memusnahkan kuasa Islam, jika perlu dengan menggunakan cara penghapusan secara
fizikal. Inilah sebabnya mengapa skuad pembunuh diwujudkan, di bawah nama
“kumpulan anti-teroris.” Umat Islam yang menjadi sasaran skuad ini akan
dibunuh, dan kes-kes tersebut tidak pernah selesai. Berdasarkan kepada
keterangan seorang pegawai polis Algeria, yang mengakui apa yang telah berlaku,
kumpulan-kumpulan khas akan mengetuk pintu-pintu umat Islam yang menjadi
sasaran mereka dan kemudian menembak mereka sebaik sahaja pintu dibuka.26
Professor Abdul Hamid Brahimi, yang merupakan Perdana Menteri Algeria
1984-1988, telah berucap tentang metod-metod yang digunakan sewaktu peperangan
ke atas umat Islam:
Rakyat Algeria telah dirobek ketenangannya semenjak rampasan kuasa haram
pada Januari 1992. Penangkapan secara rambang dan beramai-ramai terhadap mereka
yang tidak bersalah, termasuk guru, jurutera, doktor, peguam, pedagang, dan
pelajar; mereka dihantar tanpa usul-periksa ke kem-kem kurungan atau pun
dicampak ke dalam penjara dan dilayan dengan cara yang tidak mempunyai sifat
kemanusiaan. Di samping itu, orang muda Algeria telah dibunuh setiap hari oleh
skuad pembunuh tanpa ada sebab yang munasabah, hanya kerana mereka dianggap
memiliki potensi yang berbahaya kepada puak rejim.27
Pada 16 November 1997, sebuah artikel
bertajuk “Kami Menuduh 80,000 Kali,” John Sweeney, seorang wartawan akhbar
harian Britain The Observer, telah memberikan sokongan kepada kata-kata
Brahimi. Sweeney amat berminat dengan Algeria dan telah memberikan pandangannya
terhadap pembunuhan di negara tersebut selepas beliau menemu bual beberapa
orang saksi yang telah melihat kekejaman yang dilakukan di hadapan mata mereka
sendiri:
... himpunan bukti-bukti telah menjelaskan
keadaan Algeria. Kira-kira 80,000 rakyat telah dibunuh semenjak penipuan umum
kepada rakyat melalui pilihan raya yang dipenuhi pertengkaran pada 1991.
Kerajaan – le pouvoir – adalah korup, dibenci dan terus memegang kuasa dengan
cara keganasan. Pertimbangkan bukti daripada Amnesti Antarabangsa, Pemerhati
Hak-Hak Kemanusiaan, Persekutuan Hak-Hak Kemanusiaan Antarabangsa,
Wartawan-Wartawan Tanpa Sempadan; bukti-bukti dari pihak media-media Algeria
sendiri yang dikongkong oleh kerajaan...28
Sweeney telah menerima reaksi dari seluruh
dunia berikutan temu bualnya dengan seorang anggota polis rahsia Algeria, temu
bual dengan beberapa buah negara Barat, Perancis terutamanya, sebagai pihak
yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan kejam ke atas mereka yang tidak
bersalah. Himpunan laporan dan luahan daripadanya menunjukkan keganasan di Algeria sebenarnya
didalangi oleh pihak kerajaan. Walaupun seluruh dunia sedar tentang semua ini,
tiada siapa pun yang mahu memberhentikan semua ini. Mereka lebih suka untuk
berdiam diri. Dengan kata lain, “Kerajaan Algeria dan rakan-rakan Baratnya
lebih suka untuk bertindak di dalam kegelapan.”
Mereka
yang Benar-Benar Bertanggungjawab Terhadap Pembunuhan
Sweeney telah memberikan tiga buah
contoh-contoh pembunuhan yang berasingan di dalam artikel tersebut, seterusnya
mendedahkan dengan tepat tentang siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab
terhadap siri-siri pembunuhan yang ditujukan kepada umat Islam. Kisah pertama
bermula pada Julai 1994. Pada hari para pemimpin Barat yang menganggotai G-7
bertemu di Nepal, “ekstrimis Islam” telah dituduh mengelar leher tujuh orang
ahli kelasi Itali sewaktu mereka berada di pelabuhan Algeria. Media-media Barat
dengan cepat dan bengis menuduh kumpulan “radikal Islam” yang melakukan
serangan tersebut.
