Sajak-sajak Musim Peperiksaan
SPM 1432/2011
sajak satu
sejak manusia pertama singgah di dunia
entah sudah berapa jutaan lama
dari AlLah Yang Esa hanya Islam cara hidupnya
meminta & mempelawa manusia serta jin yang ada
berfikir & bertindak di luar kotak lingkungnya
berselerak banyak kotak yang menghatui
kita dikelilingi kotak ekologi diri
kita dikelilingi kotak lapangan adat & masyarakat kita dikelilingi kotak halaman negara yang padat
kita dikelilingi kotak bangsa yang konon berdaulat
kita dikelilingi kotak perkebunan dunia menjerat
diajak & diajar Islam kita berfikir akhirat
satu kehidupan menjangkau luasnya dari alam jagat
hidup di sana kita menjadi sebaya usia
dikurnia rata-rata 30 tahun buat sang pria
dikekal selama 17 tahun bersama gadis jelita
tiada lagi mengantuk tiada lagi lena bila hidup di sana
tiada lagi gangguan penyakit melata & merata di sana
tiada lagi perlu fikir menangkis tipuan setan di sana
tiada lagi dihinggap usia bertambah tua di sana
tiada lagi makhluk bernama mati di sana
makin hari makin bertambah cantik & ayu jelita gadisnya
makin hari makin bertambah kacak & perkasa prianya
24 jam sehari untuk berseronok & berfoya-foya sahaja
bersama puluhan bidadari dara setiap masa
24 jam sehari untuk makan sahaja apa yang ada
dengan sedikit lintas niat semua makan kesukaan tiba
di bawah telapak sungai tersedia untuk diminum & mandi manda
sungai arak sungai susu sungai madu & sungai air biasa
semuanya jernih putih bersih bertapis tiada taranya
semua perhiasan di sana emas & emas sahaja
buahnya seumpama yang pernah dilihat di dunia
enak lazat sedap berzatnya puluhan kali ganda
bungaannya pelbagai warna tak pernah dilihat mata
alunan muzik bawaan anginnya tak pernah terdengar di telinga
semerbak baunya pula tak pernah terhidu pada hidung kita
semua nikmat rahmat tersedia tak pernah terjangkau hati kita
semuanya untuk menjelas kepada semua kita
bahawa itu semua kudrat & iradat AlLah Yang Esa
Rabb kita abadan abidiina
083440pagi-smkkandis-19zulhijjah1432-15nov2011
sajak dua
satu waktu dahulu tak dapat tepat kuingat tarikhnya
yang pastiku di tingkatan tiga
1381 pada rakaman tahun hijrah dikira
tahun 1981 pada catatan kalendar masihinya
satu bisik kuat singgah di hati & mempengaruhi adanya
tiada saat tiap detik tiap tempat kurasainya
‘semua subjek yang kutekuni tak dapat kuguna
bila sahaja kulangkahkan kaki di luar darjah sana
berapa kali dapat kuguna sifir & matematik di luar sana
berapa kali dapat kuguna teori & formula sains di luar sana
berapa kali dapat kuguna tatabahasa & grammar di luar sana
detik hati berdetik kosong kali kosong kali kosong kali belaka’
lalu kuputus seorang diri tak lagi beri tumpuan seadanya
biarpun sesi p&p oleh guru yang hebat belaka
lalu kuistiqomahkan diri mengejari & mencari ilmu agama
kerana itu yang perlu dihayati 24 jam sehari adanya
lalu masjid surau balaisah & musola jadi destinasi baru pula
ke masjid Baitul Rahman Mukin Budi 3 km jaraknya
kitab Tafsir al-Furqan kukelek bersama
Sabtu malam ada itulah sesinya
pada hari Ahad malam Isnin kuberbasikal jauh ke sana
hadis 40 di Masjid Mukim Binjai yang selesa
kupelajari Mastika Hadis di Masjid Tok Khatib Mail Pulau Belanga
tuan gurunya Abdullah Arshad dikenali Pak Nik Lah juga
sesi menadahnya berlaku pada Isnin malam Selasa
pengajian Kitab Sifat 20 kupelajari juga
diajari Ust Umar Selasa malam Rabu dengan ceria
sedia kunanti di Balaisah Abang Deroni Pulau Melaka
hari Rabu Malam Khamis malam Jumaat banyak ilmu menjelma
banyak kitab dipelajari; Fiqh Sunnah & Hadis Bukhari antaranya
Mauiztul Mukminin, Fiqh 4 Mazhab, Hadis Muslim juga ada
Sirah Baginda Nabi & Para Sahabat tidak dilupa
Kuliah Subuh selepas Sujud Sejadah pun ada
sesi Kuliah Petang Jumaat kunanti penuh setia
semua dikendali Ayah Ziz yang mulia
pada Jumaat malam Sabtu bersama Nik Omar & adik-adiknya
menumpang marcedes tua AS 66 abang Lah drivernya
pergi ke Masjid Mukim Kedai Buluh belajar Tafsir al-Qur’an jua
dengan AS 66 itulah Ayah Ziz bergerak ke seluruh negara
menyampaikan dakwah Islam ke semua bangsa
pagi Jumaat pula datang ke Dewan Zul di Kota Bharu sana
guna mempelajari & mendalami Tafsiran al-Qur’an jua
kitab Mukhtarul Ahadis kudengar Ayah Din mengulasnya
di Balaisah Kampung Kerasak dekat pantai sana
ada waktunya kusengaja ke Masjid Rusila keseorangan saja
malamnya beriktikaf di sana bersama kawan serata Malaysia
mempelajari tafsir al-Qur’an pada paginya
setelah pelajari Disiplin & Sifat Gerakan Islam sepatut ada
tengah hari Kutbah Jumaat paling hebat masuk ke telinga
kitab Maalim Fi Thoriq dikupas pula pada petangnya
semuanya itu dari Ayah Chik yang punya wibawa
ke Masjid Batu 6 kubergerak dari Rusila
sesi pengajian bersama Ust Awang Bakar di sana
bicaranya tegas mengulas persoalan semasa
semua dapat kusimpulkan dengan fikir masih muda
dengan mungkar tiada kompromi walau sekecil mana
di tv masa itu ada rancangan Bimbingan Agama
muncul Dato’ Ab Kadir Talib sebagai hosnya
tak lupa kucatat fikah yang diajarnya
di balaisah Tok Ayah Nik Man Telok Kemunting ke pergi juga
dapat kucedok sedikit soal tasauf dari Ust Wahab & sahabatnya
satu-satunya sesi yang ada 2 ustaz semasa
semua berlaku antara Maghrib sebelum Isya’
di Markazi Lughah dapat kepelajari sedikit bahasa Arab
antara pengajarnya Ust Shamir dari tanah Arab
gemulah Ust Salleh lulusan Moroko hebat berbahasa Arab
Ust Mustapa Daud & Ust Mohamad Mustafa cekap cakap Arab
dengan sabar mendidikku yang buta huruf & angka Arab
tulisan khat & selok belok nahu Bahasa Arab
al-HamdulLilLah walaupun aku tak lah pandai Arab
bolehlah diguna untuk minum kopi & teh dalam Bahasa Arab
thank you AlLah thank you AlLah thank you AlLah
dapat kugunakan 7 hari seminggu
walau hanya sekitar 15 jam seminggu
dapat kuburu waktu mempelajari kehendak agama-MU
mengumpul redha-MU sejakku berumur 15 tahun itu
kini telah berlanjut ke angka 45 pusingan umurku
masih KAUkuatkan aku berada di sesi-sesi begitu
cuma ada sedikit bezanya bila ada tikas waktu
hadirku sebagai pelajar sahaja ke rumah-MU dulu
kini sebagai pentazkirah & pembicara dengan tibaku
cuma aku masih seperti dulu
bila kuhadiri diri pada pagi Jumaat ke Medan Ilmu
menghayun kateh membawa catatan & buku
mencatat dengan tekun apa yang disampai Tuan Guru
dulu digelar al-Fadhil Tuan Guru
kini YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru
thank you AlLah thank you AlLah thank you AlLah
kerana KAU telah balik & tetapkan hati ini
dari manusia yang terselimut lagha kewajipan diri
menjadi antara manusia yang meminati
& ingin terus memahami kehendak agama-MU di sini
thank you AlLah thank you AlLah thank you AlLah
091413pagi-smkkandis-
sajak tiga
uniknya Islam, ajarannya padan & sesuai tuntutan jiwa
makin hari makin bertambah penganutnya
makin hari makin terserlah benarnya
makin hari makin manusia tertarik kepadanya
ajarannya sesuai dalam semua tempat semua masyarakat semua masa
inti ajarnya mengembali haq kepada yang berhak
inti ajarnya mengembali haq kepada yang dinafi hak
inti ajarnya mengembali haq kepada yang dirampas hak
inti ajarnya mengembali haq kepada yang dicuri hak
inti ajarnya mengembali haq kepada yang benar-benar berhak inti ajarnya mengembali haq kepada yang diambil hak
tunjang ajaran Islam ada enam
semua dikandung & disebut Rukun Iman
bukan sekadar tahu tapi Rukun Iman memberi kesan
kita semua akan diminta pertanggungjawabawan
tiap aksi yang sempat kita perbuatkan
ada satu hari kita semua dihidup selepas kematian
dikenali Hari Qiyamat atau Hari Akhirat dipanggil orang
ya hari yang kita dipaksa mengambil bahagian
bermula dari episod dibangkit dari kuburan
dihalau pula ke Masyhar namanya padang
ada hanya satu mahkamah sedang menantikan
AlLah SWT sebagai hakim lambang keadilan
saf malaikat bertindak sebagai ahli pendakwaan
seluruh anggota kita setia sebagai juga saksi pendakwaan
hanya amal soleh diizin-NYA jadi peguam pembelaan
‘siapa pernah terbuat biar sebesar debu dari kebaikan
akan dipernampakkan, siapa pernah terakam
sebesar debu keburukan tetap dipernampakkan’
ya setiap pencerobohan akan diminta pertanggungjawaban
setimpal & setimbal apa yang dicerobohkan
khazanah pahala kan diambil sebagai melunas bayaran
ganti rugi pencabulan yang kita lakukan
andai khazanah pahala kita kekeringan
muatan dosa mereka yang kita cerobohkan
kan dipindah ke akaun kita yang perseorangan
122545tengah hari-smkkandis
sajak empat
Islamlah agama paling banyak musuh
walau ia tak pernah terniat untuk mencipta musuh
walau ia tercipta bukan untuk mencetak musuh
semua & apa sahaja yang bernama musuh
untuk memburuk Islam mereka rela merusuh
secara tersuluh Islam ada 2 musuh
yang tak terlihat mata ada satu musuh
yang berbelit sesesama sendiri ada satu musuh
jin menelorkan setan iblis hantu jembalang jadi musuh
kalangan manusia menetas kufur munafik athies musyrik jadi musuh
semua eraman isme kebendaaan menentang Islam
demokrasi libralisasi sosialisasi isme kebendaan
sosilisme kapitalisme komunisme pragmatisme isme kebendaan
gigih mencipta & mengizin siri penindasan
semua meletak benda sebagai tuju akhir perjuangan
hanya Islam memandu ajar adanya fenomena keakhiratan
episod hidup ini bukan untuk penuhi perut dengan makan
di sana masih perlu mesra anyaman rasa persaudaraan
kejap & rapi simpulan kemanusiaan
apa jua anugerah warna jenis kulitmu
apa jua limpah bahasa jadi tuturmu
di mana sahaja tumbuh hidup budayamu
di mana saja tumpah percik adat resammu
di mana saja membiak pantang larangmu
kita telah dipersaudarakan dengan pintalan yang satu
pabila kita menyatu memula 2 lafaz bermula asyhadu...
perakuan hanya AlLah itu IlLah yang satu
sementara Baginda Muhammad SAW rasulnya yang jitu
hidup di dunia Islam beritahu hanya sementara
di balik tabir dunia ada hidup sedang menanti kita
satu sesi hidup yang tiada lagi mati padanya
andai titah-NYA dipermulia dalam suka & duka
gugus bahagia menanti buat selama-lama
andai titah-NYA diderhaka saban masa
deret derita menanti buat selamanya
hanya Islam mengajarkan yang berbeza
setelah lama dimati akan dihidup kali kedua
penghidupnya AlLah Subhana Wataala Yang Esa
pencipta & penghidup kita semua kali pertama
kerana mahu dibalas-NYA semua aksi pilihan kita
berbeza faham & isme tipuan manusia
mati pada mereka berupa penghujung segala
kita bakal menjadi tanah buat selama
mana ada hidup-hidup semula
jika ada tentu moyang kita yang di pusara
pulang ke rumah bergembira bersama keluarga
dah ratus ribu & juta tahun mereka di pusara
tak seorang jua kembali hidup semula
100035pagi-smkkandis-20zulhijjah1432/16nov2011
sajak lima
sewaktu DIA hendak mencipta kita
DIA tak berpakat dengan sesiapa
sewaktu DIA menetapkan Qalam-NYA
DIA jua tak berpakat dengan sesiapa
sewaktu DIA merangka susuk buana
DIA pun tak meminta pendapat sesiapa
sewaktu DIA menetapkan saat kiamat-NYA
DIA tak terlintas untuk memberitahu sesiapa
DIA mencipta sesuka-NYA dengan Esa-NYA
DIA menetap kejap segala dengan kudrat & iradat-NYA
Dia tak pernah meminta pendangan sesiapa
Kita hanya mampu pasrah menerima sahaja
apa yang ada seadanya di sekeliling kita
tapi kita bila mahu melaksana
titah perintah-NYA yang maha sempurna
kita memasang dalih pelbagai cara
kita memukat dalih dalam semua masa
kita menjala dalih dalam semua acara
kita bermasyarakat majmuk nak solat jemaah bagaimana
nanti orang kafir pulau & tak suka kita
kita ada pelbagai bangsa nak hapus riba bagaimana
nanti orang kafir pulau & boikot ekonomi kita
kita ada pelbagai ras & bahasa nak jalan hudud bagaimana
nanti orang kafir bermusuh & menyerang kita
siapa nanti akan susah kita juga
bukankah Islam larang kita bermusuh sesama manusia
tunjang Islam ditegak atas ajar ilmu
wahyu pertama hadir pinta kita dalami ilmu
iqra iqra iqralah tenpa jemu-jemu
diajarnya kita pelajari ilmu tanpa jemu
dari sekecil perkara(masuk tandas) diajari kita ilmu
hingga perkara terbesar (tadbir negara) diajari kita ilmu
dengan milikan ilmulah dapat kita tahu
jin iblis anak beranak sejak berzaman
menyimpang & memasang kesumat dendam
anak cucu Adam akan digelincirkan dari rel kebenaran
dibisiknya was-was ke lubuk hati paling dalam
lalu was-was pun melarat & menukar warna keyakinan
manusiapun was-was dalam babak-babak pengabdian
berhala patung haiwan dijadikan sembahan
tempat memohon hajat & segala keperluan
lalu manusia was-was pula episod peribadatan
solat fadhu ditinggalkan dengan senang
lalu manusia was-was dalam kasus perekonomian
belitan riba dirasa anugerah & keberuntungan
lalu manusia was-was dalam siri pemerintahan
undang-undang AlLah SWT dikebelangkan & terbuang
undang & peraturan sang kafir siang malam didaulatkan
sedangkan perekanya sudah mampus berzaman
tapi di sana ada AlLah yang Maha Hidup berpanjangan
di sana ada AlLah yang kepada-NYA kita pasti dihadapkan
021704-smkkandis
sajak enam
dalam dewan peperiksaan pelajar melayan soalan
berfikir & berfikir untuk memindahkan
kerangka isi ke skrip jawapan
sejumlah 5 tahun mata & fikir bersekang
kunjungan spm yang menjanjikan
banyak benar olahan jawap pelajar tak pun bersentuhan
kehendak soalan yang dipertanyakan
ada pelajar kecewa di hujung keputusan
fenomena sama menanti kita di kuburan
ada soalan yang wajar diselia jawapan
apakah sejumlah umur yang dibekalkan
sudah digilapgunakan menyempurna jawapan
yang berseri gemilang & meyakinkan
ya masa itu kita sebetulnya keseorangan
perlu menjawab rantaian soalan
tak ada siapa yang boleh ditoleh dimohon bantuan
sama ada mereka yang bersama di kuburan
atau mereka yang masih di daratan
semua tak mampu menghulur bantuan
walau mereka terlalu ingin menghulur pertolongan
hanya amal soleh yang memampukan
seluruh jasad menjawab tepat jawapan
masa itu kuasa mulut dirantaikuncikan
beri peluang & ruang anggota lain menuturkan
saksi setia kepada setiap amal perbuatan
023017petang-smkkandis
sajak tujuh- pirates of patrolium
pada layar perak ada filem mengagah di pawagam
dengan judul gah pirates of carribean
lakonan johnny deep antara yang mengesankan
jack sparow beraksi penaklut di lautan
kata orang di malaysia ada pirates of patrolium
kata orang di kelantan jua ada pirates of patrolium
kata orang di bachok pun ada pirates of patrolium
kata orang di perupok juga ada pirates of patrolium
era 1970-an setia merakam
sewaktu gemulah tun razak ketuai kerajaan persekutuan
dicantumnya urusan pengendalian patrolium
dalam satu pengurusan
semua negeri yang memuntahkan patrolium
sebanyak 5% royalti akan disalurkan
tak mengira sama ada sabah sarawak terengganu atau kelantan
semua kejap tertinta dalam perlembagaan
kini setelah kelantan bertukar olah pemerintahan
dari ekologi jahiliyyah sebuah kerajaan
dengan pusat-pusat judi berkeliaran
atau bank dengan sistem riba yang mencengkam
ke era satu pemerintahan menuju kesempurnaan Islam
dengan premis-premis judi tidak lagi dibenarkan
bank-bank pula berebutan
menghpuskan riba sebagai transaksi perniagaan
lalu rakyat kelantan pun dinafikan royalti patrolium
kini telah 7 tahun royalti itu dinafikan
disonglap dengan istilah celaka wang ihsan
ya memang wujud di negeraku pirates of patrolium
ya memang wujud di negeriku pirates of patrolium
ya memang wujud di bachokku pirates of patrolium
ya memang wujud di perupokku pirates of patrolium
lalu layaklah kabinet malaysia dikira pirates of patrolium
lalu layaklah pencatas royalti sampai ke kelantan
digelari ya dengan gelar pirates of patrolium
stopa mamat awang adek aljudi & pecacai umno kelantan
mereka lebih ganas dari pirates of carribean
kerana jack sprow hanya beraksi dalam arahan filem
mereka telah sedang & akan mengganas dalam realiti kehidupan
115533pagi-smkkandis-21zulhijjah1432-17nov2011
sajak lapan-boleh jadi
kenapa umno tak mahu hukum Islam
sedang pas berhempas pulas mahukan
boleh jadi umno rasa dia bukan hamba AlLah
boleh jadi umno rasa dia hamba inggeris & penjajah
boleh jadi umno rasa dia bukan berada di bumi AlLah
boleh jadi umno rasa dia berada di bumi inggeris & penjajah
boleh jadi umno rasa dia tiada nyawa kurniaan AlLah
boleh jadi umno rasa nyawanya kurniaan inggeris & penjajah
di akhirat boleh jadi pemimpin umno tidak disoal AlLah
di akhirat boleh jadi pemimpin umno akan disoal inggeris & penjajah
boleh jadi kalau nama umno ditukar pekembar
pemimpimnya akan didakwa di mahkamah inggeris & penjajah
sebab itulah umno cukup semangat bernama inggeris & penjajah
boleh jadi pas rasa dia hamba AlLah
lalu didaftarkan partinya sebagai parti Islam
bila diberi sedikit kuasa pemerintahan
dicuba sungguh-sungguh untuk laksana hukum Islam
boleh jadi pas rasa dia berada di bumi AlLah
boleh jadi pas rasa dia ada nyawa kurniaan AlLah
di akhirat boleh jadi pemimpin pas rasa akan disoal AlLah
boleh jadi pemimpin rasa dia akan didakwa di mahkamah AlLah
jika ditadbirnya negeri tidak serupa dengan kehendak AlLah
boleh jadi pas rasa sebagai seorang Islam
semua aktiviti mesti ditunduk kepada Islam
boleh jadi pemimpin pas rasa mereka hanya diberi amanah
jika amanah tidak dilaksana ikut perintah AlLah
mereka kan menjawab segala soalan di hadapan AlLah
mereka kan terhumbang ke neraka AlLah
tempat pelbagai penyiksaan yang disedia AlLah
102000pagi-smkkandis
sajak sembilan- teori rahman
di negaraku ada teori yang didendangkan
sekian lama berjenama teori RAHMAN
cambah & menerbitkan kekeramatan & kesaktian
petunjuk roda pusing untuk penjawat pm
namanya pasti bermula dengan akronim RAHMAN
disedut & diterjemah dari nama pm pertama rahman
seorang anak raja kedah tg ab rahman
yang kedua ab razak mengisi giliran
hussien onn penerus pembuktian
mahathir pula datang rebut peluang
pm paling hebat pernah dilahirkan
pernah termaktub musa hitam sebagai tpm
dicanang gadingan paling mantap 2 m
biar diura bakal pm mendatang
tapi teori rahman cekal membenarkan
a yang dinantikan bukan musa hitam
muncul pula abdullah terajui pemerintahan
kini najib muncul pm keenam
membenar & merelkan teori rahman
lalu menumpah pelbagai reaksi & pandangan
najib pm umno yang terakhiran
kerana selepas rejim najib umno terkuburkan
najib pm melayu terakhir ambil peranan
sesiapa sahaja yang Islam layak jadi pm
teori rahman kedua bakal muncul & berulang
razali hamzah akan pegang tapuk pemerintahan
085017-smkkandis-26zulhijjah1432-22nov2011
sajak sepuluh
‘& demi kemunculan fajar
& demi kemunculan datang malam yang sepuluh’
Al-fajr 1-2
telah memahat sumpah oleh AlLah
sumpah menjadi anugerah maha indah
senyum fajar alam malam cerah terubah
di sana ada rahsia dari sisi AlLah
tiba pula gilir malaikat pada waktu cerah
meneman manusia dengan nasihat yang fitrah
tika sesetengah manusia masih bermimpi gundah
guna bertukar tugas sengaja dipilih AlLah
kunjungan 2 waktu; asar & subuh jilah
malam yang10 sengaja dipilih-NYA
ada muatan sari peristiwa hebat dalamnya
malam 10 dari Ramadhan terakhir ada Lailatul Qadarnya
malam 10 Zulhijjah awal ada wuqufnya
malam 10 Muharram awal ada Asyuranya
malam jua datangnya dinantikan
2 manusia pelahap menantinya
sang abid mahukan malam untuk berbicara
bait & patah-patah rahsia dengan Rabbnya
mengadu & meluah rasa hingga tumpah air mata
tika insan lain alpa melahir mimpi tanpa warna
banjingan celaka juga mahu malam tiba segera
banyak angkara murka mampu direkanya
perompak pencuri penyamun atau yang senama
perlu bantuan malam menutup aktiviti sial mereka
malam 10 terakhir Ramadhan tersurat hebat
ganjaran pahala 1000 buat buat sang pengamat
menifestasi maha kaya AlLah Maha Hebat
malam 10 terakhir Zulhijjah diketahui bersama
ada perhimpunan dari umat Islam sedunia
mereka berwuquf di Arafah sana
status mereka sama; sebagai hamba Yang Esa
presidenkah dia atau petanikah dia
cendekiawankah dia atau buta angkakah dia
billionmankah dia atau semiskinkah dia
semuanya hanya dibenar menyangkut pada badannya
kain tanpa berjahit adanya
hanya satu warna tertera; putih semuanya
awalan malam 10 dari Muharram tersimpulkan
pilihan hari dari AlLah buat Baginda Junjungan
para rasul & anbiya’ menyelamat alam
menyelamat manusia dari terus dipedaya & terpedayakan
bawa & godaan musuh kita selama-lama iblis & setan
hari Asyura merakam pelbagai teladan
datuk kita Adam AS dosanya diampunkan
setelah tertelan buah terlarang Nabi Idris AS terangkat darjatnya ke langit sebagai kediaman
bahtera Nuh selamat berlabuh dari pelayaran
melepasi kepungan banjir yang menenggelamkan
bukit Juhdi sediakan rakaman saksi kejadian Nabi Ibrahim AS dilahirkan di kawasan pedalaman
& terselamat dari api sebagai hukuman
bila hancurkan patung yang didakwa tuhan terbebas Nabi Yusuf AS dari penjara & deraan setelah meringkuk selama tujuh tahun kerana kesalahan yang tak dilakukan penglihatan Nabi Yaakub AS dikembalikan
bila sedihnya panjang hilang Yusoff kesayangan belitan penyakit Nabi Ayub AS dileraikan
setelah puluhan tahun menderitakan Nabi Musa AS telah diselamatkan dari penguasa tiran Firaun yang mendakwa dirinya tuhan terbelahnya Laut Merah dek mukjizat yang mengkagumkan di Tursina kepada Nabi Musa AS Taurat diturunkan
selamat keluar Nabi Yunus AS dari kegelapan
perut ikan setelah menghuni 40 hari 40 malam kepada Nabi Sulaiman AS kerajaan besar dikurniakan
cakupannya meliputi manusia iblis angin & setan diangkat Nabi Isa AS ke syurga dari buruan
tentera Rom cuba memadam cahaya kebenaran syahid Saidina Hussein ibni Ali cucu kesayangan di Karbala angkara tentera Umaiyyah yang kejam
baginda menawarkan puasa Asyura dengan ganjaran
setahun penghapusan dosa silam
andai dihiasi puasa pada 10 Muharram
113043-smkkandis-
sajak sebelas
‘adik-adik di bangku pelajaran
Tuntulah ilmu jangan mudah jemu’
patah kata itu singgah di telinga
lirik dari bait lagu dikir barat tak kutahu siapa penyanyinya
ya semua ilmu perlu sepanjang masa
begitu jua Baginda SAW yang mulia
telah lama memeta sabda
‘dengan ilmu kita bisa bahagia di dunia
dengan ilmu jua kita ceria di syurga
dengan ilmu pula kita bisa kuasa dunia & syurga ’
banyak ilmu yang ada mengeliling kita
ada yang bisa meneman kita selama-lama
ada yang bisa meneman kita dalam darjah sahaja
ada yang bisa meneman kita di tempat kerja
ada yang bisa meneman kita di kampung sahaja
ada yang bisa meneman kita dalam negara
ada yang bisa meneman kita dalam kepompong dunia
banyak ilmu hanya biasa meneman kita
semasa berada di belakang dunia sahaja
sajak dua belas
berkurun lama kita dipaksa masa
lahap menjilat aturan asing dari kita
menjilat lahap sistem dari luar lingkar kita
virus perosak iman & aqidah jua
nasionalisme kapitalisme sosialisme sebahagian nama komunisme libralisme atau apa jua namanya
hingga nanar & sasau jadinya
hingga gagal & tewas dalam mengenalnya
busuknya haram & semerbak wangi halal-NYA
pelbagai cara dipromosi buat mengeliru kita
hingga dalam ditertanam di kepala
tanpa amal riba hidup ini kurang selesa
gigihnya mereka mempromosikan riba & riba
sedang AlLah SWT isytihar perang buat pengamalnya
mereka promosi pula khamar di mana-mana
sedang khamar keruhkan jernih akal manusia
mereka promosikan gay & lesbian juga
sedang di Sadom bumi diterbalik kerananya
jadi laut mati boleh dilihat sampai bila-bila
mereka mempromosi zina pula
sedang AlLah SWT larang kita menghampirinya
tiap masa tiap tika jika ada
mereka promosikan cara & agenda
untuk jauhkan kita dari tatasusila & agama
075558-smkkandis-28Zulhijjah1432-24nov2011
sajak tiga belas
menteri kita kerap bermuntah kata
‘umat Islam jika nak berjaya
jangan belajar & faham agama sahaja
pelajari & kuasai pengetahuan lain jua
sains & matematik keperluan utama
bahasa inggeris dikuasai jangan dilupa’
benarkan tutur bilang para menteri kita
yang keluar dari lidah tak bermata
lidah jua tanpa tulang & tanpa telinga
benarkah umat mundur kerana hanya faham agama
atau mereka mundur kerana tak pernah belajar & faham agama
atau mereka mundur kerana tak pernah amal agama
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
apabila tersebarnya pornografi di merata-rata
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
bertambahnya jumlah gro di pasaran kerja
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
pembuangan bayi tak sahih bapa ada di mana-mana
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
tumbuh pusat dangdut bagai cendawan selepas hujannya
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
sang anak hantar ayah bonda ke rumah orang tua
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
ada manusia sanggup bunuh bonda
untuk dapat pulus & wang membeli ganja
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
kejadian ragut ada di merata
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
pemutar skru harganya rm 5.40 di pasaran biasa
dituntut rm 540 sebatang pula harganya
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
tiap hari pembunuhan ada-ada sahaja
jadi hiasan utama akhbar aliran perdana
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
bertambahnya sang rempit lumba berbahaya di jalanraya
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
hanyir rasuah dipuja & disanjung bagai satu budaya
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
bertambah penghuni di pusat serenti oleh bangsa malaysia
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
rakyat Kelantan disamun & dirompak royaltinya
oleh manusia sebahasa sebangsa seagama dengannya
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
samseng jalanraya bermaharajalela melaksana operasinya
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
arak pelbagai jenama diteguk dengan bangga
akhirnya mabuk menjadi perhiasan di mata
belajar & faham agamakah penghuni malaysia
bila premis & pusat judi membiak di mana-mana
apa yang pasti pada pandangan hamba
rakyat malaysia belajar macam-macam di sekolah mereka
rakyat malaysia belajar macam-macam dari tv mereka
rakyat malaysia belajar macam-macam dari internet mereka
rakyat malaysia belajar macam-macam dari majalah mereka
rakyat malaysia belajar macam-macam dari astro mereka
rakyat malaysia belajar macam-macam dari video dvd & vcd mereka
rakyat malaysia belajar macam-macam dari radio mereka
cuma mereka lupa untuk curi masa belajar agama
mereka hanya lupa untuk bersolat pada waktunya
mereka hanya lupa untuk berpuasa pada Ramadhannya
mereka hanya lupa untuk bersedekah pada jalan-NYA
mereka hanya lupa untuk faham agamanya
mereka hanya lupa untuk beramal demi agamanya mereka hanya lupa segala tentang agamanya
kita tak bisa maju bila laku negatif kuasai diri
kita bisa maju bila laku negatif mampu ditaman ke bumi
dengan apa laku negatif ini mampu dihabisi
dengan undang-undang dengan polis atau kesedaran diri
dengan apa manusia mampu tundukkan diri
hanya dengan agama yang selamanya mengajari
semua aksi yang kita lakoni
akan dibalas di akhirat nanti
semua laku kita kini sedang diperhati
dicatat dalam buku tersimpan rapi
dua malaikat tak bisa dirasuahi
itulah Raqib & Atiq tersedia berabdi
085000pagi-
sajak empat belas
pernah ditanya orang Amir Syarkib as-Salan
apa sebab kini lemahnya umat Islam
sedang umat lain jauh di hadapan
sari jawap bersopan & berkesan dilimpahkan
umat Islam sedang dilanda musibah kecurian & kehilangan
bukan kecurian harta tahta atau himpunan wang
tapi kehilangan perangai & akhlak yang perkesan
telah dicuri perangai hebat dari umat Islam
yang baki tertinggal hanya akhlak yang terbelakang
umat Islam tidak lagi mementing kebersihan
sedang bersih sebahagian pancaran iman
dirasa umat bersih bukan ajaran Islam
walau bab pertama kitab fiqh mengajarkan
umat tewas dalam perlaksanaan
jadilah masjid dijajah & dijeruk kekotoran
umat Islam terperuk & terjeruk malas membuat kajian
sedang wahyu pertama mewajibkan pembacaan
diberi AlLah SWT al-Qur’an sebagai suluhan
tapi umat berasa tatap al-Qur’an ketinggalan zaman
umat selesa baca tulisan manusia penuh tipuan
umat lebih minat tonton filem hindustan
ada masa umat jadi takut akan hantu pelesit & jembalang
sedang AlLah tak pernah hamba-NYA yang sedemikian
yang dicipta-NYA hanya jin kemudian jadi setan
umat tidak lagi mementingkan masa
lalu keluar ungkap boring duduk-duduk sahaja
umat tidak lagi gemar menghulurkan
mereka lebih selesa menanti untuk disuapkan
sedang agama telah lama mengajarkan
ada kewajipan zakat yang perlu dikeluarkan
102530pagi-
sajak lima belas
terima kasih Ya AlLah
bangkitkan dalam kalangan kami seorang yang tulus
bangkitkan dalam kalangan kami seorang yang berjurus
bangkitkan dalam kalangan kami seorang berpenyampaian lurus
mewangi di hidung namanya Ustaz Azhar Idrus
berbekal putih liur & serak suara
di ceruk mana tazkirah disampainya
masjid melimpah dibanjiri ribuan manusia
tanpa sebarang jamuan enak disedia
tanpa sebarang elaun kedatangan diselia
tanpa sebarang kenderaan disedia
ribuan datang untuk menadah dua telinga
ribuan datang untuk mengunyah kuliahnya
ribuan datang untuk menelan zat tazkirahnya
mempelawa orang tua & pemuda jadi hamba-NYA
mengajak kita sujudkan diri di bawah titah perintah-NYA
mengajak kita tulus beramal dengan syiar agama-NYA
mengajak kita dalami & kaji hikmat beragama
mengajak kita sebar luas mutu agama-NYA
mengajak kita pertahan suci agama-NYA
lalu mat rempit yang dahulunya
berkepit dengan motor sepanjang masa
sudi menderma & melaburkan sedikit masanya
memasang jerat telinga menangkap tazkirahnya
lantas merapat dahi menyembah-NYA di rumah-NYA
pendengar setia 90% dihadiri muda & belia
tiap soalan dijelas dengan rujukan al-Qur’an
tiap soalan dijelas dengan rujukan hadis sebagai panduan
tiap soalan dijelas berpandu kitab muktabar sebagai rujukan
tiap soalan dijelas dengan sulaman humor sebagai perhiasan
ya di mana-mana ada setan tak pernah ceria
bila manusia merapat wajah pelajari agama
bila berduyun manusia mengimarah rumah-NYA
setan mencucuk jarum kepada baruanya dari manusia
dengan bangga manusia celaka perkasakan arahannya
melarang Ust Azhar bertazkirah di rumah-NYA
celaka arahan yang tentunya datang dari manusia
dengan alasan celaka yang direka-reka
dengan palitan dalih yang diraksasa
yang konon ingin menjaga kesucian agama
ustaz Azhar tiada tauliah bertazkirah agama
ya masjid yang sekian lama dihampiri warga emas sahaja
berubah wajah & warna dengan generasi muda
hadirnya beramai tanpa dipaksa sesiapa
hadir mereka sukarela malah rela beri derma pula
sepatut ada percikan anugerah kepada dia
dapat menarik pelapis agama ke rumah-NYA
turut sama menikmati kalam AlLah & Rasul-NYA
Ya AlLah Yang Maha Esa
kami kembalikan kepada pengetahuan-MU
kami serahkan kepada kudrat & iradat-MU
luruskanlah kemelut yang membelenggu
sekehendak-Mu dengan cara yang KAU mahu
bersihkanlah semua rumah-MU
dari manusia pengganggu berlangsungnya agama-MU
dengan cara yang dikehendaki-MU
-112545pagi-
sajak enam belas
ada segelintir pentazkirah tidak berhati-hati
ada segelintir pengkuliah tidak berhati-hati
ada segelintir pengkutbah tidak berhati-hati ada segelintir penceramah tidak berhati-hati
ada segelintir penulis tidak berhati-hati
ada segelintir pendakwah tidak berhati-hati
terbit dari suara mereka fakta kurang teliti
seringkali kepada pendengar membiak resah di hati
dakwa mereka agama langit (AlLah SWT) ada tiga
yahudi kristian & Islam juga
didakwa yahudi agamanya Nabi Musa
didawa kristian pula bermula dengan Nabi Isa
seharus kita lebih peka dengan paparan al-Qur’an
‘Innaddina indalLahi Islam’
sesungguhnya agama dari sisi AlLah Islam sahaja
hanya satu tiada dua apalagi tiga
pelik juga dipanggang rasa
dari sisi AlLah hanya ada Islam sahaja
bila dinuzul kepada Nabi Musa jadi yahudi pula
bila dinuzul kepada Nabi Isa jadi kristian pula
kenapa pula satu tanya mengganggu kepala
adakah Nabi Musa perubah agama Yang Esa
dari Islam jadi yahudi pula
adakah Nabi Isa perubah agama Yang Esa
dari Islam jadi kristian pula
subhanalLah Maha Suci AlLah dari yang dijangka
para nabi & rasul maksum dari hinggapan debu dosa
para nabi & rasul maksum dari mengubah titah perintah-NYA
para nabi & rasul diutus membawa agama-NYA
para nabi & rasul diutus menyebar luas agama-NYA para nabi & rasul diutus mempertahan agama-NYA
bukan diutus untuk pandai-pandai ubah agama-NYA
agama langit hanya satu; Islam sahaja
kepercayaan lain semuanya tipuan manusia
hindu budha yahudi kristian toisme atau apapun nama
pengasasnya semua sudah baham tanah belaka
ajaran dari bumi cuba dinobatkan agama
semua ajaran yang dipopularkannya sesat belaka
semua hanya memuja kebendaan semata-mata
semua hanya cuba membodohkan manusia
semuanya cuba mencabar AlLah Yang Esa
pengasasnya ingin dipuja seperti tuhan pula
hanya Islam satu-satunya agama AlLah Yang Esa
hanya Islam satu-satunya agama yang diturunkan-NYA
hanya Islam satu-satunya agama yang diredhai-NYA
hanya Islam satu-satunya agama kita diminta menganutnya
hanya Islam satu-satunya agama yang ada syurga
yang rela setiap masa jadi hamba-NYA
hanya Islam satu-satunya agama yang sedia neraka
untuk mereka siang malam menetang syiar agama-NYA
-022628petang-
sajak tujuh belas-
antara Wasotiyyah, Sesatiyyah, & Syaitoniyyah i
tiba-tiba kalimah wasotiyyah singgah di bursa pendengaran
pendekatan berwasotiyyah dibugariklankan
bakal ada promoter di pasar terbuka mencanangkan
kita umat Islam mesti ambil wasotiyyah sebagai jalan
kita tak bisa eksrtem bakal didendangkan
kita tak bisa berlebihan warnai kehidupan
memang ayat 143 merakam wasotho sebagai sebutan
tertinta pada selitan al-Baqoroh dirakam
y7Ï9ºxx.ur öNä3»oYù=yèy_ Zp¨Bé& $VÜyur (#qçRqà6tGÏj9 uä!#ypkà n?tã Ĩ$¨Y9$# tbqä3tur ãAqߧ9$# öNä3øn=tæ #YÎgx© 3 ÇÊÍÌÈ
dan demikianlah dalam ketentuan KAMI menentukan
(Umat Islam)sebagai umat di pertengahan
buat menjadi saksi semua episod & kejadian
selok belok manusia dalam melayari perjalanan
memijak tapak kukuh dalam alam kehidupan
suatu masa semua manusia dipaksa jumpa AlLah sebenar Tuhan
kita sebagai Ummatan Wasotho saksi kejadian
siapakah manusia perindu wahyu yang difirman
siapa pula manusia penafi membenci wahyu jadi amalan
siapa pula jadikan setan sebagai rakan & taulan
jenama Wasotiyyah jelmaan asli ajaran Islam
jalan suluhan menuju AlLah Tuhan seluruh alam
mereka kumpul harta & kekayaan tapi tak lupa berzakatan
tak rela bermesraan dengan bukan mahram
tapi tak pernah lupa dekati perkahwinan
hari Jumaat tak pernah halang mereka tambah kekayaan
mendengar azan dikumandang bersegera pula bersolatan
tidak pernah merintis jadi turis @ wisatawan
sebelum ke bumi Mekah menikmati kewajipan
walau hidup dihimpit & dimamah kesempitan
hanyir riba & busuk rasuah tiada dalam dakapan
jika tertulis takdir & terterap pada helai suratan
diamanah jadi teraju sebuah pemerintahan
tak lupa menerap hudud dalam pengadilan
tiap ruang masa & kesempatan ranum terhidang
akan dipastikan agama AlLah di posisi paling depan
tak pernah dihinggap gentar pada perasaan
gugusan kafir munafik musyrik bikin onaran
itulah maksud secangkir terjemahan
istilah wasotho yang tertera dalam al-Qur’an
082903pagi-smkkandis-03muharram1432-29112011
sajak lapan belas-
antara Wasotiyyah, Sesatiyyah, & Syaitoniyyah ii
wasotiyyah kalimah amanah & titipan AlLah
pedoman untuk hamba memudah masalah
hidup bermula Adam diselimut fitnah
iblis dalam sayembara ilmu telah kalah
berazam menyesat zuriat Adam dari cerah arah
terjerut Adam terjerat Hawa angkara fitnah
rayuan setan terlaknat & bermasalah
mereka pun termakan terlarangnya buah
terjeruk tumpat di lembah sesatiyyah
bawaan syaitoniyyah penuh gundah & resah
dunia menjadi medan laga antara; Wasotiyyah & Sesatiyyah
Wasotiyyah jalan indah terhias menuju AlLah
iblis pun gigih mempromosi sesatiyyah
rekod Qabil tercatat dalam gundah sejarah
manusia pertama di bumi mengecat masalah
qurbaan dipinta jadi indah ibadah
di tangan & di hati Qabil qurbaan mewarna masalah
hasil busuk & buruk nafsu yang mengarah
jalan sesatiyyah diteroka Qabil makin bercambah
kepada Habil tempat dilepas ammarah
hilang Habil menjemput rasa resah
seorang ibu Hawa & Adam sebagai ayah
rupanya Habil tertanam sudah dalam tanah
mengambil patung & berhala kaum Nuh untuk disembah
menambah angka & carta ke arah sesatiyyah
kembali kepada agama AlLah diajak Nuh penuh tabah
pengikut tak tambah walau 950 tahun lamanya dakwah
apabila ajaran nabi-NYA dipersenda tak sudah-sudah
mereka dedahkan diri menanti azab AlLah
akhirnya mereka ditenggelam dalam air melimpah
tenggelam bukit & gunung dalam takungan bah
kaum Luth muncul menokok jumlah
bumi Sadom saksi mereka menuju sesatiyyah
lelaki kahwini lelaki perempuan sesamanya saling berghairah
mereka leburkan ikatan yang menjadi fitrah
mereka jadikan hobi tabiat di luar fitrah
bumi yang dulunya tenang nyaman & indah
diterbalikkan sebagai siri pembalasan dari AlLah
jadilah Laut Mati tempat simpanan kisah
bangsa Thamud pula tak sudi endah
ajakan nabi yang diutus bernama Salleh
dipersenda dengan permintaan di luar ketetapan munasabah
dari dalam batu keluar unta betina gagah
cabaran mereka tusukan jarum sesatiyyah
sepatutnya mereka tinggalkan berhala & patung yang disembah
semua ceria andai berpakat menyembah AlLah
batu pun melahirkan unta dengan izin AlLah
disembelih mereka unta betina semakin gah
akhirnya datang pekikan petir buat mereka bermasaah
apabila semua pendengaran mereka punah & pecah
tak siapa mampu cabar kuasa AlLah
sepanjang jalan berlangsung konflik wasotiyyah sesatiyyah
peminat tegar wasotiyyah diselamatkan AlLah
nama mereka mewangi mencolok sejarah
senarai mereka yang gah mencandu sesatiyyah
mereka tinggalkan nama berukir nanah
silau hanyir baunya membarah
kini sesatiyyah digilap lebih silau & menyerlah
sesekali kita keliru dalam memilih fitrah arah
namanya dipromosi dengan balutan indah
dibungkus pula dengan pelbagai warna indah
keji zina dibalut istilah hubungan sulit luar nikah
jijik liwat dibungkus hubungan luar tabie punya istilah
duit kopi mengganti busuknya gejala rasuah
riba pula dipopular bersama istilah keuntungan bank bunga & faedah
sebelum dipanggil Baginda Nabi SAW mengadap Rabb-NYA
tak lupa Baginda SAW menghujankan kata & sabda
‘telah kutinggalkan kepadamu 2 perkara
kamu bakal tak sesat buat selamanya
bila kamu teguh & setia beramal dengannya
itulah Kitab AlLah & sabda-sabdanya’
apa yang disuruh Baginda Nabi SAW itulah wasotiyyah
apa yang dilarang Baginda Nabi SAW itulah wasotiyyah
apa yang ditunjuk Baginda Nabi SAW itulah wasotiyyah
apa yang didiam Baginda Nabi SAW itulah wasotiyyah
apa yang diamal Baginda Nabi SAW itulah wasotiyyah
apa yang dijauhi Baginda Nabi SAW itulah wasotiyyah
pendek kata Baginda Nabi SAW itulah wasotiyyah
115022pagi-smkkandis
No comments:
Post a Comment