About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Saturday, November 26, 2011

Ummatan Wasatho

dikhabarnya satu seminar wasathiyyah telah dianjur oleh manusia yang sesat
menggunakan satu pertubuhan yang telah sesat
dengan tujuan untuk menyesat
umat di malaysia cuba dipersesat
ditafsirkan mengikut pemikiran dan kebiasaan adat
agama AlLah Islam tidak mahu didaulat
selagi kita tak berani jadikan al-Qur’am sebagai kiblat
sabda Junjungan SAW sebagai yang bermanfaat
buat apapun kita tetap sesat
wahai teman rakan taulan & sahabat
selagi nyawa masih ada di jasad
mari semua ajaran Islam kita daulat
kerana Islam bukan untuk diamalkan di akhirat
tapi untuk diamal di dunia semasa masih ada hayat


Kalimah Ummatan Wasatho antara lain disebut dalam Surah al-Baqorah pada awal ayat 143 dalam juzuk yang kedua.Apakah yang dinamai Ummatan Wasatho itu?
Maksud yang sedia terpasang dalam komputer dalam ikon Add-Ins menyebut sebagai:
“143. Dan Demikianlah (sebagaimana KAMI telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), KAMI jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”

Prof Dr Hamka RahimahulLah memaknakan ayat 143 ini Tafsirnya al-Azhar sebagai :
“‘dan demikianlah telah kami jadikan kamu suatu umat
yang di tengah , supaya kamu menjadi saksi –saksi ke atas manusia dan adalah Rasul menjadi saksi (pula) ke atas kamu”.

Dan ada 2 ummat yang datang sebelum ummat Muhammad SAW, iaitu ummat Yahudi dan ummat Nasrani. Terkenallah dalam riwayat perjalanan ummat-ummat itu bahawasanya ummat Yahudi terlalu condong kepada dunia, kepada harta dan benda. Sehingga dalam Kitab Suci catatan mereka sendiri, kurang sekali diceritakan dari soal akhirat. Lantaran itulah maka sampai ada di antara mereka yang berkata bahawa kalau mereka masuk neraka kelak, hanyalah beberapa hari sahaja tidak akan lama.

Sebaliknya dari itu, adalah ajaran Nasrani yang lebih mementingkan akhirat saja, meninggalkan segala macam kemegahan dunia sampai mendirikan biara-biara tempat bertapa, dan menganjurkan pendeta-pendeta supaya tidak kahwin. Tetapi kehidupan rohani yang sangat mendalam ini akhirnya hanya dapat dituruti oleh golongan yang terbatas, ataupun dilanggar oleh yang telah menempuhnya, sebab berlawanan dengan tabiat keadaan manusia. Terutama setelah agama ini dipeluk oleh bangsa Romawi dan diakui menjadi agama negara.

Sampai kepada zaman kita inipun dapatlah kita rasakan betapa sikap hidup orang Yahudi. Apabila disebut Yahudi, teringatlah kita kepada kekayaan benda yang melimpah-limpah, menternakkan wang dan riba. Dan bila kita baca pelajaran asli Kristen, sebelum dia berkecimpung ke dalam politik kekuasaan, akan kita dapatilah ajaran al-Masih yang menyatakan bahawasanya orang kaya tidak bisa masuk syurga, sebagimana tidak bisa masuk seekor unta ke dalam lubang jarum.
Maka sekarang datanglah ayat ini memperingatkan kembali ummat Muhammad SAW bahawa mereka umat yang di tengah,
menempuh jalan lurus; bukan terpaku kepada dunia sehingga diperhamba oleh benda dan materi, walaupun dengan demikian akan menghisap darah sesama sendiri.dan bukan pula hanya semata-mata mementingkan rohani, sehingga tidak bisa dijalankan, sebab tubuh kita masih hidup itu. Islam datang mempertemukan kembali antara kedua-dua jalan hidup ini. Dalam ibadat solat mulai jelas pertemuan di antara keduanya itu; solat dikerjakan dengan badan, melakukan berdiri, rukuk, dan sujud, tetapi semuanya itu hendaklah dengan hati yang khusyuk.

Nampak pula dalam peraturan zakat harta benda. Orang baru dapat berzakat apabila dia kaya raya, cukup harta menurut bilangan nisab. Dan bila datang waktunya hendaklah dibayar kepada fakir miskin. Artinya carilah harta benda dunia ini sebanyak-banyaknya, dan kemudian berikanlah sebahagian daripadanya untuk menegakkan amal dan ibadat kepada AlLah SWT dan untuk membantu orang yang patut dibantu.

Nampak pula pada peraturan di hari Jumaat. Di hari itu, dari pagi bolehkah bekerja keras mencari rezeki, berniaga dan bertani dan lain-lain, tetapi setelah datang seruan Jumaat hendaklah segera berangkat menuju tempat solat, untuk menyebut dan mengingati AlLah SWT. Dan setelah selesai solat, segeralah keluar dari masjid untuk bekerja dan bergiat lagi. Inilah yang menunjukkan jalan tengah.

Dalam pada itu secara luas dapat pula kita tilik pandangan hidup barat yang dipelopori oleh alam fikiran Yunani dan lebih mementingkan fikiran (filsafat), dan alam fikiran yang dipelopori oleh India Purba yang memandang bahawa dunia ini adalah maya semata-mata, atau khayal. Sejak dari ajaran Upanisab kepada ajaran Veda, dari Parsi dan India disambung lagi ajaran Budha Gautama, semua lebih mementingkan kebersihan jiwa, sehingga jasmani dipandang sebagai jasmani yang menyuahkan.

Bangkitnya Nabi Muhammad SAW di padang pasir Arabia itu, adalah membawa ajaran bagi membangunkan Ummatan Wasatha, suatu ummat yang menempuh jalan tengah, hidup di dalam kenyataannya. Percaya kepada akhirat dan beramal di dalam dunia ini. mencari kekayaan untuk membela keadilan, mementingkan kesihatan rohani dan jasmani, kerana kesihatan yang satu bertalian dengan yang lain. Mementingkan kecerdasan fikiran, tetapi dengan menguatkan ibadat untuk menghaluskan perasaaan. Mencari harta sebanyak-banyaknya, kerana kekayaan adalah alat untuk berbuat baik. Menjadi khalifah AlLah di muka bumi, untuk bekal menuju akhirat. Kerana kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan AlLah.

Selama ummat ini masih menempuh Siratul Mustaqim, jalan yang lurus itu, selama itu pula mereka tetap menjadi ummat jalan tengah.

Sementara itu Mahaguru Umat dalam dunia tafsir ini, seseorang yang telah didoakan Nabi SAW; AbdulLah bin Abbas RA yang lebih dikenal sebagai Ibnu Abbas pula menafsirkan sebagai ;
“ dan demikian pula maksudnya; sebagaimana kami memuliakanmu dengan agama Nabi Ibrahim AS (agama Islam) dan kiblat. KAMI telah jadikan kamu umat Islam umat yang pertengahan yakni umat yang adil dan pilihan. Agar kamu menjadi saksi bagi para nabi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad SAW) menjadi saksi atas perbuatan kamu dengan menyatakan kesucian dan keadilanmu”

Sementara as-Syahid Sayyid Qutb RahimahulLah dalam tafsirnya “ Fi Zhilalil Our’an” menukilkan; “ dan demikian kAMI menjadikan kamu umat Islam sebagai umat pertengahan agar kamu menjadi saksi bagi para nabi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad SAW) menjadi saksi atas perbuatan kamu.”
Umat Islam adalah umat pertengahan atau adil dan pilihan serta menjadi saksi atas manusia seluruhnya. Maka ketika itu umat Islam menjadi penegak keadilan dan keseimbangan antara di manusia. Dan akan nampak dalam diri umat idea-idea standart, dan akan diperhitungkan nilai-nilai, pandangan-pandangan, tradisi-tradisi, dan syiar-syiarnya. Dengan idea tersebut akan diterngkan dan dipecahkan masalah-masalah yang ada. Dari idea ini akan nampak mana satu perkataan yang haq danmana pula yang batil dengan berpandukan hukum syara’, bukan dengan penilaian hukum buatan manusia sama ada dari segi gambaran luarnya, tatanilainya, maupun pertimbangan-perimbangannya.

Dengan demikian umat Islam menjadi saksi atas manusia kerana mereka sebagai pemegang hukum yang adil (hukum Islam yang ada dalam al-Qur’an) di antara manusia. Sementara umat Islam menjadi saksi ke atas manusia maka Baginda Rasul SAW menjadi saksi pula atas umat Islam, adakah yang termaktub dalam al-Qur’an direalisasikan atau dimuziumkan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters