About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Thursday, July 15, 2010

sajak

Anbiya’ Pejuang Merdeka

sering benar kita lupa
anbiya’lah pejuang merdeka
memerdeka bukan hanya negara bangsa
dicengkam kuku penjajah lain rasnya
ajakan merdeka para anbiya menuju bahagia
olah merdeka para anbiya membawa ke syurga
mengajak semua warna manusia
menjaadi hamba AlLah semata
tidak tunduk menyembah sesama hamba
menafi patung berhala dan sebayanya
atau belitan ideologi dari terus dipuja

nabi nuh memula susun kerja
memerdeka aqidah dari dalam jiwa
menyakini kuasa hanya Yang Maha Esa
950 tahun dirasa sekejap sahaja
siang malam tak pernah sunyi dakwahnya bergema

silih berganti anbiya diutus-Nya
memerdeka aqidah para hamba
ada anbiya dikenal ulul azmi di sisi-Nya
nuh ibrahim musa isa muhammad namanya
gagah berjuang gagalkan tipuan setan dan konconya
menjajah minda dan akal manusia
dengan kilauan janji palsunya

gerak merdeka tak pernah punah
walau zaman dan iklim berubah wajah
kini di bahu kita memikul amanah
menjernih pemikiran menjilah aqidah
hanya kepada AlLah kita patut pasrah
hanya kepada AlLah kita berhak menyembah
tak guna diuar-uar penuh gah
jika hanya susuk tanah air sahaja merdeka
sedang jiwa pendokong idea setan penuh setia
kerana setanlah penjajah sebenar
dulu kini dan selama-lamanya



105515pagi
05syakban1431-16julai2010



Mari Kita Berpersatuan

‘Innahazihi ummatukum ummatan wahida, wa ana rabbukum fa’budun’

hidup berpersatuan itu fitrah
hidup bersendiri itu fitnah
berpersatuan itu gagah
kambing tanpa komuniti mudah diratah
serigala menanti di balik lembah

berpersatuan kan mendapat redha-Nya
hanya apabila mengajak ke arah beragama
untuk melastari tugas diri
sebagai khalifah di bumi
persatuan yang tak tepat kendali
tersasar jauh dari redha IlLahi
bakal menenpa murka-Nya di sini

kini ada sumbang suara mengajak kita
bersatu demi dan kerana bangsa
sesuatu yang tak pernah disuru-Nya
kerana bangsa sengaja dicipta-Nya
agar kita dapat mengenal mesra
tumbuh mekar di jiwa rasa
betapa agungnya AlLah pencipta
lalu kita menyatu dan bersatu
dalam persatuan menyeru AlLah yang satu
menuju kiblat yang satu
berpandu pedoman anbiya yang satu
mengguna al-Qur’an yang satu


114533
05sya’ban1431-16julai2010











antara semalam dan hari ini; di mana diri

semalam jauh kutingggalkan
tapak usia di laman umur
makin kerrdil rasa jiwa
pikat akal makin melemah
cerah mata makin mengabur
putih di kepala makin bertabur
gigi dulunya utuh kini mula gugur
wajah di sana-sini mula mengendur
perkasa diri mula dijajah izur
saban hari makin bertambah rakan sebaya dipanggil ke kubur
Ya AlLah Ya Syakur
jauhkan jejak kaki dari menjejak daerah takbur
agar bisa kusempurnakan sisa-sisa umur
dengan resipi dan menu bernama syukur syukur dan syukur


24rejab1431-06072010
115550p-masjid padang mokkan


Antara butiran pepasir rahmat-mu

memanjang memutih halus pasir-Mu tak daya kubilang
takungan biru laut-Mu tak mampu kugenggam tangan
tiupan pawana sepoi-Mu tak mampu kutangkap
degup lembut ombak-Mu hanya mampu kupandang
dan kusimpan di hujung kenangan
banyaknya putih pepasirmu tak terjumlah
butir biru lautmu begitu seninya
pawana menjilat & mengigit gigi air
Ya AlLah itu hanyalah secangkir nikmat-Mu di bumi
maafkan aku AlLah aku masih gagal
buat menyata gelombang syukurku
bila menilai mentari nikmat-Mu
seluruh ragaku

Batu buruk beach resort, kuala terengganu. 070710 = 0820 pagi Fauzi amir gus, smka tok bachok, kelantan. 0199923418, fauziamirgus.bloqspot.com fauziamirgus@hotmail.com

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters