About Me

My photo
saya guru di maahad al-sabirin,ayer lanas, kelantan memberi kuliah/ceramah/tazkirah/khutbah / bengkel dsb secara percuma berminat hubungi saya di 01113091996 atau fauziamirgus@gmail.com

Followers

Tuesday, December 13, 2011

Sajak-sajak Musim Peperiksaan

SPM 1432/2011- (ii)

sajak empat puluh

orang mukmin hanyalah yang bersedia melaksanakan

apa jua titah AlLah dalam al-Qur’an

ikrar syahadahnya seperti kehendak AlLah dalam al-Qur’an

benteng ibadatnya seperti kehendak AlLah dalam al-Qur’an

siri muamalatnya seperti kehendak AlLah dalam al-Qur’an

episod munakahatnya seperti kehendak AlLah dalam al-Qur’an

tangani jenayah seperti kehendak AlLah dalam al-Qur’an

tadbir negara seperti kehendak AlLah dalam al-Qur’an

segala lakunya seperti kehendak AlLah dalam al-Qur’an

orang kafir mereka menolak 100% ajaran al-Qur’an

ikrar syahadahnya menetang titah AlLah dalam al-Qur’an

benteng ibadatnya menetang titah AlLah dalam al-Qur’an

siri muamalatnya menetang titah AlLah dalam al-Qur’an

episod munakahatnya menantang titah AlLah dalam al-Qur’an

tangani jenayah menantang titah AlLah dalam al-Qur’an

tadbir negara menetang titah AlLah dalam al-Qur’an

segala lakunya menentang titah AlLah dalam al-Qur’an

orang munafik pula 50: 50 imannya dengan al-Qur’an

ikrar syahadahnya 50: 50 seperti dalam al-Qur’an

benteng ibadatnya 50: 50 seperti dalam al-Qur’an

siri muamalatnya 50: 50 seperti dalam al-Qur’an

episod munakahatnya 50: 50 seperti dalam al-Qur’an

tangani jenayah 50: 50 seperti dalam al-Qur’an

tadbir negara 50: 50 seperti dalam al-Qur’an

peri lakunya 50% seperti dalam al-Qur’an

gerak lakunya 50% bawaan setan yang direjam

-115515pagi-

sajak tiga puluh sembilan

sewaktu diamanah mengawas pmr nama peperisaan

smk air itam di pulau pinang

sekitar satu dekad yang silam

pernah kubertanya kepada bukan Islam

semasa rehat dari mengawas peperiksaan

dia rupanya bakal ‘mekci’ empunya gelaran

dalam agama awak ada tak hidup selepas kematian

ada samalah dengan ajaran Islam

bagaimana tu bolehkan saya mendapat penjelasan

bila kita mati roh terpisah dari badan

sedang hanya badan yang dikebumikan

adapun roh jika baik akan dihidupkan

dimasukkan ke rahim bonda sedang mengandungkan

kita akan dihidupkan lebih baik dari sekarang

kemudian kita menemui kematian

lepas itu kita akan terus dihidupkan

hingga kita mencapai kemuncak kenikmatan

sebalik jika roh kita jahat kelakuan

jika dilahirkan menjadi binatang

sebagai ular kala jengking & lain-lain binatang

itulah proses kehidupan selepas kematian

dalam agama Islam lain konsep kehidupan

setelah berkurun kita dimatikan

saya akan dimatikan & dihidupkan

menjadi diri saya untuk menerima semua pembalasan

sekecil manapun baik yang sempat saya kerjakan

saya akan diberi pahala sebagai balasan

dengan himpunan pahala akan memungkinkan

saya ke syurga sebagai puncak kenikmatan

malaikat Ridzuan bakal mempersilakan

sekecil mana pula jahat sempat saya ukirkan

saya akan diberi dosa sebagai imbalan

dengan kumpulan dosa pula bakal menjadikan

malaikat Zabaniah garang akan menghumbangkan

seseorang itu ke neraka puncak keazaban

-105010pagi-

sajak tiga puluh lapan

‘kita asalnya mati tapi telah hidupkan

kemudian DIA akan mematikan

ikut cara & teknik yang IA aturkan

lalu sekali lagi DIA akan menghidupan

untuk masing-masing beraksi dalam pengadilan’

semacam ada halus halangan untuk dinyatakan

hanya AlLah SWT mampu mematikan

kerana fenomena di hadapan menyembunyikan

penetapan cara dari AlLah pada kematian

lalu bila ada manusia terpisah roh dari badan

cepat & segera kita membuat kesimpulan

si anu mati kerana digoda kemalangan

si anu mati kerana jatuh dari bangunan

si anu mati kerana dalam air dia kelemasan

si anu mati kerana dihempap runtuhan

si anu mati kerana jatung mendapat serangan

si anu mati kerana watak penyakit yang dideritakan

si anu mati kerana bumi ada gegaran

si anu mati kerana tertembak dalam peperangan

si anu mati kerana dihukum di tali gantung

si anu mati kerana darahnya tinggi tekanan

si anu mati kerana kencing manis disahkan

si anu mati kerana terlebih dos yang dimakan

si anu mati kerana terkejut dengan berita yang mendatang

si anu mati kerana larva gunung berapi yang memuntahkan

si anu mati kerana banjir yang menenggelam

benarkah semua kasus dari dakwaan

kalaulah benar kemalangan boleh mematikan

tentunya yang terlibat kemalangan terkorban

nyatanya hanya sedikit mati kerana kemalangan

dari ratus atau ribuan kes kecelakaan yang dilaporkan

hanya beberapa orang sahaja dijemput kematian

untuk proses kematian telah AlLah SWT tugaskan

setiawan Izrael mencabut roh kehidupan

sahabat Izrael hanya diberi peluang mencabut nyawa

bila cukup pusingan ketika & masa

yang mampu mematikan hanya DIA

AlLah Yang Maha Berkuasa

dengan teknik & cara yang dikehendaki-NYA

tanpa berunding terlebih dahulu dengan kita

bagaimana bila & di mana tanah kuburnya

-103544pagi-

sajak tiga puluh tujuh

‘pintalah padaku nescaya akan KUmakbuli’

khalillulLah Ibrahim pernah memeta doa

‘wahai Rabb sayangilah kami

dari anak-anak & isteri

sejuk mata bila memandangi

jadikan mereka hanya diikuti

oleh mereka yang muttaqim only’

rantaian hari datang berganti mingguan

menukar wajah menjadi bulan bertukar rupa jadi tahun

dari setahun berubah susuk menjadi zaman

berkat peta doa Baginda Ibrahim hanya kelihatan

dilahir dari rahim seorang Aminah

berayah AbdulLah di tandus Mekah

ribu tahunkah tak mampu dijangka sejarah

puluhan ribu tahunkah tak mampu dikira sejarah

jutaan tahunkah tak bisa dihitung sejarah

untuk menjadi penyempurna risalah

para anbiya’ 124 000 mengajak ke jalan fitrah

para rasul 313 mengajak ke agama AlLah

kenapa kita malas memanjatkan pohon doa

sedang AlLah SWT tak pernah jemu mendengarnya

kenapa kita malas memanjatkan pohon doa

sedang AlLah SWT sentiasa menimbangkannya

kenapa kita malas memanjatkan pohon doa

sedang AlLah SWT berjanji memakbulkannya

sedang AlLah SWT tak berhajat memungkiri janji-NYA

dari dahulu hingga kini malah selama-lamanya

ya doa kita dimakbul-NYA pelbagai cara

dalam agenda & suasana yang DIA suka

kita sebagai hamba redhalah sahaja

kerana DIA AlLah Maha Penentu Segala

ada doa dimakbul-NYA sebaik diterima

ada doa pula diganti lain sebagai balasnya

kita berdoa untuk jadi kaya raya

dikurnia kita anak soleh mendengar kata

dikurnia kita sahabat setia sepanjang masa

dikurnia kita isteri yang solehah pula

dikurnia kita suami beriman adanya

subhanallah hebatnya DIA AlLah kita

ada antara doa ditangguh setahun dua

untuk zuriat kita nikmati makbulnya

ada doa kita pohon tapi AlLah sisihkan kita dari bala

kita selamat dari kemalangan jalan raya

masih banyak doa yang sengaja

tidak dimakbulkan-NYA kerana rahmat-NYA

tapi diganti pahala yang berganda-ganda

bila menerima kitab catatan amal di sana

kepada malaikat ada manusia bertanya

pahala siapa pula yang termasuk dalam akaunnya

rupanya melebihi bukit & gunung besarnya

sedang ia tak pernah berbuat sedemikian semasa di dunia

bila dijelaskan itulah wajah jelmaaan pahala

dari gugus doa yang tak dimakbul-NYA

diganti pahala untuk kegunaan di sana

cambah pula dalam naluri manusia

alangkah baik jika kesemua doanya

tidak dimakbul-NYA semasa di dunia

-102406p-

sajak tiga puluh enam

gigih setan tak ternafikan

mempromosi jalan hidup mengundang kebencian

pemilik alam; AlLah Rabb sekalian alam

tiap saat menyusun strategi & jalan

mempedaya manusia dari arah depan

mempedaya manusia dari jalan belakang

menipu manusia dari jurus kiri & kanan

bermula Qabil perintis jalan

makin hari makin banyak yang meninggalkan

suruhan AlLah & memesrai larangan

setan selamanya hanya mampu menjanjikan

dia tak diberi kuasa untuk menyempurna tuntutan

setan jua dicipta AlLah penuh kelemahan

sama seumpama manusia yang diciptakan

yang berupaya & berkuasa menyempurna permohonan

hanya zat Rabb Sekalian Alam

itulah AlLah yang telah membuktikan

kudrat & iradat-NYA sepanjang zaman

telah dicipta-NYA langit bumi 7 lapisan

telah dicipta-NYA segala bintang penghias malam

telah dicipta-NYA matahari sumber kehidupan

telah dicipta-NYA bulan pemanis buahan

telah dicipta-NYA oksigen buat pernafasan

telah dicipta-NYA air untuk penyegaran

telah dicipta-NYA malam tempat menimba ketenangan

telah dicipta-NYA siang untuk mengumpul kehidupan

telah dicipta-NYA barzakh tempat kerehatan

telah dicipta-NYA Mahsyar tempat perhimpunan

telah dicipta-NYA sirat tempat lintasan

telah dicipta-NYA mizan tempat timbangan

telah dicipta-NYA neraka puncak keazaban

telah dicipta-NYA syurga kemuncak kenikmatan

-084533pagi-

sajak tiga puluh lima

siapapun tak mampu menafi

dia bukanlah pencipta bumi ini

dia bukanlah pencipta langit ini

dia bukanlah pencipta udara yang disedut ini

dia bukanlah penumbuhan tanaman ini

dia bukanlah pencipta segala gunung yang tinggi

dia bukanlah pencipta saujana laut ini

sewaktu terbuka mata semua sudah tercipta ini

jelas kita hanyalah penumpang di bumi

milik siapa pula bumi ini

milikan secara peribadi

atau dimiliki secara berkongsi

sejak lama dulu hingga kini

tiada siapa jua pemberani

tak malu mengaku dialah pencipta bumi

hanya AlLah SWT satu-satu zat pemberani

mendakwa tiap ketika DIA pencipta segalanya di sini

tujuh tingkat langit & 7 lapis bumi

serta segala hidupan antara keduanya ini

sebagai penumpang kita berwajib

akur tiap kehendak pemilik bumi

itulah AlLahhu Rabbi

075555-17muharram1433-13122011-smkkandis

sajak tiga puluh empat

hanya di sini di Malaysia ini

demokrasi diamalkan sebegini

kakitangan awam dipaksa sokong satu parti

jika tidak boleh ditukar ke sana sini

hanya di sini di Malaysia ini

demokrasi diamalkan sebegini

rakyat banyak diugut sokong satu parti

jika tidk segala subsidi tidak diberi

hanya di sini di Malaysia ini

demokrasi diamalkan sebegini

di sekolah tidak boleh ada gambar MB

serta gambar saf exco negeri

jika tak sama dengan parti menteri

yang mentadbir negara ini

hanya di sini di Malaysia ini

demokrasi diamalkan sebegini

kerajaan pusat menyekat bantuan rasmi

kerana kerajaan negeri tak sama parti

hanya di sini di Malaysia ini

demokrasi diamalkan sebegini

082011pagi-smkkandis-17muharram1433-13122011

sajak tiga puluh tiga

di sini pada tahun ini di smk kandis ini

telah KAU temukan aku kini

dengan manusia pemilik senyum

antara paling manis di bumi

dk012027 angka gilirnya

snf nama pemiliknya

pelajar beraliran sains pula

terima kasih AlLah tempatkan aku di sini

mengawas spm di smk kandis ini

ya terima kasih AlLah kerana penemuan ini

terima kasih lagi & lagi

sajak tiga puluh dua

manusia tercipta terlalu lemah

asal jadinya zat gumpalan tanah

tiap saat bantuan & subsidi perlu ditambah

agar hidupnya tak ditawan gundah

secangkir pertolongan ayah bonda diperlu di rumah

huluran bantuan guru pula diperlu di sekolah

pak Imam juga diminta pertolongan ahli jemaah

pemimpin diperlu selia kehendak ummah

manusia perlu berbaik dengan semua orang

kerana sebahagian hajatnya bisa terselesaikan

ya banyak juga dari kalangan insan

yang boleh ditagih pertolongan

sejauh & sebanyak yang diizinkan

ada masanya ada waktunya hanya seorang

diberi izin guna menyempurna pertolongan

itulah di Mahsyar tempat dijanjikan

hanya Baginda Nabi Muhammad SAW diberi kebenaran

menagih simpati & syafaat dari perkasa Tuhan

ya di Mahsyar semua penerima subsidi nyawa

bakal dihimpun & dikumpul bersama

sama ada haiwan jin malaikat atau manusia

untuk dikira & dibicara segala aksi mereka

siapa pemberani mengangkat muka & mengeluar suara

agar sesi keadilan dimulai segera

hanya dia Nabi Muhammad SAW yang mulia

siapa pula bisa menahan berbondong manusia ke neraka

hanya dia Nabi Muhammad SAW yang mulia

siapa pula bisa membukakan pepintu syurga agar ternganga

hanya dia Nabi Muhammad SAW yang mulia

siapa pula bisa menukarkan tingkat manusia di syurga

hanya dia Nabi Muhammad SAW yang mulia

hanya dia pemegang amanah pintu syurga

kenapa kita tak mahu berbaik-baik dengannya

kenapa kita jadi penentang bawaannya

kenapa kita tak mahu berselawat kepadanya

kenapa kita bersedia jadi jurucakap musuh Baginda

kenapa kita merelakan diri jadi promoter musuh Baginda

gigih berusaha membenci segala sunnahnya

tepuklah dada tanyalah iman kita

-102111pagi-

sajak tiga puluh satu

kita tak bisa menafi & menepis hakikat

tiap masa timbul golongan penyesat

pewaris pusaka & penerus kerja sang iblis terlaknat

menjauh manusia dari jalan AlLah yang selamat

titah perintah AlLah cuba digagalkan dengan belitan muslihat

tanpa ilmu manusia mudah terjerat & dijerat

golongan sesat & penyesat yang berniat menyesat

agar banyaknya jumlah manusia sesat

menjadi talibarut & taliberuk iblis yang dilaknat

tanpa jemu mereka mencanang dalam semua media

agama & politik enggak bisa dicampur bersama

kerana hal agama urusan dalam masjid sahaja

sedang politik itu urusan untuk tadbir negara

lalu meratalah kata-kata berbaur celaka

‘kenapa pak ustaz tu cakap politik bila berceramah agama

urusan agama suci & mulia

sedang politik pula kotor & penuh tipu daya’

maka banyaklah manusia bisa dipedaya & terpesona

menjaja secara percuma idea dari kristian asalnya

menjadi jurucakap rasmi ajaran kristian pula

tak ada manusia walau sejahat mana dia

menafi nyata bahawa para nabi pembawa agama

bermula dengan Adam AS sebagai bapa

berakhir dengan Nabi Muhammad SAW penutup anbiya

al-HamdullilLah sirah Baginda SAW lengkap adanya

tiba ke pangkuan kita tanpa cacat cela

hayatilah sirah Baginda SAW insan paling utama

telah Baginda SAW terjemahkan semua titah perintah agama

setelah diterjemah Baginda SAW dengan sempurna

lalu AlLah SWT pun mempersila Baginda mengadap-NYA

(telah mewafatkannya tanda selesai sudah tugasnya)

apa yang disempurna Baginda SAW sepanjang hayatnya

hingga diizin berhijrah ke Habsyah, Taif, & Madinah juga

adakah untuk mengucap & tunggu Izrail mencabut nyawa

adakah hanya untuk bersolat & berzakat sahaja

adakah untuk berhaji & berumrah sahaja

gugus ajaran Islam cara hidup yang sempurna

dari sekecil perkara hingga yang terbesarnya

dari yang tersulit hal hingga yang seterang-terangnya

telah diajar & dipimpin Bagindga SAW kepada kita

semua kehendak & kemahuan AlLah SWT Yang Esa

bagaimana memulakan bangun pagi & apa bacaannya bagaimana nak ke tandas & apa tatasusilanya

bagaimana tataperaturan dengan ibu bapa & anaknya

bagaimana cara bersahabat & bersilaturrahimnya

bagaimana cara mendatangi rakan & memuliakannya

bagaimana cara mandi & jenis-jenisnya

bagaimana untuk menyempurna ibadat & fokusnya

bagaimana cara untuk berkahwin & walimahnya

bagaimana bermuamalat (berniaga dll) & menjauhi ribanya

bagaimana cara mentadbir negara & hukum hududnya

bagaimana cara berperang & pembahagian ghanimahnya

bagaimana cara bersukan & berekreasinya

bagaimana menyiarahi sang pesakit & doa-doanya

bagaimana menyolati orang mati & pembahagian faraidnya

bagaimana cara poligami & pembahagian malamnya

bagaimana cara untuk bersatu dengan isteri & doanya

bagaimana untuk makan & adabnya

pendeknya rujuklah al-Qur’an & sunnahnya

kerana di dalamnya ajaran Islam yang sempurna

usahlah kita berkata hanya kerana mendengar orang lain kata

kerana kita dipertanggungjawab apa yang dikata

lalu amat celaka kalau kita ke neraka

kerana berkata yang kita tak tahu hujung pangkal

-101146-

sajak tiga puluh

ada suara dergama yang diwara-wara

di kuala lumpur terbitnya dari sebuah menara

bermula pengakhir november hingga awal disember pula

mereka cuba membunuh real suasana

cuba ditanamnya rasa yang tak bermata

konon parti mereka sahaja yang Melayunya

konon parti merekalah pejuang Melayunya

konon parti merekalah pencinta Melayunya

konon parti merekalah pejuang Islamnya

dipaksakan untuk didengarkan oleh semua yang ada

lewat suara di dewan sana dari menara sana

atau lewat akhbar media perdana

atau lewat siaran tv dalam berita perdana

konon tak sertai parti mereka cacatlah Melayunya

konon tak sertai parti mereka cacatlah Islamnya

konon parti merekalah jaguh perpaduan

konon parti merekalah tak mahu perpecahan

deretan dusta deretan nista dicipta mereka

bimbang mereka ditolak rakyat dalam pilihanraya

pmru 12 rakyat 5 negeri menolak mereka

pmru 13 mereka dijangka hilang kuasa

rakyat bukan menolak Melayu tapi menolak parti mereka

rakyat bukan menolak Islam tapi membuang parti mereka

rakyat di seluruh dunia diperlihat di mata

lewat tv atau akhbar media arus perdana

menolak rejim sedia ada terlalu lama berkuasa

menghimpun menimbun memindah harta negara

ke dalam akaun peribadi mereka & keluarga

rakyat terbanyak bertimpa-timpa miskinnya

pemimpin pula bertimbun-timbun harta kekayaannya

barah rasuah & salah urus kuasa cambah di mana-mana

di negara kita demikiankah juga

selidik & lihatlah sendiri dengan pandangan terbuka

pernah dikhabarkan di negara kita

kapal terbang dibeli tiada enjinnya

kapal selam yang dibeli tak dapat menyelamnya

lembu-lembu tidak lagi diternak di ladangnya

tapi berehat di kondo mewah & selesa

-101035-

sajak dua puluh sembilan

satu panggilan masuk dalam telefon bimbitku

pemanggilnya selalu menghubungiku

tapi panggilan kali ini mengundang rasa terkejutku

lepas Maghrib nanti nak minta syeikh

beri tazkirah kepada doktor, tajuknya

hijrah satu perjalanan-unit kecemasan usm-‘

telah dirakam firman ayat 30 al-Baqorah

‘dan ingatlah ketika Rabb kamu menghampar titah

buat malaikat sesungguhnya di bumi akan KU-jadikan khalifah’

ini manifestasi ayat berorientasi hijrah

difirman AlLah dalam syurga yang indah

tersirat untuk hantar Adam ke bumi sebagai khalifah

tanpa adanya proses berjenama hijrah

mustahil di bumi kita jadi khalifah

jelas baka kita asalnya penghijrah

sebelum tapak menjejak belakang dunia

kita terpaksa lewati agenda hijrah jua

dininya kita terkumpul di alam arwah

setelah bersetia menyata Rabb itu hanya AlLah

lalu kita pun berhijrah

bermula dari anugerah dari rasa ghairah

ayah bonda kita terikat dalam simpulan sah

jadi suami isteri dalam majlis meriah

pada kunjungan waktu yang indah

titis sperma ayah pun berpindah

bertahta dalam rahim bonda dengan gagah

bergembira seluruh keluarga berjayanya proses hijrah

sembilan bulan dalam rahim bonda kita dihijrah

mengenal flora & fauna mendiami bumi rupanya indah

kemudian kita akan dipindah

mendiami satu alam bernama barzah

setelah sekian lama jadi warga barzah

kita sekali lagi dipaksa pindah & pindah

terdengar tiupan sangkakala Israfil yang gah

menujulah kita ke padang yang maha luas

diwartakan namanya Mahsyar yang gagah

di Mahsyar tidak kekal kerana bakal dipindah

kekal di syurga indah

atau kekal di neraka yang gerah

-032555ptg-

sajak dua puluh lapan

bukan Islam tak usah dihinggap bimbang

dengan hukuman hudud dalam Islam

hanya pencuri sahaja dipotong tangan

bukan untuk menghukum orang bukan Islam

hudud datang dari AlLah Maha Penyayang

amat diketahui-NYA kita semua sayang harta

semua manusia mahu hartanya terjaga

semua orang bukan Islam jua tidak suka

harta milik mereka dicuri begitu sahaja

pencuri bebas bermaharajalela di mana-mana

bukan Islam tak usah dihinggap bimbang

dengan hukuman hudud dalam Islam

hanya penzina dirotan & direjam

bukan untuk menghukum bukan Islam

hudud datang dari AlLah Maha Penyayang

amat diketahui-NYA manusia sayang keluarga

naluri manusia malu punyai anak tak jelas tarafnya

naluri manusia tak suka lihat bayi terbuang di mana-mana

naluri manusia tak suka zuriatnya tak jelas asal usulnya

naluri manusia tak suka

naluri manusia tak suka

naluri manusia tak suka

csl tak usah dicengkam bimbang rasa

hudud tak akan sesekali mengena saudara

kerana tertulis di ic csl sebagai nama

-120515tgh-

sajak dua puluh tujuh

asma al-husna ada sembilan puluh sembilan

hanya dua kita diminta diulang-ulang

ar-Rahman & ar-Rahim membasah sebutan

yang Maha Pengasih & yang Maha Penyayang

sebelum dicipta-NYA manusia

telah disempurna-NYA ciptaan alam maya

indah unik lagi mempesona ajaibnya

sebelum disempurna-NYA ciptaan alam maya

telah disiapkan lama di sisi-NYA

al-Qur’an; kertas konsep perjalanan maya

apa jua titik & titis kejadian yang mengena

semua sudah tertera dalam al-Qur’an-NYA

al-Qur’an itu 30 juzuk hanya

kejap disimpan 114 surah pelbagai nama

hanya 6000 lebih muatan ayatnya

untuk diguna jin & manusia sahaja

binatang biar sehebat mana besar & kuatnya

tak terbeban suruh & larang al-Qur’annya

kayu batu tumbuhan tak dipinta membaca al-Qur’annya

angin bayu & taufan pun tak payah memahami al-Qur’annya

al-Qur’an itu anugerah paling berharga & istimewa

hanya untuk semua jin & manusia sahaja

manusia & jin tunduk dengan al-Qur’an berimanlah ia

manusia & jin tentang ajaran al-Qur’an kafirlah dia

segala titah & perintah al-Qur’an bukannya

perlu dilaksana semuanya dalam satu masa

kewajipan solat hanya bila tiba waktunya

kewajipan berzakat hanya bila cukup nisabnya

kewajipan puasa hanya bila tiba Ramadhannya

kewajipan haji hanya untuk yang berkemampuan sahaja

kewajipan jadi ibu bapa setelah diijab kabul sahaja

kewajipan sempurna sukat & timbang bila berniaga sahaja

kewajipan menjauhi riba bila bermuamalat sahaja

kewajipan menutup aurat bila dengan bukan muhrim sahaja

kewajipan berkata benar bila berkomunikasi sahaja

kewajipan memotong tangan untuk pencuri sahaja

kewajipan berperang hanya bila negara diceroboh sahaja

pendeknya semua kewajipan itu hanya

bila sampai waktu & masanya sahaja

bukan setiap detik saat & ketika

-111500-

sajak dua puluh enam

Ya AlLah yang mengerti isi hati

sama ada dari manusia baik budi

atau dari manusia busuk budi

kurniakanku sedikit kekuatan tersendiri

berwajah fikir untuk merapat jejak & kaki

semua lokasi Rumah-MU di bumi

bukan sekadar untuk bersujud merapat dahi

jua melebar jaringan ilmu yang KAUberi

pancaran ilmu bisa mencerahi diri

hanya KAU sahaja berhak disembahi

hanya KAU sahaja dapat mengampuni

hanya KAU sahaja bisa menyembuhi

hanya KAU sahaja penyempurna rezeki

hanya KAU sahaja dapat memati diri insan ini

hanya KAU sahaja sampaikan hajat diri

hanya KAU sahaja layak diibadati

hanya KAU sahaja wajar tumpuan diberi

semua ini dapat kulaku secara free

Ya AlLah tambahilah daku setiap hari

dengan deretan rasa yakin kepada semua janji

yang KAU maktubkan dalam al-Qur’an ini

yang KAU maktubkan lewat lisan para nabi

-085530-

sajak dua puluh lima

syabas & tahniah buat al-fadhil tuan imam

masjid mukim kg Kor; Masjid ar-Rahman

demi melihat anak mukim

merealisasi puasa Asyura yang besar ganjaran

seekor kambing miliknya rela direbahkan

disembelih untuk dijadikan lauk santapan

juadah berbuka pada petang 10 Muharram

rupanya kesudian tuan imam menjadi teladan

seeorang lagi jemaah sudi menawarkan

seekor kambing lagi sebagai tambahan

agar lebih banyak lagi jemaah mendapatkan

pahala lebih apabila Maghrib mereka berjemaah bersolatan

mudah-mudahan langkah murni al-fadhil tuan imam

menjadi panduan & ikutan

ahli karyah lain yang berdekatan

ahli karyah lain yang berjauhan

sama-sama meletak di hadapan

mengamal sari sunnah Baginda Junjungan

-084616pagi-

sajak dua puluh empat

hari ini 10 Muharram diramal hujan

alatan canggih manusia meramal demikian

tapi AlLah SWT sebagai Rabb alam

tak menjemput sesiapa buat berbincang

menerap corak & percikan warna alam

sesaat dari sekarang

atau apa bakal terwarna masa hadapan

hari ini sang matahari melebar senyuman

tanda tiada hujan awan-awan putih bergirangan

hari ini 10 Muharram

sejarah Islam merakam sejarah gemilang

hari Asyura dikenal sebagai sebutan

banyak pula masyarakat disibukkan

memasak bubur untuk dihidang

itulah bubur Asyura empunya gelaran

pelbagai resipi & versi disajikan

rasa manis versi utara jadi kegemaran

di pantai timur rempah & daging dicampurkan

semacam bubur lambuk jadi pilihan versi selatan

dari citarasa mana resepi dihidang

semuanya sebagai tali pengikat persaudaraan

hari ini 10 Muharram

sejarah Islam merakam sebutan gemilang

terpetik dari lidah Rasul Junjungan

puasa Asyura belitan dosa setahun dileraiampunkan’

hebatnya AlLah SWT Rabb sekalian alam

kerjanya sehari ganjaran gajinya dibayar setahun

‘puasa yaumul Arafah gangguan dosa dua tahun terampunkan’

Hebat & pemurahnya AlLah SWT Rabb sekalian alam

dua tahun gaji dibayar sebagai ganjaran

itu belum lagi Lailatul Qadar punya belaian

himpunan amal soleh semalaman

diganjarkan dengan dapatan gaji 1000 bulan

subhanalLah Maha Kudus AlLah

subhanalLah Maha Kudus AlLah

subhanalLah Maha Kudus AlLah

Ya AlLah pinjamkan aku kekuatan jadi soleh

083055pagi-smkkandis-10muharam1433-06122011

sajak dua puluh tiga

hujan dergama membanjiri laman usia

setelah sekian lama tercurah ia

dini & hijau iman sesekali terkena

resah pun mewarnai bumi aqidah kita

yakin pada esa AlLah makin parah

kerana iblis suka menjaring masalah

sajak dua puluh dua

antara al-Qur’an & matahari

keduanya tercipta dari Yang Maha Esa

keduanya pelerai & pelebur masalah manusia

masalah zahir atau kekangan batinnya

sinar matahari hanya diperlu mata

untuk melihat indah & berseninya maya

mengecam & mengilustrasikan ceria suasana

matahari tanpa cahaya mata jadi tak bisa

buat mengenali apa-apa jua di sekeliling dia

tanah tinggi di mana ada

lubang & lembah pula menunggu di mana

tanpa matahari maya jadi gelap gelita

tanpa matahari mata tak bisa

beraksi sebebasnya

al-Qur’an terprogram memandu kendali hati

al-Qur’an diprogram berkomunikasi dengan hati

tanpa nur al-Qur’an karya Yang Maha Esa

hati tak mampu beraksi seadanya

fungsi hati hanya untuk mengerti

apa tujuan kewujudan diri

terjadi sendirikan hidup ini

atau ada kuasa Yang Maha Pemberi

kenapa kita masih ada di dunia ini

apakah hanya untuk bernafas & menunggu mati

atau ada belitan kewajipan sedang menanti

apa bakal dihadapi di pusara sepi

bila dikebumi setelah mati

tiada apakah yang bakal terjadi

atau ada kondisi yang bakal dilalui

al-Qur’an sejak berzaman mendeskripsi

tujuan & fungsi sebuah hati

manusia kerap kali ditawan resah

manusia kerap kali dijajah gundah

manusia kerap kali dipenjara gelisah

manusia kerap kali ditakluk keluh kesah

al-Qur’an pelerai semua belitan masalah

al-Qur’an itu tercipta oleh AlLah

manusia dicipta & diwujud AlLah

segala manusia diketahui AlLah

lalu telah lama disedia AlLah

yang Maha Mengetahui segala masalah

lalu DIA sediakan penawar pembasmi masalah

itulah al-Qur’an Maha Indah

al-Qur’an perlu dihayati tiap masa

dibaca bukan sekadar untuk kumpul pahala

dibaca bukan sekadar halau hantu pula

al-Qur’an itulah pencerah hidup kita

al-Qur’an itulah teman semasa mati kita

al-Qur’an itulah pemberi syafaat di Mahsyar sana

al-Qur’an itulah memampu kita ke syurga

al-Qur’an itulah pendinding kita dari bakaran neraka

085852pagi-smkkandis-09muharam1433-05dis2011

sajak dua puluh satu

agama itu satu cara hidup & bersosial

agama hanya dapat terbahagi dua

satunya datang dari AlLah SWT Yang Esa

satu lagi rekaan kepala otak manusia

hasil rekaan otak manusia terbahagi dua pula

satunya untuk mengurus hidup sahaja

satu lagi hanya untuk urus ritual semata

demokrasi nasionalis kominis sosialis pragmatis urus dunia saja

hindu budha yahudi kristian toisme untuk ritual sahaja

dari AlLah SWT hanya Islam namanya

agama dari AlLah SWT untuk beri rahmat kepada maya

agama dari AlLah SWT untuk merawat isi maya

agama rekaan otak manusia hanya mampu jaga manusia

agama ciptaan-NYA amat lengkap sifatnya

sempurna panduan untuk dunia & akhirat jua

agama rekaan otak manusia hanya untuk urus & susun dunia

untuk alam akhirat kosong panduannya

kerana mampu manusia terbatas amat sifatnya

manusia tak mampu fikir di luar jagat raya

manusia tak mampu tahu bagaimana

sedang buat apakah cacing dalam tanah sana

manusia tak mampu tahu bagaimana

sang burung mampu terbang di udara

kerana pada masa yang sama

ada burung tak mampu terbang di angkasa

lihatlah pada qaswari & emu di ladang kita

lihat juga pada piguin di kutub sana

hanya mampu berjalan di atas buana

manusia tak mampu tahu bagaimana

dalam air ikan hidup dengan selesa

tak pernah masin walau laut di sekelilingya

ada yang terlalu kecil ada lebih besar dari manusia

manusia tak mampu tahu bagaimana

binatang sekecil kuman jua cukup anggota badannya

bisanya perlu bergantang ubat untuk merawatnya

tak kurang yang belum dijumpai penawar di mana-mana

manusia tak mampu tahu bagaimana

berfungsi tiap anggota di badannya

ada lubang mulut ada lubang hidung ada lubang telinga

tapi hanya lubang telinga dapat menangkap & membeza suara

lubang hidung pula untuk menghidu bau yang ada

aroma yang sama juga masuk ke mulut kita

tapi mulut kita gagal mencerakinkannya

itu hanya sebahagian kecil dari tanda

bagaimana lemah & daifnya kemampuan manusia

lalu kenapa agama rekaan otak manusia dipuja-puja

hingga sanggup hilang nyawa demi membelanya

meninggalkan agama AlLah SWT Yang Maha Mulia Maha Sempurna

jom kita kembali kepada Islam agama Rabb Yang Esa

kuburkan semua agama rekaan otak manusia

kerana semua mereka yang mereka agama

sudah lama mati & meninggal dunia

sedang AlLah SWT tuan punya Islam kita

tak pernah mengantuk apa lagi tidur yang lama

ilmu-NYA Maha Luas tiada tara

berjalan atau terhentinya pusingan dunia

terjadi hasil susunan episod dari-NYA

102948pagi-smkkandis-

sajak dua puluh

setelah tapak selamat memijak bumi Madinah

ada sahabat datang bertemu RasulLulLah(SAW)

mohon pencerahan atas berat masalah

kerana ada sahabat datang berhijrah

mengikut jejak kekasihnya bukan AlLah (SWT)

dengan mesra Baginda SAW menanam zat tazkirah

‘sesungguhnya setiap amal bergerak kerana niat

setimpal balasan AlLah SWT mengikut kadar niat

sesiapa yang hijrahnya kerana AlLah SWT & Rasul SAW

maka hijrah diterima AlLah SWT & Rasul SAW

tetapi barangsiapa yang niat hijrahnya

kerana desakan ekonomi & dunia perniagaannya

atau dikeranakan perempuan yang ingin dikahwininya

berhijrahlah ia mengikut status & kadar niatnya’

ya telah datang 1433 & melekat di kalendar

mari kita susuli & betuli niat agar tak tersasar

terima kasih AlLah SWT kerana masih cambah rasa sedar

agar belitan niat negatif dapat dihindar

untuk tahun-tahun silam kuhadiri Rumah AlLah SWT

dengan tulus & telus niat dirikan tazkirah

ingatkan sesuatu yang mereka endah & endah

al-HamdullilLah semuanya sempurna berjalan dengan jilah

tahun 1433 ini kuistiqomahkan lagi jejak ke Rumah AlLah

pada merah senja Maghrib yang indah

bukan lagi dengan niat mendirikan tazkirah

niat baharu pula ya AlLah SWT ingin kupersembah

apa jua yang keluar dari lidah

kuniatkan untuk sebar luaskan ilmu AlLah SWT

ya AlLah SWT tolongilah daku beristiqomah

083452pagi-smkkandis-05muharram1433-30112011

sajak sembilan belas-

antara Wasotiyyah, Sesatiyyah, & Syaitoniyyah iii

diutus para ambiya-NYA berstatus manusia

bukan jin bukan malaikat robot pun bukan juga

bermula utusan yang pertama

syaidina Adam sebagai Bapa Manusia

walau wujudnya tanpa ayah bonda

beberapa kurun kemudian ada Isa

juga ambiya-NYA berstatus manusia

walau dia Cuma ada bonda sahaja

dipilih & diutus pula ambiya terakhir-NYA

penyempurna nikmat Islam sebagai agama

juga dari kalangan manusia Arab bahasanya

al-Amin seluruh Mekah memanggilnya

sementara Muhammad nama pemberian datuknya

mengajak manusia tinggalkan semua sembahan yang ada

uzza hubal manaf lata & segala berhala

berabdi hanya boleh kepada AlLah Yang Esa

tiada lampu Aladin dari AlLah untuk dia

mengajak keajaiban meneman dakwahnya

kerana kerja dakwah bukan mengemis keajaiban

kerana kerja dakwah hanya perlu sedikit kesungguhan

kerana kerja dakwah senang difaham orang

kerana kerja dakwah angkat taraf kemanusiaan

sungguh payah mengikis karat kebiasaan

bila larut & bersebati dalam pengamalan

golongan mewah mudah hanyut kealpaan

desak nafsu pimpinan setan sukar ditinggalkan

hanya golongan mustadafin medokong kebenaran

suhail bilal khabab keluarga yasir dibelenggu siksaan

sumayyah tak rela walau seinci aqidah jadi tukaran

dia rela menyerah nyawa dipisah dari badan

lima tahun episod seksaan berlarutan

bumi Afrika Habsyah jadi pilihan

lokasi pertama umat Islam lakukan penghijrahan

di bumi Najashi mereka tetap tidak aman

sang quraisy datang untuk menangkap ‘pelarian’

dilantik Amru al-As ketua rombongan

walau longgokan hadiah dipersembahkan

adil & bijak Najasyi tak bisa dirasuahkan

naqib Jaafar Abi Talib bijak menepis tohmahan

pabila Surah Mariyam dibaca sebagai pengukuhan

di samping menyusun patah kata penuh bersopan

wahai Najasyi yang budiman

kami dahulu hidup diselimuti kegelapan

berhala & patung kami angkat jadi sembahan

yang kuat menjadikan yang lemah sebagai makanan

anak perempuan kami kuburkan saat dilahirkan

kami gemar menumpah darah & berperang

bangkai yang gemuk lahap kami makan

silaturrahim & hubungan keluarga kami putuskan

kemudian dalam kalangan kami muncul seorang

mendakwa sebagai nabi & utusan dari Tuhan

dia kami cukup kenal asal keturunan

meminta kami agar patung & berhala ditinggalkan

untuk sujud hanya kepada AlLah sebagai Tuhan

berhentilah daripada membunuh anak perempuan

mereka juga berhak mendapat kehidupan

kami digalak hubungkan rahim & persaudaraan

tinggalkan makan bangkai tak baik untuk kesihatan

kami dengan rela menerima ajakan

tapi Quraisy dera kami dengan siksa yang panjang

lalu negeri tuan kami pilih tempat penghijrahan’

dengan segera Najasyi membuat keputusan

penganut Islam selamat dalam jagaan

siri dari episod penyiksaan tak pernah padam

jauh sekali dari tanda-tanda akan padam

di Mekah golong lemah tak berani menyata Islam

bimbang sekali derita bakal bertandang

laluan dakwah baharu difikirkan

bumi Taif pula Baginda SAW jadikan sasaran

berhijrah Baginda SAW berdua meninggalkan

bumi Mekah tanah kelahiran ke Taif tanah tujuan

ditemani Zaid Baginda menerus perjalanan

di Taif suasana dakwah ditempelak & ditentang

pemuda tak cukup fikiran diminta melontarkan

ribuan kerikil & batu mewarnai sambutan

diri Nabi SAW & Zaid keduanya berdarahan

di kebun Utbah & Syaibah Baginda SAW menadah daun tangan

mengadu lemahnya kudrat diri & olahan fikiran

tidak tersisa & tersia lontaran lafaz pengaduan

malaikat berebutan datang menawar bantuan

kepada Baginda Nabi SAW berupa segugus pertolongan

buat umat berupa azab yang membinasakan

mahu dihempapnya orang Taif dengan 2 gunungan

atau dari titis hujan yang lemas & meneggelamkan

atau sapuan dari tiupan sang taufan

dengan berlapik tenang Baginda SAW mengangkat 2 tangan

‘Ya AlLah hidayahilah kaumku yang kesesatan

sesungguhnya mereka tidak faham kemahaperkasaan Tuhan’

untuk kembali di bumi Mekah Baginda SAW terhalang

dari satu ke pintu Baginda SAW mencari perlindungan

mereka tak berani melawan perintah & arahan

yang diputus di Darul Nadwah sebagai parlimen

hanya si tua Mut’im bin Adi berkesudian

menghulur sisa-sisa perlindungan untuk dakwah Islam

biarpun Mut’im tak sempat menggabung diri menjadi Islam

selang beberapa lama Baginda SAW dihiburkan

dalam satu kembara yang amat mengkagumkan

menjadi tetamu istimewa AlLah Rabb Semua Alam

menunggang Buraq selaju-laju kenaikan

seruan Islam tak pernah terhentikan

pagi petang siang atau gelapnya malam

dakwah Islam buat jemaah haji Baginda SAW usahakan

sehingga kejap & kemas terikat Baiatul Aqobah nama perjanjian

di Madinah bumi asing sedang mendahagakan

mempelawa Nabi SAW melebarkan Islam

sahabat Mus’ab bin Umair dikirim menyempurnakan

sang Quraisy tak pernah terniat untuk menghentikan

di Darul Nadwah sekali lagi mereka putuskan ketetapan

usia & hayat Baginda Nabi SAW mesti dipadamkan

pemuda-pemuda handalan setiap kabilah dihimpunkan

melaksana visi & misi yang disepakatkan

rumah baginda dikepung pada sebelah malam

lalu AlLah SWT tak pernah memberikan keizinan

membiaknya angkara durjana menyekat Islam

diizin-NYA Baginda SAW garapkan sebuah penghijrahan

ke bumi Yatrib menjanjikan kelainan

032122ptg-smkkandis-04muharram1433-29112011

No comments:

Post a Comment

Tetamu

free counters