Wanita yang Rasulullah SAW Gambarkan Berkepala Babi dan Badan Keldai
WANITA AHLI NERAKA DAN CIRI-CIRINYA.

Ali r.a. meriwayatkan
sebagai berikut : Saya bersama-sama Fathimah berkunjung kerumah
Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada
beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?”
Beliau menjawab, “Pada malam aku di Israkan ke langit, saya melihat
orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat
keadaan mereka, aku menangis.”
Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?” Beliau bersabda:
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung
dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih
dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang
digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya,
serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli,
buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari
lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk
akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keledai) yang mendapat berjuta macam siksaan.
10. Wanita yang
berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk
melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan
malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.
Maka berdirilah Fatimah
seraya berkata, “Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah
kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.” Rasulullah s.a.w.
bersabda : “Hai Fatimah, adapun tentang hal itu :
1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.”
Kemudian Rasulullah
S.A.W. bersabda : “Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya
melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak
dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya
dibelakang lehernya.”
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang
diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa
seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar
darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang
memakan badannya sendiri, kerena dia bersolek untuk dilihat laki-laki
lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang
memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka
menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud
supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang
yang melihatnya jatuh cinta padanya, karena melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang
diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh
ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan sholat dan
puasa, sedangkan dia tidak mau berwudhu dan tidak sholat dan tidak mau
mandi wajib.
8. Adapun wanita yang
kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai (himmar),
karena dia suka mengadu-domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
*Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment