About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, October 16, 2012

PETIKAN DARIPADA BUKU HARUN YAHYA (ADNAN OKTAR) 5



PENINDASAN KE ATAS UMAT ISLAM MINORITI

Umat Islam Cuba Hidup Berlandaskan Agama
Dalam bab-bab yang lepas, kita hanya meninjau keadaan negara-negara yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti, dan telah menganalisis penderitaan yang dikenakan ke atas mereka oleh kuasa-kuasa penakluk atau pun sistem pentadbiran yang bersifat menindas. Namun, banyak juga negara-negara di dunia ini yang memiliki penduduk Islam yang sedikit. Berjuta-juta umat Islam sedang turut menderita di negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand.

Kekejaman yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk meneruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup berlandaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengasimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.

Bab ini akan menghuraikan penderitaan-penderitaan yang dikenakan ke atas mereka, dan akan berusaha untuk mereka yang sedang menjerit meminta bantuan.



MYANMAR
Penduduk yang Berhadapan                           Dengan Kezaliman Penganut Budha

Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) mempunyai rakyat seramai 48 juta orang, 15 peratus daripadanya beragama Islam. Bakinya kebanyakan beragama Budda. Umat Islam tinggal di kawasan Arakan yang terletak di negara tersebut.

Arakan merupakan sebuah kawasan yang paling kaya dari segi simpanan minyak dan gas asli, dan penduduknya telah memeluk Islam melalui pedagang-pedagang Arab. Perubahan ke arah Islam memuncak dengan penubuhan kerajaan Islam pada tahun 1430. Negara ini telah bertahan selama 350 tahun, sehinggalah penganut Budda menamatkannya dengan menakluki Arakan.

Serta-merta selepas umat Islam kehilangan kuasa politiknya pada tahun 1783, penganut Budda Burma telah memulakan polisi menindas dan malah secara fizikal cuba menghapuskan umat Islam. Negara ini kemudian dikoloni oleh British sehingga akhir abad ke-19. 

Kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh penganut Budda semakin rancak pada abad ke-20, dan terjadilah peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Arakan pada tahun 1942 yang mengakibatkan kematian kira-kira 100,000 umat Islam. Beratus-ratus ribu yang lain pula sama ada lumpuh atau dihalau dari tanah mereka sendiri.

Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948 dengan berakhirnya pemerintahan British. Namun, pemerintah yang baru telah menjadikan kehidupan umat Islam lebih huru-hara. Jeneral komunis Ne Win, yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1948, telah menggerakkan kesemua pasukan bagi menghapuskan seluruh umat Islam. “Program Parti Sosialis Burma” telah menggunakan segala macam cara untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka.

Hal ini bermakna umat Islam telah kehilangan semua hak-hak politik. Semua kemudahan pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat yang serupa telah ditutup. Masjid-masjid telah ditukar menjadi pusat hiburan ataupun kuil Budda. Mengerjakan haji, berkorban di bulan Haji, solat berjemaah dan segala macam bentuk ibadah yang lain telah diharamkan. Kesan daripada tekanan-tekanan yang dilakukan, sesetengah rakyat yang beragama Islam lari meninggalkan negara itu. Walaupun berlakunya perpindahan, majoriti rakyat di Arakan masih beragama Islam. Jeneral Ne Win dengan itu meningkatkan lagi tekanan, dan melakukan tangkapan-tangkapan yang tidak sah dan seterusnya mendera mereka. Akibatnya, lebih sejuta umat Islam dipaksa meninggalkan Burma. Untuk menyembunyikan kebuasan yang dilakukan, kerajaan Burma enggan membenarkan kemasukan wartawan asing dan juga pelancong selama bertahun-tahun.

Berdasarkan kepada laporan pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa, kira-kira 20,000 umat Islam Arakan telah dibunuh oleh rejim penindas ini di antara tahun 1962 sehingga 1984. Beratus-ratus wanita diperkosa dan semua harta benda milik umat Islam telah dirampas. Komunikasi dalam negeri telah digunakan untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah terhadap Islam. Pada 1978, kerosakan yang dilakukan oleh askar memaksa lebih 200,000 umat Islam melarikan diri ke Bangladesh dalam keadaan yang sangat memayahkan. Mereka kembali di bawah perlindungan PBB pada 1979.60

Selepas perletakan jawatan Ne Win pada tahun 1988, pelbagai pentadbiran awam dan militari telah silih berganti, dan lebih dari 3,000 orang telah dibunuh dalam satu kebangkitan yang tercetus ketika itu. Pada 1992, kira-kira 700 orang umat Islam minoriti yang tinggal di sempadan Bangladesh telah dihapuskan. Lebih dari 1,000 orang menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 1994.

Kes wanita Islam yang dirogol dan didera di Myanmar masih terdapat dalam laporan hak-hak asasi manusia setiap tahun. Namun disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, Barat masih terus membisu.

Salah satu masalah paling berat yang sedang dihadapi oleh umat Islam yang tidak bersenjata di Myanmar ialah mereka tidak berupaya untuk berkomunikasi dengan dunia luar untuk memberitahu apa yang sedang terjadi ke atas diri mereka. Ini kerana kerajaannya menghalang seseorang dari memasuki negara itu dengan jalan darat, dan walaupun seseorang boleh memasukinya dengan jalan udara, namun banyak kawasan yang ditutup kepada orang asing. Adalah sesuatu yang sukar untuk mengetahui perkara-perkara yang dikenakan ke atas umat Islam Myanmar.

Satu lagi layanan buruk yang dikenakan berlaku pada tahun 1990-an, yang mana ketika itu kira-kira 200,000 orang lagi terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.61 Para pelarian yang lari dari penindasan Myanmar kemudian mendapati mereka sedang berhadapan dengan sebuah drama kemanusiaan yang menakutkan. Bangladesh merupakan sebuah negara Islam yang miskin, dan ia tidak mampu memberikan makanan dan tempat perlindungan kepada pelarian dari Myanmar, walaupun ia membenarkan kemasukan mereka.

Semua umat Islam mesti menghayati tangisan dan jeritan meminta tolong dari Myanmar dan juga Bangladesh. Di dalam al-Quran, Allah mengarahkan manusia supaya membantu orang-orang miskin, mereka yang dihalau dari rumah dan juga mereka yang memerlukan. Ia menjadi satu tugas bagi setiap umat Islam untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada mereka yang dihalau, sedia berkorban untuk membantu mereka, dan memberikan sokongan serta menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka. Contoh-contoh tersebut telah diberitahu di dalam al-Quran, yang telah memberikan contoh terbaik yang patut diikuti oleh umat Islam terhadap mereka yang diusir dari tempat tinggal masing-masing:
Bagi para fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka, (kerana) mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, dan mereka menolong Allah dan rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar. (Al-Hasyr, 59:8)

Dan orang-orang yang telah berada di kota Madinah dan telah beriman (iaitu orang-orang Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (iaitu orang-orang Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka, dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-Hasyr, 59:9)

Seperti yang telah diwahyukan di dalam Al-Quran, orang-orang mukmin adalah mereka yang menghulurkan tangan persaudaraan kepada seseorang yang mereka cintai. Apabila sikap yang tersangat mulia ini dapat diamalkan di seluruh dunia, maka sudah pastilah masalah kemiskinan dan juga masalah-masalah lain yang sedang dihadapi oleh para pelarian akan dapat diatasi.


FILIPINA
Umat Islam Bangsa Moro dan Si Kanibal Marcos

Ramai  antara kita yang tidak sedar bahawa Filipina mempunyai jumlah penduduk Islam yang agak ramai, dan mereka sedang bergelut dengan penindasan, penderaan dan polisi tidak berperikemanusiaan selama bertahun-tahun. Namun umat Islam di Filipina telah dibunuh dengan kejam, dan mereka sedang menanti bantuan dari umat Islam di seluruh dunia bagi membolehkan mereka terus hidup.

Kira-kira 90 peratus daripada populasi Filipina adalah Katolik, walaupun situasi sebenarnya begitu berbeza sekali di bahagian selatan pulau, yang mana populasinya adalah 70 peratus Katolik dan 30 peratus Islam. Umat Islam terdiri dari bangsa Moro di Mindanao dan juga umat Islam yang tinggal di Sulu. Kira-kira 97 peratus daripada penduduk Sulu beragama Islam.62

Punca konflik di Filipina bermula pada tahun 1946, apabila negara ini mendapat kemerdekaan selepas Amerika memerintah selama bertahun-tahun. Tidak seperti umat Islam di Mindanao dan Sulu, kebanyakkan masyarakat Kristian di Filipina tidak memberikan sebarang tentangan terhadap kolonialis Amerika dan menerima gabenor yang mentadbir kehidupan mereka. Amerika telah mendidik para pemimpin Filipina bagi membentuk sebuah pentadbiran yang pro-Amerika. Apabila Amerika berundur, ia telah meninggalkan kuasanya di bawah tangan Filipina, dan menerima Mindanao dan Sulu sebagai sebahagian daripada Filipina. Jadi, umat Islam di situ berada di bawah undang-undang Filipina.

Filipina telah mengenakan polisi-polisi yang mampu mengukuhkan lagi kekuasaannya, dan secara khususnya telah mengambil tanah umat Islam Moro. Undang-undang baru telah membolehkan Filipina merampas 24 hektar tanah, tetapi ia telah dihadkan kepada 10 hektar bagi kes Moro. Kesannya, berlakulah perpindahan rakyat Filipina ke kawasan yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti. Pada dekad di antara 1966 dan 1976, 3.5 juta pendatang rakyat Filipina tinggal di kawasan tanah umat Islam.

Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Datu Udtog Matalam telah menubuhkan “Pergerakan Kemerdekaan Muslim” (MIM), yang bertujuan untuk mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos. Namun demikian, ia gagal mendapat sokongan, dan tidak lama kemudian hilang begitu sahaja. Kerajaan pusat tidak menimbangkan langsung perkembangan itu, sebaliknya melihat ia sebagai satu peluang untuk meningkatkan lagi polisi-polisi anti-Moro. Pada masa yang sama, Marcos mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Pasukan Bersenjata Filipina. Tidak lama selepas itu, beliau mengumumkan undang-undang tentera, dengan berjustifikasi bahawa ia bertujuan untuk menghapuskan pergerakan komunis dan penentang Islam di negara itu. Beliau kemudian menggantung Perlembagaan, dan akhirnya menjadi seorang diktator yang memerintah keseluruhan negara.

Sejak waktu itu, Marcos telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam, yang telah memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan. Kira-kira 50,000 orang Islam telah dibunuh dengan kejam, kemungkinan termasuk 10,000 orang wanita dan kanak-kanak. Kumpulan penentang Islam bagi menjatuhkan Marcos telah dikelolakan oleh anak-anak muda yang mendapat latihan di Timur Tengah pada tahun 1960-an. Kemunculan secara tiba-tiba dan menyeluruh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari telah menumbangkan rejim Marcos. Berlaku pertempuran berdarah di antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF.