Walau bagaimanapun, Joseph, seorang anggota
polis rahsia Algeria yang digunakan oleh Sweeney sebagai salah satu dari sumber
maklumatnya, memiliki pandangan yang berbeza tentang serangan tersebut. Beliau
memberitahu bahawa pembunuh adalah rakan-rakannya di dalam unit polis rahsia.
Perkara yang lebih menarik ialah sewaktu serangan itu berlaku, pelabuhan
tersebut berada di dalam kawasan militari, dan ia dilindungi sebaik-baiknya
oleh pasukan tentera laut. Sweeney telah menarik perhatian tentang perkara luar
biasa yang berlaku sewaktu kejadian tersebut:
Jenjen, sewaktu berlaku pembunuhan
beramai-ramai tersebut, dikawal ketat oleh pasukan tentera laut, di dalam zon
ketenteraan, yang mana terdapat berek-berek askar beberapa ela sahaja dari kapal
tempat orang-orang Itali itu disembelih. Jika kumpulan ekstrimis merupakan
pembunuhnya, maka mereka mesti melepasi pemeriksaan tentera, berjalan
berjengket-jengket di berek tempat tinggal askar, mengelar leher kelasi-kelasi
Itali itu, memunggah turun 600 tan kargo yang didapati hilang, dan kemudian
melarikan diri secara perlahan-lahan supaya tidak ditangkap.29
Contoh kedua yang ditulis oleh Sweeney ini
juga tidak kurang menariknya:
Pada 1995, satu siri pengeboman telah
berlaku di kota Paris. Kumpulan-kumpulan ekstrimis Islam dipersalahkan dan
Barat bersetuju. Joseph memberitahu kepada kita bahawa lelaki yang merancang
pengeboman adalah Jeneral Tewfik dan Smain, yang merupakan komander-komander di
dalam pasukan polis rahsia Algeria, dan operasi tersebut telah dikawal dari
Kedutaan Algeria di Paris. Selepas pengeboman, Menteri Dalam Negeri Perancis,
Jean-Louis Debre, telah ditanya sewaktu makan tengah hari sama ada wujudkah
kemungkinan bagi pasukan polis rahsia Algeria bersembunyi di sebalik pengeboman
tersebut. Beliau menjawab: “Militari keselamatan Algerian mengharapkan kami
supaya mengikut jejak yang salah, jadi kami dapat menghapuskan sesiapa sahaja
yang mengganggu mereka.”30
Contoh yang ketiga ini juga turut
menimbulkan satu lagi misteri:
Pada 1997, tiga insiden pembunuhan
beramai-ramai yang besar telah dilakukan di selatan Algiers. Ketiga-tiganya
berlaku di sebuah zon yang dikawal ketat, dikelilingi oleh berek-berek askar.
Ia mengambil masa yang lama untuk menyembelih leher 200 orang manusia. Tiada seorang
pun yang dibawa ke muka pengadilan Algeria atas sebab pembunuhan beramai-ramai
yang besar itu. Mereka yang melakukan pembunuhan itu, seperti yang diberitahu
oleh puak rejim, “dibiarkan tanpa gangguan.”31
Insiden serupa yang dilaporkan oleh John
Sweeney turut dilaporkan dalam sebuah majalah berbahasa Turki. Di dalamnya
terdapat kenyataan-kenyataan daripada para saksi yang melihat pembunuhan beramai-ramai di Seydi Musa, iaitu sebuah kawasan
di Algeria. Ia menyaksikan seramai 300 orang dibunuh. Insiden ini amat penting
bagi seseorang yang mahu mengetahui hal sebenar yang terjadi di Algeria:
Hakikat bahawa tiada campur tangan
ketenteraan dalam pembunuhan beramai-ramai di Seydi Musa, yang berlaku hanya di
sebelah ibu pejabat militari dan hanya memakan masa lima jam, adalah aspek yang
patut diberi perhatian dalam seluruh konspirasi yang terjadi. Kenyataan
daripada mereka yang terselamat ialah, “Kami menjerit meminta pertolongan,
pasukan keselamatan tidak jauh dari kami, namun manusia pertama yang datang di awal-awal
pagi ialah pasukan bomba,” dan api serta asap yang keluar dari rumah-rumah,
serta bunyi-bunyi tembakan senjata automatik penyerang yang gagal menarik
perhatian pasukan keselamatan adalah cukup untuk memberitahu kita siapakah
sebenarnya yang bersembunyi di sebalik pembunuhan di Algeria.32
Ramai sebenarnya yang turut berkongsi
pandangan yang serupa seperti Abdul Hamid Brahimi dan John Sweeney tentang apa
yang berlaku di Algeria. Ramai pakar yang sedang meneliti perkembangan di
negara tersebut bersetuju bahawa kerajaan Algeria, yang disokong oleh junta
(Pent: iaitu majlis pemerintah), adalah dalang di sebalik pembunuhan dan
tindakan-tindakan keganasan. Salah seorang daripada kumpulan-kumpulan pakar
tersebut ialah Perbadanan Rand Graham Fuller, bekas ejen CIA. Fuller telah
mengenalpasti unit-unit militari yang bertanggungjawab terhadap
tindakan-tindakan teroris di Algeria, termasuklah juga pengeboman di Paris, dan
turut menggambarkan niat mereka untuk memanipulasikan pandangan masyarakat
dunia. Beliau mempertahankan bahawa agensi-agensi intelek Barat mengetahui
semua perkara yang berlaku dan mereka cuba mempengaruhi pandangan penduduk
dunia dengan menyebarkan maklumat yang salah.33
Fakta lain yang turut memberikan bukti
penting ialah hampir kebanyakan jeneral-jeneral di dalam junta yang
bertanggungjawab terhadap pembunuhan yang dilakukan pada masa-masa yang
tertentu atau yang lain adalah berada di dalam pasukan askar Perancis. Mereka
ini memberikan perkhidmatan kepada pasukan askar Perancis sewaktu berlakunya
Perang Kemerdekaan Algeria, atau dengan kata lain mereka bekerjasama dengan
Perancis. Ketua Staf Jeneral Mohammed Amari, sebagai contoh, merupakan seorang
pegawai di dalam pasukan askar Perancis. Beliau menganggotai pasukan askar
Algeria sebaik sahaja sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Ketua bagi Bahagian
Kepintaran iaitu Jeneral Tewfik, dan pemimpin yang melakukan rampasan kuasa
secara haram, yang juga merupakan Menteri Pertahanan terdahulu iaitu Jeneral
Khalid Nezzar turut menjadi pegawai di dalam pasukan askar Perancis.34
Sebagai tambahan kepada semua ini, bekas
Perdana Menteri iaitu Abdul Hamid Brahimi telah menerangkan bahawa semua
tindakan keganasan dituduh dilakukan oleh umat Islam, padahal umat Islam tahu
bahawa mereka tidak akan dapat mencapai impian mereka dengan cara pembunuhan.
Selepas berkata demikian, Brahimi menekankan bahawa itu semua dilakukan oleh
bekas-bekas ahli OAS, iaitu sebuah pertubuhan penentang-gerila yang ditubuhkan
bagi menentang kemerdekaan Algeria pada tahun 1962. Pertubuhan ini yang
sebenarnya digerakkan oleh pihak pentadbiran Perancis, adalah dalang yang
berselindung di sebalik keganasan yang berlaku di Algeria.35
Di samping semua ini, perkara yang mesti
dijelaskan ialah kumpulan-kumpulan Islam yang terlibat dalam serangan-serangan
keganasan terhadap penduduk awam adalah berada di landasan yang salah. Seperti
yang telah kami beritahu, metod-metod yang sedemikian adalah tidak serasi dan
selaras dengan ajaran Islam. Islam sentiasa mengajak umatnya memilih jalan
damai, dan jika peperangan menjadi satu-satunya jalan terakhir, Islam
memastikan nyawa dan hak penduduk awam yang tidak bersalah tidak dicabuli.
Selain itu, segala macam bentuk “perjuangan” yang membawa kepada kezaliman yang
tidak berjustifikasi adalah berlawanan dengan kehendak Islam. Umat Islam di
Algeria perlu sensitif terhadap perkara ini. Mereka seharusnya tidak
melancarkan peperangan dengan cara mengangkat senjata, sebaliknya dengan
menggunakan kebudayaan, ilmu dan juga kewarasan. Mudahan-mudahan segala darah
dan air mata yang menitik di bumi Algeria akan diganti dengan sebuah kedamaian
dan keselamatan.
No comments:
Post a Comment