About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, November 22, 2011

sedikit tambahan

1. Demi waktu fajar;

2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Surah Al-Fajr 1-2

Al-Allamah Imam Ibnu Kathir ra menukilkan Surah al-Fajr ini diturunkan sewaktu Baginda Nabi SAW masih berada di bumi Mekah. Lantas surah ini dikira sebagai surah Makiyyah. Muatannya ada 30 ayat sahaja. Dibina atas 139 kalimah & mengandung 579 huruf-hurufnya.

Demi waktu fajar, AlLah SWT meminta kita agar memerhati fajar apabila telah tiba, datangnya mengubah suasana daripada gelap gulita yang tak terhingga kepada terang yang nyata.

Bila kita menelaah al-Qur’an ada beberapa surah AlLah SWT memulakannya dengan penyebutan waktu(masa), misalnya; wadDhuha, wal Fajri, wal Asr, was Shamsi, walLiali, dan seumpamanya. Pemilihan senarai waktu ini tentunya mempunyai rahsianya yang tersendiri & maha besar rahsianya. Yang pastinya AlLah SWT tidak menukilkan waktu tersebut secara kebetulan atau main-main sahaja.

wal Fajri & wal Asr : waktu Fajar(Subuh) & Asar merupakan waktu pertukaran malaikat yang diperintahkan mengawasi & berkawan dengan kita. Waktu Fajar giliran malaikat yang bertugas giliran siang tiba & akan berkawan dengan kita hingga waktu Asar tiba. Malaikat giliran malam akan memulakan tugasnya selepas Asar hingga waktu Subuh menjelma tiba.

wadDhuha; waktu Dhuha merujuk kepada waktu apabila matahari sudah naik segalah dikira hingga matahari tegak di kepala. Waktu ini merupakan masa & ketika AlLah SWT membahagi-bahagikan berkat rezeki kepada hamba-NYA.

Dan malam yang sepuluh, di samping AlLah SWT bersumpah dengan fajar yang nyata cerahnya, AlLah SWT juga bersumpah dengan malam yang sepuluh yang sudah pastinya mulia tidak dapat dihingga. Malam merupakan masa & ketika yang dinanti-nantikan oleh 2 golongan manusia. Golongan pertama yang tidak sabar menanti waktu malam tiba ialah mereka yang soleh dari hamba-NYA. Malam antara lain digunakan untuk merapat wajah di atas sejadah menyembah AlLah SWT. Berbicara dengan patah-patah bicara yang indah dengan RABBnya ketika insan lain alpa mewarna mimpi yang tidak bermata. Dengan hiasan bahasa yang indah hingga mengundang menitiskan putihnya air mata.

Golongan kedua merupakan manusia yang celaka. Yang juga menantikan malamnya tiba untuk melaksanakan & melancarkan rencana celakanya. Dengan kata lain menambahkan hanyir dosa melekat pada kanvas usia. Sang perompak, penyamun, pencuri, & yang senama dengannya menantikan malam untuk membantu mereka menyembunyikan angkara dosa dari pandangan mata manusia walau tak sesaatpun terlepas dari pengawasan AlLah Yang Esa.

Al-Allamah Imam Ibnu Kathir ra menyebutkan yang dimaksudkan AlLah SWT dengan 10 malam yang menjadi sumpah-NYA itu ialah;

1) 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan (malam 21- 30)- dalamnya tersisip Lailatul Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan adanya. Kita berhak & patut menghidupkan malam-malanya dengan pelbagai nama ibadat kita kepada-NYA.

2) 10 malam yang pertama daripada bulan Zulhijjah. (malam 01- 10)- dalamnya ada perkumpulan jemaah haji dari seluruh dunia yang berjumlah jutaan nyawa berhimpun di bumi Mekah sana. Wuquf pula tempat menemukan jemaah semua tanpa mengira darjat & tahta, siapa kita, kerana kita semua hanyalah hamba Yang Esa. Kita dituntut & berhak berpuasa semasa saudara kita sedang berwuquf di Arafah sana.

3) 10 malam yang pertama daripada bulan Muharram (malam 01-10)- padanya ada Hari Asyura yang termuat pelbagai peristiwa yang amat bermakna yang dialami oleh para anbiya kita. Kita pun dipelawa untuk menyempurnakan puasa pada hari yang dipanggil Asyura.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters