Hari yang Panjang di Masa Dajjal
Dari beberapa hadis
dapat di jelaskan bahawa dalam masa kehidupan dajjal nantinya ada tiga
hari yang panjang seperti hadis berikut ini.
"Kami bertanya kepada
Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, berapa lama dia hidup dan tinggal di
muka bumi? '. Beliau bersabda: ' Selama empat puluh hari. Sehari seperti
satu tahun, sehari seperti laksana satu bulan, sehari seperti satu
minggu, lalu seluruh hari harinya seperti hari hari kalian'. Kami
kemudian bertanya kepada Rasulullah: ' Wahai Rasulullah, sehari yang
seperti satu tahun itu, apakah kita cukup solat sehari saja? '. Jawab
Rasul: ' Tidak, tapi ukurlah seperti hari hari biasa '" ( HR Muslim ).
![]() |
Hadis tersebut sudah
sedemikian jelasnya, hanya sebahagian mereka mereka menolak hadis
tersebut kerana dianggap tidak masuk akal. Dalam masa hidup dajjal yang
hanya 40 hari, ada tiga hari yang panjang, ada satu hari yang panjang
seperti satu tahun, ada yang seperti satu bulan dan ada yang seperti
satu minggu. Panjang di sini tentu panjang yang hakiki dan bukan panjang
secara kiasan, apalagi mengingkari hadis tersebut.
Jika seandainya bukan
secara lahiriah yang harus difahami, maka ertinya apa pertayaan sahabat
tersebut? Bahawasanya pertayaan itu lahir atas keyakinan sahabat
terhadap apa yang Rasulullah katakan. Jawapan beliau membuktikan bahawa
memang secara lahiriahlah yang Allah maksudkan. Jika bukan, tentunya
beliau tidak akan menjawab seperti itu dan pastinya akan menjelaskan
kepada mereka bahawa pemahaman mereka salah.
Lantas, bagaimana satu
contoh hari yang panjang seperti satu tahun? Mengenai hal ini ada dua
kemungkinan. Pertama , matahari berjalan lambat sehingga untuk mencapai
titik yang sama diperlukan waktu satu tahun. Kedua, matahari berhenti
berputar mengelilingi bumi hingga berputar kembali setelah masa yang
dijelaskan Rasulullah. Jika kita lihat hadis-hadis sahih, maka
sepertinya kita tak akan menjumpainya. Sedangkan jika dilihat dari hadis
hadis yang dhaif, maka matahari berhenti berputar. Terlepas dari semua
itu, yang jelas Rasulullah memerintahkan kita agar solat disesuaikan.
Begitu juga terlepas
dari itu semua, apakah matahari berhenti berputar atau matahari berjalan
lambat? yang jelas itu semua jauh lebih dahsyat daripada sekadar
matahari terbit dari barat. Oleh kerana itulah ada beberapa hadis sahih
yang menjelaskan bahawa yang pertama kali terjadi dari sepuluh tanda
kiamat besar adalah terbitnya matahari dari barat. Oleh kerana itu pula
Rasulullah menjelaskan bahawa ada tiga hal yang apabila hal itu terjadi,
maka tidak akan diterima orang yang baru beriman dan yang belum sempat
mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Wallahu a'lam.
*Diterjemahkan dari sumber islampos.com
No comments:
Post a Comment