Kutbah Eidil Adha 1432- 2011
Lokasi: Masjid Haji Sulaiman, Jembal, Bachok, Kelantan
Masa : 08:00 pagi
Khatib: Fauzi Amir Gus (Abdan Syakuura)
Tajuk:
Keliru Kondisi Diri di Bumi?
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته إن الحمد لله نحمده نستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده ورسوله
قال تعالي : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا ﴿١﴾
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا ﴿٧٠﴾ يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا ﴿٧١﴾
أما بعد فإن أصدق الحديث كتاب الله وخير الهدي هدي محمد { ص ع م } وشر الأمور محدثاتها و كل محدثات بدعة و كل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار
Allâhu Akbar Allâhu Akbar Allâhu Akbar Allâhu Akbar Allâhu Akbar Allâhu Akbar Lâ ilâha illaLlâhu HuwaLlâhu Akbar, Allâhu Akbar WaliLlâhilhamd.
Ma’âsyiral Muslimîn RahimakumuLlâh,
Tanggal di kalendar hari ini Ahad tepat pada angka 10 Zulhijjah 1432 bersamaan 06 November 2011. Semalam hari Sabtu 09 Zulhijjah bersamaan 05 november kiraan hari di kalendar, mata & telinga manusia di seluruh dunia menyaksikan jutaan umat Islam berwuquf di Padang Arafah, yang datang dari pelbagai sudut dunia untuk ke bumi Mekah, sebagai penyempurnaan Rukun Islam yang kelima; menziarahi Ka’abah. Sementara kita yang belum berkesempatan menjejak kaki di bumi Mekah, sama-sama menyerpurnakan lapar & dahaga kerana berpuasa pada Hari Arafah. Hari ini kita datang & beriktikaf di suatu rumah yang dinisbahkan dengan Rumah AlLah. Adapun nama yang kita berikan statusnya sama di sisi AlLah, sama ada bernama masjid, surau, musola, atau madrasah. Di tempat-tempat ini kita sama-sama merapatkan wajah di atas sejadah semata-mata dengan niat untuk menyembah AlLah. Walaupun semua kita menyedari muka kita berada di tempat yang paling atas, tetapi kerana menjunjung perintah AlLah, kita rela 17 rakaat sehari untuk bersujud merapatkan muka ke tanah. subhanalLah. Kita lakukan demi sebuah titah & perintah dari AlLah. Walaupun kita tidak pernah bertemu & bersua wajah dengan AlLah. Itu semua merupakan keyakinan & keimanan atau kepercayaan kita kepada ajaran yang dibawa oleh RasullulLah SAW.
Hal ini jelas & menampakkan bukti bertapa eratnya apa yang dikehendaki AlLah SWT dengan bawaan RasullulLah SAW.
Al-HamdullilLah, apabila kita merapakan diri ke masjid, surau, musola atau madarasah, kita sebenarnya telah mendaftarkan diri ke dalam senarai manusia yang beriman kepada AlLah. Hal ini termaktub & tertinta dalam firman AlLah; ‘Sesungguhnya sesiapa yang sanggup memakmurkan Rumah Allah itulah manusia yang beriman kepada AlLah...’
Soalnya berapa kalikah dalam hidup ini kita wajib berdatang sempah ke Rumah AlLah?
Sekali seumur hidupkah- setelah kita mati lalu dibawakan jenazah? Dua kali setahunkah- untuk bersolat sunat Eidil Fitri & Eidil Adha pada pagi yang indah? 3 minggu sekalikah-kerana takut jadi munafik kononnya bila 3 minggu tak datang solat Jumat untuk berjemaah? Sekali seminggukah- untuk tidur di masjid sewaktu khatib sedang semangat berkhutbah? Sebenarnya jika kita faham demikian; iaitu masjid ini hanya perlu didatangi seminggu sekali, atau 3 minggu sekali, atau 2 kali setahun, atau sekali seumur hidup, kita sebetulnya penganut ajaran sesat, kita sebetulnya pencandu ajaran salah yang tidak bermaruah!
AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Ya Maasyiral Muslimin RahimakumulLah
Manusia yang pertama merintis & membina masjid pada akhir zaman ini ialah Baginda RasullulLah SAW kerana itu titah & perintah AlLah SWT. Oleh sebab pembinaan masjid ini merupakan sebahagian daripada perintah Allah, maka segala atur cara atau tentatif yang berlangsung sudah ditentukan oleh AlLah. Tentatif & atur cara ini diterjemahkan oleh Baginda RasullulLah dengan jelas & terarah. Lalu Baginda SAW menterjemah masjid sebagai pusat operasi/kegiatan umah. Misalnya untuk solat fardu tidak pernah Baginda SAW melakukannya di rumah, 5 kali sehari untuk solat fardu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, & Isya’ semua dilakukan secara berjemaah di Rumah AlLah. Bermakna kita hari ini berkewajipan datang setiap kali mendengar azan bagi menyempurnakan solat berjemaah. Tidak patut satu waktu pun solat di rumah kecuali solat-solat yang sunah. Di masjidlah Baginda SAW bermesyuarat dengan para sahabat untuk mencari permaufakan umah, sama seperti peranan yang dimainkan oleh parlimen pada hari ini. di masjidlah Baginda SAW bertindak sebagai hakim untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah dengan hukum yang telah ditentukan AlLah. Di masjidlah Baginda SAW memulakan langkah memimpin tentera untuk berperang dengan musuh-musuh AlLah. Di masjidlah Baginda SAW menerima tetamu asing, wakil-wakil kerajaan dari jauh yang datang untuk berziarah. Di masjidlah Baginda SAW membahagi-bahagikan segala sedekah & ghanimah. Pendek kata umat Islam pada masa & ketika itu meletak & menempatkan segala ketundukan hanya kepada titah & perintah AlLah.
Dalam tauhid mereka bertauhid sebagaimana yang ditunjuk ajar oleh RasullulLah SAW kerana itulah sahaja dikehendaki AlLah, lalu mereka tidak pernah sekali-kali meminta & menyembah selain daripada AlLah.
Dalam ibadah mereka beribadah sebagaimana yang ditunjuk ajar oleh RasullulLah SAW kerana itulah sahaja dikehendaki AlLah, lalu mereka tidak pernah sekali-kali menambah atau mengurangkan apa-apa yang diajar RasullulLah.
Dalam munakahat mereka bermunakahat/nikah kahwin sebagaimana yang ditunjuk ajar oleh RasullulLah SAW kerana itulah sahaja dikehendaki AlLah, lalu mereka tidak pernah sekali-kali menyelitkannya dengan adat & resam yang membawa kepada khurafat yang menyusah.
Dalam muamalat mereka bermuamalat sebagaimana yang ditunjuk ajar oleh RasullulLah SAW kerana itulah sahaja dikehendaki AlLah, lalu mereka tidak pernah sekali-kali mengenakan riba walaupun pada zahirnya dengan riba pendapatan atau hasilan semacam nampak bertambah.
Dalam berhukum mereka berhukum sebagaimana yang ditunjuk ajar oleh RasullulLah SAW kerana itulah sahaja dikehendaki AlLah, lalu mereka tidak pernah sekali-kali berasa gundah & gelisah dengan hukum dari AlLah
Natijah dari wala’ yang 100% kepada AlLah SWT dulu, kini, & selamanya, hanya dalam masa 23 tahun umat Islam dalam peta dunia dicatat mempunyai sejarah yang amat gagah.
AlLahu Akbar AlLahu Akbar AlLahu Akbar
Ya Maasyiral Muslimin RahimakumulLah
Tapi kini kondisi seperti zaman Nabi SAW sudah jauh berubah, sebagian kita yang sepenuh mulut melafazkan 2 kalimah syahadah, tidak menyerahkan wala’ (loyalitas)nya kepada Allah. Mulut mereka mengucapkan La Ilaaha illallah, namun hati mereka dan praktik hidupnya jauh dari makna Laa Ilaaha illallah. sebabnya karena mereka tidak untuk belajar faham hakikat & makna syahadah yang mereka ucap dengan lidah. Hujung jatuh 2 kalimah syahadat adalah tunduk sepenuhnya kepada peraturan atau titah perintah AlLah SWT. Bukan hanya tunduk dalam soal ritual & ibadah, tetapi kepatuhan total dan ketundukan mutlak kepada AlLah SWT.
Para Ulama Tawhid menjelaskan maknanya adalah : لا معبود بحق إلا الله“Tidak ada yang layak disembah dengan sah selain dari Allah”. Jadi hawa nafsu, manusia, nenek moyang, teknologi, kecantikan, seni, ideologi, fahaman, benda, roh, apapun selain Allah tidak boleh dituhankan, dikultuskan/disucikan, didewa-dewakan, dianggap sakti, dan seterusnya disembah.
Dalam kenyataan sebagian umat Islam masih & sedang bersyirik kepada AlLah SWT, mereka tergelincir & terjerumus kerana bertuhankan faham/ideologi yang dibuat oleh mereka yang bermusuh dengan AlLah SWT, seperti sekularisme, nasionalisme, materialisme, demokrasi, liberalisme, humanisme, feminisme, dan isme-isme lain yang semuanya meletakkan sasaran yang diihlamkan iblis sebagai tujuan utama & arah. Berarti kita belum menuhankan Allah SWT dalam arti yang jilah, karena Allah SWT tidak akan sama sekali sampai bila-bila pun menerima falsafah-falsafah yang dibuat oleh manusia yang amat lemah, lalu dianut sebagai satu anugerah. Tapi malangnya umat Islam pada hari ini, selain apa yang diturunkan oleh Allah, yakni al-Islam. Mereka mengikut & menjadi ekor begitu saja kepada umat yang menjadi musuh AlLah SWT sedangkan musuh AlLah yang berada di luar mereka yang tidak memiliki petunjuk hidup yang jelas apa lagi terarah. Sungguh ironi, pelik, & amat ganjil, kita kaum yang memiliki petunjuk hidup (hidayah) sannggup mengekor kepada kaum yang sesat yang kita diminta melaknatnya 17 kali sehari dalam al-Fatihah.. Seharusnya, kaum yang sesat mengikuti kaum yang mendapat petunjuk hidayah, agar mereka ikut selamat, dunia & akhirat. Umat Islam di dunia ini rata-rata hidupnya mengekor kepada umat sesat, yahudi & nasoro yang terlaknat. Mereka menjadi pengekor & pencandu setia kaum di luar mereka yang dijelaskan sendiri oleh AlLah sebagai umat penyesat, di semua bidang dan sektor berjaya disesat & tersesat; mulai dari ideologi, faham, hobbi, idola, model, brand, trend, gaya, penilaian, dan yang lain semuanya diikut tanpa terlebih dahulu disiasat, adakah sesuatu itu bermanfaat atau membawa ke arah sesat. Umat Islam tidak hanya menjadi pasar produk teknologi saja yang diimport dari barat, tetapi juga sudah menjadi pasar bagi produk ideologi dan faham kaum kuffar yang menyesat. Faham apa, muzik apa, fesyen apa, gaya apa, atau apa-apa saja yang muncul di barat, akan didapatkan pengikutnya di tengah kaum Muslimin yang dapat kita lihat. Gejala yang pernah mewarna kaum Nabi Luth iaitu gay & lesbian yang gah di barat ada pengikut & pencandunya di sini walaupun bercanggah dengan agama & nilai adat. Ini mengingatkan kita benarnya prediksi Nabi SAW empat belas abad silam yang mengatakan :
(لتتبعن أمما قبلكم شبرا بشبر ذراعا بذراع حتى إذا دخلوا جحر ضب لدخلتموه).
“Kalian akan mengikuti ummat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak, niscaya kamupun ikuti mereka.”
Dalam soal penilaianpun, umat Islam mengekor & berkiblat kepada pedoman sang kuffar dari barat . Apa saja yang dianggap buruk oleh kuffar, juga dianggap buruk oleh orang Melayu & umat. Sebaliknya apa yang dianggap mereka sebagai wajar dan baik, juga dianggap wajar dan baik oleh melayu umat . Akhir-akhir ini banyak isu dilemparkan oleh musuh-musuh Islam melalui media massa disambut & diperpanjang oleh melayu & umat, seperti seorang murid yang menumpahkan setia & taat. Apabila pejuang Islam dilabelkan terorisme & pengganas oleh barat, maka umat Islampun melalak sekuat hati melabelkan saudara seagama seperti yang dikehendaki barat. Ada Orang yang dituduh oleh Barat sebagai teroris, kitapun ikut-ikutan menuduhnya teroris. Padahal mereka teroris terbesarnya. Israel dan Amerika itulah teroris yang sebenarnya, dulu, kini, & selamanya yang membuat kerusuhan dahsyat di alam maya & di mana-mana benua. Merekalah yang menjadi kaum perusak nomor wahid di dunia. Tapi, mereka telah mengalihkan opini & pandangan dunia, kerusuhan dahsyat yang dibuat mereka tidak dipandang walaupun sebelah mata. sementara orang Muslim yang soleh yang difitnahnya sebagai pembuat angkara.
Umat melayu sekali lagi barua kepada mereka. Pornografi, homoseks, lesbian, penyimpangan seksual yang bejat, sememangnya bertentangan dengan fitrah manusia, sama ada Muslim atau non Muslim, tetapi menjadi indah dan wajar dalam pandangan mereka. Malangnya ada sebagian melayu & umat pun terikut-ikut menilai yang bejat itu menjadi wajar. Ajaran yang dianggap sesat dalam Islam, mereka anggap hak asasi manusia dan merupakan kebebasan untuk meyakini ajaran apa saja. Na’uzu Billah min zalik.
Jika Barat menganggap poligami itu buruk, bila mana seorang lelaki mempunyai isteri yang sah lebih dari satu, maka umat Islampun ikut-ikutan menilai poligami itu buruk dan penindasan terhadap perempuan. Bahkan meng”hukum” orang yang melakukannya. Tapi, jika seorang lelaki atau perempuan berganti-ganti pasangan tanpa nikah, melakukan hubungan zina dengan siapa saja yang dia sukai, mereka anggap wajar dan kebebasan sebagai manusia. Beginilah nasib ummat Islam sekarang. Menilai sesuatu dengan mengikuti standar penilaian kaum Kuffar. Menikahi anak belasan tahun dianggap oleh Barat sebagai pelecehan terhadap anak, maka ummat Islampun ikut mencelanya. Sementara anak-anak jalanan belasan tahun yang melakukan berzina, tidak pernah dirisaukan oleh media. Di Barat, anak umur 14 tahun sudah diajari gurunya di sekolah cara berhubungan badan yang ‘aman’. Dan anak-anak sekolah mempraktikkannya dengan teman-temannya. Itu tidak dianggap tabu, karena tidak menikah. Jika menikah dengan sah, akan menjadi aib dan malu.
Lalu pertanyaannya sampai bilakah kita sebagai pengekor? Apakah tidak tiba saatnya, ummat Islam ini hidup dewasa, merdeka, mandiri dengan kebijakan sendiri, tidak bergantung kepada bangsa lain manapun. Padahal mereka mempunyai ‘aqidah. Mereka memiliki kitab suci sebagai petunjuk. Mereka mempunyai sunnah Nabinya SAW yang dijadikan pedoman dalam memahami jalan yang benar. Kapankah saatnya, ummat Islam kembali kepada kesadarannya untuk menjalankan hukum Agamanya untuk mengatur dunia dan akhiratnya? Sadarkah mereka bahwa solusi tidak pernah datang dari luar mereka, melainkan dari dalam mereka sendiri? Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar ummat ini diberiNya petunjuk dan Hidayah untuk menapaki jalan-Nya yang lurus, jalan orang-orang yang beriman. Amiin.
رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)". (QS 18:10)
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيم ٌ
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". (QS 59:10)
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (QS 3:8)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS 25:74)
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (QS 3:147)
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (QS 2:286)
رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ ءَامِنُوا
بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (yaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan-mu", maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.” (QS 3:192-194)
اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kpd-Mu dari azab jahannam, & azab kubur, & fitnah kehidupan & kematian & dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَناَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِى فِيْهَا مَعَادُنَا وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شرٍّ
Ya Allah, perbaikilah agama kami untuk kami, karena ia merupakan benteng bagi urusan kami. Perbaiki dunia kami untuk kami yang ia menjadi tempat hidup kami. Perbikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagi kami dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian kami sebagai kebebasan bagi kami dari segala kejahatan.
اَللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَاتَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَابِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَاتُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا. اَللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْهُ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ عَاداَنَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِى دِيْنِنَاوَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا
Ya Allah, anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadamu dan berikan ketaatan kepada-Mu yang mengantarkan kami ke surga-Mu dan anugerahkan pula keyakinan yang akan menyebabkan ringan bagi kami segala musibah di dunia ini. Ya Allah, anugerahkan kepada kami kenikmatan melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatan selamakami masih hidup dan jadikanlah ia warisan bagi kami. Dan jangan Engkau jadikan musibah atas kami dalam urusan agama kami dan janganlah Engkau jadikan dunia ini cita-cita kami terbesar dan puncak dari ilmu kami dan jangan jadikan berkuasa atas kami orang-orang yang tidak mengasihi kami.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ اِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ.
Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat, baik yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Dekat dan Mengabulkan do’a.
اَللَّهُمَّ اِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمِ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَسْبَعُ وَمِنْ دُعَاءِ لاَيُسْمَعُ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tak bermanfaat, dari hati yang tak khusyu dan jiwa yang tak pernah merasa puas serta dari doa yang tak didengar (Ahmad, Muslim, Nasa’I).
رَبَّنَا اَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kehidupan yang baik di dunia, kehidupan yang baik di akhirat dan hindarkanlah kami dari azab neraka.
ربنا تقبل منا إنك أنت السميع العليم و تب علينا إنك أنت التواب الرحيم سبحان ربك رب العزة عما يصفون و سلام على المرسلين . والحمد لله رب العالمين
" Ya AlLah jadikan aku hamba-Mu yang bisa mengatur petak-petak syukur bila nikmat-Mu menampakkan wajah pada halaman umur, Ya AlLah kurniakanku tembok sabar tatkala derita tak terduga berkunjung ke kebun usia'"
About Me
- fauzi amir gus
- saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com
No comments:
Post a Comment