Marcos telah menubuhkan unit-unit pengganas yang dilatih khas bagi menamatkan sokongan terhadap puak penentang dalam negaranya, terutama sekali MNLF. Kumpulan-kumpulan ini, paling kejam dipanggil Ilaga, telah melakukan tindakan-tindakan yang sangat mengerikan. Majalah berbahasa Turki Nokta telah menceritakan tentang perihal mereka di dalam sebuah artikel yang bertajuk “Kanibal Marcos”:
Encik Kassam telah dihentak. Beberapa cebisan-cebisan otak terkeluar dari tengkoraknya. Lelaki bersenjata yang lain berebut-rebut untuk mendapatkan cebisan-cebisan tersebut. Ahli-ahli kumpulan Ilaga berpendapat bahawa meminum darah dan memakan daging musuh mampu membuatkan mereka kebal. Satu kekebalan yang dahsyat!... Ahli kumpulan Ilaga, yang ditubuhkan pada tahun 1970-an sewaktu kebangkitan Islam, telah mendera beribu-ribu umat Islam sehingga mati. Mereka percaya bahawa mereka mendapat kuasa yang sangat luar biasa dengan meminum darah dan memakan daging manusia yang telah mereka bunuh... Mereka akan menyerang kampung-kampung dan membunuh penduduk dengan kejam. Serangan-serangan itu kemudiannya berubah menjadi rampasan dan rompakan. Sebuah botol yang dipenuhi dengan telinga manusia telah ditemui di sebuah perkampungan Mindanao baru-baru ini, para pemiliknya masih belum lagi dikenal pasti.63

Perkampungan-perkampungan Islam telah dibakar sewaktu serangan tersebut, dan harta benda milik bangsa Moro dirompak. Namun hanya sedikit yang berubah apabila Marcos ditumbangkan dalam satu pemberontakan pada tahun 1986. Penggantinya, Corazon Aquino bercadang untuk menceroboh dan menghapuskan umat Islam dengan cara yang lain. Sewaktu pemerintahan Aquino, operasi ketenteraan dan pemberontakan telah diperkuatkan dan kerajaan secara terbuka mengisytiharkan peperangan menentang pergerakan-pergerakan Islam. “Polisi perang total” telah dilakukan oleh Presiden Aquino, yang mengakibatkan penyingkiran lebih sejuta rakyat Filipina. Bangunan-bangunan sekolah dan gereja digunakan sebagai tempat berlindung keluarga-keluarga yang melarikan diri.64

Penentangan ke atas umat Islam diteruskan selepas Aquino. Perhubungan kemudian menjadi baik buat beberapa ketika, sebelum ia menjadi tegang semula apabila masjid-masjid dibom pada tahun 1994. Di sebaliknya, hakikat bahawa sebuah pertubuhan radikal dan prokeganasan yang menindas asas-asas Islam pada masa yang sama telah memburukkan lagi keadaan. Penyelesaian terhadap masalah di Filipina hanya dapat ditemui sekiranya Manila meninggalkan polisi-polisi lapuknya yang  bersifat menindas. Manila juga mesti mengiktiraf hak-hak umat Islam di bahagian selatan, dan jika pergerakan-pergerakan teroris yang muncul dengan mendakwa mereka mewakili umat Islam tetapi sebenarnya hanya membawa kerosakan, dapat dihentikan dari terus berleluasa.


KEMBOJA
Kebencian Terhadap Islam                                Selama Bertahun-Tahun

Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin di Asia, yang berada di antara India dan China, di sebuah kawasan yang dipanggil Indochina. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada pertanian untuk meneruskan kehidupan. Elemen paling penting dalam pertanian ini ialah tanaman padi beras yang banyak terdapat di negara itu.

Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Terdapat ramai juga minoriti Cina dan Budda di situ. Umat Islam juga membentuk sebuah minoriti yang lain.

Islam datang ke Kemboja melalui jalan laut, dibawa oleh pedagang dan pelayar Islam. Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan yang dimusnahkan dalam peperangan dan kebangkitan. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1975, masih terdapat kira-kira 75 buah masjid yang bersejarah di negara ini.

Kita sudah pun mengkaji kebencian komunisme terhadap agama dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh komunis ke atas tanah penduduk Islam. Contohnya, rejim Maoist Khmer Rouge adalah rejim yang tersangat kejam di Kemboja. Ia mendapat kuasa melalui sokongan orang-orang Cina. Sewaktu rejim ini berkuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri.

Khmer Rouge adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhirnya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan. Selepas menawan negara itu, mereka telah menubuhkan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem pemerintahan yang memiliki sebuah parti politik sahaja), yang mana ia tidak pernah dilihat sebelum ini. Rejim Khmer Rouge memutuskan tugas utama komunis adalah untuk bekerja bermatia-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar – ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual -  telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.

Berehat sebentar semasa waktu berkerja, memakan hasil tuaian tanpa kebenaran walau sebahagian kecil sahaja, ataupun mengamalkan sebarang bentuk agama dianggap sebagai “aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan,” dan dengan itu pembunuhan pun bermula.  Di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah “padang pembunuhan.” Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.

Seperti disemua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisytiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat, dan rejim terbabit telah melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti. Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi.

The Black Book of Communism telah menggambarkan kebuasan yang dilakukan oleh rejim Khmer Rouge ke atas umat Islam Cham:
Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan. 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang berjaya hidup. Tidak seperti rakyat Kemboja yang lain, bangsa Cham sering memberontak, dan ramai di antara mereka yang mati dalam pembunuhan beramai-ramai dan serangan balas yang tercetus berikutan kebangkitan tersebut. Selepas pertengahan tahun 1978, rejim Khmer Rouge memulakan proses penghapusan sistematik ke atas masyarakat Cham, termasuklah wanita dan kanak-kanak... Ben Kiernan mengira bahawa kadar keseluruhan kematian di kalangan Cham ialah 50 peratus.65

Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa.

Sehingga hari ini sekali pun, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Islam atau untuk berkomunikasi dengan rakyat Kemboja di negara-negara lain. Ibadah secara berjemaah diharamkan. Vietnam turut memusnahkan semua artifak-artifak bersejarah yang mereka temui. Ketika ini terdapat hanya 20 buah masjid kecil yang masih berdiri di Kemboja.

Hari ini, berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh. Seperti juga Chechnya dan Turkestan Timur, peristiwa di Kemboja telah mendedahkan kepada dunia wajah sebenar kezaliman komunis.



TANZANIA
Tekanan Tidak Dapat Menghentikan Kebangkitan Kesedaran Islam

Umat Islam tiba di Tanzania yang terletak tengah-tenggara Afrika melalui sub-benua India. Kesan daripada aktiviti-aktiviti dakwah, masyarakat tempatannya telah meninggalkan gaya hidup kafir dan lalu memeluk agama Islam. Agama Islam dianuti oleh kira-kira 120 buah suku kaum di Tanzania.

Walaupun lebih separuh daripada masyarakatnya beragama Islam (dalam 55 peratus), umat Islam masih dilayan seperti puak minoriti. Masyarakat Kristian yang menjadi minoriti memegang tampuk pemerintahan. Umat Islam mewakili lebih dari separuh populasi Tanzania, namun negara ini masih digambarkan sebagai separuh Kristian dan separuh “agama tempatan.” 9 juta umat Islam sedang berhadapan dengan polisi sistematik Kritianisasi. Para pelajar sekolah menengah yang gagal mengamalkan ajaran Kristian akan disingkirkan. Dengan cara yang sama, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan Islam adalah dilarang, begitu juga dengan penyebaran Islam. Kerajaan juga turut mengharamkan bahasa Arab dan menunaikan haji. Walaupun kerajaan Tanzania melakukan polisi-polisi sedemikian, jumlah umat Islam di sana terus meningkat setiap hari.

Salah satu daripada polisi kerajaan yang bermatlamat untuk mengkristiankan masyarakat adalah dengan menubuhkan sistem kepercayaan Islam/Kristian di bawah nama Pergerakan Pembaharuan Islam. Rakyat adalah alat, dan sebagai sebahagian daripada polisi ini, mereka diberitahu supaya tidak perlu mengamalkan asas-asas Islam dengan begitu banyak. Mereka yang menentang kepercayaan yang mengelirukan ini akan dipenjara, atau dibunuh, atau dihalau keluar dari negara.


SRI LANKA
Terorisme yang Ditujukan Terhadap Umat Islam

Sri Lanka adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi yang memiliki umat Islam seramai kira-kira 2.6 juta orang. Pihak gerila Tamil yang melancarkan peperangan menentang pemerintahan kadang-kala turut menyerang perkampungan Islam dan membunuh penduduk yang tidak bersalah. Dalam satu pembunuhan beramai-ramai terbaru yang berlaku di perkampungan Mawanella, ia telah dimusnahkan sama sekali pada 3 Mei 2001. Umat Islam Sri Lanka telah membina sebuah laman web bagi membolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan di dalamnya mereka cuba menggambarkan penderitaan yang sedang mereka alami seperti berikut:
... Kami umat Islam, secara asasnya, adalah sebuah masyarakat yang menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan, dengan perkembangan terkini kami menceburkan diri dalam pelbagai lapangan profesional. Sumbangan kami terhadap pembangunan dan perkembangan Sri Lanka adalah sentiasa positif dan kami semenjak dahulu lagi telah membentuk pehubungan yang mesra dan rapat dengan semua komuniti yang tinggal bersama-sama kami.

Isu kumpulan pemisah Harimau Tamil telah mendatangkan kepayahan dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas di bahagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil masyarakat Sinhalese turut mengangkat senjata bagi menentang umat Islam, menyerang perniagaan kami, masjid-masjid dan juga kehidupan peribadi kami

Kami adalah masyarakat minoriti yang mencari kehidupan dan mahukan kewujudan keamanan dalam setiap lapisan masyarakat, memastikan kami dibenarkan untuk hidup dengan agama kami dan mengekalkan pendirian sosial yang sudah dilakukan sejak dahulu lagi... Kami bukannya sebuah masyarakat yang sukakan perpecahan dan keganasan seperti Tamil. Kami tidak suka menentang dan menunjukkan permusuhan terhadap masyarakat-masyarakat yang lain... Apa yang kami cari ialah kehidupan penuh sopan supaya kami dapat hidup aman dan selesa, meneruskan penyembahan kami terhadap Yang Maha Besar, menjalankan perniagaan dan profesion kami, dan mendidik serta membesarkan anak kami dengan cara yang mulia.66

Petikan di atas adalah bersumberkan kesedaran umat Islam Sri Lanka. Namun selama bertahun-tahun mereka masih gagal mencapai keamanan dan keselamatan yang dicari-cari. Dalam serangan terbaru sebagai contoh, kumpulan yang bersifat perkauman Budda Sri Lanka telah mengumpulkan al-Quran dan buku-buku Islam lain, termasuklah koleksi yang sukar dicari, teks yang berabad-abad lamanya, dan membakar kesemuanya di hadapan sebuah masjid. Dua buah masjid telah dibakar hangus dan lebih dari 90 peratus bangunan milik umat Islam telah dimusnahkan.

Ali Sahir Moulana, seorang ahli parlimen pembangkang yang beragama Islam memberitahu bahawa 3 buah masjid, 60 buah rumah, 80 buah kedai dan 2 stesen minyak milik umat Islam telah dibakar oleh kumpulan perusuh. Beliau turut mendakwa bahawa serangan-serangan tersebut dilakukan bertujuan untuk memusnahkan ekonomi umat Islam di Mawanella.


PATTANI
Kezaliman yang Tidak Berperikemanusiaan yang Dilakukan Ke Atas Umat Islam Thailand

Kawasan pergunungan dan perhutanan Pattani adalah yang terkaya di Thailand, dan ia menjadi sumber 35 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Namun demikian, umat Islam Patani, yang membentuk kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan populasi seramai 55 juta orang, sedang ditekan dan ditindas sejak 200 tahun, dan kini sedang berhadapan dengan polisi genocide.

Penderitaan umat Islam Pattani yang pertama bermula pada tahun 1782 apabila Dinasti Rama mula berkuasa di Pattani. Dinasti ini memindahkan ibu negaranya ke Bangkok dan seterusnya mewujudkan sebuah sistem pentadbiran moden. Pada waktu itu, pergaduhan berlaku di antara umat Islam Pattani dan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai orang-orang Siam, dan ia berlarutan selama beberapa hari. Banyak bandar-bandar Pattani yang habis dibakar, ibu pejabat militarinya dimusnahkan, dan kira-kira 4,000 orang umat Islam Pattani dipenjarakan oleh Siam sepanjang tempoh berlakunya pergaduhan itu.

Siam dengan kejam mendera mereka yang dipenjarakan, membawa mereka ke Bangkok dengan mengikat di antara satu sama lain dengan tali yang yang dikenakan pada telinga dan kaki mereka dengan menggunakan jarum, dan memaksa mereka bekerja mengorek terowong tanpa diberikan sebarang peralatan dan perkakasan.67 Sultan Pattani turut dibunuh dengan kejam oleh Siam. Thailand telah terbahagi kepada 7 kawasan selepas peperangan, dan Pattani dipaksa membayar cukai, dan berada selama 70 tahun yang berikutnya di bawah kawalan Siam. Umat Islam Pattani mendakwa bahawa mereka bukannya berbangsa Siam, dan mereka juga bukannya berbangsa Thailand, tetapi lebih kepada Indonesia dan Malaysia. Sebenarnya, mereka menggunakan Bahasa Melayu, iaitu bahasa umat Islam Malaysia. Walaupun bahasa tersebut telah ditulis dalam huruf Arab selama beratus-ratus tahun, mereka telah dipaksa untuk menggunakan huruf Roman oleh kerajaan Thailand.

Pada tahun 1909, Siam menganugerahkan kepada Pattani sesuatu yang kononnya dipanggil kemerdekaan, walaupun polisi menindas kerajaan Thailand tidak berubah sama sekali. Umat Islam Pattani bangkit bagi menuntut kemerdekaan sebenar selama berkali-kali, tetapi pasti dikalahkan dengan kejam sekali, lalu menyebabkan mereka berhijrah beramai-ramai ke Malaysia.

Para pemerintah Thai terus menjalankan polisi menekan dan asimilasi yang bertujuan untuk memadamkan identiti Islam Pattani. Tindakan yang pertama berlaku pada tahun 1932, apabila pertubuhan-pertubuhan pendidikan Islam telah diharamkan dari menjalankan sebarang kegiatan. Polisi penghapusan yang lebih besar telah dimulakan pada tahun 1944, dan mengakibatkan umat Islam Pattani dan ahli keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh para penganut Budda. Pengamalan rukun-rukun Islam dilarang sama sekali, dan ajaran Budda mula disebarkan kepada masyarakat. Ajaran Buddhisme menjadi wajib di sekolah-sekolah, dan para pelajar Islam dipaksa mengamalkan ajaran-ajaran Budda.

Selama bertahun-tahun, para pemerintah Thailand telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Pattani. Pada tahun 1944, 125 buah keluarga Islam yang tinggal di Belukar Samak telah dibakar hidup-hidup. Polisi-polisi asimilasi yang dilaksanakan oleh Thailand dapat dilihat dan dirasai dalam setiap aspek kehidupan. Banyak menara-menara yang diruntuhkan di Pattani.

Sebagai sebahagian daripada polisi asimilasi ini, keseimbangan demografi di kawasan Pattani turut diubah apabila orang-orang Budda digalakkan supaya berpindah ke sana. Patung Budda terbesar di Thailand telah ditegakkan di Pattani, dan umat Islam dipaksa supaya menyembahnya. Sesiapa yang enggan telah dibunuh atau dicampakkan ke Kota River.

Pada masa yang sama, tempat perlindungan pejuang kebebasan Pattani telah diruntuhkan oleh kerajaan Thailand dan beratus-ratus rakyat Pattani yang tidak bersalah telah didera. Para ulama Islam yang terkenal telah mati di bawah keadaan yang sangat mencurigakan di pusat-pusat kesihatan milik kerajaan Thailand. Pembunuhan dan kehilangan yang tidak berkesudahan sudah menjadi darah daging kehidupan.

Perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan oleh umat Islam Pattani, yang sedang mengalami penderitaan, bermula selepas Perang Dunia II dan berterusan sehingga ke hari ini.



KESIMPULAN
Era Kebangkitan Ummah; Zaman Keemasan
Pada awal bab buku ini, kita telah pun membincangkan tentang dunia Islam yang kucar-kacir dan konflik-konflik yang semakin meningkat. Kita telah lihat bagaimana rakyat yang tidak bersenjata berjuang untuk meneruskan kehidupan di celah-celah pertempuran bersenjata, penderitaan yang dialami di kem-kem pelarian, dan kesengsaraan yang dirasai oleh mereka yang dinafikan hak beragama. Para pembaca mungkin terkejut dengan kisah-kisah yang didedahkan ini. Seseorang yanga gagal berfikir sedalam-dalamnya mungkin akan melakukan kesilapan dengan menganggap adalah sesuatu yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, dan juga menganggap apa sahaja yang dilakukan tidak akan membawa sebarang keputusan yang positif. Namun pada hakikatnya, ia berbeza sama sekali. Apa yang sedang berlaku adalah satu berita baik dan setiap inci perkara adalah satu tanda kedatangan zaman penuh rahmat yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.  Dengan kata lain ia adalah petanda kepada Akhir Zaman.


Segala Peristiwa di Tanah Umat Islam Adalah Petanda Akhir Zaman

Konsep “Akhir Zaman” mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya. Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia.

Hadith (kata-kata) dari Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan segala perkara tentang peristiwa Akhir Zaman. Ramai ulama-ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung.

Pada zaman-zaman awal Akhir Zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari. Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih menggembirakan.

Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadith, zaman ini yang sebagai “zaman tanpa senjata,” dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadith dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut:
... kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air. (Sunan Ibnu Majah)
Pertempuran akan meletakkan senjatanya (Sunan Ibnu Majah)

Seperti yang telah diberitahu oleh hadith tersebut, sewaktu Zaman Keemasan, wujud sebuah ikatan yang baik di antara masyarakat yang berbagai-bagai, terutama sekali mereka yang pernah berkonflik, dan persaudaraan serta kasih sayang akan menggantikan konflik yang pernah berlaku.



Umat Islam Pernah Menghadapi Kesukaran yang Sama Dahulu

Sepanjang buku ini kita telah melihat banyak penerangan-penerangan terperinci tentang penderitaan yang berlaku di negara-negara Islam, termasuk pengeboman hospital bersalin di Chechnya, pembunuhan kejam ke atas wanita hamil di Bosnia, dan pembunuhan ke atas kanak-kanak kecil yang dilakukan oleh askar-askar Israel di Palestin. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk lagi pernah dirasai oleh masyarakat Islam di zaman dahulu. Para pemerintah ateis atau pun pemimpin terkenal dari pelbagai bangsa telah mendera utusan-utusan yang dihantar kepada mereka dan juga masyarakat yang beriman. Mereka telah mengusir rakyat yang tidak bersenjata dari tanah air mereka dan terus menindas mereka. Salah satu contoh paling jelas ialah Firaun. Sewaktu Firaun menikmati hidup yang penuh mewah, pemerintah Mesir purba ini telah menyebabkan penderitaan ke atas umat Islam di waktu itu, dengan kata lain ke atas kaum Bani Israel. Allah telah menggambarkan penderitaan kaum Bani Israel di dalam al-Quran:
Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu dari (Firaun) dan para pengikutnya; mereka mengenakan seksaan berat ke atas kamu, mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan anak-anak perempuanmu hidup. Dan pada yang demikian itu ada ujian-ujian yang besar dari Tuhanmu. (Al-Baqarah, 2:49)

Satu rahsia penting telah diberitahu menerusi ayat ini: Kekejaman Firaun adalah untuk menguji keimanan seseorang. Dengan cara yang sama, Allah mahu menguji umat Islam pada hari ini dengan kekejaman yang sama. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia ini dan juga syurga-Nya yang penuh dengan segala nikmat di Hari Akhirat nanti. Kenikmatan yang tidak terbatas di syurga adalah sebagai balasan ke atas orang-orang beriman yang telah hidup di dalam dunia yang sementara ini. Banyak masyarakat Islam yang telah mengalami kepayahan serupa di zaman dahulu, dan ia diuji lagi ke atas umat Islam hari ini. Allah telah menerangkannya seperti berikut:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)

Seperti yang kita dapat lihat menerusi ayat ini, orang-orang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah dengan kesusahan dan masalah, namun Allah sentiasa memberikan bantuan. Di samping itu, seperti yang diterangkan oleh ayat tersebut, pertolongan itu pasti datang segera.



Apabila Moral Islam Menguasai Dunia, Kekejaman Akan Berakhir

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang merujuk kepada dominasi Islam di serata dunia. Terdapat banyak persamaan di antara semua ini dengan apa yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang Zaman Keemasan. Memandangkan zaman ini tidak datang di zaman kita, jelaslah bahawa dominasi Islam yang meluas yang diceritakan di dalam al-Quran sebenarnya merujuk kepada Akhir Zaman yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. Di sini adalah beberapa contoh berkenaan dengan kekuatan dan kekuasaan yang diberikan terhadap mereka yang mengikut ajaran-ajaran al-Quran:
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia pasti akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) ini maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nuur, 24:55)
Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang.” Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Mujaadilah, 58:21)
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya di atas segala-segala agama meskipun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (Ash Shaff, 61:8-9)

Juga telah menjadi ketetapan Allah, yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, bahawa mereka yang benar-benar percaya bahawa tiada tuhan selain Allah akan mewarisi bumi ini:
Dan sungguh telah Kami tulis dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis) dalam Lauh Mahfuz, bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiyaa’, 21:105)
Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka memohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah orang-orang yang melakukan sesuka hati lagi keras kepala. (Ibrahim, 14:14-15)
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mencontohi (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya). (Al-Anbiyaa’, 21:18)



Kekayaan Yang Melimpah Ruah pada Zaman Keemasan
Di samping kedamaian dan keselamatan, Zaman Keemasan juga adalah suatu zaman yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah dari segi hasil keluaran dan barangan. Setiap insan akan menikmati lebih dari apa yang diingini, dan tidak wujud kelaparan dan kemiskinan. Orang-orang mukmin, dan mereka yang berusaha di jalan Allah, akan menerima segala kebaikan terhadap apa yang mereka usahakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Kekayaan yang dapat dirasakan pada setiap masa adalah datang dari kemurahan Allah yang diberikan kepada mereka yang mengamalkan ajaran al-Quran. Segala amal kebaikan mereka akan dipulangkan dalam bentuk kekayaan yang melimpah-ruah. Di dalam satu ayat, Allah telah menggambarkan kemewahan yang akan dinikmati oleh orang-orang mukmin yang sedia mengorbankan harta benda mereka di jalan Allah:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)

Banyak hadith yang menerangkan tentang masa tersebut yang mana kemewahan hasil keluarannya adalah tersangat banyak sehingga mereka tidak tahu hendak diberikan kepada siapa:
Sewaktu (zaman) itu, umatku akan hidup dengan selesa dan bebas yang tidak pernah mereka bayangkan. (Tanah) akan mengeluarkan hasil tanaman dan menumbuhkan apa sahaja dan harta benda ketika itu adalah melimpah-ruah. (Sunan Ibnu Majah)

... Penduduk langit dan bumi akan berasa gembira. Bumi akan menumbuhkan apa sahaja, dan langit akan menurunkan hujan dengan selebat-lebatnya. Daripada segala kebaikan yang Allah anugerahkan kepada penduduk bumi, yang hidup akan berharap agar yang mati dapat hidup semula. (Yanabi’ al-mawadda, Jilid 2, halaman 177)

Bumi akan bertukar menjadi seperti dulang perak yang menumbuhkan sayur-sayuran...(Sunan Ibnu Majah)

Apabila ajaran al-Quran diamalkan, setiap lapisan masyarakat akan menikmati sebuah persekitaran yang adil, aman dan selamat. Kesannya, manusia akan berpaling dari kesalahan, kejahatan, penipuan dan maksiat. Hadith di bawah menerangkan tentang zaman yang penuh adil itu:
Bumi akan dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sepertimana ia pernah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. (Riwayat Abu Daud)
Hati-hati manusia akan dipenuhi dengan ketaatan, dan keadilan wujud di mana-mana. (Bihar al-anwar, Jilid 51, halaman 74)



Berita Baik Zaman Keemasan

Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.

Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini. Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.

Adalah salah untuk berkata, “Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya.” Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan. Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama.

Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk menghapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa’, 21:18)

Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.

Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman.



LAMPIRAN
Salah Faham Tentang Evolusi
Segala sesuatu yang wujud di alam ini merupakan ciptaan oleh yang maha berkuasa. Sebaliknya, golongan materialis telah melakukan kesilapan yang tidak saintifik kerana cuba menafikan hakikat penciptaan alam semesta ini.

Apabila fahaman materialisme telah terbukti salah, maka segala falsafah yang bersandarkan kepada fahaman tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Fahaman yang paling menonjol sekali adalah Darwinisme, iaitu suatu fahaman yang berkaitan dengan teori evolusi. Teori yang mengatakan bahawa semua benda hidup berasal daripada benda-benda tidak hidup secara kebetulan itu, telah pun ditolak dengan suatu pengiktirafan bahawa alam ini telah dicipta oleh Tuhan. Hugh Ross, seorang ahli astrofizik Amerika telah menjelaskan hal tersebut seperti berikut:

Ateisme, Darwinisme, dan segala ‘isme’ yang muncul daripada falsafah-falsafah abad ke-18 sehingga abad ke-20 telah didirikan di atas dasar tekaan semata-mata, suatu tekaan salah yang mengatakan bahawa alam ini adalah infiniti. Keajaiban telah membawa kita secara berdepan dengan sebab – atau penyebab – melampaui/terselindung/sebelum alam ini dan segala apa yang terkandung di dalamnya, termasuklah kehidupan itu sendiri.68

Ia sebenarnya adalah Tuhan yang telah menciptakan alam ini dan membentuknya dengan begitu terperinci sekali. Oleh itu, amat mustahil untuk kita menerima teori evolusi yang mendakwa bahawa segala benda hidup tidak dicipta oleh Tuhan, sebaliknya telah tercipta secara kebetulan.

