Cerita Panas Dari Brunei
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg
memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2
perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di
mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau
kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg
memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2
perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di
mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda
tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam
yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat
atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi
(Penggal 77) dan gagal
untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau
pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk
membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau
keduanya sekali.
![]() |
KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang
Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki
mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada
uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda
tidak melebihi
$200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300
bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000
bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang
memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam
semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg
menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk
dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di
tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu
denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2)
hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau
mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat
kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan
Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah
dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah
menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia
dapat membuktikan bahawa kesalahan
tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau
keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk
mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang
Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh,
atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut
Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira
kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti
berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu
muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang
Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang
Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang
diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang
bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama
ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya
empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira
kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama
sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang
bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan
dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3)
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan,
dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah
ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat
orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan
mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak
melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang
difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi
3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan
keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum
sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan
yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi
3 tahun.
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment