1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
Surah Al-Fajr 1-2
Al-Allamah Imam Ibnu Kathir ra menukilkan Surah al-Fajr ini diturunkan sewaktu Baginda Nabi SAW masih berada di bumi Mekah. Lantas surah ini dikira sebagai surah Makiyyah. Muatannya ada 30 ayat sahaja. Dibina atas 139 kalimah & mengandung 579 huruf-hurufnya.
Demi waktu fajar, AlLah SWT meminta kita agar memerhati fajar apabila telah tiba, datangnya mengubah suasana daripada gelap gulita yang tak terhingga kepada terang yang nyata.
Dan malam yang sepuluh, di samping AlLah SWT bersumpah dengan fajar yang nyata cerahnya, AlLah SWT juga bersumpah dengan malam yang sepuluh yang sudah pastinya mulia tidak dapat dihingga. Al-Allamah Imam Ibnu Kathir ra menyebutkan yang dimaksudkan AlLah SWT dengan 10 malam yang menjadi sumpah-NYA itu ialah;
1) 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan (malam 21- 30)- dalamnya tersisip Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan adanya. Kita berhak & patut menghidupkan malam-malanya dengan pelbagai nama ibadat kita kepada-NYA.
2) 10 malam yang pertama daripada bulan Zulhijjah. (malam 01- 10)- dalamnya ada perkumpulan jemaah haji dari seluruh dunia yang berjumlah jutaan nyawa berhimpun di bumi Mekah sana. Wuquf pula tempat menemukan jemaah semua tanpa mengira darjat & tahta, siapa kita, kerana kita semua hanyalah hamba Yang Esa. Kita dituntut & berhak berpuasa semasa saudara kita sedang berwuquf di Arafah sana.
3) 10 malam yang pertama daripada bulan Muharram (malam 01-10)- padanya ada Hari Asyura yang termuat pelbagai peristiwa yang amat bermakna yang dialami oleh para anbiya kita. Kita pun dipelawa untuk menyempurnakan puasa pada hari yang dipanggil Asyura.
SubhanalLah
Al-HamdullilLah
AlLahhu Alhbar
Maasya-AlLah
Pusingan hari-hari pada kalendar 1432 hijriyah semakin menghampir tarikh penamat. Tanpa banyak yang sempat kita manfaat, garapan berupa atau berwajah amal soleh yang bermanfaat. Tak terlalu banyak rupanya yang sempat diperbuat. Untuk kita ikat kejap menggagahi & mendominasi ke dalam buku catatan amal yang terperap. Jauh menjadi lebih malang andai kata kalendar 1432 yang bakal berlalu hanya maksiat @ paksiat yang kita banyak perbuat. Penyair Baha Zain pernah menulis dalam catatan puisinya sekira-kiranya berbunyi
Hari ini terkoyak sehelai kertas di kalendar
Yang muda sehari lebih tua
Yang tua setapak lebih dekat ke pusara
Ya, pusara yang dilihat hanya begitu adanya, kepada banyak manusia pusara hanya tempat untuk menyimpan orang mati sahaja tanpa apa-apa yang telah berlaku, sedang berlaku, & akan berlaku padanya. Itulah rentetan kepercayaan & keyakinan yang diimport dari luar & cuba dimasukkan ke dalam ajaran agama Islam yang mulia. Tetapi kepada kita umat Islam yang berRabbkan AlLah SWT serta bernabikan ratusan ribu utusan AlLah SWT, yang Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai penutup risalah-NYA, telah diajari kita telah diyakini bahawa pusara itu merupakan salah satu daripada dua; sama ada pusara menanti kedatangan kita dengan sambutan penuh ceria sebagai calon penghuni syurga atau pusara akan menyambut kedatangan kita dengan sambutan siksa kerana kita bakal menambah jumlah calon penghuni neraka! Apa yang ada menghuni benak hati kita pasal pusara & seterusnya menjadi anutan secara sukarela tanpa dipaksa-paksa, semua itu sebetulnya bergantung kepada beberapa perkara;
Apa bahan yang selalu kita baca,
dengan siapa kita kerap berbicara,
kurikulum apa yang kita belajar semasa di sekolah waktu muda-muda,
apa pula yang selalu singgah di pendengaran kita,
cerita apa yang selalu kita tonton di layar tv sana dsb.
Dengan berakhirnya denyut Zulhijjah di carta & kalendar masa, Muharram pula tampil mengambil gilirnya menjadi saksi kepada semua aksi & perlakuan manusia. Ya, kepada banyak manusia Muharram juga tiada apa-apa yang istimewa, tidak seperti kedatangan 1 januari setiap masa yang disambut dengan pelbagai warna & acara, bermula dengan menunggu & menunggu detik 12 malam adanya, untuk berasa udara 1 januari pada jam 1201 minit yang tiba. Khabarnya ada yang sampai mabuk-mabuk juga. Yang pening-pening khabarnya sudah tak dapat nak dikira banyak melata & ada di merata-rata.
Sebetulnya kepada kita sebagai penerus kepada kesinambungan Islam ini, Muharram ada sesuatu padanya yang menjanjikan. Ya, sebagai pembuka kepada laluan bulan, Muharram telah lama menawarkan tawaran yang amat-amatlah lumayan. Sebagaimana juga Zulhijjah sebagai penutup kalendar menjanjikan sesuatu yang mengkagumkan. Apa yang dijanjikan Zulhijjah itu tentunya sudah kita manfaatkan, iaitu berupa ganjaran penghapusan dosa untuk 2 tahun buat sesiapa yang bersedia berpuasa pada Hari Wuquf apabila diwartakan (9 Zulhijjah). Kepada sesiapa yang tak berkesempatan untuk melakukan puasa pada 9 Zulhijjah seperti yang dibicarakan, kerana adanya musibah yang datang tanpa diundang, mohonlah kepada AlLah SWT agar usia & umur kita bisa diperpanjangkan, agar sempat lagi jumpa & berpuasa pada 9 Zulhijjah pada tahun hadapan. Berdoalah kepada AlLah SWT cukup senang mendengar hamba-NYA mengemukakan permohonan. Berdoalah kerana AlLah SWT setiap masa siap siaga untuk menunaikan segala permintaan daripada hamba-NYA yang benar-benar mengharapkan.
Ulama terkemukan hari ini, Prof. Dr. Yusuf Qardhawi ra memetik hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Sahabat bernama Qatadah yang menyebutkan Baginda Nabi SAW telah meninta sabda;
صوم يوم عرفة يكفر سنتين ما ضية ومستقبلة
صوم يوم عاشوراء يكفر سنة ما ضية
‘Puasa pada hari Arafah (Wuquf) dapat menghapuskan dosa selama 2 tahun,
iaitu dosa pada tahun lalu & dosa pada tahun hadapan.
Puasa pada ahari Asyura dapat menghapuskan setahun dosa yang lalu’
Oh ya, bilakah tarikhnya yang disebut & diwara-warakan orang Hari Asyura itu? Bilakah harinya & berapa harikah keberadaannya bila ia menjelma? Kepada Hari Asyura itu begitu istimewa? Kalau Hari Arafah atau Hari Wuquf tentu termaklum sudah, hari perhimpunan umat Islam sedunia di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah yang jelas. Kepada umat Islam yang berkesempatan mereka mengunjungi BaitulLah di Kota Mekah sementara kita yang belum terbuka kemampuan pula berpuasa pada Hari Arafah. Hari Asyura ini hanya ada sekali / sehari sahaja dalam setahun, adanya pula hanya dalam bulan Muharram. Hari yang dinobatkan Asyura itu telah disepakati semua ulama’ & cendekiawan Islam iaitu pada 10 Muharram.
Masyarakat kita pada 10 Muharram sangat sibuk ia kerana memasak bubur yang dipanggil dengan Bubur Asyura. Pelbagai versi & resipi bubur muncul pada 10 Muharam ini. ada yang lembik & manis biasanya terdapat di Utara Semenanjung, ada yang berempah & bergading yang biasa diusahakan oleh orang Pantai Timur Malaysia & khabarnya ada juga seperti bubur lambuk. Wal hal tidak ada satu riwayat yang sahih & sah yang menyebut Baginda Rasul SAW menyuruh atau mempelawa kita agar memasak bubur pada Hari Asyura. Tapi apa yang jelas & nyata ada tawaran istimewa daripada Baginda SAW agar umatnya berpuasa. Anehnya kita sebagai umat Nabi Akhir Zaman SAW ini cukup liat untuk berpuasa, tapi kalau untuk makan laju sahaja adanya. Padahal antara puasa dengan makan, puasalah paling mudah untuk dilakukan. Bila berpuasa kita hanya menahan diri dari segala yang membatalkan. Sedangkan untuk makan kita kena melakukan aktiviti tambahan. Kita kena cari beras, kita kena cari itu & ini baru boleh dilaksanakan aktiviti makan kerana tidak berpuasa.
Seorang Ulama’ hadis yang terkemuka’ Abul Laits as-Samarqandi ra telah mengumpulkan beberapa peristiwa besar yang berlaku pada 10 Muharram. Beliau ra menukilkan rentetan kejadian itu dalam kitabnya –Peringatan Untuk Yang Lupa- ‘ Tanbihul Ghaafilin’ . Peristiwa-peristiwa ini telah alami oleh para anbiya sejak zaman berzaman. Peristiwa itu dialami oleh Nabi Adam AS hinggalah kepada Nabi Isa AS. Antaranya Abul Laits as-Samarqandi ra menuliskan dinamakan Asyura kerana terjadinya pada 10 Muharram, antaranya;
1. AlLah SWT menerima taubat Nabi Adam AS
2. AlLah SWT menaikkan darjat Nabi Idris AS
3. Hari berlabuhnya bahtera Nabi Nuh AS. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera Baginda AS selamat berlabuh di puncak pergunungan.
4. Nabi Ibrahim AS dilahirkan, diselamatkan dari bakaran api & dilantik menjadi nabi
5. AlLah SWT mengurniakan kerajaan yang besar pada Nabi Sulaiman AS
6. AlLah SWT mengeluarkan Nabi Yunus AS dari perut ikan- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
7. AlLah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS & menenggelamkan Fir’aun- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
8. AlLah SWT mengembalikan kesihatan Nabi Ayub AS
9. AlLah SWT mengembalikan penglihatan Nabi Yaakob AS
10. AlLah SWT mengangkat Nabi Isa AS ke langit- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib Baginda.
11. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
12. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid
Orang-orang yahudi laknatullaha alaihi yang berani mengubah kitab AlLah SWT (Taurat) sesuka hati mereka juga berpuasa pada Hari Asyura. Sebagai memperingati sejarah mereka diselamatkan dari ancaman sang Firaun yang celaka. AlLah SWT membukakan laluan laut buat mereka lewat mukjizah nabi-NYA Yang Mulia, Nabi Musa AS. AlLah SWT yang sama telah memerintahkan lautan menenggelamkan sang Firaun berserta pengikut-pengikutnya. Apabila tiba di seberang sana pada 10 Muharran juga, sebagai tanda syukur dengan nikmat Yang Esa, Nabi Musa AS berpuasa & mengajak kaumnya juga agar turut serta. Nabi Musa AS merupakan salah seorang Rasul Ulul Azmi yang kita diminta mengimaninya, lebih-lebih lagilah, kita yang berhak berpuasa. Cuma baginda Nabi Muhammad SAW meminta kita jangan berbuat sesuatu sama dengan mereka (yahudi & nasoro). Mereka berpuasa pada 10 Muharram kita jika mahu berpuasa mesti berbeza dengan mereka, kita berpuasalah dari 1 hingga 10 Muharram umpamanya jika tidak mampu kita berpuasalah pada 8, 9, 10, Muharram itupun berbeza dengan mereka, jika dirasakan belum mampu kita berpuasalah pada 9 & 10 Muharram juga tidak sama dengan mereka. Jika dirasakan belum ada kemampuan untuk hanya 2 hari berpuasa, kita niat sahajalah kerana berniat untuk melakukan kebaikan tetap mendapat pahalanya, jika berniat pun kita belum mampu untuk menuturkannya, tak payah buat apa-apa, kerana apa yang pasti kita tidak akan dimasukkan ke neraka kerana tidak melaksanakan ibadah yang sunnah tarafnya. Tetapi perlu disedari kita kehilangan fadhilat yang besar adanya, yang tersedia khusus untuk kita.
Artitel Asyura dari blog lain;
Sejarah Hari Asyura
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad SAW.
Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad SAW melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila Baginda SAW berhijrah ke Madinah, Baginda SAW turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Yom Kippur
Yom Kippur (Bahasa Ibrani: יום כיפור) merupakan hari yang paling suci dalam agama Yahudi. Hari tersebut juga disebut sebagai Hari Penebusan Dosa. Kitab Taurat menyeru kaum Yahudi melakukan puasa pada hari itu supaya mereka mengakui dosa-dosa mereka dan menunjukkan rasa rendah diri di hadapan Tuhan mereka. Hanya dengan puasa dan taubat, mereka akan dapat memperoleh keredhaan Tuhan. Agama Yahudi ada enam hari puasa wajib dikerjakan dalam setahun. Puasa yang terpenting dan paling suci ialah pada hari tersebut. Puasa ini dilakukan selama 25 jam. Menurut kalendar Yahudi, Yom Kippur jatuh pada hari ke-10 dalam bulan Tisyri.
Sejarah Asyura bagi Perspektif Syiah
Pada masa zaman sebelum Islam, 'Asyura diperingati sebagai hari raya rasmi bangsa Arab. Pada masa itu mereka berpuasa dan bersyukur menyambut 'Asyura. Mereka merayakan hari itu dengan penuh kegembiraan sebagaimana hari Nawruz yang dijadikan hari raya di negara Iran. Dalam sejarah Arab, hari 'Asyura (10 Muharram) adalah hari raya bersejarah. Pada hari itu setiap suku mengadakan perayaan dengan mengenakan pakaian baru dan menghias kota-kota mereka. Sekelompok bangsa Arab, yang dikenal sebagai kelompok Yazidi, merayakan hari raya tersebut sebagai hari kegembiraan setelah kejayaan membunuh pemberontak kerajaan bani Umaiyyah yang diketuai cucu Rasulullah SAW iaitu Husain bin Ali dan para sahabat yang derhaka pada pemerintahan.
Syahidnya Husain bin Ali
Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 700 orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu yang beranggotakan hampir 10 ribu bala tentera. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kepala cucu Rasulullah itu dipenggal dan diarak seluruh kota Damaskus agar memberi peringatan pada penduduk agar tidak memberontak pada kerajaan. Kemudian tawanan perang dibawa oleh Ibnu Ziyad mereka menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian dikembalikan ke Madinah dan diberi tahanan rumah.
Beberapa Hadis Tentang Kelebihan Puasa Hari Asyura
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Sejarah hari Asyura
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi SAW. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi SAW bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi SAW bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).
Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh AS.
Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad SAW Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).
ANTARA ADAT DAN SYARIAT
Perkara yang sering menjadi adat di kalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.
Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".
Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.
Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya
في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس
وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول
Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).
Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).
Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh AS kepada umatnya ketika dahulu.
Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh AS kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?
Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.
Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.
Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.
Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh AS. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.
Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.
p/s : Makan bubur makan juga!!! Tapi penghayatan itu lebih penting. Menggabungkan kedua-dua niat itu alangkah lagi bagus. "Masak dengan niat menjamu dan sedekah + Menghayati peristiwa dan Kisah Nabi Nuh as".
Copy paste dari blog Ustaz Hafiz..
http://www.hafizullah-perindusyahid.blogspot.com/
http://al-haziq.blogspot.com/2008/01/bubur-asyura-antara-adat-syariat.html
Sejarah puasa hari Asyura
Sepuluh Muharram dalam bahasa Arab, disebut Asyura. Orang Melayu Kelantan menyebutnya Sura. Di beberapa daerah di Indonesia misalnya, hari itu dirayakan dengan membuat bubur merah-putih. Putih mencerminkan Hasan dan merah melambangkan Husein. Seperti dalam sejarah, Saidina Hasan pernah melakukan perdamaian dengan penguasa demi kebaikan umat. Tetapi malangnya, perdamaian itu dikhianati oleh elit-penguasa itu sendiri. Putih adalah lambang perdamaian.
Sementara Saidina Husein melihat pengkhianatan itu segera bangkit melawan pemerintah lalu terjadilah peristiwa tragis iaitu Tragedi Karbala. Padang pasir Karbala memerah dengan darah syuhada. Merah adalah lambang kesyahidan. Agak sukar untuk menemukan orang tua yang dapat menjelaskan asal-usul tradisi itu. Para ulama yang ditanya, hanya menjelaskan tentang disunatkannya puasa pada hari itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para nabi dalam menghadapi orang-orang zalim.
Pada hari Asyura, Ibrahim lepas dari api Namrud, Yunus keluar dari perut ikan, Musa bebas dari hambatan Firaun, dan Muhammad SAW selamat dari racun orang Yahudi. Kononnya, masih kata para ulama, ketika Nabi Muhammad SAW ke Madinah, Baginda SAW menemukan orang Yahudi berpuasa pada hari itu untuk mengenang kemenangan Musa. 'Aku lebih berhak untuk berpuasa daripada kalian,' kata Nabi SAW kepada orang-orang Yahudi. Maka kaum mukmin yang saleh di Malaysia selalu melakukan puasa Asyura sebagai ungkapan syukur atas kemenangan para Nabi.
Sebahagian Muslim di Mesir mengungkapkan rasa syukur mereka dengan cara lain. Mereka memakai pakaian yang indah, makan-makan dan bergembira. Al-Makrizi, ahli sejarah Islam, dalam At-Khuthath, jilid 1, hlm. 490, menulis, 'Dinasti Fathimiyyah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (untuk mengenang kematian Saidina Husein di Karbala)... Ketika raja-raja Bani Ayyub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira... melanjutkan tradisi orang-orang Syam yang dirintis Al-Hajjaj pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan.
Tujuan utamanya adalah mempermalukan pengikut Ali bin Abi Talib yang menjadikan Asyura sebagai hari dukacita. Al-Hajjaj adalah tonggak besar dinasti Umayyah. Dia melakukan strategi kekerasan dalam menumpas pengikut Ali - lawan politik Bani Umayyah - secara fizikal. Di samping itu, dia melakukan penyelewengan fakta untuk membasmi Saidina Ali secara intelektual. Bermula sejak kekuasaan Muawiyah, pengetahuan umum diarahkan untuk membenci Ali dan mencintai penguasanya. Pendapat yang berbeza dibanteras. Pendapat yang sesuai dengan selera elit-penguasa disebarluaskan. Para khatib disuruh mengutuk Ali di mimbar-mimbar Jumaat. Hadis-hadis tentang keutamaan Ali dilarang daripada diriwayatkan. Hadis-hadis buatan yang mengecam Ali digalakkan.
Begitu pula, ajaran Islam yang dijadikan syiar pengikut Ali dibid’ahkan atau dicarikan tandingannya. Lalu, di Karbala terjadilah pembantaian keluarga Ali bin Abi Thalib pada 10 Muharram 61H oleh Bani Umayyah. Husein bin Ali dibunuh dengan cara yang sangat kejam. Asyura ertinya - sepuluh - bermakna hari terbunuhnya Husein dan sekaligus hari kemenangan Bani Umayyah. Para pengikut Ali tentu sahaja menjadikan hari itu hari berkabung, hari terbunuhnya cucu Rasulullah, dan hari syahidnya seorang pejuang keadilan.
Setiap kali Asyura mereka mengenangkan peristiwa itu dan merintih penuh nestapa. “Bagi kami, setiap hari adalah Asyura dan setiap tempat adalah Karbala,” teriak mereka. Laungan teriakan itu terdengar lagi ketika para pengikut Ali menumbangkan kekuasaan Syah Moden pada akhir 1978. Oleh kerana itu, Asyura menjadi lambang yang mengancam para elit-penguasa. Al-Hajjaj menetapkan Asyura sebagai hari gembira dan hari bersyukur. Kerana ‘might is right’ (kekuasaan itulah yang benar) maka yang kalah tentu sahaja salah. Justifikasi keagamaan harus dibuat. Lahirlah hadis-hadis yang menyatakan Asyura sebagai hari kemenangan para Nabi dan kekalahan orang zalim. Seperti kata sebahagian ulama, kita harus bersyukur dengan berpuasa pada hari itu. Akhirnya, kita terpaksa bertanya, “Tidakkah sebahagian yang kita anggap ajaran agama itu sebenarnya hasil rekaan politik sepanjang sejarah?” Nampaknya, agama juga ternyata tidak terlepas daripada politik.
Sumber : http://taufiq111.blogspot.com
http://mencari-cahaya.blogspot.com/2008/01/sejarah-puasa-hari-asyura.html
Keutamaan Hari ‘Asyura
Penulis : Al-Ustadz Saifuddin Zuhri, Lc.
Jama’ah Jum’at yang mudah-mudahan senantiasa dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, Marilah kita senantiasa meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Yaitu dengan senantiasa bersemangat dalam mempelajari agama-Nya serta mengamalkannya. Karena dengan bertakwa kepada-Nya, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menambahkan kepada kita ilmu yang bermanfaat serta memberikan kepada kita bimbingan dan petunjuk-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
واتقوا الله ويعلمكم الله والله بكل شيء عليم
“Dan bertakwalah kepada Allah, maka Allah akan mengajarkan kepada kalian ilmu dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (Al-Baqarah: 282)
Ma’asyiral muslimin rahimakumullah,
Ketahuilah, bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam banyak firman-Nya telah menceritakan kepada kita tentang kisah para nabi dan rasul-Nya. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberitakan kepada kita bahwa pada kisah-kisah tersebut mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi orang-orang yang mau merenungkannya. Hal ini sebagaimana tersebut dalam firman-Nya:
لقد كان في قصصهم عبرة لأولي الألباب ما كان حديثا يفترى ولكن تصديق الذي بين يديه وتفصيل كل شيء وهدى ورحمة لقوم يؤمنون
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu (yaitu para nabi) terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Qur`an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, serta sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Yusuf: 111)
Hadirin rahimakumullah, Di antara kisah penting yang Allah Subhanahu wa Ta’ala sebutkan adalah kisah tentang Nabi-Nya, Musa ‘alaihissalam. Bahkan kisah ini Allah Subhanahu wa Ta’ala sebutkan secara berulang-ulang dalam berbagai surat dalam Al-Qur`an. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kisah ini untuk diketahui dan dipelajari. Kisah ini menceritakan tentang binasanya seorang penguasa zhalim yang diberi gelar Fir’aun. Disebutkan dalam kisah tersebut, Fir’aun adalah penguasa yang berbuat semena-mena dan zhalim kepada sebagian penduduknya. Dia membagi penduduknya menjadi dua golongan untuk kemudian memperlakukannya dengan tidak adil. Dia muliakan golongan yang berasal dari bangsanya dengan diberi kebebasan untuk melakukan apa yang mereka suka. Dan dia hinakan golongan lainnya, yaitu yang berasal dari Bani Israil yang pada saat itu mereka adalah sebaik-baik manusia. Terlebih setelah sampai berita kepada Fir’aun akan datangnya seorang dari keturunan Bani Israil yang akan menjadi sebab runtuhnya kekuasaannya. Segeralah dia mengutus orang-orangnya untuk membunuh setiap bayi laki-laki dari Bani Israil yang dilahirkan pada masa itu.
Hal ini sebagaimana tersebut dalam firman-Nya:“Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya bergolong-golongan, menindas segolongan dari mereka (yaitu Bani Israil), menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuannya. Sesungguhnya Fir’aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.” (Al-Qashash: 4)
Ketika Musa ‘alaihissalam lahir pada waktu itu, ibunya pun mengkhawatirkan keselamatan putranya. Namun Allah Subhanahu wa Ta’ala menghendaki Musa ‘alaihissalam selamat dari kezhaliman Fir’aun dan bala tentaranya. Bahkan Musa ‘alaihissalam akhirnya hidup di tengah-tengah keluarga Fir’aun. Makan dan minum serta berpakaian juga mengendarai kendaraan sebagaimana yang digunakan oleh keluarga Fir’aun. Begitulah kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, sehingga orang yang akan dijadikan sebagai sebab runtuhnya kekuasaan Fir’aun, justru hidup dan besar di lingkungan keluarganya. Saudara-saudaraku kaum muslimin rahimakumullah,esungguhnya pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada wali-wali-Nya dari kalangan orang-orang yang beriman adalah pertolongan yang akan datang pada setiap masa dan setiap tempat di manapun mereka berada. Dengan pertolongan tersebut, Allah Subhanahu wa Ta’ala tampakkan kebenaran dan Allah Subhanahu wa Ta’ala hinakan kebatilan. Disebutkan dalam kisah tersebut, bahwa kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan Musa ‘alaihissalam sebagai rasul-Nya. Namun ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus Musa ‘alaihissalam untuk mendakwahi Fir’aun dan pengikutnya serta memerintahkan mereka untuk beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, Fir’aun pun menolaknya bahkan dengan sombongnya mengatakan: “Akulah tuhan kalian yang maha tinggi.” Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan dialog antara Musa ‘alaihissalam dengan Fir’aun dalam firman-Nya:
Fir’aun bertanya: “Siapa Rabb semesta alam itu?” Musa menjawab: “Rabb Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya (itulah Rabbmu), jika kamu sekalian (orang-orang yang) memercayai-Nya.” Berkata Fir’aun kepada orang-orang sekelilingnya (dengan nada mengejek): “Apakah kalian tidak mendengarkan?” Musa berkata (pula): “(Dia adalah) Rabb kalian dan Rabb nenek-nenek moyang kalian yang dahulu.” Fir’aun berkata: “Sesungguhnya Rasul kalian yang diutus kepada kalian benar-benar orang gila.” Musa berkata: “Rabb yang menguasai timur dan barat serta apa yang ada di antara keduanya, (itulah Rabb kalian) jika kalian mempergunakan akal.” Fir’aun berkata: “Sungguh jika kamu menyembah Ilah selainku, benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan.” (Asy-Syu’ara: 23-29)
Hadirin yang mudah-mudahan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala,
Di dalam ayat tersebut, Allah Subhanahu wa Ta’ala tampakkan kebenaran yang dibawa oleh utusan-Nya dengan hujjah dan keterangan yang sangat jelas. Adapun Fir’aun, tidaklah keluar dari mulutnya kecuali kata-kata ejekan dan ancaman serta tuduhan yang tidak berlandaskan bukti. Sehingga ketika Fir’aun mengatakan kepada pengikutnya dengan menuduh Musa ‘alaihissalam sebagai orang yang gila, Allah Subhanahu wa Ta’ala tampakkan bahwa Fir’aun dan para pengikutnyalah yang sesungguhnya adalah orang-orang yang tidak berakal. Karena mereka mengingkari sesuatu yang sangat jelas kebenarannya yang mereka tidak bisa membantahnya. Demikianlah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada orang-orang yang bertakwa. Allah Subhanahu wa Ta’ala karuniakan kepada mereka ilmu sehingga bisa mengungkap kebatilan serta mematahkan tuduhan yang dilontarkan tanpa bukti sehingga tampaklah siapa yang di atas kebenaran dan siapa yang mengikuti hawa nafsu.
Ma’asyiral muslimin rahimakumullah,
Disebutkan pula dalam kisah tersebut, bahwa ketika Fir’aun tetap di atas kekafiran dan kesesatannya, Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan Musa ‘alaihissalam untuk meninggalkan negeri tersebut. Namun ketika Fir’aun mengetahui hal itu, dia memerintahkan pasukannya untuk mengejar Musa ‘alaihissalam dan pengikutnya. Hal ini sebagaimana firman-Nya:
“Maka Fir’aun dan bala tentaranya dapat menyusuli mereka di waktu matahari terbit. Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: ‘Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul.’ Musa menjawab: ‘Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Rabbku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku.’ Lalu Kami wahyukan kepada Musa: ‘Pukullah lautan itu dengan tongkatmu.’ Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar. Dan di sanalah Kami dekatkan golongan yang lain (yaitu Fir’aun dan kaumnya). Dan Kami selamatkan Musa dan seluruh orang-orang yang besertanya. Dan Kami tenggelamkan golongan yang lain itu (Fir’aun dan bala tentaranya). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar merupakan suatu tanda yang besar namun kebanyakan mereka tidaklah beriman.” (Asy-Syu’ara`: 60-67)
Hadirin rahimakumullah,
Di dalam sebagian kisah Nabi Musa ‘alaihissalam dan Fir’aun tersebut, kita bisa mendapatkan beberapa pelajaran. Di antaranya adalah:
- Bahwa orang-orang yang beriman akan diuji dengan musuh-musuhnya dari kalangan orang-orang munafik dan orang-orang kafir. Hal itu untuk menampakkan siapa yang benar-benar kokoh imannya serta siapa yang lemah imannya atau bahkan menyembunyikan kekafiran di dalam hatinya.
- Bahwa kebatilan meskipun didukung kekuatan sebesar apapun, tidak akan bisa mengalahkan kebenaran. Allah Subhanahu wa Ta’ala pasti akan menampakkan kebenaran dan akan menghancurkan kebatilan. Maka orang-orang yang mengetahui dirinya di atas kebenaran harus yakin bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjaga serta memenangkannya. Barangsiapa sabar dan kokoh di atas agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, niscaya akan mendapat pertolongan dan kemenangan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
- Bahwa kemenangan akan datang bersama kesabaran dan bahwa bersama kesulitan akan datang jalan keluar.
Ma’asyiral muslimin rahimakumullah,
Akhirnya, mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa memberikan kepada kita taufiq dan hidayah-Nya untuk senantiasa mempelajari firman-firman-Nya. Sehingga kita bisa memahami dan mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya yang kita baca. َارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ مَا تَسْمَعُوْنَ وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ حَقًّا وَتُوْبُوْا إِلَيْهِ صِدْقًا إِنَّهُ هُوَ اْلغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
KHUTBAH KEDUA
الْحَمْدُ للهِ عَلَى فَضْلِهِ وَإِحْسَانِهِ وَأَشْكُرُهُ عَلَى تَوْفِقِهِ وَامْتِنَانِهِ وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا، أَمَّا بَعْدُ:
Ma’asyiral muslimin rahimakumullah,
Marilah kita senantiasa bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan senantiasa mengambil pelajaran dari kemenangan-kemenangan yang diraih oleh wali-wali Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di antaranya adalah kemenangan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala karuniakan kepada Nabi-Nya yaitu Musa ‘alaihissalam.
Hadirin jamaah Jum’at rahimakumullah,
Perlu diketahui, bahwa kisah diselamatkannya Musa ‘alaihissalam bersama pengikutnya serta ditenggelamkannya Fir’aun dan bala tentaranya, terjadi pada hari yang kesepuluh dari bulan Muharram. Itulah hari yang kemudian dikenal dengan nama hari ‘Asyura. Hari tersebut merupakan hari yang diberi keutamaan dan dimuliakan sejak dahulu kala. Sehingga Nabi Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari tersebut sebagai bentuk rasa syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini sebagaimana hadits yang disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim, bahwa shahabat ‘Abdullah ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:
أَنََّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ فَوَجَدَ اليَهُوْدَ صِيَمًا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي تَصُوْمُوْنَهُ؟َ فَقَالُوْا: هَذَا يَوْمٌ عَظِيْمٌ، أَنْجَى اللهُ فِيْهِ مُوْسَى وَقَوْمَهُ وغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوْسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُوْمُهُ. فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوْسَى مِنْكُمْ. فَصَامَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.
Bahwasanya ketika masuk kota Madinah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendapatkan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada mereka: “Ada apa dengan hari ini sehingga kalian berpuasa padanya?” Mereka mengatakan: “Ini adalah hari yang agung, hari yang Allah selamatkan Musa dan kaumnya padanya serta Allah tenggelamkan Fir’aun dan pasukannya. Maka berpuasalah Musa sebagai bentuk rasa syukur dan kamipun ikut berpuasa padanya.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Kalau demikian, kami lebih berhak dan lebih pantas terhadap Musa daripada kalian.” Maka berpuasalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari tersebut serta memerintahkan para shahabatnya untuk melakukan puasa pada hari itu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim) Dari hadits tersebut, kita dapatkan pelajaran bahwa para nabi adalah orang-orang yang menjadikan kemenangan sebagai sesuatu yang patut disyukuri, yaitu dengan menampakkan bahwa kemenangan datangnya adalah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan manusia adalah makhluk yang lemah serta membutuhkan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga mendorong dirinya untuk beribadah dengan ikhlas kepada-Nya. Maka Nabi Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari tersebut. Begitu pula nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sehingga tidak semestinya hari kemenangan itu justru dijadikan sebagai hari yang dirayakan untuk menampakkan kebanggaan atas kemampuan dan kekuatan bangsanya. Sehingga dirayakan dengan pesta-pesta dan foya-foya. Atau dengan mengadakan acara-acara hiburan serta petunjukan-pertunjukan yang sarat kemaksiatan. Namun semestinya hari tersebut mengingatkan akan kenikmatan Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga mendorong untuk menjalankan dan menegakkan syariat-Nya.Hadirin jamaah Jum’at rahimakumullah,isebutkan dalam Shahih Muslim, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa ‘Asyura, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْـمَاضِيَةَ
“Puasa tersebut menghapus dosa satu tahun yang telah lalu.” (HR. Muslim)
Namun untuk menghindari keserupaan dengan ibadah orang-orang Yahudi dan Nashara, Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan pada umatnya untuk berpuasa pula pada hari sebelumnya. Hal ini sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Muslim rahimahullahu dalam Shahih-nya dari shahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya beliau berkata:
حِيْنَ صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ، قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُوْدُ والنَّصَارَى. فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ. قَالَ: فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para shahabatnya untuk berpuasa pada hari tersebut, mereka (para shahabat) berkata: “Wahai Rasulullah, hari ini (‘Asyura) adalah hari yang diagungkan orang-orang Yahudi dan Nashara.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata: “Jika aku menjumpai tahun yang akan datang, insya Allah aku akan berpuasa pula pada hari yang kesembilannya.” Abdullah ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Namun sebelum datang tahun berikutnya, Rasulullah sudah wafat.” (HR. Muslim)
Hadirin rahimakumullah,
Dari hadits-hadits tersebut, dapat kita pahami bahwa kaum muslimin disunnahkan untuk berpuasa pada hari yang kesembilan dan kesepuluh pada bulan Muharram, hari yang dikenal dengan Tasu’a dan ‘Asyura. Bahkan sebagian ulama menyebutkan disyariatkannya pula untuk berpuasa pada hari setelahnya yaitu hari yang kesebelas, dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi dan Nashara. Wallahu a’lam bish-shawab.
Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan taufiq-Nya kepada kita semua untuk melakukan puasa pada hari tersebut, dan mudah-mudahan kita mendapatkan keutamaan yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala janjikan.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ. اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ. وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّينِ, وَانْصُرْ عِبَادَكَ الْمُوَحِّدِينَ. اللَّهُمَّ أَصْلِحْ أَحْوَالَ الْمُسْلِمينَ في كُلِّ مَكانٍ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ والْمُسْلِماتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ، إِنَّهُ سَمِيْعٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .عِبَادَ اللهِ … إِنَّ اللهَ يَأمُرُ بِالْعَدْلِ والْإِحْسَانِ وإيْتَاءِ ذِي القُرْبى ويَنْهى عَن الْفَحْشَاءِ والْمُنْكَرِ والْبَغِي يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ، فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ الْجَلِيْلَ يَذْكُرْكُمْ واشْكُرُوْه عَلىَ النِّعَمِ يَزِدْكُمْ، ولَذِكْرُ اللهِ أكْبَرُ واللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.
http://www.asysyariah.com/print.php?id_online=582
http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/fiqh-ibadah/keutamaan-hari-asyura/
No comments:
Post a Comment