Oleh itu, tidaklah menjadi sesuatu yang memeranjatkan apabila kita melihat teori evolusi itu sendiri amat bertentangan dengan penemuan-penemuan sains semasa. Reka bentuk makhluk hidup adalah sangat kompleks dan begitu mengagumkan. Di dalam dunia benda-benda tidak hidup, kita dapat melihat betapa sensitifnya keseimbangan di antara atom-atom. Di dalam dunia benda-benda hidup pula, kita juga dapat melihat bagaimana atom-atom tersebut berinteraksi untuk membentuk suatu reka bentuk yang kompleks, dan mekanisme serta struktur yang dibentuk daripada mereka seperti protein, enzim, dan sel adalah terlalu menakjubkan.

Reka bentuk kehidupan yang amat menakjubkan itu telah menolak fahaman Darwinisme pada akhir abad ke-20.

Kami telah pun membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci di dalam kajian-kajian yang lain, dan kami akan terus melakukannya. Walau bagaimanapun, setelah menyedari betapa pentingnya perkara tersebut, kami berpendapat bahawa amatlah baik jika rumusan ringkas tentang teori evolusi turut diselitkan di dalam buku ini



Kejatuhan Saintifik Darwinisme

Walaupun doktrin tentang teori evolusi bermula sejak zaman Greek purba lagi, teori evolusi sebenarnya mula berkembang secara meluas pada abad ke-19. Buku Charles Darwin yang bertajuk The Origin of Species yang diterbitkan pada tahun 1859 telah menjadi sebab utama perkembangan teori tersebut, yang akhirnya menjadikan teori tersebut popular di dalam dunia sains. Di dalam buku tersebut, Darwin telah menafikan bahawa kepelbagaian spesis yang hidup di muka bumi ini telah dicipta oleh Tuhan. Menurutnya, segala makhluk hidup hanya mempunyai satu nenek-moyang yang telah mengalami perubahan-perubahan kecil secara beransur-ansur mengikut peredaran masa.

Teori Darwin tidak disandarkan kepada sebarang penemuan saintifik yang konkrit; seperti mana yang diakui olehnya sendiri, ia sekadar satu ‘tekaan’. Tambahan pula, Darwin telah mengaku menerusi satu bab panjang di dalam bukunya yang bertajuk Difficulties of the Theory (Kesukaran-kesukaran Teori), bahawa teori tersebut gagal menjawab pelbagai soalan-soalan kritikal.

Darwin meletakkan segala harapannya kepada penemuan-penemuan sains yang baru untuk menyelesaikan Difficulties of the Theory. Walau bagaimanapun, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan kerana segala penemuan-penemuan saintifik hanya melebarkan lagi dimensi kesulitan tersebut.

Kekalahan Darwinisme kepada sains boleh dilihat menerusi tiga topik asas yang berikut:
1) Teori tersebut gagal menjelaskan bagaimana kehidupan bermula di bumi.
2) Tiada penemuan saintifik yang menunjukkan bahawa “mekanisme evolusi” yang dicadangkan oleh teori tersebut benar-benar berupaya untuk melakukan evolusi.
3) Rekod fosil dengan jelas menentang idea-idea teori evolusi.



Langkah Pertama yang Gagal Diatasi: Asal-usul Kehidupan

Teori evolusi menganjurkan bahawa segala makhluk hidup yang wujud pada hari ini telah berevolusi daripada satu sel tunggal yang dikatakan wujud pada zaman primitif bumi kira-kira 3.8 bilion tahun yang lalu. Bagaimana satu sel tunggal dapat menghasilkan berjuta-juta spesis yang sangat kompleks, dan jika evolusi tersebut benar-benar berlaku, mengapa tiada kesan yang dapat dilihat pada rekod fosil? Inilah di antara soalan-soalan yang gagal di jawab oleh teori tersebut. Walau bagaimanapun, soalan pertama dan yang paling penting adalah tentang langkah pertama proses evolusi tersebut: Apakah asal-usul “sel pertama” itu?

Oleh kerana teori evolusi menafikan hakikat penciptaan dan tidak menerima sebarang campur tangan sebarang kuasa yang luar biasa, “sel pertama” turut dikatakan tercipta secara kebetulan mengikut hukum-hukum alam, tanpa sebarang bentuk, perancangan, dan susunan. Berdasarkan teori tersebut, benda-benda tidak hidup menghasilkan benda-benda hidup secara kebetulan. Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak konsisten dengan sebarang teori biologi yang tidak dapat disangkal sama sekali.



‘Kehidupan Muncul Daripada Kehidupan’

Dalam bukunya, Darwin tidak pernah menyentuh tentang asal-usul kehidupan. Kefahaman sains yang agak primitif pada zamannya mengatakan bahawa makhluk hidup mempunyai struktur yang amat ringkas. Sejak zaman pertengahan lagi, teori generasi spontan yang mengatakan bahawa benda-benada hidup berasal daripada benda-benda tidak hidup telah diterima dengan meluas sekali. Sudah menjadi suatu kepercayaan bahawa serangga muncul daripada makanan yang ditinggalkan, manakala tikus terbentuk daripada gandum. Pelbagai eksperimen yang menarik telah dijalankan untuk membuktikan kebenaran teori tersebut. Sedikit gandum telah diletakkan di atas helaian kain yang kotor, dan dipercayai bahawa tikus akan muncul daripada gandum tersebut selepas beberapa ketika.

Dengan cara yang serupa, cacing yang muncul daripada daging turut dianggap sebagai bukti generasi spontan. Walau bagaimanapun, hanya setelah beberapa lama barulah difahami bahawa cacing tidak muncul daripada daging secara spontan, sebaliknya dibawa oleh lalat dalam bentuk larva yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ketika zaman Darwin menulis The Origin of Species sekali pun, kepercayaan bahawa bakteria terhasil daripada benda-benda tidak hidup masih diterima secara meluas dalam dunia sains.

Walau bagaimanapun, lima tahun selepas penerbitan buku Darwin, Louis Pastuer mengumumkan keputusan eksperimen dan kajiannya yang telah berjaya menyangkal teori generasi spontan yang menjadi batu asas teori Darwin. Di dalam satu syarahannya di Sorbonne pada tahun 1864, Pastuer berkata, “Doktrin generasi spontan tidak akan dapat pulih kembali setelah disangkal hebat oleh eksperimen yang sangat ringkas ini.” 69

Penyokong-penyokong teori Darwin menentang penemuan Pastuer untuk satu tempoh yang agak panjang. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan sains yang berjaya membongkar struktur sel yang sangat kompleks, idea yang mengatakan bahawa kehidupan wujud secara kebetulan semakin menemui jalan buntu.


Usaha yang Tidak Berkesimpulan Pada Abad ke-20

Ahli evolusi pertama yang mengkaji asal-usul kehidupan  pada abad ke-20 adalah seorang ahli biologi Rusia yang bernama Alexander Oparin. Beliau cuba membuktikan bahawa sel hidup boleh terjadi secara kebetulan, dengan mengemukakan pelbagai tesis pada tahun 1930-an. Kajian-kajian tersebut walau bagaimanapun telah menemui kegagalan, dan Oparin terpaksa membuat pengakuan: “Malangnya, masalah tentang asal-usul sel mungkin merupakan titik paling kabur di dalam kajian tentang evolusi organisma.”70

Ahli evolusi selepas Oparin terus dan terus mencuba menjalankan eksperimen demi eksperimen untuk menyelasaikan masalah tentang asal-usul kehidupan. Stanley Miller, seorang ahli kimia Amerika telah menjalankan satu eksperimen yang sangat terkenal pada tahun 1953. Dengan mencampurkan gas-gas yang didakwanya wujud di dalam atmosfera zaman awal bumi di dalam eksperimennya, dan kemudian menambahkan tenaga ke dalam campuran tersebut, Miller telah mensintesis beberapa molekul-molekul organik (asid amino) yang hadir di dalam struktur protein.

Eksperimen tersebut terbukti salah hanya beberapa tahun selepas eksperimen yang dikatakan menjadi titik penting dalam kajian evolusi itu dijalankan. Ini kerana keadaan atmosfera yang digunakan dalam eksperimen tersebut adalah berbeza sama sekali dengan keadaan sebenar zaman awal bumi.71

Selepas membisu sekian lama, Miller akhirnya mengakui bahawa keadaan atmosfera yang digunakannya adalah tidak realistik.72

Segala usaha ahli evolusi abad ke-20 untuk menerangkan asal-usul kehidupan telah berakhir dengan kegagalan. Ahli geokimia, Jeffrey Bada daripada San Diego 5Scripps Institute telah menerima hakikat tersebut di dalam satu artikel yang disiarkan di dalam Earth Magazine pada tahun 1998:

Pada hari ini sedang kita meninggalkan abad ke-20, kita masih berhadapan dengan masalah paling besar yang tidak dapat diselesaikan seperti mana yang telah kita jumpa apabila memasuki abad ke-20: Bagaimana kehidupan bermula di bumi?73



Struktur Kehidupan yang Kompleks

Sebab utama mengapa teori evolusi menemui jalan buntu tentang asal-usul kehidupan adalah kerana organisma yang paling ringkas sekalipun mempunyai struktur kompleks yang sangat menakjubkan. Sel hidup adalah lebih kompleks daripada sebarang produk teknologi yang dihasilkan oleh manusia. Hari ini, walaupun di dalam makmal yang paling canggih sekali pun, sel hidup masih tidak dapat disintesis daripada bahan-bahan bukan organik.

Keadaan-keadaan yang diperlukan untuk pembentukan satu sel adalah amat mustahil untuk diterangkan secara kebetulan. Kebarangkalian untuk protein, blok pembina sel, tercipta secara kebetulan, adalah 1 dalam 10950 untuk satu rangkaian protein yang secara purata terdiri daripada 500 asid amino. Di dalam matematik, kebarangkalian yang lebih kecil daripada 1 dalam 1050 secara praktikal dianggap mustahil.

Molekul DNA yang terletak di dalam nukleus dan menyimpan maklumat genetik merupakan gedung data yang sangat menakjubkan. Jika informasi yang tersimpan di dalam DNA dikira dan seterusnya ditulis, ia akan memerlukan satu perpustakaan besar yang mempunyai 900 jilid ensiklopedia yang setiap satu setebal 500 muka surat.

Satu dilema yang menarik muncul di sini: DNA hanya boleh bereplikasi (berganda) dengan bantuan sesetengah protein khas (enzim). Walau bagaimanapun, enzim tersebut hanya dapat dihasilkan daripada maklumat yang tersimpan di dalam DNA. Memandangkan mereka saling bergantung di antara satu sama lain, maka mereka semestinya wujud dalam masa yang sama untuk membolehkan replikasi berlaku. Ini membawa kepada kebuntuan senario yang mengatakan kehidupan terjadi dengan sendirinya. Prof. Leslie Orgel, seorang ahli evolusi yang mempunyai nama baik di University of San Diego, California, telah mengakui hakikat tersebut di dalam majalah Scientific American keluaran September 1994:

Adalah sesuatu yang sangat mustahil bagi protein dan asid nukleik, yang kedua-duanya mempunyai struktur yang sangat kompleks, terhasil dengan sendirinya di tempat dan masa yang sama. Namun, ia juga kelihatan mustahil untuk salah satu wujud tanpa yang satu lagi. Dan juga, secara sepintas lalu, seseorang boleh menyimpulkan bahawa kehidupan sebenarnya, tidak boleh wujud daripada tindak balas kimia.74

Tidak ragu lagi, jika kehidupan mustahil berasal daripada sebab-sebab semula jadi, maka haruslah diterima bahawa kehidupan telah ‘dicipta’ dengan cara yang sangat luar biasa. Hakikat ini terang-terangan menolak teori evolusi, yang tujuan utamanya adalah untuk menafikan hakikat penciptaan.



Mekanisme Khayalan Evolusi

Poin kedua terpenting yang menyangkal teori Darwin adalah “mekanisme evolusi” yang dicadangkan oleh teori tersebut, telah difahami bahawa tidak mempunyai sebarang daya penggerak evolusi.

Darwin menyandarkan kesuluruhan idea evolusinya kepada mekanisme natural selection (pemilihan semula jadi). Kepentingan mekanisme tersebut kepada teori evolusi dapat dibuktikan menerusi bukunya: The Origin of Species, By Means of Natural Selection...

Natural selection mengatakan bahawa makhluk-makhluk hidup yang lebih kuat dan lebih sesuai kepada keadaan persekitaran tempat tinggal mereka akan terselamat di dalam perjuangan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai contoh, apabila kawanan rusa diserang oleh haiwan liar, hanya yang dapat berlari laju akan terselamat. Maka, kawanan rusa akan terdiri daripada individu-individu yang lebih pantas dan lebih kuat. Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalan ialah, mekanisme tersebut tidak menyebabkan rusa-rusa tersebut berevolusi dan seterusnya berubah kepada suatu spesis yang lain, misalnya kuda.

Oleh itu, mekanisme pemilihan semula jadi tidak mempunyai sebarang daya evolusi. Darwin turut menyedari akan hal tersebut dan telah menyatakan di dalam buku The Origin of Species:
“Natural selection” tidak dapat melakukan apa-apa sehinggalah perbezaan atau variasi individu yang baik berlaku.75



Kesan Lamarck
Jadi, bagaimanakah ‘variasi baik’ ataupun favourable variations dapat berlaku? Darwin cuba menjawab persoalan tersebut bersandarkan pendirian sains yang primitif pada zamannya. Berdasarkan pendapat ahli biologi Perancis, Lamarck, yang hidup sebelum Darwin, makhluk hidup mewariskan sifat-sifat yang dimiliki semasa hayat mereka kepada generasi seterusnya dan sifat-sifat ini, berkumpul dari satu generasi ke satu generasi, dan seterusnya menyebabkan spesis yang baru terbentuk. Sebagai contoh, berdasarkan kepada Lamarck, zirafah berevolusi daripada antelop; apabila mereka berusaha untuk memakan pucuk-pucuk yang lebih tinggi, leher mereka menjadi semakin panjang dari satu generasi ke satu generasi.

Darwin turut memberi contoh-contoh yang serupa, dan di dalam bukunya The Origin of Species, sebagai contoh, beliau mengatakan bahawa beruang yang mencari makanan di dalam air telah bertukar menjadi paus secara beransur-ansur.76

Walau bagaimanapun, hukum pewarisan (laws of inheritance) yang ditemui oleh Mendel dan telah pun disahkan benar oleh sains genetik yang mula  berkembang pada abad ke-20, dengan jelas telah menyangkal legenda yang mengatakan sifat-sifat yang dimiliki diperturunkan kepada generasi yang berikutnya. Oleh itu, sepertimana mekanisme evolusi, natural selection juga turut menemui kegagalan.



Neo-Darwinisme dan Mutasi
Dalam usaha mencari jawapan, ahli-ahli Darwin telah mengemukakan ‘Teori Sintetik Moden’, atau pun lebih dikenali sebagai Neo-Darwinisme, pada penghujung tahun 1930-an. Mutasi telah ditambah di dalam Neo-Darwinisme sebagai ‘penyebab variasi baik’ sebagai tambahan kepada mutasi semula jadi. Mutasi merupakan kecacatan genetik yang berlaku kepada makhluk hidup disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti radiasi atau pun kesilapan semasa proses replikasi.

Pada hari ini, Neo-Darwinisme adalah model yang menjadi tulang belakang kepada teori evolusi. Teori tersebut masih menganggap bahawa jutaan makhluk hidup yang wujud di bumi terhasil daripada suatu proses, yang mana pelbagai organ-organ organisma yang kompleks seperti mata, telinga, paru-paru, dan kepak telah mengalami mutasi, iaitu sejenis kecacatan genetik. Namun, fakta saintifik yang lebih tepat telah menyangkal teori tersebut: Mutasi tidak menyebabkan makhluk hidup menjadi lebih sempurna; sebaliknya mutasi hanya membawa kemusnahan kepada mereka.

Sebabnya mudah sahaja: DNA mempunyai struktur yang tersangat kompleks dan kesan rawak yang berlaku ke atasnya akan membawa kepada kerosakan. Ahli genetik Amerika, B.G. Ranganathan telah menerangkan seperti berikut:

Pertama, mutasi asli jarang berlaku di dalam alam ini. Kedua, kebanyakan mutasi membawa bahaya kerana ia melibatkan perubahan rawak, dan tidak membawa kepada perubahan yang lebih tersusun di dalam struktur genetik; sebarang perubahan rawak di dalam satu sistem yang tersusun sempurna akan menjadikan keadaan lebih teruk, dan bukannya lebih baik. Sebagai contoh, jika gempa bumi mengegarkan satu sistem yang tersusun sempurna seperti bangunan, sebarang perubahan rawak yang berlaku ke atas rangka bangunan tersebut tidak akan menjadikannya lebih sempurna, di dalam setiap kebarangkalian.77

Tidaklah mengejutkan bahawa tiada contoh mutasi yang membawa kebaikan, yang boleh menyempurnakan lagi kod genetik, yang dapat diperhatikan setakat ini. Semua mutasi telah terbukti membawa kepada keburukan. Telah difahami bahawa mutasi yang dikatakan menjadi mekanisme evolusi, sebenarnya merupakan kejadian genetik yang membawa keburukan kepada makhluk hidup, dan seterusnya membawa kepada kecacatan. (Kesan lazim mutasi ke atas manusia ialah kanser). Tanpa ragu lagi, mekanisme pemusnah tersebut tidak boleh menjadi “mekanisme evolusi”. Natural selection pula sebaliknya, ‘tidak dapat melakukan apa-apa dengan sendirinya’, seperti mana yang telah diakui oleh Darwin sendiri. Fakta ini telah menunjukkan kepada kita bahawa tiada “mekanisme evolusi” yang wujud di alam ini. Memandangkan tiada mekanisme evolusi yang wujud, maka proses imaginasi yang dipanggil evolusi itu juga mustahil untuk berlaku.



Rekod Fosil: Tiada Bentuk Perantara

Rekod fosil menjadi bukti penting yang menunjukkan bahawa senario yang dicadangkan oleh teori evolusi sebenarnya tidak berlaku.

Berdasarkan teori evolusi, setiap makhluk yang hidup berasal daripada satu nenek-moyang. Spesis yang wujud sebelum ini telah bertukar menjadi sesuatu yang lain mengikut peredaran masa dan semua spesis wujud dengan cara ini. Berdasarkan teori tersebut, proses transformasi ini telah berlaku secara beransur-ansur sejak berjuta-juta tahun.

Jika ia benar-benar berlaku, pelbagai spesis perantara pasti pernah wujud dan hidup di dalam period transformasi ini.

Sebagai contoh, haiwan separuh-ikan/separuh-reptilia yang memiliki sifat-sifat reptilia sebagai tambahan kepada sifat-sifat ikan yang sudah sedia ada pasti pernah wujud suatu ketika dahulu. Ataupun, beberapa haiwan reptilia-burung yang memiliki sifat-sifat burung sebagai tambahan kepada sifat-sifat reptilia yang sudah sedia ada pasti pernah wujud juga. Memandangkan spesis tersebut masih di dalam fasa peralihan, maka mereka merupakan makhluk yang lumpuh, cacat, dan pincang. Ahli evolusi merujuk makhluk khayalan yang dipercayai wujud suatu ketika dahulu sebagai “bentuk transisi” ataupun “transitional forms.”

Jika haiwan-haiwan tersebut pernah benar-benar wujud, sudah pasti ada berjuta malah berbilion-bilion bilangan dan bentuk-bentuk mereka. Apa yang lebih penting, tinggalan makhluk-makhluk ganjil tersebut pasti terdapat di dalam rekod-rekod fosil. Darwin telah menerangkan di dalam The Origin of Species:

Jika teori saya benar, pelbagai bentuk peralihan yang tidak terkira banyaknya, yang menghubungkan semua spesis daripada kumpulan-kumpulan yang sama bersama-sama, pasti wujud... Oleh itu, bukti kewujudan mereka hanya dapat diperolehi melalui tinggalan fosil.78


Harapan Darwin Berkecai

Namun demikian, walaupun ahli evolusi telah berusaha gigih untuk mencari fosil-fosil semenjak abad ke-19 lagi di serata dunia, bentuk transisi masih tidak dapat ditemui. Semua fosil yang ditemui dalam proses penggalian berbeza daripada jangkaan ahli-ahli evolusi. Kehidupan bermula di bumi secara tiba-tiba dan dalam bentuk yang serba sempurna.

Ahli paleontologi termasyhur British, Derek V. Ager, telah mengakui hakikat tersebut, walaupun dia sendiri seorang ahli evolusi:

Poin yang muncul apabila kita mengkaji rekod fosil secara terperinci, sama ada pada tahap susunannya atau spesis, kita menemukan bahawa – lagi dan lagi – evolusi secara beransur-ansur tidak berlaku, sebaliknya mereka terjadi secara tiba-tiba tanpa melibatkan yang lain.79

Ini bermakna bahawa daripada rekod fosil, semua spesis hidup muncul secara tiba-tiba di dalam bentuk yang sempurna, tanpa mempunyai sebarang bentuk peralihan. Ini amat berlawanan dengan tekaan Darwin. Juga, ia menjadi satu bukti kukuh bahawa semua makhluk hidup telah dicipta. Satu-satunya penerangan tentang bagaimana spesis hidup secara tiba-tiba muncul dalam keadaan yang serba lengkap tanpa berevolusi daripada sebarang nenek-moyang ialah spesis-spesis tersebut sebenarnya telah dicipta. Hakikat ini telah diperakui benar oleh seolah ahli evolusi biologi yang terkenal iaitu Douglas Futuyama:
Penciptaan dan evolusi, di antara mereka, telah merumitkan penerangan-penerangan mungkin tentang asal-usul kehidupan. Organisma muncul di bumi sama ada dalam bentuk yang serba sempurna atau pun sebaliknya. Jika sebaliknya, mereka pasti berasal daripada spesis yang telah sedia wujud dengan melalui beberapa proses modifikasi. Jika mereka muncul dalam keadaan yang serba sempurna, mereka sudah pasti dicipta oleh satu kebijaksanaan yang sangat berkuasa.80

Fosil menunjukkan bahawa makhluk hidup muncul dalam keadaan yang serba lengkap dan sempurna. Ini bermakna bahawa “asal-usul spesis” adalah berbeza daripada sangkaan Darwin, iaitu ia tidak melalui proses evolusi sebaliknya melalui penciptaan.



Kisah Evolusi Manusia

Perkara yang sering dibincangkan oleh para penyokong teori evolusi adalah berkenaan tentang asal-usul manusia. Ahli-ahli Darwin mengatakan bahawa manusia moden pada hari ini berevolusi daripada beberapa jenis makhluk yang seperti beruk. Sepanjang proses evolusi ini, yang dianggarkan bermula kira-kira 4-5 juta tahun yang dahulu, beberapa “bentuk transisi” di antara manusia moden dan nenek-moyangnya telah didakwa wujud. Berdasarkan kepada senario yang khayalan semata-mata ini, empat “kategori” asas telah disenaraikan:
1) Australopithecus
2) Homo habilis
3) Homo erectus
4) Homo sapiens

Ahli evolusi memanggil makhluk seperti beruk yang kononnya merupakan nenek-moyang manusia yang pertama sebagai “Australopithecus” yang bermaksud “Beruk Afrika Selatan”. Makhluk hidup itu sebenarnya merupakan spesis beruk lama yang telah pun pupus. Kajian meluas telah dilakukan ke atas spesimen-spesimen Australopithecus oleh dua orang ahli anatomi terkenal dari England dan Amerika, yang bernama, Lord Solly Zuckerman dan Prof. Charles Oxnard, menunjukkan bahawa spesimen-spesimen tersebut adalah berasal daripada spesis beruk biasa yang telah pupus dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan manusia.81

Ahli evolusi mengelaskan tahap seterusnya di dalam evolusi manusia sebagai “homo” yang bermaksud “manusia”. Berdasarkan kepada hujah ahli evolusi, makhluk hidup di dalam siri Homo adalah lebih maju daripada Australopithecus. Ahli evolusi telah membina satu skema evolusi yang fantasi dengan menyusun fosil-fosil makhluk-makhluk tersebut di dalam susunan-susunan yang tertentu. Skema ini adalah satu khayalan semata-mata kerana ia tidak pernah membuktikan hubungan evolusi di antara makhluk-makhluk tersebut yang datang dari kelas-kelas yang berbeza. Ernst Mayr, salah seorang penyokong teori evolusi dalam abad ke-21, telah berhujah di dalam bukunya One Long Argument bahawa “teka-teki bersejarah seperti asal-usul kehidupan atau Homo sapiens, adalah sangat rumit dan mungkin bertentangan dengan penerangan akhir yang memuaskan.82

Dengan merumuskan kunci perhubungan sebagai “Australopithecus > Homo habilis > Homo erectus > Homo sapiens,” ahli evolusi menyimpulkan bahawa setiap spesis-spesis tersebut adalah nenek-moyang bagi setiap yang lain. Walau bagaimanapun, penemuan terkini oleh ahli paleoantropologi mendedahkan bahawa Australopithecus, Homo habilis dan Homo erectus telah hidup di tempat-tempat yang berasingan pada masa yang sama.83

Tambahan pula, sesetengah segmen manusia yang diklasifikasikan sebagai Homo erectus masih hidup sehingga zaman moden. Homo sapiens neandarthalensis dan Homo sapiens sapiens (manusia moden) telah wujud serentak di kawasan yang sama.84

Situasi ini jelas sekali dapat menolak dakwaan yang mengatakan mereka merupakan nenek-moyang di antara satu sama lain. Seorang ahli palaeontologi dari Universiti Harvard, Stephen Jay Gould, telah menerangkan tentang kebuntuan teori evolusi, walau pun dia sendiri merupakan seorang ahli evolusi:

Apakah yang telah menjadi susur galur kita jika tiga keturunan “hominids” (A. Africanus, the robust australopithecines, dan H. Habilis) wujud dengan serentak, yang mana jelas membuktikan mereka tidak berasal daripada satu sama lain? Tambahan pula, tiada satu pun daripada mereka yang menunjukkan trend evolusi sepanjang mereka hidup di muka bumi.85

Senario evolusi manusia yang cuba disokong dengan pelbagai jenis lukisan makhluk “separuh beruk, separuh manusia” yang dipaparkan di dalam media dan buku-buku hanyalah satu propaganda. Ia hanya satu cerita yang tidak mempunyai asas-asas saintifik langsung.

Lord Solly Zuckerman, seorang saintis yang terkenal dan dihormati di United Kingdom, yang telah menjalankan penyelidikan tentang perkara tersebut, dan juga kajian khusus ke atas fosil-fosil Australopithecus selama 15 tahun, akhirnya merumuskan bahawa tiada famili yang berasal daripada makhluk seperti beruk kepada manusia, walaupun dia sendiri seorang ahli evolusi.

Zuckerman turut mencipta satu “spektrum sains” yang agak menarik. Beliau telah membentuk spektrum sains yang mempunyai julat daripada perkara yang saintifik sehinggalah kepada perkara yang dianggapnya sebagai tidak saintifik. Berdasarkan spektrum tersebut, yang paling “saintifik” – iaitu yang bersandarkan kepada data yang konkrit – adalah lapangan sains yang melibatkan kimia dan fizik. Kemudian diikuti oleh sains biologi dan seterusnya sains sosial. Pada penghujung spektrum, iaitu bahagian yang dianggapnya sebagai paling “tidak saintifik”, ialah tentang “extra-sensory perception” ataupun “persepsi melampaui deria” – iaitu konsep-konsep seperti telepati dan deria keenam – dan akhir sekali barulah “evolusi manusia”. Zuckerman menerangkan sebabnya:

Kita kemudian bergerak daripada suatu kebenaran yang objektif kepada lapangan yang dianggap sebagai sains biologi, seperti persepsi melampaui deria atau pun interpretasi ke atas sejarah fosil manusia, di mana bagi ahli evolusi segalanya mungkin – dan di mana ahli evolusi yang fanatik kadang-kadang boleh mempercayai perkara-perkara yang saling bertentangan pada masa yang sama.86

Kisah tentang evolusi manusia tidak membawa sebarang faedah melainkan interpretasi prejudis ke atas beberapa fosil yang berjaya digali keluar oleh mereka yang secara membabi-buta mempercayai bulat-bulat teori tersebut.



Teknologi Mata dan Telinga

Pekara lain yang masih gagal dijawab oleh teori evolusi adalah berkenaan dengan kejituan kualiti persepsi oleh mata dan telinga.
Sebelum membincangkan lebih jauh lagi tentang mata, mari kita menjawab soalan “bagaimana kita melihat”. Sinar cahaya yang datang daripada objek jatuh di atas retina dalam keadaan songsang. Di sini, sinar cahaya tersebut akan ditransmisikan dalam bentuk signal elektrik oleh sel-sel dan kemudiannya sampai pada satu titik kecil yang terletak di bahagian belakang otak, iaitu pusat penglihatan. Signal elektrik tersebut akan dirasa di bahagian ini dalam bentuk imej setelah melalui proses-proses tertentu. Dengan sedikit latar belakang teknikal tersebut, mari kita berfikir sejenak.

Otak kalis kepada cahaya. Ini bermakna keadaan di dalam otak kita adalah gelap pekat, dan cahaya tidak dapat sampai ke tempat di mana otak terletak. Tempat yang dipanggil pusat penglihatan adalah satu tempat yang sangat gelap yang mana cahaya tidak pernah sampai di situ; ia mungkin tempat paling gelap yang pernah anda ketahui. Namun demikian, anda dapat menyaksikan dunia yang indah dan mempesonakan menerusinya.

Imej yang terbentuk di dalam mata adalah sangat tajam dan jelas, sehingga teknologi abad ke-20 sekalipun masih tidak dapat menandingi keunggulannya. Sebagai contoh, lihatlah buku yang sedang anda baca, tangan yang sedang memegangnya, kemudian palingkan kepala anda dan lihat kawasan persekitaran. Pernahkah anda melihat imej seperti itu yang sangat tajam dan jelas di tempat-tempat lain? Sehinggakan skrin televisyen paling canggih yang dihasilkan oleh pengeluar televisyen paling ternama di dunia ini sekalipun masih tidak dapat memberikan imej yang jelas kepada anda. Mata memberikan imej tiga dimensi, berwarna, dan imej yang sangat nyata dan jelas. Selama lebih 100 tahun, ribuan jurutera telah mencuba untuk mencapai ketajaman imej seperti yang dihasilkan oleh mata. Kilang-kilang premis-premis gergasi telah dijalankan, kajian-kajian, perancangan dan reka bentuk telah dilakukan, demi mencapai hasrat tersebut. Sekali lagi, lihat pada skrin TV dan buku yang sedang anda pegang. Anda akan dapat melihat jurang perbezaan dari segi ketajaman dan kejelasan. Tambahan lagi, skrin TV hanya memaparkan imej dua dimensi, sedangkan mata memberikan imej tiga dimensi yang mempunyai perspektif yang lebih luas.

Selama beberapa tahun, ribuan jurutera telah berusaha untuk mencipta televisyen tiga dimensi, dan seterusnya dapat mencapai kualiti penglihatan mata. Ya, mereka berjaya mencipta sistem televisyen tiga dimensi, tetapi mustahil untuk menontonnya tanpa meletakkan skrin kaca padanya; tambahan pula, ia hanya visual tiga dimensi buatan. Latar belakangnya adalah lebih kabur, dan latar depannya pula kelihatan seperti dibuat di atas kertas. Ia juga mustahil untuk menghasilkan imej yang nyata dan jelas seperti mata. Di dalam kamera dan televisyen, kualiti imej pasti terjejas.

Ahli evolusi mendakwa mekanisme yang menghasilkan imej yang nyata dan jelas tersebut telah terjadi secara kebetulan. Sekarang, apa akan anda fikir, jika ada seseorang memberitahu bahawa televisyen yang terdapat di dalam bilik anda telah terhasil secara kebetulan, yang mana atom-atom yang membentuknya berkumpul bersama-sama dan membolehkan alat tersebut menghasilkan imej? Bagaimana atom-atom tersebut dapat melakukan sesuatu yang mana ribuan manusia tidak dapat melakukannya?

Jika alat yang menghasilkan imej yang lebih rendah mutunya berbanding mata tidak dapat tercipta secara kebetulan, maka sudah tentulah mata dan imej yang dihasilkannya juga tidak dapat terhasil secara kebetulan. Situasi yang sama juga berlaku pada telinga. Bahagian luar telinga, iaitu aurikel menerima bunyi dan memindahkannya ke bahagian tengah telinga; bahagian tengah telinga menghantar getaran bunyi dengan menambahkan lagi keamatannya; bahagian dalam telinga menghantar getaran ini ke otak dalam bentuk signal elektrik. Seperti juga mata, mekanisme pendengaran turut berakhir di otak.

Situasi di dalam mata juga turut berlaku di dalam telinga. Otak turut kalis bunyi seperti mana ia kalis kepada cahaya; ia tidak membenarkan sebarang bunyi melaluinya. Oleh itu, tidak kira berapa bisingnya keadaan di luar, keadaan di dalam otak adalah senyap-sunyi. Namun demikian, bunyi yang sangat jelas dapat dirasa oleh otak. Di dalam otak anda yang kalis dari sebarang bunyi, anda dapat mendengar simfoni orkestra, dan mendengar segala kebisingan di suatu tempat yang penuh sesak. Walau bagaimanapun, jika tahap bunyi di dalam otak anda diukur dengan menggunakan satu alat yang jitu pada ketika itu, hanya suatu kesunyian yang dapat dikesan di situ.

Seperti dalam kes penghasilan imej, usaha yang berdekad-dekad telah dilakukan untuk menghasilkan kualiti bunyi yang asli. Akhirnya terciptalah perakam suara, sistem HI-FI, dan sistem pengesan bunyi. Biar pun dengan kemunculan teknologi-teknologi tersebut dan usaha berterusan yang dilakukan oleh ribuan jurutera dan pakar dalam bidang tersebut, bunyi yang mempunyai ketajaman dan kejelasan seperti yang di rasa oleh telinga masih tidak dapat dihasilkan. Fikirkan tentang sistem HI-FI yang mempunyai kualiti paling baik, yang dihasilkan oleh syarikat gergasi di dalam industri muzik. Walau secanggih manapun ia, bunyi yang dirakamkan pasti akan hilang sedikit; atau pun apabila anda membuka HI-FI, bunyi berdesing pasti akan kedengaran dahulu sebelum muzik bermula. Walau bagaimanapun, bunyi yang dihasilkan menerusi teknologi badan manusia adalah sangat jelas dan tajam. Telinga manusia tidak pernah mendengar bunyi yang diganggu oleh bunyi berdesing atau pun gangguan atmosfera seperti yang dialami oleh HI-FI; ia mendengar bunyi seperti mana kualiti asalnya, nyata dan jelas. Begitulah cara telinga dan mata berfungsi sejak manusia diciptakan.

Setakat ini, masih tiada lagi alat visual atau perakam yang dihasilkan oleh manusia yang dapat menandingi kehebatan mata dan telinga.

Namun demikian, sejauh manapun kita membincangkan tentang penglihatan dan pendengaran, masih ada satu hakikat penting yang terselindung di sebalik semua ini.



Siapakah yang Merasa Penglihatan dan Pendengaran yang Terdapat di Otak?

Siapakah dia yang melihat dunia yang mempesonakan ini menerusi otak, yang mendengar simfoni dan juga kicauan burung, dan yang menghidu wangian bunga ros?

Stimulasi yang datang daripada telinga, mata, dan hidung manusia bergerak menuju ke otak dalam bentuk impuls elektro-kimia. Di dalam buku-buku biologi, fisiologi, dan biokimia, anda dapat memahami bagaimana imej terbentuk di dalam otak. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat menjumpai fakta paling penting tentang subjek tersebut: Siapakah yang merasa impuls elektro-kimia tersebut sebagai imej, bunyi, bau dan sebagainya di dalam otak? Ada satu kesedaran di dalam otak yang dapat merasa semua itu tanpa memerlukan mata, telinga, dan hidung. Siapakah yang memiliki kesadaran ini? Tidak menjadi satu keraguan bahawa kesedaran tidak dimiliki oleh urat saraf, lapisan lemak dan juga neuron-neuron yang membentuk otak. Inilah sebabnya mengapa para pendukung fahaman Darwinisme-materialisme, yang mempercayai bahawa segala yang wujud terdiri daripada jirim, tidak dapat memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut.

Kesedaran ini sebenarnya kepunyaan roh yang dicipta oleh Allah. Roh tidak memerlukan mata untuk melihat imej, ataupun telinga untuk mendengar. Roh juga tidak memerlukan otak untuk berfikir.

Setiap individu yang telah membaca fakta saintifik yang jelas ini harus memikirkan tentang Allah yang Maha Besar, mesti bertakwa dan memohon perlindungan daripada-Nya. Dialah yang memasukkan keseluruhan alam ini ke dalam satu tempat gelap (pent: iaitu otak) yang berukuran beberapa kubik sentimeter di dalam bentuk tiga dimensi, berwarna, berbayang, dan berkilauan.



Kepercayaan Golongan Materialis

Segala informasi yang telah didedahkan setakat ini telah menjadi bukti bahawa teori evolusi merupakan satu dakwaan yang berlawanan dengan penemuan-penemuan sains semasa. Hujah-hujah teori tersebut tentang asal-usul kehidupan tidak konsisten dengan sains, mekanisme evolusi yang dicadangkan pula tidak mempunyai sebarang daya evolusi, dan tinggalan fosil menunjukkan bentuk peralihan yang dicadangkan oleh teori tersebut adalah tidak wujud sama sekali. Oleh itu, teori evolusi boleh ditolak ke tepi memandangkan idea-ideanya yang tidak saintifik. Hal ini serupalah dengan beberapa idea yang telah pun disingkirkan daripada dunia sains seperti model yang mengatakan bumi menjadi pusat alam semesta.

Walau bagaimanapun, teori evolusi masih terus dikekalkan di dalam agenda sains sehingga kini. Kritikan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu kepada teori tersebut dianggap sebagai “satu serangan kepada dunia sains”. Mengapa?

Sebabnya adalah kerana teori evolusi merupakan suatu dogma kepercayaan yang sangat penting kepada golongan-golongan tertentu. Golongan-golongan ini secara membabi-buta menghambakan diri kepada falsafah materialis dan menerima fahaman Darwinisme kerana ia merupakan satu-satunya penerangan yang dapat dikemukakan oleh golongan materialis untuk menerangkan bagaimana alam ini berfungsi.

Cukup menarik apabila mereka turut mengakui hakikat tersebut dari semasa ke semasa. Richard C. Lewontin, seorang ahli genetik dan evolusi bersuara lantang daripada Universitt Harvard, telah mengaku bahawa dia merupakan “materialis terawal dan paling utama, kemudian barulah seorang saintis”:

Metodologi dan institusi sains tidak memaksa kami untuk menerima penjelasan material tentang fenomena dunia ini, tetapi sebaliknya, dipaksa oleh kesetiaan kami kepada sebab-sebab material untuk merangka langkah-langkah penyiasatan dan membina konsep yang dapat menghasilkan penjelasan-penjelasan yang bersifat material, tanpa mengira tentangan intuisi, tanpa mengira betapa hairannya kepada mereka yang tidak mempunyai konsep-konsep asas. Tambahan pula, materialisme adalah sesuatu yang mutlak, jadi kami tidak akan membenarkan campur tangan sesuatu yang bersifat ketuhanan.87

Ini merupakan satu kenyataan jelas bahawa Darwinisme telah menjadi satu dogma yang terus dipertahankan demi sebuah kesetiaan kepada falsafah materialis. Dogma tersebut mempertahankan bahawa tiada sesuatu yang akan kekal sebagai jirim. Oleh itu, dogma ini berhujah bahawa jirim-jirim yang mati dan kaku dapat menghasilkan sebuah kehidupan. Ia turut menegaskan bahawa jutaan spesis hidup; seperti burung, ikan, zirafah, harimau, serangga, pokok, bunga, ikan paus dan juga manusia berasal daripada interaksi di antara jirim-jirim, seperti hujan, kilat dan lain-lain lagi. Persepsi ini adalah amat berlawanan dari segi akal dan sains. Namun, ahli-ahli Darwin terus mempertahankannya untuk “tidak membenarkan sebarang campur tangan yang bersifat ketuhanan”.

Sesiapa yang melihat asal-usul kehidupan  tanpa dipengaruhi oleh golongan materialis pasti akan melihat sebuah kebenaran yang nyata; Semua makhluk hidup telah dicipta oleh satu Pencipta, Dia Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Pencipta ini ialah Allah, yang telah menjadikan seluruh alam ini daripada tiada kepada ada, dan membentuknya dalam keadaan yang sangat sempurna, serta telah menciptakan semua makhluk hidup yang ada di dalamnya.



Teori Evolusi; Sihir Paling Berkesan di Dunia

Seseorang yang bebas dari sebarang prejudis dan pengaruh ideologi-ideologi tertentu, dan hanya menggunakan akal dan logik sahaja, pasti akan dapat memahami dengan jelas bahawa teori evolusi adalah sesuatu yang mustahil. Teori ini telah membawa kepada terbentuknya suatu masyarakat yang jahil dan jumud tentang sains dan ketamadunan.

Seperti yang telah diterangkan di atas, sesorang yang percaya kepada teori evolusi akan berfikir bahawa sekumpulan atom-atom dan molekul-molekul dapat menghasilkan ahli fikir, profesor yang bijak pandai, pelajar universiti, para saintis seperti Einstein dan Galileo, artis seperti Humphrey Bogart, Frank Sinatra dan Pavarotti, termasuk juga antelop, pokok lemon dan juga bunga-bungaan. Tambahan lagi, para saintis dan profesor yang mempercayai teori mengarut itu merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi. Inilah sebabnya mengapa teori tersebut dikatakan sebagai “sihir paling berkesan sepanjang sejarah”. Tidak pernah wujud sebelum ini sebarang kepercayaan atau ideologi yang berjaya melumpuhkan akal manusia, seterusnya menyebabkan mereka enggan berfikir secara logik dan bijaksana. Mereka cuba menyembunyikan kebenaran seolah-olah mata mereka sedang ditutup. Ini merupakan sesuatu yang sangat teruk dan sukar dipercayai jika dibandingkan dengan orang-orang Egypt purba yang menyembah Tuhan Matahari Ra, penyembahan totem di beberapa tempat di Afrika, kaum Saba yang menyembah matahari, kaum Nabi Ibrahim a.s. yang menyembah berhala yang dibuat oleh tangan mereka sendiri, atau pun kaum Nabi Musa a.s. yang menyembah Anak Lembu Emas.

Sebenarnya, situasi ini telah pun dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran. Dia telah menurunkan banyak ayat yang memberitahu kepada kita bahawa minda sesetengah orang akan ditutup dan mereka tidak akan berupaya untuk melihat ke arah kebenaran. Berikut adalah di antara ayat-ayatnya:
Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu memberi peringatan atau pun tidak memberi peringatan, mereka tetap tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup, dan bagi mereka ada siksa yang amat berat. (Al-Baqarah,  2:6-7)
...mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti haiwan ternak, bahkan mereka lebih sesat, merekalah di antara orang-orang yang lalai. (Al-A’raaf, 7:179)
Dan jika seandainya Kami membukakan kepada mereka salah satu dari (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya. Tentulah mereka berkata: “Sesuungguhnya pandangan kami telah dikaburkan, bahkan kami adalah orang-orang yang disihir” (Al-Hijr, 15:14-15)

Perkataan sahaja tidak cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya kesan sihir tersebut kepada keseluruhan komuniti. Ia masih terus menghantui manusia selama lebih 150 tahun dan menyebabkan mereka berpaling daripada kebenaran. Hal tersebut dapat difahami apabila ada seorang ataupun beberapa orang yang percaya kepada senario dan dakwaan mustahil yang penuh dengan kebodohan dan ketidaklogikan itu. Walau bagaimanapun, “magik” merupakan satu-satunya penerangan tunggal tentang bagaimana manusia dari seluruh dunia dapat mempercayai bahawa atom-atom kaku dan tidak bernyawa secara tiba-tiba berinteraksi membentuk alam semesta yang mempunyai suatu sistem organisasi yang tiada cacat-cela, berdisiplin dan memilki kelogikan yang sangat jitu. Atom-atom tersebut juga dikatakan turut membentuk planet Bumi yang mempunyai ciri-ciri yang sangat sesuai untuk sebuah kehidupan secara kebetulan, di samping turut mencipta jutaan makhluk-makhluk hidup yang mempunyai sistem yang sangat kompleks.      

Sebenarnya, Allah telahpun mewahyukan di dalam al-Quran tentang insiden di antara Nabi Musa a.s. dan Firaun. Sesetengah pihak yang menyokong fahaman Ateis (tidak mempercayai kewujudan Tuhan) sebenarnya telah mempengaruhi yang lain dengan menggunakan magik. Apabila Firaun diberitahu tentang agama yang sebenar-benarnya, dia menyuruh Nabi Musa a.s. untuk bersemuka dengan ahli-ahli sihirnya. Nabi Musa a.s. menurut arahan Firaun itu, dan menyuruh ahli-ahli sihir itu untuk menunjukkan kebolehan mereka terlebih dahulu. Ayat yang seterusnya menyambung:
Musa menjawab: “Lemparkanlah (terlebih dahulu)!” Maka tatkala mereka melemparkannya, mereka melemparkan sihir kepada mata orang ramai dan menyebabkan mereka sangat takut, serta mereka mendatangkan sihir yang sangat menakjubkan. (Al-A’raaf, 7:116)

Seperti yang kita dapat lihat, ahli-ahli sihir Firaun berupaya menipu semua orang kecuali Nabi Musa a.s. dan mereka yang beriman. Walau bagaimanapun, kebenaran yang dimiliki oleh Nabi Musa a.s. berjaya memecahkan sihir tersebut, atau pun “menelan segala apa yang mereka keluarkan” seperti yang tercatat di dalam ayat yang seterusnya:
Dan Kami mewahyukan kepada Musa, “Lemparkan tongkatmu!”. Maka sekonyong-konyong tongkat itu menelan segala apa yang mereka keluarkan. Maka nyatalah yang benar dan apa yang mereka lakukan adalah salah. (Al-A’raaf, 7:117-119)

Seperti yang dapat kita fahami menerusi ayat-ayat di atas, orang-orang yang berada di situ telah kehilangan kredibiliti setelah menyedari bahawa sihir yang dihasilkan oleh ahli-ahli sihir Firaun hanyalah sekadar suatu ilusi. Pada situasi hari ini pula, mereka yang masih dipengaruhi oleh sihir yang serupa pasti akan berasa malu setelah kebenaran yang hakiki diketahui dan sihir tersebut dipecahkan, melainkan mereka yang memahami bahawa dakwaan-dakwaan teori evolusi sebenarnya sekadar berselindung di sebalik sains dan seterusnya mengelakkan diri dari terus mempertahankannya. Sebenarnya, Malcolm Muggeridge, seorang ahli falsafah ateis dan juga merupakan seorang penyokong evolusi telah pun menyuarakan kebimbangannya:

Saya sendiri yakin bahawa teori evolusi, terutamanya dalam hal-hal yang telah diaplikasikan, akan menjadi satu jenaka paling lucu di dalam buku-buku sejarah di masa hadapan. Generasi akan datang pasti terkejut setelah mengetahui satu hipotesis yang tidak kukuh dan sangat meragukan dapat diterima dengan sangat mudah.88

Masa depan tidak jauh sahaja lagi: Sebaliknya manusia akan menyedari bahawa “kebetulan” bukanlah tuhan, dan akan melihat semula ke belakang bahawa teori evolusi merupakan satu penipuan terbesar dan sihir paling bahaya yang pernah wujud di dunia ini. Penolakan sihir ini secara beransur-ansur menjadi tanggungjawab ke atas semua manusia di seluruh dunia. Sudah ramai manusia yang mula memahami wajah sebenar teori evolusi tersebut, sedang tertanya-tanya mengapa masih terdapat segelintir manusia yang terus menerimanya.



