Hari Bangkitnya Nabi Isa
Perbahasan tentang bila
turunnya Nabi Isa kembali ke bumi menjadi bahan perbincangan di antara
para agamawan. Nabi Muhammad Saw sudah meramalkan akan kebangkitan Nabi
Isa tersebut di dalam banyak hadis.
Dr Muhammad Nu'aim Yasin
berkata di antara tanda-tanda kiamat besar (kubra) adalah munculnya
sosok makhluk yang oleh Rasulullah dinamakan Dajjal. Disebut Dajjal
kerana terlalu banyak menipu dan mendusta, mengaku diri sebagai Tuhan,
berupaya untuk melepaskan manusia dari agamanya melalui pelbagai cara
yang luar biasa dan hal-hal yang menakjubkan dengan izin Allah.
Akibatnya, sebahagian
manusia terpedaya. Namun, Allah akan menyelamatkan orang-orang yang
beriman sehingga mereka selamat dari tipu daya dan penyesatan Dajjal.
Dengan ketentuan Allah, kemudian timbul fitnah atau petaka akibat
perbuatan Dajjal. Lalu, Allah menurunkan Nabi Isa yang akan membunuhnya.
Nabi Isa AS bagi orang
Nasrani disebut Jesus, menjadi bahan kontroversi antara Islam, Nasrani
dan Yahudi. Orang Yahudi mempercayai bahawa mereka telah membunuh Isa
dan orang-orang Nasrani meyakini bahawa Isa telah disalib dan
dikebumikan.
Namun, kaum Muslimin
meyakini dengan jelas dan tegas bahawa Nabi Isa tidak disalib atau
dibunuh, melainkan 'diangkat' oleh Allah SWT. Nabi Isa akan kembali ke
dunia, di suatu masa, di akhir zaman.
''Ada 33 hadis sahih
yang menegaskan bahawa Nabi Isa akan kembali turun ke bumi. Bahkan, ada
yang mengatakan sehingga 90 hadis, '' kata Dr Muslih A Karim, pensyarah
Pascasarjana Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta.
![]() |
Menara putih Masjid bani Umayyah |
Dia menyebutkan, ada
tujuh ciri kedatangan kembali Nabi Isa: Pertama, Nabi Isa akan turun di
Menara Putih, yakni Masjid Bani Umayyah di Damsyik Timur.
Kedua, Isa akan membunuh
Dajjal (gembong jahat yang mengaku sebagai penyelamat) di Dataran
Tinggi Golan (Syria). Ketiga, Isa akan bertemu Ya'juz dan Ma'juz dan
semua tokoh jahat dan pengikutnya itu akan tewas.
Keempat, Isa akan
mendakwahkan agama Tauhid seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad mahupun
nabi-nabi lain sebelumnya. Kelima, Isa akan melakukan haji dan umrah.
Keenam, Isa datang,
dunia penuh keberkatan. Misalnya, sebutir buah delima boleh membuat 40
orang kenyang. Ketujuh, selepas kedatangan Isa, selama tujuh tahun
keadaan dunia sangat aman. '' Hakikatnya, Nabi Isa sekarang ini belum
meninggal. Dia akan turun di akhir zaman untuk menegakkan Islam,''
ungkap Muslih.
Rabbi terpopuler di
zaman Yahudi moden, Yitzhak Kaduri pun meramalkan akan kedatangan Nabi
Isa tersebut. Sebelum kematiannya, Kaduri menyebut Nabi Isa yang dalam
Bahasa Ibrani dikatakan dengan nama Yehoshua akan datang selepas
kematian bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
No comments:
Post a Comment