NOTA


1- Charles Darwin, The Descent of Man, edisi kedua, New York: A.L. Burt Co.,1874, hal.178
2- Conway Zirkle, Evolution, Marxian Biology and the Social Scene, Philadelphia; The University of Pennsylvania Press,1959, hal.527 (tambahan penekanan)
3- Conner Cliff, “Evolution vs. Creationism: In Defense of Scientific Thinking,” International Socialist Review (Monthly Magazine Supplement to the Militant)”, November 1980 (tambahan penekanan)
4-  MECW, Jilid 41, hal.245, http://www.marxists.org/archive/marx/works/1861 /letters/61_01_16.htm (tambahan penekanan)
5- Vladimir Lenin, “The Attitude of the Workers’ Party to Religion,” Lenin Collected Works, Jilid 15, hal.402 413, terbitan pertama di Proletary, No.45, 13 Mei (26), 1909 (tambahan penekanan)
6   Zaman (Turkish Daily), 12 Januari, 1994.
7- http://216.239.33.100/ search?q=cache:014 Rn4zGZcC:www.ichkeria.org/a/2 001 /12/hum2812 en81421.html+Znamenskoye+ refugee+camp+&hl=tr& ie=UTF-8
8-  http://www.kafkas.org.tr/english/Ajans/16.01.2001Tuberculosisalarmatrefugeecamps.htm
9- Ralph Schoenman, The Hidden History of Zionism, Veritass Press, 1998 (tambahan penekanan)
10-          Weite Diary, A 24617, tarikh daftar 20 Disember 1940, Central Zionist Archives, Jerusalem, hal.1090-91 (tambahan penekanan)
11-          Ralph Schoenman, The Hidden History of Zionism, Veritass Press,1998 (tambahan penekanan)
12-          Benjamin Beit Hallahmi, The Israeli Connection: Who Israel Arms and Why, Pantheon Books,1987, hal.239 (tambahan penekanan)
13-          “It is Always Eid in Palestine” Yasmine Subhi Ali, http: / /www.alhewar.com/EidInPalestine. htm
14-          Ruth Anderson, Intifada Al-Aqsa and American Propaganda, The Palestine Chronicle Online, www.palestinechronicle.com (tambahan penekanan)
15-          Fikret Ertan, Israil’in Emniyeti, (The Se-cu-rity of Israel), Zaman Gazetesi (Turkish Newspaper), 14 Oktober 2000 (tambahan penekanan)
16-          Fikret Ertan, Israil’in Emniyeti, (The Security of Israel), Zaman Gazetesi (Turkish Newspaper),14 Oktober 2000
17-          These figures cover the period from September 2000 to March 2001. They were compiled by the Palestinian HDIP Institute from information supplied by organizations working in the region, such as the Red Cross and the United Nations. See http://www.hdip.org
18-          Al-Hilal al-Dawli, Mei 1992.
19-          http://www.kanal7.com/zdosya/kesmir.htm
20-          New York Times, 22 Januari 1990
21-          Isa Yusuf Alptekin, Unutulan Vatan Dogu Turkistan, (East Turkistan: The Forgotten Land), Seha Publications, Istanbul 1999, hal.160
22-          Stephen Jay Gould, Ever Since Danoin, W. W. Norton & Company,1992, s.26
23-          K. Mehnert, Kampf um Mao’s Erbe, Deutsche Verlags-Anstalt,1977 (tambahan penekanan)
24-          L’Express, 30 November 2000
25-          L’Express, 30 November 2000 (tambahan penekanan)
26-          Le Monde, Mac 1995 (tambahan penekanan)
27-          EIR Executive Intelligence Review, 9 Disember 1994, hal.46 (tambahan penekanan)
28-          John Sweeney, The Observer, 16 November 1997.
29-          John Sweeney, The Observer, 16 November 1997.
30-          John Sweeney, The Observer, 16 November 1997 (tambahan penekanan)
31-          John Sweeney, The Observer, 16 November 1997
32-          Altmoluk, (Turkish Magazine), Oktober 1997
33-          Graham E. Fuller, Algeria: The Next Fundamentalist State?, RAND, Santa Monica, CA,1996, hal. 46-47.
34-          http://www.kanal7.com/zdosya/cez.htm, Cezayir Ger,cegi, (The Truth of Algeria), Kanal 7 (Turkish TV Channel) News Program, 6 April 1998
35-          http://www.aitco.com/~sonuyari/eshler/ su97e/sm315.htm
36-          Daniel Ligou, Dictionnaire de la Franc-Ma,connerie, Pans Presse Universitaires de France,1987 hal. 1199.
37-          Le Monde Diplomatique, Oktober 1999, Bruno Callies De Salies, Croissance Economique Et Repression Politique, Les deux visages de la dictature en Tunisie.
38-          Israel Shahak, Downturn in Rabin’s Popularity Has Several Causes, Washington Report on Middle East Affairs, Mac 1995, hal.97-98 (tambahan penekanan)
39-          Kaplan, l, et. al. Area Handbook for Ethiopia, Washington, D.C.; Goverment Printing office, 1971, cited in Benjamin Beit Hallahmi, The Israeli Connection: Who Israel Arms and Why, Pantheon Books,1987, hal. 50.
40-          Harun Yahya, New Masonic Order, Vural Publications, April 1996, hal. 759 (tambahan penekanan)
41-          Benjamin Beit Hallahmi, The Israeli Connection: Who Israel Arms and Why, Pantheon Books,1987, hal. 52.
42-          Imaduddin Halil, Afrika Draml (The Drama of Africa), hal. 49-50.
43-          http://www.liberte-aref.com/francais/tortu.htm
44-          http://www.liberte-aref.com/francais/date.htm
45-          Benjamin Beit Hallahmi, The Israeli Connection: Who Israel Arms and Why, Pantheon Books,1987, hal. 47-49.
46-          Al Ahram Weekly, 10-16 Oktober,2002, issue no. 607 (http://weekly.ahram.org.eg/2002/607/re4 htm) (tambahan penekanan)
47-          Ahmet Varol, Islam Dunyaslndan Kesitler 3, (Cross section of Islamic World 3), Seha Publications, Istanbul,1992, hal. 151.
48-          Yeni Binyll (Turkish Newspaper), 1 September 2000.
49-          Richard N. Ostling, “Taking a Firm Stand Against Faith,” Time, 21 Januari 1987. (tambahan penekanan)
50-          Richard N. Ostling, “Taking a Firm Stand Against Faith,” Time, 12 Januari 1987. (tambahan penekanan)
51-          Assem Akram, Histoire de la Guerre d ‘Afghanistan, hal.516; S. Courtis, N. Werth, J. L. Panne, A. Paczkowski, K. Bartosek, J. L. Margolin, The Black Book of Communism, hal.711-712 (tambahan penekanan)
52-          Michael Barry, La Resistance Afghane, du Grand Moghol  á l’Invasion Soviétique, Paris, Flammarion, “Champs”,1989, hal.314; S. Courtis, N. Werth, J. L. Panne, A. Paczkowsh, K. Bartosek, J. L. Margolin, The Black Book of Communism, hal. 712-713 (tambahan penekanan)
53-          Michael Barry, La Resistance Afghane, du Grand Moghol  á l’Invasion Soviétique, Paris, Flammarion, 1989 hal.306-307 (tambahan penekanan)
54-          S. Courtis, N. Werth, J. L. Panne, A. Paczkowski, K. Bartosek, J. L. Margolin, The Black Book of Communism, hal.719; Shah Bazgar Afghanistan, la résistance au coeur, hal.101-102 (tambahan penekanan)
55-          Tarih ve Medeniyet (History and Civilization), Disember 1996, jil.33, hal.18
56-          Russell Watson, John Barry, “Public Enemy, No:1”, Newsweek, 9 April 1990, hal.8
57-          Ray Wilkinson, “Iraq’s Dark Knight”, Newsweek, 9 April 1990, hal.12
58-          Ray Wilkinson, “Iraq’s Dark Knight”, Newsweek, 9 April 1990, hal.12
59-          Hurriyet (Turkish Daily), 21 Januari 1999, Khamis.
60-          George Lombard (United Nations High Commissioner for Refugees), “The Burmese Refugees in Bangladesh: causes and prospects for repatriation”, (http://www.nectaror.th/thai-yunnan/19html#5)
61-          United Nations General Assembly, Document no: A/49/594, 28 Oktober 1994, Situation of Human Rights in Myanmar (http://www.unh chr.ch/Huridocda.nsf/TestFrame/8f dO7/ee2aafa951280256700003e9ad3? 0pendocument)
62- Le Monde Diplomatique, Julai 2000, Islam contes tataire aux Philippines, Solomon Kane, Laurent Passicousset
63-          Nokta (Turkish Magazine), Marcos’un Yam-yamlan, (Marcos’ Cannibals) 18 Ogos 1985, hal.36-37 (tambahan penekanan)
64-          Ray Francis Galuna, Lea Madulid, Allison Magcawas, and Archimedes Sy, “Muslim Insurgency in Mindanao.” (www.geocities.com/archie cute/Smuslim.htm)
65-          S. Courtis, N. Werth, J. L. Panne, A. Paczkowski, K. Bartosek, J. L. Margolin, The Black Book Of Communism, hal.594-595; Ben Kiernan, Pol Pot Regime: Race, Power and Genocide in Cambodia under the Khmer Rouge, 1975 1979, NewHaven, Yale Uni-versity Press,1996, hal.428 431 (tambahan penekanan)
66-          http: / /mawanella.all-saudi.com/ (tambahan penekanan)
67-          Y. Ziya Comert, Patani Dosyasi, (The Patani File), Akabe Publications, Istanbul, hal. 37 (tambahan penekanan)
68-          Hugh Ross, The Fingerprint of God, hal. 50
69-          Sidney Fox, Klaus Dose, Molecular Evolution and The Origin of Life, W.H. Freeman and Company, San Francisco, 1972, hal. 4.
70-          Alexander 1. Oparin, Origin of Life, Dover Publications, NewYork, 1936,1953 (cetak semula), hal. 196.
71-          “New Evidence on Evolution of Early Atmosphere and Life”, Bulletin of the American Meteorological Society, jil. 63, November 1982, hal. 1328-1330.
72-          Stanley Miller, Molecular Evolution of Life: Current Status of the Prebiotic Synthesis of Small Molecules, 1986, hal.7.
73-          Jeffrey Bada, Earth, February 1998, hal. 40
74-          Leslie E. Orgel, “The Origin of Life on Earth”, Scientific American, jil. 271, Oktober 1994, hal. 78.
75-          Charles Darwin, The Origin of Species by Means of Natural Selection, The Modern Library, New York, hal. 127.
76-          Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, hal. 184.
77-          B. G. Ranganathan, Origins?, Pennsylvania: The Banner Of Truth Trust, 1988, hal. 7.
78-          Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, hal. 179.
79-          Derek A. Ager, “The Nature of the Fossil Record”, Proceedings of the British Geological Association, jil. 87, 1976, hal. 133.
80-          Douglas J. Futuyma, Science on Trial, Pantheon Books, New York, 1983. hal. 197.
81-          Solly Zuckerman, Beyond The Ivory Tower, Toplinger Publications, New York, 1970, hal. 75-94; Charles E. Oxnard, “The Place of Australopithecines in Human Evolution: Grounds for Doubt”, Nature, jil. 258, hal. 389.
82-          “Could science be brought to an end by scientists’ belief that they have final answers or by society’s reluctance to pay the bills?” Scientific American, Disember 1992, hal. 20.
83-          Alan Walker, Science, jil. 207, 7 Mac 1980, hal. 1103; A. J. Kelso, Physical Antropology, Ist ed., J. B. Lipincott Co., New York, 1970, hal. 221; M. D. Leakey, Olduvai Gorge, jil. 3, Cambridge University Press, Cambridge, 1971, hal. 272.
84-          Jeffrey Kluger, “Not So Extinct After All: The Primitive Homo Erectus May Have Survived Long Enough To Coexist With Modern Humans,” Time, 23 Disember 1996.
85-          S. J. Gould, Natural History, jil. 85, 1976, hal. 30.
86-          Solly Zuckerman, Beyond The Ivory Tower, hal. 19.
87-          Richard Lewontin, “The Demon-Haunted World”, The New York Review of Books, 9 Januari, 1997, hal. 28
88-          Malcolm Muggendge, The End of Christen-dom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 43

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters